dr salim hassan - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bab 7 metodologi...

Post on 27-Oct-2019

20 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Dr Salim Hassan

Lawatan oleh agen pengembangan kekebun atau perusahaan ataukumpulan tani secara berjadual danterancang.

Kaedah ini didapati paling berkesandalam proses pemindahan teknologi.

Dr Salim Hassan /TKP3201 2

Melalui aktiviti ini, pegawai pengembangan dapat memberi maklumat terbaru, teknologi terkini, mendapat maklum balas dari petani, menentukan keperluan petani, berbincang dengan lebih terperinci mengenai projek disamping mengeratkan perhubungan antara pegawai pengembangan dan petani.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 3

Satu kaedah pengembangan yang digunakan untuk memberi khidmat nasihat terutama mengenai peluang-peluang pelaburan dan kemudahan-kemudahan insentif kepada usahawan dan pihak swasta.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 4

Golongan ini selalunya dikaitkan dengan keupayaan kewangan yang lebih kukuh, tahap pendidikan yang tinggi serta mempunyai pengalaman dan pendedahan yang luas mengenai sesuatu teknologi.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 5

Forum adalah majlis rasmi yang terdiri dari seminar, bengkel, dialog, perjumpaan rasmi, majlis penerangan yang diatur khusus bagi menghebahkan maklumat, teknologi terkini dan mendapat maklum balas kumpulan petani/pelanggan.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 6

Forum biasanya melibatkan kehadiran pakar sebagai panel atau pun sebagai pakar rujuk dalam bidang tertentu.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 7

Salah satu metodologi pengembangan untuk menghebah program dan aktiviti jabatan, menyempaikan maklumat serta teknologi secara pakej kepada pelanggan di kebun/ladang mereka, di Pusat Pertanian atau ditempat umum yang sesuai.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 8

Semasa hari ladang dilaksanakan, pegawai pengembangan akan dibantu oleh pegawai teknikal dan pemimpin tempetan untuk menjayakan sesi penerangan, pameran, petunjukan kaedah dan lawatan ladang.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 9

Klinik pengembangan adalah satu pusat setempat di mana pelanggan dapat merujuk, masalah mengenai aktiviti pertanian mereka bagi mendapatkan cadangan penyelesaian daripada pegawai pengembangan bertugas.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 10

Ia dibuka di pejabat atau dipremis tempatan tertentu mengikut kesesuaian.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 11

Petak promosi dikendalikan oleh pegawai teknikal dengan tujuan untuk mempromosikan teknologi baru/terkini kepada agen pengembangan serta petani.

Tapak yang dipilih selalunya terletak di premis jabatan atau diladang/kebun petani maju.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 12

Petak demonstrasi pula diadakan bertujuan untuk mempamer dan meyakinkan petani tentang potensi dan prestasi sesuatu teknologi supuya mereka yakin dan bersedia untuk melaksanakannya dikebun mereka.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 13

Petak ini dipilih di kawasan kebun petani maju dan komited serta diurus selia oleh pegawai pengembangan setempat.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 14

Latihan petani dirancang, dijadual dan dilaksanakan sama ada dalam bentuk ceramah atau praktikal. Ianya diadakan di Pusat Latihan Jabatan dan lain-lain tempat yang sesuai. Latihan ini juga meliputi lawatan sambil belajar ke ladang petani maju.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 15

Aspek pemantauan bagi peserta lepasan program ini juga penting bagi memastikan latihan yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh petani.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 16

Lawatan penasihat pakar ke ladang yang dilaksanakan oleh pegawai pakar secara individu atau kumpulan yang bertujuan untuk mengukuhkan pemantauan projek supaya pelaksanaannya mengikut perancangan dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Dr Salim Hassan JTP/FP/UPM 17

SOALAN?

top related