hubungan antara stres dengan kepuasan ......2.3.1 teori sindrom penyesuaian umum 2.3.2 model stres...
Post on 19-Mar-2021
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i
i
i
HUBUNGAN ANTARA STRES DENGAN KEPUASAN KERJA GURU PENOLONG
KANAN DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAERAH KULAI.
SIOW SET FUN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2008
ii
iii
DEDIKASI
Untuk ibu dan ayah tersayang
Siow Chin Cheong & Chong Loke Kee
dan
Suamiku yang tercinta
Chan Moey Hua
Terima kasih ke atas segala doa, kasih sayang dan dorongan yang kalian curahkan
Untuk anak-anakku
Chan Sin Her & Chan Yong Min
Semoga kejayaan bondamu ini akan merintis jalan serta memberi inspirasi buat kalian mengejar
impian dan kejayaan
Untuk rakan-rakan seperjuangan
Hargailah persahabatan yang terjalin
Untuk semua warga SJK(C) Bemban
Terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama kalian
iv
PENGHARGAAN
Salam sejahtera. Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Othman bin Md Johan selaku penyelia Projek Sarjana
Muda ini atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh
menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat.
Penghargaan juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor
dan guru-guru besar sekolah yang dipilih kerana telah memberi kebenaran untuk menjalankan
kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua penolong kanan yang terlibat untuk menjawab
soal selidik ini kerana sudi membantu untuk melaksanakan kajian ini.
Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas segala dorongan dan bantuan. Seterusnya
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam membantu menyiapkan
projek ini. Semoga Tuhan membalas budi baik kalian.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap stres, tahap kepuasan kerja dan
hubungan antara stres dengan kepuasan guru penolong kanan di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina daerah Kulai. Seramai 42 orang guru penolong kanan yang bertugas
di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai telah menjadi responden bagi tujuan
kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik.
Set soalan soal selidik ini mengandungi instrumen yang diubahsuai untuk mengukur
tahap kepuasan responden. Nilai kebolehpercayaan instrumen untuk mengukur stres
ialah 0.893 sementara index bagi kepuasan kerja adalah 0.839. Data-data dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for
Windows versi 12.0. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk
menganalisis tahap stres dan kepuasan kerja manakala korelasi Pearson ‘r’ digunakan
untuk melihat hubungan antara stres dengan kepuasan kerja di kalangan responden.
Hasil kajian mendapati tahap stres responden berada pada tahap rendah manakala
tahap kepuasan pula berada di tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati
terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja di mana nilai
korelasi yang diperolehi ialah 0.021.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to gauge the level of stress, job satisfaction and
the relationship between stress and job satisfaction among senior assistants of the
Chinese Primary Schools in the Kulai District. A total of 42 respondents participated
in this study. A questionnaire was used as the instrument of this study. This instrument
consists of items constructed by the researcher to gauge the level of stress and the “Job
Descriptive Index” (JDI) is modified to measure the level of job satisfaction among the
respondents. The reliability index of the instrument to measure the stress is 0.893
whereas the instrument used for measure job satisfaction is 0.839. The data was
analysed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version
12.0. Descriptive statistics, mean and frequency are used to analyse the level of stress
and job satisfaction. The Pearson ‘r’ correlation is used to test the hypothesis. The
result shows that the stress is at low level and the job satisfaction is at medium level.
