geologi am dan sedimentologi kawasan maran-luit, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi...
Post on 06-Sep-2020
22 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN
MARAN-LUIT, PAHANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
NUR FATIN IRDINA BINTI ZULHAMIDI
GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, PAHANG
2019
NUR FATIN IRDINA BINTI ZULHAMIDI
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA
MUDA
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
ii
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
17 Jun 2019 NUR FATIN IRDINA BINTI
ZULHAMIDI
A159562
iii
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia saya Prof. Madya
Dr. Kamal Roslan Mohamed dan semua pensyarah geologi di atas tunjuk ajar tanpa
pernah jemu sepanjang proses saya menyiapkan kajian ini.
Terima kasih khas ditujukan kepada para pembantu makmal terutamanya En.
Faizan dan En. Farid dalam membantu saya sepanjang proses menyediakan irisan nipis.
Penghargaan yang selayaknya juga diberikan kepada wakil Anih Berhad, En Zaidi
kerana membantu mengawasi keselamatan ketika saya sedang melakukan kajian di
sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Maran.
Ucapan terima kasih tidak terhingga untuk keluarga dan tidak lupa rakan-rakan
geologi terutamanya Imaad Zahin bin Mohd Rosdi di atas sokongan yang tidak
terhingga sepanjang kajian dilakukan.
iv
ABSTRAK
Kawasan kajian terletak di bahagian timur bandar Maran sehingga ke Luit di negeri
Pahang. Kawasan kajian berkeluasan kira-kira 123 km2 dengan disempadani garis
longitud 102°45'37.45"T - 102°51'36.17"T garis latitud 3°38'26.04"U - 3°32'26.54"U.
Berdasarkan kajian terdahulu, kawasan kajian telah dipetakan sebagai sebahagian
daripada Kumpulan Mersing dan Kumpulan Tembeling. Objektif kajian adalah untuk
mengemaskini peta geologi berdasarkan penemuan singkapan baru, menentukan
hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan
kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan kuno dan sejarah geologi kawasan.
Kaedah kajian yang dijalankan banyak tertumpu kepada pengumpulan maklumat
geologi di lapangan dari bandar Maran hingga Luit dan juga di sepanjang Lebuhraya
Pantai Timur Maran. Maklumat seperti jenis litologi, kedudukan lapisan, jenis struktur
sedimen, struktur tektonik dan kandungan fosil telah direkod. Log sedimen turut
direkod untuk menganalisis fasies sedimen. Log korelasi dibuat dan sebuah jadual log
komposit dihasilkan. Kumpulan Mersing di kawasan kajian terdiri daripada fasies
selang lapis batu pasir dan batu lodak, sekutuan fasies batu pasir tebal menghalus ke
atas dan sekutuan fasies batu pasir sederhana tebal menghalus ke atas manakala
Kumpulan Tembeling terdiri daripada fasies konglomerat dan fasies batu pasir.
Sekitaran pengendapan Kumpulan Mersing ditafsirkan sebagai bahagian atas lepas
pesisir manakala sekitaran pengendapan Kumpulan Tembeling ditafsirkan sebagai
subsekitaran medial kipas alluvium.
v
GENERAL GEOLOGY AND SEDIMENTOLOGY OF MARAN-LUIT, PAHANG
ABSTRACT
The study area is located from the east of Maran to Luit, Pahang and its area
approximately is 123 km2 at longitude of 102°45'37.45"E - 102°51'36.17"E and latitude
of 3°38'26.04"N - 3°32'26.54"N. This study area has been mapped as part of Kumpulan
Mersing and Kumpulan Tembeling. The objectives were to update the geological map
of the study area prior to the finding of exposed outcrop recently, to correlate all the
lithology exposed in the study area, and to determine the depositional environment of
study area and its geological history. Research that had been carried out is focusing on
collecting geological information from Maran to Luit as well as along the Lebuhraya
PantaI Timur. Geological data collected from field such as lithology, bedding
orientation, sedimentary structures, secondary structures, and fossil. Sedimentary log
was recorded to allow the facies analysis being done. Composite log was built based on
the log correlation. Kumpulan Mersing of the study area consists of interbedded of
siltstone and sandstone, fining upward thick sandstone association and fining upward
medium thick sand association whilst Kumpulan Tembeling consists of conglomerates
and sandstone. The depositional environment of Kumpulan Mersing being inferred as
upper offshore whilst for Kumpulan Tembeling is from proximal to medial alluvial fan
environment.
vi
KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI ILUSTRASI viii
BAB I PENGENALAN 1
1.1 PENDAHULUAN 1
1.2 KAWASAN KAJIAN 1
1.3 PERMASALAHAN KAJIAN 2
1.4 OBJEKTIF KAJIAN 3
1.5 GEOGRAFI KAWASAN KAJIAN 3
1.6 LIMITASI KAJIAN 3
BAB II KAJIAN KEPUSTAKAAN 5
2.1 PENGENALAN 5
2.2 KAJIAN TERDAHULU 5
2.3 RUMUSAN 8
BAB III BAHAN DAN KAEDAH KAJIAN 9
3.1 PENGENALAN 9
3.2 PERINGKAT KAJIAN AWAL DAN BERTERUSAN 9
3.3 PERINGKAT KERJA LAPANGAN 11
3.4 PERINGKAT ANALISIS DATA 11
3.5 PERINGKAT PENGOLAHAN DATA DAN
PENULISAN DISERTASI 15
BAB IV HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 17
4.1 PENGENALAN 17
4.2 GEOLOGI KAWASAN KAJIAN 17
vii
4.3 LAPISAN SERI JAYA 19
4.3.1 Cerapan lapangan 19 4.3.2 Pengelasan batu pasir 29 4.3.3 Provenans/tempasal batu pasir Lapisan Seri Jaya 38
4.3.4 Fasies 41 4.3.5 Sekutuan fasies dan sekitaran pengendapan 44 4.3.6 Paleontologi dan usia 48
4.4 KUMPULAN TEMBELING 51
4.4.1 Cerapan lapangan 51
4.4.2 Litologi dan petrografi 52
4.4.3 Fasies 55 4.4.4 Sekutuan fasies dan sekitaran pengendapan 55
4.5 SEJARAH GEOLOGI 58
BAB V KESIMPULAN 61
5.1 PENGENALAN 61
5.2 PETA GEOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT,
PAHANG 61
5.3 HUBUNGAN STRATIGRAFI DAN SEDIMENTOLOGI 61
5.4 SEKITARAN PENGENDAPAN DAN SEJARAH
GEOLOGI 62
RUJUKAN 63
viii
SENARAI ILUSTRASI
No. Rajah Halaman
Rajah 1.1 Peta menunjukkan kawasan kajian 2
Rajah 1.2 Peta menunjukkan kedudukan topografi kawasan kajian. 4
Rajah 2.1 Peta geologi kawasan kajian. Sumber daripada Mohamad
Pauzi (1986) 7
Rajah 3.1 Carta aliran metodologi kajian menunjukkan kaedah-kaedah
kajian yang dilakukan untuk menyiapkan tesis ini, terdiri
daripada empat peringkat; peringkat kajian awal, peringkat
kerja lapangan, peringkat analisis data dan peringkat penulisan
tesis. 10
Rajah 3.2 Peta menunjukkan lokaliti cerapan di kawasan kajian. 12
Rajah 3.3 Pengelasan batu pasir berdasarkan tiga mineral utama: Q =
kuarza, rijang, serpihan kuarzit; F = feldspar; L = butiran litik
tidak stabil (serpihan batuan). Istilah arenit diguna pakai hanya
untuk batu pasir yang kurang daripada 5% matriks; batu pasir
yang mengandungi matriks dikelaskan sebagai greiwak. 13
Rajah 3.4 Pengelasan batu pasir berdasarkan (A) McBride (1963) and (B)
Folk et al. (1970). Dalam pengelasan Folk, rijang termasuk
dalam serpihan batuan pada puncak R, dan granit dan serpihan
gneiss termasuk dalam feldspar pada puncak F. SS = batu
pasir, SH = syal, CRF = serpihan batuan karbonat, SRF =
serpihan batuan sedimen, IRF = serpihan batuan igenus, MRF
= serpihan batuan metamorf. 14
Rajah 3.5 Pengelasan kedudukan tektonik berdasarkan Dickinson &
Suczek (1979). Diagram (1) menggunakan keseluruhan butiran
kuartzos yang terdiri daripada jumlah kuarza monohablur
(Qm) dan kuarza polihablur (Qp) (Qt=Qm+Qp), jumlah
feldspar dan litik. Diagram (2) menggunakan tiga jenis butiran
utama iaitu kuarza monohablur (Qm), jumlah feldspar dan
jumlah litik yang terdiri daripada jumlah litik (L) dan kuarza
polihablur (Qp). 16
Rajah 4.1 Peta Geologi Kawasan Bandar Maran - Luit. Diubahsuai
daripada peta kawasan Maran yang dikeluarkan oleh
Direktorat Pemetaan Malaysia, 1995 18
Rajah 4.2 Keratan rentas dibina berdasarkan peta geologi kawasan
Maran-Luit. 19
ix
Rajah 4.3 Log sedimen di lokaliti 18M13. Log menunjukkan selang lapis
