jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

Upload: nurul-hidayah

Post on 09-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    1/25

    Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali

    kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia

    akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

    Begitulah juga .........

    Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah

    kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu

    dan mungkin TIDAK dapatMELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

    Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

    cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

    Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki

    seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu

    istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....

    akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

    Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan

    nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu

    ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

    Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada

    dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU . ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

    Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang

    akan MENYESAL.....

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    2/25

    ~renungan bersama~

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    3/25

    Aku dah kawin skarang

    Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin,

    aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku

    nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat

    sebab dia jarang borak2 ngan laki..

    Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak

    layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

    Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

    Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni

    jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia

    tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua

    cakap nak jugak! Bapak dia sound la, ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik..

    pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

    Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku

    dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak

    nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

    Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang

    terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je.

    Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

    Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam

    la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

    Ara taklah bisu sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak

    borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh

    boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    4/25

    Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku

    yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku

    merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

    Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak x leh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time

    ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

    Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg,

    kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

    Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

    Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x

    tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

    Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

    Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani

    propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak

    benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai

    nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang

    lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

    Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu

    awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami

    bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

    Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2

    agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak

    yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

    Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara

    memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah.

    Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan

    sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku.

    So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    5/25

    Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan

    Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku

    mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

    Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak

    kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

    Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air

    semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

    So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku

    cakap. So sad!..

    Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk

    dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

    Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap!

    Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x

    bagitau aku??

    Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So

    jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

    Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya

    kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

    Aku buntu..

    Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik

    tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x

    penah luahkan derita kat aku..

    Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor

    pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    6/25

    Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

    Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia..

    Maafkan abang Ara..

    Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu.

    Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya

    sepucuk surat!

    1 Julai 2007,

    Buat suami yang baru kupunya,

    Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

    Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

    Ku juga benar-benar cinta padamu,

    Dan kumenangis bila dirimu melamarku

    Buat suamiku yang baru kupunya,

    Luaranku mungkin nampak sempurna,

    Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

    Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

    Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

    Buat suamiku yang baru kupunya,

    Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

    Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

    Andai abang mahu Ara berjenaka,

    Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

    Kerana Ara tak mampu berbica,

    Seperti orang lain berbicara,

    Kerana Ara tak mampu ketawa,

    Seperti orang lain ketawa

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    7/25

    Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

    Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

    Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

    Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

    Yang benar,

    Isteri yang menyanjungmu.

    *Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

    Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru

    sekarang?

    4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang

    pernah aku beri kat Ara?

    Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati . Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang

    jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

    Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak

    bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya

    berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

    Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya

    Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas,

    sangatlah azab pada aku melihatnya.

    Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi

    jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..

    Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk

    ibunya..

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    8/25

    Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan

    Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

    Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

    (T.T)

    p/s: (tarik nafas pnjang2 dluu.. bru bc kenyataan d bwh :))

    ok,, emm.. dh bnyk dh tnya, dh bnyk kali sye jwb sb lom ni.. ingin sy maklumkan skali lg, ini bukan citer betol.. (trus x sedih..) sekadar

    imaginary story. trima kasih kerana ' like' dan 'share'.. x berniat brbohong. sy sndiri pon budak lg, blom kawin haha. sy main tulis je ni..

    huhu.. (30 oktober 2010, 12.33am)

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    9/25

    30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....

    1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam

    hatinya.

    2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula

    sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

    3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan

    itu putus di tengah jalan).

    4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar

    dengan lelaki lain.

    5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

    6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

    7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu

    semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

    8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin

    menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

    9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

    10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

    11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

    12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan

    bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai

    sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

    13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

    14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    10/25

    15. Jika sorang wanita memberi seribu satu a lasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

    16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

    17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

    18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

    19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-

    buku cinta.

    20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian

    barulah dirinya sendiri.

    21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di

    hatinya!!

    22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

    23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

    24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

    25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

    26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

    27. Senjata wanita adalah airmata!!

    28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan

    romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

    29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-

    pandailah...

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    11/25

    30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

    Cinta itu buta?Cinta itu sesuatu yang suci. Datangnya Islam demi memelihara kesuciannya...

    Cinta itu ibarat pelangi,

    Yang memberi warna kepada kehidupan ini.

    Cinta itu ibarat pelangi,

    Menenangkan mata, pendamai jiwa.

