esei-malayan union ster
Post on 01-Jul-2015
2.335 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TH10203 Sejarah Malaysia 1
1.0 PENGENALAN
Setelah Jepun menyerah kalah secara rasmi pada 22 Februari 1946 di
Kuala Lumpur, banyak kesan positif dan negatif1 dari aspek sosial, ekonomi, dan
politik yang berlaku terhadap penduduk Tanah Melayu. Kesan penting adalah
berlakunya pergaduhan antara kaum terutamanya antara orang Melayu dengan
orang Cina. Pendudukan Jepun telah menyebabkan munculnya Parti Komunis
Malaya (PKM) yang mendapat sokongan terutamanya dari orang Cina. PKM telah
menubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) yang juga dikenali
sebagai ‘Bintang Tiga’. MPAJA telah mendapat sokongan dari British dari aspek
bantuan senjata semasa pemerintahan Jepun. Akibatnya, selepas Jepun
menyerah kalah, MPAJA telah mengambil kesempatan melancarkan
pemberontakan bersenjata pada bulan Jun 1948 dengan tujuan untuk
menubuhkan sebuah Republik komunis di Tanah Melayu2. Lebih kurang dua
minggu di antara masa penyerahan Jepun dengan ketibaan Pentadbiran Tentera
British (BMA), hampir 70 peratus bandar, pekan dan kampung di Tanah melayu
telah dikuasai oleh MPAJA dengan menjalankan pemerintahan rejim komunis.
MPAJA juga telah mengambil kesempatan dengan menjalankan sabotaj dan
keganasan. Mereka melakukan pembunuhan terhadap pengurus ladang dan
lombong, menyerang balai polis dan pusat kawalan pasukan keselamatan,
membalas dendam dengan membunuh orang Melayu dan orang yang dianggap
sebagai tali barut Jepun. Dianggarkan, MPAJA telah membunuh lebih kurang
2,542 orang Cina, Melayu dan India dan lain-lain yang diangap sebagai tali barut
jepun.3 Keadaan yang semakin memuncak itu menyebabkan darurat
diisytiharkan pada petang 16 Jun 1948, oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu, Sir Edward Gent. Kerajaan Tanah Melayu dan Singapura kemudiannya
mengharamkan PKM pada 23 Julai 1948 dan gerakan politik berhaluan kiri yang
lain.
British sedar kekalahannya di tangan Jepun dalam masa yang singkat
adalah disebabkan oleh kelemahan mereka dalam pentadbiran di Tanah melayu.
Akibatnya, pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di
1 Shahlin Ali. 2005. Sebab-Sebab dan Kesan-Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Meniti Catatan Sejarah Koleksi Artkel 2002-2003.Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur. hlm 612 Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Universiti Malaya.Kuala Lumpur .Hlm 153 Ibid hlm 11
TH10203 Sejarah Malaysia 2
London untuk merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah
Melayu selepas perang tamat. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah
meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU.
Pada 10 Oktober 1945, Setiauaha Pejabat Tanah Jajahan British, George Hall,
telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang
dikenali sebagai Malayan Union (MU). Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael
dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi
mempersetujui penubuhan MU. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober
hingga 21 Disember 1945. Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih”
yang mengandungi cadangan-cadangan Malayan Union.
Pada mulanya kerajaan British telah merancang untuk menggabungkan
negeri-negeri kesultanan Melayu, Negeri-Negeri Selat, Sarawak, Borneo Utara
dan Brunei ke dalam satu kesatuan. Tetapi pada akhirnya, Sarawak, Borneo
Utara dan Singapura dikeluarkan daripada rancangan mereka dan hanya
dijadikan sebagai tanah jajahan British menjelang Julai 19464. Menurut kajian
James Allen, sebab Malayan Union diperkenalkan adalah untuk mempersiapkan
negeri-negeri Melayu ke arah berkerajaan sendiri (bukan diberi kemerdekaan),
untuk menentukan bahawa Semenanjung Tanah Melayu dapat dipertahankan
daripada serangan luar dan British tidak begitu yakin terhadap bangsa Melayu.
Mungkin sebab pertahanan dan niat British untuk menyediakan Tanah Melayu ke
arah berkerajaan sendiri boleh diterima kerana ada bukti yang nyata tetapi
perasaan kekecewaan British terhadap bangsa Melayu tidak dapat diperoleh.
Tetapi dasar British untuk memperkenalkan Malayan Union tidak bermakna
British berniat untuk memberikan kemerdekaan kepada negeri-negeri Melayu.5
4 Barbara Watson Andaya and Leonard Andaya. 2001. A History Of Malaysia. Hlm 2655 Ariffin Omar. Dari Malayan Union ke 13 Mei.Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. hlm 323
TH10203 Sejarah Malaysia 3
2.0 Faktor penubuhan Malayan Union
Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas tamatnya
Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan di antara Negeri-Negeri Melayu
dengan Negeri-Negeri Selat, kecuali Singapura yang dikekalkan sebagai tanah
jajahan yang berasingan. Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura
sebagai suatu tanah jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa
penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan
penerimaan rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan
peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan
menjejaskan kepentingan mereka.
Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar
kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-
pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.
Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai
sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. Namun
begitu, tujuan utama British mengecualikan penyertaan singapura ke dalam
TH10203 Sejarah Malaysia 4
Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura,
kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan pelbagai lagi faktor yang
berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk
mengekalkan singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.6
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong British untuk menubuhkan
Malayan Union. Antara sebab utama ialah pihak British ingin mewujudkan satu
pentadbiran pusat yang lebih berkesan. Jika di lihat sebelum ini terdapat tiga
corak pemerintahan yang berbeza di Tanah Melayu. Corak pemerintahan ini juga
adalah tidak seragam. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union”
menegaskan bahawa sistem pentadbiran tersebut bukan sahaja janggal tetapi
mahal. Sistem pentadbiran sebelum perang perlu dihapuskan kerana ianya
mempunyai banyak kelemahan.
Corak pemerintahan yang di maksudkan ialah corak pemerintahan Negeri-
negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) , Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-negeri Melayu tidak
Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu). British ingin menyatukan
ketiga-tiga corak pemerintahan ini di bawah satu pemerintahan pusat. British
berpendapat bahawa dengan penyatuan negeri-negeri ini di bawah Malayan
Union, mereka akan dapat menghasilkan satu jentera pentadbiran yang lebih
selaras dan licin malah akan dapat menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.