The result also showed that there was significant correlation between stress and job
satisfaction with the value of 0.021.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS JUDUL
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
xvi
xvii
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENGENALAN
1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Stres
1.8.2 Kepuasan Kerja
1.8.3 Guru Penolong Kanan
1.9 Kesimpulan
9
10
10
11
11
12
BAB II SOROTAN PENULISAN
13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Definisi Stres Kerja 13
2.3 Kerangka Teori Stres
2.3.1 Teori Sindrom Penyesuaian Umum
2.3.2 Model Stres
2.3.3 Model Stres Guru
14
14
16
17
2.4 Kerangka Teori-Teori Kepuasan Kerja
2.4.1 Teori Hirarki Keperluan Maslow
2.4.2 Teori Dua Faktor Herzberg
18
18
22
ix
BAB
BAB II
PERKARA
SOROTAN KAJIAN
2.5 Kajian-Kajian Lepas Berkaitan
Dengan Stres Guru, Kepuasan Kerja
Guru dan Hubungan Antara Stres
Dengan Kepuasan Kerja Guru
2.5.1 Kajian Lepas Berkaitan Stres Guru
2.5.2 Kajian Lepas Berkaitan Kepuasan
Kerja
2.5.2.1 Kajian Kepuasan Kerja
Terhadap Suasana Kerja
2.5.2.2 Kajian Kepuasan Kerja
Terhadap Aspek Gaji
2.5.2.3 Kajian Kepuasan Kerja
Terhadap Aspek
Kenaikan Pangkat
2.5.2.4 Kajian Kepuasan Kerja
Terhadap Aspek Penyeliaan
2.5.2.3 Kajian Kepuasan Kerja
Terhadap Aspek Rakan
Sekerja
2.5.3 Kajian Lepas Berkaitan Hubungan
Antara Stres Dengan Kepuasan
Kerja
2.7 Kesimpulan
MUKASURAT
25
25
28
29
29
30
30
31
31
33
x
BAB PERKARA
MUKASURAT
BAB III METODOLOGI KAJIAN
34
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Bahagian A - Maklumat Diri
3.5.2 Bahagian B - Tahap Stres
3.5.3 Bahagian C - Tahap Kepuasan
Kerja
37
39
39
40
3.5 Kajian Rintis 43
BAB IV
3.7 Perlaksanaan dan Prosedur Kajian
3.8 Penganalisis Data
3.8.1 Kajian Deskriptif
3.8.2 Analisis Inferensi
3.9 Kesimpulan
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Huraian Latar Belakang Responden
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Jawatan Yang Disandang
4.2.4 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Memegang Jawatan
44
45
46
48
49
50
50
50
51
51
52
52
xi
BAB
BAB V
PERKARA
4.3 Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4
4.3.5 Analisis Data Persoalan Kajian 5
4.3.6 Analisis Data Persoalan Kajian 6
4.3.7 Analisis Data Persoalan Kajian 7
4.3.8 Analisis Data Persoalan Kajian 8
4.3.9 Analisis Data Persoalan Kajian 9
4.3.10 Analisis Data Persoalan Kajian 10
4.3.11 Analisis Data Persoalan Kajain 11
4.4 Kesimpulan
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan Dapatan Kajian
5.3 Perbincangan Tentang Dapatan Kajian
5.3.1 Tahap Stres
5.3.2 Tahap Stres Dari Aspek Suasana
Kerja
5.3.3 Tahap Stres Dari Aspek Keluarga
5.3.4 Tahap Stres Dari Aspek Kewangan
5.3.5 Tahap Kepuasan Kerja
5.3.6 Tahap Kepuasan Kerja Dari Aspek
Suasana Kerja
MUKASURAT
53
53
54
56
58
59
60
62
63
64
66
69
69
70
70
71
72
72
73
74
76
76
77
xii
PERKARA
5.3.7 Tahap Kepuasan Kerja Dari Aspek
Gaji
5.3.8 Tahap Kepuasan Kerja Dari Aspek
Peluang Kenaikan Pangkat
5.3.9 Tahap Kepuasan Kerja Dari Aspek
Penyeliaan
5.3.10 Tahap Kepuasan Kerja Dari Aspek
Rakan Sekerja
5.3.11 Hubungan Stres Dengan Kepuasan
Kerja
5.4 Cadangan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
LAMPIRAN A - C
MUKA SURAT
78
79
81
82
82
83
85
86
88
91
xiii
