ilmu faraid dalam pengurusan harta...

Post on 03-Dec-2019

69 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ILMU FARAID DALAM PENGURUSAN HARTA KELUARGA

Oleh:

ZAHARI BIN MAHAD MUSA Pensyarah Kanan

Fakulti Syariah & Undang-undang

Objektif Perbincangan

i. Mengetahui pengurusan harta dalam Islam melalui hukum faraid.

ii. Memahami komponen teori dan amali yang ditetapkan tentang hukum faraid.

Kandungan Perbincangan

• Objektif

• Pendahuluan

• Pengurusan Harta Si Mati

• Faraid: Definisi, Konsep Asas, Waris dan Kaedah Agihan

• Kesimpulan

• Islam merupakan satu cara hidup yang mengatur pelbagai aspek kehidupan.

• Pengurusan faraid adalah sebahagian peraturan yang digariskan dalam Islam berkaitan kehartaan.

العقيدة

الفقو

األخالق

Pendahuluan

• perihal menguruskan harta termasuk mengelola, menjaga, mengendali, mengawal dan merancang untuk mengembangkan harta pada masa akan datang mengikut peraturan yang ditetapkan.

Pengurusan Kewangan/Harta

Semasa hidup Selepas

kematian

• Maksudnya:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

Al-Quran, Surah al-Qasas (28): 77

مننصيبكت نسوالاآلخرةالداراللوآتاكفيماواب تغ ن يا فيالفسادت بغوالإليكاللوأحسنكماوأحسنالد

المفسدينيحبالاللوإناألرض

Harta alat menuju akhirat

Harta menjadi keperluan dunia

Ihsan dalam urusan harta

Jauhi kerosakan

(5B) - Bazir – Boros – Bakhil – Berlagak – Buta Hati

:وسلمعليواللوصلىاللرسولقال فيماعمرهعنيسألحتىالقيامةي ومعبدقدمات زولال

اكتسبوأينمنمالووعنف عل،فيمعلمووعنأف ناه، .أبالهفيمجسمووعنأن فقو،وفيم

• Maksudnya:

Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba di hari kiamat sehingga dipersoalkan tentang umurnya pada apa yang dia lakukan, tentang ilmunya pada apa yang diamalkan, tentang hartanya pada apa yang diperolehi dan dibelanjakan serta tentang anggota badannya pada apa yang digunakannya.

(Sunan al-Tirmizi, bab fi al-Qiyamah, no: 2417)

Pendapatan

Perbelanjaan

D & A

Piawaian Syarak

Sumber Proses Hasil

• Wajib • Sukarela

Makanan Persekitaran

Tekanan Senaman

? Dimana

?

Bagaimana?

Bila?

KEHIDUPAN KEMATIAN

Pengurusan Harta Pusaka

• disiplin ilmu yang membincangkan hukum-hukum agihan harta pusaka mengikut lunas-lunas syarak.

Pengurusan Harta

Pusaka

Sikap dan kejahilan waris

Kurang kefahaman tentang konsep sebenar pewarisan harta secara faraid

Pelbagai bidang kuasa dalam pentadbiran harta pusaka di Malaysia

Kelewatan proses dalam pengurusan harta pusaka

Kelemahan sistem pentadbiran harta pusaka

Mekanisme Agihan Harta Keluarga

Pentadbiran Keadilan Dan Perdamaian

Perlindungan Ikatan Kekeluargaan

Kepentingan Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

Harta Sepencarian

Hak-hak harta si mati

Perbelanjaan Mengurus Jenazah

Menyelesaikan Hutang

Menyelesaikan Wasiat Membahagikan harta pusaka secara faraid

• Wasiat dan Faraid mempunyai persamaan dari sudut kedua- duanya berkaitan dengan harta seseorang yang berkuatkuasa selepas kematian.

• Wasiat berbentuk pilihan (ikhtiyariyyah) oleh pembuat wasiat dan penerima wasiat, sedangkan faraid berbentuk ketetapan (ijbariyyah).

• Wasiat hanya untuk penerima yang bukan ahli waris dalam faraid, sedangkan penerima faraid adalah waris tertentu seperti waris ashab al-furud dan asabah.

• Wasiat boleh dibuat kepada orang yang berlainan agama, sebaliknya faraid tidak dibenarkan.

• Wasiat diutamakan daripada pusaka dalam hierarki pembahagian harta si mati.

