gamelan melayu slide

Post on 21-Jul-2016

291 Views

Category:

Documents

22 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

gamelan

TRANSCRIPT

Gamelan Melayu

ISI KANDUNGANDEFINISI DAN SEJARAH

ALAT-ALAT MUZIKDAN

TEKNIK PERMAINAN

DEFINISI• Berasal dari perkataan Jawa “gamel” bermaksud pemukul dan

“bergamelan” bermaksud memainkan peralatan muzik secara dipukul, dipalu atau ditabuh.

• Di Malaysia didefinisikan sebagai muzik joget yang merupakan persembahan tarian istana yang porpular semasa zaman Kesultanan Riau Lingga khususnya ketika pemerintahan Sultan Abdul Rahman II.

• Di Malaysia perkataan gamelan merujuk kepada satu jenis ensemble alat-alat muzik yang dipalu

SEJARAH GAMELAN MELAYU

• Pada tahun 1835, Yang mulia Dato’ Bendahara Seri Maharaja Pahang telah berangkat ke Lingga untuk menghadiri Pertabalan Sultan Mahmud Muzaffar Shah telah melihat Gamelan.

• Kerana berminat dan tertarik hati, baginda telah membawa 1 set gamelan balik ke Negeri Pahang dan muzik gamelan mula berkembang pesat di Negeri Pahang sebagai hiburan Di Raja.

• Perkembangan muzik gamelan berterusan sehingga ke pemerintahan Sultan Ahmad, namun apabila baginda mangkat pada tahun 1914, tiada seorang pun warisnya menyambung usaha memelihara permainan tersebut

• Permainan gamelan mula berkembang di Terengganu apabila Tengku Ampuan Mariam puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pada tahun 1915 set gamelan di Istana Pahang dipinjamkan ke Istana Terengganu.

• Di Terengganu permainan gamelan mula berkembang pesat di bawah pimpinan Tengku Ampuan Mariam dan Sultan Sulaiman telah menukarkan nama “Joget Gamelan Pahang” kepada “Joget Gamelan Terengganu” yang sehingga kini dikenali sebagai Gamelan Terengganu.

• Pada tahun 1973 Sultan Abu Bakar (Pahang) telah mengambil kembali set gamelan Pahang yang berada di Istana Terengganu untuk disimpan di Istana Pahang dan kemudiannya di hadiahkan kepada Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang dan kekal sehingga kini.

PERKEMBANGAN GAMELAN MELAYU DI MALAYSIA

• Tercipta pelbagai lagu gubahan• Banyak dipelopori oleh kelab-kelab persendirian dan

IPT• Tidak hanya ekslusif untuk majlis-majlis istana sahaja• Terdapat pertandingan gamelan yang dianjurkan

oleh badan kerajaan.• Wujudnya kursus gamelan dalam subjek di IPT• Pelbagai festival gamelan dianjurkan

ALAT-ALAT MUZIKKEROMONG ATAU BONANG

• Terdiri dari 10 buah bonang yang disusun dua baris.

• Diperbuat dari campuran tembaga.

• Ia merupakan alat utama dalam muzik Gamelan Melayu yang memainkan melodi serta melodi tambahan.

• Diketuk dengan menggunakan dua pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari kayu disaluti tali atau kain.

Keromong atau Bonang

Di kanan : Pengetuk KeromongAtau Bonang. (kecil)

Di kiri : Pengetuk Kenong.(besar)

.6

.5

.3

.2

.1

1 2 3 5 6

PEMAIN

SARON DEMONG

• Terdiri dari 6 atau 7 bilah yang diperbuat dari campuran tembaga.

• Berfungsi sebagai memainkan melodi.

• Diketuk dengan satu pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari kayu.

• Teknik permainannya, tangan kanan mengetuk bilah dan tangan kiri ‘mute’kan atau tahan bilah dari bergetar dan ia dimainkan secara ‘single’.

SARON BARON

• Terdiri dari 6 atau 7 bilah yang diperbuat dari campuran tembaga.

• Kecil sedikit dari Saron Demong.

• Berfungsi sebagai memainkan melodi.

• Diketuk dengan satu pengetuk yang diperbuat dari kayu.

• Teknik permainannya, tangan kanan mengetuk bilah dan tangan kiri ‘mute’kan atau tahan bilah dari bergetar dan dimainkan secara ‘single’.

SARON PEKING

• Terdiri dari 6 atau 7 bilah yang diperbuat dari campuran tembaga.

