format teks ucapan

Post on 03-Jul-2015

4.893 Views

Category:

Documents

27 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

ucapan merupakan Karangan yang ditulis untuk disampaikan dalam sesuatu majlis yang biasanya berbentuk formalTidak memerlukan pendengar berfikir secara mendalamUnsur-unsur humor, peribahasa, kata-kata hikmat, simpulan bahasa, atau kias ibarat boleh diselitkan untuk menarik minat pendengar.

TRANSCRIPT

FORMAT TEKS UCAPANAhli kumpulan :

NOR HALIZA BINTI MD THAIBNURUL AINA BINTI MOHD AZMITEH NUR IDAYU BINTI ABD GHAFAR

PENGENALAN

• Karangan yang ditulis untuk disampaikan dalam sesuatu majlis yang biasanya berbentuk formal

• Tidak memerlukan pendengar berfikir secara mendalam

• Unsur-unsur humor, peribahasa, kata-kata hikmat, simpulan bahasa, atau kias ibarat boleh diselitkan untuk menarik minat pendengar.

PERKARA – PERKARA MELIBATKAN UCAPAN

• Majlis atau situasi yang membolehkan ucapan itu berlangsung. – Contoh : majlis hari guru

• Terdapat kumpulan hadirin sebagai pendengar– Contoh : majlis meraikan guru besar baharu

• Ada orang yang memberikan ucapan– Contoh : majlis perpisahan

• Terdapat teks atau kata-kata yang dituturkan dalam bentuk ucapan yang teratur dan difahami oleh hadirin

• Ucapan itu terdiri daripada simbol dan tanda-tanda

• Penerimaan pendengar untuk bersedia menerima mesej dan mendengar apa-apa yang disampaikan oleh pengucap

Jenis –Jenis Ucapan

Ucapan Rasmi

Alu-aluan

Perasmian

Perpisahan

Ucapan Tidak Rasmi

Takziah

Tahniah

JENIS UCAPAN

• Ucapan Rasmi– Penyampaian ucapan dalam majlis formal.– Orang yang menyampaikan boleh juga terdiri

daripada orang kenamaan.– Berbentuk komunikasi sehala– Teks ucapan yang dirancang akan digunakan

sepenuhnya.

• Ucapan Tidak Rasmi– Disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada

sebarang prosedur– Menggunakan bahasa yang lebih ringkas, mudah

dan terus kepada maksud– Merupakan komunikasi dua hala

Ciri-Ciri Ucapan

Bahasa yang mudah

difahami

Cara persemba

han

Keyakinan diriGaya

penyampaian

Isi yang bermakna

Struktur ucapan

Suara yang jelas

Ciri –Ciri Ucapan• Bahasa yang mudah difahami– Bahasa yang tidak berbunga-bunga, bahasa

kiasan dan mengandungi makna-makna yang tersirat

• Isi yang bermakna– Sesuai dengan tajuk ucapan yang hendak

disampaikan dan disesuaikan dengan tahap keupayaan dan penerimaan pendengar

• Sruktur Ucapan– Didahului dengan kata-kata aluan bagi

menghargai hadirin yang hadir– Diikuti dengan isi kandungan ucapan dengan

mendahulukan isi yang penting daripada isi yang kurang penting

– Diakhiri dengan kata-kata penutup dan ucapan terima kasih

• Suara yang jelas– Pengucap harus mengelakkan suara yang

mendatar sepanjang ucapannya.

• Cara persembahan– Dapat memperlihatkan keyakinan dan

kesungguhan pengucap itu sendiri

• Keyakinan diri– Perlu disampaikan dengan yakin tanpa teragak-

agak atau gugup– Pengucap perlu bertenang semasa memulakan

ucapan dan mengekalkan kestabilan emosi sepanjang sesi ucapannya itu.

• Gaya penyampaian– Meliputi pergerakan anggota badan – Hendaklah berkesinambungan dengan isi ucapan

FORMAT UCAPAN

Perenggan pendahuluan

Perenggan – perenggan isi

Kata-kata penghadapan

Perenggan penutup

PERENGGAN PENDAHULUAN

• Dimulakan dengan pembuka kata yang

menyatakan rasa syukur kepada Allah

• Diikuti kata hormat dan kata-kata aluan kepada

sidang hadirin mengikut tatatingkat kedudukan

masing-masing.

