etnik banjar
Post on 11-Aug-2015
347 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN.
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan
pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara
kita berbanding negara lain. Budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang
kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh
seseorang sebagai anggota masyarakat.
Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan
kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya
pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi
cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-
budaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai
perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama.
Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara yang mempunyai
pelbagai kaum ini, pemerintah negara perlu bijak untuk menangani karenah serta
permintaan semua kaum bagi kepentingan kaum mereka. Perpaduan merupakan
elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian Negara.
2.0 SEJARAH KEDATANGAN ETNIK BANJAR KE TANAH MELAYU
Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan,
Indonesia, kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin,
yang terletak di bahagian tenggara Borneo. Di antara daerah-daerah utama orang
Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan
Martapura. Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasan
Bukit Tinggi dan Sepat yang terkenal sebagai kawasan penanaman padi. Oleh yang
demikian, ramai yang berpendapat bahawa mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu
adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi. Di samping itu,
pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga juga dikatakan
mahir dilakukan oleh mereka. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran
membuat peralatan dari besi, seperti peralatan pertanian dan senjata. Kebanyakan
1
mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah
Sungai Barito dari Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara.
Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para
penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar. Bagi
golongan mingrasi pertama, penghijrahan telah berlaku pada tahun 1780 ke pulau
Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong
Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran
Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana
sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.
Bagi golongan migrasi kedua, pada tahun 1862 telah berlaku penghijrahan besar-
besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para
pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa
melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas
alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam
Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan
Banjar.Bagi golongan migrasi ketiga pula, etnik Banjar kembali melakukan
penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera pada tahun 1905. Kali ini mereka
terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di
Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda. Penghijrahan suku Banjar
ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa
pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir.
Dalam masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri
Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam,
Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom,
Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Daerah yang paling ramai
terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul
Ridzuan. Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan,
tetapi menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar, migrasi ini
bermula dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan yang awal sekali dapat
dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka dikatakan sering
berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri
2
terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga
dikatakan tempat pertapakan awal masyarakat ini di Tanah Melayu.
Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi manjalankan
aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan sebagainya. Pada
masa kini, masyarakat Banjar boleh didapati di beberapa kawasan pantai barat,
terutamanya di kawasan penanaman padi seperti di daerah Kerian, Sungai Manik
dan Bagan Datoh di Perak, Sabak Bernam dan Tanjong Karang di Selangor serta
Batu Pahat di Johor. Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom,
Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di
antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Amuntai dari
daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah
Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penghijrahan suku Banjar
terutamanya ke Tanah Melayu. Selain daripada faktor perdagangan, kemiskinan
yang mencengkam kehidupan orang Banjar di tempat asal mereka juga telah
mendorong penghijrahan ke Tanah Melayu. Keadaan mereka di Tanah Banjar agak
sukar kerana tanah pertanian mereka sering menghadapi ancaman binatang buas.
Faktor ini ditambah lagi dengan kemelaratan yang dihadapi di bawah pemerintahan
penjajah Belanda yang terlalu menindas masyarakat tempatan dengan pelbagai
cukai dan peraturan yang tidak munasabah. Di samping itu, mereka tertarik dengan
kemakmuran kehidupan di Tanah Melayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh
pedagang-pedagang yang berulang-alik ke Tanah Melayu. Pihak penjajah British di
Tanah Melayu pula amat menggalakkan penghijrahan masyarakat dari Indonesia
untuk membuka dan mengerjakan kawasan pertanian yang baru kerana masyarakat
tersebut amat terkenal dengan sifat tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran
hidup.
Sebenarnya, menurut Qamaruz Zaman Ismail, Bekas Ahli Parlimen Bagan Serai,
dipetik dalam rencana Berita Harian “Orang Banjar Warisi Darah Pejuang” (Isnin, 12
Mac 2012) yang disunting oleh Azrul Affandi Sobry mengatakan bahawa, “ada dua
kelompok penghijrahan orang Banjar ke negara ini iaitu mereka yang mahu bebas
daripada masalah dan tekanan di Banjar Masin serta sekelompok lagi ialah
pendakwah. Mereka yang lari dan mahu bina kehidupan baru telah memilih untuk
3
mengasingkan diri dan tinggal jauh di dalam hutan. Mereka ini tidak begitu disegani
orang tempatan kerana masalah bahasa.
3.0 KEBUDAYAAN KEBENDAAN
3.1Makanan
Masyarakat banjar juga terkenal dengan pelbagai makanan dan manisan
yang menjadi juadah kepada masyarakat ini sejak dahulu hinggalah sekarang.