Di samping itu, penubuhan Malayan Union ini juga adalah bertujuan untuk
memudahkan pihak British menyusun strategi pertahanan. Hal ini kerana
sebelum Perang Dunia Kedua meletus, pihak British mendapati, amat sukar
bagi mereka untuk menyusun strategi pertahanan di Tanah Melayu kerana
bukan semua negeri ditadbir secara langsung oleh British. Oleh itu mereka
berpendapat bahawa sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit
politik, ia akan memudahkan mereka untuk menyusun strategi peperangan yang
lebih berkesan.
Seterusnya, Malayan Union yang di tubuhkan juga bertujuan untuk
mengimbangi perkembangan ekonomi. Sebelum perang meletus di Tanah
6 http//ms.Wikipedia.org/wiki/Malayan_union
TH10203 Sejarah Malaysia 5
Melayu, perkembangan ekonomi antara negeri-negeri di Tanah Melayu adalah
tidak seimbang. Ini dapat di buktikan kerana perkembangan ekonomi di Negeri-
negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah lebih maju dan pesat
jika di bandingkan dengan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu. British
berpendapat bahawa jika semua negeri-negeri ini di gabungkan di bawah satu
unit politik, ia akan dapat mengimbangi perkembangan ekonomi di Tanah
Melayu. Ini secara tidak langsung akan dapat memajukan ekonomi Tanah Melayu
secara menyeluruh. Selain itu Malayan Union juga bertujuan untuk mengenang
jasa orang-orang Cina. James V. Allen juga mendakwa penubuhan Malayan Union
adalah bertujuan untuk mengenang jasa orang Cina yang telah bekerjasama
dengan British untuk menentang Jepun. Majoriti orang Cina telah menjadi
anggota Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan telah bersama-sama
dengan pihak British dalam usaha untuk mengusir tentera Jepun dari Tanah
Melayu.
Sebab yang lain mengapa Malayan Union ditubuhkan adalah sebagai
persediaan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Pada hemat pihak British,
Malayan Union yang di tubuhkan adalah sebagai persediaan orang melayu ke
arah berkerajaan sendiri. Mereka mengatakan bahawa sebelum hasrat ini
tercapai, satu bentuk pentadbiran yang cekap perlu di adakan dan pentadbiran
yang di maksudkan adalah Malayan Union. Melalui Malayan Union, penduduk
Tanah Melayu akan dilatih untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran dengan lebih
cekap. Tanah Melayu akan diberi latihan ke arah berkerajaan sendiri sesuai
dengan Piagam Atlantik 1945. Piagam tersebut menganjurkan masa depan
sesebuah negara ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Kebanyakan buku-buku
Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan
'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu
terhadap kemerdekaan.
Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun
menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan
bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah
negara sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka'. Maka, pihak Britain terikat untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak
di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya
menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan
TH10203 Sejarah Malaysia 6
menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana, ia dilihat sebagai satu usaha
untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan
cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan
telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union.7
Selain itu, perlembagaan Malayan Union yang dirangka dilihat merupakan
salah satu langkah pihak British untuk menghalang usaha orang melayu untuk
menuntut kemerdekaan. Selain menghalang usaha untuk orang melayu
menuntut kemerdekaan, perlembagaan Malayan Union secara tidak langsung
akan dapat membendung semangat kebangsaan orang-orang melayu. Sejak
pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, orang-orang melayu telah berusaha
untuk mendapatkan kemerdekaan. Justeru itu, pihak British telah mengambil
langkah awal untuk mematahkan hasrat orang melayu ini dengan merangka
perlembagaan Malayan Union. Menerusi perlembagaan Malayan Union, Tanah
Melayu akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.
Sebab lain yang menyebabkan Malayan Union ditubuhkan ialah untuk
membalas dendam terhadap orang Melayu kerana orang-orang Melayu telah
menyokong tentera Jepun. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union”
menegaskan bahawa sejak kekalahan pihak British di tangan Jepun, majoriti
pegawai British adalah bersikap anti-Melayu kerana mereka kecewa dengan
tindakan dan orang Melayu yang telah bekerjasama dengan tentera Jepun.
Akibatnya, perlembagaan Malayan Union adalah amat merugikan orang-orang
Melayu itu sendiri, terutamanya yang berkaitan dengan hak keistimewaan dan
kekuasaan serta kewibawaan Sultan yang menjadi tonggak kepada negara.
Melalui perlembagaan Malayan Union sultan tidak mempunyai kekuasaan dalam
aspek pentadbiran. Sultan hanya mempunyai kuasa dalam hal-hal yang berkaitan
dengan Hal Ehwal agama Islam dan adat resam orang melayu di mana mereka
dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu di negeri masing-masing.
Seterusnya, penubuhan perlembagaan Malayan Union adalah bertujuan
untuk melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu terutamanya dalam
kalangan orang-orang Cina dan India di Tanah Melayu. Hal ini kerana taat setia
dalam kalangan orang-orang Cina dan India masih lagi kepada negara asal
7 http//ms.Wikipedia.org/wiki/Malayan_union
TH10203 Sejarah Malaysia 7
mereka. Pihak British berharap bahawa dengan pemberian kerakyatan yang
longgar menerusi prinsip Jus Soli, orang Cina dan India akan menumpukan taat
setia mereka kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi warganegara
Malayan Union kelak.8
3.0 Ciri-Ciri Malayan Union
Rancangan Malayan Union yang melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi
tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan
Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang
kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan hal ehwal agama Islam dan adat
Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya, pihak British akan terus memerintah
melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union.
Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu,
kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-
sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya
Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya
bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British
di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara
mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum
pendudukan Jepun.
Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang
memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah
Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-
kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua
warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama,
termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali,
kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum
dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.9
8 Malayan Union Aplikasi atas talian di http://www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID=4755&PN=1
9 http//ms.Wikipedia.org/wiki/Malayan_union
TH10203 Sejarah Malaysia 8
4.0 Perlembagaan Malayan Union
Rancangan Malayan Union dibincangkan secara serius pada peringkat
kabinet oleh kerajaan Parti Buruh pada bulan Julai 1945. Rancangan kerajaan
oleh diumumkan pada Oktober 1945 dan isi kandungannya dikeluarkan dalam
warta kerajaan “Kertas Putih 6724” bertarikh 22 Januari 1946. Menurut
perlembagaan Malayan Union Negeri-Negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka
akan disatukan di bawah satu pentadbiran. British berpendapat kesatuan perlu
kerana sebelum ini tiap-tiap dan sukar untuk menyeragamkannya. Walaupun
pemerintahan dipusatkan kerajaan negeri akan diberi kuasa menguruskan hal-
ehwal tempatan dengan persetujuan pusat. Ketua pentadbiran kerajaan kesatuan
ialah gabenor dengan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan perundangan. Majlis
Eksekutif terdiri daripada lima orang ahli iaitu Ketua Setiausaha, Peguam Negara,
Setiausaha Kewangan dan dua orang lagi ahli yang akan ditentukan oleh
gabenor. Majlis ini juga dianggotainya oleh lima orang ahli tidak rasmi.
Majlis perundangan mengandungi dua puluh satu orang ahli tidak rasmi
dan ahli tidak lebih daripada dua puluh satu orang. Dengan ini ahli tidak rasmi
akan mempunyai majoriti dalam dewan. Ahli-ahli tidak rasmi akan dilantik
mewakili tiga kumpulan kaum wanita- 1) Melayu, 2) Cina, 3) Eropah, India,
Eurasian dan sebagainya. Setiap komponen akan diwakili oleh tujuh orang ahli.
Negeri-negeri pula mempunyai Majlis Penasihat yang diketuai oleh sultan.
Baginda akan melantik ahli-ahli Majlis tetapi mesti mendapat pengesahan
gabenor. Majlis ini akan menasihatkan sultan dalam semua perkara berhubung
dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagaimanapun hal ini perlu
dirujuk kepada Pesuruhjaya Residen dan mendapat persetujuan residen.
Majlis Penasihat Pusat yang dipengerusikan oleh gabenor dan dianggotai
oleh sultan-sultan akan membincangkan lebih lanjut tentang hal-ehwal agama
Islam dan adat istiadat Melayu. Jelas gabenor mempunyai kuasa yang selama ini
menjadi hak istimewa raja-raja. Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan
dan Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah itu.10 Kemerdekaan tidak
akan diberi selagi kaum-kaum tidak bersatu. Bagi menjaga kepentingan imigran,
pemberian kerakyatan dilonggarkan kepada semua bangsa manakala hak
istimewa orang Melayu ditarik balik. Kewarganegaraan akan diberi atas nama
Malayan Union. Mereka yang layak mendapat kerakyatan.
10 Khong Kim Hoong, Merdeka, British Rule and the Struggle For Indepence in Malaya, 1984, hlm. 37.
TH10203 Sejarah Malaysia 9
1) Mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura
2) Mereka yang menetap selama sepuluh tahun daripada lima belas tahun
yang lalu
3) Mereka yang menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama lima tahun.
4) Rakyat British boleh mendapat kerakyatan Malayan Union tanpa hilang
kerakyatan British
5) Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
5.0 Syarat-syarat Malayan Union
Perlembagaan Malayan Union menukar taraf negeri-negeri Melayu
daripada negeri-negeri yang bernaung menjadi tanah jajahan British. Sebagai
tanah jajahan, Britian akan berkuasa penuh di seluruh Tanah Melayu. Menerusi
Malayan Union, Britian telah menghapuskan kedaulatan sultan-sultan Melayu.
Britian telah mengambil alih kuasa sultan-sultan Melayu apabila Sir Harold
MacMichael, seorang wakil khas kerajaan British, telah Berjaya mendapatkan
tandatangan sultan-sultan untuk menyerahkan kedaulatan mereka kepada
Britian. MacMichael telah datang ke Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945.
Sebenarnya cara beliau mendapatkan tandatangan sultan-sultan ini boleh
dipersoalkan kerana ada sultan yang diugut, misalnya Sultan Kedah. Selain itu,
ada pula perjanjian menyerahkan kuasa yang ditandatangani oleh sultan-sultan
ini yang tidak sah dari segi perlembagaan negeri. Perlembagaan negeri Johor
pada masa itu dari segi perlembagaan negeri. Perlembagaan negeri Johor pada
masa itu misalnya, tidak membenarkan sultan dengan cara bersendirian,
menyerahkan negeri Johor kepada mana-mana kuasa luar. Fasal 15 dalam
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyatakan:
“Raja itu tiada sekali-kali boleh menyerahkan atau berbuat sebarang perjanjian
atau ikhtiar hendak menyerahkan akan negeri atau sesuatu bahagian daripada
negeri dan kerajaan Johor itu kepada sebarang kerajaan atau kuasa bangsa
Eropah atau sebarang lain kerajaan atau bangsa….”
TH10203 Sejarah Malaysia 10
Mengikut Perlembagaan Malayan Union, semua negeri Melayu termasuk
Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu pemerintahan pusat.
Singapura tidak dimasukkan. Malayan Union diperintah oleh seorang Gabenor
British yang berkuasa penuh. Sultan-sultan cuma jadi raja kehormat sahaja.
Majlis yang membincangkan hal agama Islam dalam Malayan Union dianggotai
oleh sultan-sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya. Keadaan inii
adalah ganjil kerana seorang yang beragama Kristian menjadi pengerusi majlis
yang mengendalikan hal agama Islam. Perlembagaan Malayan Union cuba
memberi hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip Jus
Soli. Ini bermakna jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan
Union ditubuhkan, maka ia berhak menerima hak kerakyatan dengan senang.
Perlembagaan Malayan Union juga memerlukan penubuhan sebuah Majlis
Penasihat Pusat. Ahli Majlis Penasihat Pusat ini dilantik oleh cadangan untuk
mendapatkan ahli Majlis menerusi pilihanraya, biarpun sebahagian kecil
daripadanya. Tiap-tiap negeri dalam Malayan Union mempunyai mempunyai
seorang Pesuruhjaya Residen yang menjadi ketua pentadbir di peringkat negeri.
