hubungan antara tekanan dengan pencapaian … · soal selidik yang terdiri daripada 50 item...
Post on 03-Mar-2019
238 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA TEKANAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
NORLIZAWATI BT YA’AKOB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: HUBUNGAN ANTARA TEKANAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya NORLIZAWATI BINTI YA’AKOB mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: BT 23, KG RAMUAN CHINA BESAR, 78300 MASJID TANAH, EN. JAMALUDIN RAMLI MELAKA. Nama Penyelia Tarikh: 21/04/2006 Tarikh: 21/04/2005
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : Nama penyelia : ENCIK JAMALUDIN RAMLI Tarikh : 21/04/2006
HUBUNGAN ANTARA TEKANAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
NORLIZAWATI BINTI YA’AKOB
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : NORLIZAWATI BINTI YA’AKOB
Tarikh : 21/04/2006
iii
Khas buat keluarga dan insan tersayang:
Ya’akob Bin. Kasim
Rokiah Bt. Hj. Abu
Allahyarham Ghazali Bin Ya’akob
Juliena Bt. Ya’akob
Khairul Nizam Bin Ya’akob
Mohammad Zaim Hakim Bin. Zulbakarudin
Shafiqah Zahirah Bt. Zulbakarudin
Mohd. Faiz Bin Zulbakarudin
Mohd Yasri Bin Yasim
Terima kasih di atas kasih sayang dan dorongan kalian…
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia
pembimbing tesis En. Jamaludin Ramli kerana memberi bimbingan serta dorongan
sepanjang tempoh penyelidikan tesis inidijalankan.
Ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh para pelajar tahun
akhir di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang sudi menjadi
responden bagi kajian ini. Kerjasama kalian amatlah dihargai.
Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat
samada secara langsung atau tidak langsung membantu menyiapkan Laporan Projek
Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara tekanan dengan
pencapaian akademik pelajar. Aspek tekanan yang dikaji meliputi akademik,
keluarga dan kewangan, sosial, persekitaran dan intrapersonal. Pencapaian akademik
pula diukur dengan melihat prestasi semasa pelajar bagi semester 1 sesi 2005/2006
menggunakan Gred Point Average (GPA) Seramai 135 orang pelajar telah dipilih
secara rawak sebagai sampel. Soal selidik yang terdiri daripada 50 item digunakan
untuk memperolehi data daripada sampel. Data yang diperolehi dianalisis dalam
bentuk statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science Version 11.0 (SPSS V11.0). Hasil kajian menunjukkan
faktor yang berpunca dari akademik dikenalpasti sebagai faktor dominan
menyebabkan tekanan di kalangan pelajar. Analisis inferensi dengan menggunakan
ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tekanan dengan
pencapaian akademik berdasarkan jantina pelajar. Sementara itu dengan
menggunakan ujian korelasi pearson menunjukkan faktor akademik (r=-0.294,
p<0.05) dan tekanan secara keseluruhan (r=-0.175, p<0.05) didapati mempunyai
hubungan signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Faktor-faktor lain iaitu
faktor sosial, keluarga dan kewangan, persekitaran dan intrapersonal didapati tidak
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar.
Beberapa cadangan untuk kajian akan datang turut dikemukakan.