• Paling kecil antara Saron Demong dan Saron Baron.

• Berfungsi sebagai memainkan melodi.

• Diketuk dengan satu pengetuk yang diperbuat dari tanduk dan kayu.

• Teknik permainannya, tangan kanan mengetuk bilah dan tangan kiri ‘mute’kan atau tahan bilah dari bergetar dan dimainkan secara ‘double’.

Atas sekali : Saron DemongTengah : Saron BaronBawah : Saron Peking

Pengetuk Saron Demong

Pengetuk Saron Baron

Pengetuk Saron Peking

.5

.6 1 2 3 5 6

.1

PEMAIN

GAMBANG

• Terdiri dari susunan bilah yang diperbuat dari kayu.

• Ia juga merupakan alat utama memainkan melodi dan melodi tambahan.

• Di ketuk dengan menggunakan 2 pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari tanduk atau rotan serta kayu.

• Teknik permainannya, tangan kiri bermain 1 oktaf tinggi dari bunyi yang dimainkan tangan kanan dan ia juga dimainkan secara ‘double’.

Gambang

Pengetuk Gambang

. . . . . .. .. .. .. ..

1 2 3 4 5 6 1 2 3 5 6 1 2 3 5 6 1 2 3 5 6

. . . . . .

PEMAIN

KENONG

• Terdiri dari 3 atau 5 bonang yang diperbuat dari campuran tembaga.

• Pengetuknya dari kayu yang di baluti kain atau getah.

• Teknik permainannya, dimainkan di akhir setiap 2 bar dalam sesebuah lagu.

Kenong

Pengetuk Kenong yangdi bahagian kiri.

1 2 3

5

6

PEMAIN

GONG

• Terdiri dari dua gong iaitu Gong Besar dan Gong Kecil yang diperbuat dari campuran tembaga.

• Pengetuknya diperbuat dari kayu yang dibaluti kain atau getah.

• Biasanya ia dimainkan di akhir frasa lagu.

Di kiri : Gong KecilDi kanan : Gong Besar

Pengetuk Gong

PEMAINGONG BESAR

GONG KECIL

GENDANG

• Terdiri dari sebuah baloh atau bingkai yang diperbuat dari kayu yang diregangkan kulit (belulang) pada bahagian kiri dan kanan.

• Dipukul dengan menggunakan tangan dan berfungsi sebagai memainkan rentak sesebuah lagu.

• Teknik permainannya, untuk mendapatkan bunyi “tak”, pemain perlu memukul di hujung belulang. Untuk mendapatkan bunyi “dung”, pemain perlu memukul di tengah belulang.

Gendang

DUNG ( d ) TAK

( t )

CONTOH LAGU GAMELANLAGU TRADISIONAL• TIMANG BURUNG• TOGOK• ANTAWADA

LAGU KONTEMPORARI / GUBAHAN• MAS MERAH• LEMBAYUNG • ANAK KAMPUNG

CONTOH LAGU TRADISIONAL

SOALAN 1

Nama alat muzik di atas ialah ___________.

GambangA

Kenong

Saron Peking

Saron BaronB

C

D

Betul!!!!!

KE SOALAN 2

Salah…

KE SOALAN 2

Salah…

KE SOALAN 2

Salah…

KE SOALAN 2

SOALAN 2

Bonang Saron Demong

Rebab

B

C

D

Manakah alat muzik yang tidak digunakan dalam gamelan?

GongA

Betul!!!!!

KE SOALAN 3

Salah…

KE SOALAN 3

Salah…

KE SOALAN 3

Salah…

KE SOALAN 3

SOALAN 3

Maksud perkataan “gamel” ialah pemukul. Dari manakah perkataan

“gamel” berasal?

Bahasa Minangkabau

Bahasa Iban Bahasa Jawa

Bahasa TamilA

B

C

D

Betul!!!!!

KE SOALAN 4

Salah…

KE SOALAN 4

Salah…

KE SOALAN 4

Salah…

KE SOALAN 4

SOALAN 4

Set Gamelan asal yang di pinjamkan ke Istana Terengganukini berada di _______?

Pekan, Pahang

Terengganu Jawa

Riau LinggaA

B D

C

Betul!!!!!

SETERUSNYA

Salah…

SETERUSNYA

Salah…

SETERUSNYA

Salah…

SETERUSNYA

SEKIAN,TERIMA KASIH.

top related