Beliau mentadbir secara langsung dan tidak lagi menjadi penasihat kepada
sultan seperti sebelum Perang Dunia Kedua dahulu.11
6.0 SUMBANGAN MALAYAN UNION KE ATAS PERKEMBANGAN SEMANGAT
KEBANGSAAN RAKYAT
6.1 Penubuhan Kongres Melayu Se-Malaya
Oleh kerana tindakan British itu terlalu menghinakan bangsa dan tanahair
mereka, maka orang Melayu tidak dapat lagi menahan sabar dan membiarkan
diri tertindas dan kedaulatan bangsa ternoda. Mereka bangkit dan mengorak
langkah untuk menghapuskan penghinaan dan pencabulan yang dilakukan ke
atasnya. Sungguhpun orang Melayu menentang Malayan Union dengan hebat
tetapi usaha mereka tidak padu. Beberapa pandangan yang telah dikemukakan
dalam akhbar supaya orang Melayu bersatu menentang Malayan Union supaya
11 Zainal Abidin Abdul Wahid et.al.1996.. Malaysia Warisan dan Perkembangan .Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.hlm 276-278
TH10203 Sejarah Malaysia 11
lebih berkesan. Jadi, pada 1 Mac 1946, satu persidangan pertubuhan Melayu
telah diadakan di Kuala Lumpur untuk menyatupadukan tenaga orang Melayu.
Persidangan pertubuhan Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru, dari 1 hingga 4 Mac 1946 ialah satu kempen hebat bangsa
Melayu menentang penjajahan. 12
Persidangan itu dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu termasuk juga
Persatuan Orang Melayu. Antara persatuan yang telah menghantar wakil ialah
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, Kesatuan Melayu Kedah, Persatuan
Melayu Kelantan, Kesatuan Melayu Melaka, Persatuan Melayu Negeri Sembilan,
Persatuan Melayu Pahang, Kesatuan Melayu Pulau Pinang, Perikatan Melayu
Perak, Persetiaan Muslim Teluk Anson, Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor,
Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan Melayu Terengganu dan Parti Kebagsaan
Melayu Malaya. Wakil-wakil yang hadir telah bersetuju menggabungkan
pertubuhan Melayu ini. Dato’ Onn bin Jaafar telah dilantik menjadi pengerusinya.
Kongres berpendapat bahawa langkah kerajaan British hendak
memaksakan Malayan Union di Tanah Melayu adalah bertentangan dengan
prinsip demokrasi kerana orang Melayu tidak bersetuju menerimanya. Malah cara
kerajaan British mendapatkan tandatangan beberapa orang sultan juga
dipersoalkan kesahihannya. Kongres juga merasakan tindakan kerajaan British
hendak menubuhkan Malayan Union itu sebagai tidak adil. Orang Melayu
merasakan bahawa kerajaan British selepas Perang Dunia Kedua sepatutnya
datang meminta maaf kepada penduduk Tanah Melayu kerana ia telah tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu apabila diserang oleh
Jepun. Sebaliknya, pihak British mencabul kedaulatan raja-raja Melayu dan
menodai hak politik orang Melayu. Oleh itu, kongres meminta kerajaan British
menarik balik rancangan Malayan Union dan mengekalkan Tanah Melayu kepada
keadaan sebelumnya.
Sungguhpun Kongres Melayu Se-Malaya telah menyatakan tentangannya
terhadap rancangan Malayan Union tetapi pihak British tidak begitu
mempedulikannya. Dalam satu perbincangan di Dewan Rakyat British pada 8
Mac 1946, kerajaan British telah menyatakan keazamannya hendak
melaksanakan Malayan Union pada 1 April 1946, tetapi, fasal yang berkenaan
dengan hak kerakyatan telah digantung buat sementara. Apabila orang Melayu
12 Ibid. Hlm. 279.
TH10203 Sejarah Malaysia 12
mendengar tujuan British hendak mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April
1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah mengambil keputusan untuk mengadakan
mesyuarat tergempar pada 29 dan 30 Mac 1946 di Kuala Lumpur. Kongres telah
mengambil keputusan:
Bersatu padu menentang Malayan Union
Memulaukan upacara berhubung dengan penubuhan Malayan Union
Memulaukan sebarang upacara berhubung dengan pelantikan Gabenor
Malayan Union.
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah memulaukan majlis tersebut dan
menarik diri dari sebarang perlantikan jawatan kuasa
Berkabung selama tujuh hari sebagai tanda bantahan terhadap Malayan
Union dengan melilitkan kain putih pada songkok
Walau bagaimanapun, Kerajaan Inggeris tidak menghiraukan bantahan
orang-orang Melayu. Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dan Sir
Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor pertama Gagasan Malayan Union.
Sultan-sultan, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan
tidak menghadiri upacara tersebut. Orang-orang Melayu seolah-oleh berkabung
dengan melilitkan kain putih di songkok sebagai simbol kematian selama tujuh
hari. Tindakan Kongres Melayu SeMalaya ini agak mengagumkan. Tentangan
orang Melayu terhadap Malayan Union tambah berkesan. Britian tidak menjangka
kesedaran politik orang Melayu begitu hebat sehingga mereka boleh bersatu
padu secara menyeluruh, bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi termasuk juga
sultan-sultan.13
Kesimpulannya, semangat pewira yang tercetus dalam Kongres
Kebangsaan Melayu Se- Malaya itu telah menjiwai perjuangan umat Melayu, dan
mereka bertambah-tambah sedar bahawa jika mereka berjuang terus
mengembalikan hak-hak kedaulatan bangsa, maka akan hilanglah pusaka
bangsa dan padah yang akan menimpa pada masa hadapan lebih buruk dari
sekarang. Penubuhan Kongres Melayu Semalaya telah menjadi pencetus kepada
kebangkitan semangat nasionalisme kepada rakyat pada masa itu. Hal ini adalah
disebabkan kerana melalui penubuhan ini, orang Melayu telah bersatu dan
menentang Malaya Union secara hebat walaupun tidak padu.
13 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hlm. 195.
TH10203 Sejarah Malaysia 13
6.2 Lahirnya UMNO (United Malaya National Organisation)
UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah ditubuhkan
pada 11 Mei 1946 hasil daripada kesedaran politik orang Melayu menentang
pengenalan Malayan Union sejak Disember 1945. Melalui kebimbangan mereka
akan kehilangan negeri, bangsa dan kebudayaan mereka, penyatuan orang
Melayu menjadi begitu jelas dan bermakna sekali. Ia bolehlah dianggap sebagai
satu kemuncak nasionalisme Melayu itu sendiri.14 Ketika ditubuhkan, UMNO
menerima semua orang Melayu daripada pelbagai ideologi dan fahaman untuk
sama-sama berjuang di bawah satu slogan “Hidup Melayu”. Tetapi sebelum 11
Mei 1946, orang Melayu sudah mempunyai parti atau persatuan yang berselerak
di seluruh Tanah Melayu dan tidak bersatu akibat dasar pecah perintah pihak
British.
