huraian dan tafsiran sukatan pelajaran kbsr

Post on 13-Apr-2015

124 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Huraian dan tafsiran sukatan pelajaranKBSR

Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam pendidikan jasmani

Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil.

Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16).

- Konsep dalam P&P- Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh.

Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran bahasa serta nilai-nilai. Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran.  

Contohnya :Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan pengajaran semata – mata tertumpu kepada kemahiran. Unsur kekerapan nilai – nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan.Ini tidak ada kesepaduan.

Antara teknik yang sedia ada digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah : - Penggabungjalinan - Penyerapan

-Penggabungjalinan

Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu.

Contohnya : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru menggabungkan muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif.

-Penyerapan

Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain.

Contohnya : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan Matematik dalam Pendidikan Jasmani.

Cara Pelaksanaan

-Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya :Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan sama untuk beberapa permainan tertentu. Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri.

-Kesepaduan yang berbentuk ‘intra’ (berlaku dalam satu mata pelajaran)

Contohnya :Ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran. Dalam Pend.Jasmani, semasa mengajar kemahiran bola sepak, nilai murni dan moral dapat diselitkan bagi menjamin perkembangan JERIS murid.

-Kesepaduan yang berbentuk ‘inter’(yang berlaku dengan menggabungkan pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain)

Contohnya :Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini pergabungan dengan subjek sains.

-Kesepaduan antara aspek teori dengan amali.Contoh : Teori yang terkandung di dalam buku juga bersepadu dengan amali PJ yang sediakan untuk murid – murid.

-Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum.

Contoh :PJ ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olaharaga.

-Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah.

Contoh : Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik

Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah. Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik.

-Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.

Contoh :Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian. Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran.

Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :1. Kecergasan2. Kemahiran3. Kesukanan

1. KecergasanKonsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

2. KemahiranKonsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.

3. KesukananKonsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

top related