classroom managment
Post on 23-Dec-2015
228 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PROFIL PELAJAR
Nama : Thaddeus Immanuel
No Kad Pengenalan : 930726-12-5955
No Telefon : 01119043931
Kumpulan : PISMPPJ 1113
Alamat : Kg Rugading Pagalan Peti Surat 159,89657 Tambunan
Motto : Usaha Tangga Kejayaan
1.0 PENGENALAN
Pada dasarnya, setiap sekolah mempunyai ciri-ciri persamaan antara satu sama lain
seperti mempunyai murid, guru, pejabat, bilik darjah, kantin, padang, bilik makmal, surau
dan sebagainya. Begitu juga dengan fizikal rupa sesebuah bilik darjah yang mana
mempunyai bentuk dan saiz yang hampir serupa. Tetapi dalam persamaan tersebut, masih
banyak perbezaan yang dapat kita lihat dan alami sendiri. Perbezaan bentuk dan saiz
sesebuah bilik darjah tidak begitu ketara berbanding dengan suasana dan persekitarannya
di mana kita akan melihat terdapat sebilangan bilik darjah yang tidak kemas dan bersih,
ruang pembelajaran yang tidak kondusif, serta peralatan pengajaran dan pembelajaran
yang terhad.
Perbezaan seperti ini turut mempengaruhi minat, motivasi dan kesediaan murid untuk
belajar. Sifat sesuatu tempat dan lokasi itu banyak dipengaruhi oleh sikap individu yang
berada disitu. Persekitaran kawasan dan bangunan akan kelihatan menarik dan disenangi
sekiranya manusia yang berada di kawasan tersebut atau pemilik tempat itu mengamalkan
budaya sihat. Sesebuah sekolah yang persekitarannya dipenuhi tanaman bunga,
persekitaran yang bersih, guru-guru dan murid kelihatan ceria dan mesra tentu mmpunyai
tanggapan yang berbza dengan sesebuah sekolah yang suram, dipenuhi lalang malahan
sampah sarap boleh dilihat di sekitar kawasan sekolah.
Kepimpinan di sesebuah sekolah dan di dalam sebuah bilik darjah adalah antara faktor
penentu kewujudan persekitaran bilik darjah yang memiliki budaya mesra dan kondusif bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Maka, menjadi tugas paling penting
kepada setiap guru untuk membina bilik darjah yang kondusif melalui persekitarannya yang
mesra budaya. Oleh itu, kumpulan kami yang terdiri seramai tiga orang iaitu Thaddeus
Immanuel, Muhammad Taufiq bin Amin dan Jumardi bin Muhlis telah merekacipta sebuah
pelan kasar mengenai persekitaran bilik darjah yang mesra budaya beserta dengan huraian
pelan tersebut.
2.0 PELAN KASAR BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
3.0 HURAIAN PELAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa manakala perkataan mesra itu
melibatkan hubungan dalam kalangan manusia. Maka dalam konteks ini, persekitaran bilik
darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera
semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran
bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Kedua-dua unsur
sangat perlu digabungkan dan diserasikan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra
budaya. Bilik darjah dikenali sebagai bilik darjah apabila di dalamnya terdapat guru dan murid
dan kedua-dua pihak ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan
pembelajaran pula dibantu oleh peralatan dan persekitaran fizikal tempat berlangsungnya
proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Bilik darjah yang mesra budaya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan
pengurusan yang sistematik agar suasana pembelajaran kondusif dan seimbang dapat
diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid dapat melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan sehingga apa jua yang dipelajari betul-
betul bermakna kepada mereka dan menjadikan mereka manusia yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara.
