drama menggapai pelangi-siap
Post on 28-Oct-2015
185 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ASPEK-ASPEK KAJIAN TEKS DRAMA “MENGGAPAI PELANGI”
(KARYA : TAHA ABD KADIR)
01. PEMIKIRAN
Drama “Mengapai Pelangi” ini telah menyerlahkan pemikiran tentang konflik kejiwaan daripada perjanjian dan sikap tanggungjawab terhadap sesuatu perbuatan. Dalam drama ini, konflik kejiwaan dihadapi oleh Imran apabila kekasih lamanya muncul semula dan Imran berasa bersalah dan mahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Norasma. Berkisar daripada hal itu, timbul pemikiran yang berkisar tentang sifat kemanusiaan yang tinggi.
1. Persoalan persahabatan yang ikhlas
Persahabatan yang ikhlas akan memberikan makna yang mendalam dalam kehidupan.
Contoh: Nasihat yang diberikan oleh Zahid kepada Imran merupakan nasihat yang berguna dan Imran menasihati Zahid atas dasar keikhlasan dalam bersahabat. Nasihat Zahid begitu bermakna kepada Imran ketika Imran mengalami kekacauan jiwa.
2. Persoalan tentang kebijaksanaan seorang suami dalam menjaga keharmonian keluarga
Kebijaksanaan seorang suami dalam menjaga keharmonian keluarganya sangat penting melalui perhubungan yang jujur dan ikhlas.
Contoh: Tindakan yang diambil oleh Imran untuk menyatakan hasratnya berkahwin dengan Norasma merupakan nilai kejujuran dalam perhubungan. Kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan sangat perlu bagi menjamin kehidupan yang lebih bahagia.
3. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat
Menunaikan janji yang telah dibuat dalam kehidupan ini.
Contoh: Imran merupakan seorang yang berpegang teguh pada janji. Dia mahu menunaikan janjinya untuk berkahwin dengan Norasma walaupun dalam masa yang singkat.
4. Kasih sayang antara suami isteri
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Norhayati kepada Imran.
Contoh: Noryahati begitu sayang terhadap Imran sehingga sanggup memaafkan Imran atas kecurangan Imran pada masa lalu. Norhayati menganggap kejadian tersebut merupan suratan takdir.
02. PERSOALAN
03.
Watak Utama
WATAK PERWATAKAN
I
M
R
A
N
2. Bekerja di syarikat Sinar Kejora Sendirian Berhad.
6. Mempunyai isteri yang bernama Norhayati.
8. Mempunyai seorang anak yang bernama Hasnita dan bakal menerima anak kedua.
Mempunyai seorang sahabat bernama
Zahid.
3. Mempunyai seorang kekasih bernama Norasma sewaktu belajar di kampus.
4. Pernah mengalami kemalangan jalan raya
bersama Norasma.
7. Seorang yang berterus terang dan jujur.Contohnya dia berterus terang dengan
isterinya tentang kemunculan Norasma dan janjinya dengan Norasma.
5. Bersikap terlalu gopoh dalam membuat sesuatu
keputusan.
WATAK SAMPINGAN
N
O
R
A
S
M
A
Teman sekuliah dan bekas kekasih kepada Imran sewaktu di universiti.
2. Merupakan pesakit kepada Dr. Mona disebabkan hilang
keyakinan diri akibat kemalangan jalan raya dan kehilangan ahli keluarga.
3. Bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah firma
di Johor Bahru.
10. Memiliki sifat kasih sayang yang tinggi
terutamanya kepada Imran apabila sanggup mencari
Imran setelah sembuh daripada sakitnya.
6. Mempunyai seorang adik yang dimasukkan ke pusat
serenti kerana kecewa kehilangan ibu bapa.
7. Pernah menjadi cacat dan hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya
bersama Imran.
8. Seorang yang berputus asa untuk hidup yang
menyebabkan dia menjadi pesakit kepada Dr. Mona.
9. seorang yang tabah dalam menghadapi dugaan
hidup setelah kehilangan ibu bapa.
4. Seorang yatim piatu kerana kematian ibu bapa.
5. Masih berstatus bujang
WATAK SAMPINGAN
N
O
R
H
A
Y
A
T
I
Seorang guru di sebuah sekolah.
