faktor-faktor perkembangan fizikal

Post on 17-Jan-2016

269 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

hdunsujdm

TRANSCRIPT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

BAGI SETIAP PERINGKAT

Nama Ahli kumpulan

K.PEACHAKUMARIR.VIMEELA DEVI

P.UMAMAGESWARY

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Perkembangan fizikal kanak-kanak bermula sejak lahir hingga ke peringkat umur enam tahun yang merupakan satu tahap yang amat penting kerana tumbesaran pada peringkat ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak pada masa akan datang.

Perkembangan fizikal ini dapat dilihat dari perubahan berat, tinggi,perubahan saiz badan,kepala,rangka tulang dan gigi.

Makanan yang bernutrisi tinggi dan seimbang perlu diberikan kepada kanak-kanak ini agar perkembangan fizikal mereka berlaku dengan sihat seiring dengan peningkatan umur mereka.

Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak.

Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses biologi, kognitif dan sosio-emosi (Santrock, 2008).

Peringkat bayi (0-2 tahun)Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Sifat-sifat asas manusia seperti bahasa, kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.

Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)Kanak-kanak dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial.

Peringkat kanak-kanak (7-12 tahun)Kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan.

Peringkat awal remaja (12-15 tahun)Sensetif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.

Peringkat remajaPerhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari.

Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fizikal

Dalam keadaan normal, kanak-kanak menjalani proses perkembangan fizikal yang berterusan, tetapi kadar perkembangan agak berbeza di antara kanak-kanak. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar perkembangan kanak-kanak, iaitu:

a) Baka Kanak-kanak mewarisi sifat fizikal dan struktur badan kedua-dua ibu bapanya. Sifat-sifat fizikal yang diwarisi adalah seperti warna rambut, kulit dan mata. Struktur badan pula ialah tinggi atau rendah, kecil atau besar.

- Jenis Saiz BadanSaiz badan boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Setiap jenis mengalami kadar perkembangan yang berbeza

(i) EctomorphSaiz tubuh kecil, kurus dan tinggi. Perkembangan fizikalnya agak lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih panjang.(ii) MesomorphKeadaan tubuh keras, berat dan berisi. Perkembangan fizikal terutamanya dari segi berat badan lebih cepat berlaku pada semua peringkat umur.(iii) EndomorphMempunyai tubuh yang bulat dan gemuk.

-Kesihatan dan PemakananKanak-kanak yang sihat dan mendapat makanan berzat lebih besar daripada kanak-kanak yang selalu sakit. Mereka juga lebih tinggi dan lebih cepat baligh.

- Jantina Kanak-kanak perempuan lebih cepat membesar daripada kanak-kanak lelaki hingga ke peringkat baligh.

- Keadaan EmosiGangguan emosi menghalang pengeluaran hormon pertumbuhan dari kilang pituitari. Keadaan ini memberi kesan terhadap ketinggian yang boleh dicapai kanak-kanak.

- Anak KembarPerkembangan fizikal anak kembar lebih lambat jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang dilahirkan normal (seorang).

SEKIAN TERIMA KASIH

top related