Pertubuhan Melayu Perak, Selangor, Johor, Kedah, Seberkas, API, Insaf,
Perkemam, KMM (yang diharamkan oleh pihak Inggeris sebelum Jepun
menduduki Tanah Melayu) dan berbagai-bagai lagi persatuan yang bersifat
kenegerian atau kesukuan seperti Persatuan Anak Jawa, Anak Kalimantan,
Sumatera dan sebagainya telah bertekad meleburkan identiti sempit mereka
masing-masing dan seterusnya menyamakan identiti di bawah satu parti politik
yang sama, iaitu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di bawah payung
UMNO.15 UMNO merupakan sebuah parti yang merangkumi beberapa persatuan
dan pertubuhan dari negeri-negeri di Tanah Melayu yang telah bergabung untuk
menentang Malayan Union. Dato’ Onn Jaafar merupakan presiden UMNO yang
pertama.
Menurut Mohd. Isa Othman, UMNO tidak muncul sebagai sebuah
pertubuhan yang inginkan kemerdekaan. Ini adalah berdasarkan ucapan wakil-
wakil persatuan negeri-negeri Melayu di mana tidak seorang pun yang menuntut
kemerdekaan daripada pihak British. Mereka cuma melaungkan perasaan kesal
terhadap perubahan dasar British yang akan menggabungkan negeri-negeri
Melayu dan juga memberi taraf kerakyatan kepada beribu-ribu kaum pendatang
yang tidak ada sebarang kaitan dengan Tanah Melayu. Bagi mereka, pihak British
telah mengkhianati bangsa Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union dan
mereka telah mencadangkan cara untuk memperbaiki semula antara orang-
14 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 1.15 Ahmad Atory Husain, Dimensi Politik Melayu 1980 – 1990 : Antara Kepentingan dan Wawasan Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 1.
TH10203 Sejarah Malaysia 14
orang Melayu dengan pihak British ialah dengan mengembalikan semula
keadaan politik seperti sebelum tahun 1941. Namun cadangan ini tidak dapat
diterima oleh British. Wakil-wakil Melayu pada masa itu dengan terus terang
menjelaskan bahawa mereka tidak menginginkan kemerdekaan tetapi hanya
naungan daripada pihak British agar kedudukan bangsa Melayu tidak terancam.16
Dato’ Onn juga ada menyatakan alasan mengenai UMNO yang menolak
kemerdekaan penuh ke atas Tanah Malayu kerana bagi beliau, orang Melayu
belum cukup terlatih untuk mentadbir negara yang merdeka. Kata beliau:
“Saya ada mendengar beberapa pihak berkehendakkan kemerdekaan
penuh, atas tuntutan itu hendaklah kita tunjukkan kebolehan kita supaya barang
yang sudah kita pegang itu tidak terlepas daripada tangan kita… saya bertanya
seorang daripadanya bagaimana caranya merdeka. Saya yang akan jalankan
pemerintahan itu. Adakah cukup dengan seorang yang dipertua sahaja?
Bagaimana menterinya, sudahkah disusunkan? Adakah orang-orang Melayu itu
sudah cukup layak menjadi Menteri Besar dan menteri-menteri keamanan,
pelajaran, keselamatan dan sebagainya?... Bagaimana hendak menjalankan
kerajaan jika kita sendiri tiada orang?”17
Ketika UMNO di ambang permulaan perjuangannya, masyarakat Melayu
hidup dalam keadaan miskin, daif dan serba kekurangan. Ahli UMNO ketika itu
hanya berbekalkan semangat waja dan tidak mempunyai sebarang kepentingan
seperti jawatan, pangkat dan harta kekayaan. Apa yang mereka miliki hanyalah
cita-cita untuk menghalau penjajah dari Tanah Melayu. Pada peringkat awal juga,
mereka hanya menggunakan pendekatan yang sederhana dan tidak bercorak
radikal. Antara kejayaan UMNO selain menumbangkan Malayan Union ialah
mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan
berjaya memulihkan kedaulatan raja-raja Melayu. UMNO telah mendapat
kerjasama daripada raja-raja Melayu dalam pemulauan perlantikan Edward Gent
sebagai Gabenor Malayan Union pada 1 April 1946. UMNO juga mendapat
kerjasama orang-orang Melayu dengan melakukan perkabungan selama 7 hari
dan memakai songkok putih yang berlilit kain hitam sebagai tanda kematian hak 16 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800 – 1963), Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Selangor, 2002, hlm. 328.17 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 18.
TH10203 Sejarah Malaysia 15
mereka.18 Akhirnya, UMNO berjaya membuatkan pihak berkuasa Malayan Union
untuk berunding. Oleh itu, mulai Mei 1946 pihak British mula berbincang dengan
raja-raja Melayu dan UMNO.
Penubuhan UMNO telah mendapat sokongan daripada bekas pegawai
British seperti R.O. Winsted dan Frank Swettenham. Selain dari itu, anggota parti
Konservatif Britain yang mengecam bahawa Malayan Union merupakan satu
tindakan yang akan memusnahkan orang Melayu. Mereka turut meminta agar
pihak British mengkaji bantahan orang-orang Melayu secara dekat. Penentangan
UMNO terhadap Malayan Union turut menarik perhatian raja-raja Melayu pada
akhirnya. Raja-raja Melayu mula sedar kesilapan mereka menyerahkan semua
kuasa pentadbiran dan kedaulatan dalam perjanjian MacMicheal.19
Di sini dapat kita lihat bahawa penubuhan UMNO adalah satu aspek
penting dalam membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat
pada masa itu kerana melalui UMNO, semua orang Melayu walaupun berbeza
ideologi dan fahaman telah bersatu dan bangkit menentang Malayan Union yang
dilihat menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja
Melayu. Melalui perpaduan orang Melayu dalam UMNO ini telah berjaya
membuatkan pihak British untuk berunding dengan Raja-raja Melayu dan UMNO
bagi membincangkan semula mengenai perlembagaan Malayan Union ini. UMNO
juga dilihat menjadi titik tolak dalam tertubuhnya Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948 yang menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan
sendiri.