Antara makanan tersebut adalah wadai kepeng. Wadai kepeng ini pada masa
dahulu disediakan selepas selesai menanam padi ataupun di sebarang majlis doa
kesyukuran atau doa selamat. Proses menyediakan kuih ini tidaklah sukar dan
selalunya masyarakat Banjar akan membuatnya secara bergotong-royong. Cara
menyediakan wadai kepeng ini adalah menggunakan tepung pulut, garam dan air
suam. Semua bahan tersebut akan diuli bersama sehingga menjadi doh. Kemudian
doh tersebut perlu diambil di dalam kuantiti yang sedikit dan bentukkan menjadi
bulat kemudian dipicit sedikit agar menjadi leper.
Seterusnya, proses membuat kuahnya pula adalah menggunakan santan, air, gula
putih, gula merah dan garam. Semua bahan itu akan dimasak bersama sehingga
mendidih. Apabila kuah tersebut mendidih barulah dimasukkan adunan tepung yang
telah dibentuk tadi. Kesemua bahan tersebut perlu dikacau supaya tepung tadi tidak
melekat. Bagi memastikan bahawa juadah ini telah siap dimasak adalah dengan
melihat tepung tersebut telah timbul kemudian tenggelam kembali ke dalam kuah.
4
Gambar menunjukkan makanan masyarakat Banjar, wadai kepeng.
Selain itu, salah satu makanan yang popular bagi masyarakat banjar adalah
kuih kalakatar. Kuih ini hampir sama seperti bengkang tetapi cara membuatnya
menggunakan isi kelapa muda dan air kelapa muda. Kuih ini enak dimakan semasa
panas. Cara membuat kuih ini dianggap renyah oleh itu sukar untuk membuatnya
dan masih ramai orang banjar yang tidak mahir untuk membuat kuih ini.
Resipi bagi menyediakan kuih ini adalah dua cawan tepung gandum, satu biji
telur ayam, gula secukup rasa dan sedikit garam. Kemudian campurkan campuran
air dan isi kelapa muda, tepung, gula, telur dan garam hingga sebati. Ambil bekas
untuk memasak, sapukan sedikit minyak pada bekas berkenaan dan masukkan
adunan kuih ke dalam bekas berkenaan. Kuih ini boleh dimasak dengan cara bakar
mahupun kukus. Namun kebanyakkan orang yang menjual kuih ini akan
memasaknya dengan cara bakar. Kuih ini ternyata enak dimakan dan hanya
terdapat di kawasan yang mempunyai masyarakat banjar.
Gambar menunjukkan kuih kalakatar yang dimasak secara bakar atau kukus
5
Seterusnya adalah kuih balongan ahyam merupakan kuih tradisional yang
diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang masyarakat Banjar yang datang dari
Banjar Masin Indonesia. Kebiasaannya, kuih tersebut hanya disediakan untuk
hidangan keluarga pada bulan Ramadan tetapi sudah dipasarkan bagi menambah
pendapatan keluarga. Kuih ini tidak terlalu susah untuk dibuat kerana ia hanya
mengunakan bahan seperti kelapa, gula merah, gula putih, daun pisang dan dikukus
selama 15 minit. Rasanya pula enak manis seperti dodol.
Gambar menunjukkan kuih balongan ahyam
Seterusnya, masyarakat Banjar juga mempunyai lauk tradisi iaitu ikan wadik.
Makanan ini seakan-akan pekasam namun tidak masam. Cara penyediaan ikan
wadik ini adalah dengan menggunakan ikan daripada jenis ikan darat seperti sepat
atau puyu yang banyak terdapat di kawasan penanaman padi. Memandangkan
Daerah Kerian merupakan salah satu tempat pengeluar padi yang terbesar maka
6
bagi mencari ikan dari jenis ini adalah tidak sukar diperolehi dan banyak didapati di
sini.
Bagi penyediaan ikan wadik ini, ikan-ikan tersebut akan diletakkan di dalam
guri atau balang. Ikan tersebut akan disusun secara berlapis-lapis sambil
meletakkan garam di atas ikan tersebut. Terdapat juga orang yang menyediakan
ikan ini menaburkan beras goreng atau asam keping di dalamnya. Untuk menikmati
ikan tersebut perlu menunggu sehingga sebulan bagi memastikan ikan-ikan tersebut
benar-benar terperap dan sebati dengan bahan-bahan yang telah dimasukkan di
dalam ikan tersebut. Cara memasak ikan wadik ini adalah dengan menggoreng
bersama bawang besar dan cili padi serta dimakan panas-panas bersama nasi
putih. Hidangan ini nyata dapat membangkitkan selera kepada orang yang
menikmatinya.
Gambar menunjukkan makanan tradisi etnik Banjar iaitu ikan wadik.
4.0 KEBUDAYAAN BUKAN KEBENDAAN
4.1 Fahaman/Kepercayaan Dan Agama
Masyarakat ini tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan kerana mereka
lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang pertanian. Perkara ini juga berkait
dengan kebebasan untuk mereka membuat perkara-perkara sampingan khasnya
untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan. Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi
mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-
perkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya.
7
Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat
tempat yang istimewa di kalangan orang Banjar.
