disleksia powerpoint

Post on 23-Jun-2015

3.916 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DISLEKSIA

DISLEKSIA

KANAK-KANAK DISLEKSIA

PENGENALAN

• Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah gabungan 2 perkataan Greek:

• Dys-kesukaran• Lexia-perkataan• Diterjemahkan sebagai-kesukaran dengan

perkataan.• Istilah lain-”buta huruf” (word blindness)

DISLEKSIA

Siapa yang memperkenalkan perkataan DYSLEXIA.

o Seorang Profesor Berlin-pakar perubatan dan “ophalmotologist” pada tahun 1887.

(Hammond dan Hughes, 1996-3)

DISLEKSIA

Definasi lain untuk DISLEKSIA.

Downing and Leong, 1982-mendefinasikan disleksia secara literal bermaksud – kepayahan memahami perkataan atau leksiko – “word seen, words heard,words spoken, word felt, and above all, words internalised”.

DISLEKSIA

KESIMPULAN.

• Murid disleksia menghadapi kepayahan spesifik dalam pembelajaran membaca, menulis, mengeja dan mengira.

• Masalah lemah membaca dianggap serius oleh semua pihak.

DISLEKSIA

KESIMPULAN.• Disleksia bukanlah satu konsep yang

mudah dijelaskan.

• Penyelidik bersetuju bahawa disleksia boleh diterangkan sebagai keadaan seseorang yang mengalami masalah yang agak serius.

DISLEKSIA

CIRI-CIRI DISLEKSIA.

• Pengetahuan mengenai ciri-ciri disleksia dapat membantu ibu bapa dan guru membuat pengesanan awal.

DISLEKSIA

CIRI-CIRI DISLEKSIA.

• Secara keseluruhannya ciri ciri disleksia dibahagikan kepada 5 kriteria:

»Umum»Kecelaruan pandangan dan

penglihatan.»Pengamatan dan tingkahlaku.»Kemahiran motor halus.»Kemahiran motor kasar.

DISLEKSIA

1. CIRI-CIRI UMUMPerkembangan bahasa atau pertuturan

yang lambat.Pergerakan pergelangan tangan yang agak

kekok.Hasil penulisan yang tidak kemas dan

comot.Menulis dengan lambat.

DISLEKSIA

1. CIRI-CIRI UMUMEjaan yang lemah.Kebolehan membaca 2 tahun kebelakang.Tidak mempu melahirkan idea dalam bentik

tulisan.Mudah merasa tertekan dan emosional.

DISLEKSIA

1. CIRI-CIRI UMUM

• Kesukaran mendiskriminasikan pandangan dan pendengaran.

• Kesukaran mengeja, membaca, menulis dan mengira.

• Kecelaruan dalam menerima pelbagai arahan.

DISLEKSIA

1. CIRI-CIRI UMUM

• Pelajar lemah dalam satu-satu pelajaran tetapi baik dalam mata pelajaran tertentu.

• Kelihatan cerdik tetapi lembam.• Menghadapi masalah “hyperactive, apasia

dan attention dificit disorder” (ADD).

DISLEKSIA

2. Kecelaruan pandangan dan penglihatan.

Kesukaran membatang perkataan.Kesukaran dan gemar meninggalkan huruf

pada pangkal perkataan.Sering membaca dalam keadaan tidak ceria.

DISLEKSIA

2. Kecelaruan pandangan dan penglihatan.

Menunjukkan pertuturan, penambahan, penggantian atau pengulangan perkataan dan nombor semasa membaca atau menulis.

Mengeja dengan tidak konsisten.Susah atau tidak memahami perkataan yang

dibaca atau ditulis.

DISLEKSIA

2. Kecelaruan pandangan dan penglihatan.

Cepat penat apabila membaca.Mempunyai masalah ingat pandang dan

ingat dengar.Bermasalah dalam susunan dan turutan

huruf serta nombor.

DISLEKSIA

Kekeliruan arah kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang dan sebagainya.

Kebalikan huruf atau nombor tertentu.Keliru dengan abjad tertentu,b/d,p/q,m/w,n/u.