6.3 Tertubuhnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Penentangan orang Melayu bagi menggantikan Malayan Union di bawah
pimpinan Dato’ Onn Jaafar telah menghasilkan sebuah jawatankuasa kerja yang
terdiri daripada raja-raja Melayu, wakil kerajaan British dan UMNO. Di mana
jawatankuasa ini telah berjaya merangka sebuah perlembagaan baru bagi
mengantikan Malayan Union. Perlembagaan ini di kenali sebagai Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan 9 buah negeri dan Negeri-Negeri
18 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 8.19 Ibid, hlm. 11.
TH10203 Sejarah Malaysia 16
Selat, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Tetapi Singapura kekal sebagai
tanah jajahan Inggeris yang berasingan.20
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan beberapa
kesan di mana raja-raja Melayu telah diberikan semula hak-hak utama, kuasa
dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-masing seperti sebelumnya. Ini
bermakna kedaulatan raja Melayu telah dikembalikan semula. Sultan telah
menjadi raja yang berdaulat di negeri masing-masing tetapi tetap di bawah
lindungan British. Sungguh pun British gagal menjadikan Semenanjung Tanah
Melayu sebagai sebuah tanah jajahan, namun ia berjaya menyatukan 9 buah
negeri Melayu dan 2 buah Negeri Selat di bawah satu pentadbiran. Oleh itu, di
Tanah Melayu sudah tidak wujud lagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.21 Buat pertama kalinya,
dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memulakan satu undang-
undang kerakyatan meliputi seluruh negara dan membolehkan penduduk bukan
bumiputera menjadi warganegara Tanah Melayu. Sungguhpun kelayakan yang
dikehendaki untuk menjadi warganegara adalah terhad, tetapi dasar kelayakan
mereka itu telah terbentuk.22
Langkah menubuhkan negeri persekutuan itu bolehlah dikatakan bahawa
ia lebih daripada langkah bertolak ansur dalam pertikaian politik Tanah Melayu.
Dengan peruntukan seperti itu, Persekutuan yang dibentuk dalam Perjanjian
Persekutuan 1948, telah membentuk satu konsep negara bangsa Tanah Melayu
yang tidak lagi bersifat tradisional Melayu sepenuhnya. Perlembagaan
Persekutuan 1948 telah membentuk satu bentuk kerakyatan baru yang selama
ini tidak terdapat dalam tradisi kerakyatan Negeri-Negeri Melayu iaitu
penerimaan orang dagang sebagai rakyat Tanah Melayu. Mengikut Fasal 25,
Kerakyatan Persekutuan, anak-anak yang belum cukup umur boleh menjadi
rakyat dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
(a) Iaitu sama ada
(i) Ia telah dilahirkan dalam mana-mana negeri dalam persekutuan dan
telah tinggal dalam satu atau lebih negeri-negeri itu selama 8 tahun
daripada tempoh 12 tahun.
20 Mohd Idris Saleh, Che Su Mustaffa dan Fauziah Shaffie, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur,1994, hlm. 8721 Ibid, hlm. 91.22 Ibid.hlm. 91.
TH10203 Sejarah Malaysia 17
(ii) Telah tinggal selama 15 tahun daripada 20 tahun daripada tarikh
permohonannya.
(b) Berkelakuan baik
(c) Mempunyai pengetahuan atau fasih dalam berbahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.
(d) Telah membuat pengakuan untuk tinggal menetap
(e) Jika permohonannya diluluskan, mesti angkat sumpah kerakyatan. 23
Dengan ini, Persekutuan yang dibentuk oleh Persekutuan 1948 telah
membentuk satu konsep negara bangsa Tanah Melayu yang moden dan tidak
lagi bersifat tradisional Melayu sepenuhnya. Dengan itu, bermulalah era
pembentukan satu negara bangsa Tanah Melayu yang moden yang
menggabungkan unsur tradisional dan baru bagi melahirkan satu negara Tanah
Melayu yang baru. Dengan meletakkan asas konsep kerakyatan kebangsaan dan
termeterainya konsep raja berperlembagaan, maka sistem birokrasi moden
dengan meletakkan Menteri Besar sebagai wakil eksekutif pentadbiran negeri-
negeri Melayu dengan mengetuai Majlis Mesyuarat dan Eksekutif Negeri, kuasa
autonomi yang tertentu bagi negeri dan Persekutuan, peranan dan fungsi Majlis
Raja-raja yang jelas dan bertulis, serta perlembagaan negeri bagi tiap-tiap
negeri, Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk pada tahun 1948 itu telah
menjadi asas negara moden Malaysia.24
Persekutuan Tanah Melayu telah membangkitkan semangat kebangsaan
dalam kalangan rakyat pada masa itu untuk memerdekakan tanah air daripada
penjajah yang selama ini hanya menindas dan mengeksploitasikan sumber
ekonomi untuk mengaut keuntungan bagi kepentingan mereka sahaja.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga telah membangkitkan kesedaran
dalam kalangan rakyat agar mereka yakin untuk memerintah negara sendiri
melalui pemilihan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang bercorak
demokrasi.
6.4 Hubungan Kaum
23 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 217.24 Ibid, hlm. 218.
TH10203 Sejarah Malaysia 18
Sebelum Perang Dunia Kedua, hubungan antara kaum terpisah oleh faktor
ekonomi, tempat tinggal dan sistem pendidikan. Kehidupan, pekerjaan dan
sistem persekolahan yang berbeza tidak memungkinkan kaum Melayu, Cina dan
India dapat berintegrasi antara antara satu sama lain. Rata-rata mereka hidup
berkelompok dalam kumpulan mereka. Semasa pendudukan Jepun, pentadbiran
Jepun telah menggariskan pembahagian yang jelas iaitu layanan yang agak baik
kepada orang-orang Melayu dan orang India. Tetapi, orang Cina dilayan dengan
buruk kerana orang Cina telah memberikan sokongan dan bantuan kepada China
dalam perang menentang pencerobohan Jepun ke atas China pada tahun 1937.