Isteri kepada Imran
3. Mempunyai seorang anak perempuan bernama Hanita.
4. Mempunyai seorang kawan karip bernama Dr. Mona.
5. Digambarkan sedang mengandung anak kedua.
6. Merupakan seorang ibu yang penyayang terhadap anaknya Hasnita.
7. Seorang yang memiliki keperibadian yang tinggi kerana digambarkan seorang yang cantik, penyayang, baik dan taat kepada agama.
8.Seorang yang sangat menghormati orang lain. Ini jelas tergambar semasa dia melayan Dr. Mona yang datang ke rumahnya.
9. Seorang yang pemaaf. Ini dapat dilihat ketika dia memaafkan suaminya yang berterus terang perihal kisah silamnya dengan Norasma.
WATAK SAMPINGAN
D
R.
M
O
N
A
Seorang doktor psikiatri
Kawan karib Norhayati dan pernah belajar bersama-
samanya di kampus.
Seorang yang berpegang kuat terhadap agama Islam. Ini dapat dilihat
melalui nasihatnya kepada Norasma.
Seorang yang tidak suka berprasangka terhadap
sesuatu perkara. Ini terbukti apabila dai menasihati Norhayati agar tidak
berprasangka terhadap Imran
Seorang yang baik hati dan suka membantu orang
yang dalam kesusahan. Dia sanggup membantu Norhayati yang dalam
kerisauan.
Seorang yang bijak memujuk dan memberikan nasihat, terutama sekali semasa
Dr. Mona menasihati Norhayati yang dalam
kesedihan.
WATAK SAMPINGAN
Z
A
H
I
D
Ketua di tempat kerja Imran.
Seorang yang prihatin. Ini dapat dilihat apabila dia
mengesyaki masalah yang dihadapi oleh Imran sehingga menjejaskan prestasi Imran di
tempat kerja.
Seorang yang baik hati dan suka membantu. Dia telah
membantu menasihati Imran dalam menyelesaikan
masalahnya.
Seorang yang berpegang teguh terhadap ajaran Islam.
Ini dapat dilihat ketika dia menasihati Imran supaya
berbincang semula dengan Norhayati atas dasar agama
Islam.
04. PLOT
4.1: STRUKTUR PLOT
PLOT
PERMULAAN
Imran terkejut menerima panggilan telefon daripada bekas teman sekuliah atau kekasihnya iaitu Norasma. Mereka telah mengatur untuk bertemu dalam masa yang terdekat.
PERKEMBANGAN
Norasma telah menceritakan segala peristiwa dan dugaan yang telah berlaku ke atas dirinya serta keluarga. Imran berasa bersalah dan menyesal. Dia ingin menunaikan janjinya kepada Norasma dan bertanggungjawab atas segala yang telah berlaku.
PUNCAK/KLIMAKS
Imran telah berterus terang kepada isterinya tentang perjanjian yang telah dibuat olehnya kepada Norasma. Isterinya berasa sedih namun isterinya dapat memaafkannya kerana kejadian tersebut merupakan suratan takdir. Isterinya merelakan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Imran.
PENURUNAN
Imran telah bersedia untuk mengambil Norasma untuk dijadikan isterinya bagi memenuhi janji dan tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku terhadap Norasma.
PELERAIAN
Norasma dan Imran telah memilih arah hidup masing-masing. Norasma memilih untuk ke Mekah dan tidak mahu mengganggu kehidupan keluarga Imran.
4.2TEKNIK PLOT
1. Imbas Kembali
Pengarang menggunakan teknik imbas kembali bagi membolehkan pembaca mendapat gambaran tentang punca kemalangan dan peristiwa perjanjian Imran kepada Norasma untuk mengahwininya. Contohnya:
IMRAN :Betul. Sumpah. Aku akan tetap mengambil kau sebagai teman hidup. Engkau berjanjilah dengan aku......
NORASMA :Ya.... Asma berjanji.... (IMRAN memegang erat tangan NORASMA, IMRAN mengucup tangannya.
(Halaman 295)
2. Saspens
Digunakan sewaktu kehadiran Imran ke kampung untuk berjumpa dengan isterinya. Pengarang telah memanipulasikan pendirian Imran untuk membolehkan teknik saspens ini berjaya. Ini dibuktiukan apabila Imran dan Norasma tidak jadi untuk berkahwin kerana masing-masing memilih jalan hidup sendiri.
IMRAN:Ya, Yati... abang dan Norasma telah mencapai kata sepakat Yati. (Diam seketika) Kami akan memilih jalan hidup masing-masing. Dia akan ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah malam esok. Kami sama-sama bertaubat, Yati...