Kami telah memilih pelan kasar bilik darjah seperti dalam rajah di sebelah kerana
terdapatnya kesesuaian dan keistimewaan yang dapat diaplikasikan dalam bilik darjah yang
terdiri daripada murid pelbagai budaya. Aspek utama yang perlu diambil kira ialah cara
penyusunan kerusi dan meja murid. Berdasarkan pelan lantai tersebut, murid dapat duduk
secara kumpulan kecil dimana guru mempunyai kuasa veto untuk meletakkan murid pelbagai
budaya dan sosial dalam satu kumpulan. Dengan adanya kumpulan kecil seperti ini murid dapat
berinteraksi semasa mereka, mewujudkan persahabatan dan dapat menjalankan kolaborasi
serta kerja kumpulan secara baik. Dengan adanya hubungan yang rapat dalam kalangan murid,
perpaduan dan kesefahaman dapat dieratkan dan kepelbagaian budaya tidak lagi menjadi
masalah untuk guru mengawal kelas dan memastikan semua murid mendapat hak pelajaran
yang sama.
Selain itu, pelan bilik darjah ini mengandungi kelengkapan pembelajaran yang pelbagai
seperti sudut bacaan, sudut buletin mingguan, sudut maklumat, tempat letak fail, rak buku,
kemudahan komputer, perpustakaan kelas dan tempat perbincangan dapat menjadikan pelajar
aktif untuk mengikuti pengajaran guru. Kelas mestilah sentiasa kemas dan tersusun supaya
murid berasa seronok dalam kelas dan dapat mengikuti pengajaran guru. Murid bebas
memperoleh maklumat daripada sumber dan kemudahan di atas sekaligus mempelajari
pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan ini guru dapat merebut peluang untuk menyediakan bahan-
bahan bacaan yang mengandungi kepelbagaian budaya di Malaysia dan murid akan sedar
betapa pentingnya menghormati antara satu sama lain dan mewujudkan interaksi yang baik
kepada murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah. Sudut ruang kerja iaitu tempat perbincangan
disediakan membolehkan murid bergerak secara aktif dan beramai-ramai menyelesaikan
tugasan yang diberikan.
Penyusunan sumber maklumat murid dan rekod serta fail murid diletakkan di sudut yang
bersesuaian bagi memudahkan guru merujuk mengenai latar belakang, pencapaian dan tahap
penglibatan serta pencapaian setiap diri seorang murid. Murid juga dapat belajar menggunakan
komputer yang disediakan oleh guru dalam kelas tersebut. Ini secara tidak langsung dapat
memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan komputer. Dengan adanya
perpustakaan kelas membolehkan murid mencari maklumat dan membaca buku jika ada masa
terluang ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan dapat memupuk sikap
membaca dikalangan murid dalam kelas tersebut. Suasana yang kondusif dan kelas yang ceria
juga dapat memupuk semangat kekitaan murid untuk kekal menjaga kebersihan dan
kekemasan kelas mereka dari semasa ke semasa.
Perkara seterusnya ialah aspek pencahayaan, kebersihan dan pengudaraan
mempengaruhi persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Pelan lantai yang ditunjukkan di
atas, mempunyai ruang pengudaraan yang baik dengan adanya tingkap. Bilik darjah perlu
mendapat bekalan udara yang yang bersih dan segar supaya murid berasa selesa. Aspek
kebersihan bilik darjah merupakan faktor utama yang menjadi tarikan kepada murid untuk
melalui proses pembelajaran dengan ceria. Guru berperanan dalam memastikan kelas sentiasa
dibersihkan dan memupuk amalan budaya kebersihan kepada murid-muridnya. Sistem
pencahayaan di dalam bilik darjah juga perlu sesuai untuk menjadikan suasana yang selesa
kepada murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan lagi, dalam aspek sosial dan peraturan, guru berperanan besar dalam
mewujudkan rutin bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru harus
menjelaskan apakah yang patut dan tidak patut ada dalam kelas bersama. Dalam masa yang
sama guru boleh menggalakkan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya untuk menjaga
disiplin serta bergaul mesra sesama sendiri dalam membina sahsiah yang diinginkan oleh guru.
Guru juga boleh memberi motivasi dan pujian secara langsung ataupun penghargaan kepada
murid yang bertindak sebagai pengukuhan kepada murid yang berjaya mengekalkan sikap
positif antara satu sama lain. Kesimpulannya, pelan lantai bilik darjah yang mesra budaya
perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik kerana ianya akan mempengaruhi amalan murid di dalam
bilik darjah.
top related