vi
ABSTRACT
This research is conducted to identify the correlation between stress with
academic achievement Stress is studied through several aspects such as academic,
family and finance, environment, social and intrapersonal. Meanwhile ,academic
achievement are valued by counting the Gred Point Average (GPA) for semester 1
year 2005/2006. About 135 student were chosen randomly as sample. Questionnaire
that contain 50 item was used as instrument to obtain data from the samples. The
data obtained was analysed by program Statistical Package for Social Science
Version 11.0 (SPSS V11.0) in form of descriptive and inferential statistics. The
finding show academic stressor is identified as the dominant stressor among the
samples. Inferential analysis by using t-test showed that there is no significant
difference between stress and academic achievement based on sex. Meanwhile, by
using Pearson’s correlation test, a significant correlation were obtained in the
relationship between academic stressor (r = -0.294, p<0.05) and stress in overall (r =
-0.175, p<0.05) with academic achievement. The finding also showed that there was
no significant relationship between other stressor such as social, family and finance,
environment and intrapersonal with academic achievement. Suggestion and
recommendation for future research were also discussed.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 7
1.9 Definisi Istilah 8
1.9.1 Hubungan 8
1.9.2 Tekanan 8
1.9.3 Pencapaian Akademik 9
1.9.4 Pelajar 9
viii
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Faktor Tekanan 12
2.2.1 Faktor Tekanan Peristiwa Hidup 12
2.2.2 Faktor Tekanan yang Kronik 13
2.3 Faktor Tekanan Di kalangan Pelajar Universiti 14
2.3.1 Faktor Tekanan dari Aspek Akademik 14
2.3.2 Faktor Tekanan dari Aspek Sosial 14
2.3.3 Faktor Tekanan dari Aspek Keluarga 15
dan Kewangan
2.3.4 Faktor Tekanan dari Aspek Persekitaran 15
2.3.5 Faktor Tekanan dari Aspek Intrapersonal 16
2.4 Kajian-kajian Lepas Mengenai Tekanan 16
2.5 Simpton dan Tanda Tekanan 18
2.6 Kesan Tekanan 19
2.7 Kesimpulan 19
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Rekabentuk Kajian 20
3.3 Tempat Kajian 21
3.4 Sampel Kajian 21
3.4.1 Saiz Sampel 21
3.4.2 Pemilihan Sampel 21
3.5 Instrumentasi Kajian 22
3.5.1 Ciri-Ciri Demografik Responden 22
3.5.2 Ujian Tahap Tekanan 23
3.5.3 Senarai Punca Tekanan 23
3.6 Kajian Rintis 25
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat 25
3.8 Analisis Data 26
3.8.1 Statistik Deskriptif 26
ix
3.8.2 Statistik Inferensi 26
3.9 Kesimpulan 27
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 28
4.2 Analisis Ciri-Ciri Demografik Responden 28
4.2.1 Kekerapan dan Peratusan Responden 29
Mengikut Jantina
4.2.2 Kekerapan dan Peratusan Responden 29
Mengikut Bangsa
4.2.3 Kekerapan dan Peratusan Responden 30
Mengikut Kursus
4.2.4 Kekerapan dan Peratusan Responden 30
Mengikut GPA
4.3 Analisis Kekerapan dan Peratusan Tahap 31
Tekanan
4.3.1 Kekerapan dan Peratusan Responden 31
Mengikut Tahap Tekanan
4.4 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min dan 32
Sisihan Piawai Item-Item Tahap Tekanan
4.5 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min dan 34
Sisihan Piawai Item-Item Punca Tekanan
4.5.1 Analisis Item-Item Punca Tekanan dari 34
Aspek Akademik
4.5.1 Analisis Item-Item Punca Tekanan dari 36
Aspek Sosial
4.5.1 Analisis Item-Item Punca Tekanan dari 37
Aspek Keluarga dan Kewangan
4.5.1 Analisis Item-Item Punca Tekanan dari 39
Aspek Persekitaran
4.5.1 Analisis Item-Item Punca Tekanan dari 40
Aspek Intrapersonal
x
4.6 Analisis Hubungan antara Tekanan Dengan 42
Pencapaian Akademik Berdasarkan Jantina
4.7 Analisis Hubungan antara Punca Tekanan 42
dengan Pencapaian Akademik
4.7.1 Punca Akademik 43
4.7.2 Punca Sosial 43
4.7.3 Punca Keluarga dan Kewangan 44
4.7.4 Punca Persekitaran 45
4.7.5 Punca Intrapersonal 45
4.8 Analisis Hubungan antara Tekanan keseluruhan 46
dengan Pencapaian Akademik
4.9 Kesimpulan 47
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Rumusan Dapatan Deskriptif 50