Pihak Jepun mengamalkan dasar perkauman untuk memenangi sokongan
daripada sebahagian penduduk tempatan. Mereka telah memainkan peranan
dalam membangkitkan perasaan perkauman antara orang Melayu dan Cina.25
Hubungan antara kaum di Tanah Melayu dirumitkan lagi dengan
pengenalan rancangan Malayan Union pada 1 April 1946. Rancangan itu diterima
dan disambut baik oleh kebanyakan orang Cina dan India kerana menjanjikan
persamaan taraf dengan orang Melayu. Sebaliknya, rancangan itu mendapat
bantahan hebat daripada orang Melayu. Antara sebabnya ialah hak
kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu dan dilihat boleh
menjejaskan kedudukan serta hak istimewa mereka.26 Syor mengenai
kewarganegaraan adalah longgar dan menyatakan bahawa sesiapa yang
dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura boleh memperolehi hak kerakyatan
Malayan Union.
Peruntukan hak kewarganegaraan Malayan Union telah memperhebatkan
lagi perasaan perkauman yang sedang meluap-luap ekoran pendudukan Jepun
dan kebangkitan MPAJA. Pada pandangan orang Melayu, syarat kewarganegaraan
Malayan Union akan menjejaskan hak dan kepentingan politik mereka sebagai
penduduk asal Tanah Melayu. Mereka bimbang akan menjadi masyarakat
minoriti dan melihatnya sebagai satu penjajahan ke atas Tanah Melayu. Tetapi
sebaliknya pula berlaku apabila rata-rata orang bukan Melayu terutamanya orang
Cina menyambut baik rancangan Malayan Union kerana mereka diakui sebagai
warganegara dengan kedudukan yang sama rata dengan orang Melayu.
25 Ho Hui Ling, Darurat 1948 – 1960 : Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 128.26Ho Hui Ling, Darurat 1948 – 1960 : Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 130.
TH10203 Sejarah Malaysia 19
Orang Melayu menentang Malayan Union dan menimbulkan perasaan tidak
senang terhadap orang bukan Melayu. Usul baru ini juga jelas menunjukkan
suatu percubaan politik British untuk menguasai Tanah Melayu. Ia mengandungi
langkah ke arah pemerintahan secara langsung oleh British dan peruntukan hak
kewarganegaraan ini dilihat sebagai usaha memperbaiki kedudukan politik orang
bukan Melayu.27
Malayan Union telah menjejaskan hubungan kaum di antara Melayu, Cina
dan India pada mulanya. Tetapi harus dingat juga bahawa Malayan Union
diwujudkan adalah untuk membolehkan orang Cina dan India yang ramai
bilangannya memasuki kehidupan politik Tanah Melayu supaya tumbuh perasaan
dan semangat ”Malaya”28 di hati penduduk bukan Melayu, dan akan jadilah
mereka itu rakyat Tanah Malaya yang mempunyai taat setia yang tidak berbelah
bagi terhadap Malaya. Seterusnya hubungan antara kaum telah menjadi baik
setelah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu didrafkan. Oleh itu, kesan
penubuhan Malayan Union dilihat menjadi pencetus semangat kebangsaan
dalam kalangan rakyat pada masa itu tanpa mengira bangsa dan agama serta
bersama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan.
6.5 Kedudukan Raja-raja Melayu
Malayan Union telah mengakibatkan kekuasaan dan kedaulatan raja-raja
Melayu dihapuskan oleh British. Raja-raja Melayu tidak lagi mempunyai peranan
sebagai ketua kerajaan negeri masing-masing dan pengaruh mereka hanya
dihadkan dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang-orang Melayu.
Akhbar Majlis telah mentafsirkan kedudukan raja-raja sebagai mufti dalam negeri
mereka dan dalam urusan hal ehwal agama Islam pun kuasa mereka terletak di
bawah kawalan Gabenor Malayan Union.29 Kerajaan British mempunyai kuasa
penuh untuk melaksanakan apa jua dasar di Tanah Melayu dan ini telah
mengakibatkan kedaulatan negeri-negeri Melayu yang terletak di tangan raja-
raja Melayu berpindah ke tangan pihak British.
Tindakan pihak British dalam usaha untuk melaksanakan rancangan
Malayan Union telah dipersoalkan oleh orang-orang Melayu kerana cara yang
digunakan untuk memperoleh tandatangan raja-raja Melayu dalam persetujuan
27 Ibid, hlm. 131.28 Anwar Abdullah, Biografi Dato’ Onn, Hidup melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2005, hlm. 16329 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800 – 1963), Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Selangor, 2002, hlm. 325.
TH10203 Sejarah Malaysia 20
rancangan tersebut telah membuktikan bahawa pihak British tidak jujur. Sultan
atau raja-raja diugut dan tidak diberi peluang untuk berunding dengan rakyat
untuk membuat keputusan yang begitu penting dan mempunyai kesan yang
serius terhadap masa depan orang Melayu. Oleh sebab itulah orang-orang
Melayu bangun dan membantah tindakan raja-raja mereka yang menyerahkan
negeri-negeri Melayu kepada pihak British.
Akibatnya, raja-raja Melayu dianggap mengkhianati rakyat mereka sendiri
dan orang-orang Melayu tidak lagi percaya dan berharap kepada kerajaan British.
Bagi mereka, rancangan Malayan Union akan mengubah rupa bentuk negeri-
negeri Melayu serta ciri-ciri kemelayuan akan hilang sama sekali dan akan
digantikan dengan ciri-ciri yang disebut sebagai “Malayan”. Raja-raja Melayu dan
pihak British telah menghadapi tekanan yang serius daripada orang Melayu.
Mohd. Isa Othman mengatakan bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah
orang Melayu, raja-raja hampir dipulaukan oleh rakyat mereka sendiri.30
Berdasarkan daripada rencana-rencana yang diterbitkan dalam akhbar
Melayu seperti Majlis, Warta Negara dan Utusan Melayu, raja-raja dikritik kerana
telah menggadai hak rakyat mereka kepada pihak British untuk kepentingan
kedudukan masing-masing. Berdasarkan kepada rencana-rencana tulisan Ayub
Abdullah yang diterbitkan dalam akhbar Majlis pada 4, 5 dan 6 Januari 1946,
membuktikan bahawa orang Melayu tidak lagi dikongkong oleh sikap feudal dan
taat setia tanpa soal.
