halaman utama cerita kanak-kanak
Post on 27-Dec-2015
296 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Ibu ayam mempunyai sifat yang
kurang baik. Setiap kali bertelur, ia
mahu menunjuk-nunjuk telurnya
kepada sahabat-sahabatnya.
Mari lihat telurku ini.
Pada suatu hari, ibu ayam
bertelur sebutir lagi. Ia
melompat keluar dari dalam
sangkar lalu berketak, “Kok!
Kok! Besarnya! Kok! Kok!
Besarnya!”
Aku bertelur lagi!.
Arnab datang apabila
terdengar ketak-ketak ibu
ayam. Ia berkata, “Telur kamu
tidaklah besar. Telur itik lebih
besar”.
Ibu ayam tidak percaya kepada
kata-kata Arnab. Ia hendak
membandingkan telurnya
dengan telur itik.
Telur itik lagi besar.
Ibu ayam berlari pergi ke rumah itik. Ia
berkata kepada itik, “Hai, aku dengar
telur kamu lebih besar daripada telur
aku”.
Itik mengeluarkan telurnya sambil
berkata, “Telur aku tidaklah besar. Telur
angsa lebih besar”.
Telur Angsa lagi besar.
Betul ke?
Ibu ayam tidak percaya kata-kata itik. Ia
berlari ke rumah angsa.
Ibu ayam bertanya kepada angsa, “itik
kata telur kau lebih besar daripada telur
aku, dan lebih besar daripada telurnya”.
Angsa mengeluarkan telurnya lalu
berkata, “Telur aku tidak besar. Telur
burung unta jauh lebih besar daripada
telur aku”.
Telur kau besar
daripada telur aku
ke?
Telur burung unta lagi besar.
Ibu ayam tidak percaya kepada angsa.
Ia pergi pula ke rumah burung unta.
Ibu ayam berkata kepada burung unta,
“Hai, aku dengar kamu mempunyai
telur yang sangat besar. Tolong
tunjukkan aku telur kamu.”
Burung unta menunjuk ke arah
telurnya di dalam sarang lalu berkata,
“Telurku ada di situ, lihatlah”.
Adakah telur kau lebih
besar daripada aku?
Tengoklah didalam sarang aku.
Ibu ayam melihat telur itu.
Telur itu sangat besar jauh
lebih besar daripada telurnya.
Akhirnya ibu ayam mengaku
kalah.
Sejak hari itu, ibu ayam tidak
menunjuk-nunjuk telurnya lagi.
Setiap kali bertelur, ia akan
berketak, “Kok! Kok! Cuba lagi.
Kok! Kok! Cuba lagi”.
Balik
Moral yang terdapat di dalam cerita ini adalah:
Ingat pesanan ini.
Jangan cuba menunjuk-nunjuk kebolehan
diri kita kerana mungkin orang lain
mempunyai kebolehan yang lebih.
top related