• Rasa penghargaan dan terima kasih.

CONTOHTerima kasih kepada saudara Pengerusi Majlis.

Yang Berbahagia Dato’ Misrah bin Hj. Ibrahim, Pengarah

Bahagian Pendidikan Guru, Yang Berusaha En. Mahmud

bin Ismail,Guru Besar SK Mutiara, Ketua-ketua Jabatan

dan pensyarah-pensyarah dari Institut Pendidikan Guru,

dan guru- guru yang dihormati sekalian

BIL PANGGILAN HORMAT

1. Tuan yang terutama Digunakan untuk jawatan Tun, Datuk, Tuan, Yang Dipertua Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi

2. Yang Amat Berhormat Digunakan untuk jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar

3. Yang Berhormat ( YB ) Digunakan untuk jawatan Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Pegawai Undang-undang Negeri, YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Pegawai Kewangan Negeri

4. Yang Berbahagia ( Y.Bhg.) Digunakan untuk jawatan Y.Bhg, Tan Sri Datuk Prof. Dr. Haji ( nama ), Y.Bhg. Tan Sri Raja ( nama ), Y. Bhg. Tan Sri Tengku ( nama ), Y.Bhg. Tun.Dr. (nama ), Y.Bhg. Tan Sri Datuk Patinggi ( nama ), Y.Bhg. Tan Sri ( nama ), Y.Bhg. Dato Seri ( nama ), Y.Bhg. Datin Seri ( nama ), Y.Bhg.Datin Paduka Hajah ( nama ) dan Y.Bhg. Datin ( nama ).

5. Yang Teramat Mulia Digunakan untuk jawatan YTM Tengku ( nama ) dan YTM Undang Rembau Negeri Sembilan

6. Yang Amat Arif Digunakan untuk jawatan Tuan Hakim Negara

7. Yang Arif Digunakan untuk jawatan Tuan Hakim Besar

8. Yang Berusaha / Yang Mulia / Yang Berbahagia

Digunakan untuk jawatan Pengerusi Majlis, Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian

9. Yang Mulia Digunakan untuk jawatan Tengku Raja, Tunku, Engku, Ungku, Datu

10. Yang Amat Berbahagia

Digunakan untuk jawatan Tun dan Toh Puan

PANGGILAN HORMAT

PIHAK TERLIBAT KATA PANGGILAN HORMAT

Pengerusi / Pengacara Majlis Yang Dihormati / Yang Mulia

Tuan Pengarah / Ketua Jabatan Yang Berusaha

Golongan Kehormat Yang Berbahagia

Guru-guru / Ibubapa Yang Dihormati

Rakan-rakan Yang Dikasihi

PERENGGAN ISI

• Ditulis seperti karangan biasa, iaitu satu

perenggan memuatkan satu isi penting

beserta dengan contoh dan huraian

• Isi kandungan ucapan bergantung pada majlis.

CONTOH

Pembangunan Pendidikan merupakan satu agenda

pentingbagi kerajaan Malaysia. Bagi memenuhi

aspirasi tersebut, pada tahun 2004, Kementerian telah

melancarkan satu projek yang diberi nama Projek

Model Pensiangan Salinatan. Projek ini bertujuan

untuk mengurangkan jurang perbezaan pendidikan

antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar.

KATA- KATA PENGHADAPAN

• Kata –kata penghadapan seperti Saudara-

saudari yang saya hormati sekalian, Sidang

warga dewan yang saya muliakan, Tuan-tuan

dan puan – puan sekalian, dan sebagainya

diselang-selikan di antara beberapa isi penting

untuk memikat para audiens supaya terus

berminat mendengar ucapan tersebut.

CONTOHTuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Maka pada hari ini, projek ini akan tamat secara rasminya. Walau bagaimanapun, jalinan yang telah wujud sejak sekian lama diharap akan terus berkekalan.

PERENGGAN PENUTUP

• Dimulakan dengan kata-kata yang

menandakan bahawa ucapan anda akan

ditamatkan.

• Merumuskan tujuan ucapan.

• “Akhir sekali saya”, “saya mengakhiri ucapan

saya”, “akhir kata izinkan saya”.

CONTOHAkhir kata, izinkan saya merakamkan penghargaan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Pahang kerana membenarkan projek ini dilaksanakan di negeri ini. saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Sekian.Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

SEKIANTERIMA KASIH

top related