SENARAI JADUAL
NO
JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
2.1 Bagaimana Seseorang Pekerja Mencapai
Keperluan Mereka
23
3.1 Lokasi Dan Gred Sekolah-Sekolah Yang Dipilih 36
3.2 Pecahan Senarai Nama Sekolah Yang Dipilih
Serta Bilangan Responden
37
3.3 Soal Selidik Kajian 39
3.4 Bilangan Item Dalam Stres 40
3.5 Pecahan-Pecahan Item Positif Dan Negatif
Berdasarkan Stres
40
3.6 Skala Kadaran 5 Markat 40
3.7 Pengkelasan Tahap Stres Berdasarkan Markat 41
3.8 Bilangan Item Dalam Kepuasan Kerja 41
3.9 Pecahan-Pecahan Item Positif dan Negatif
Berdasarkan Aspek Kepuasan Kerja
42
3.10 Skala Likert 43
3.11 Pengkelasan Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan
Markat
43
3.12 Nilai Alpha Cronbach Soal Selidik 44
3.13 Klasifikasi Kekuatan Korelasi Daripada Rowntree
(1981)
46
3.14 Analisis Data Terhadap Persoalan Kajian 47
xiv
NO
JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 51
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 51
4.3 Taburan Responden Mengikut Jawatan Yang
Disandang
52
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Memegang Jawatan Sekarang
53
4.5 Skor Min Mengikut Tahap Stres Responden 54
4.6 Taburan Stres Dari Aspek Suasana Kerja 55
4.7 Taburan Stres Dari Aspek Keluarga 57
4.8 Taburan Stres Dari Aspek Kewangan 58
4.9 Skor Min Mengikut Tahap Kepuasan Kerja
Responden
60
4.10 Taburan Kepuasan Kerja Dari Aspek Suasana
Kerja
61
4.11 Taburan Kepuasan Kerja Dari Aspek Gaji 62
4.12 Taburan Kepuasan Kerja Dari Aspek Peluang
Kenaikan Pangkat
64
4.13 Taburan Kepuasan Kerja Dari Aspek Penyeliaan 65
4.14 Taburan Kepuasan Kerja Dari Aspek Rakan
Sekerja
68
4.15 Analisis Ujian Korelasi Pearson ‘r’ Antara Stress
Dengan Kepuasan Kerja
69
xv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1
Sindrom Penyesuaian Umum
15
2.2 Model Stres 16
2.3 Model Stres Guru 17
2.4 Tingkat Keperluan Teori Motivasi Maslow 19
2.5 Teori Dua Faktor Herzberg 23
xvi
SENARAI SINGKATAN.
EPRD : Unit Perancangan dan Penyelidikan
GAS : General Adaption Syndrom
GPK : Guru Penolong Kanan.
GPKK(HEM) : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
GPKKK : Guru Penolong Kanan Kokurikulum
JPN : Jabatan Pelajaran Negeri
KPKK : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
PIPP : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PPD : Pejabat Pendidikan Daerah
SMM : Sisitem Maklumat Murid
SPSS : Statistical Packages for the Social Science
SSDM : Sistem Salahlaku Disiplin Murid
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A
Soal selidik
91
B Surat Kebenaran Dari Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
98
C Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran
Negeri Johor
99
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang
bertemakan ‘Merintis Pembaruan : Satu Misi Nasional’ yang dilancarkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi bermatlamat untuk
menyediakan seluas-luas akses, meningkatkan ekiuti serta memastikan pendidikan
berkualiti dinikmati semua rakyat Malaysia, tidak kira siapa dan di mana mereka
berada supaya tidak sesiapa pun tercicir daripada arus pembangunan negara
menjelang 2020. Untuk merealisasikan matlamat wawasan 2020, Malaysia sangat
memerlukan tenaga pekerja terutamanya para guru yang berdaya tinggi, cekap,
cergas dan produktif.
Untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara,
berbagai program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum telah dirancang
dari semasa ke semasa. Dalam melaksanakan program-program tersebut, para guru
amat terdedah kepada tekanan terutamanya dalam zaman globalisasi kini yang penuh
dengan cabaran dan perubahan. Selain itu, tekanan-tekanan yang timbul daripada
2
aspek pengajaran dan pembelajaran, masalah displin pelajar yang semakin ketara,
tuntutan yang berlebihan daripada para ibu bapa terhadap para guru serta
faktor-faktor individu, masalah keluarga dan suasana sekolah telah menimbulkan
stres di kalangan guru.
Dunia pendidikan mengalami perubahan yang pesat. Perubahan demi
perubahan ini menyebabkan tugas guru semakin membebankan. Para guru perlu
memainkan berbagai peranan dalam kehidupan mereka sehari-harian. Menurut Ivor
Morrish, "...seseorang guru perlu memikirkan semula secara sedar tujuan dan
objektif dalam pengajarannya dan juga cara terbaik untuk merealisasikannya.”
Dalam konteks pelajar dan aktivitinya, guru bukan saja mesti bertindak sebagai
pemberi ilmu dan kemahiran, tetapi juga sebagai penganalisis dan pihak yang
memberi pengesahan. Tugas guru menjadi semakin sukar kerana aspek
perkhidmatannya berkait rapat dengan personaliti dan hubungan kemanusiaan.
Ianya semakin terperangkap dalam jaringan hubungan yang kian rumit di antara
pelajar, ibu bapa, pemimpin, ketua organisasinya, penasihat, penyelia, nazir, dan
sebagainya. Pada masa yang sama, seseorang guru juga wajib menitikberatkan
peranan dan tanggungjawabnya sebagai pengantara pengetahuan dan budaya dan
sebagai pengembang pelbagai kemahiran.
Beban kerja guru yang terlalu berat ini menyebabkan para guru terasa
tertekan dan menimbulkan stres. Guru yang mengalami tahap stres yang tinggi
akan lebih cepat hilang kesabaran dan kurang keyakinan terhadap kerjanya.
Ahli-ahli psikologi menghuraikan stres yang dihadapi oleh seseorang sebagai
perasaan yang kurang menyenangkan dan berupa masalah yang sukar untuk diatasi.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi, ianya akan menjejaskan keseluruhan
pencapaian organisasi tersebut. Stres yang dirasai juga akan membawa kepada
ketidakseimbangan psikologi atau fisiologi seseorang yang akan menyebabkan
ketidakpuasan kerja.
3
Kepuasan kerja amat diperlukan dalam kehidupan seseorang pekerja.
Pengkaji-pengkaji seperti Herzberg (1959), Mc Gregor (1960) dan Maslow (1970)
telah menekankan bahawa kepuasan kerja merupakan keperluan manusia yang paling
utama bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Sekiranya seseorang tidak dapat
menikmati kepuasan kerja hasil tekanan dengan mengganggap kerja itu meletihkan,
membosankan dan membebankan, maka ianya tidak dapat menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan berkesan dan berhasil. Ini seterusnya akan menjejaskan
prestasi atau pencapaian matlamat organisasi. Selain daripada stres kerja,
aspek-aspek suasana kerja, gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan daripada pihak atasan
dan rakan sebaya juga dikatakan akan mempengaruhi kepuasan kerja seseorang.
Guru merupakan sebahagian daripada golongan pendukung yang
melaksanakan tugas untuk melahirkan dan membina masyarakat yang mempunyai
budaya yang bertamadun tinggi. Oleh itu, masalah stres kerja dan kepuasan kerja di
kalangan guru perlu diberi perhatian. Memandangkan kedua-dua perkara ini
merupakan faktor yang amat penting yang akan memberi kesan kepada kemajuan
bidang pendidikan, maka satu kajian terhadap stres dan hubungannya terhadap
kepuasan kerja guru penolong kanan di sekolah rendah dijalankan oleh penyelidik
untuk mengenalpasti tahap stres dan kepuasan kerja mereka.