• Pemilikan dalam faraid adalah sempurna, sedangkan wasiat tertakluk kepada penerimaan dan penolakan penerima wasiat.

WA S I AT

Hukum Syarak

Undang-undang Sivil

WASIAT : Undang-undang Sivil

• Wasiat dibicarakan di bawah akta probet & pentadbiran 1959 di Mahkamah Tinggi Sivil.

• Hanya tertakluk ke atas rakyat Malaysia (islam/ bukan islam) yang mempunyai nilai harta pusaka > 2juta (harta alih + tak alih atau salah satu darinya).

• Merujuk kepada perlantikan wasi (pentadbir) dan tanggungjawab wasi.

• Dari sudut bahasa: ketentuan, sesuatu yang dibenarkan, keterangan dan kewajipan.

• Definisi faraid menurut istilah: bahagian-bahagian pusaka yang telah ditetapkan melalui nas untuk diagihkan kepada waris yang berhak.

Definisi Faraid

ي نسىوىوالعلمنصففإنووعلموىاالفرائضت علموازعشيءأولوىو أمتيمني ن

Maksudnya:

“Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah (kepada manusia). Sesungguhnya ia merupakan sebahagian ilmu dan ianya akan dilupakan serta ilmu yang pertama yang akan diangkat daripada umatku”.

(Ibn Mājah. Al-Sunan. Kitab al-Farā’id)

وأنمقبوضامرؤفإنيالناسوعلموهالفرائضت علمواالالفريضةفياالث نانيختلفحتىسي قبضالعلم

ن هماي فصلأحدايجدان ب ي

Maksudnya:

“Belajarlah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada manusia kerana sesungguhnya aku ini manusia biasa yang pasti mati. Ilmu faraid juga akan diangkat (hilang) sehingga menjadikan dua orang akan berselisih dalam membahagikan harta pusaka, dan kedua-dua mereka itu tidak akan mendapat seorangpun untuk menyelesaikannya antara mereka berdua.”

(Al-Hākim. Al-Mustadrak cAla al-Sahīhayn. Kitab al-Fara’id.)

Pensyariatan Faraid

Ikatan sumpah setia

Hubungan hijrah

Hubungan kerabat / perkahwinan(wasiat)

Ayat-ayat Pusaka

- Surah al-Nisa’ (4): 11,

12, 176

- Surah al-Nisa’ (4): 33

- Surah al-Baqarah (2): 180 - Surah al-Ahzab (33): 6 - Surah al-Anfal (8): 75 - Surah al-Nisa’ (4): 7, 8, 19

- Surah al-Anfal (8): 72

المجمل(Nas Umum)

المفصل(Nas Terperinci)

Pembahagian Sumber Faraid

• Menghuraikan pensyariatan faraid secara berperingkat-peringkat.

• Tiada perincian khusus tentang waris dan bahagian pusaka.

• Perincian khusus tentang waris dan bahagian pusaka.

• Ayat-ayat Pusaka; Surah al-Nisa’ (4)

- ayat 11, 12 & 176

Maksudnya:

“Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), Kami telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat yang dekat, dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.”

(al-Quran, al-Nisa’ 4:33).

Mujmal

(Nas Umum)

والذين واألق ربونالوالدانت ركممامواليجعلناولكل كلعلى كاناللوإن نصيب همفآتوىمأيمانكمعقدت

شهيداشيء

Al-Quran

Maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain.”

(al-Quran, al-Nisa’ 4:33).

Mujmal

(Nas Umum)

فيوأنفسهمبأموالهموجاىدواوىاجرواآمنواالذينإنأولياءب عضهمأول ئكونصرواآوواوالذيناللوسبيل ب عض

Al-Quran

Maksudnya:

“Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka daripada golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang lain menurut (hukum) Kitab Allah; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(al-Quran, al-Anfal 8:75).

Mujmal

(Nas Umum)

معكموجاىدواوىاجرواب عدمنآمنواوالذينفيبب عضأولىب عضهماألرحاموأولومنكمفأولئك عليمشيءبكلاللوإناللوكتاب

Al-Quran

Maksudnya:

“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak daripada harta yang ditinggalkan itu, iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).”

(Al-Quran. al-Nisā’ 4: 7)

Mujmal

(Nas Umum)

وللنساءواألق ربونالوالدانت ركممانصيبللرجالأومنوقلمماواألق ربونالوالدانت ركممانصيب

مفروضانصيباكث ر

Al-Quran

Maksudnya:

“Berikanlah harta pusaka kepada

orang-orang yang berhak, sesudah itu

bakinya adalah untuk waris lelaki yang

lebih utama”.