batu lumpur dengan batu pasir sederhana. 21
Rajah 4.4 Log sedimen di lokaliti 18M15. Log menunjukkan selang lapis
antara batu lumpur dan batu pasir sederhana. Batu lumpur
lebih tebal berbanding batu pasir. 22
Rajah 4.5 Log sedimen lokaliti 18M16. Log menunjukkan selang lapis
batu lodak dan batu pasir halus. 23
Rajah 4.6 Log sedimen lokaliti 18M02. Log menunjukkan batu lumpur
dominan dan terdapat struktur laminasi selari serta fosil surih. 24
Rajah 4.7 Log sedimen lokalitii 18M03. Log menunjukkan selang lapis
batu pasir tebal dengan batu lumpur. 25
Rajah 4.8 Log sedimen di lokaliti 18M04. Log menunjukkan lapisan batu
pasir adalah dominan. 26
Rajah 4.9 Log sedimen di lokaliti 18M22. Log ini menunjukkan
perlapisan batu lumpur masif. 27
Rajah 4.10 Log sedimen lokaliti 18M19. Log menunjukkan selang lapis
lodak dengan batu pasir. 28
Rajah 4.11 Kuarzarenit. Sampel ini menunjukkan butiran kuarza adalah
dominan dan berbentuk subbulat. Pandangan tanpa silang nikol
(PPL) menunjukkan butiran kuarza terdiri oleh kuarza
monohablur. a) Pandangan dengan silang nikol (XPL). b)
Pandangan tanpa silang nikol (PPL), sampel 19M05. 31
Rajah 4.12 Kuarzarenit. Butiran kuarza pada sampel 19M06 mempunyai
sempadan antara kuarza polihablur jenis bersutura. a)
Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b) Pandangan
tanpa silang nikol (PPL). 32
Rajah 4.13 Sublitarenit. a) Diperhatikan terdapat mineral terkepung dalam
butiran kuarza. b) Diperhatikan wujud litik batu pasir di
bahagian tengah gambar. Pandangan dengan silang nikol
(XPL, sampel 18M04. 33
Rajah 4.14 Wak kuarza. Butiran kuarza polihablur dikelilingi oleh matriks
butiran amat halus berkemungkinan mineral lempung. a)
Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b) Pandangan
tanpa silang nikol (PPL). 34
Rajah 4.15 Wak kuarza. Batuan diisi oleh mineral oksida besi, butiran
tidak dapat dikenal pasti kerana telah tercabut dalam proses
irisan nipis. Sampel 18M12. a) Pandangan dengan tanpa silang
nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL) 35
x
Rajah 4.16 Greiwak litik. Bahagian atas di sebelah kiri, terdapat litik
metamorf. Sampel 18M12. a) Pandangan dengan tanpa silang
nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL). 36
Rajah 4.17 Greiwak litik. Terdapat litik sedimen di bahagian atas di
sebelah kanan. Sampel 18M24. a) Pandangan dengan tanpa
silang nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL).. 37
Rajah 4.18 Plot menunjukkan kedudukan tektonik bagi setiap sampel. 39
Rajah 4.19 Rajah menunjukkan provenans orogen kerjaan semula. a)
Profil menunjukkan berlaku angkatan semula daratan depan. b)
Pandangan pelan perlanggaran benua-benua. c) Profil
menunjukkan berlaku angkatan semula daratan depan dan
kewujudan parit dann lembangan arka depan. 40
Rajah 4.20 Rajah mewakili geomorfologi profil pantai. Beberapa jenis
ciri-ciri geomorfologi pantai ditunjukkan termasuk juga zon
peralihan dan lepas pesisir. 45
Rajah 4.21 Korelasi log.unit batuan Lapisan Seri Jaya. 46
Rajah 4.22 Jadual log komposit unit batuan Kumpulan Mersing. 47
Rajah 4.23 Sampel fosil ammonoid yang ditemui di lokaliti 18M02. 49
Rajah 4.24 Morfologi fosil genus Paratirolites. 50
Rajah 4.25 Fosil daripada kelas Bivalvia yang ditemui di lokaliti 18M02. 51
Rajah 4.26 Konglomerat; kuarza monohablur sebagai butiran utama,
dikelilingi dengan matriks kuarza polihablur di bahagian
bawah kiri gambar. Sampel 19M02. a) Pandangan dengan
tanpa silang nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol
(PPL). 53
Rajah 4.27 Wak kuarza. Simen diisi oleh mineral besi. Mineral yang
terkepung di dalam kuarza dapat dilihat di bahagian atas
sebelah kanan, pandangan tanpa silang nikol (PPL). Sampel
18M11. a) Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b)
Pandangan tanpa silang nikol (PPL). 54
Rajah 4.28 Keratan rentas sekitaran kipas alluvium. 56
Rajah 4.29 Log unit batuan Kumpulan Tembeling dan tafsiran sekitaran
pengendapan. 57
Rajah 4.30 Rajah menunjukkan peristiwa geologi yang berlaku sepanjang
usia Perm hingga Kapur di kawasan kajian. 59
xi
Rajah 4.31 Model tektonik ini menerangkan tentang peristiwa subduksi
ketika usia Perm-Trias dan pelanggaran blok Sibumasu dengan
Malaya Timur. Model 60
BAB I
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Kajian ini dijalankan dari kawasan bandar Maran hingga Kg. New Zealand di Maran,
Pahang. Kajian yang dilakukan diberi penekanan khusus terhadap aspek geologi am,
sedimentologi dan stratigrafi. Kawasan kajian terdiri daripada dua kumpulan iaitu
Kumpulan Mersing dan Kumpulan Tembeling. Bab ini bertujuan memberi gambaran
mengenai kedudukan kawasan kajian, permasalahan kajian dan tujuan kajian
dijalankan.
1.2 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian meliputi dari bahagian timur bandar Maran sehingga Luit yang terletak
di sebelah timur Negeri Pahang Darul Makmur dan berkeluasan kira-kira 123 km2
dengan disempadani garis longitud 102°45'37.45"T - 102°51'36.17"T dan garis latitud
3°38'26.04"U - 3°32'26.54"U (Rajah 1.1).
2
Rajah 1.1 Peta menunjukkan kawasan kajian
1.3 PERMASALAHAN KAJIAN
Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan di kawasan ini. Berdasarkan Mohamad
Pauzi (1986), pemetaan yang dilakukan oleh beliau membahagikan kawasan kajian
kepada dua formasi iaitu Kumpulan Tembeling dan Kumpulan Mersing. Namun, pada
masa ini terdapat beberapa singkapan baru seperti singkapan potongan batuan yang
terdapat di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Maran sehingga susur keluar Seri Jaya.
Dengan adanya beberapa singkapan baru ini, penulis ingin mengemaskini peta geologi
di kawasan kajian seterusnya cuba mentafsir sejarah geologi kawasan kajian. Kajian
yang akan dijalankan ini akan berfokuskan kepada sedimentologi untuk cuba menafsir
sejarah geologi kawasan.
3
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Antara tujuan utama kajian yang ingin dicapai adalah:
1. Mengemaskini peta geologi berdasarkan penemuan singkapan baharu.
2. Menentukan hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit batuan yang
tersingkap di kawasan kajian
3. Menafsirkan sekitaran pengendapan kuno dan sejarah geologi kawasan kajian.
1.5 GEOGRAFI KAWASAN KAJIAN
Secara umum, topografi kawasan Maran-Luit ini berada pada julat ketinggian
40 hingga 300 meter. Pada bahagian barat kawasan, terdapat lembangan sinklin yang
berketinggian antara 100 hingga 300 m. Puncak kawasan paling tinggi adalah mencapai
ketinggian lebih 200 m. Kawasan bertanah rendah umumnya merupakan kawasan
penanaman getah dan hutan belukar. Peta kedudukan topografi kawasan kajian
ditunjukkan dalam Rajah 1.2.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2012), jumlah penduduk Daerah Maran
pada tahun 2012 ialah 116,800 orang atau 59 orang per km persegi. Teras ekonominya
tertumpu kepada sektor pembuatan dan pembinaan serta sektor perdagangan,
pengangkutan, kewangan dan perkhidmatan sosial.
1.6 LIMITASI KAJIAN
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi ketika melakukan kajian antaranya adalah
terdapat beberapa kawasan yang mengalami proses luluh hawa yang sangat teruk
sehingga menyukarkan penulis untuk mengambil sampel dan merekodkan maklumat
geologi kawasan.
4
Rajah 1.2 Peta menunjukkan kedudukan topografi kawasan kajian.
5
BAB II
KAJIAN KEPUSTAKAAN
2.1 PENGENALAN
Kajian dijalankan dari kawasan bandar Maran hingga Luit di Maran, Pahang. Kajian ini
memfokuskan terhadap aspek sedimentologi dan stratigrafi kawasan kajian. Bab ini
membincangkan hasil-hasil kajian terdahulu yang dilakukan di kawasan kajian dari
aspek nama dan taburan, litologi, paleontologi dan usia dan sekitaran pengendapan.