    Cinta itu ibarat pelangi,

    Siapa melihat pasti terinspirasi.

    Ya,

    Cinta itu ibarat pelangi,

    Hanyasanya cinta itu, cinta yang hakiki.

    Mohd Syafiq, atau mudah dikenal dengan panggilan glamornya "Fiq" merenung lama kepada Firdaus. Mohammad Firdaus, yang lebih mesra dipanggil "Daus" sudah kelihatan amat berbeza berbanding dirinya yang dia

    kenali dahulu. Semenjak dua menjak ini, Firdaus sering mengasingkan diri, sudah kurang berborak dan bergurau

    dengannya. Dia hanya selalu berinteraksi dengan alatan-alatan elektroniknya, yakni telefon bimbit dan juga

    komputer riba.

    Firdaus dilihatnya seperti sudah berada dalam dunianya yang sendiri.

    Selaku sahabat yang cukup rapat kepadanya, Syafiq amat risau melihat keadaan Firdaus. Bukan dia tidak pernah

    mencuba untuk berbincang dengan sahabatnya yang satu itu. Hanya selama ini, dia masih tidak menemukan masa

    dan peluang yang benar-benar tepat dan sesuai. Dia tidak mahu tergesa-gesa. Kini, masa dan peluang itu seakantiba. Suatu petang yang agak tenang dan bebas dari kesibukan bekerja. Rakan-rakannya yang lain juga tidak

    datang bertandang di biliknya.

    Syafiq pun bergerak memulakan bicara,

    "Daus, aku tengok engkau sekarang dah lain la." Kata-kata Syafiq memecah kesunyian suasana.

    Firdaus memalingkan wajahnya ke belakang melihat sahabatnya Syafiq. Riak mukanya memancarkan kehairanan,

    seperti tidak memahami apa yang dimaksudkan Syafiq.

    "Hah. Aku dah lain? Mana ada Fiq... Aku sama je la. Engkau je silap perasan kot. Kalau aku dah

    semakin handsome mungkin la." Daus membalas kata-kata Syafiq dengan nada gurau.

    "Ish engkau ni. Aku serius la. Aku tengok kau mandi dah tak basah, makan dah tak kenyang, tidur dah tak lena.

    Kau ada apa-apa masalah ke Daus?"

    Terkoyak senyuman Firdaus. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya. Syafiq, dalam nada dan riak muka yang serius,

    sempat lagi membuat lawak. Memang perwatakannya seperti itu. Selamba.

    "Ceh, kau ni. Kata serius. Hmm..." Firdaus memikirkan kembali masalah yang diketengahkan sahabatnya itu. Jauh

    di sudut hatinya, dia terpaksa mengiyakan kata-kata sahabatnya itu. Kini, kehidupan dia terasa lain. Ada beza.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    12/25

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    13/25

    "Wa'alaikumsalam." Azlina tersenyum membalas salam. Manis.

    Pertemuan mereka berdua-duaan ini merupakan buat pertama kalinya, yang mereka adakan di sebuah restoran,

    berdekatan dengan IPT mereka. Mereka yang pada mulanya segan silu dengan bebola-bebola mata yang

    memerhati dari sekeliling mereka, lama-kelamaan sudah menjadi lali dengan suasana itu. Mereka merasakan

    mereka sudah berada dalam dunia mereka sendiri. Mereka hanyut!

    Firdaus yang pada mulanya duduk bertentangan dengan Azlina menukar tempat duduknya, mengambil tempat

    duduk bersebelahan dengan Azlina, kerana merasakan kedudukan mereka kurang rapat. Kini, kedudukan mereka

    amat rapat.

    Lama-kelamaan, tangan Firdaus mula diangkat, lalu...

    Syafiq menggeleng-geleng mendengar apa yang diceritakan sahabatnya, Firdaus.

    Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Benarkah rakannya yang sudah dia kenal lama itu sudah

    berubah sehingga begitu sekali, hanya kerana seorang wanita? Ataukah ini hanya satu mimpi?

