folio makanan seimbang farzana
Post on 10-Jul-2015
4.584 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGOH
FOLIO MAKANAN SEIMBANGNAMA KUMPULAN AHLI KUMPULAN : : PERKASA AMIRUL FARZANA SYAMIN AUNI HADIRAH HILMAN SHAUQI DARWISYA JULIA 3 KUALITI ENCIK ZAID
KELAS GURU PJK
: :
Pengenalan Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil dalam kuantiti yang besar daripada kumpulan makanan di bahagian bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya. Pemakanan berpandukan piramid makan
Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia: o Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan o Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental o Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan o Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia
PIRAMID MAKANAN
Jangan lupa bersenam ya.
Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian
Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini. Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda. Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein. Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari
Nasi
Roti
Makanlah saya untuk tenaga
Aras 2: Buah dan sayur
Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini. Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda. Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari
Buah-buahan
Makan sayur dan buah-buahan banyak- banyak tau
Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu
Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi - ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.
Ikan
Susu Ayam
Makan ayam dan ikan secara sederhana
Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula
Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini
Kuih- muih
Minuman manis
Kek
Coklat
BIODATA AHLI KUMPULAN PERKASA
1.
NAMA IMPIAN CITA-CITA
: AMIRUL : MENJADI ULAMAK : ANGKASAWAN , ASKAR
2. NAMA IMPIAN CITA-CITA
: FARZANA BT MOHD AWI : MENUNAIKAN HAJI : DOKTOR, GURU
3. NAMA IMPIAN CITA-CITA
: HILMAN SHAUQI : MATI SYAHID : DOKTOR, JURUTERA
4. NAMA IMPIAN CITA-CITA
: SYAMIM : MENJADI PEGAWAI : POLIS , ASKAR
5. NAMA IMPIAN CITA-CITA
: AUNI HADHIRA : BELAJAR DI LUAR NEGARA : DOKTOR, GURU
6. NAMA IMPIAN CITA-CITA
: DARWISYA JULIA : BELAJAR DI UNIVERSITI : GURU
10 WASIAT IMAM SYAFIE
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
top related