corak pengajaran muzik di prasekolah
Post on 09-Dec-2015
302 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
CORAK PENGAJARAN MUZIK DI PRASEKOLAH
Empiang Ak Juing
Claudia Vera Ronnie
Francisca Ak Kanyau
Lau Bih Rou
Ling Xian Nian
Wong Poh Yee
PEMUSATAN BAHAN
• Bahan pengajaran (skor/alat muzik) menjadi unsur penting dalam PdP.
• Komunikasi dan interaksi berlaku antara guru dengan bahan pengajaran atau murid dengan bahan pengajaran.
• Mementingkan aktiviti PdP yang bermakna melalui pengalaman konkrit dan pengalaman sebenar. Contohnya: setiap murid belajar berpeluang memainkan alat muzik sendiri.
• Menekankan dan menggabungkan perkembangan kognitif dan jasmani.
• Bahan atau alat bantu mengajar menjadi fokus PdP.
Kekuatan & kelebihan strategi
pemusatan bahan
Ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan
situasi yang konkrit.
PdP dapat disampaikan dengan lebih mudah dan menarik.
Murid berpeluang meneroka dan mendapat ilmu
pengetahuan atau kemahiran melalui
pengalaman sebenar.
PEMUSATAN MURID
• Guru bersifat demokratik dan membimbing murid menjalankan PdP.
• Kaedah dan teknik yang digunakan ialah inkuiri penemuan, perbincangan, main peranan dan sumbangsaran.
• Murid berperanan penting dan sangat digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif.
• Komunikasi dua hala berlaku antara guru dan murid.
Kekuatan & kelebihan strategi
pemusatan murid
Guru boleh mendapat tahu minat, tahap dan gaya pembelajaran murid lalu merancang dan melaksanakan
PdP muzik yang lebih sesuai.
Murid lebih berinisiatif dalam mempelajari
muzik.
Murid bersifat lebih kreatif kerana diberi kebebasan untuk meneroka muzik.
PEMUSATAN GURU• Guru memainkan peranan yang utama dan mengawal segala
aktiviti PdP.
• Komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah sehala.
• Guru banyak memberi penerangan dan pengajaran manakala murid mendiamkan diri.
• Jika guru menunjukkan cara bermain sesuatu alat muzik, murid tidak diberi kebebasan untuk memainkannya dengan sesuaka hati.
• Kaedah & teknik: penerangan, demonstrasi, syarahan, bercerita
Kekuatan/ Kelebihan Strategi Pemusatan Guru
• Guru dapat mengawal disiplin dan pelaksanaan PdP dengan rapi dan teratur.
Kekurangan/Kelemahan Strategi Pemusatan Guru
• Murid prasekolah mudah berasa bosan dan hilang perhatian kerana kurang penglibatan aktif dalam PdP.
• Murid kurang kreatif dan berinisiatif kerana segala yang dilakukan perlu arahan daripada guru.
• Murid kurang merasai keseronokan belajar muzik kerana mereka diminta untuk mengikuti arahan guru semasa bermain dan kurang diberi kebebasan untuk meneroka.
top related