edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Post on 23-Jun-2015

1.762 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 5PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

5.5 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya banyak bergantung kepada pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan P&P yang berkesan akan mencapai matlamat pembelajaran dan hasil pembelajaran seperti yang dihasratkan.

Pengurusan P&P dalam kalangan murid pelbagai etnik perlu mengambil kira perkara-perkara yang berikut:

i. Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang berasaskan Perbezaan Budaya Murid;

ii. Pemupukan Nilai dan Budaya Murid;iii.Pengurusan Sumber Pengajaran dan

Pembelajaran Mesra Budaya;iv.Susun Atur Bilik Darjah;v. Kemudahan dan Peralatan Pengajaran dan

Pembelajaran;vi.Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar

I. KEPELBAGAIAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERASASKAN

PERBEZAAN BUDAYA MURIDMenurut Malta Fulop dan Ference

Maton (2003), kajian empirikal menunjukkan perbezaan antara budaya ada kaitan dengan jangkaan pembelajaran dan pengetahuan, ontologikal dan epistomologikal yang mempengaruhi cara berfikir dan cara bertindak serta mendorong ke arah perbezaan pencapaian pendidikan.

Contohnya:

a)Masyarakat Melayu lebih menumpukan pencapaian dalam keagamaan. Murid Melayu akan dihantar ke kelas agama pada waktu petang.

b) Masyarakat bukan Melayu lebih mengutamakan pencapaian akademik yang membolehkan anak mereka menjadi profesional dalam kerjaya masa depan. Murid bukan Melayu akan dihantar ke kelas muzik atau balet.

c)Masyarakat orang Asli lebih tertumpu pada kehidupan yang ringkas dan selesa dengan persekitaran mereka yang terpinggir atau terpencil. Motivasi yang rendah meyebabkan kadar buta huruf dalam kalangan orang Asli tinggi.

Guru perlu sentiasa mengambil kira faktor ini dalam merancang dan mengurus P&P bagi memastikan murid daripada kelompok etnik yang berbeza-beza menerima peluang pembelajaran yang sama.

Antara tindakan-tindakan guru dalam hal ini termasuklah:

Memilih murid daripada pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan ----menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat.

Melayan kerenah murid dengan adil tanpa membeza-bezakan etnik dan keturunan murid.

Memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkannya melalui aktiviti pembelajaran.

Mengadakan lawatan ke destinasi untuk menyikap sejarah dan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik. Cth: muzium, perkampungan orang Asli dsb.

Memberikan contoh negara yang musnah akibat drpd persengketan dan perpecahan etnik. Cth: menayangkan filem.

II. PEMUPUKAN NILAI DAN BUDAYA MALAYSIA

Malaysia menjunjung Rukun Negara yang meletakkan kepercayaan kepada Tuhan sebagai rukun pertama.

Semua agama menyuruh penganutnya hidup berbaik-baik tanpa permusuhan.

Murid perlu diasuh mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh semua agama.

Murid perlu diasuh menumpukan taat setia kepada raja dan negara.

Semua murid tanpa mengira etnik menerima sistem beraja sebagai suatu sistem yang menyeruluh dan kesetiaan perlu ditumpahkan kepada raja dan negara.

Murid juga perlu ditegaskan dengan keluhuran perlembagaan negara Malaysia yang perlu dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Guru perlu menerangkan perlembagaan yang perlu dihormati tanpa mempertikaikannya.

Murid perlu dibimbing agar menghormati dan mematuhi undang-undang negara.

Kepelbagaian etnik tidak akan mengancam kesejahteraan negara seandainya semua rakyat mendaulatkan undang-undang negara.

Murid hendaklah diasuh menggunakan bahasa yang santun, mengamalkan perlakuan yang tertib dan beradab serta menjalinkan hubungan yang mesra dan sepakat.

Sekiranya rakyat Malaysia mematuhi dan mentaati Rukun Negara, persekitaran pembelajaran mesra budaya pasti dapat diwujudkan.

IIIPENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MESRA BUDAYA

Pemilihan bahan sumber untuk aktiviti P&P memainkan perana penting dalam memastikan murid pelbagai etnik dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Guru patut meraih peluang dalam mempelbagaikan sumber P&P melalui pelbagai budaya dan etnik muridnya.

Kepelbagaian sumber yang berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa rasa jemu.

Selain menjadikan proses P&P menyeronokkan, murid bukan sahaja dapat melihat perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama-sama.

Antara tindakan guru termasuklah:

a)Memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya sesuatu etnik bagi memupuk pmahaman dan perkongsian nilai budaya.

Cth: makanan, sdat resam, pantang larang, sistem panggilan.

Menggalakakan murid mencari bahan seperti cerita-cerita rakyat, lagu-lagu rakyat serta artifak-artifak milik sesuatu etnik untuk dikongsi semasa pembelajaran.

Cth: lagu hari raya.

Memilih bahan atau sumber pembelajaran yang menonjolkan kepentingan hubungan kemanusiaan tanpa mengira perbezaan etnik.

Cth: lagu, klip video dan foto.

IV. SUSUN ATUR BILIK DARJAH

Susun atur bilik darjah melibatkan kerusi meja tempat duduk murid.

Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik.

V. KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minat murid terhadap pembelajaran mampu dibina sekiranya pengajaran guru dibantu dengan pelbagai peralatan dan kemudahan yang menarik.

Penggunaan pelbagai multimedia akan mendorong pembelajaran yang tidak membosankan malahan pembelajaran juga menjadi lebih berkesan.

Kemudahan dan peralatan pembelajaran yang mencukupi dapat gunakan dan dikongsi bersama-sama mendorong murid melalui pembelajaran dalam suasana gembira dan bersatu-padu.

Penggunaan multimedia memudahkan murid memahami ciri-ciri perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kehidupan yang mendorong persefahaman dan persepakatan.

VI. PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PRESTASI PELAJAR

Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan bagi menilai hasil pembelajaran secara holostik.

Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid kebebasan sewaktu menjalankan aktiviti P&P serta penaksiran.

Guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. Semua aktiviti ini dapat dinilaikan secara berterusan oleh guru.

Cth: kolaj, poster, temu-bual, menulis dan membentangkan laporan, syarahan, bercerita dsb.

Guru perlu menyediakan rubrik pemarkahan bagi memastikan setiap yang dinilai dan ditaksirkan menepati hasil pembelajaran yang mencakupi domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Guru perlu memaparkan sikap terbuka, menerima perbezaan murid sebagai sesuatu yang istimewa.

top related