darah 1234230402603985-1

Post on 03-Jul-2015

374 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DARAH

PENGENALAN KEPADA DARAH

Darah merupakan satu tisu unik yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan

merupakan satu medium pengangkut oksigen ke seluruh tubuh, ia juga

berfungsi untuk membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kuman

dan mengandungi sistem imunisasi bertujuan mempertahankan diri dari

jangkitan kuman.

Darah manusia berwarna merah, menjadi merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh kandungan hemoglobin di dalam darah atau dikenali sebagai protein pernafasan, tempat di mana oksigen bergabung.

Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein.

Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.

KOMPOSISI DARAH

Komposisi darah

Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscles), yang

membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain

adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk

medium cecair darah.

Korpuskel Terdiri Daripada :

Sel Darah Merah

Sel darah merah atau eritosit (sekitar 99%). S.D.M tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, S.D.M mengandungi hemoglobin dan berfungsi untuk mengedarkan oksigen. S.D.M juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.

• Terdapat lebi kurang 5 juta jumlah eritosit untuk setiap milimeter padu eritosit (mm3).

• berbentuk dwicekung dan bersaiz tetap.• Berasal daripada tulang sum-sum

Platlet

Platlet• Platlet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%),

bertanggungjawab untuk pembekuan darah. • Terdiri daripada serpihan kecil.• Terbentuk daripada sitoplasma sel besar

(megakariosit).• Berasal daripada sum-sum tulang.• Terdapat lebi kurang 2.5 juta jumlah Platlet

untuk setiap milimeter padu Platlet (mm3).

Sel darah Putih

Sel Darah Putih

• Sel darah putih atau leukosit(0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan(sistem pertahanan tubuh).

• Menpunyai nukleus, tidak mempunyai bentuk yang tetap dan berhemoglobin.

• Terdapat lebi kurang 8000 jumlah sel darah putih untuk setiap milimeter padu darah putih (mm3).

Plasma Darah• Salah satu jirim yang mempunyai zarah bercas

bertenaga yang bertindakbalas dengan daya elektromagnet.

• Sejenis cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah yang mengandungi fibrinogen yang membantu dalam pembekuan darah.

• Turut mengandungi Serum yang mengandungi air, pelbagai jenis protein, glukosa, lipid, garam, vitamin, enzim dan hormon.

• Juga terdapat immunoglobin (antibodi) yang bertindak balas terhadap sebarang serangan bendasing seperti bakteria dan virus.

Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh

darah.

Leukosit (sel darah putih)

• Terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

2) Granulosit :-

sitoplasma bergranul dan mempunyai nukleus bercuping

2) Agranulosit :-

sitoplasma tidak bergranul dan mempunyai nukleus yang besar.

Granulosit.

• Sitoplasma bergranul• Nukleus berbentuk cuping.

Angranulosit

• Sitoplasma tidak bergranul.• Nukleus besar.

Agranulosit

Limposit 25%

Monosit 6%

Fungsi Darah• Sebagai sistem pengangkutan:-- Pengangkutan air yang merupakan pelarut

dan bahantara utama untuk tindak balas kimia berlaku.

- Pengangkutan hasil dari percernaan.- Pengangkutan hormon dari kelenjar yang

merembeskannya ke organ sasaran.- Pengangkutan gas terlarut seperti oksigen dan

gas karbon dioksida.- Pengangkutan bahan kumuh seperti urea, asid

urik dan karbon dioksida.

• Sistem Homeostasis:- - Mengawal atur haba tubuh dengan

mengangkut haba ke kulit dan bahagian-bahagian lain badan untuk dibuang.

- Plasma darah memelihara keseimbangan tekanan osmosis dalam dan luar sel serta memelihara kestabilan ph.

• Sistem Pertahanan:-- Terdapat tiga cara dalam sistem pertahanan:• Proses fagositosis iaitu proses penelanan

dan pencernaan bakteria atau benda asing oleh sel darah putihseperti neutrofil dan monosit.

• Penghasilan antibodi iaitu sel limfosit bertindak melalui beberapa cara iaitu menyelaput bakteria dan memudahkan fagosit menelannya, melarutkan lapisan luar bakteria dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

• Pembekuan Darah :-

- Platlet dan fibrinogen dalam darah akan membeku.

Jenis Kumpulan Darah

• Darah manusia terdiri daipada 4 jenis iaitu :-

b) Darah O

c) Darah A

d) Darah B

e) Darah AB

Darah O

• Merupakan kumpulan darah yang tidak mempunyai sebarang antigen tetapi mempunyai antibodi di dalam darah

• Darah jenis O ini hanya boleh menderma kepada semua kumpulan darah (A, B,AB dan O) dan hanya boleh menerima darah jenis O sahaja

Darah A

• Merupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen A dan antibodi B

• Darah jenis ini boleh menerima darah dari jenis A,AB dan O sahaja

• Manakala darah jenis A pula hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis A dan AB sahaja.

Darah AB

• Darah AB merupakan satu kumpulan darah yang tidak mempunyai antibodi tetapi mempunyai antigen A dan B

• Kumpulan darah AB hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis AB sahaja

• Manakala darah jenis ini pula merupakan penerima universal dimana darah AB boleh menerima darah dari kumpulan darah yang lain.

Darah B

• Merupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen B dan antibodi A

• Darah jenis ini boleh menerima kumpulan darah jenis B,AB dan O sahaja

• Manakala darah dari kumpulan B hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis B dan AB sahaja.

Penentuan Jenis Darah

• Penentuan jenis darah manusia boleh dibuat melalui 2 cara iaitu dengan cara ABO tile dan dengan cara Kaedah Tiub.

Jangka Hayat

• Dalam keadaan normal, jangka hayat sel darah merah boleh bertahan selama 120 hari selepas dihasilkan oleh sum sum tulang, kemudian apabila cukup tempoh,sel darah merah ini akan termusnah di dalam hati.

• Bagi sel darah putih pula ia bergantung kepada jenis sel yang wujud kerana terdapat sel yang hanya bertahan selama 2-3 hari sahaja dan yang paling lama boleh bertahan sehingga 4-10 tahun.

top related