5.2.1 Ciri-ciri Demografik Responden 50
5.2.2 Tahap Tekanan Responden 51
5.2.3 Faktor Dominan Punca Tekanan 51
5.3 Rumusan Dapatan Inferensi 52
5.3.1 Perbezaan Tekanan Antara Jantina 52
5.3.2 Hubungan Antara Punca Akademik 52
dengan Pencapaian Akademik
5.3.3 Hubungan Antara Punca Sosial 53
dengan Pencapaian Akademik
5.3.4 Hubungan Antara Punca Keluarga dan 53
Kewangan dengan Pencapaian Akademik
5.3.5 Hubungan Antara Punca Persekitaran 54
dengan Pencapaian Akademik
5.3.6 Hubungan antara Punca Intrapersonal 54
dengan Pencapaian Akademik
5.3.7 Hubungan antara Tekanan Keseluruhan 54
xi
dengan Pencapaian Akademik
5.4 Implikasi dan Cadangan Tindakan 55
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 57
5.6 Penutup 58
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 59
LAMPIRAN A-D 62
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Keterangan skala likert bagi ujian tahap tekanan 23
3.2 Keterangan skala likert bagi senarai punca tekanan 24
3.3 Taburan soalan soal selidik 24
3.4 Pendekatan statistik berdasarkan hipotesis kajian 26
4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 29
4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 29
4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus 30
4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut GPA 31
4.5 Skor min tahap tekanan 31
4.6 Kekerapan dan peratusan responden mengikut tahap 32
tekanan
4.7 Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi 33
Item-item tahap tekanan
xiii
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.8 Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi 35
Item-item tahap tekanan dari aspek akademik
4.9 Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi 36
item-item tahap tekanan dari aspek sosial
4.10 Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi 38
item-item tahap tekanan dari aspek keluarga dan
kewangan
4.11 Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi 39
item-item tahap tekanan dari aspek persekitaran
4.12 Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi 41
item-item tahap tekanan dari aspek intrapersonal
4.13 Analisis perbezaan antara tekanan dan jantina 42
menggunakan Ujian-T
4.14 Interpretasi terhadap nilai pekali korelasi (r) 42
4.15 Analisis hubungan punca tekanan dari aspek 43
akademik dengan pencapaian akademik
4.16 Analisis hubungan punca tekanan dari aspek 44
sosial dengan pencapaian akademik
4.17 Analisis hubungan punca tekanan dari aspek keluarga 44
dan kewangan dengan pencapaian akademik
4.18 Analisis hubungan punca tekanan dari aspek 45
persekitaran dengan pencapaian akademik
xiv
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.19 Analisis hubungan punca tekanan dari aspek 46
intrapersonal dengan pencapaian akademik
4.20 Analisis hubungan tekanan keseluruhan dengan 46
pencapaian akademik
xv
SENARAI SINGKATAN
CPA - Purata Nilai Gred Keseluruhan
GPA - Purata Nilai Gred Semester
p - Nilai signifikan
r - Nilai pekali korelasi
SP - Sisihan piawai
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Kimia)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Fizik)
SPSS (V11.0) - Statistical Package for Social Sciences Version 11.0
SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Instrumen kajian : Borang Soal Selidik 62
B Nilai alfa bagi bahagian B soal selidik 68
C Nilai alfa bagi bahagian C soal selidik 69
D Jadual Morgan 71
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada awalnya, tekanan dikaji sebagai satu masalah dalam perubatan dan kini
para pengkaji mula memahami bagaimana ia berfungsi dan apakah kesan tekanan
terhadap kesihatan mental seseorang individu. Apabila seseorang berada dalam
tekanan, satu tindak balas biologi akan berlaku dimana tindak balas ini adalah
automatik, secara tidak sedar, dan sangat dijangkakan (Nicholas J. Long & Betsy
Duffner, 1980). Tekanan bertindak sebagai ‘alarm’ kepada tubuh badan individu
untuk bertindak. Oleh itu, adalah amat penting bagi individu yang mengalami
tekanan untuk mengawal tahap tekanannya agar tidak membahayakan dirinya sendiri
dan juga orang lain.