2.2 KAJIAN TERDAHULU
Menurut Yap (1980), kawasan Maran terdiri daripada Kumpulan Tembeling
yang merupakan endapan sedimen kebenuaan berusia Jura terdiri daripada batu pasir,
syal, batuan volkanik Trias di bahagian baratnya dan di sebelah timur terdiri daripada
batuan tuf Karbon-Perm, batu pasir bertuf dan syal. Mohammed Ayob (1968)
memetakan kawasan Maran dalam Konglomerat Lanis, seterusmya Lee (1990)
memetakan semula kawasan Maran dan meletakkannya dalam Konglomerat Berkelah.
Mohamad Pauzi (1986) membahagikan kawasan kajian kepada dua kumpulan iaitu
Kumpulan Tembeling dan Kumpulan Mersing.
Secara umum,, hampir keseluruhan kawasan Maran dilitupi oleh batuan
sedimen dan metasedimen (Mohamad Pauzi, 1986). Mohammed Ayob (1968)
6
memetakan kawasan Maran sebagai unit konglomerat dalam Konglomerat Lanis.
Konglomerat Lanis dibentuk dari batuan yang berdominan konglomerat merah yang
berselang lapis dengan batu pasir merah, batu lodak merah dan syal merah (Rajah 2.1).
Kemudian Lee (1990) memetakan semula unit konglomerat tersebut sebagai
Konglomerat Berkelah. Unit ini dibentuk oleh perselangan antara unit konglomerat dan
batu pasir berpebel dengan lapisan nipis batu lumpur, syal, batu lodak dan batu pasir.
Yap (1980) melaporkan pada singkapan sepanjang jalan raya Maran-Kuantan, kira-kira
2 km, 3 km dan 3.2 km daripada sebelah timur bandar Maran, terdiri daripada jujukan
turbidit yang berselang lapis nipis, lapisan tergred, batu pasir bertuf dan syal.
Fosil Paleodictyon imperfectum SEILACHER 1977 ditemukan dalam
Kumpulan Mersing oleh Yap (1980). Paleodictyon adalah sejenis fosil surih yang
menunjukkan sekitaran pengendapan turbidit laut dalam berusia antara usia Ordovisi
hingga Miosen. Kesan korekan Graphoglyptids yang terdedah dan tertutup dengan pasir
secara cepat oleh arus turbidit berhalaju rendah menyimpulkan sedimen turbidit di
kawasan Maran telah terendap sebagai jujukan turbidit laut dalam. Smiley (1970)
mengenal pasti dua turutan fosil flora sepanjang Sungai Maran, iaitu di dalam
Kumpulan Tembeling. Fosil flora Maran ini dikelaskan kepada bahagian bawah dan
bahagian atas. Bahagian bawah dicirikan oleh spesies Gleichenoides dan Cycadophytes.
Fosil flora ini ditemui dalam jujukan batu pasir-batu lumpur Batu Pasir Mangking.
Uyop et al. (2007) menyokong usia Kapur Awal berdasarkan kajian palinomorf.
Sekitaran pengendapan untuk Kumpulan Mersing ini tersebar di bahagian timur
daripada bandar Maran terdiri daripada jujukan turbidit laut dalam berdasarkan
penemuan fosil Paleodictyon imperfectum SEILACHER 1977 (Yap, 1980). Untuk
Kumpulan Tembeling pula, Smiley (1970) mencadangkan bahawa fosil flora Maran
hidup di kawasan hutan savanah yang beriklim panas dicirikan oleh musim kemarau
yang berpanjangan. Hal ini disokong oleh jumpaan palinomorf yang menunjukkan
lembangan mengalami iklim separa kering ketika Kapur Awal (Shamsudin & Morley
1994).
7
Rajah 2.1 Peta geologi kawasan kajian. Sumber daripada Mohamad Pauzi (1986)
8
2.3 RUMUSAN
Berdasarkan kajian-kajian terdahulu yang dilakukan oleh beberapa pengkaji di kawasan
Maran sehingga Luit, terdapat beberapa nama unit batuan yang dicadangkan, antaranya
Kumpulan Tembeling, Konglomerat Lanis, Konglomerat Berkelah dan Kumpulan
Mersing. Unit batuan kawasan kajian terdiri daripada batuan sedimen klastik iaitu
konglomerat, batu pasir, batu lodak dan syal. Terdapat jumpaan fosil Paleodictyon yang
menunjukkan bahawa bahagian timur daripada bandar Maran merupakan sekitaran
pengendapan laut dalam yang memberikan usia antara Ordovisi sehingga Miosen
manakala berdasarkan jumpaan fosil flora Maran yang menunjukkan usia Kapur Awal.
Kesemua penemuan ini hasil daripada kajian yang dilakukan antara tahun 1968 hingga
1990. Dengan adanya data-data terkini dari singkapan-singkapan baharu, diharapkan
satu peta geologi yang terkini dapat disediakan dan masalah penamaan unit-unit batuan
yang ada serta sejarah geologi kawasan boleh diselesaikan.
BAB III
BAHAN DAN KAEDAH KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Kaedah kajian telah dirancang sebaiknya sebelum memulakan kajian. Kaedah kajian
mestilah selari dengan tujuan kajian supaya objektif dapat dicapai. Umumnya, kaedah
kajian dibahagikan kepada empat peringkat iaitu peringkat kajian awal, peringkat kerja
lapangan, peringkat analisis data dan peringkat pengolahan data dan penulisan disertasi.
Kaedah-kaedah yang terlibat dan urutan kajian ditunjukkan dalam Rajah 3.1.
3.2 PERINGKAT KAJIAN AWAL DAN BERTERUSAN
Kajian peringkat awal dilakukan sebelum ke lapangan. Beberapa perkara perlu
disediakan sebelum ke lapangan iaitu penyediaan peta dasar berdasarkan peta topografi
Maran siri L7030 lembar 4159 dan peta geologi Maran siri baru L7010 lembar 90 dan
kajian-kajian di kawasan kajian yang telah dilakukan penyelidik terdahulu. Kajian
kepustakaan ini juga dilakukan secara berterusan. Berdasarkan data-data kajian
terdahulu, penulis membandingkan dengan hasil kajian dan dibincangkan dalam Bab
IV.
10
Rajah 3.1 Carta aliran metodologi kajian menunjukkan kaedah-kaedah kajian yang
dilakukan untuk menyiapkan tesis ini, terdiri daripada empat peringkat;
peringkat kajian awal, peringkat kerja lapangan, peringkat analisis data dan
peringkat penulisan tesis.
11
3.3 PERINGKAT KERJA LAPANGAN
Kajian di lapangan dilakukan secara berperingkat, peringkat pertama adalah untuk
melakukan tinjauan awal kawasan yang boleh dicerap. Setelah kawasan yang boleh
dicerap telah dikenal pasti, bermulalah proses pengambilan data. Data seperti jenis
litologi batuan, kedudukan lapisan, jenis struktur sedimen dan fosil yang ditemui telah
direkodkan. Kompas digunakan untuk mengambil maklumat jurus dan kemiringan
lapisan. Sampel juga dibawa balik dan dilakukan keratan nipis untuk cerapan petrografi.
Setiap kawasan yang dicerap dilabelkan lokaliti, Bagi lokaliti yang menunjukkan
perlapisan yang baik, direkodkan log sedimen. Sebanyak 32 lokaliti telah dicerap, Peta
lokaliti ini ditunjukkan dalam Rajah 3.2.
3.4 PERINGKAT ANALISIS DATA
Setelah melakukan kajian di lapangan, penulis dapat mengambil bacaan struktur primer
dan sekunder dapat diambil di lapangan. Struktur sekunder dapat dianalisis melalui
bacaan jurus dan kemiringan. Struktur sekunder ini juga merupakan maklumat penting
dalam menghasilkan peta geologi dan log komposit. Bagi lokaliti yang memperlihatkan
perlapisan yang jelas, proses penghasilan log sedimen dilakukan untuk menunjukkan
kedudukan perlapisan, struktur sedimen yang terdapat pada perlapisan dan penamaan
fasies juga dapat dibuat. Kajian petrografi dan petrologi memerlukan penggunaan
teknik yang sesuai untuk cerapan lapangan dan analisis di makmal Sampel yang telah
dibawa balik dari lapangan dipilih untuk dilakukan irisan nipis. Penyediaan irisan nipis
bermula daripada memotong sehinggalah melekatkan batuan pada slaid juga telah
dilakukan. Di makmal, mikroskop digunakan untuk mengkaji komposisi dan tekstur
batuan kawasan kajian dan batuan dikelaskan mengikut pengelasan Folk (1974) yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.3 dan Rajah 3.4. Selain itu, fosil yang ditemui di lapangan
dicirikan dan ditentukan spesies untuk penentuan usia.
12
Rajah 3.2 Peta menunjukkan lokaliti cerapan di kawasan kajian.
13
Rajah 3.3 Pengelasan batu pasir berdasarkan tiga mineral utama: Q = kuarza, rijang, serpihan kuarzit; F = feldspar; L = butiran litik tidak stabil (serpihan
batuan). Istilah arenit diguna pakai hanya untuk batu pasir yang kurang daripada 5% matriks; batu pasir yang mengandungi matriks dikelaskan
sebagai greiwak.
Sumber:Williams, H., F.J Turner, dan C.M. Gilbert, 1982
14
Rajah 3.4 Pengelasan batu pasir berdasarkan (A) McBride (1963) and (B) Folk et al.
