catatan: tinjauan awal ke pangkalan nelayan sementa, 28 ... · program berskala kecil. selain...

Post on 08-Mar-2019

240 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Catatan: Tinjauan Awal ke Pangkalan Nelayan Sementa, 28 Februari 2017 (Selasa)

Individu yang membantu sewaktu kunjungan awal ke petempatan nelayan/pengkalan

nelayan:

1. En. Imran Mohammad Nooh (013-6746674)

Pengerusi, Sukarelawan Perikanan (SUPER)

Pangkalan Nelayan Sementa

Batu 7, Jalan Kapar, 42100 Klang

Selangor

2. En Ahmad Md Som (017-2646319)

Pengusaha/Nelayan di Pangkalan Nelayan Sementa

Hasil perbincangan:

En Imran tiada halangan untuk membantu pihak MBA-UMT menjalankan projek

“pembangunan komuniti” sebagaimana dirancangkan

Di pihak komuniti/persatuan nelayan (SUPER) Sementa, mereka akan membuat

hebahan dan panggilan penglibatan kepada ahli berdaftar/pemilik lessen bot untuk

membantu program pelajar

Kehadiran peserta/penduduk ke sesuatu program amat dipengaruhi oleh keadaan air

pasang-surut, di mana:

o Ketika air pasang (atau air mati), nelayan lazimnya keluar beramai-ramai ke

laut (bermaksud tiada responden/peserta di kampung).

o Ketika air surut/rendah, nelayan lazimnya tidak ke luar atau lewat turun ke

laut, menjadikan lebih mudah untuk mereka hadir ke program yang

dirancangkan

Semakan jadual air pasang-surut mencadangkan dua (2) tarikh yang sesuai jika ingin

mengadakan kunjungan dan kajian ke Pangkalan Nelayan Sementa iaitu:

o 1 April (Sabtu) – program bermula jam 3 petang – 6 petang (waktu nelayan

pulang dari laut)

o 9 April (Ahad) - program bermula jam 3 petang – 6 petang (waktu nelayan

pulang dari laut)

Di pihak persatuan dan komuniti, mereka meminta MBA-UMT untuk menghantar:

o Surat rasmi hasrat membawa pelajar untuk tugasan SOC5200 Coastal

Community Development

o Salinan tentatif program (sepanjang 1 hari)

Memandangkan waktu sesuai untuk bertemu responden adalah pada sebelah petang

(3 petang – 6 petang), wakil komuniti turut mencadangkan agar pada sebelah pagi,

pelajar yang terlibat melakukan aktiviti/kunjungan ke sekitar pangkalan atau boat tour

ke kawasan tukun/lokasi nelayan menjala, melabuhkan bubu dan sebagainya –

melihat kehidupan dan aktiviti berkaitan nelayan.

Perbincangan lanjut boleh dibuat bersama En Imran terutama bagi melihat kos terlibat

untuk sewa bot bagi lawatan ke lokasi aktiviti nelayan.

Kawasan Pangkalan Nelayan Sementa tidaklah luas, menjadikan lokasi ini sesuai untuk

program berskala kecil. Selain menjalankan kajian, pelajar juga boleh melawat ke

beberapa aktiviti ekonomi lain yang diusahakan penduduk antaranya:

1. Bengkel kimpalan, pembuatan sauh

2. Pembuatan bot fiber

3. Bengkel membaiki enjin bot

4. Kedai menjual ikan segar

5. Restoran/kedai makan

6. Kedai menjual umpan memancing dan obor-obor

7. Dan sebagainya.

Perbincangan lanjut juga boleh dibuat bersama En Imran bagi tempahan makanan

peserta program dan pelajar bersama pengusaha restoran yang terdapat di Pangkalan

Nelayan tersebut (kos terlibat dan jumlah tempahan makanan, etc).

Foto Pangkalan Nelayan Sementa

Kunci air dan jadual air pasang-surut 2017

(Kiri) Gerai menjual pelbagai jenis ikan segar – meriah pada setiap hujung minggu

(Kanan) Kedai makan

Bengkel membina bot fiber oleh pengusaha tempatan

Tempat membaiki bot dan pembersihan badan bot

Bengkel kimpalan – pembuatan sauh besi milik En Ahmad

Disediakan oleh:

Dr Khairul Hisyam Kamarudin

khisyam.kl@utm.my

top related