DISLEKSIA

2.2.Kecelaruan pandanganKecelaruan pandangan dan penglihatandan penglihatan

Sering berangan-angan.Masalah menyalin atau meniru dari papan

tulis.Masalah mengeja.

DISLEKSIA

2.2.Kecelaruan pandangan Kecelaruan pandangan dan penglihatandan penglihatan..

3. PENGAMATAN DAN TINGKAHLAKU.

o Sukar memberitahu waktu atau menepati masa.

o Sukar mengingati simbol matematik.o Suka mengacau dan membuat huru hara

dalam kelas.o Sering mengalami kesukaran dalam haluan

yang berliku.

DISLEKSIA

3. PENGAMATAN DAN TINGKAHLAKU.

o Sukar mempelajari turutan ketika berpakaian.

o Sukar memakai kasut mengikut kaki yang betul.

o Lemah daya ingatan.o Menghadapi “short attention span”.

DISLEKSIA

3. PENGAMATAN DAN TINGKAHLAKU.

o Sukar berkawan dengan rakan sebaya.o Berkelakuan menganggu secara tiba-tiba.o Suka menarik perhatian.

DISLEKSIA

4. KEMAHIRAN MOTOR HALUS.

Bermasalah memasukkan dan menyusun tali kasut dalam lubang dengan betul.

Masalah memegang pensil dengan betul.Masalah dalam aktiviti menekap.Masalah menggunakan sudu,garfu atau

pisau ketika makan.

DISLEKSIA

4. KEMAHIRAN MOTOR HALUS.

Kesukaran mengenalpasti bunyi yang didengari.

Masalah mambuat pengiraan secara mengundur.

Sukar mengingati turutan huruf, nama hari dalam seminggu,nama bulan dalam setahun.

DISLEKSIA

5. KEMAHIRAN MOTOR KASAR.

Kesukaran mengimbang badan.Kesukaran memegang, melontar atau

menyepak bola dengan baik.Kesukaran menaiki tangga.Kesukaran dalam latihan tarian kerana

sukar mengingati langkah.

DISLEKSIA

TANDA-TANDA DISLEKSIA.

• 1. Para penyelidik bersetuju bahawa disleksia boleh dikenali melalui beberapa petanda yang dialami oleh seseorang, seperti mengalami masalah membaca yang serius disamping masalah menulis dan mengira disebabkan oleh perkembangan unit perkataan tidak selari dengan umur kronologi.

DISLEKSIA

TANDA-TANDA DISLEKSIA

2. Ketidakupayaan seseorang memperolehi pengetahuan daripada proses pembelajaran, disebabkan kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan kod ayat yang selalu menunjukkan ketidakupayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa.

DISLEKSIA

TANDA-TANDADISLEKSIA

• 3. Kesukaran dalam pembacaan pengajaran dan penulisan bahasa,kefahaman, sains dan matematik, penggunaan simbol muzik, fungsi motor dan kemahiran berorganisasi namun begitu penekanan perlu diberi terhadap penguasaan bahasa.

DISLEKSIA

1. KETURUNAN/GENETIK.

• Dalam kebanyakan kes murid disleksia, terdapat beberapa orang ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama.

DISLEKSIA

1. KETURUNAN/GENETIK.

• Ini menunjukkan kemungkinan punca disleksia adalah genetik dan boleh diwarisi, Cuma darjah keterukan sahaja yang berbeza.

DISLEKSIA

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA.

• Pada masa kini, tiada jawapan yang tepat mengenai punca-punca disleksia.

• Namun, secara umumnya dapatlah disimpulkan beberapa punca antaranya:

–1. Keturunan/genetik.–2. Biologi.

DISLEKSIA

1. KETURUNAN/GENETIK.

• Kajian telah dijalankan membuktikan disleksia yang disebabkan oleh chromosome 15.1 dan boleh diwarisi secara turun temurun. (British Psychological Society,1991 dan Hammond dan Hughes, 1996)

DISLEKSIA

2. BIOLOGI.Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai

sejarah semasa kelahiran, seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Semua faktor ini, menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah belajar dan kerosakan ini adalah minima.(Mercer 1997;98. HAMMOND DAN Hughes,1996;11)

DISLEKSIA

2. BIOLOGI.

Disleksia adalah berpunca daripada kerosakan pada “Corpus Collosum dan “Visual Cortex” dalam otak manusia.