Disebabkan kebanyakkan masyarakat banjar tinggal di kawasan penanaman
padi maka terdapat satu budaya yang dinamakan berderau bagi aktiviti penanaman
padi ini. Berderau dalam erti kata lain adalah menjalankan aktiviti penanaman padi
secara berkumpulan. Aktiviti ini diadakan apabila musim penanaman padi bermula.
Pemilik sawah padi akan disertai oleh beberapa orang yang datang membantu untuk
menanam padi. Sebagai contoh, jika tuan pemilik tanah sawah padi ingin menanam
padi, terdapat 10 orang yang datang untuk membantu menanam padi maka pemilik
sawah tersebut harus membantu 10 orang itu untuk menanam padi mereka. Aktiviti
ini menunjukkan satu sikap kerjasama yang baik antara pemilik sawah padi tersebut
untuk membantu menanam padi selain mempercepatkan proses menanam padi.
Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah
berdasarkan keahliannya dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini
menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan
kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam. Perkembangan
pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas
membaca Al-Quran, mempelajari hal ehwal syariat Islam dan mendalami ilmu
agama yang lain. Tambahan pula, kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke
Tanah Melayu terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan
mengamalkan cara hidup yang sempurna. Oleh yang demikian, tidak hairanlah
bahawa masyarakat Banjar ini amat condong terhadap perkara-perkara berkaitan
agama Islam dalam kehidupan mereka.
4.2 Adat Perkahwinan
Asimilasi dalam perkahwinan di negara ini pastinya lebih menyerlah dan
ketara kerana kebanyakannya berhijrah dari tanah lain. Lebih ketara adalah asimilasi
dalam budaya perkahwinan melayu. Seperti yang kita ketahui, perkahwinan adalah
satu sisi budaya yang unik dan berbeza bagi setiap masyakat dan etnik. Etnik Banjar
juga tidak terlepas dari senarai asimilasi budaya perkahwinan ini. Pada masa
sekarang, ramai yang mengakui bahawa semakin sukar untuk melihat pengantin
Banjar mengenakan pakaian tradisional dan menjalankan adat perkahwinan asal
mereka. Orang Banjar memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang sangat
8
penting. Menurut pandangan sebahagian besar orang Banjar, akad nikah tanpa
diikuti oleh upacara adat perkahwinan menimbulkan kecurigaan bahawa pengantin
perempuan hamil sebelum bernikah.
Seperti istiadat perkahwinan masyarakat lain, perkahwinan dalam masyarakat
Banjar juga berlangsung dalam keadaan meriah, tetapi dalam suasana yang cukup
ringkas. Mereka tidak ada adat merisik seperti kebanyakan masyarakat yang lain.
Hal ini kerana, dalam masyarakat Banjar zaman dahulu, perkahwinan mereka
berlangsung antara sesama saudara, seperti sepupu dan sebagainya. Upacara
dimulakan apabila kedua-dua belah berkenaan, keluarga lelaki berjanji akan datang
ke rumah perempuan selalunya pada waktu Isyak untuk menyatakan hajat mereka
untuk meminang anak perempuan secara terus terang.
Gambar menunjukkan pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dirai dalam
perkahwinan etnik Banjar.
Sekiranya pihak perempuan bersetuju, perjanjian akan dibuat untuk
menentukan tarikh bila hendak diadakan majlis perkahwinan. Pada kebiasaannya,
majlis perkahwinan diadakan selepas musim mengetam dan menuai padi. Hal ini
disebabkan oleh bekalan beras yang dapat ditampungnya sendiri. Menurut adat
masyarakat Banjar, kedua-dua bakal pengantin tidak dibenarkan berjumpa antara
satu sama lain. Majlis akad nikah dalam masyarakat Banjar akan diadakan
seminggu sebelum majlis kenduri berlangsung.
Apabila pihak lelaki telah menghantar barang keperluan dan duit belanja,
barulah pengantin perempuan boleh bersiap sedia untuk upacara ‘mandi adat’.
Upacara ‘mandi adat’ atau ‘berpapai’ dijalankan di tempat khas yang dipanggil balai
yang diperbuat daripada empat batang tiang yang diikat dengan batang tebu. Pada
9
setiap batang tebu diikat mayang pinang dengan benang kuning dan digantung buah
pisang, ketupat dan kuih cincin. Kawasan balai akan menempatkan bidan dan
pembanti untuk memandikan pengantin dengan menggunakan upih pinang.
Pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk upacara mandi
bersama atau ‘mandi adat’. Pengantin lelaki dikehendaki memakai kain pelikat dan
selendang manakala pengantin perempuan pula memakai kain batik (kain telasan)
dan selendang jarang ketika upacara dijalankan.
