etika kaunseling d

Post on 10-Feb-2016

229 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

D1 HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL LAIN

• Kaunselor dan profesional lain perlu menjalinkan hubungan dengan baik krn ia mampu menambahbaik perkhidmatan mereka kepada klien

• Kualiti interaksi kaunselor & rakan sejawat boleh mempengaruhi kualiti perkhidmatan yang mereka berikan kepada klien. Mereka berusaha untuk mengenali dan mengetahui rakan sejawat di dalam dan di luar bidang kaunseling.

• Kaunselor hendaklah menghormati pelbagai pendekatan perkhidmatan kaunseling yang berbeza dengan pendekatan mereka sendiri

• Berusaha menjalin dan mengukuhkan hubungan antara disiplin dengan rakan sejawat daripada disiplin yang lain cthnya kaunselor + pegawai polis

• Kaunselor yang menjadi ahli pasukan antara disiplin yang memberikan perkhidmatan pelbagai tahap dan jenis kepada klien hendaklah memberi fokus kepada cara bagaimana untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien. Mereka juga hendaklah terlibat dan menyumbang kepada proses membuat keputusan - kesejahteraan klien

D2.KONSULTASI

• Apabila memberikan perkhidmatan konsultasi, kaunselor hendaklah berusaha untuk mewujudkan suatu bentuk pemahaman yang jelas dengan konsulti tentang definisi masalah, matlamat perubahan, atau kesan yang dijangka daripada intervensi yang dipilih

• Konsultasi merupakan satu bentuk perhubungan di antara konsultan dan konsulti di mana keupayaan menyesuaikan diri dan perkembangan konsulti ke arah arahan kendiri, dipupuk dan digalakkan secara konsisten.

• Perundingan ialah suatu proses formal yang berlaku apabila dua pihak cuba mencari penyelesaian dalam konflik yang rumit

• Ahli hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kebolehan profesionalnya.

• Ahli perlu menjalinkan hubungan yang baik dalam bidang pekerjaan dengan penyelia dan kakitangannya dan menerangkan mengenai matlamat dan rancangannya

• Ahli hendaklah mencuba untuk memberi perkhidmatan yang terbaik bagi menentukan hak kebajikan orang yang menerima perkhidmatannya terpelihara.

• Ahli hendaklah memberitahu majikan sekiranya berlakunya situasi yang menimbulkan konflik.

• Sekiranya ahli terlibat dalam perlantikan mana-mana kakitangan, ahli hendaklah memilih orang yang berkelayakan serta memberi tanggungjawab yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan mereka

• Caplan (1970) Perundingan melibatkan ciri kesukarelaan, dan perhubungan yang wujud antara dua professional. Biasanya professional yang terlibat adalah berasal dari bidang yang berbeza, seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis, pegawai kebajikan.

• Perundingan bermatlamat untuk 1) memperbaiki tugas yang dijalankan oleh konsulti; 2) memperkembangkan kemahiran konsulti sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah yang serupa secara tersendiri pada masa hadapan. Sehubungan ini, bantuan yang dihulurkan dapat membantu orang-orang profesional itu dalam menangani aspek kesihatan psikologikal dalam tugas mereka semasa, dan membolehkan mereka mengatasi masalah yang serupa pada masa depan dengan lebih berkesan.

• Perundingan adalah satu proses sementara bergantung kpd kategori sama ada 1sesi ataupun beberapa sesi

• Perunding boleh didakwa jika berlaku sebarang bentuk penyelewengan dan pelanggaran kontrak

• Kaunselor tidak mengganggu atau membuang kerja seseorang pekerja yang telah bertindak dengan cara yang bertanggungjawab dan beretika untuk mendedahkan dasar dan amalan majikan yang tidak sesuai.

top related