1.2 Latar Belakang Kajian
Antara fokus utama dalam Misi Nasional dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) ialah melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang
bersifat holistik, berilmu pengetahuan, serta mempunyai nilai etika dan moral yang
tinggi. Bagi melahirkan modal insan berkualiti seperti yang dihasratkan dalam Misi
Nasional dan PIPP, negara bukan sahaja memerlukan sistem pendidikan yang
berkualiti tetapi juga guru yang berkualiti. Untuk merealisasikan matlamat-matlamat
tersebut serta menjadi seorang guru yang berkualiti, tugas guru hari ini lebih
4
mencabar berbanding masa lalu.
Kajian-kajian sejak kebelakangan ini menunjukkan profesion perguruan
diletakkan di kalangan pekerjaan yang mempunyai tekanan yang tinggi (Storz,
1990). Tugas guru bukan sahaja mengajar, mendidik dan membimbing murid,
malah lebih daripada itu. Guru turut berperanan dalam mengawal keseimbangan
murid dari segi jasmani, intelek, rohani dan emosi. Mereka juga bertanggungjawab
dalam mengawasi disiplin murid supaya mereka tidak hanyut dalam arus
pembangunan. Guru juga sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu agar
murid-muridnya mendapat kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Menurut Soh (1997), jangkaan masyarakat terhadap guru adalah tinggi dan ini
menyebabkan guru terasa tertekan sekiranya tidak dapat meningkatkan prestasi
akademik pelajar seperti yang diharapkan oleh masyarakat. Bidang tugas guru
bukan hanya berpusat di sekolah sahaja, mereka juga perlu melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti masyarakat dan segala tindak-tanduk mereka akan diperhatikan oleh
ibu bapa dan masyarakat di sekitarnya. Sekiranya guru-guru tidak dapat memenuhi
kehendak ataupun harapan mereka, aduan-aduan akan ditujukan kepada mereka dan
menyebabkan mereka tertekan.
Keadaan ini juga berlaku di kalangan guru penolong kanan sekolah rendah.
Guru penolong kanan di sekolah rendah bukan sahaja menguruskan urusan
pentadbiran dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran, malahan juga
bertanggungjawab ke atas guru, staf serta pelajar yang pelbagai ragam dan karenah.
Mereka juga kerap diberikan mandat baru dari semasa ke semasa oleh pihak tertentu
dengan harapan yang tinggi di samping menghadiri kursus dan mesyuarat yang
kerapkali dijalankan untuk mendapat maklumat terkini berkaitan dengan profesion
perguruan.
Seperti guru penolong kanan yang lain, guru penolong kanan di Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan daerah Kulai juga merupakan guru yang berpengalaman
5
dan berkemampuan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Tugas yang
dipikul adalah bertambah berat dan kompleks berbanding dengan guru biasa.
Mereka bukan sahaja berhadapan dengan beban tugas rutin yang berat dalam bidang
kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid semasa di sekolah berdasarkan jawatan
yang disandang masing-masing malahan juga terpaksa berhadapan dengan masalah
di luar tempat kerja seperti masalah keluarga dan kewangan kerana kebanyakan
daripada mereka telahpun berumahtangga yang sentiasa terdedah kepada
berbagai-bagai masalah dalam kehidupan. Sekiranya mereka tidak dapat
menguruskan kerja dan hal-hal individu dengan apa yang diharapkan, maka akan
timbulnya stres. Menurut Mahmud (1992), “Sekiranya had dan masalah yang
dihadapi oleh manusia melampau, maka tekanan akan berlaku dan memberi kesan
kepada prestasi kerja”. Tekanan juga akan menimbulkan ketidakpuasan kerja.
Mengikut kajian, ketidakpuasan kerja juga difahamkan akan wujud sekiranya aspek
suasana kerja, gaji, penyeliaan, kenaikan pangkat dan rakan sebaya guru penolong
kanan tidak mencapai tahap kehendak seseorang individu.
Peningkatan kepuasan kerja akan menambahkan produktiviti, kemampuan
dan keberkesanan organisasi (Gruneberg, 1981). Oleh itu, penyelidikan ini amat
penting kerana guru penolong kanan merupakan pengurus pertengahan dalam
sesebuah sekolah yang menguruskan pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran
sekolah.