(Halaman 336)
3. Dialog
Teknik ini merupakan teknik yang menguasai keseluruhan teks drama ini. Teknik digunakan bagi menghubungkan interaksi watak antara satu sama lain. Interaksi ini menghubungkan jalinan serta kesatuan cerita yang menarik.
NORASMA :Helo. Boleh saya bercakap dengan Encik Imran?
IMRAN :Ya, saya Imran. Boleh saya tahu siapa yang bercakap tu?
(Halaman 284)
4. Monolog
Imran telah bermonolog ketika kekasih lamanya menelefonnya dan dia mula terfikirkan janjinya. Dalam masa yang sama, dia terfikir akan keluarganya.
IMRAN :(Monolog) Asma? Apa sudah jadi pada kau? Aku ingat kau pasti sudah kahwin, sudah punya anak-anak. Atau, kau belum? Sayang..... ini semua sebab akulah. Macam mana kalau dia datang nak tuntut janjinya dulu, aduh! Parah aku. Macam mana pula dengan Yati? Hasnita? Dan yang bakal lahir itu? Aduh, pening kepala aku memikirkannya!
(Halaman 285)
In
LATAR
7.0:LATAR MASYARAKAT6.0: LATAR TEMPAT5.0 :LATAR MASA
1. Pada waktu pagi. Contohnya melalui
perbualan telefon Imran bersama dengan rakannya
Nazmi. Terdapat juga gambaran waktu pagi
semasa Norasma bersama dengan Dr. Mona.
2. Pada waktu tengah hari.
Contoh semasa perjumpaan Imran dengan Norasma. Masa ini dilihat
perjanjian mereka berjumpa pada 12.30 tengah hari semasa perbualan telefon.
3. Pada waktu petang.
Contoh semasa perbualan Imran dan Norhayati yang
lewat untuk pulang ke rumah.
5. Zaman yang sudah mencapai era kemodenan.
Contoh dengan penggunaan telefon, kereta dan
motosikal.
4. Pada waktu malam.
Contoh ketika Imran dan Norhayati berada di padang
permainan.
1. Kuala Lumpur.
Contoh melalui tempat kerja Imran dan waktu dia
berjumpa dengan Norasma di restoran.
2. Pejabat Imran
3. Restoran
4. Pejabat Dr. Mona
5. Rumah Imran
6. Padang permainan
7. Kampung Norhayati
1. Masyarakat Melayu Islam yang moden.
Contoh keseluruhan cerita mengambarkan watak
orang Melayu Islam Moden melalui watak yang
berpegang pada ajaran Islam dan hidup pada
masa kini.
2. Masyarakat yang berpegang kuat pada
ajaran agama.
Contoh dapat dilihat pada watak Norhayati yang warak dan taat pada
perintah suami.
3. Masyarakat yang mempunyai nilai kasih
sayang yang tinggi.
Contoh Imran dan Norhayati mempunyai
nilai kasih sayang yang tinggi terhadap anak
mereka.
4. Masyarakat muda yang bebas bergaul dalam perhubungan.
Contoh pergaulan bebas antara Imran dengan
Norasma sewaktu mereka belajar
melambangkan pergaulan tanpa mengira sempadan
agama.
8.0 : NILAI
9.0 PENGAJARAN
NILAI BERTANGGUNGJAWAB
Imran buka sahaja seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga, malah Imran sanggup bertangunggjawab terhadap janjinya bersama Norasma pada
suatu ketika dahulu.
NILAI
NILAI KASIH SAYANG
Nilai kasih sayang perlu ada dalam menjalinkan hubungan yang lebih intim. Contohnya, Norhayati begitu risau apabila
memikirkan tentang anaknya, Hasnita yang ditinggalkan sejak awal pagi lagi. Selain itu, dia begitu sayang terhadap
suaminya.
NILAI KETABAHAN
Setiap manusia harus tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan. Contohnya Norhayati yang tabah menjalani
dugaan sebagai seorang isteri, tabah menerima keputusan Imran dan berserah kepada takdir Allah S.W.T
NILAI KEPRIHATINAN
Keprihatinan masalah individu lain mampu membantu mereka menyelesaikan masalah. Contohnya, Dr. Mona dan Zahid
merupakan insan yang prihatin terhadap masalah rakan-rakannya. Keprihatinan itu membuatkan mereka membantu untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Norhayati dan Imran.