(1970). Dalam pengelasan Folk, rijang termasuk dalam serpihan batuan
pada puncak R, dan granit dan serpihan gneiss termasuk dalam feldspar
pada puncak F. SS = batu pasir, SH = syal, CRF = serpihan batuan
karbonat, SRF = serpihan batuan sedimen, IRF = serpihan batuan igenus,
MRF = serpihan batuan metamorf.
15
3.5 PERINGKAT PENGOLAHAN DATA DAN PENULISAN DISERTASI
Pada peringkat pengolahan data dan penulisan disertasi ini, maklumat dan data yang
diperolehi diperingkat kajian awal dan kajian di lapangan dianalisis dan seterusnya
ditafsirkan untuk mendapat maklumat tentang pengelasan sedimentologi, sekitaran
pengendapan kuno, dan sejarah geologi kawasan. Log sedimen yang telah dihasilkan
dapat dikorelasikan dan seterusnya dipersembahkan dalam log komposit. Berdasarkan
log komposit, analisis fasies boleh dibuat dan sekutuan fasies dapat dihasilkan.
Maklumat cerapan petrologi bagi setiap irisan nipis dianalisis dan disesuaikan
dalam pengelasan provenans oleh Dickinson. et al., (1983). Daripada maklumat fasies
dan sekutuan fasies, sekitaran pengendapan kuno dapat ditentukan. Terdapat empat
diagram segi tiga yang dikelaskan oleh Dickinson dan Suczek (1979) yang melibatkan
beberapa jenis butiran iaitu diagram QFL, QmFLt. QpLvLs, dan QmPK. Kedua-dua
diagram QFL dan QmFL menunjukkan kesuluruhan jenis butiran tetapi berbeza
daripada segi penekanan. Dalam diagram QFL, semua jenis butiran kuartzos diplot dan
penekanan adalah kepada aspek kestabilan butiran, kadar luluhawa, topografi
provenans, mekanisme pengangkutan dan jenis batuan punca. Dalam pengelasan
QmFLt, kesemua serpihan litik diplot bersama-sama, penekanan telah berubah kepada
saiz butiran batuan punca kerana batuan yang berbutir lebih halus menghasilkan
serpihan litik dalam julat saiz pasir. Diagram QpLvLs dan QmPK pula menunjukkan
sebahagian daripada jenis keseluruhan. Pengelasan ini dapat menerangkan ciri-ciri
komponren polihablur dan monohablur rangka batuan. Kesimpulannya setiap diagram
berfungsi untuk membezakan secara kritis antara beberapa jenis provenans dan jenis
lembangan. (Dickinson & Suczek, 1979).
16
Rajah 3.5 Pengelasan kedudukan tektonik berdasarkan Dickinson & Suczek (1979).
Diagram (1) menggunakan keseluruhan butiran kuartzos yang terdiri
daripada jumlah kuarza monohablur (Qm) dan kuarza polihablur (Qp)
(Qt=Qm+Qp), jumlah feldspar dan litik. Diagram (2) menggunakan tiga
jenis butiran utama iaitu kuarza monohablur (Qm), jumlah feldspar dan
jumlah litik yang terdiri daripada jumlah litik (L) dan kuarza polihablur
(Qp).
17
BAB IV
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 PENGENALAN
Hasil daripada cerapan lapangan dianalisis untuk membuat tafsiran tentang kawasan
kajian. Bab ini membincangkan tentang hasil cerapan lapangan, litologi dan hasil
cerapan petrografi, fasies, sekutuan fasies dan sekitaran pengendapan, dan paleontologi
serta usia Lapisan Seri Jaya dan Kumpulan Tembeling berdasarkan cerapan penulis.
4.2 GEOLOGI KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian adalah bermula dari bandar Maran sehingga Luit yang berkeluasan
kira-kira 123 km2 Kawasan kajian terdiri daripada dua formasi iaitu Kumpulan
Tembeling di sebelah barat dan Lapisan Seri Jaya di bahagian timur. Kumpulan
Tembeling merupakan endapan sedimen kebenuaan yang terdiri daripada konglomerat
dan batu pasir manakala Lapisan Seri Jaya merupakan endapan sedimen laut dalam
yang terdiri daripada batu pasir, batu lodak dan batu lumpur. Kedua-dua formasi ini
ditafsirkan dipisahkan oleh sesar yang mengarah hampir ke utara-selatan. Di kawasan
ini juga ditafsirkan terdapat empat paksi lipatan yang mengarah hampir ke utara. Sebuah
peta geologi telah dihasilkan berdasarkan maklumat cerapan di lapangan (Rajah 4.1)
Keratan rentas telah dibuat berdasarkan peta geologi kawasan Maran-Luit (Rajah 4.2).
Dalam keratan rentas tersebut ditunjukkan bahawa kawasan kajian telah mengalami
perlipatan. Berdasarkan data lapangan dan juga kajian terdahulu, Lapisan Seri Jaya
adalah unit paling tua, dijangkakan berusia Perm, manakala Kumpulan Tembeling pula
berusia Jura – Kapur.
18
Rajah 4.1 Peta Geologi Kawasan Bandar Maran - Luit. Diubahsuai daripada peta
kawasan Maran yang dikeluarkan oleh Direktorat Pemetaan Malaysia,
1995
19
Rajah 4.2 Keratan rentas dibina berdasarkan peta geologi kawasan Maran-Luit.
4.3 LAPISAN SERI JAYA
Lapisan Seri Jaya telah dipilih untuk mewakili batuan di bahagian timur kawasan kajian.
Lapisan Seri Jaya dalam kawasan kajian didominasi oleh batuan endapan sedimen
klastik laut dalam yang terdiri daripada batu lumpur, batu lodak, batu pasir halus hingga
kasar. Mohamad Pauzi (1986) memetakan kawasan tersebut sebagai Kumpulan
Mersing yang litologinya terdiri daripada batuan filit, sabak, tuf berfilit dan
metabatupasir, terdapat juga hornfels dan kiastolit dijumpai di kawasan bersentuhan
dengan batu igneus. Berdasarkan cerapan lapangan penulis, kawasan bahagian timur
kawasan kajian terdiri daripada litologi batu sedimen, metasedimen dan batuan asalan
volkanik. Oleh itu Kumpulan Mersing tidak sesuai digunakan untuk mencirikan formasi
kawasan kajian. Selain itu, penemuan fosil ammonoid dalam famili Dzulfitida
menandakan sempadan Perm-Trias iaitu setara dengan usia Lapisan Seri Jaya yang
berusia Perm (Lee, 1990).
4.3.1 Cerapan lapangan
Dalam Lapisan Seri Jaya, terdapat lapan lokaliti yang dapat direkodkan data log
sedimen iaitu lokaliti 18M13, lokaliti 18M15, lokaliti 18M16, lokaliti 18M02, lokaliti
18M03, lokaliti 18M04, lokaliti 18M19 dan lokaliti 18M22.
20
Pada lokaliti 18M13, dapat dilihat dominan lapisan batu pasir berselang lapis
dengan lapisan batu lumpur nipis. Saiz butiran pasir adalah sederhana Lapisan batu pasir
umumnya lebih tebal dengan purata ketebalan 0.3 m berbanding lapisan lumpur dengan
purata ketebalan 0.1 m. Warna batu lumpur adalah kelabu cerah dan warna batu pasir
juga adalah putih hingga kelabu cerah (Rajah 4.3)
Pada lokaliti 18M15, lapisan batu pasir adalah kurang dominan iaitu dengan
ketebalan 0.5 m Dapat dilihat ketebalan lapisan batu lumpur yang menghampiri 2 m
adalah lebih tebal berbanding batu lumpur. Saiz butiran pasir adalah sederhana. Warna
batu lumpur adalah kelabu gelap dan warna batu pasir adalah lebih cerah. (Rajah 4.4).
Pada lokaliti 18M16, terdapat selang lapis antara batu pasir halus dengan batu
lodak. Lapisan batu lodak adalah lebih tebal dengan ketebalan berjulat 0.6 hingga 5 m
berbanding batu pasir dengan julat ketebalan antara 0.2 hingga 2 m. Warna batu pasir
adalah kemerahan manakala warna batu lodak adalah putih (Rajah 4.5).
Pada lokaliti 18M02, lapisan batu lumpur adalah yang dominan dengan
ketebalan melebihi 10 m dan ketebalan lapisan batu pasir menghampiri 1 m. Struktur
laminasi bergelombang ditemui di lokaliti ini. Terdapat juga klasta lumpur tercabut
dalam lapisan batu pasir. Warna batu lumpur adalah kelabu gelap manakala warna batu
pasir adalah lebih cerah (Rajah 4.6).
Pada lokaliti 18M03, ketebalan lapisan batu lumpur dan ketebalan lapisan batu
pasir hampir mencapai ketebalan yang sama iaitu 1.5 m. Pada ketinggian menghampiri
34 m, lapisan batu lumpur menjadi tebal menghampiri ketebalan 3 m. Warna batu
lumpur adalah cerah manakala warna batu pasir adalah kemerahan (Rajah 4.7).