    Namun, pengakuan itu tulus dari sahabatnya itu sendiri. Ini bukan mimpi. Ini realiti. Dia tidak dapat tidak,

    mempercayainya. Syafiq jadi teringat akan satu pesan Nabi Muhammad s.a.w., bahawa wanita itu merupakan

    fitnah terbesar buat lelaki muslim akhir zaman. Kini, dia sendiri terpaksa berdepan dengannya. Fitnah tersebut

    telah tertimpa ke atas sahabat karibnya sendiri. Maka sekarang, apakah tindakan yang harus dia lakukan? Otaknya

    berfikir ligat.

    Firdaus pula yang amat mempercayai Syafiq, sanggup meluahkan segala yang berlaku pada dua hari lepas.

    Walaupun pada mulanya dia segan, namun, sebersit rasa tidak senang di dalam hatinya akan tindakannya dahulu

    menyebabkan dia terus menceritakannya. Semuanya didedahkan secara terperinci, tiada apa lagi yang

    terselindung.

    "Betul apa kau kata itu Daus..." Syafiq cuba menyusun kata.

    "Cinta itu buta dan dapat membutakan. Namun..." Firdaus merenung tepat muka Syafiq.

    "Ianya tidak bagi orang-orang yang beriman. Cinta mereka tidak buta. Cinta mereka tidak membutakan. Mereka

    punya iman. Maka, iman di dada merekalah yang akan mengawal setiap tingkah laku mereka, mengatur gerak geri

    mereka. Penglihatan nurani mereka jelas."

    "Walaupun dalam bercinta?" Firdaus memotong.

    "Ya, walaupun dalam bercinta." Syafiq membalas dengan nada sedikit tegas.

    "Daus, cinta itu boleh menjadi buta......" Firdaus mengangkat wajahnya, berminat.

    "Apabila cinta itu berlandaskan nafsu semata." Syafiq menyambung kata-katanya. Nada suaranya diturunkan

    kembali. Lembut.

    Firdaus merasa terpukul. Tutur kata Syafiq membuatkan suara-suara iman di hatinya kembali kedengaran. Kembali

    hidup. Imannya menjerit-jerit keseksaan. Akan tetapi, gelojak nafsunya pantas menepis-nepis suara-suara

    keimanannya itu tadi.

    " Tapi.." Firdaus cuba bersuara mempertahankan dirinya. Namun belum sempat dia meneruskan bicara, Syafiq

    telah memotongnya terlebih dahulu.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    14/25

    "Daus, sudahkah kau lupa akan firmanNya?" Syafiq berkata sedikit meninggikan suaranya. Kata-katanya ditutur

    satu persatu, cuba menghalusinya, kerana dia tidak mahu Firdaus merasa tersinggung. Jauh skali niatnya untuk

    memperkecil-kecilkan sahabatnya itu.

    Wajah Firdaus tidak menunjukkan apa-apa riak. Matanya kosong.

    Kemudian, Syafiq membacakan maksud satu ayat Al-Qur'an yang masih segar tersemat dalam ingatannya. SurahAl-Jasiyah ayat ke-23,

    "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah

    membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta

    meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah

    membiarkannya sesat? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"

    Firdaus tertunduk di lantai. Tersentak dengan ayat Al-Qur'an yang baru didengarinya tadi. Peringatan dari ayatNya

    memberi tamparan hebat buat dirinya yang sudah mulai leka.

    Tanpa dia sedari, air matanya mula mengalir, membasahi pipi. Semakin lama, semakin deras.

    Dia kembali sedar. Selama ini, dia telah melebihkan cinta dan nafsunya berbanding Allah. Walaupun dia dan Azlina

    tidak pernah sesekali pun mengisytiharkan bahawa mereka sedang ber'couple', namun, perbuatan-perbuatan

    mereka tempoh hari jelas-jelas membuktikannya. Memang ia tidak dapat dinafikan lagi. Allah bukan mendapat

    tempat yang pertama di hatinya. Dia mula merasakan kesal atas dosa-dosa yang telah dia lakukan.

    "Daus..." Syafiq datang mendekati Firdaus. Dia memegang erat tubuh rakannya itu. Dia turut merasa kepedihan

    yang dialami sahabatnya itu. Tanpa disedari, butiran-butiran air turut berguguran di atas pipinya. Sungguh, orang-

    orang beriman itu seperti satu tubuh, yang mana jika satu organ sakit, anggota-anggota lain turut merasainya.

