info terkini - sesb.com.my · bil. 09/tk2015-2016 edaran dalaman sahaja 9 oktober 2015 kota...
Post on 31-Aug-2020
23 Views
Preview:
TRANSCRIPT
INFO Terkini Bil. 09/TK2015-2016 EDARAN DALAMAN SAHAJA 9 Oktober 2015
KOTA KINABALU - SESB telah menerima rombongan lawatan sambil belajar daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) pada 2 Oktober 2015, yang terdiri daripada tiga orang pensyarah dan 15 orang pelajar daripada Jabatan
Senibina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Rombongan berkenaan diketuai oleh Ar. Nur Akmal Goh Abdullah
selaku pensyarah pengiring.
Lawatan diadakan bagi tujuan memperoleh maklumat berkaitan kajian kursus Rekabentuk Senibina V (KKSB3116)
semester 1 sesi 2015/16. Rombongan telah diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan SESB secara amnya
yang telah disampaikan Oleh Pn. Norhasmin Kusli, Jurutera dari Jabatan Perancangan & Pembangunan Sistem
Pembahagian. Taklimat telah diadakan di Bilik Theatrette, Tingkat 2, Wisma SESB dan tamat pada jam 4.00 petang itu
disusuli dengan sesi Soal jawab dan diakhiri dengan jamuan ringan dan pertukaran cendera kenangan di antara kedua-
dua belah pihak.
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR UKM
En. Ismail Lait
Sesi bergambar kenangan rombongan Lawatan bersama warga kerja SESB
top related