Pada lokaliti 18M15, lapisan batu pasir adalah yang dominan dengan ketebalan
menghampiri 5 m berselang lapis dengan lapisan batu lumpur nipis yang ketebalannya
adalah kurang 1 m (Rajah 4.8). Lokaliti 18M22 terdiri hanya lapisan batu lumpur masif
dengan ketebalan setiap lapisan menghampiri 1 m. (Rajah 4.9)
21
Lokaliti 18M19 terdiri daripada selang lapis batu lodak dengan batu pasir kasar
dengan ketebalan batu lodak secara puratanya adalah 0.3 m dan ketebalan batu pasir
secara puratanya adalah 0.1 m (Rajah 4.10).
Rajah 4.3 Log sedimen di lokaliti 18M13. Log menunjukkan selang lapis batu lumpur
dengan batu pasir sederhana.
Lapisan batu pasir
Petunjuk
Lapisan batu lumpur
Lapisan batu lodak
Rumpang
Lapisan konglomerat
Lapisan berklasta lumpur
Struktur laminasi selari
Fosil
Kekanta batu lumpur
22
Rajah 4.4 Log sedimen di lokaliti 18M15. Log menunjukkan selang lapis antara
batu lumpur dan batu pasir sederhana. Batu lumpur lebih tebal
berbanding batu pasir.
23
Rajah 4.5 Log sedimen lokaliti 18M16. Log menunjukkan selang lapis batu lodak dan
batu pasir halus.
24
Rajah 4.6 Log sedimen lokaliti 18M02. Log menunjukkan batu lumpur dominan dan
terdapat struktur laminasi selari serta fosil surih.
25
Rajah 4.7 Log sedimen lokalitii 18M03. Log menunjukkan selang lapis batu pasir
tebal dengan batu lumpur.
26
Rajah 4.8 Log sedimen di lokaliti 18M04. Log menunjukkan lapisan
batu pasir adalah dominan.
27
Rajah 4.9 Log sedimen di lokaliti 18M22. Log ini menunjukkan perlapisan batu
lumpur masif.
28
Rajah 4.10 Log sedimen lokaliti 18M19. Log menunjukkan selang lapis lodak dengan
batu pasir.
29
4.3.2 Pengelasan batu pasir
Batuan sedimen terbentuk apabila bahan terenap secara berepisod daripada air, udara,
ais, tanah, batu arang dan juga bahan gersik volkanik. Proses-proses diagenesis yang
berlaku seperti pemadatan, penyimenan dan penimbusan kadangkala mengaburi proses
pengendapan asal batuan. Pencirian petrografi batuan sedimen adalah penting untuk
mentafsir bagaimana dan dimana batuan terendap. Berdasarkan struktur dan tekstur
batuan, kita mungkin boleh menafsir asal mula batuan, bagaimana cara pengangkutan
dan pengendapan batuan dan sejarah penimbusan batuan. Hal ini dapat memberikan
idea sebelum kita dapat menentukan paleosekitaran sesuatu kawasan.
Boggs (2009) mengelaskan batu pasir kepada dua iaitu epiklastik dan
volkanoklastik. Batuan epiklastik terbentuk daripada serpihan batuan yang sedia ada
yang telah terurai akibat proses luluh hawa dan hakisan. Batu pasir jenis ini adalah
terdiri daripada mineral silika dan pelbagai jenis serpihan batuan igneus, metamorf dan
sedimen. Batuan volkanoklastik secara umumnya terdiri daripada bahan piroklas seperti
debu atau lapilli yang terhasil akibat letusan volkanik. Di samping itu, terdapat juga
bahan batuan volkanoklastik yang menjadi batuan epiklastik hasil daripada luluh hawa
batuan volkanik yang lebih tua. Batuan epiklastik dan volkanoklastik dikelaskan dengan
lebih lanjut berdasarkan komposisi batuan seperti dalam Rajah 3.3 dan Rajah 3.4.
Sampel batuan telah diambil daripada beberapa lokaliti dan beberapa sampel
terpilih telah dijadikan irisan nipis untuk cerapan petrografi. Antara lokaliti yang dipilih
adalah lokaliti 18M12, 18M04, 19M02, 19M05, 19M06, 18M11, 18M19, 18M21 dan
18M24.
a. Kuarzarenit
Kuarzarenit mengandungi lebih 90% - 95% butiran bersilika seperti kuarza, rijang, dan
serpihan batuan berkuarza. Kebanyakan kuarzarenit adalah matang berdasarkan
pengelasan tekstur kematangan oleh Folk (1951). Kuarzarenit Kumpulan Mersing
terdapat di lokaliti 19M05 dan 19M06. Rajah 4.11 dan Rajah 4.12 menunjukkan
30
kuarzarenit bertekstur submatang sehingga matang. Butiran kuarza pada sampel lokaliti
19M05 adalah subbulat. Butiran kuarza pada sampel lokaliti 19M06 mempunyai
sempadan antara kuarza polihablur adalah jenis bersutura. Tekstur ini menunjukkan
kuarza polihablur ini berasal daripada batuan metamorf.
b. Sublitarenit
Sublitarenit dicirikan dengan komposisi kuarza antara 75% sehingga 95%. Sublitarenit
dibezakan dengan subarkos dengan kewujudan serpihan batuan yang lebih banyak
berbanding feldspar (Folk, 1974). Batu pasir di lokaliti 18M12 sebahagiannya dapat
dikelaskan sebagai sublitarenit. Butiran kuarza yang terdapat dalam batuan ini
mengandungi mineral yang terkepung (inclusion) yang ditunjukkan dalam Rajah 4.13.
c. Wak kuarza
Batuan di lokaliti 18M21 dan 18M12 dapat dikelaskan sebagai wak kuarza dengan
komposisi matriks melebihi 15%. Dalam batuan ini butiran kuarza polihablur adalah
dominan, berwarna cerah dan terdapat mineral terkepung di dalamnya. Sempadan
antara kuarza polihablur dalam batuan ini adalah lurus. Ini menunjukkan kuarza
polihablur ini merupakan daripada asalan batuan igneus atau batuan metamorf gred
sederhana hingga tinggi (Rajah 4.14 dan Rajah 4.15).
d. Greiwak litik
Folk (1974) mengelaskan greiwak litik mengandungi matriks lebih daripada 15% dan
kaya litik. Batuan di lokaliti 18M19 dan 18M24 ini diletakkan dalam pengelasan
greiwak litik kerana mempunyai asingan yang buruk dan merupakan sokongan matrik
(Rajah 4.16 dan Rajah 4.17).
31
Rajah 4.11 Kuarzarenit. Sampel ini menunjukkan butiran kuarza adalah dominan dan
berbentuk subbulat. Pandangan tanpa silang nikol (PPL) menunjukkan
butiran kuarza terdiri oleh kuarza monohablur. a) Pandangan dengan silang
nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL), sampel 19M05.
a
b
32
Rajah 4.12 Kuarzarenit. Butiran kuarza pada sampel 19M06 mempunyai sempadan
antara kuarza polihablur jenis bersutura. a) Pandangan dengan tanpa silang
nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL).
a
b
33
Rajah 4.13 Sublitarenit. a) Diperhatikan terdapat mineral terkepung dalam butiran
kuarza. b) Diperhatikan wujud litik batu pasir di bahagian tengah gambar.
Pandangan dengan silang nikol (XPL, sampel 18M04.
a
b
34
Rajah 4.14 Wak kuarza. Butiran kuarza polihablur dikelilingi oleh matriks butiran
amat halus berkemungkinan mineral lempung. a) Pandangan dengan tanpa
silang nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL).
a
b
35
Rajah 4.15 Wak kuarza. Batuan diisi oleh mineral oksida besi, butiran tidak dapat
dikenal pasti kerana telah tercabut dalam proses irisan nipis. Sampel
18M12. a) Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b) Pandangan
tanpa silang nikol (PPL)
a
b
36
Rajah 4.16 Greiwak litik. Bahagian atas di sebelah kiri, terdapat litik metamorf.
Sampel 18M12. a) Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b)
Pandangan tanpa silang nikol (PPL).
a
b
37
Rajah 4.17 Greiwak litik. Terdapat litik sedimen di bahagian atas di sebelah kanan.
Sampel 18M24. a) Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b)
Pandangan tanpa silang nikol (PPL)..
a
b
38
4.3.3 Provenans/tempasal batu pasir Lapisan Seri Jaya
Dickinson dan Suczek (1979), Dickinson et al. (1983), dan Dickinson (1985,1988)
mencadangkan semua provenans tektonik dikelaskan di bawah tiga jenis utama iaitu
blok kebenuaan dimana punca sedimen adalah daripada bahagian atas perisai dan
pelantar atau dalam blok dasar yang telah tersesar, arka magma dimana punca sedimen
adalah daripada dalam orogen arka aktif dalam arka kepulauan atau arka sempadan aktif
kebenuaan dan orogen kerjaan semula di mana punca sedimennya telah tercangga dan
jujukan stratigrafinya telah berlaku pengangkatan dalam zon subduksi di sepanjang
orogen pelanggaran atau dalam jalur perlipatan sungkup depan daratan. Setiap
kedudukan provenans terdapat kelas-kelas batuan punca yang berbeza yang
membahagikan setiap sedimen kepada sekutuan lembangan.
