buletin - moc.moh.gov.my moc edisi 1 2020.pdf · bidang tugas : melakukan pindaan ke atas akta dan...
Post on 13-Nov-2020
11 Views
Preview:
TRANSCRIPT
eBULETIN
MAJLIS OPTIK MALAYSIA EDISI PERTAMA 2020
WEB RASMI : http://moc.moh.gov.my/en/ FACEBOOK : Majlis Optik Malaysia BAP KKM
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya, E-Buletin MOC Edisi 1/2020 dapat diterbitkan.
Selaku Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, saya amat
berbesar hati di atas segala usaha yang telah diberikan oleh
kakitangan MOC dalam menyediakan dan menerbitkan eBuletin
MOC Edisi Pertama 2020 ini.
Semoga dengan terbitnya eBuletin MOC ini, saya berharap ini
dapat membantu MOC supaya lebih dekat dengan semua
pengamal optometri dan berupaya menyampaikan maklumat
terkini kepada masyarakat.
Akhir kata setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan penerbitan eBuletin MOC Edisi
Pertama 2020 ini.
DR. AHMAD RAZID BIN SALLEH
Pengarah Bahagian Amalan Perubatan
KATA ALU-ALUAN PENGARAH
PUAN NOR AZIZAH BINTI ISMAIL SETIAUSAHA
MAJLIS OPTIK MALAYSIA
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Majlis Optik Malaysia (MOC)
telah berjaya menerbitkan eBuletin MOC Edisi Pertama 2020. Saya
amat menghargai usaha dan kesungguhan kakitangan MOC bagi
menghasilkan buletin ini untuk dijadikan sebagai salah satu sumber
penyampaian maklumat kepada pengamal optometri dan masyarat
bagi mengetahui perkembangan terkini MOC.
Penerbitan eBuletin ini merupakan bukti MOC sentiasa komited
memainkan peranan sebagai peneraju kepada profesion optometri di
Malaysia. Saya percaya terbitan ini akan dapat membantu MOC bagi
menyampaikan maklumat dan menerangkan halatuju MOC kepada
pengamal dan masyarakat.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan
kerjasama untuk menjayakan penerbitan eBuletin MOC Edisi Pertama
2020.
SEKAPUR SIRIH
.
Majlis Optik Malaysia (MOC) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1992.
MOC menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah badan profesional
yang menjalankan fungsi dalam mendaftarkan profesyen
optometris dan juruoptik serta mengawalselia amalan optometri di
negara ini melalui penguatkuasaan undang-undang seperti yang
termaktub di dalam Akta Optik 1991 dan Peraturan-Peraturan Optik
1994.
Sejajar dengan matlamat untuk mencapai tahap amalan optometri
yang selamat dan berkualiti tinggi, fungsi MOC telah berkembang
dengan adanya kerjasama dengan agensi lain seperti Kementerian
Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam
memberi pengiktirafan dan akreditasi kepada institusi pengajian
tinggi yang menganjurkan program optometri.
LATAR BELAKANG
VISI
Memastikan rakyat Malaysia mendapat
penjagaan kesihatan mata yang selamat dan
professional
MISI Mempromosi, mengawalsetia dan melindungi kesihatan penglihatan
rakyat Malaysia dengan memastikan penjagaan yang berkualiti
diberi oleh pengamal optometri melalui penguatkuasaan undang-
undang dan peraturan
OBJEKTIF
1. Memastikan pengamal Optometri di Malaysia adalah berdaftar
dengan MOC
2. Memastikan standard amalan Optometri yang tinggi
diamalkan oleh semua pengamal Optometri di Malaysia
3. Memastikan orang awam dilindungi dari akibat/bahaya yang
boleh disebabkan oleh preskripsi dan pemakaian cermin mata
dan kanta sentuh yang dikeluarkan oleh orang-orang yang
tidak berkelayakan melalui penguatkuasaan Akta Optik 1991
dan Peraturan-peraturan Optik 1994.
VISI, MISI, OBJEKTIF
CARTA ORGANISASI AHLI MOC SESI 2017-2020
PEMILIHAN
MELALUI UNDIAN
PEMILIHAN MELALUI LANTIKAN MENTERI
CARTA ORGANISASI SEKRETARIAT MOC
Info U n i t P e n d a f t a r a n
& A P C
Pn. Juhaida Binti Zahri
Pn. Julierozaida Binti Jamaludin
Pn. Noorfadzilah Binti Harun
Pn. Nurhamizah Binti Sobri
Info U n i t
P e n g i k t i r a f a n Pn. Sulastrey Binti Mohamed
Cik Siti Hazizun Binti Muhamad
SENARAI TERKINI PEMBERI PENDIDIKAN TINGGI
YANG DIIKTIRAF OLEH MOC
LAWATAN PEMANTAUAN SEPANJANG TAHUN 2019
20 Ogos 2019 (Selasa)
Penilaian Pemantauan Akreditasi Penuh
Fellow Of British Dispensing Opticians
(A7981)
Institut Profesional Axismatics (IPA),
Kuala Lumpur
18 November 2019 (Isnin)
Penilaian Lawatan Pemantauan Akreditasi
Penuh Program Bachelor of Optometry
(Hons) (A11255)
SEGi University, Damansara
3 Disember 2019 (Selasa)
Lawatan Penilaian Pemantauan Akreditasi
Penuh Ijazah Sarjana Muda Optometri
(Kepujian)
UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor
KURSUS LATIHAN AHLI PANEL PENILAI
(APP) MAJLIS OPTIK MALAYSIA 2019
15-17 APRIL 2019
CORUS PARADISE RESORT PORT DICKSON
Bengkel ini bertujuan untuk melatih APP
yang akan menjalankan akreditasi
program optometri/opticanri
menggunakan Standard Dan Kriteria serta
COPPA Bagi Akreditasi Program
Optometri/Opticianri di Malaysia yang
baru.