HORMAT-MENGHORMATI
Nilai menghormati antara satu sama lain mampu membentuk kehidupan yang sihat. Contohnya, Norhayati menghormati
apabila dia melayan Dr. Mona dengan baik ketika bertandang ke rumahnya. Begitu juga dia menghormati apa-apa sahaja
keputusan yang dibuat oleh suaminya.
10.0 GAYA BAHASA
1. DIKSI
Terdapat penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris.
Contohnya, success (halaman 285), discharge (halaman 295), your immediate boss (313).
Selain itu, terdapat penggunaan kata yang melambangkan agama Islam.
Contohnya, Allah S.W.T (halaman 301), Islam (halaman 301).
2. Ayat Pendek
Terdapat penggunaan ayat yang pendek dan ringkas.
Contohnya, terima kasih (halaman 309), entah (halaman 310).
3. Ayat Panjang
Kita hendaklah sentiasa bertangunggjawab terhadap apa yang telah dilakukan.
Kita haruslah mengamalkan sikap berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri.
Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.
Kita hendaklah berpegang teguh pada ajaran agama.
PENGAJARAN
GAYA BAHASA
Penggunaan ayat panjang ini boleh dilihat seperti berikut.
Contohnya, DR. MONA :Ah, lupakanlah soal itu. Tapi Yati, aku minta pada kau demi persahabatan kita, kalau kau ada masalah yang kurasa perlu dibincangkan atau hendak minta pandangan aku, janganlah malu beritahu aku. (halaman 310)
4. Simile
Penggunaan simile dalam drama ini dapat dilihat seperti contoh berikut.
NORASMA:....Lagipun aku tak mahukan hidup aku ni seumpama melihat pelangi.
(halaman 324)
5. Repitisi
Pengulangan kata dalam ayat yang digunakan oleh pengarang.
Contoh, NORHAYATI: Cuma aku rasa buat masa ini biarlah aku cuba selesaikan sendiri dahulu.
(halaman 310)6. Anafora
Pengarang menggunakan pengulangan kata pada awal baris.
Contoh, DR. MONA: (Nada lembut) Awak tidak hilang segala-galanya, Asma. Awak masih mempunyai kekasih sejati.
(halaman 301)
7. Peribahasa
Peribahasa turut digunakan oleh pengarang.
Contoh, NORASMA: Sudahlah Imran, nasi sudah menjadi bubur, Imran.
(halaman 298)
11.0 SUDUT PANDANGAN
Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas.
Contohnya, NORASMA : (Ketawa kecil/sinis) Aku...? (Mengeluh) Entahlah.... aku tak ada keyakinan diri untuk kahwin. (Diam seketika) Empat tahun lepas kemalangan dulu tu, kedua-dua orang tua aku meninggal. Adik aku pula masuk pusat pemulihan.... semuanya hancur, Imran.... Aku sekarang ini hidup sebatang kara, Imran.
(halaman 288)
SOALAN STRUKTURBAHAGIAN 1
01. Lengkapkan jadual di bawah dengan persoalan yang sesuai dengan petikan yang diberi
Petikan Persoalan
1. IMRAN : Oh ya, Yati. Sepatutnya abang dulu yang ucap tahniah. Tapi tak apalah. Boleh terlambat kan? Tahniah, Yati. Nampaknya isteri abang ni sudah menempa kejayaan sendiri. Tercabar pula abang dengan Yati kali ini.
2. NORHAYATI : (Ketawa kecil) Kalau Yati nak challenge sudah tentu abang menang. (Diam seketika) Abang kan ketua keluarga, Yati kena ikut abang.
3. IMRAN : Bersaing dalam kerjaya tak apa, Yati. Abang dalam bidang ekonomi. Yati dalam pendidikan, kita sama-sama menyumbang, membangunkan bangsa dan negara.
4. NORHAYATI : (Semacam terperanjat) Apa? Abang tak tengok dia ke tadi? Kasihan dia bang. Sejak dari pagi dia tinggal di rumah.
5. NORHAYATI : Jom bang, kita balik. Yati jumpa Cikgu Mariam kejap, bagi tahu. Aduh, tak tahan rasanya fikirkan Hasnita ni! Kita tinggalkan dia sejak awal pagi, bang.
6. IMRAN : Itu betullah Asma. Tapi janji tetap janji. Aku bukannya jenis manusia munafik, yang cepat melupakan janji.
02. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.
i. _____________________________________________
ii. _____________________________________________
03. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.
i. ___________________________________________
ii. ___________________________________________
IMRAN : (Terperanjat kerana dihon dan dimaki) Kurang ajar! Dia ingat kereta dia tu laju sangat. Kereta buruk pun nak laju. Bukankah jalan sempit?.