Sampel irisan nipis yang dilakukan cerapan petrografi, dikira peratusan
komposisi butiran berdasarkan gambarajah QmFLt yang telah disediakan oleh
Dickinson dan Suczek (1979). Enam sampel telah dicerap iaitu sampel 19M05, 19M06,
18M24, 18M21, 18M04, dan 18M19. Setiap sampel ini ditentukan kedudukan tektonik
berdasarkan pengiraan komposisi butiran yang terdiri daripada kuarza monohablur
(Qm), feldspar (F) dan jumlah serpihan litik (L) dan kuarza polihablur (Lt). Plot
kedudukan tektonik bagi setiap sampel ditunjukkan dalam Rajah 4.18.
Sampel 19M05 dan 19M06 diplot dalam kuartzos kerjaan semula, sampel
18M24 dan 18M19 diplot dalam kerjaan semula peralihan dan sampel 18M21 dan
18M04 diplot dalam kerjaan semula litik dalam pengelasan tektonik orogen kerjaan
semula. Dickinson dan Suczek (1979) mengelaskan provenans orogen ini kepada
kompleks subduksi yang terdiri daripada sedimen lautan dan magma yang telah
tercangga, orogen pelanggaran yang terbentuk di sepanjang sutura kerak yang berada di
antara blok kebenuaan dan pengangkatan depan daratan berasosiasi dengan jalur
perlipatan sungkup depan daratan. Pengangkatan depan daratan ini terbentuk sama ada
bersebelahan dengan jalur sutura atau di antara arka magma dan lembangan belakang
arka terletak dalam blok kebenuaan di bahagian belakang arka. Jalur orogeni yang lebih
kompleks boleh mengandungi ketiga-tiga jenis provenans.
39
Punca sedimen provenans orogen kerjaan semula ini adalah daripada sedimen
yang terhakis daripada kawasan gunung-ganang yang akhirnya mengisi lembangan.
Provenans jenis ini kaya dengan batuan punca sedimen yang mengalami kerjaan semula
atau kitaran sekali lagi seterusnya menghasilkan kuarza yang banyak. Pelbagai jenis
litik yang terdiri daripada batuan sedimen, metamorf dan igneus boleh ditemui dalam
provenans jenis ini. Topografi dan geomorfologi provenans ini ditunjukkan secara
bergambar dalam Rajah 4.19.
Rajah 4.18 Plot menunjukkan kedudukan tektonik bagi setiap sampel.
40
Rajah 4.19 Rajah menunjukkan provenans orogen kerjaan semula. a) Profil
menunjukkan berlaku angkatan semula daratan depan. b) Pandangan pelan
perlanggaran benua-benua. c) Profil menunjukkan berlaku angkatan semula
daratan depan dan kewujudan parit dann lembangan arka depan.
Sumber: Dickinson et. al., 1979
41
4.3.4 Fasies
Fasies merupakan satu jasad batuan dengan ciri-ciri tertentu (Reading, 1996). Litofasies
merupakan batuan sedimen yang dibezakan berdasarkan litologi manakala biofasies
digunakan untuk lapisan yang mempunyai ciri-ciri biologi seperti fosil. Analisis fasies
telah dilakukan terhadap jujukan sedimen yang tersingkap di sepanjang jalan kawasan
bandar Maran ke Kg. Luit, dan juga sepanjang lebuh raya Pantai Timur Maran sehingga
susur keluar Sri Jaya. Sebanyak sembilan lokaliti telah diperolehi data log sedimen.
Terdapat beberapa fasies utama telah dikenal pasti. Fasies-fasies ini telah dibahagikan
kepada dua iaitu Lapisan Seri Jaya dan Kumpulan Tembeling. Antara fasies-fasies
dalam Lapisan Seri Jaya ialah fasies batu lumpur, fasies batu pasir halus, sederhana, dan
kasar, fasies batu pasir halus bertuf, fasies batu pasir berlaminasi, fasies batu pasir
tergred, fasies selang lapis lodak dan batu pasir, dan fasies lapisan berfosil. Fasies
Kumpulan Tembeling dibincangkan di bawah subtopik Kumpulan Tembeling.
a. Fasies batu lumpur (F1)
Fasies batu lumpur (F1) terdiri daripada lapisan batu lumpur yang berwarna coklat dan
kelabu kehitaman dan batu lodak yang berwarna cerah, lapisannya mempunyai tebal
lebih daripada 0.5 m hingga hampir 10 m tebal. Fasies ini adalah dominan di lokaliti
18M22, 18M02 dan 18M15. Fasies ini juga wujud sebgai lapisan berselang lapis dengan
batu pasir di lokaliti 18M03, 18M04 dan 18M13.
Tafsiran Fasies batu lumpur ini ditafsirkan terendap di bawah pengaruh arus yang
mengalir dengan kelajuan yang rendah secara ampaian. Warna batuan iaitu kelabu
kehitaman berkemungkinan mengandungi bahan karbon yang tinggi.
42
b. Fasies batu pasir halus, sederhana dan kasar (F2)
Fasies batu pasir halus, sederhana dan kasar (F2) terdiri daripada lapisan batu pasir halus
hingga kasar, berwarna putih hingga kemerahan. Lapisan batu pasir mempunyai tebal
lebih 0.5 m hingga hampir 12 meter. Lapisan batu pasir ini tidak menunjukkan apa-apa
struktur yang jelas. Fasies ini dominan di lokaliti 18M03, 18M04 dan 18M13. Fasies
ini juga wujud sebagai lapisan berselang lapis dengan batu lumpur di lokaliti 18M02
dan 18M15.
Tafsiran Fasies arenit ini ditafsirkan terendap di bawah pengaruh arus yang
mengalir dengan kelajuan yang tinggi secara seretan.
c. Fasies batu pasir halus bertuf (F3)
Fasies batu pasir halus bertuf (F3) terdiri daripada batu pasir halus dan terdapat sedimen
tuf. Tebal lapisan antara 0.4 m hingga 3 m. Terdapat klasta lumpur pada beberapa
lapisan. Pada lapisan batu pasir halus ini, ditemui fosil surih dan terdapat struktur
biokacau. Fasies ini hanya tterdapat di lokaliti 18M02.
Tafsiran Fasies ini ditafsirkan terendap dalam sekitaran tenaga yang rendah
secara seretan. Akibat tenaga arus yang sedikit tinggi, lapisan batu lumpur tercabut,
membentuk klasta lumpur di dalam lapisan batu pasir sebelum berlaku proses litifikasi.
Kewujudan tuf menunjukkan sedimen volkanik yang terendap secara ampaian di dalam
lapisan batu pasir.
d. Fasies batu pasir berlaminasi (F4)
Fasies batu pasir berlaminasi (F4) terdiri daripada batu pasir halus, berwarna coklat
yang mempunyai struktur laminasi dengan lapisan batu lumpur yang berwarna kelabu
43
kehitaman. Tebal lapisan batu pasir beraminasi ini adalah 2.7 m. Terdapat sesar sedimen
dalam lapisan batu pasir berlaminasi ini. Fasies ini hanya terdapat di lokaliti 18M02.
Tafsiran Fasies batu pasir berlaminasi ini ditafsirkan terendap di bawah pengaruh
arus yang mengalir dengan kelajuan yang tinggi secara seretan dwiarah.
e. Fasies batu pasir tergred (F5)
Fasies batu pasir tergred (F5) terdiri daripada lapisan batu pasir yang mempunyai
struktur tergred secara menghalus ke atas. Pada bahagian paling atas fasies ini, terdapat
butiran bersaiz lumpur. Lapisan batu lumpur berwarna kelabu kehitaman manakala
lapisan batu pasir berwarna lebih cerah. Tebal lapisan adalah menhampiri 1 m. Fasies
ini hanya terdapat di lokaliti 18M02.
Tafsiran Fasies batu pasir tergred ini ditafsirkan terendap di bawah pengaruh arus
yang mengalir dengan kelajuan yang beransur-ansur, bermula dengan kelajuan yang
tinggi kemudian rendah, struktur tergred ini terbentuk semasa fasa mereda dalam arus
turbidit. Fasies ini terendap secara seretan dan ampaian.
f. Fasies selang lapis batu lodak dan batu pasir (F6)
Fasies selang lapis batu lodak dan batu pasir (F6) terdiri daripada selang lapis antara
batu lodak dan batu pasir dengan ketebalan purata batu lodak adalah 30 cm hingga 3 m
dan ketebalan purata batu pasir kasar adalah 10 cm hingga 1 m. Batu lodak dan batu
pasir kasar sehingga mencapai ketebalan hampir 16 m di lokaliti 18M19 dan ketebalan
hampir 22 m di lokaliti 18M16. Di lokaliti 18M19, batu lodak berselang lapis dengan
batu pasir kasar manakala di lokaliti 18M16, batu lodak berselang lapis dengan batu
pasir halus. Lapisan batu lodak dalam fasies ini berwarna putih manakala lapisan batu
pasir juga berwarna putih. Fasies ini terdapat di lokaliti 18M16 dan 18M19.
44
Tafsiran Fasies selang lapis batu pasir dan batu batu lodak (F6) ditafsirkan
mekanisme pergerakannya secara berguling dan melantun (rolling and saltation)
membentuk dasar. Butiran lodak seterusnya diangkut secara ampaian, mengikut arus
dan tidak menyentuh aliran dasar. Butiran pasir yang lebih halus dan ringan diangkut
dengan lebih laju berbanding butiran pasir yang berat dan kasar. Fasies ini diendapkan
oleh tenaga arus yang pelbagai. Fasies ini menunjukkan sekitaran berhampiran delta
dan tidak dipengaruhi oleh pasang surut.
g. Fasies lapisan berfosil (F7)
Fasies lapisan berfosil (F7) terdiri daripada batu lumpur dengan ketebalan menghampiri
2 m. Batu lumpur ini berwarna kelabu kehitaman. Dalam lapisan batu lumpur ini
ditemui dua spesies fosil yang berbeza iaitu fosil ammonoid dan serpihan bivalvia.