(Al-Bukhari. Al-Sahih. Kitab al-Farā’id. Bab: man taraka malan faliahlihi. No: 6351).

Mujmal

(Nas Umum)

ألولىف هوبقيفمابأىلهاالفرائضألحقوا

ذكررجل

Hadis

Ayat-ayat Pusaka (i)

Mufassal

(Nas Terperinci)

حظمثلللذكرأوالدكمفياللويوصيكم ماث لثاف لهناث نت ينف وقنساءكنفإناألن ث ي ين

لكلوألب ويوالنصفف لهاواحدةكانتوإنت ركهماواحد لمفإنولدلوكانإنت ركمماالسدسمن لوكانفإنالث لثفألموأب واهوورثوولدلويكنأوبهايوصيوصيةب عدمنالسدسفألموإخوةن فعالكمأق ربأي همتدرونالوأب ناؤكمآباؤكمدين

حكيماعليماكاناللوإناللومنفريضة

Maksudnya:

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anak-

anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua

orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan lebih dari dua

maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan,

oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka

bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa si mati,

tiap-tiap seorang daripada keduanya seperenam daripada harta yang

ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi kalau si

mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu

bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau si mati itu

mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya

ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat

yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.

Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui sesiapa

antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.

(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing

seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan daripada Allah.

Sesungguhnya Allah adalah maha mengetahui lagi amat bijaksana.”

(Al-Quran. al-Nisā’ 4: 11).

Ayat-ayat Pusaka (ii)

Mufassal

(Nas Terperinci)

لهنيكنلمإنأزواجكمت ركمانصفولكم وصيةب عدمنت ركنمماالربعف لكمولدلهنكانفإنولد

لكميكنلمإنت ركتممماالربعولهندينأوبهايوصينب عدمنت ركتممماالثمنف لهنولدلكمكانفإنولد

أوكاللةيورثرجلكانوإندينأوبهاتوصونوصيةهماواحدفلكلأختأوأخولوامرأة فإنالسدسمن وصيةب عدمنالث لثفيشركاءف همذلكمنأكث ركانوا

ردينأوبهايوصى عليمواللواللومنوصيةمضار غي حليم

Maksudnya:

“Dan bagimu seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri

kamu, jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka ada mempunyai

anak, maka kamu beroleh seperempat daripada harta yang mereka

tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah

dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat

daripada harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak.

Tetapi kalau kamu ada mempunyai anak, maka bahagian mereka (isteri-isteri

kamu) ialah seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah

ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang

kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki ataupun perempuan yang tidak

meninggalkan anak atau bapa, dan meninggalkan seorang saudara lelaki

(seibu) atau seorang saudara perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap

seorang daripada keduanya ialah seperenam. Kalau pula mereka (saudara-

saudara yang seibu itu) lebih daripada seorang, maka mereka bersekutu

pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan),

sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan (oleh si mati) dan sesudah

dibayarkan hutangnya, wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak

mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu)

ialah ketetapan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah amat mengetahui lagi

amat penyabar.”

(Al-Quran. al-Nisā’ 4: 12).

Ayat-ayat Pusaka (iii)

Mufassal

(Nas Terperinci)

ىلكامرؤإنالكاللةفيي فتيكماللوقليست فتونك

لمإنيرث هاوىوت ركمانصفف لهاأختولوولدلوليسوإنت ركمماالث لثانف لهمااث نت ينكان تافإنولدلهايكني ب يناألن ث ي ينحظمثلفللذكرونساءرجاالإخوةكانوا عليمشيءبكلواللوتضلواأنلكماللو

Maksudnya:

“Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa daripadamu

(wahai Muhammad) mengenai masalah kalalah. Katakanlah: Allah

memberi fatwa kepada kamu dalam perkara kalalah itu, iaitu jika

seseorang mati tidak mempunyai anak dan dia mempunyai seorang

saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua

daripada harta yang ditinggalkan (oleh si mati), dan dia pula (saudara

lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya jika

saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula (saudara

perempuannya itu) dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga

daripada harta yang ditinggalkan (oleh si mati). Dan jika sekiranya

mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka

bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan.

Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu, supaya kamu tidak

sesat. Dan (ingatlah) Allah amat mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(Al-Quran. al-Nisā’ 4: 176).

Bahagian Pusaka (Fardu)

1/2

1/4

1/8 2/3

1/3

1/6

• Suami • Anak Perempuan • Anak Perempuan kpd Anak Lelaki • Saudara Perempuan Seibu Sebapa • Saudara Perempuan Sebapa

• Suami • Isteri

• Isteri

• Anak Perempuan • Anak Perempuan kpd Anak Lelaki • Saudara Perempuan Seibu Sebapa • Saudara Perempuan Sebapa

• Ibu • Saudara Lelaki dan Perempuan Seibu

*Bapa * Ibu *Datuk * Nenek *Saudara Lelaki atau saudara perempuan seibu * Anak Perempuan kpd Anak Lelaki * Saudara Perempuan Sebapa

Konsep Asas

Waris & Bahagian

Kaedah Agihan

Faraid

Lengkap Agihan selesai

Tidak Ya

• Rukun • Syarat

• Sebab • Penghalang

Waris ashāb al-furūd Waris casabah Waris dhawī al-arhām

al-Radd al-cAwl

al-Hajb al-Ta’sil al-Tashih

Komponen Faraid

Rukun Pusaka

Sebab Pusaka

Halangan Pusaka

Syarat Pusaka

KOMPONEN I: Konsep Asas Pusaka

• Pembunuhan

• Perhambaan

• Perbezaan Agama

• Keturunan

• Perkahwinan

• Wala’

• Islam (Baitulmal)

RUKUN SEBAB SYARAT HALANGAN

• Pewaris

• Waris

• Harta

• Kematian Pewaris

• Waris Hidup

• Hubungan diketahui

• Tiada Halangan Pusaka

Waris yang disepakati

• Ashab al-Furud (Qur’anic heirs)

• ‘Asabah (Residuaries)

Waris yang tidak

disepakati

• Dhawi al-Arham (Distant Kindred Heirs)

Kategori Waris

Pusaka

KOMPONEN II: Waris Pusaka

Waris Pusaka

Ashab al-Furud

أصحابالفروض

waris yang ditetapkan bahagian pusaka mereka menurut al-Quran, al-Sunnah dan ijmak.

‘Asabah

عصبةwaris yang mendapat baki lebihan selepas pembahagian kepada waris Ashab al-Furud

Dhawi al-Arham

ذوياألرحام

waris yang mempunyai hubungan kerabat atau darah dengan simati selain daripada Ashab al-Furud dan ‘Asabah

KOMPONEN II: Waris Pusaka

bapa

ibu

suami

isteri

Co

nto

h:

Pe

ne

ntu

an W

aris

(i)

Si Mati

AF + AS

AF

AF AF

Anak lelaki

Anak perempuan

AS AF + AS

Anak lelaki

Anak perempuan

Co

nto

h:

Pe

ne

ntu

an W

aris

(ii)

Si Mati

Anak lelaki

Anak perempuan

Anak lelaki

Anak perempuan

casabah ashāb al-furūd

+ casabah dhawī al-arhām

ashāb al-furūd

+ casabah

casabah

bapa

ibu

Si Mati

Ibu

Bapa

Ibu Bapa Bapa

Bapa Bapa Bapa

Datuk sah

Datuk sah

Datuk fasid

Datuk fasid Datuk fasid Datuk fasid

Contoh: Penentuan Waris (iii)

Pembahagian Pusaka

1. Pembahagian Melalui Fardu

Ketetapan;

2. Pembahagian Melalui Asabah

Harta Lebihan;

- Mengambil kesemua harta jika mereka waris tunggal,

- Mengambil baki lebihan selepas pembahagian fardu.

- Tiada baki sekiranya dihabisi oleh waris fardu.

One-half One-eight One-quarter

One-sixth One-third Two-thirds

النصف الربع الثمن

السدس الثلث الثلثان

Senarai Waris Yang Layak

Waris Lelaki Waris Perempuan

1. Anak lelaki

2. Anak lelaki kepada anak lelaki (cucu)

3. Bapa

4. Datuk

5. Saudara lelaki seibu sebapa

6. Saudara lelaki sebapa

7. Saudara lelaki seibu

8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa

9. Anak saudara lelaki dari sebapa

10. Bapa saudara seibu sebapa

11. Bapa saudara sebapa

12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa

13. Sepupu dari bapa saudara sebapa

14. Suami

15. Tuan yang merdekakan hamba

1. Anak perempuan

2. Anak perempuan kepada

anak lelaki (cucu)