NORASMA : Sudahlah tu, Imran. Kita bukannya nak berlumba. Biarkan dia. Mereka bermotokar. Kita ni motosikal, kecil pula.
IMRAN : (Kasar) kau diam Asma. Pegang kuat-kuat, aku nak tengok drebar tu. Berapa laju dia boleh pergi dengan kereta buruk dia tu. Pegang ya.
NORHAYATI : Keputusan abang dulu benar-benar ke? (Diam seketika) Walau apa pun keputusan abang, Yati menghormatinya. Yati sedia berkorban agar Norasma berpeluang hidup semula. Hidup ini memang banyak menuntut pengorbanan.IMRAN : (Lembut) Yati ….
NORHAYATI : Katakanlah apa saja, bang…. (menangis)
IMRAN : (Terharu) Abang minta maaf, Yati. Keputusan abang dulu pasti telah mengecewakan Yati. (Diam seketika) Tapi percayalah Yati, abang tetap menyayangi Yati macam dulu juga. Insya – Allah, kasih abang tak akan berubah. Malah makin menebal.
04. Nyatakan perwatakan Imran berdasarkan dialog berikut
NORHAYATI : ( Sebak ) Abang, kerana abang suami Yati, ayah kepada anak Yati …dan jujur memberitahu apa yang sudah berlaku, Yati maafkan abang. Yati faham semuanya itu bukan kehendak abang, tetapi sudah takdir…
Perwatakan : ____________________________
IMRAN : (Terharu) Abang minta maaf, Yati. Keputusan abang dulu pasti telah mengecewakan Yati. ( Diam seketika) Tapi percayalah Yati, abang tetap menyayangi macam dulu juga. Insya- Allah, kasih abang tak akan berubah. Malah makin menebal, Yati.
Perwatakan : _____________________________
IMRAN:Tidak Asma, aku bertanggungjawab sepenuhnya pada kau. Ini semua kerana aku. Engkau jangan risau. Insya – Allah, apabila kau nasihat , aku akan minta keluargaku meminang kau, secepat mungkin, percayalah.
Perwatakan : ______________________________
05. Nyatakan perwatakan Dr. Mona berdasarkan dialog berikut
DR. MONA: ( Memotong, memujuk) Jangan cakap begitu Asma. Kita kan orang Islam. Kita patut serahkan harapan kepada Allah Taala. Dialah yang menentukan semuanya ni. Kita semestinya percaya setiap apa yang diberikan tu ialah ujian-Nya. Ada hikmah di sebalik semuanya tu, Asma. Bersabarlah.
Perwatakan : ________________________________
DR. MONA: ( Nada memujuk) Asma, minda memang tidak mampu untuk terus berfungsi sendirian. Sebaliknya kalau minda itu bergabung dengan jiwa yang tulus ikhlas, menyerah kepada Tuhan, Insya- Allah kita pasti akan menemukakan penyelesaian kepada setiap masalah… soal utamanya, yakinlah diri sendiri, Asma.
Perwatakan : _______________________________
DR. MONA : Eh , Yati, kau macam merahsiakan sesuatu daripada aku. Kalau kau ada masalah, beritahulah aku … mana tahu kalau – kalau aku boleh tolong. ( Diam seketika ) Yati, kita berkawan sejak sekolah. Masuk universiti pun sama, Cuma bidang saja berlainan. Sampai sekarang pun kita masih bersahabat. Apakah kau tidak percayakan aku?
Perwatakan : _______________________________
06. Nyatakan dua teknik penceritaan beserta contoh yang digunakan dalam drama Menggapai
Pelangi karya Taha Abd Kadir.
i) _____________________________________
ii) _____________________________________
07. Isikan nilai yang sesuai dalam jadual di bawah.
NILAI PETIKAN
Yati, kita berkawan sejak sekolah. Masuk universiti pun
sama, Cuma bidang saja berlainan. Sampai sekarang pun
kita masih bersahabat.
Kami akan memilih jalan hidup masing-masing. Dia akan ke
Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah malam esok.
Kami sama-sama bertaubat..
Sepatutnya, kau bertanggungjawab pada Norasma ketika
kemalangan atau sebaik dia sembuh, dengan menikahinya.
Bukan dalam keadaan sekarang, ketika kau sudah beristeri
dan punya anak, Imran.
