estetika dan kanak-kanak - uthm- uthm

Post on 14-Aug-2015

58 Views

Category:

Education

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ESTETIKA DAN KANAK-KANAK

HJ.MOHD. JAMEL BIN HJ. ISMAILIPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR.

PENGENALAN

Menurut Koster (2001) kefahaman mengenai karya seni merupakan sebahagian daripada pengajaran Pendidikan Seni Visual. Kefahaman ini penting kerana kanak-kanak dikelilingi oleh persekitaran yang banyak menggunakan visual sebagai medium komunikasi.Justeru kemahiran menghayati nilai kecantikan dan estetika perlu didedahkan kepada mereka supaya mereka dapat membezakan kepelbagaian cabang dan aliran seni.

DEFINISI

Mula digunakan pertama kalinya oleh ahli Estetika falsafah Jerman, Alexander Baumgarten sekitar tahun 1744.

Estetika berasal daripada perkataan Greek iaitu aisthekos yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria.

Estetik melibatkan penggunaan semua deria.

DEFINISI

Ilmu estetik merupakan sebahagian daripada ilmu cabang falsafah yang mengutarakan isu-isu berkaitan dengan sifat seni dan nilai yang terdapat pada hasil seni. Sebagai contoh, kecantikan merupakan salah satu daripada kualiti dan nilai yang terdapat pada hasil seni.

Bagi Bates (2000) , beliau menterjemahkan estetik sebagai satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai kecantikan dan kebaikan.

DEFINISI Manakala Lankford (1992), estetika

sebagai satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni termasuk persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan memahami pengalaman estetik yang berkaitan dengan perkembangan artistik dan penghasilan produk.

DEFINISI Ragans (2000) menjelaskan bahawa menilai

hasil karya bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya tersebut malahan ia juga dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya, iaitu dari segi penyampaian dan gaya penghasilan. Sesuatu karya mungkin tidak nampak cantik namun ianya dikira berjaya daripada aspek penyusunan dan reka letak imej dan ianya berjaya dan unik.

DEFINISI

Apabila seseorang menghayati karya, individu terbabit akan bertindak balas dengan karya tersebut dan proses ini dikenali sebagai Tindak Balas Estetika.

Tindak balas estetika merujuk kepada reaksi semula jadi manusia yang tercetus apabila seseorang melihat karya seni.

Sebagai contoh, kekaguman seseorang apabila melihat hasil karya yang cantik dan mempersonakan.

DEFINISI

Di dalam pengajaran PSV, istilah pendidikan estetik digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan seperti arca, lukisan, catan dan sebagainya.

Pendidikan estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada perbincangan berkaiatn dengan penghuraian makna dan simbolik penghasilan karya seni

Kaitan pendidikan dan estetik berkaitan dengan pengalaman pembelajaran sebagai pengalaman estetik( Abdul Shukor Hashim – 1991)

PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN

Tetapi makna kecantikan itu sebenarnya sukar untuk dihuraikan kerana sifatnya yang abstrak, subjektif dan orientasi mengenai kecantikan itu berbeza mengikut budaya. Sebagai contoh, di zaman Greek purba, tujuan utama seni adalah memaparkan idea dan konsep kesempurnaan dari segi kecantikan fizikal. Justeru itu tidak hairanlah banyak arca patung dibina sebagai manifestasi kecantikan.

PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN

Pada Zaman Byzantin, konsep kecantikan diterjemahkan dengan kepercayaan kuat terhadap pegangan agama lalu dipamerkan melalui imejan berunsurkan keagamaan.

Di Barat , walaupun ramai artis bergantung kepada konsep kecantikan sebagai luahan ekspresi, ianya hanyalah sebagai salah satu pendekatan sahaja.

PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN

Ramai artis menggunakan menggunakan konsep yang bertentangan dengan kecantikan dalam penghasilan karya.

Sebagai contoh, ada artis yang mendapat ilham dan idea daripada kesan kekejaman peperangan, kemiskinan dan pembunuhan sebagai tema utama karya dan isu kecantikan dalam karya ini tidak lagi berkisar kepada kedaan yang mempersonakan.

PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN

Suatu masa dahulu, seni sering dikaitkan dengan kecantikan. Namun ahli estetik tidak lagi bersetuju dengan pendapat ini.

Apabila ilmu estetik dijadikan satu entiti kajian yang berlainan pada pertengahan kurun ke -18,ahli falsafah mula membuat pencarian yang berlainan tentang makna dan konsep kecantikan dalam seni.

ESTETIK DAN KANAK-KANAK Bagi kanak-kanak, perasaan mudah

tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa kerana perkara-perkara luar biasa dan pelik ini merupakan perkara baru bagi mereka. Pengalaman estetik kanak-kanak diperoleh melalui penglihatan, pengalaman dan ekplorasi.

ESTETIK DAN KANAK-KANAK

Lowenfeld (1975) percaya bahawa perkembangan estetik kanak-kanak tidak boleh dipisahkan dengan perkembangan kreativiti.

Menurutnya lagi, kedua-duanya dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran mereka.

ESTETIK DAN KANAK-KANAK

Menurutnya lagi, pendidikan yang melibatkan tindak balas estetik turut melibatkan spektrum yang lebih luas iaitu pengalaman menghasilkan karya seni dan bentuk karya turut penting di dalam pendidikan estetika kerana ia merupakan asas kepada huraian dan tindak balas terhadap karya.

ESTETIK DAN KANAK-KANAK

Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya.

Faktor umur mempengaruhi kanak2 dari segi kematangan dan kebolehan untuk mengolah gambar dan objek.

Sebagai contoh, kanak2 lebih minat untuk memilih warna-warna yg cerah, terang dan berwarna-warni.

Bentuk penghasilannya berbentuk abstrak, sukar difahami dan menghasil karya mengikut perkembangan artistik sendiri.

ESTETIK DAN KANAK-KANAK

Faktor pengalaman pula merujuk kepada pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh kanak-kanak untuk membezakan sesuatu karya. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Howard Gardner dan Ellen Winner ( 1976 ) mendapati bahawa kanak-kanak berumur dari empat hingga tujuh tahun beranggapan bahawa hasil karya yang ditunjukkan kepada mereka adalah menarik dan mudah untuk dihasilkan.

ESTETIK DAN KANAK-KANAK

Mereka juga beranggapan bahawa semua orang mampu menghasilkan karya dan karya tersebut dianggap siap apabila ianya memenuhi ruang kertas lukisan tersebut. Ini menunjukkan bahawa pengalaman dan pengetahuan kanak-kanak juga mempengaruhi tindak balas estetik kanak-kanak terhadap karya.

top related