Fasies ini hanya terdapat di lokaliti 18M02.
Tafsiran Warna batu lumpur dalam lapisan ini adalah kelabu kehitaman
menunjukkan bahawa batu lumpur ini mempunyai kandungan karbon yang tinggi.
Kewujudan fosil menandakan bahawa batuan ini pernah menjadi habitat bagi aktiviti
organisma. Kandungan bahan karbon yang tinggi dalam lapisan ini berkemungkinan
adalah disebabkan oleh aktiviti organisma.
4.3.5 Sekutuan fasies dan sekitaran pengendapan
Dalam Lapisan Seri Jaya, dapat disimpulkan terdapat dua sekutuan fasies iaitu sekutuan
fasies batu pasir tebal menghalus ke atas, dan sekutuan fasies batu pasir sederhana tebal
menghalus ke atas.
Sekutuan fasies batu pasir tebal menghalus ke atas terdiri daripada selang lapis
batu pasir tebal dengan batu lumpur dengan ketebalan purata batu pasir adalah 1.5 m.
Sekutuan fasies ini merupakan perulangan fasies batu lumpur dengan fasies batu pasir.
45
Perulangan jujukan selang lapis ini ditindih oleh sekutuan fasies batu pasir sederhana
tebal menghalus ke atas dengan batu lumpur adalah lapisan yang dominan. Jujukan ini
juga menunjukkan terdapatnya struktur laminasi bergelombang dan wujud zon biokacau
yang sederhana. Terdapat serpihan bivalvia dan fosil ammonoid paratirolites ditemui
dalam lapisan batu lumpur.
Berdasarkan tafsiran kedua-dua sekutuan fasies ini, dapat disimpulkan, Lapisan
Seri Jaya di kawasan Maran-Luit ini berkemungkinan terendap di kawasan subsekitaran
bahagian atas lepas pesisir. Siri jujukan menghalus ke atas ini menunjukkan pernah
berlaku transgresi iaitu kenaikan paras air laut di kawasan ini.
Rajah 4.20 Rajah mewakili geomorfologi profil pantai. Beberapa jenis ciri-ciri
geomorfologi pantai ditunjukkan termasuk juga zon peralihan dan lepas
pesisir.
46
Rajah 4.21 Korelasi log.unit batuan Lapisan Seri Jaya.
47
Rajah 4.22 Jadual log komposit unit batuan Kumpulan Mersing.
48
4.3.6 Paleontologi dan usia
Bahagian ini membincangkan tentang fosil yang ditemui di kawasan kajian, pencirian
spesies fosil tersebut dan penentuan usia. Terdapat dua jenis fosil yang ditemui iaitu
fosil ammonoid di bawah kelas sefalopod dan serpihan bivalvia. Pencirian lebih lanjut
dijelaskan di bawah.
a. Kelas Cephalopoda
Mohd. Shafeea (2000) mencirikan subkelas Ammonoidea dengan cengkerang aragonit
dan aptiki kalsit yang biasanya berlingkaran planisfera, dengan protokonca terbuka atau
terlindung. Septa dan garis sutura digunakan untuk pengelasan peringkat order dan lebih
rendah.
Spesimen ini ditemui dalam bentuk acuan dalam. Bentuk ammonoid yang
ditemui adalah berlingkaran planisfera jenis konvolut. Morfologi garis sutura adalah
jenis seratitik. Berikut merupakan taksonomi bagi fosil ammonoid yang dijumpai:
Phylum Mollusca
Kelas Sefalopod
Subkelas Ammonoidea
Order Ceratitida (Hyatt, 1884)
Suborder Paraceltitina (Shevyrev, 1968)
Superfamili Xenodiscoidea (Frech, 1902)
Famili Dzhulfitidae (Shevyrev, 1965)
49
Rajah 4.23 Sampel fosil ammonoid yang ditemui di lokaliti 18M02.
50
Rajah 4.24 Morfologi fosil genus Paratirolites.
Sumber: Diubahsuai daripada Korn et. al. (2015)
b. Kelas Bivalvia
Haiwan ini mempunyai dua keping cengkerang yang boleh dibuka dan ditutup seperti
injap (Mohd. Shafeea, 2000). Spesimen yang ditemui di lokaliti 18M04 ini adalah jenis
acuan luar. Pengawetan spesimen ini adalah tidak baik.
51
Rajah 4.25 Fosil daripada kelas Bivalvia yang ditemui di lokaliti 18M02.
4.4 KUMPULAN TEMBELING
Mohamad Pauzi (1986) memetakan bahagian barat kawasan kajian sebgai Kumpulan
Tembeling dipisahkan dengan Kumpulan Mersing oleh sesar Cedung. Unit batuan
kawasan kajian adalah mencirikan Kumpulan Tembeling yang merupakan endapan
sedimen kebenuaan terdiri daripada konglomerat merah, batu pasir merah dan batu
lodak.
4.4.1 Cerapan lapangan
Dalam Kumpulan Tembeling, hanya terdapat satu lokaliti yang dapat direkodkan data
log sedimen iaitu di lokaliti 18M17. Pada lokaliti 18M17 ini, dijumpai lapisan
konglomerat sokongan butiran menindih lapisan batu pasir. Kedua-dua lapisan ini
berwarna kemerahan (Rajah 4.29).
52
4.4.2 Litologi dan petrografi
a. Konglomerat
Konglomerat adalah batuan sedimen klastik yang mengandungi klasta bersaiz kelikir
(>2 mm). Klasta konglomerat terdiri daripada pelbagai jenis batuan. Matriks batuan
konglomerat biasanya terisi oleh butiran halus bersaiz lumpur atau pasir atau campuran
lumpur dan pasir (Boggs, 2009). Folk (1974) menetapkan jika terdapat lebih 30%
butiran bersaiz kelikir dalam batuan, maka batuan tersebut dipanggil konglomerat dan
jika kurang daripada 30% batuan tersebut diistilahkan batu pasir atau batu lumpur
berkelikir. Konglomerat dalam Kumpulan Tembeling dicirikan oleh konglomerat
dengan sokongan butiran, dengan klastanya secara purata melebihi 2 mm. Konglomerat
ini mempunyai asingan yang buruk. Butiran terdiri daripada butiran kuarza, litik
sedimen dan rijang. Batuan ini terdapat di lokaliti 19M02 (Rajah 4.26).
b. Wak kuarza
Folk (1974) mengelaskan batuan yang kaya matrik dengan melebihi 15% sebagai
greiwak. Wak kuarza dalam Kumpulan Tembeling ini dicirikan dengan batuan yang
berwarna kemerahan. Ditafsirkan warna kemerahan tersebut ditafsirkan sebagai mineral
besi yang mengisi simen. Butiran kuarza yang mengisi batuan diperhatikan terdapat
mineral yang terkepung di dalamnya atau kepungan (inclusion) menunjukkan batuan
ini berkemungkinan berasal daripada punca bersuhu rendah. Batuan ini terdapat di
lokaliti 18M11 (Rajah 4.27).
53
Rajah 4.26 Konglomerat; kuarza monohablur sebagai butiran utama, dikelilingi dengan
matriks kuarza polihablur di bahagian bawah kiri gambar. Sampel 19M02.
a) Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang
nikol (PPL).
a
b
54
Rajah 4.27 Wak kuarza. Simen diisi oleh mineral besi. Mineral yang terkepung di
dalam kuarza dapat dilihat di bahagian atas sebelah kanan, pandangan
tanpa silang nikol (PPL). Sampel 18M11. a) Pandangan dengan tanpa
silang nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL).
a
b
55
4.4.3 Fasies
a) Fasies konglomerat (F8)
Fasies konglomerat (F8) terdiri daripada lapisan konglomerat sokongan butiran.
Lapisan konglomerat ini mempunyai tebal menghampiri dua meter. Lapisan ini terdiri
daripada klasta bersaiz batu pasir sederhana hingga kasar dan julat saiz diameter adalah
2 cm hingga 10 cm.
Tafsiran Fasies konglomerat ini ditafsirkan terendap di bawah pengaruh arus
yang mengalir dengan kelajuan yang tinggi secara seretan yang sangat kuat dan juga
secara berguling dan melantun. Fasies ini menunjukkan ianya terendap di subsekitaran
beting alur.
4.4.4 Sekutuan fasies dan sekitaran pengendapan
Cerapan lapangan menunjukkan Kumpulan Tembeling terdiri daripada lapisan batu
pasir dan konglomerat. Berdasarkan cerapan petrografi, batuan konglomerat formasi ini
terdiri daripada klasta batu pasir dengan saiz diameter adalah pelbagai. Kedua-dua
maklumat ini menunjukkan Kumpulan Tembeling terendap dalam sekitaran kipas
alluvium bahagian proksimal hingga medial. Keratan rentas kipas alluvium ditunjukkan
dalam Rajah 4.28.