Kemudian, ketika hendak melangkah keluar daripada balai, mereka
dikehendaki melakukan upacara pijak telur sebelum naik ke rumah. Selepas itu,
kedua-dua pengantin duduk mengelilingi cermin, lampu, pelita atau lilin sebanyak
tiga kali dengan dibantu oleh bidan. Selesai acara itu, lilin atau pelita ditiup sambil
memasang niat. Upacara ini dinamakan ‘tahaba’ bermaksud bertembung dalam
bahasa Melayu. Kemudian, pengantin perempuan pula tidak dibenarkan melihat
wajah di cermin kerana dikhuatiri akan hilang seri wajahnya.
Pengantin disandingkan di tengah laman, di atas buaian sambil
dipersembahkan pencak silat sembah dan diiringi paluan dua biji gendang serta satu
gong. Ketika bersanding, hanya upacara bersalaman dengan pengantin sahaja yang
dilakukan tanpa merenjis pengantin atau disebut sebagai ‘tepung tawar’ dalam
masyarakat Melayu. Selain itu juga, pada hari persandingan tersebut diadakan
majlis khatam Al-Quran pengantin dan tetamu diberikan bunga telur sebagai
kenangan.
Menjelang malam, mereka sekali lagi disandingkan di dalam kelambu. Ketika
ini, upacara makan di dalam kelambu diadakan iaitu makanan yang dimasak
daripada barangan yang dibekalkan oleh pihak lelaki sebelum ini. Selepas selesai,
pengantin lelaki keluar dari bilik dan pada ketika itu, dia berzanji dan bermarhaban
sehingga pukul 12 tengah malam. Kemudian, barulah pengantin lelaki disuruh
masuk semula ke dalam bilik untuk bertukar pakaian manakala pengantin
perempuan disuruh melipat kain. Pada ketika ini, terdapat adat ‘bertaguran’ iaitu
adat bertegur sapa. Selepas tiga hari, pihak perempuan dikehendaki mengadakan
majlis bubur bayak atau berayak sebagai tanda selamat bertujuan menyelamatkan
‘kelambu’ atau perkahwinan yang baru dilangsungkan. Pada hari berikutnya, barulah
kedua orang mempelai sudah boleh ‘bertaguran’ atau ‘bertegur sapa’.
10
Selain itu, pengantin juga akan melalui budaya ‘bergosok’. Dalam upacara
adat ini, badan pengantin perempuan digosok oleh bidan untuk mengembalikan seri
pengantin. Bahan yangh diperlukan untuk upacara ini ialah kulit kayu yang diperoleh
daripada 44 pokok yang belum berbuah atau dikenali sebagai pokok dara. Terdapat
pantang larang yang dipegang ketika mengambil kulit kayu tersebut. Doa dipohon
kepada Nabi Ilias sambil menyeru nama pengantin yang berbintikan ibunya. Bahan
lain yang digunakan dalam upacara bergosok ialah segenggam beras pulut yang
digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus serta diayak, bertujuan mengeluarkan
daki dari badan pengantin. Telur ayam dara, sedikit air, daun sirih bertemu urat,
kapur yang dipangkah, gambir dan pinang, dilipat dan digulung serta disimpul
kemudian, ditumbuk halus. Bidan akan menggosok pengantin bermula dari pangkal
hidung, dan terus naik ke atas. Dua tangan berpusing, dan diletakkan rata ke muka.
Sebenarnya, pengaruh agama Islam terhadap adat dan upacara perkahwinan
orang Banjar sangat besar. Hal ini mungkin disebabkan kebanyakan daripada
masyakarat Baanjar merupakan penganut agama Islam. Terdapat dua pengaruh
besar dalam adat perkahwinan orang Banjar iaitu pengaruh ekonomi dan pengaruh
agama. Hal ini terbukti, apabila pengantin perempuan anak orang kaya biasanya
akan menerima jujuran yang lebih banyak daripada pengantin perempuan anak
orang miskin. Bagi pengantin lelaki pula, anak lelaki keluarga kaya perlu memberi
jujuran yang lebih banyak daripada anak lelaki keluarga miskin. Hal ini memenuhi
syarat, adat dan resepsi secara barat. Sekiranya dahulu jodoh mereka ditentukan
orang tua, mereka sekarang boleh memilih pasangan yang sesuai dengan
pandangan hidup mereka.
4.3 Pantang Larang Wanita Hamil
Masyarakat Banjar juga mengamalkan pantang larang seperti orang Melayu
yang lain. Antaranya bagi wanita hamil terdapat beberapa pantang larang yang perlu
diikuti bagi mengelakkan berlakunya musibah. Terdapat banyak pantang larang bagi
wanita yang hamil tetapi semuanya agak sama dengan masyarakat Melayu yang
lain. Pantang larang bagi wanita hamil masyarakat Banjar adalah mereka tidak
dibenarkan duduk di tengah pintu. Hal ini boleh menyebabkan bayi yang bakal
dilahirkan susah untuk keluar. Seterusnya, jika makan buah-buahan kulitnya tidak
dibenarkan dibuang di dalam semak sebaiknya buang di tempat yang terbuka dan
11
orang boleh melihatnya. Perkara ini disebabkan bayi yang dilahirkan nanti tidak
disukai orang lain apabila dipandang.