Aku pun kadang-kadang terfikir juga. Tapi aku tetap rasa
bersalah dan bertanggungjawab atas diri kau, Asma.
Aku sedikit pun tak berniat nak menghancurkan rumah
tangga kau yang bahagia itu.
Beginilah Imran, kita ni bekerja dengan firma swasta, jika
ada mana-mana bahagian bermasalah, seluruh firma turut
terjejas. Apa kata kita bincang sedikit.
Tapi … janganlah sampai abang terlupa nak bermain
dengan Hasnita tu. Kesian dia apabila tidak dipedulikan
ayahnya.
Abang ni Yati tengok seperti ada masalah saja. Tak elok
simpan macam tu, bang. Nanti mudarat jadinya.
Awak mempunyai Tuhan yang merupakan kekasih sejati.
Dia tidak pernah melupakan awak.
Cepat tolong, angkat mangsa ini ke dalam ambulans.
Aku minta maaf Asma, kau jadi macam itu kerana aku.
Apa yang berlaku dulu tu ialah suratan takdir Imran…
Ya, sudah hampir empat tahun mereka meninggal dunia.
Mula-mula emak aku, demam panas. Tidak sampai setahun
lepas itu ayah aku pula, sakit jantung. Adik aku sudah
setahun lebih meringkuk di pusat serenti, di Pahang. Dia
menjadi macam tu sebab terlalu kecewa. Masa tu aku masih
dalam rawatan akibat kemalangan kita dulu tu.
Kenapa Yati balik kampung tak beritahu abang? Tuhan saja
yang tahu risaunya hati abang ni.
Yati sedia berkorban agar Norasma berpeluang hidup
semula.
08. Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya Taha Abd Kadir, berikan empat pengajaran yang
boleh diperoleh daripada drama tersebut.
i) ………………………………………………………………………………………………
ii) ………………………………………………………………………………………………
iii) ………………………………………………………………………………………………
iv) ………………………………………………………………………………………………
09. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut.
a. Apakah yang dimaksudkan dengan sinkope?
…………………………………………………………………………………………….
b. Senaraikan unsur gaya bahasa sinkope yang terdapat dalam petikan
i. …………………………………………………….
ii. …………………………………………………….
iii. ……………………………………………………..
iv. ……………………………………………………..
IMRAN: Helo. Waalaikummussalam. Bercakap. Ya, ya. Apa? Ingat.
Nazmi bukan? Mestilah. Hei, apa mimpinya kau telefon aku hari ni? Hampir
tiga bulan kau tidak hubungi. Ada apa ni, Mi? Ah, sudah, sudah. Tidak usah
nak main kaset lama. Aku tetap Imran yang dulu. Dan kau tetap kawan baik
aku, O.K.? Eh, Nazmi, apa halnya kau telefon aku ni? Macam mustahak
benar. Nak belanja makan ke? (Ketawa) Boleh, boleh saja. Aku ni takat
nak makan tu, rasanya belum aku tolak lagi. Bila-bila masa boleh. O.K.
Insya-Allah.
SOALAN ESEIBAHAGIAN 2
01.
Dialog di atas menggambarkan keseluruhan permasalahan yang dialami oleh Imran dan
seterusnya menjadi perkara utama yang digarap dalam drama Menggapai Pelangi karya Taha
Abd Kadir.
Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya Taha Abd Kadir, huraikan pemikiran drama
tersebut.
02. Huraikan tiga latar masyarakat dalam drama “Menggapai Pelangi”.
03. Bincangkan lima nilai yang terdapat dalam drama “Menggapai Pelangi”.
IMRAN : Aku pernah berjanji dengan Asma tu, Zahid. Berjanji akan bertanggungjawab ke atas dirinya selepas kemalangan motosikal dulu tu, berpunca daripada aku.
SKEMA JAWAPAN
SOALAN STRUKTUR : DRAMA MENGGAPAI PELANGI KARYA TAHA ABD KADIR
JAWAPAN 01.
Petikan Persoalan
1. IMRAN : Oh ya, Yati. Sepatutnya abang dulu yang ucap tahniah. Tapi tak apalah. Boleh terlambat kan? Tahniah,
Yati. Nampaknya isteri abang ni sudah menempa kejayaan sendiri. Tercabar pula abang dengan Yati kali ini.
Persoalan kemesraan pasangan suami isteri
dalam kehidupan berumah tangga.