1.3 Penyataan Masalah
Dengan wujudnya perubahan dan reformasi dalam pendidikan sudah pasti
menjadikan peranan dan tugas guru semakin berat dan mencabar (Utusan Malaysia,
15 Mac 2003).
6
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Dato’ Dr. Haji Ahmad Bin Sipon pula
mengatakan, “Guru hendaklah menjadikan diri mereka releven dengan tuntutan
perubahan semasa melalui peningkatan ilmu, pengetahuan, dan kemahiran ke tahap
yang tertinggi mungkin (Pendidik, Bil 13, 6-9, 2005)”.
Kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini telah menunjukkan
guru-guru di negara kita mengalami stres dan wujudnya ketidakpuasan kerja kerana
perubahan demi perubahan berlaku dalam dunia bidang pendidikan (Chaplin, R.P.,
2001 dan Abdul Ghani et al., 2006 ). Untuk guru penolong kanan pula, stres yang
dialami oleh mereka jauh lebih tinggi kerana bidang tugas mereka merangkumi
berbagai aspek. Mereka juga perlu berhadapan dengan berbagai masalah dalam
kehidupan seperti masalah keluarga dan kewangan. Faktor-faktor ini akan
menimbulkan tekanan. Tekanan yang timbul ini akan menyebabkan mereka tidak
dapat melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan berkesan. Selain itu,
kajian-kajian juga menunjukkan faktor-faktor suasana kerja, ganjaran, kenaikan
pangkat, penyeliaan dan hubungan rakan sebaya juga akan menimbulkan stres dan
ketidakpuasan kerja di kalangan guru. Mengikut Hart (1994), stres yang wujud
akan memberi impak negatif yang akan menyebabkan seseorang guru veteran
meninggalkan profesion perguruan.
Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji adakah faktor-faktor
suasana kerja, masalah keluarga dan faktor kewangan menyebabkan wujudnya stres
di kalangan guru penolong kanan di Sekolah Jenis Kebangsaan daerah Kulai.
Penyelidik juga mengkaji samada faktor-faktor suasana pekerjaan, gaji, kenaikan
pangkat dan rakan sebaya mempengaruhi kepuasan kerja mereka. Kajian ini juga
mengenalpasti sejauh manakah tahap stres dan kepuasan kerja serta meninjau
hubungan antara stres dengan kepuasan kerja guru penolong kanan di Sekolah Jenis
Kebangsaan daerah Kulai.
7
1.4 Objektif Kajian
i. Untuk mengetahui tahap stres yang dialami oleh guru penolong kanan di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai.
ii. Untuk mengetahui tahap kepuasan kerja yang dialami oleh guru penolong
kanan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai.
iii. Untuk mengetahui hubungan di antara stres dan kepuasan kerja guru
penolong kanan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap stres yang dialami oleh guru penolong kanan di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina aerah Kulai?
ii. Apakah tahap stres dari aspek suasana kerja guru penolong kanan di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai?
iii. Apakah tahap stres dari aspek keluarga guru penolong kanan di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai?
iv. Apakah tahap stres dari aspek kewangan guru penolong kanan di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai?
v. Apakah tahap kepuasan kerja guru penolong kanan di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina daerah Kulai?
vi. Apakah tahap kepuasan kerja dari aspek suasana kerja guru penolong kanan
di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai?
vii. Apakah tahap kepuasan kerja dari aspek gaji guru penolong kanan di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai?
8
viii. Apakah tahap kepuasan kerja dari aspek kenaikan pangkat guru penolong
Kanan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai?
ix. Apakah tahap kepuasan kerja dari aspek penyeliaan guru penolong kanan di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai?
x. Apakah tahap kepuasan kerja dari aspek rakan sebaya guru penolong kanan
di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai?
xi. Adakah terdapat hubungan di antara stres dengan kepuasan kerja guru
penolong kanan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai?
top related