56
Rajah 4.28 Keratan rentas sekitaran kipas alluvium.
57
Rajah 4.29 Log unit batuan Kumpulan Tembeling dan tafsiran sekitaran pengendapan.
58
4.5 SEJARAH GEOLOGI
a. Perm-Trias
Lapisan Seri Jaya terendap sebagai sedimen klastik endapan laut dalam terdiri daripada
batu lumpur dan batu pasir bersaiz halus hingga sederhana. Ditemui fosil ammonoid
dibawah subkelas Ammonoidea, dalam order Ceratitida yang menandakan usia lapisan
ini berkemungkinan dari Perm hingga Trias. Hidupan ketika ini merupakan hidupan
marin pelagik. Berdasarkan cerapan petrologi, plot dalam diagram Dickinson dan
Suczek (1979) menunjukkan provenans Lapisan Seri Jaya adalah daripada sekitaran
tektonik kerjaan semula. Data ini menyokong model tektonik yang dicadangkan oleh
Sevastjanova et. al. (2011) yang menerangkan bahawa pernah berlaku subduksi di
antara blok Sibumasu dan Malaya Timur ketika usia Perm-Trias (Rajah 4.31).
Berlaku pengangkatan menyebabkan Lapisan Seri Jaya yang dahulunya merupakan
lautan terangkat membentuk daratan dan kemudiannya terhakis membentuk
ketakselarasan. Peristiwa ini dikaitkan dengan penerobosan magma dari dalam bumi
yang menghasilkan zon sutura Bentong-Raub.
b. Jura – Kapur
Kumpulan Tembeling pada masa ini terendap sebagai sedimen kebenuaan terdiri
daripada konglomerat merah, batu pasir merah dan batu lodak. Kumpulan Tembeling
menindih Lapisan Seri Jaya secara tak selaras.
59
Rajah 4.30 Rajah menunjukkan peristiwa geologi yang berlaku sepanjang usia Perm
hingga Kapur di kawasan kajian.
60
Rajah 4.31 Model tektonik ini menerangkan tentang peristiwa subduksi ketika usia
Perm-Trias dan pelanggaran blok Sibumasu dengan Malaya Timur. Model
Sumber: Diubahsuai daripada Sejastjanova et al. (2011).
61
BAB V
KESIMPULAN
5.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang kesimpulan kajian dan mennjawab kepada objektif
kajian iaitu mengemaskini peta geologi kawasan kajian, menentukan hubungan
stratigrafi dan sedimentologi unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian,
mentafsirkan sekitaran pengendapan kuno dan sejarah geologi kawasan kajian.
5.2 PETA GEOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, PAHANG
Berdasarkan maklumat dan data cerapan, sebuah peta geologi dapat dihasilkan.
Kawasan kajian terdiri daripada dua formasi iaitu Kumpulan Tembeling yang
merupakan sedimen endapan kebenuaan terdiri daripada konglomerat merah, batu pasir
merah dan batu lodak dan Lapisan Seri Jaya yang merupakan sedimen klastik endapan
lautan terdiri daripada batu lumpur dan batu pasir halus hingga sederhana. Kedua-dua
formasi ini dipisahkan oleh sesar. Terdapat empat paksi lipatan yang ditafsirkan
berdasarkan perbezaan kemiringan lapisan.
5.3 HUBUNGAN STRATIGRAFI DAN SEDIMENTOLOGI
Berdasarkan log komposit unit batuan Lapisan Seri Jaya, formasi ini terdiri daripada
tiga sekutuan fasies iaitu fasies selang lapis batu lodak dan batu pasir, fasies batu pasir
62
tebal menghalus ke atas, dan fasies batu pasir sederhana menghalus ke atas. Fasies batu
pasir adalah dominan di bahagian bawah seterusnya menghalus kepada fasies batu
lumpur. Kumpulan Tembeling terdiri daripada fasies konglomerat menghalus ke atas
kepada fasies batu pasir.
5.4 SEKITARAN PENGENDAPAN DAN SEJARAH GEOLOGI
Sekitaran pengendapan Lapisan Seri Jaya ditafsirkan terendap di kawasan subsekitaran
bahagian atas lepas pesisir. Kumpulan Tembeling ditafsirkan terendap dalam sekitaran
kipas alluvium bahagian proksimal hingga medial. Pada usia Perm hingga Trias
sedimen klastik laut dalam Lapisan Seri Jaya terendap kemudian berlaku pengangkatan
dan terhakis yang dikaitkan dengan penerobosan magma menyebabkan berlaku
ketakselarasan. Pada usia Jura hingga Kapur, batuan Kumpulan Tembeling yang
merupakan sedimen endapan kebenuaan terendap menindih Lapisan Seri Jaya secara
tidak selaras.
63
RUJUKAN
Boggs, S. 2009. Petrology of Sedimentary Rocks. Cambridge: University Press.
Reading, H.G. 1996. Sedimentary Environments and Facies. Oxford: Blackwell
Scientific Publications.
Dickinson, W.R. dan C.Suczek. 1979. Plate tectonics and sandstone compositions: Am.
Assoc. Pet. Geol. Bull., 63, 2164-2182.
Dickinson, W.R., dan L.S. Beard, G.R. Brakenridge, et al., 1983, Provenance of North
American Phanerozoic sandstones in relation to tectonic setting: Geol. Soc. Am.
Bull., 94, 222-235.
Dickinson, W.R., 1985. Interpreting provenance relations from detrital modes of
sandstones, in Zuffa. Provenance of Arenites: Reidel, Dordrecht, 333–361.
Dickinson, W.R.. 1988. Provenance and sediment dispersal in relation to paleotectonics
and paleogeography of sedimentary basins, in Kleinspehn, K. L. and C. Paola.
New Perspectives in Basin Analysis: Springer-Verlag, New York, NY. 3–25.
Folk, R.L. 1974. Petrology of Sedimentary Rocks: Hemphill Publishing Co. Austin,
TX.
Folk, R.L.1951. Stages of textural maturity in sedimentary rocks: J. Sediment. Petrol.,
21, 127-130.
Frech, F. 1897-1902. Lethaea geognostica oder Beschreibungund Abbildung der fur die
Gebirgs-Formationen bezeichnendsten Versteinerungen. I. Theil. Lethaea
palaeozoica. 2.Band 4. Schweizerbart, Stuttgart, pp. 257-452.
Hyatt, A. 1883-4. Genera of fossil cephalopods. Proceedings of the Boston Society of
Natural History, 22, 253-338
Korn, D., Ghaderi, A., Leda, L., Schobben, M. & Ashouri, A.R. 2015. The ammonoids
from the Late Permian Paratirolites Limestone of Julfa (East Azerbaijan, Iran).
Journal of Systematic Palaeontology.
Lee, A.K. 1990. The Geology and mineral resources of the Hulu Lepar area, Pahang.
Geological Survey of Malaysia District Memoir.
Mcbride, Earle. 1963. A Classification of Common Sandstones. Journal of Sedimentary
Research.
Mohamad Pauzi. 1986. Siri Baru L7010, Lembar 90. Ketua Pengarah Jabatan
Penyiasatan Kajibumi, Malaysia 1985.
Mohammed Ayob. 1968. Stratigraphy and sedimentology of the Tembeling Formation
in the Gunung Berantai area, Pahang. Tesis Sarjana, Jabatan Geologi,
Universiti Malaya.
64
Mohd. Shafeea Leman. 2000. Pengenalan kepada paleontology invertebrate. 51-56.
Sevastjanova, I., Clements, B., Hall, R., Belousova E.A., Griffin, W.L., & Pearson, N.
2011. Granitic magmatism, basement ages, and provenance indicatoors in
Peninsula: Insights from detrital zircon U-Pb and Hf-isotope data. Gondwana
Research 19(2011) 1024-1039.
Shamsudin Jirin & Morley, R.J. 1994. Lower Cretaceous Palynomorphs from the
Termus and Mangking Formations (Tembeling Group), Peninsular Malaysia:
their stratigraphic and climatic significance. Abstract, Annual Geological
Conference ’94, Geological Society of Malaysia, 45.
Shevyrev, A. A. 1965. Nadortyad Ammonoidea. Trudy Paleontologicheskogo Instituta
Akademiya Nauk SSR. 108, 166-182.
Shevyrev, A. A. 1968. Triasovye ammonoidei Yuga SSSR. Trudy
Paleontologicheskogo Instituta Akademiya Nauk SSSR, 119, 1-272
Smiley, C.J. 1970. Later Mesozoic Flora from Maran, Pahang, West Malaysia. Part I:
Geologic Consideration. Geological Society of Malaysia Bulletin, 3, 77-88.
Uyop Said, Marahizal Malihan & Zainey Konjing. 2007. Neocomian palynomorph
assemblage from Central Pahang, Malaysia. Geological Society of Malaysia
Bulletin, 53, 21-25.
Williams, H., F.J. Turner, dan C.M. Gilbert, 1982, Petrography: An Introduction to
the Study of Rocks in Thin Sections. W.H. Freeman, San Francisco, CA.
Yap Kok Thye. 1980. Occurrences of Paleodietyon, a graphoglyptid burrow, from the
Upper Paleozoic of the Maran Area, Pahang. Warta Geologi 6(4): 93-96
top related