dr. hamdzun haron universiti kebangsaan malaysia ... · sejarah kewujudan tembikar bilakah tembikar...
Post on 07-Jun-2019
366 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Dr. Hamdzun Haron
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS DAN
TEKNOLOGI DI ALAM MELAYU
SALAM 2
Penulisan ini merupakan
satu kajian kualitatif
melalui observasi secara
deskriptif dilakukan ke
atas aktiviti penghasilan
tembikar warisan Melayu
tradisional di Malaysia
yang didapati kini
berleluasa menggunakan
pelbagai teknologi.
Pemerhatian tersebut
dilakukan di Perak,
Kelantan dan Pahang
Pengenalan
o Tembikar merupakan hasil kraf tangan yang terawal
dicipta oleh manusia yang mendiami di Malaysia sejak
zaman prasejarah lagi.
o Tembikar merupakan satu objek ciptaan manusia yang
menggabungkan empat unsur keperluan asas dalam
kehidupan seharian kita.
TANAH AIR API UDARA
Tanah liat
bahan asas untuk membentuk tembikar
Air
diperlukan jika tanah liat keras
dilembutkan dengan mencampurkan atau
merendamkannya
membasahkan tangan memudahkan kita membentuk
tanah liat pelbagai rupa yang dikehendaki.
Udara
diperlukan semasa proses pengeringan
Api
sumber- kayu, buluh, sabut kelapa, ranting, arang, gas,
elektrik
bahan bakar semasa proses pembakaran
jasad tembikar menjadi keras.
Sejarah Kewujudan Tembikar
Bilakah tembikar mula dicipta dalam
sejarah seni manusia?
Jomon
Tembikar tertua adalah dari Jepun merupakan seni tembikar
yang sempurna dan terawal telah dicipta di dunia.
Bermaksud dekorasi bertali
Dihasilkan pada tahun 10,750 SM iaitu pada zaman Paleolitik
Karakter mudah dikenal pasti kerana pasu yang dihasilkan
berbentuk tinggi, bertapak kecil dan terdapat dekorasi
jalinan tali-tali halus pada permukaannya
Tembikar Zaman Neolitik Malaysia
o Mengikut sejarah terdapat 2 klasifikasi tembikar yang ditemui
di Malaysia:
1) Tembikar Zaman Neolitik - Terdapat 3 lokasi ianya ditemui:
Gua
Musang &
Gua Cha
(Kelantan)
Jenderam
Hilir
(Selangor)
Bukit
Tengku
Lembu
(Perlis)
2) Tembikar Melayu Tradisional – terdapat 5 lokasi ia
ditemui:
PASU KECHUR
(Perlis/1995 pupus)
MAMBONG (Kelantan)
TERENANG
(Pahang)
PASU SUNGAI DUA
(Pulau Pinang)
LABU (Perak)
Labu
Sayong,
Labu Pulau
Tiga
Membuat tembikar adalah
salah satu hasil kraftangan yang
tidak asing lagi dalam masyarakat
Melayu walaupun penghasilannya
hanya tertumpu kepada
beberapa negeri sahaja.
Negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia seperti
Perak, Pahang dan Kelantan telah
berjaya menghasilkan tembikar
yang mempunyai identiti tersendiri
Kepelbagaian kegunaan
tembikar yang dihasilkan oleh
kaum wanita telah
menjadikannya sebagai salah
satu barangan keperluan utama.
Perkembangan Tembikar Melayu
Tradisional
Negeri Perak
Perak merupakan negeri terawal
manusia hidup di Semenanjung
Malaysia
Penemuan rangka manusia berusia
lebih kurang 11,000 tahun iaitu
hidup awal zaman Batu Lama
(Paleolitik)
Rangka ini diberi nama Perak Man -
1938 - di Kota Tampan, Lenggong
Manusia pada zaman itu telah
menggunakan beberapa jenis alat
yang dibuat dari batu seperti
‘pengetuk batu’ dan ‘kapak
genggam’
Labu Tanah
o Dihasilkan di kampung Sayong dan Pulau Tiga sahaja.
o Ideanya diadaptasi daripada bentuk buah labu air.
o Rekaannya berfungsi sebagai bekas air minuman.
o Dihasilkan oleh kaum wanita sahaja.
o Dikenali juga dengan panggilan ‘labu picit’.
o Pakar pembuatnya dipanggil ‘pandai labu’.
o Adaptasi dari buah labu air – juga dikenali sebagai labu ayor
o Labu tanah dari Sayong kelihatan licin, bersaiz besar dan berwarna kehitaman – dikenali sebagai Labu Sayong
o Labu tanah dari Pulau Tiga bersaiz kecil sedikit, permukaan kasar dan berwarna kekuningan –dikenali sebagai Labu Pulau Tiga.
Negeri Pahang
Tembikar di negeri ini telah wujud
sejak akhir zaman Mesolitik Dihasilkan oleh satu masyarakat yang mengamalkan kebudayaan ‘Hoabinhian’
Penemuan di Gua Kecil, Bukit Chinatamani, Kota Tongkat
Ragam hias seperti mengecap dan gurisan pada tembikar prasejarah
Terenang Jerantut daerah yang menghasilkan
terenang
berbentuk geluk
Negeri Kelantan
Tembikar dihasilkan sejak zaman
Neolitik lagi 3000 tahun yang lalu
Penemuan di Gua Cha.
