eprints.utem.edu.myeprints.utem.edu.my/4963/1/rekabentuk_pencengkam_untuk_mekanisma... · fungsi...

Post on 27-Dec-2019

31 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Vl

ABSTRAK

Projek ini adalah bertujuan untuk merekabentuk pencengkam yang dapat

beroperasi dengan lancar dan sempurna sebagai komponen utama dalam sebuah sistem

alat pengangkat. Ia terdiri daripada integrasi antara robot industri dan pengawal logik

aturcara (PLC). Kombinasi ini akan menghasilkan satu sistem automasi yang lengkap

dan sempurna. Fungsi utama sistem ini adalah untuk proses ambil dan letak dimana

pencengkam yang sempurna diperlukan bagi melaksanakannya. Projek ini terdiri

daripada dua bahagian utama iaitu pembangunan perkakasan dan pembangunan perisian.

Pembangunan perkakasan terdiri daripada litar pengantara kawalan iaitu litar kawalan

motor pencengkam, motor pengangkat dan motor kren. Pembangunan perisian pula

adalah merekabentuk sebuah gambarajah tangga menggunakan perisian ex­Programmer (OMRON) untuk digunakan dalam pengawal logik aturcara (PLC).

Seterusnya, analisis dan perbincangan terhadap keseluruhan projek akan dilaksanakan.

top related