Menurut Ayub Abdullah, raja-raja Melayu diingatkan bahawa mereka tidak
boleh bertindak untuk satu pihak bagi membuat sesuatu keputusan yang akan
melibatkan rakyat dan negeri tanpa mendapat persetujuan daripada rakyat
terlebih dahulu. Sultan mesti akur kepada kehendak rakyat kerana bukan raja
sahaja yang berdaulat, tetapi daulat rakyat jauh lebih tinggi daripada daulat
raja.31 Peristiwa daripada Malayan Union telah menunjukkan dengan jelas bahawa
orang-orang Melayu telah menghadapi perubahan dari segi ideologi politik di
mana raja-raja tidak lagi dianggap sebagai kuasa monopoli dalam kegiatan politik
bangsa Melayu.
Raja-raja Melayu telah menyedari bahawa mereka telah kehilangan kuasa
mutlak dan pihak British juga sedar yang raja-raja tidak dapat memujuk rakyat 30 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800 – 1963), Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Selangor, 2002, hlm. 372.31 Ibid, hlm. 328.
TH10203 Sejarah Malaysia 21
mereka untuk menerima sebarang dasar yang diperkenalkan oleh British jika
ianya tidak mendapat persetujuan daripada rakyat. Misalnya sultan Johor, Sultan
Ibrahim telah dipulau oleh rakyatnya setelah didapati baginda menandatangani
persetujuan rancangan Malayan Union tanpa berbincang dengan pegawai-
pegawai kerajaannya. Walaupun imej Sultan Ibrahim dapat dipulihkan tetapi
kedudukannya sebagai seorang raja yang berkuasa penuh telah hilang sama
sekali.32 Baginda hampir digulingkan kerana telah melanggar Fasal 15, Undang-
undang Tubuh Johor 1895 yang menyatakan bahawa Sultan Johor yang
menyerahkan sebarang kawasan Johor kepada kuasa luar patut digulingkan.33
Sumbangan Malayan Union terhadap perkembangan semangat
kebangsaan di kalangan rakyat dari aspek kedudukan Raja-raja Melayu ialah
membangkitkan semangat berjuang untuk mempertahankan hak istimewa dan
kedaulatan Raja-raja Melayu. Hal ini dikuatkan lagi bagi mempertahankan
‘ketuanan Melayu’ kerana rancangan Malayan Union dilihat akan mengubah rupa
bentuk negeri-negeri Melayu serta ciri-ciri kemelayuan akan hilang sama sekali
dan akan digantikan dengan ciri-ciri yang disebut sebagai “Malayan”.
7.0 NILAI-NILAI MURNI
1) Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Nilai pertama yang boleh diterapkan melalui tajuk ini ialah bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. Pepatah ini bermaksud bahawa perpaduan sangat penting
dalam sesebuah masyarakat agar menjadi lebih bersatu padu bagi menjayakan
sesebuah rancangan. Nilai ini jelas dapat dilihat dalam penubuhan Kongres
Melayu SeMalaya dan penubuhan UMNO. Orang Melayu telah bersatu bagi
menentang rancangan Malayan Union dan akhirnya telah menghasilkan kejayaan
yang besar.
2) Kerjasama
Nilai kedua yang dapat kita ambil ialah nilai kerjasama. Kerjasama sangat
penting dalam sesebuah masyarakat kerana melalui kerjasama barulah
perpaduan dapat dicapai dan segala rancangan dapat dilaksanakan. Nilai ini
penting diterapkan kepada pelajar kerana setiap hari pelajar terlibat dengan
aktiviti yang memerlukan kerjasama. Sebagai contoh, pelajar melakukan
32 Isa Othman, Op. Cit, hlm. 328.33 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 5.
TH10203 Sejarah Malaysia 22
perbincangan kumpulan ataupun sebarang aktiviti. Oleh itu, kerjasama sangat
penting dalam sesebuah organisasi tidak kiralah sama ada organisasi sekolah,
masyarakat mahu pun negara.
3) Menghormati
Nilai ketiga yang dapat kita lihat melalui sumbangan Malayan Union ke atas
perkembangan semangat kebangsaan di kalangan rakyat ialah perasaan
menghormati. Penentangan terhadap Malayan Union bertitik tolak akibat
ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat melayu kerana Malayan Union telah
menidakkan hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Iktibar
yang boleh diambil akibat peristiwa ini ialah walaupun kita terdiri daripada
bangsa lain, kita harus mengakui dan menghormati ketuanan Melayu selaras
dengan peruntukkan yang telah termaktub dalam perlembagaan.
4) Saling bertolak ansur
Nilai keempat yang kita boleh belajar melalui tajuk ini ialah saling bertolak ansur
bagi menikmati faedah dan kebaikan bersama. Nilai ini sangat penting bagi
mewujudkan semangat perpaduan dan suasana harmoni di kalangan masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Hal ini seiring dengan
gesaan kerajaan ke arah mewujudkan perpaduan kaum melalui kempen
1Malaysia.
8.0 KESIMPULAN
Malayan Union adalah satu titik tolak atau pencetus yang membawa
kepada tercetusnya semangat kebangsaan di kalangan rakyat di Tanah Melayu
dan seterusnya membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu untuk
mencapai kemerdekaan. Terdapat banyak faktor yang membawa kepada
penubuhan Malayan Union ini oleh British. Walau pun pihak British cuba
berselindung yang kononnya demi kepentingan penduduk Tanah Melayu, namun
terlihat bagaimana British menubuhkan Malayan Union ini adalah semata-mata
demi kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Cara-cara penubuhan yang
TH10203 Sejarah Malaysia 23
tidak di persetujui oleh semua peringkat sosial masyarakat Melayu telah
membawa kepada banyak penentangan yang akhirnya berjaya mengagalkan
perlembagaan Malayan Union ini daripada di laksanakan sepenuhnya. Bagi
mengagalkan perlaksanaan Malayan Union ini, pemimpin-pemimpin Tanah
Melayu serta rakyat telah melakukan banyak bentuk penentangan yang rata-rata
penentangan ini berlaku untuk memastikan Malayan Union tidak di laksanakan.
Antara sumbangan Malayan Union ke atas perkembangan semangat kebangsaan
di kalangan rakyat pada masa itu ialah penubuhan Kongres Melayu Se-Malaya,
lahirnya UMNO (United Malaya National Organisation) dan tertubuhnya
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sumbangan lain Malayan Union
ialah hubungan kaum serta kedudukan Raja-raja Melayu. Daripada peristiwa
Malayan Union ini, dapat di lihat kesan peristiwa Malayan Union yang telah
banyak mengubah corak dan mempengaruhi politik, budaya dan sosial Malaysia
khususnya Tanah Melayu.
top related