    "Cinta yang suci itu adalah... apabila kita cinta seseorang itu, dan kita mahu bersama-sama dengannya menembus

    ke syurga. Sama-sama dalam keredhaanNya." Syafiq masih berusaha memberi kefahaman dan kekuatan kepada

    sahabatnya itu.

    Dalam hati, Firdaus mengiyakan kata-kata sahabatnya itu. Ya, jika benar cintanya tulus, sudah pasti dia tidak akan

    sanggup membiarkannya kekasih yang dia cinta itu tercampak ke dalam api neraka. Bahagia di dunia, namun di

    akhirat terseksa selama-selamanya. Adakah itu yang dia mahukan? Sudah tentu tidak. Dan pasti, cintanya itu

    bukan cinta yang tulus.

    "Makanya Daus, sudah tentu, apabila kita benar-benar cinta akan seseorang itu, kita tidak mahu si dia melakukan

    perkara-perkara yang Dia larang, tidak mahu si dia mengerjakan perbuatan-perbuatan yang Dia murka."

    "Apatah lagi kalau kitalah sendiri yang menjadi penyebab kepada dosa-dosa yang dia lakukan itu. Kan?" Syafiq

    cuba mengambil kepastian dari Firdaus.

    Firdaus hanya mengangguk-angguk perlahan. Beliau masih bisu tanpa bicara.

    Seketika, keadaan bilik itu menjadi sunyi. Hanya sedu-sedan mengisi ruang.

    Firdaus terasa amat bersalah. Dosa-dosa yang telah dia lakukan bersama Azlina dirasakan terlalu berat untuk

    dipikulnya. Malah, dia merasa tertampar kerana menganggap dirinyalah juga penyebab Azlina turut sama

    melakukan perkara-perkara yang dimurkaiNya. Dia tertanya-tanya, apakah dirinya ini masih layak berhadapan

    denganNya, meminta ampun segala dosa. Dia merasa begitu hina. 'Ya Allah, dosaku menggunung, apakah aku

    masih layak memohon belas dan simpati dariMu?'

    "Namun Daus, yakinilah, pintu-pintu taubat itu sentiasa terbuka." Syafiq cuba memujuk. Seakan-akan dia dapat

    membaca apa yang sedang bermain di fikiran sahabatnya.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    15/25

    "Allah itu Maha Pengampun, dan tidak pernah jemu mendengar rintihan-rintihan hamba-hambaNya. Kasih

    sayangNya itu sentiasa mendahului kemurkaanNya. Dia pasti akan mengampuni hamba-hambaNya yang insaf

    serta menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan, lalu bergerak memperbaiki diri ke arah yang lebih Dia redhai."

    "Walaupun dosa itu tinggi menggunung sekalipun, Allah itu Maha Pengampun terhadap hambaNya." Syafiq cuba

    meyakinkan, sambil mengusap-ngusap lembut belakang tubuh sahabatnya.

    "Surah Ali Imran, ayat ke-89."

    "Kecuali orang-orang yang bertaubat setelah itu, dan melakukan perbaikan, maka sungguh, Allah Maha

    Pengampun, Maha Penyayang."

    Syafiq tidak kekok untuk terus memberi curahan hati.

    Mendengarkan ayat Al-Qur'an yang dibacakan Syafiq, Firdaus tiba-tiba terasa seolah ada embun dingin menyelinap

    di lubuk hatinya. Hatinya terasa tenang dan semakin lapang. Benarlah firman-Nya. Yang mana orang-orang yang

    beriman itu, apabila diperingatkan dengan ayat-ayatNya, akan menambahkan lagi iman dalam dada mereka.

    Tatkala diperingati akan sifat-sifatNya, mampu memberi ketenangan kepada jiwa mereka.

    Suasana bilik itu kembali kaku seketika. Hanya keheningan menggamit suasana.

    "Tapi... aku... aku rasa tidak kuat la Fiq." Firdaus kembali bersuara, memecah kesunyian. Suaranya serak dan

    tersekat-sekat menahan isak tangisan. Sungguh berat dirasakan ujian yang menimpa. Dia mahu berubah. Namun,

    adakah dia mampu menghadapi segala-segalanya?

    "Daus, Allah itu ada dengan kita."

    "Allah itu tidak jauh. Bahkan sungguh dekat. Bukankah dia sudah berjanji akan bersama-sama dengan mereka

    yang sabar...."