DISLEKSIA

• Secara umumnya, punca-punca Disleksia ialah:-

1. Gangguan urat saraf.2. Kerosakan otak.3. Gangguan bahagian dalaman telinga.

(Cerebeller-vestibular)4. Demam panas yang teruk.5. Kejadian-kejadian semasa pranatal.

DISLEKSIA

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK DISLEKSIA.

1. MEMBACA.Kesukaran membaca akan jadi

penghalang kepada kebolehan murid untuk belajar.

Kesukaran untuk mendapatkan maklumat dan membuat rujukan.

Mengakibatkan murid meresa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

DISLEKSIA

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK DISLEKSIA

2. MENGEJAKelemahan mengeja akan memberi kesan negatif.

Menghadkan kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuan yang dipelajari dalam kelas.

Mengakibatkan murid mendapat markah yang rendah dalam ujian dan peperiksaan.

DISLEKSIA

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK DISLEKSIA

3. MENULIS Masalah ini akan menjadi kepincangan antara

kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuan secara lisan dan bertulis.

Kesukaran murid Disleksia akan memberi kesan negatif terhadap penguasaan kemahiran menulis murid tersebut.

DISLEKSIA

MASALAH DISLEKSIA JUGA BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA JENIS:-

1. Disleksia Pandangan (Visual).

2. Disleksia Pendengaran (Auditori).

3. Disleksia Visual-Auditori.

DISLEKSIA

APA ITU DISLEKSIA PANDANGAN. (Visual)

• Kesukaran mendiskriminasi pandangan menyebabkan kekeliruan perkataan atau huruf yang hampir sama– Contoh: ejaan beg jadi bog : ship jadi snip

• Kadar pengamatan lambat.• Kecenderungan kebalikan.

– Contoh: ejaan big jadi dig :

DISLEKSIA

APA ITU DISLEKSIAPANDANGAN (VISUAL)

Kecenderungan songsang.– Contoh: ejaan spa jadi sap.– Difisit dalam ingatan pandangan atau visual.– Lukisan yang rendah mutunya kerana

banyak butiran yang penting ditinggalkan walaupun pada benda biasa.

DISLEKSIA

APA DIA DISLEKSIAPANDANGAN (VISUAL)

–Tidak dapat menjalani latihan kemahiran sukan yang kompleks.

–Tinggi daya kebolehan dalam aktiviti pendengaran.

DISLEKSIA

APA ITU DISLEKSIA PENDENGARAN. (AUDITORI)

• 1. Kecelaruan diskriminasi pendengaran dan pengamatan yang menyebabkan sukar belajar bacaan menngikut kaedah analisis fonetik.

DISLEKSIA

APA ITU DISLEKSIA PENDENGARAN. (AUDITORI)

• 2. Bermasalah dengan analisis dan sintesis pendengaran. Tidak berupaya membahagikan perkataan kepada suku kata atau bunyi tertentu. Tidak boleh menggabung bahagian perkataan menjadi lengkap.

DISLEKSIA

APA ITU DISLEKSIA PENDENGARAN. (AUDITORI)

• 3. Ada kecelaruan dalam memahami bunyi secara berturutan. Contoh, penyebutan yang tidak betul atau semasa menulis mengubah urutan huruf kerana tidak dapat mengingati atau mengkalakan urutan bunyi.

DISLEKSIA

APA ITU DISLEKSIA PENDENGARAN (AUDITORI)

• 4. Tidak dapat membunyikan semula bunyi dalam perkataan. Contoh, tidak dapat mengingati bunyi huruf atau tidak boleh menyebut perkataan walaupun tahu makna perkataan itu.

DISLEKSIA

APA ITU DISLEKSIAPENDENGARAN (AUDITORI)

• 5. Lebih cenderung untuk memilih kemahiran aktiviti yang memerlukan kemahiran pandangan atau visual, kerana mereka lemah dalam aktiviti melibatkan pendengaran, urutan dan diskriminasi pendengaran.