3. Ibu

4. Nenek sebelah ibu

5. Nenek sebelah bapa

6. Saudara perempuan seibu

sebapa

7. Saudara perempuan seibu

8. Saudara perempuan sebapa

9. Isteri

10. Perempuan yang

merdekakan hamba

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak:

• bapa, anak lelaki dan suami

Jika kesemua ahli waris perempuan di atas wujud, hanya lima orang sahaja yang layak iaitu:

• anak perempuan, anak perempuan daripada anak lelaki (cucu), ibu, saudara perempuan seibu sebapa dan isteri.

Jika kesemua 25 orang waris masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima orang sahaja:

• bapa, ibu, anak lelaki, anak perempuan dan suami/isteri.

Senarai Waris Yang Layak

Si Mati

Anak lelaki Anak perempuan

Ibu Bapa W

aris

Uta

ma

Pu

saka

Suami

Isteri

WA R I S A S H A B A L - F U R U D

Telah ditetapkan bahagian / pecahan

12 orang waris (8 Perempuan, 4 Lelaki)

Waris paling utama & didahulukan dalam pembahagian pusaka berbanding Waris ‘Asabah dan Dhawi al-Arham

Menerima salah satu bahagian 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3, 1/6 atau 1/3 baki.

Dibahagi kepada tiga golongan: Waris Utama, Waris Gantian, Waris Sisi

ضفرو

بالصحا

أ

• Bapa

• Datuk

• Suami

• Saudara Lelaki seibu

ضفرو

بالصحا

أ

• Ibu

• Nenek

• Isteri

• Anak Perempuan

• Anak Perempuan kpd Anak Lelaki

• Saudara Perempuan Seibu Sebapa

• Saudara Perempuan Sebapa

• Saudara Perempuan Seibu

Anak perempuan

Si mati

Anak lelaki

Bapa

Ibu

Datuk (bapa kpd

bapa)

Nenek (ibu kpd

bapa)

suami

isteri

Saudara lelaki seibu

Anak perempuan

kpd anak lelaki

Saudara perempuan

seibu sebapa

أصحابالفروض(Qur’anic heirs)

1

2

3 4

5

7

8 9 12

Nenek (ibu kpd

ibu)

6

Saudara perempuan

sebapa

10

Saudara perempuan

seibu

11

Utama

• Suami

• Isteri

• Bapa

• Ibu

• Anak Perempuan

Gantian

• Datuk

• Nenek

• Anak Perempuan kpd Anak Lelaki

Sisi

• Saudara Perempuan Seibu Sebapa

• Saudara Perempuan Sebapa

• Saudara Perempuan Seibu

• Saudara Lelaki Seibu

WA R I S A S H A B A L - F U R U D

Bahagian Pusaka (Fardu)

1/2

1/4

1/8 2/3

1/3

1/6

• Suami • Anak Perempuan • Anak Perempuan kpd Anak Lelaki • Saudara Perempuan Seibu Sebapa • Saudara Perempuan Sebapa

• Suami • Isteri

• Isteri

• Anak Perempuan • Anak Perempuan kpd Anak Lelaki • Saudara Perempuan Seibu Sebapa • Saudara Perempuan Sebapa

• Ibu • Saudara Lelaki dan Perempuan Seibu

*Bapa * Ibu *Datuk * Nenek *Saudara Lelaki atau saudara perempuan seibu * Anak Perempuan kpd Anak Lelaki * Saudara Perempuan Sebapa

Waris Bahagian Butiran keadaan

1. Suami 1/2 tiada anak atau cucu daripada anak lelaki

dan ke bawah.

1/4 mempunyai anak atau cucu daripada anak

lelaki dan ke bawah.

2. Isteri 1/4 tiada anak atau cucu daripada anak lelaki

dan ke bawah.

1/8 wujud anak atau cucu daripada anak lelaki

dan ke bawah.

Waris Bahagian Butiran keadaan

3. Bapa 1/6 wujud anak lelaki atau cucu daripada anak

lelaki dan ke bawah.

1/6 dan casabah

wujud anak perempuan atau cucu

perempuan daripada anak lelaki dan ke

bawah. casabah tiada anak dan ke bawah.

4. Ibu 1/6 Ada anak atau cucu daripada anak lelaki si

mati ATAU ada dua atau lebih saudara lelaki

atau perempuan si mati .