Ramai yang berpendapat bahawa tekanan adalah sesuatu yang negatif.
Namun begitu, sekiranya tekanan dapat dikawal ia amat berguna kepada seseorang
bergantung kepada kekerapan, kesungguhan dan tempoh masa mengawalnya. Tanpa
tekanan, pelajar akan menjadi pasif dan tidak bersemangat semasa di dalam kuliah
manakala terlalu banyak tekanan pula akan menyebabkan panik dan kekacauan
fikiran (Nicholas J. Long & Betsy Duffner,1980). Atas sebab ini, tekanan juga
memainkan peranan terhadap tingkah laku pelajar semasa berada di dalam bilik
darjah atau kuliah.
Banyak kajian telah melaporkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara
tekanan dengan pelajar universiti (Greenberg & Valletutti,1980). Tekanan telah
dianggap sebagai sebahagian daripada pengalaman yang biasa dihadapi oleh pelajar
2
universiti (Saunders & Balinsky,1993). Antara tekanan yang biasa dihadapi oleh
pelajar ialah peralihan ke universiti, kebimbangan terhadap ujian, pencapaian
akademik, komitmen terhadap keluarga dan kewangan. Kajian juga telah
menunjukkan bahawa pelajar akan mengalami peningkatan dalam gangguan emosi
dan tahap tekanan sepanjang menjalani pengajian di universiti. Kesan yang
diakibatkan oleh tekanan juga boleh menyebabkan kesihatan seseorang terganggu
dan ini juga secara tidak langsung boleh mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tekanan bukanlah satu-satunya faktor
yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar namun dalam kajian ini penyelidik
ingin mengkaji hubungan antara tekanan dengan pencapaian akademik pelajar dan
apakah faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian ini
akan dijalankan ke atas pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru.
1.2 Latar Belakang Masalah
Ramai berpendapat bahawa tekanan datang dalam bentuk negatif iaitu
apabila seseorang individu berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan.
Namun, ramai yang tidak menyedari tekanan boleh melahirkan tindak balas
mendorong yang positif. Tindak balas positif akibat tekanan boleh mendorong
seseorang individu untuk menguji potensi dan mencapainya pada tahap yang
maksimum. Tekanan boleh menjadi satu aspek pembelajaran yang positif sekiranya
pelajar menganggap tekanan sebagai satu cabaran yang boleh mempamerkan
peningkatan kapasiti untuk belajar (Roberts & White, 1989).
Kebanyakan pelajar universiti mengalami kebimbangan terhadap gred hingga
menyebabkan tekanan. Terlalu banyak tekanan boleh mengganggu persediaan,
tumpuan dan pencapaian pelajar. Namun, tekanan yang positif dapat memotivasikan
pelajar sehingga ke puncak kejayaan. Pelajar juga biasa mengalami kebimbangan
terhadap kegagalan dalam menyiapkan kerja akademik dan kebimbangan terhadap
3
ujian. Menurut kajian-kajian yang lepas, pelajar didapati lebih tertekan terutamanya
menjelang waktu peperiksaan. Kebimbangan yang melampau ini boleh menjejaskan
pencapaian pelajar.
Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengalami tekanan
ialah mereka tidak tahu cara yang berkesan untuk mengawal tekanan yang dialami.
Adalah penting untuk mengetahui apakah batas fizikal dan emosi yang ada pada diri
seseorang yang mengalami tekanan. Dalam usaha untuk mengatasi tekanan yang
negatif dalam kehidupan seorang pelajar, dia perlu tahu apakah punca kepada
tekanan yang dialaminya. Penyesuaian psikologi boleh membantu dalam
memperbaiki kesan tekanan dalam diri seseorang individu (Greenberg &
Valletutti,1980).
