etika moral dan identiti nasional

Post on 17-Dec-2015

34 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pppm

TRANSCRIPT

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Bagi Pendidikan Tinggi DilancarkanSubmitted bywartadailyon Tue, 07/04/2015 - 04:13

KUALA LUMPUR, 7 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan PelanPembangunan Pendidikan Malaysia(Pendidikan Tertinggi) 2015 - 2025.Menurut Najib, usaha melahirkan pelajar bertaraf global pula akan menempatkanMalaysia sebagai antara sebuah negara terbaik di dunia.Beliau menegaskan bahawa pelajar yang berteraskan nilai positif dari segirohaniah, moral, etika dan kekuatan akan menonjolkan identiti nasional selaridengan kemajuan negara.Perdana menteri menegaskan apa yang perlu dijauhi ialah ilmu yang dipelajaritidak digunakan untuk kebaikan."Contoh yang paling ekstrem, ada dalam kalangan masyarakat yang mempunyaikelulusan tinggi tetapi menggunakan ilmu yang ada untuk membuat bom," katanyasambil menambah negara perlu mempunyai pelajar yang berciri positif.Dalam pada itu, Najib berkata menerusi lonjakan kemampanan kewangan, pihakuniversiti di negara ini perlu mencari sumber kewangannya sendiri dan tidakterlalu mengharapkan peruntukan tambahan daripada kerajaan.Hadir sama Menteri Pendidikan dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,Dato Seri Idris Jusoh , Menteri Pendidikan Malaysia II, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan P Panchanathandan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsaserta Ketua Setiausaha MOE, Dato Seri Ir Dr Zaini Ujang.Pelan Pembangunan ini bertujuan untuk meningkatkan dan memantapkan sistem pendidikan tinggi negara.Bermatlamatkan pembangunan bakat, berteraskan ilmu dan akhlak yang seimbang dalam diri masing-masing supaya hasildapat menyumbang semula kepada pembangunan negara. - Faizal Dato Badarudin (WD MY)http://wartadaily.com.my/?q=node/188

top related