DISLEKSIA

APA ITU DISLEKSIA PANDANGAN-PENDENGARAN

(VISUAL-AUDITORI)

• Murid Disleksia Visual-Auditori akan menghadapi dan mengalami kesukaran dalam kedua-dua aspek iaitu visual dan auditori.

DISLEKSIA

APA ITU DISLEKSIA PANDANGAN-PENDENGARAN

(VISUAL-AUDITORI)

• Mengakibatkan murid ini akan menghadapi masalah pembelajaran yang kritikal.

DISLEKSIA

BAGAIMANA MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA.

Ibu bapa atau guru tidak perlu panik kerana

ramai diantara mereka telah berjayadalam pelajaran dan kehidupan.

DISLEKSIA

BAGAIMANA MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA.

Berikut Adalah Cadangan Untuk MenyusunProgram Kanak-kanak Disleksia.

DISLEKSIA

ANTARA CADANGANNYA IALAH:-

1. Beritahu murid anda mengetahui dan mengambil berat masalah yang dihadapinya. Beri perangsang dan penerangan yang lebih.

DISLEKSIA

ANTARA CADANGANNYA IALAH:-

.

2. Beri penerangan atau tugasan dalam bentuk konkrit dan membantu kerja yang boleh mereka kuasai.

DISLEKSIA

ANTARA CADANGANNYA IALAH:-

• Setiap informasi mesti disampaikan berulang kali kerana untuk menguasai kemahiran mereka memerlukan latihan berulang kali.

DISLEKSIA

ANTARA CADANGANNYA IALAH:-

4. Beri mereka ruang masa untuk berfikir dan menyudahkan kerja.

DISLEKSIA

ANTARA CADANGANNYAIALAH :-

5. Ubahsuai tugasan atau rutin, kurangkan tugasan atau kerja dan berikan motivasi agar mereka menyudahkan kerja dengan baik kerana kadangkala mereka memiliki kognitif yang lebih baik daripada kanak-kanak normal.

DISLEKSIA

ANTARA CADANGANNYAIALAH :-

6. Bantu mereka menguruskan diri agar mereka dapat membentuk sikap ingin berdikari.

7. Memberi mereka bantuan dan panduan dalam setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan.

DISLEKSIA

ANTARA CADANGANNYAIALAH :-

8. Memberi perhatian terhadap pembinaan “self esteem”. Jangan jadikan kelemahan mereka sebagai satu masalah, dan jangan ketawakan kesukaran mereka.

DISLEKSIA

ANTARA CADANGANNYAIALAH :-

9. Ibu bapa dan guru hendaklah mewujudkan jalinan kesefahaman yang baik demi kanak-kanak ini.

.

DISLEKSIA

ANTARA CADANGANNYAIALAH :-

10. Tidak membebankan mereka dengan banyak aktiviti, dan memahami cara mereka melaksanakan tugasan.

DISLEKSIA

KESIMPULAN.

• DISLEKSIA juga termasuk dalam masalah deria seperti tidak dapat melihat dan mendengar dengan baik juga memahami apa yang dilihat dan didengar.

DISLEKSIA

KESIMPULAN.

• DISLEKSIA adalah masalah kecelaruan pandangan, penglihatan, pengamatan tingkah laku, kemahiran motor kasar dan juga kemahiran motor halus.

DISLEKSIA

KESIMPULAN

• Walau bagaimana pun, perkembangan dalam bidang lain juga dapat meningkatkan kekuatan dan kepercayaan dan harga diri seseorang.

DISLEKSIA

KESIMPULAN

• Kanak-kanak DISLEKSIA juga perlu diberi keyakinan bahawa terdapat banyak lagi bidang lain yang juga penting untuk diberi perhatian demi memenuhi keperluan hidup sendiri.

DISLEKSIA

DISLEKSIA

SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN BERKAITAN DISLEKSIA

KLIP DISINI

DISLEKSIA

DISLEKSIA

top related