cinder rela
Post on 05-Dec-2015
244 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KISAH CINDERELLA
Pada zaman dahulu tinggal seorang anak perempuan yang cantik dan baik
hati. Dia tinggal bersama ibu dan kedua kakak tirinya, kerana orang tuanya
sudah meninggal dunia. Di rumah tersebut dia selalu disuruh membuat
banyak kerja rumah. Tetapi hanya diberi makan sekali sehari. Kakak-kakak
yang jahat memanggilnya “Cinderella” Cinderella ertinya gadis yang
kotor dan penuh dengan debu. “Nama yang sesuai bagimu!” kata
mereka ha….ha...
Setelah beberapa lama, pada suatu hari datang pengawal istana yang
menyebarkan surat undangan pesta di Istana. “HaHaaa….kita akan pergi
dan berdandan secantik-cantiknya. kalau aku jadi puteri raja, ibu pasti
akan gembira”, kata mereka. hari yang dinanti tiba, kedua kakak tiri
Cinderella mulai berdandan dengan gembira, Cinderella sangat sedih sebab
dia tidak boleh ikut kedua kakaknya ke pesta di Istana. “Kau tidak ada
baju pun, kau nak pergi pesta?”, kata kakak Cinderrella.
Setelah semua pergi ke pesta, Cinderrella kembali ke kamarnya. Ia
menangis teresak-esak kerana hatinya sangat kesal. “Aku tidak mahu pergi
ke istana dengan baju kotor seperti ini, tapi aku ingin pergi.” Tidak
berapa lama terdengar sebuah suara. “ Cinderella, berhentilah nangis.”
Ketika Cindella pulang balik, Dia melihat seorang pari. Pari tersenyum
dengan ramah. “Cinderrella bawalah empat ekor tikus dan dua ekor
keldai.” Setelah semuanya dikumpulkan, Pari membawa tikus dan keldai
tersebut ke kebun labu di halaman belakang. “Sim salabin!” sambil
menebar sihirnya, terjadilah suatu keajaiban. tikus-tikus berubah menjadi
empat ekor kuda, serta keldai- keldai berubah menjadi dua orang pengapit.
Akhirnya, Cinderrella menjadi Puteri yang cantik, dengan memakai gaun
yang sangat indah.
Cinderrella mula menari dengan gembira dengan sepatu kacanya
seperti kupu-kupu. Pari berkata, “Cinderrella, pengaruh sihir ini akan
tamat pada 12 malam oleh itu pulanglah sebelum lewat tengah malam.
“ Ya, nek. Terima Kasih,” Jawab Cinderrella. Kereta kuda emas segera
berangkat membawa Cinderella menuju istana. Setelah tiba di istana, dia
terus masuk istana. Putera raja datang menghampiri Cinderrella. “Puteri
yang cantik, sudikah anda menari dengan saya?” Katanya . “Ya….,”
kata Cinderrella sambil menghulurkan tangannya sambil tersenyum. mereka
menari dengan gembira.
Putera terus menari dengan Cinderrella. “Orang seperti andalah
yang saya idamkan selama ini,” kata putera raja. Sehinggakan, Cinderrella
lupa akan waktu. Jam mulai berdentang 12 kali. “Maaf raja saya mahu
segera pulang….,”. Cinderrella menarik tangannya dari genggaman raja
dan segera berlari ke luar istana. Di tengah jalan, sepatunya terlepas sebelah,
tapi Cinderralla tidak memperdulikan, ia terus berlari. Raja mengambil
sepatu itu. “Aku akan mencarimu.”. Meskipun Cinderrella kembali
menjadi gadis yang penuh debu, ia amat bahagia kerana dapat pergi pesta.
Hari keesokannya, para pengawal istana pergi ke rumah-rumah yang
ada anak gadisnya di seluruh pelosok negeri untuk mencocokkan sepatu
kaca dengan kaki mereka, tetapi tidak ada yang cocok. Akhirnya para
pengawal tiba di rumah Cinderrella. “kami mencari gadis yang kakinya
cocok dengan sepatu kaca ini,” kata pengawal. Kedua kakak Cinderella
mencuba sepatu tersebut, tapi kaki mereka terlalu besar. Pada saat itu,
pengawal melihat Cinderrella. “Hai kamu, cubalah sepatu ini,” katanya,.
Kemudian cinderrella menghulurkan kakinya. ternyata sepatu tersebut
sangat cocok. Ah! Andalah Puteri itu,” Seru pengawal gembira.
Cinderrela, selamat. Cinderrela menoleh kebelakang, pari sudah berdiri
dibelakangnya. “ Mulai sekarang hiduplah berbahagia dengan Raja. Sim
Salabim….,” Katanya.
Cinderrella pun bertukar menjadi Puteri bagi selama-lamanya,
berkahwin dengan Putera Rajanya dan hidup dengan bahagia.
Nilai Moral: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong
kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki
dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu
api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat
kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani
si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk
mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya
yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia
berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan
dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si
tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun
mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut....
lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka
tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan
apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu
dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa
minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur
kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan
hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali
bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak
miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa.
Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya
kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah
kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua.
Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut
dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu
diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira
dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...
top related