Selain itu, jika sedang makan dan ada orang yang datang ke rumah maka
perlulah dipelawa orang tersebut untuk makan bersama. Jangan buat tidak endah
sahaja kerana dikhuatiri anak dikatakan akan bisu dan sombong. Begitu juga apabila
ada orang yang datang dan duduk di hadapan kita, jangan memalingkan muka atau
membelakangi orang tersebut kerana anak yang bakal lahir tidak disukai orang lain.
Bagi wanita yang bakal bersalin penggunaan air pelongsor sangat popular
dan digunakan sehingga ke hari ini. Tujuan penggunaan air ini adalah bagi
memudahkan proses melahirkan anak. Tempoh bagi wanita berpantang pula adalah
selama 44 hari. Bagi wanita yang berpantang banyak makanan yang tidak boleh
dimakan serta mereka akan mengamalkan minum air halia setiap hari. Amalan yang
diamalkan sepanjang berpantang bagi orang Banjar adalah mereka akan
menggunakan barut sepanjang bermeter-meter. Di dalam balutan ini akan
dimasukkan pelbagai jenis herba seperti halia, jintan manis dan bawang putih. Kaki
perempuan yang bersalin juga akan dibedung supaya tidak boleh terlalu
mengangkang. Manakala selepas 10 hari, akan dilakukan urutan supaya dapat
menaikkan peranakan dan urutan akan dilakukan sebanyak 3 kali.
4.4 Adat Menanam Uri
Selain daripada adat perkahwinan, terdapat beberapa lagi adat yang semakin
dilupakan dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Banjar. Walau yang demikian,
sebahagiannya masih diteruskan terutamanya di kawasan kampung kerana masih
berada dalam kalangan mereka yang tinggal di dalam kawasan tersebut. Antaranya
ialah kaedah menanam uri iaitu uri yang keluar bersama bayi dengan membasuh
dan membaca bacaan tertentu sebelum ditanam. Kemudian, uri tersebut ditanam
bersama sembilu, cabai, bawang, asam, garam dan dimasukkan ke dalam periuk
tanah yang mempunyai lubang di bawahnya dan tidak dikambus.
Upacara berkhatan pula dilakukan dalam suasana yang cukup ringkas, majlis
kenduri doa selamat dan hidangan pulut kuning. Selalunya bagi anak lelaki, mereka
berpakat bersunat beramai-ramai kerana diadakan kenduri selepas berkhatan. Bagi
anak perempuan, sunat dilakukan oleh bidan kampung. Selain itu, upacara ‘belah
12
mulut’ turut dilakukan oleh bidan kampung. Cincin akan digunakan untuk diletakkan
di dalam mulut tidak kira cincin milik ibu mahupun milik bidan diiringi bacaan tertentu
yang diamalkan.
4.5 Adat Upacara Naik Buaian
Terdapat beberapa budaya yang masih diamalkan oleh orang Banjar pada
masa sekarang antaranya adalah upacara naik buaian. Walaupun tidaklah semeriah
dengan budaya asal namun pelaksanaannya masih dapat dilihat sehingga kini.
Antaranya adalah upacara naik buaian yang selalunya diadakan pada bulan maulud
ataupun pada Rabiulawal yang mana disertai dengan upacara berzanji dan
marhaban. Kelainannya upacara ini adalah mengikut jantina bayi tersebut. Jika bayi
tersebut adalah lelaki, mereka perlu dipakaikan dengan kain batik lepas dan dialas
dengan kain belacu yang dicelup dengan dua warna secara berselang-seli. Warna
yang digunakan adalah putih kemudian merah dan putih kembali. Bagi bayi
perempuan pula yang membezakannya adalah warna kain belacu yang bermula
dengan merah dan berselang-seli dengan putih dan kemudian merah.
Upacara ini dilakukan tanpa upacara cukur jambul. Mereka hanya akan
membawa bayi tersebut mengelilingi buaian sebanyak tiga kali. Di tepi buaian itu
diletakkan sebuah bakul yang mengandungi segantang beras, satu gula kabong,
sebiji kelapa, sepiring pulut, sebiji telur rebus, dan dua batang lilin. Dua batang lilin
tersebut akan dinyalakan sambil berdoa supaya diterangkan hati secerah cahaya
lilin tersebut.
Selesai upacara, semua barang akan diserahkan kepada orang yang
meletakkan bayi ke dalam buaian. Pada tali buaian pula diikat makanan seperti tiga
biji ketupat nasi, tiga biji ketupat pulut, kuih cincin dan pisang dengan tujuan
kehidupan kanak-kanak tersebut akan menjadi semanis-manis makanan tersebut.
