hubungan perpuluhan dan peratus
Post on 18-Feb-2015
91 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Hubungan Perpuluhan dan Peratus
Sebelum seseorang guru itu mengajar, biasanya konsep sesuatu tajuk akan
diperkenalkan. Konsep ini sangat penting kerana menurut Nik Azis (1989) dalam matematik,
konsep adalah merupakan bahagian yang terpenting , khususnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Tambahan pula, menurut, Souviney (1990), NCTM (1989), ICME(1994),Skemp Swetz &
Tim (1988), Cockroft (1982), Nik Azis (1992), Ibrahim (1994) proses pengajaran dan
pembelajaran dalam matematik agak berbeza dengan subjek-subjek lain. Pengajaran
matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan kemahiran dan penyelesaian
masalah.
Jadi, berdasarkan pendapat tokoh-tokoh pendidikan terdahulu, konsep dalam
pembelajaran matematik memainkan peranan yang penting dalam memberi kefahaman kepada
murid. Oleh sebab itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempunyai
kemahiran bagi menyampaikan konsep sesuatu tajuk agar pembelajaran yang di ajar mudah
diterima oleh murid.
Bagi menampakkan hubungan perpuluhan dengan peratus guru perlu memperkenalkan
kepada murid tentang konsep perpuluhan terlebih dahulu. Ini supaya murid mendapat
kefahaman yang jelas tentang tajuk tersebut. Hal ini demikian kerana, menurut Carpenter et al.
(1981), Hart (1981), Hiebert dan Weame (1986), nombor perpuluhan adalah antara tajuk yang
didapati sukar oleh pelajar. Selain itu menurut Bell et al. (1981), salah satu faktor yang
menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran adalah kekurangan pengetahuan tentang konsep
nombor perpuluhan. Kekurangan ini menyebabkan pelajar memilih untuk menghafal petua dan
prosedur berkait dengan nombor perpuluhan.
Kementerian Pendidikan (1998) mengatakan di Malaysia, konsep nombor perpuluhan
dan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan nombor perpuluhan,
diperkenalkan secara berperingkat dari Tahun Empat sekolah rendah hingga Tingkatan Satu.
Pada Tahun Enam, pendaraban nombor perpuluhan dan pembahagian nombor perpuluhan
dihadkan kepada pendaraban dan pembahagian dengan10, 100 dan 1000 sahaja.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Ekenstam (1977), murid mempunyai kefahaman
yang kabur tentang konsep perpuluhan. Brown (1981) mendapati 50 % daripada murid berumur
10 tahun tidak boleh menulis angka daripada bentuk pecahan jika ditukarkan kepada bentuk
nombor perpuluhan.Murid didapati gagal melihat perkaitan antara simbol perpuluhan dengan
simbol numerik lain. Simbol titik perpuluhan membawa makna yang sukar bagi murid. Konsep
nilai tempat juga dianggap rumit untuk dipelajari. Para penyelidik dari RECSAM menerusi
Teaching-Learning Project 1989 telah mengenal pasti topik nombor perpuluhan sebagai topik
yang sukar dikuasai oleh murid.
Jadi, pemahaman konsep nombor perpuluhan sangat penting bagi murid untuk
meneruskan pembelajaran matematik yang berikutnya seperti perkaitan nombor perpuluhan
dengan peratusan.
top related