2. NORHAYATI : (Ketawa kecil) Kalau Yati nak challenge sudah tentu abang menang. (Diam seketika) Abang kan ketua keluarga, Yati kena ikut abang.
Persoalan kepatuhan seorang isteri dengan
arahan suami
3. IMRAN : Bersaing dalam kerjaya tak apa, Yati. Abang dalam bidang ekonomi. Yati dalam pendidikan, kita sama-sama menyumbang, membangunkan bangsa dan negara.
Sumbangan rakyat dalam pembangunan
sesebuah negara
4. NORHAYATI : (Semacam terperanjat) Apa? Abang tak tengok dia ke tadi?
Kasihan dia bang. Sejak dari pagi dia tinggal di rumah.
5. NORHAYATI : Jom bang, kita balik. Yati jumpa Cikgu Mariam kejap, bagi tahu.
Aduh, tak tahan rasanya fikirkan Hasnita ni! Kita tinggalkan dia sejak awal pagi, bang.
Persoalan kasih sayang seorang ibu
terhadap anak
6. IMRAN : Itu betullah Asma. Tapi janji tetap janji. Aku bukannya jenis manusia munafik, yang cepat melupakan janji.
Persoalan berpegang kepada janji
JAWAPAN 02.
Dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.
i. Sikap tidak sabar dalam kalangan pengguna di jalan raya
ii. Pergaulan bebas anak-anak muda zaman sekarang
JAWAPAN 03. Dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.
i. Pengorbanan seorang isteri demi orang yang disayangi
ii. Persoalan keinsafan atas kesilapan yang pernah dilakukan
iii. Persoalan kasih sayang antara suami isteri
JAWAPAN 04.
Perwatakan Imran
1) Seorang yang berterus terang dan jujur
2) Seorang yang penyayang
3) Seorang yang bertanggungjawab
JAWAPAN 05.
Perwatakan
1)Seorang yang berpegang teguh terhadap agama Islam
2) Seorang yang bijak memujuk dan memberi nasihat
3) Seorang yang baik hati dan suka membantu orang yang dalam kesusahan.
JAWAPAN 06.
1. Dua teknik penceritaan
i) Teknik imbas kembali
Contoh: peristiwa Imran dan Norasma ditimpa kemalangan jalan raya.
ii) Teknik monolog
Contoh: ketika Imran bermonolog dengan diri sendiri memikirkan keputusan yang perlu
diambil untuk meleraikan masalah yang dihadapinya
JAWAPAN 07.
NILAI PETIKAN
Nilai Setia Kawan/ Nilai
persahabatan
Yati, kita berkawan sejak sekolah. Masuk universiti pun
sama, Cuma bidang saja berlainan. Sampai sekarang pun
kita masih bersahabat.
Nilai Keinsafan
Kami akan memilih jalan hidup masing-masing. Dia akan ke
Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah malam esok.
Kami sama-sama bertaubat..
Nilai nasihat
menasihati
Sepatutnya, kau bertanggungjawab pada Norasma ketika
kemalangan atau sebaik dia sembuh, dengan menikahinya.
Bukan dalam keadaan sekarang, ketika kau sudah beristeri
dan punya anak, Imran.
Nilai bertanggungjawab
Aku pun kadang-kadang terfikir juga. Tapi aku tetap rasa
bersalah dan bertanggungjawab atas diri kau, Asma.
Nilai baik hati
Aku sedikit pun tak berniat nak menghancurkan rumah
tangga kau yang bahagia itu.
Nilai bekerjasama
Beginilah Imran, kita ni bekerja dengan firma swasta, jika
ada mana-mana bahagian bermasalah, seluruh firma turut
terjejas. Apa kata kita bincang sedikit.
Nilai belas kasihan
Tapi … janganlah sampai abang terlupa nak bermain
dengan Hasnita tu. Kesian dia apabila tidak dipedulikan
ayahnya.
Nilai mengambil berat/
Nilai prihatin
Abang ni Yati tengok seperti ada masalah saja. Tak elok
simpan macam tu, bang. Nanti mudarat jadinya.
Nilai kepatuhan kepada
Tuhan
Awak mempunyai Tuhan yang merupakan kekasih sejati.
Dia tidak pernah melupakan awak.
Nilai tolong-menolong /
nilai bantu-membantu
Cepat tolong, angkat mangsa ini ke dalam ambulans.
Nilai kemaafan Aku minta maaf Asma, kau jadi macam itu kerana aku.