Selesai sahaja selawat makanan ini akan diserahkan kepada kanak-kanak yang
datang melihat dan memeriahkan majlis.
4.6 Budaya Bapukung
Bagi masyarakat Banjar, budaya berendoi mereka unik sekali. Kedudukannya
nampak tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut
13
bayi. Sebenarnya, budaya yang dinamakan ‘bapukung’ bukan sekadar untuk majlis
cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dahulu sehingga ke hari ini.
Pelik melihat budaya ini kerana kedudukan bayi bukan dibaringkan dalam
buaian tetapi diletak seperti sedang duduk dan seterusnya ada ikatan sehelai kain
batik lain yang menjerut badannya di bahagian atas (bahagian leher). Walaupun
keadaan bayi kelihatan amat menyeksakan, namun sebenarnya, keadaan sebegini
menyebabkan bayi tersebut merasa selesa seperti badannya sedang didakap erat.
Budaya bapukung sebenarnya satu kaedah popular untuk memberikan rasa selesa
dan dakapan kepada bayi untuk membolehkannya tidur lebih lama tanpa rasa
terganggu.
Bayi akan merasa lebih selesa berbanding kaedah buaian yang biasa.
Memang kelihatan seperti terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur
lama. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung. Cara
membalut bayi mestilah kemas dan padat untuk membolehkan bayi merasa seperti
dalam rahim ibu. Biasanya, orang Banjar akan membuat satu pondok kecil sekadar
boleh memuatkan buaian bapukung dan sesuai dihayun ke depan dan ke belakang
Justeru, orang Banjar yang berkebun dahulu tidak ada masalah membawa
anak bersama ke kebun dengan menggunakan bapukung. Pada kebiasaannya,
ketika mendodoi anak dalam bapukung, ada nyanyian khusus yang digelar ‘dudoi
lagu Banjar’.
“Yun ayun anakku ayun, ayun di dalam, dalam ayunan, lakas bakijim lakasi guring,
umak aur banyak gawian. Lailahaillallah Nabi Muhammad pasuruh Allah. Yuna
14
dinana anakku guring, guring di dalam, dalam Bismillah, jauhi culas jauhkan kulir,
kus samangat hidup baiman”.
Dodoian sekadar perlahan ke depan dan ke belakang tanpa perlu henjutan seperti
buaian lain. Tidak sampai beberapa lama, matanya mula terpejam dan terlena.
Menurutnya lagi, jika dibiarkan begitu, bayi itu akan terus lena tanpa perlu didodoi
lagi.
4.7 Adat Upacara Kematian
Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi orang Banjar. Mereka masih
mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai
budaya tersendiri. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai
pegangan agama yang kuat. Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk
beduk bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya
kematian. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak
tujuh kali manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Mereka akan datang
menziarahi serta membacakan surah Yasin serta al-Quran. Menjelangnya subuh
mereka akan menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai , menyediakan gula
waluh dan ayam bapak. Ayam bapak ini dipercayai dapat menggerakkan mayat
terbabit di akhirat kelak.
Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa
sebarang bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi, kafan, gali
kuburdan sebagainya. Jika ingin menyembahyangkan jenazah, jika tidak cukup 40
oang jemaah maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah
akan menyediakan sampul berisi RM 5 untuk diberkan kepada jemaah yang datang.
Untuk mengebumikan jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah
diletakkan di atas kain usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas.
Pengusung tersebut dibuat daripada dua batang buluh. Anak-anak pula akan
mengelilingi di bawah mayat tersebut sebanyak tiga pusingan apabila pengusung
diangkat supaya mereka tidak terlalu mengingati arwah.
Manakala pakaian yang pernah dipakai oleh arwah juga akan disedekahkan
kepada saudara mara atau jiran tetangga terdekat. Jika suami yang meninggal dunia
isteri tiada tempoh berkabung untuk isterinya pergi ke mana-mana. Masyarakat
15
Banjar juga akan mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin iaitu pada hari
pertama, kedua, ketiga, ketujuh, ke-25, ke-40 dan penutupnya hari yang ke-100.
Setahun sekali juga akan diadakan kenduri sebagai memperingati arwah.
5.0 Bahasa
Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan
sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan,
Indonesia. Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang
dari Bahasa Melayu. Asal bahasa ini berada di provinsi Kalimantan Selatan yang
terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain.
Bahasa Banjar dihipotesakan sebagai bahasa proto Malayik, seperti halnya
bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu). Bahasa Banjar banyak
dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa Dayak. Bahasa Banjar atau
sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok dialek
iaitu, Bahasa Banjar Hulu dan Bahasa Banjar Kuala.
Bahasa Banjar Hulu hanya mempunyai tiga vokal iaitu /i/ dan variasi yang
panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila menyebut perkataan yang mengandungi vowel
selain dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan tiga di atas berdasarkan mana
yang lebih dekat. Contohnya perkataan "logo" akan disebut "lugu". Perkataan "enak"
akan disebut "inak", "ke mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain adalah perkataan
yang dimulakan dengan vokal selalunya disebut dengan bunyi /h/ pada awalan.