    "Dan Allah tidak akan pernah memungkiri janjiNya." Syafiq cuba memberi sinar-sinar harapan kepada sahabatnya.

    "Dan aku, aku juga akan sentiasa bersama engkau Daus, walauapapun yang berlaku. " Lembut tuturnya.

    "Walauapapun berlaku." Syafiq mengulangi lagi kata-katanya tadi. Ikhlas, dia menutup bicara.

    Rangkulan antara kedua sahabat itu semakin erat. Bersama-sama, mereka larut dalam tangisan. Suasana yang

    pasti menggamitkan hati, bagi sesiapa yang melihat.

    Kini, Firdaus merasa semakin kuat untuk menempuh ujian-ujian yang bakal mendatang. Bait-bait kata Syafiq yang

    tulus, cukup membuatkan dirinya kembali tersedar. Keterikatan ukhwah dan keprihatinan Syafiq akannya, amat-

    amat bertepatan dengan waktu dan kondisi dirinya. Langkahnya yang dirasakan longlai terasa disokong,

    menjadikan bebannya yang terpikul di bahunya terasa semakin ringan. Cahaya harapan untuk kembali kepadaNya

    yang kelihatan kelam seakan-akan dinyalakan kembali. Dengan Syafiq menjadi sokongan, Firdaus tidak merasa

    keseorangan dalam menanggung beban.

    Kesedaran Firdaus kini jelas. Dia sedar bahawa dirinya telah tertipu dek fatamorgana dunia yang bernama cinta.

    Benar jangkaan awalnya, cinta itu buta. Namun dia tersilap. Tidak semua cinta itu buta. Cinta yang buta itu

    hanyalah cinta yang berlandaskan nafsu semata. Cinta yang tidak tulus. Cinta yang menipu. Cinta yang

    hanya membawa mereka sama-sama menuju kehancuran, yakni menuju neraka.

    Sesungguhnya, bagi orang-orang beriman itu, cinta mereka tidak buta. Dengan cinta, mereka tetap mampu

    mengawal dirinya, mengawal rasionalnya. Dengan cinta, mereka tidak mengheret diri mereka bersama-sama

    kekasihnya ke dalam lubang kehinaan.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    16/25

    Puncanya? Iman. Ya, iman kuncinya.

    Keyakinan tinggi mereka akan Allah dan azabNya. Itulah kekuatan mereka. Iman itulah yang menjadi pengemudi

    kepada cinta, bukan cinta yang mengawal keimanan mereka. Malah dengan cinta, penglihatan nurani mereka lebih

    jernih dalam menilai jalur-jalur kehidupan. Cinta kurniaan Tuhan itu jugalah mampu membantu mereka semakin

    dekat kepada Allah, semakin memperkuat iman dalam dada mereka.

    Seperti sebuah kenderaan yang digunakan untuk mencapai satu destinasi tujuan. Kenderaan itu hanyalah

    berfungsi sebagai alat untuk mempermudahkan manusia mencapai tempat yang dituju. Sedangkan tanpa alat

    itupun, matlamat masih dapat dicapai melalui pelbagai cara atau kaedah yang lain. Maka, alat tetap alat, bukannya

    matlamat. Cinta itu jua hakikatnya alat. Alat untuk mencapai matlamat. Dan sesungguhnya, matlamat seseorang

    muslim itu seharusnya tidak lain untuk berjaya meraih redhaNya. Itu sahaja.

    Maka, sejak detik itu, Firdaus berazam kuat untuk memperbaiki dirinya. Dia insaf. Akan dia pastikan, cinta yang

    akan dia bina nanti, benar-benar cinta yang tulus. Cinta yang suci dari najis-najis dosa. Cinta yang dibina atas

    dasar untuk mencari keredhaan Allah, bukan mencari Allah untuk mendapatkan cintanya.

    Azamnya jelas. Dia mahu bersama-sama dengan kekasih halalnya nanti, bercinta, biar menembus hingga ke

    syurga.

    Firdaus tekad.

    1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.

    2. Mereka yang bolih melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

    3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.

    4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.

    5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

    6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

    7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.

    8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.

    9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.

    10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

    11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

    12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

    13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

    14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

    15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.

    0

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    17/25

    Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

    "Mengapa engkau menangis?"

    "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

    "Aku tidak mengerti", kata anak itu.

    Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

    "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

    "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

    "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

    Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka

    menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

    01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku

    membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan

    kenyamanan "

    02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang

    seringkali datang dari anak-anaknya "

    03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan

    mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

    04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika

    anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

    05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi

    dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

    06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah

    menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya

    tanpa ragu "

    07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan

    walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

    Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan,

    atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu

    hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

    Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk

    keseberang.

    Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

    Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah

    digunakan untuk membina kecemerlangan.

    Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

    Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana

    kita orang yang beriman.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    18/25

    Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsalelakiyang tidak beriman kemudian nanti.

    Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

    Tips:Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripadasemua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

    Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

    Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

    Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

    Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli

    durian di tepi jalan.

    Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh

    dihadapan.

    Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat

    yang dituju.

    Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

    Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

    Tips:Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkanorang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

    Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

    Demikian juga perkahwinan.

    Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya

    semakin tidak terurus.

    Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

    Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul

    juga turut bertambah?

    Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

    Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membinajanji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

    Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu

    ayah, belajarlah dulu.

    Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

    Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah

    melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    19/25

    Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan

    pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai

    matlamat.

    Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan

    dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

    Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-

    rahsianya.

    Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

    Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-

    lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

    Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya,

    kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

    Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

    Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

    Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

    Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

    Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh

    adalah sesat.

    Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

    Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat

    di hati.

    Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

    Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul

    kepala.

    Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang

    lelaki?

    Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak

    yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

    Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk,

    tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan

    dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira

    dengan kehidupannya yang solo.

    Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    20/25

    Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu

    terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

    Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita

    mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

    Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kitajuga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

    Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta

    membuak-buak.

    Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita,

    menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok

    agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi

    dirahmatiNya.

    Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

    Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula

    sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

    Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan

    molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

    Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus

    langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

    Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana

    tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

    Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

    Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja.

    Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

    Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh

    berkekalan ke hari tua.

    Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika

    anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah

    kalah saja.

    Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam

    jiwa.

    Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

    Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

    Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi

    isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

    Semoga mereka tak tersalah pilih.

    Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    21/25

    Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga

    sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

    Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai,

    sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

    Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusukkiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh

    menyembah kaki.

    Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi,

    bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan

    dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat

    pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

    Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

    Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang

    lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

    Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan

    bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

    Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

    Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata

    okay saja.

    Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

    "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada

    seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

    Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga

    sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

    Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

    ''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

    ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak

    tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

    Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

    Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

    Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

    Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu

    pikat seleranya sering diguna pakai.

    Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam

    rumahtangganya.

    Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    22/25

    Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu

    menjadi imam.

    Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

    Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

    Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan

    bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

    Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

    Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

    "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

    Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai

    agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

    Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

    Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna,

    salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

    Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

    Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

    Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu

    bersuami.

    Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau

    menjadi mangsa 'queen control'.

    Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

    Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM

    Salim.

    Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada

    yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat.

    Kenapa?

    Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta

    pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.

    Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak

    diambil kisah.

    Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan

    kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

    Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya

    membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

    Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    23/25

    Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

    01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa

    menanggung hutang suami.

    02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk

    telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

    Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

    03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak

    anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

    04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-

    mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

    05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri

    sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam

    maharaja.

    06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja ,

    buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

    Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami

    lepas tangan.

    07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri

    yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

    08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi

    bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

    Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat

    dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

    09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi.

    Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

    10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-

    jadi pulak ye..

    11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa

    nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

    12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya..

    ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

    13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah

    kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela

    nak tolong.

    14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah gunacungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu

    barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar

    ke?

    15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi

    jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

    16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak

    keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    24/25

    17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat,

    tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

    18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking

    aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah

    rumah awak?

    19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat

    tentang dirinya.

    20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa

    veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling

    menghargai.

    Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

    21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau

    seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

    Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan

    suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan

    saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

    22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang

    isteri tak suka.

    Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

    23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau

    perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai

    dihiris-hiris.

    Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

    Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orangperempuan ni enteng sahaja.

    Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu

    berhati-hatilah dengan Tuhan"

    Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan

    bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.

    Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin

    kepada isterinya.

    Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting

    harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

    Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri

    menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

    Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan

    harta dalam rumah tangga.

    Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan

    tercapai.

  • 8/7/2019 Jodoh jgn mencari yg terlalu sempurna

    25/25

    Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-

    anak dan ahli keluarga yang lain.

    Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai

    sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.