Nilai keredhaan Apa yang berlaku dulu tu ialah suratan takdir Imran…
Nilai ketabahan
Ya, sudah hampir empat tahun mereka meninggal dunia.
Mula-mula emak aku, demam panas. Tidak sampai setahun
lepas itu ayah aku pula, sakit jantung. Adik aku sudah
setahun lebih meringkuk di pusat serenti, di Pahang. Dia
menjadi macam tu sebab terlalu kecewa. Masa tu aku masih
dalam rawatan akibat kemalangan kita dulu tu.
Kenapa Yati balik kampung tak beritahu abang? Tuhan saja
Nilai kasih sayang yang tahu risaunya hati abang ni.
Nilai pengorbanan
Yati sedia berkorban agar Norasma berpeluang hidup
semula.
JAWAPAN 08.
Empat pengajaran drama
i) Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan.
ii) Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama.
iii) Kita haruslah sentiasa mengamalkan sikap berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu
perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri.
iv) Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.
JAWAPAN 09.
a. Sinkope ialah penyingkatan kata/singkatan kata.
b. kau/ni/nak/takat/tu
SKEMA JAWAPAN
SOALAN STRUKTUR : DRAMA MENGGAPAI PELANGI KARYA TAHA ABD KADIR
JAWAPAN 01.
Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya Taha Abd Kadir, pemikiran dalam drama:
Drama ini memaparkan tema pergolakan jiwa yang dialami oleh seorang lelaki. Imran seorang suami
yang baik dan bertanggungjawab mengalami konflik jiwa apabila Norasma, bekas teman sekuliahnya
atau ’kekasihnya’ sewaktu di Universiti dulu tiba-tiba muncul kembali. Sewaktu berkasih Imran telah
berjanji untuk mengahwini Norasma setelah mereka terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan
Norasma mengalami cedera parah. Selepas itu, mereka terputus hubungan walaupun Imran telah
berusaha mencarinya. Imran telah berkahwin dengan Norhayati. Hubungan Imran dengan Norasma
kembali berputik apabila Norasma menghubungi Imran. Konflik jiwa Imran berlaku apabila dia
terpaksa membuat pilihan antara kasih sayang terhadap isteri atau kekasih. Norasma pula menyedari
dia umpama menggapai pelangi. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memilih jalannya sendiri.
Dia tidak mahu lagi mengganggu kebahagian Imran sekeluarga.
JAWAPAN 02.
Tiga latar masyarakat
i. Masyarakat Melayu Islam yang moden.
Contoh keseluruhan cerita mengambarkan watak orang Melayu Islam Moden melalui watak yang
berpegang pada ajaran Islam dan hidup pada masa kini.
ii. Masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama.
Contoh dapat dilihat pada watak Norhayati yang warak dan taat pada perintah suami.
iii. Masyarakat muda yang bebas bergaul dalam perhubungan. Contoh pergaulan bebas antara Imran dengan Norasma sewaktu mereka belajar melambangkan pergaulan tanpa mengira sempadan agama.
JAWAPAN 03.
i. NILAI BERTANGGUNGJAWAB
Imran buka sahaja seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga, malah Imran
sanggup bertangunggjawab terhadap janjinya bersama Norasma pada suatu ketika dahulu.
ii. NILAI KASIH SAYANG
Nilai kasih sayang perlu ada dalam menjalinkan hubungan yang lebih intim. Contohnya, Norhayati
begitu risau apabila memikirkan tentang anaknya, Hasnita yang ditinggalkan sejak awal pagi lagi. Selain
itu, dia begitu sayang terhadap suaminya.
iii. NILAI KETABAHAN
Setiap manusia harus tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan. Contohnya Norhayati yang tabah menjalani dugaan sebagai seorang isteri, tabah menerima keputusan Imran dan berserah kepada takdir Allah S.W.T
iv. NILAI KEPRIHATINAN
Keprihatinan masalah individu lain mampu membantu mereka menyelesaikan masalah. Contohnya, Dr. Mona dan Zahid merupakan insan yang prihatin terhadap masalah rakan-rakannya. Keprihatinan itu
membuatkan mereka membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Norhayati dan Imran.
v. NILAI HORMAT-MENGHORMATI
Nilai menghormati antara satu sama lain mampu membentuk kehidupan yang sihat. Contohnya, Norhayati menghormati apabila dia melayan Dr. Mona dengan baik ketika bertandang ke rumahnya. Begitu juga dia
menghormati apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh suaminya.
top related