Mambong Dikenali sebagai tembikar
Mambong - Mukim Mambong
Periuk tanah bertutup tanpa
ragam hias
Teknologi pembuatan tembikar Melayu
tradisional
Satu sistem teknologi proses pengurusan:
Untuk membuat tembikar Melayu tradisional, satu sistem
teknologi proses pengurusan yang menggunakan teknik dan
kemahiran tangan digunakan oleh pandai tembikar.
Di samping dengan pengetahuan dan kerja-kerja praktikal
yang menggunakan bahan, peralatan atau mesin tertentu
sama ada cara lama atau moden digunakan bagi menjamin
pembentukan tembikar yang sempurna.
Dalam erti kata lain:
Teknologi dalam proses pembuatan tembikar Melayu
tradisional adalah tahap suatu pengetahuan teknikal yang
digunakan dan bergabung jalin dengan sumber tertentu untuk
menghasilkan sesuatu produk.
Proses Penghasilan Tembikar
4
Pembakaran
3
Dekorasi
2
Proses membentuk tembikar
1
Proses penyediaan tanah
Proses penyediaan tanah
Chok digunakan untuk mengorek tanah liat dari tebing sungai.
Tanah liat ditakek-takek dengan parang supaya
menjadi ketulan lebih kecil.
Tanah liat ditumbuk dengan lesung kaki
Tanah Liat dimasukkan ke dalam ayak untuk ditapis bagi mendapatkan debu
tanah liat
Debu tanah liat dikepal-kepal di dalam dulang
pelapik
Memecahkan tanah menjadi ketulan yang
lebih kecil
Proses penyediaan tanah
Menapis tanah Proses melepa tanah liat Tanah liat diuli sampai sederhana keras
Tanadisiram dengan air dan kemudian ditutup
dengan guni
Pasir ditabur pada tanah Menumbuk tanah menggunakan lesung
tangan.
Hancurkan Tanah dengan Mesin plunger
Menapis tanah bagi memastikan kehalusan tanah yang diperolehi
Lingkaran tanah liat diletakkan di dalam pinggan ayan untuk
proses picit-cubit.
Dinding tembikar dipadatkan dengan cara menepuk-nepuknya dengan kayu
penepik.
Dinding labu dicembungkan untuk membuat bahagian
badan tembikar
Proses membentuk tembikar
Bahagian kepala labu tanah terbentuk dan
labu dilicin-licinkan dengan menggunakan
sudip kayu.
Akhir sekali bahagian muncung siap dibentuk
dan dilicin-licinkan dengan menggunakan jari
Meluru di bahagian badan Labu Sayong.
Proses membentuk di peringkat awal
Memicit sambil menaikkan tanah
Lingkaran tanah ditambah untuk menaikkan badan
Terenang.
Menyamaratakan bahagian bawah
Terenang.
Melicinkan permukaan Terenang dengan batu
sungai
Lebihan tanah pada bahagian tengah dibuang
Proses menaikkan dinding periuk
Meratakan bahagian dalam Mambong
menggunakan besi kokot
Proses melicinkan permukaan dengan menggunakan batu
sungai.
Model labu tanah masih di atas mesin jolly jigger
Model dipisahkan daripada kepingan acuan.
Plaster of Paris dituang ke
dalam kepungan.
Membuat ‘kunci’ pada kepingan acuan.
Slip dituang ke dalam acuan plaster of Paris.
Jasad labu tanah yang telah separuh kering
dalam acuan
Jasad Labu Sayong dibiarkan separuh kering pada suhu
bilik.
Melicinkan permukaan Labu Sayong dengan menggunakan mesin
lempar alin
Meluru di bahagian badan Labu Sayong
Dekorasi
Menghasilkan corak menggunakan kayu cop
Hasil ukiran tanah liat bunga timbul.
Motif pucuk rebung dihasilkan dengan
menggunakan teknik gurisan
Cara mengukir tebuk tembus.
Engobe disapu pada
permukaan tembikar labu. Melakar slip trailing.
Mengecop pada slip trailing. Lakaran menggunakan pen marker.
Lakaran menggunakan pen dakwat emas
Spray gun digunakan dalam teknik semburan
Pembakaran Dedah
Labu Sayong disusun terbalik di atas para-
para.
Menghidupkan unggun api menggunakan sabut
kelapa
Proses menyalai bau tanah di atas para-para.
Labu Sayong diturunkan dari para-para untuk proses pembakaran.
Labu Sayong disusun di atas bahan bakar.
Labu Sayong ditutup dengan bahan bakar
Proses menyekam labu tanah guna sekam padi
Menyapu damar di bahagian tapak labu
tanah supaya tidak telus air
Labu Sayong bertukar menjadi hitam apabila
dibawa keluar daripada sekam padi.
Menyusun kayu sebelum proses pembakaran
mambong
Melumur getah jantung pisang di bahagian tapak
mambong.
Proses pembakaran tembikar cara dedah.
Pembakaran Tanur
Sebuah tanur yang masih menggunakan kayu sebagai bahan bakar.
Batu bata yang menutupi pintu tanur dirobohkan untuk mengeluarkan Labu
Sayong
Tanur gas.
Pembakaran menggunakan tanur gas sedang dijalankan
oleh pengusaha Labu Sayong.
Labu Sayong berwarna coklat muda apabila telah
cukup matang pembakaran.
top related