Kewujudan tekanan dalam diri seseorang kadangkala tidak disedari oleh
individu itu sendiri. Bagi pelajar universiti, walaupun mereka digelar mahasiswa
tetapi kebanyakan mereka adalah remaja yang rata-ratanya berumur sekitar 20-an.
Secara tidak langsung mereka sebenarnya tidak menyedari kehadiran tekanan,
perasaan marah, benci, dendam dan akhirnya boleh menyebabkan pergaduhan atau
kematian.
Bagi pelajar universiti terutamanya pelajar tahun akhir, selain daripada
tekanan yang dialami daripada kerja akademik yang semakin bertambah dan
interaksi sosialnya dengan persekitaran, tekanan dalam mendapatkan gred yang baik
juga semakin bertambah kerana amat penting untuk mendapatkan gred yang baik
untuk jaminan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian kelak. Oleh itu, adalah
amat penting bagi pelajar yang mengalami tekanan untuk tahu sejauhmanakah
hubungan tekanan dalam hidupnya mempengaruhi gred atau pencapaian akademik
agar mereka dapat mengenalpasti dan mengawal tekanan yang mempengaruhi
pencapaian akademik mereka.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Tekanan boleh memberi kesan yang berbeza bergantung kepada individu
yang mengalaminya. Sekiranya pelajar melihat tekanan sebagai sesuatu yang negatif,
ia boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan, mental dan emosi
pelajar tersebut. Ini secara tidak langsung turut akan menjejaskan pencapaian
akademiknya. Bagi pelajar yang melihat tekanan dari sudut positif pula, tekanan akan
menimbulkan tindak balas positif dalam dirinya bagi mencapai keputusan akademik
yang lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu, sejauhmanakah hubungan antara tekanan
dengan pencapaian akademik pelajar?
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan tekanan dalam diri
seseorang pelajar. Faktor-faktor ini boleh samada berpunca dari persekitaran pelajar
mahupun dari diri pelajar itu sendiri. Kesan dari faktor-faktor ini terhadap
pencapaian akademik pelajar bergantung kepada sejauhmana pelajar tersebut
menanganinya. Dalam konteks kajian ini, apakah faktor dominan yang
menyebabkan tekanan hingga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar?
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan keputusan peperiksaan semester 1
bagi sesi 2005/2006 sebagai pencapaian akademik pelajar. Kebanyakan
matapelajaran yang diambil pada semester ini adalah matapelajaran elektif yang
merupakan matapelajaran yang agak sukar untuk dipelajari. Selain itu, pertambahan
kerja-kerja akademik seperti projek sarjana muda juga merupakan salah satu faktor
yang menyumbang tekanan terhadap pelajar.
5
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
(i) Mengenalpasti tahap tekanan di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan di UTM.
(ii) Mengenalpasti perbezaan tahap tekanan antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan.
(iii) Mengenalpasti faktor dominan yang menyebabkan tekanan di
kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan di UTM.
(iv) Mengkaji hubungan antara tekanan dengan pencapaian akademik
pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Berpandukan objektif, beberapa persoalan penting difokuskan:
(i) Apakah tahap tekanan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan?
(ii) Adakah terdapat perbezaan tahap tekanan antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan?
(iii) Apakah faktor dominan yang menyebabkan tekanan di kalangan
pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan di UTM?
(iv) Apakah hubungan antara tekanan dengan pencapaian akademik
pelajar?
6
1.6 Hipotesis Kajian
Beberapa hipotesis telah dibentuk untuk menguji hubungan di antara tekanan
dengan beberapa komponen. Antaranya :
Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor tekanan aspek
akademik dengan pencapaian akademik pelajar.
Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor tekanan aspek
keluarga dan kewangan dengan pencapaian akademik pelajar.
Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor tekanan aspek sosial
dengan pencapaian akademik pelajar.
Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor tekanan aspek
persekitaran dengan pencapaian akademik pelajar.
Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor tekanan aspek
intrapersonal dengan pencapaian akademik pelajar.
Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan keseluruhan dengan
pencapaian akademik pelajar.
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tekanan dengan jantina
pelajar.
top related