1/3 tiada anak atau cucu daripada anak lelaki si

mati ATAU tiada dua atau lebih saudara

lelaki atau perempuan si mati.

1/3 baki Wujud bapa serta suami atau isteri sahaja.

Waris Bahagian Butiran keadaan

5. Datuk sama

seperti

bapa

hanya mendapat bahagian apabila tiada

bapa.

6.

Nenek

1/6 seorang atau lebih jika semuanya sah

iaitu selagi tiada pendinding iaitu dengan

adanya ibu atau bapa sekiranya nenek

sebelah bapa.

Waris Bahagian Butiran keadaan

7. Anak

perempuan

1/2 seorang anak perempuan sahaja

2/3 lebih daripada seorang anak perempuan. casabah bi

al-ghayr

Ada anak lelaki bersama anak perempuan

tersebut.

8. Anak

perempuan

kepada anak

lelaki (cucu)

1/2 seorang, tiada pendinding dan tidak ada

anak lelaki kepada lelaki (cucu lelaki).

2/3 melebihi seorang, tiada pendinding dan

tiada anak lelaki kepada lelaki (cucu lelaki).

1/6 bersama dengan seorang anak perempuan

sahaja. casabah bi

al-ghayr

Wujud anak lelaki kepada anak lelaki.

Terdinding Wujud anak lelaki atau wujud dua orang

atau lebih anak perempuan.

Waris Bahagian Butiran keadaan

9. Saudara

perempuan

seibu

sebapa

1/2 hanya seorang dan tiada saudara lelaki

seibu sebapa ATAU tidak ada keturunan.

2/3 melebihi seorang dan tiada saudara lelaki

seibu sebapa ATAU tidak ada keturunan. casabah bi

al-ghayr

Wujud saudara lelaki seibu sebapa.

casabah

maca al-

ghayr

Wujud keturunan perempuan sama ada

anak perempuan atau anak perempuan

kepada anak lelaki.

Terdinding

daripada

pusaka

Wujud keturunan lelaki sama ada anak

lelaki atau anak lelaki kepada lelaki dan ke

bawah ATAU bapa.

Waris Bahagian Butiran keadaan

10. Saudara

perempuan

sebapa

1/2 seorang sahaja, tiada sesiapa yang mendinding dan

tiada saudara lelaki sebapa dan tiada saudara

perempuan seibu sebapa.

2/3 lebih daripada seorang, tiada sesiapa yang

mendinding dan tiada saudara lelaki sebapa.

1/6 bersama dengan seorang saudara perempuan seibu

sebapa. casabah bi

al-ghayr

Ketika bersama dengan saudara lelaki sebapa.

casabah

maca al-

ghayr

Wujud keturunan perempuan sama ada anak

perempuan atau anak perempuan kepada anak

lelaki.

Terdinding Wujud dua orang atau lebih saudara perempuan

seibu sebapa ATAU ada keturunan lelaki sama ada

anak lelaki atau cucu lelaki, bapa, saudara lelaki

seibu sebapa, seorang saudara perempuan seibu

sebapa yang menjadi casabah maca al-ghayr.

Waris Bahagian Butiran keadaan

11. Saudara

lelaki seibu

1/6 Hanya seorang, tiada bapa, datuk dan

tiada anak atau cucu kepada anak lelaki

ke bawah.

1/3 Bilangan melebihi seorang, tiada bapa,

datuk dan tiada anak atau cucu kepada

anak lelaki ke bawah.

12. Saudara

perempuan

seibu Terdinding

daripada

pusaka

Wujud bapa, datuk dan anak atau cucu

kepada anak lelaki ke bawah.

setiap waris yang tiada kadar bahagian tertentu secara jelas dalam al-Quran atau al-Sunnah.

• 1. Mengambil seluruh harta jika tiada ahli fardu.

• 2. Mengambil baki harta setelah ahli fardu mengambil bahagian masing-masing.

• 3. Tiada bahagian baginya kerana tiada baki harta setelah diambil oleh ahli fardu.

