garis panduan pemberian taraf...
Post on 13-Mar-2018
232 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN PEMBERIAN TARAF
BERPENCEN LATAR BELAKANG Dengan kuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001 - Tawaran Opsyen Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pegawai yang dilantik secara tetap ke dalam perkhidmatan sector awam dalam keadaan berikut layak diberi opsyen untuk memilih Skim KWSP:- 1) pegawai yang dilantik kali pertama; 2) pegawai yang dilantik kali kedua
dan seterusnya setelah meletakkan jawatan daripada perkhidmatan sebelumnya; termasuk mereka yang telah diberi pelepasan dengan izin; dan
3) pegawai yang belum pernah
membuat opsyen mengikut peruntukan Seksyen 6A(1) Akta 227 atau Akta 239 dalam perkhidmatan sebelumnya
Borang tawaran opsyen ini diberi semasa staf telah dikenalpasti untuk pengesahan dalam jawatan. Opsyen yang telah dibuat adalah MUKTAMAD. PENDAHULUAN Jika seseorang staf yang telah disahkan dalam jawatan dan telah tidak bersetuju memilih Skim KWSP, beliau dengan sendirinya adalah tertakluk di bawah Skim Pencen mengikut Akta 239. Pemberian Taraf Berpencen seseorang staf diuruskan oleh pihak JPA di bawah peruntukan Seksyen 6 Akta 239. PROSES PENGHANTARAN KE JPA Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing akan menghantar borang dan dokumen seperti berikut ke JPA seawal-awalnya sebulan sebelum genapnya tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira:- • Borang JPA.BP.SPPP.B06 -
Perakuan Pemberian Taraf Berpencen
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan
yang terkini (lengkap dengan nama, nombor kad pengenalan, pengesahan jawatan dan opsyen pegawai)
• Salinan Kad Pengenalan staf atas
kertas saiz A4 di muka depan (atas dan bawah)
KEPUTUSAN DARI JPA PTJ akan maklumkan tarikh kelulusan Pemberian Taraf Berpencen yang diterima dari JPA kepada staf dan pihak Jabatan Bendahari. Pihak Jabatan Bendahari akan hentikan caruman KWSP staf mengikut tarikh kelulusan tersebut. Selepas salinan kelulusan Pemberian Taraf Berpencen diterima, staf boleh memohon Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen untuk mengeluarkan simpanan bahagian pekerja beserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP.
top related