Bagi bahasa Banjar Kuala, ia mempunyai lima vowel, /a, i, u, e, o/.
Orang-orang Banjar yang berada di Sumatera dan Semenanjung Malaysia
majoritinya berasal dari wilayah Hulu Sungai (Banua Enam), maka bahasa Banjar
yang dipakai merupakan campuran dari dialek Bahasa Banjar Hulu menurut asal
usulnya di Kalimantan Selatan.
6.0 Budaya Etnik Banjar serta Implikasinya terhadap Pengajaran Pembelajaran.
Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri
kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat
pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan
guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan
16
menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara.
Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana
penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep
1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah.
Namun begitu, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada
kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di
layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru
juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang
berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid
yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan
yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan
mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada
perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih
unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid.
Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang
berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu
perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha
pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka.
Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar
segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan
ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia
mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan
meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam
diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata
yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni
yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia.
Tambahan pula, tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan
bangsa Malaysia yang bersatu padu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan
diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka
dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada
menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-
17
murid. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan
sesuai dengan semua agama,nilai dan kepercayaan mereka.
Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku
pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa
standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti
pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.
Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-
murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan
persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam
kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza
daripada gaya hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman
mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina
agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.
Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam
kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda
ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses
pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu
ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham
antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu
murid mencapai kematangan sosial.
Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di
dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran
antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar
secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu
perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina
perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama.
Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh
yang demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses
18
sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap
percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk
menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan
yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung
perpaduan antara kaum akan terjalin.
Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan
masalah disiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan
tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul.
Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini
dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.
Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai
dalam masyarakat.Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa
mengira latar sosiobudaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar
sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada
meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan
melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara
satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila
murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal
persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan
bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan
integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah
kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa
akan datang.
Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di
kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai
19
kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-
kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.
Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah
sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya
dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru,
guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapat di antara warga sekolah
dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di
dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat
bermakna terhadap amalan hidup murid
Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai
konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal
seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut
tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan
modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan
dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat
positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian
sosiobudaya masyarakat setempat.
7.0 RUMUSAN
Sebagaimana yang boleh dilihat, orang Banjar di Malaysia sebagaimana
masyarakat-masyarakat penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa,
Bugis, Mendailing, Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah
mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di
negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara
terutama apabila mereka sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok
mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan campur.
Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar,
perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan
menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi
pengamalaan adat resam dan organisasi sosial sudah agak berkurangan dan
mungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh
berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran
20
sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di sektor
awam mahupun swasta. Namun begitu, pendidikan agama masih tetap menjadi
pilihan utama kebanyakan dari mereka dan buktinya dapat diperhatikan daripada
ramainya anak-anak masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi
terutama orang Banjar dari daerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam di
Selangor.
Melalui pendokumentasian ilmiah ini, benarlah bahawa masyarakat Banjar
sememangnya merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada identiti dan
cara hidupnya yang tersendiri. Namun yang sedemikian, kami percaya bahawa
mereka tetap berpijak pada bumi Malaysia dan sedia bersama-sama dalam
membangunkan negara. Proses asimilasi yang berlaku tidak menghilangkan identiti
mereka dan tidak juga membuat mereka melupakan tanggungjawab mereka sebagai
rakyat Malaysia. Maka, kesedaran perlulah dipupuk bahawa etnik Banjar juga
merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu dan perlu dihormati dan dijaga
identitinya.
21
8.0 REFLEKSI
Assalamualaikum w.b.t, pertama sekali setinggi penghargaan dan ucapan
syukur alhamdulillah kerana akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan bagi
subjek Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) yang wajib diambil bagi semester kali
ini. Walaupun dengan masa yang terhad untuk menyiapkan tugasan ini, kami telah
menunjukkan kebolehan dengan dapat menyiapkan tugasan berdasarkan tempoh
yang telah diberikan.
Berdasarkan tajuk tugasan pada kali ini, iaitu berkaitan dengan budaya etnik
serta implikasi terhadap pengajaran pembelajaran, saya telah memilih etnik Banjar.
Setelah beberapa pemerhatian yang saya lakukan etnik Banjar tidak terlalu popular
seperti etnik Jawa dikalangan masyarakat Malaysia. Hal ini berikutan kerana, ramai
dikalangan masyarakat sekitar yang tidak tahu wujudnya etnik Banjar. Saya telah
membuat kesimpulan sendiri bahawa berkemungkinan populasi etnik Banjar yang
kurang berbanding dengan etnik Jawa. Disebabkan itu, masih ramai yang tidak tahu
kewujudan etnik Banjar. Tambahan pula, etnik Banjar banyak berada di kawasan
Perak dan Selangor. Di Johor, Cuma di Batu Pahat sahaja yang terdapat etnik
Banjar.