WA R I S ‘ASABAH

Asabah

عصبة

KATEGORI ‘ASABAH

‘Asabah bi al-nafs عصبةبالنفس(residuaries in their own right)

‘Asabah bi al-Ghayr عصبةبالغير(residuaries in another’s right)

‘Asabah ma’a al-Ghayr عصبةمعالغير(residuaries together with another)

Asabah bi al-nafs

عصبةبالنفس

LELAKI SAHAJA

Menurut Keutamaan:

1. Anak Lelaki (ke bawah)

2. Bapa (ke atas)

3. Saudara lelaki seibu sebapa atau saudara lelaki sebapa

4. Bapa saudara kepada bapa

• Waris lelaki yang tiada perantaraan perempuan antara mereka dengan si mati.

LELAKI & PEREMPUAN

Anak Perempuan + Anak Lelaki

Cucu Lelaki + Cucu Perempuan

Saudara Lelaki Seibu Sebapa + Saudara Perempuan Seibu Sebapa

Saudara Lelaki Sebapa + Saudara Perempuan Sebapa

Asabah bi al-Ghayr

عصبةبالغير

• waris perempuan daripada waris ashab al-furud yang menerima baki ketika bersama-sama dengan saudara lelaki setaraf dengan mereka.

PEREMPUAN SAHAJA

Saudara Perempuan Seibu Sebapa; atau

Saudara Perempuan Sebapa

Akan Mewarisi Bersama

Anak Perempuan Sahaja; atau

Anak Perempuan daripada Anak Lelaki

Asabah ma’a al-Ghayr

عصبةمعالغير

• Waris perempuan menjadi asabah dengan sebab adanya waris perempuan lain

i. Catat struktur/ carta keluarga. ii. Kenalpasti waris yang berhak. iii. Masukkan bahagian secara tetap

(fardu). iv. Tentukan penerima / waris secara

casabah. v. Selesaikan pengiraan – bermula

dengan penentuan asal masalah (al-ta’sil).

vi. Masukkan penyelesaian akhir ke dalam struktur/ carta.

Langkah Pengiraan

KOMPONEN III: Kaedah Pembahagian Pusaka

Waris-waris Penyelesaian Faraid

Kadar fardu Saham

Ibu 1/6 2/12

Bapa 1/6 2/12

Suami 1/4 3/12

Anak lelaki casabah 5/12

Saudara lelaki seibu sebapa terdinding

Jumlah (Asal masalah) 12/12

Senaraikan/ catatkan semua waris

1

Saringan waris

2

Masukkan bahagian tetap

(fardu)

3

Tentukan waris ‘asabah

4

Tentukan asal masalah

5

Masukkan penyelesaian akhir

6

Amanah Raya Berhad

(Pusaka ringkas)

• harta alih sahaja < RM 600,000.

Unit Pembahagian Pusaka

(Pusaka kecil)

• harta tak alih (tanah) sahaja atau

• harta tanah beserta dengan harta alih < RM 2 juta, dan

• tidak meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1959 (bagi bukan Islam).

Mahkamah Tinggi

(Pusaka besar)

• harta alih sahaja yang > RM600,000,

• harta tak alih (tanah) sahaja atau beserta harta alih > RM 2 juta, atau

• harta berwasiat (bagi bukan Islam) walaupun nilainya kurang daripada RM 2 juta.

Realiti Pengurusan Faraid di Malaysia

Penentuan status harta sebagai harta pusaka di Malaysia

Wang Simpanan (Akaun bersama)

• Dari sudut perbankan, sesuatu klausa kemandirian tidak memberikan milikan benefisial secara automatik kepada pemegang akaun bersama yang masih hidup.

Harta Penama

• Wang caruman KWSP yang diterima oleh penama dipegang semata-mata atas amanah untuk waris-waris di bawah faraid (Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 9 Oktober 1973 dan 19 September 2000).

Pencen Terbitan

• Pencen terbitan tidak termasuk sebahagian harta pusaka si mati (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 12 September 1988)

Pembayaran Ex-gratia

• Pembayaran ex-gratia kepada orang tanggungan si mati sahaja dan ia tidak dikira sebagai harta pusaka si mati.

• Prinsip pengurusan harta keluarga melalui wasiat dan faraid dalam Islam ialah memberi hak kepada yang berhak.

• Memastikan harta terus subur, kekal dan dinamik dalam tangan ahli keluarga memerlukan ilmu. Kegagalan menguruskan harta secara berkesan boleh menyebabkan harta yang dimiliki menjadi sia-sia, terbengkalai atau tidak dapat dimanfaatkan keluarga.

Kesimpulan

zahari@usim.edu.my: البريداإللكترونيmmirahaz@gmail.com

3760496-012 / 7988557-06: رقمالهاتف

top related