how to create fanpage

Post on 29-Jul-2015

229 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Aroma Cinta Enterprise 001908703V

Panduan Membina Fanpage Untuk Newbie

Disediakan oleh Hilal Jamaludin

Imam Muda Hilal6/22/2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, saya telah menyiapkan satu panduan ringkas panduan membina fanpage untuk newbie.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan:

1) Login akaun facebook anda, klik button “Like Pages”

2) Kemudian klik button hijau “+ Create Page”

3) Anda akan dibawa ke URL – https://www.facebook.com/pages/create

Sila pilih dan klik salah satu dari 6 kategori dibawah. Saya pilih kategori “Brand or Product”

Kemudian pilih salah satu dari sub kategori & nama fanpage yang anda ingin bina.

Selepas itu klik “agree”.

4) Disini anda perlu setup maklumat fanpage anda.

Klik “Save Info” untuk langkah seterusnya.

5) Sila upload gambar profil atau import dari website (jika ada).

Kemudian “Save Photo”

#Jika anda masih tiada photo yang sesuai, anda boleh skip langkah ini dengan klik button “Skip”.

6) Sila pilih nama URL anda.- Pastikan URL rapat dan tiada spacebar/sengkang- Sudah pilih, klik “Set Address” untuk save.- #URL ini hanya boleh tukar sekali sahaja. Pastikan anda pilih nama yang betul.- Jika masih tiada idea untuk letak URL, klik “skip” untuk langkah ke step seterusnya.

7) Kini fanpage anda sudah siap!- Button “Add profile picture” untuk upload gambar profile baru.- Button “Add a Cover” untuk upload cover fanpage.- Button “Edit Page” untuk ubah/tambah setting fanpage anda.

8) Klik button “Edit Page” dan pilih “edit setting”

9) Sila pilih tetapan fanpage anda.- Anda boleh tik dalam kotak seperti yang saya lakukan dibawah jika anda mahu setting biasa.- Anda boleh ubah mengikut setting yang anda mahukan.- Setelah selesai setting, klik “Save Changes”

10) Kemudian klik menu “your setting” dan pastikan tik semua kotak.

11) Klik menu “Basic Information” untuk setting maklumat fanpage anda.

12) Menu “Admin Roles” adalah untuk melantik admin baru.- Taip nama rakan yang anda ingin lantik sebagai admin.- Kemudian pilih dan save.

13) Anda boleh ubah roles admin baru mengikut keperluan. Klik save selepas edit.

14) Selesai setting di fanpage. Anda boleh pergi ke halaman utama dan setting menu fanpage bagi memudahkan anda memilih.

Selesai.

Hilal Jamaludin | www.kasturisyifa.com

top related