Dengan membuat banyak pembacaan berkaitan dengan etnik Banjar, saya
dapat mengenalpasti sejarah, kebudayaan, pantang larang dan lain-lain perkara
yang berkaitan dengan etnik Banjar. Bagi saya amat menarik sekali, kebudayaan
yang terdapat dalam etnik Banjar serta bahasanya yang berbeza dengan bahasa
Melayu mahupun bahasa Jawa.
Dalam menyiapkan tugasan ini dapat saya membuka mata serta membuka
minda berkaitan dengan ciri-ciri yang terdapat bagi sesebuah etnik. Saya dapat
mengenalpasti bahawa setiap etnik mempunyai cara hidup yang berbeza, oleh itu
masyarakat bagi setiap etnik juga berbeza mengikut cara hidup mereka. Maka,
sebagai seorang guru yang profesional perkara seperti ini harus dititik beratkan.
Banyak kebaikan yang dapat seorang guru perolehi sekiranya seorang guru tersebut
memahami criteria-kriteria mahupun personaliti bagi setiap individu murid yang
berada di dalam bilik darjah.
22
Perkara ini mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung di dalam bilik darjah. Seorang guru harus mewujudkan suasana yang
selesa dan kondusif di dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat belajar dalam
keadaan yang baik, tenang serta terkawal. Sekiranya seorang guru, tidak memahami
murid-muridnya dan sentiasa tidak dapat mengawal kemarahan serta emosi di
dalam bilik darjah. Murid-murid juga akan merasakan perkara yang serupa, mereka
tidak dapat mengawal emosi serta tidak seronok berada di dalam bilik darjah untuk
proses pengajaran dan pembelajaran.
Setiap etnik mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh itu, seorang guru
harus mengambil kebaikannya serta kekuatan yang terdapat di dalam diri murid-
murid untuk membantu mereka serta rakan sekelas yang lain terutama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, kini saya sedar betapa pentingnya sekecil-kecil perkara yang
kadangkala kita terlepas pandang dan dapat mempengaruhi sesuatu perkara yang
lain. Guru seharusnya peka dalam setiap perkara yang berlaku terhadap murid-
muridnya sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Dengan adanya
hubungan yang baik antara guru dan murid, proses pengajaran dan pembelajaran
semestinya dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Semoga dengan kesedaran ini, dapat saya memperbaiki diri untuk menjadi
seorang guru yang profesional dan disenangi sama ada murid mahupun rakan guru.
Sekian, terima kasih.
23
9.0 RUJUKAN
BUKU
Abdul Latiff Abu Bakar. (2001). Adat Melayu Serumpun. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Abd. Rahman Hj. Abdullah. (1985). Adat Istiadat Dan Upacara Perkahwinan Daerah
Kalimantan Selatan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
Dr. Omar Farouk Bajunid. (1989). Pengantar Kesenian Perak. Universiti Malaya
Kuala Lumpur.
Habsah Bt Mohd Nordin & Zainal Jazlan. (2005) Istiadat Perkahwinan Melayu Perak.
Ipoh: Sakan Multitrading.
Wan Maizura Wan Mahmud. (2007). Masyarakat Malaysia. Selangor: Pustaka
Cahaya Intelek.
ARTIKEL
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 12). Orang Banjar Warisi Darah Pejuang. Berita
Harian, N8-N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 12). Buat Tebuk Bina Kampung Sukar Jejaki Orang
Luar. Berita Harian, N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 13). Banjar Pakar dalam Sektor Pertanian. Berita
Harian, N8-N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 13). Bahasa Berbeza Dari Segi Slanga, Dialek,
Kosa Kata.Berita Harian, N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 14). Perubatan Banjar Guna Ayat Suci. Berita
24
Harian, N8-N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 14). Pantang Larang Wanita Hamil Seperti Orang
Melayu. Berita Harian, N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 15). Bapukung Buai Bayi Tidur Nyenyak,
Selesa. Berita Harian, N8-N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 15). Tarian Masyarakat Banjar Lemah-
Lembut. Berita Harian, N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 16). Budaya, Cara Hidup Banjar Unik. Berita Harian,
N8-N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 16). Wadai Kepeng Dibuat Secara Bergotong-
Royong.Berita Harian, N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 17). Pengantin 'Berpapai' Sebelum Naik
Pelamin.Berita Harian, N8-N9.
Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 17). Arus Kemodenan Antara Punca Adat Asal
Terhakis.Berita Harian, N9
LAMAN WEB
Tiada penulis. (2011). Balongan Ahyam, Cenkarok Juadah Ramadan Masyarakat
Banjar.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0808&pub=utusan_mal
aysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm&arc=hive. Dilayari pada Februari 2013.
25
10.0 LAMPIRAN
26
top related