burnout

Post on 14-Dec-2015

16 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Burnout

Pengenalan

• Alam seorang guru penuh dengan dugaan dan cabaran. Ia terpaksa mengharungi cabaran dan desakan dari segi perancangan untuk mengajar, pengajaran, kerja-kerja perkeranian, kegiatan ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan bermacam-macam kerja ad-hoc. Oleh itu, adalah tidak hairan dengan seseorang guru mengalami tahap tekanan dan tahap burnout yang tinggi.

• Istilah “burnout” mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif (Farber 1984).

• Maslach & Jackson (1981a, 1981b) telah memperkembangkan konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis burnout.

• Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisis (depersonalization) dan pencapaian peribadi ( personal accomplishment).

kelesuan emosi (emotional exhaustion)

• Perasaan kelesuan fizikal dan emosi dan perasaan bosan akibat daripada tekanan kerja.

Depersonalisasi

• Pembentukan sikap yang negatif dan respons yang dingin terhadap orang lain ( contoh pelajar, rakan sejawat) di tempat kerja seseorang. Ia disebabkan oleh interaksi yang terlalu kerap dan tidak berhabisan antara seorang individu dengan orang lain di tempat kerjanya.

Pencapaian peribadi• Perasaan kehilangan harga diri dan perasaan

kurang mencapai dalam pekerjaan. Ia disebabkan oleh kurang penghargaan dan maklumbalas yang positif.

• Maslach & Jackson juga menyatakan bahawa kita tidak boleh mengklasifikasikan seseorang itu sudah “burnout” atau tidak “burnout” tetapi kita hanya boleh mengatakan bahawa tahap burnoutnya terletak di antara lebih “burnout” dengan kurang “burnout”.

Punca-punca Burnout Guru

1.Sesiapa yang berasa dirinya telah bekerja berlebihan tetapi tidak diiktiraf sepenuhnya mungkin akan menghadapi risiko burnout.

• Contohnya, seorang guru yang sangat rajin dan tidak memperoleh kenaikan gaji sejak dua tahun lalu mungkin akan mengalami burnout.

2. Gaya hidup dan personaliti• Apa yang dilakukan oleh seseorang pada masa

lapangnya serta bagaimana tanggapan seseorang terhadap dunianya memainkan peranan dalam menyebabkan burnout.

• Punca-punca hasil daripada gaya hidup merangkumi beberapa aspek, iaitu bekerja terlalu kuat tanpa rehat dan bersosial, diberi terlalu banyak tanggungjawab tanpa bantuan yang mencukupi daripada orang lain, tidak cukup tidur dan kurangnya sokongan dari segi perhubungan sama ada pihak pentadbir, rakan sejawatan atau keluarga

• Punca burnout juga boleh disebabkan oleh personaliti individu.

• Ada di antara guru yang mementingkan kesempurnaan dalam semua tugas yang diberikan dan kesemua tugas yang dijalankan jarang dianggap sebagai sempurna.

• Di samping itu, terdapat juga guru yang tidak boleh melepaskan kawalan terhadap sesuatu tugas dan tidak mahu mengagihkan tugas kepada orang lain.

3. Kurangnya budaya mentor di mana guru baharu memerlukan bimbingan daripada guru berpengalaman.

• Guru baharu perlu diberi sokongan padu oleh pihak sekolah dan guru-guru berpengalaman dalam melaksanakan tugas-tugas.

• Jika keadaan ini tidak dititikberatkan, guru baharu ini mungkin akan menghadapi burnout.

Tanda-tanda Burnout

• Reaksi yang melampau. Reaksi ini boleh merupakan kemarahan, kebimbangan, kegelisahan, kesedihan, kelesuan, kebosanan, perasaan bersalah dan tanda-tanda psikosomatik.

• Dari segi keprofesionalisme, tanda-tanda burnout termasuk kemerosotan signifikan dari segi kapasiti untuk bekerja, cuti sakit yang semakin kerap dan berpanjangan dan keinginan untuk berhenti berkerja.

• Guru-guru yang mempunyai tahap burnout yang tinggi juga akan sering mengabaikan persediaan untuk mengajar. Mereka juga akan sangat kaku dan kurang fleksibel dengan anak murid mereka.

• Guru-guru tersebut juga hanya akan mengharapkan usaha yang rendah daripada murid-murid.

• Mereka juga akan berasa kelesuan dari segi fizikal dan emosi dan akan menunjukkan komitmen yang rendah terhadap hal-hal mengajar yang berkaitan dengan murid mereka. (Maslach, 1976)

Perbezaan Stres dengan BurnoutStres Burnout

Cirikan dengan penglibatan keterlaluan Cirikan dengan pelepasan daripada melibatkan diri

Menghasilkan cemas dan hiperaktif Menghasilkan ketidakupayaan dan berputus asa

Kehilangan tenaga Kemerosotan motivasi, harapan

Mengakibatkan kegelisahan Mengakibatkan pengasingan dan kemurungan

Kecederaan secara fizikal Terhiris perasaan

Mungkin boleh menyebabkan maut terlalu awal

Mungkin menyebabkan perasaan seperti hidup tidak bermakna.

Kesimpulan

• Burnout merupakan satu fenomena yang memang wujud di kalangan guru-guru. Ia boleh dianggap sebagai satu penunjuk kepada kesihatan mental guru.

• Sekiranya tahap burnout tidak terkawal ia boleh membawa implikasi yang negatif kepada sistem pendidikan secara keseluruhan.

• Sebarang pemingkatan dalam tahap burnout guru perlu diberi pertimbangan yang serius dan tindakan perlu diambil untuk mengurangkan masalah tersebut.

• Seandainya tidak, ia boleh membawa kepada kemerosotan sistem pendidikan negara dan seterusnya menghampakan segala aspirasi negara.

top related