Seramai 20 orang ahli panel yang terdiri
daripada pensyarah IPTA/IPTS menghadiri
bengkel tersebut.
Info U n i t E t i k a
& A k t a
Pn. Ilyana Binti Rosli
En. Adam Haris Bin Joniu
Pn. Ilyana Rosli Jawatan : Penolong Setiausaha Kanan
U44
Bidang Tugas :
Melakukan pindaan ke atas Akta Optik 1991 dan Peraturan-peraturan Optik 1994
Memastikan undang-undang dan peraturan sedia ada dikuatkuasa dan dipatuhi
ilyana@moh.gov.my
En. Adam Haris Joniu Jawatan : Pembantu Tadbir N19/22
Bidang Tugas :
Membantu melakukan pindaan ke atas Akta Optik 1991 dan Peraturan-peraturan Optik 1994
Membantu memastikan undang-undang dan peraturan sedia ada dikuatkuasa dan dipatuhi
johnwill@moh.gov.my
14 Februari 2019
28 Februari 2019
14 April 2019
MESYUARAT
BERSAMA
STAKEHOLDER
Info U n i t
K o m p e t e n s i
Pn. Najihah Binti Muhammad Sharif
En. Muhammad Khairul Fikri Bin Mohd
Rosni
PEPERIKSAAN AMALI KANTA LEKAP
Tarikh
2 Julai 2019
Tempat Universiti SEGi
Bilangan Calon
4 orang
Keputusan 3 orang LULUS
AUDIT VERIFIKASI CPD PROGRAM PERUBATAN IPKKM
TAHUN 2019
Tarikh 11 – 23 November 2019
En. Sakeri Yaakob Jawatan : Pembantu Tadbir Tinggi N26 Bidang Tugas : Menguruskan latihan anggota MOC serta pengurusan hasil MOC sakeri@moh.gov.my
Info U n i t
Pentadbiran &
Kewangan
En. Sakeri Bin Yaakob
Pn. Norlela Binti Mohd Kasan
Pn. Zaleha Binti Muhd
Cik Nur Athirah Binti Abdul Rahim
Cik Nur Ain Binti Ismail
Pn. Norlela Mohd Kasan Jawatan : Pembantu Tadbir (Kew)
W19/W22 Bidang Tugas :
Menguruskan urusan berkaitan hasil MOC
nlela.mk.moh@1govuc.gov.my
Cik Nur Ain Ismail Jawatan : Pembantu Tadbir N19 (S) Bidang Tugas : Menguruskan terimaan dan penghantaran surat MOC
nurain_ismail@moh.gov.my
Cik Nur Athirah Abdul Rahim Jawatan : Pen. Pegawai Teknologi
Maklumat F29 (S) Bidang Tugas :
Menyelenggara media sosial MOC
athirah.rahim@moh.gov.my
Pn. Zaleha Muhd Jawatan : Pembantu Tadbir N19/N22 Bidang Tugas : Pembantu peribadi SU MOC serta menguruskan sistem pemfailan MOC
zaleha.muhd@moh.gov.my
BENGKEL BUDAYA KERJA
PRODUKTIF 2019
23 APRIL 2019
BM 5 (Ibnu Al-Haitham)
Penceramah :
En. Rudy Ludinata Misnun (Bluehikari Training & Resources)
Objektif bengkel :
Menganalisa imej dan ciri-ciri
professional yang perlu
ditingkatkan selari dengan etika
pemakaian dan social penjawat
awam.
Membekalkan panduan berkaitan
teknik berkerampilan dan
penampilan yang berkredibiliti
kepada pekerja.
Membina kesedaran mendalam
mengenai profil kekuatan dan
kelemahan individu serta pasukan
melalui pemahaman gaya
personality diri.
Mewujudkan suasana kerja yang
lebih membina, positif dan
berintegriti dengan memperbaiki
cara komunikasi dengan individu
lain terutamanya dengan pihak
berkepentingan.
BENGKEL PENULISAN BERKESAN ,
KREATIF DAN BERIMPAK
23 September 2019
BM1 (Ibnu Sina)
Penceramah:
Encik Zulkarnain Bin Zakaria (Pumpkin Street Media Solutios)
Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk
memberi ilmu dan meningkatkan kebolehan
menulis dalam kalangan anggota MOC.
Disamping itu, melalui bengkel ini para
peserta akan belajar untuk menghasilkan
semua genre penulisan daripada memo
mahupun surat rasmi hinggalah kepada
esei, buletin, jurnal serta tesis dengan lebih
mudah, terpandu, cepat dan juga boleh
membantu dalam menjalankan kerja-kerja
seharian.
BENGKEL
“ENGLISH FOR COMMUNICATION”
24 & 25 Oktober 2019
BM4 (Ibnu Ar-Razi)
Penceramah:
Dr. Azmi Bin Abdul Latiff Pensyarah
Pusat Pengajian Bahasa,
Jab. Bahasa Inggeris & Linguistik, UTHM
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk :
Membina keyakinan yang tinggi untuk
berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris
terutama sewaktu melakukan tugas rasmi.
Boleh membentuk ayat yang ringkas dan
mudah difahami menggunakan perkataan
yang bersesuaian dan sebutan yang betul
dalam Bahasa Inggeris.
Menggalakkan penggunaan Bahasa
Inggeris yang betul sewaktu berkomunikasi
sesama sendiri dan pelanggan.
Aktiviti sepanjang tahun
Bersempena Ramadhan, warga
kerja MOC telah menganjurkan Tadarus dan Majlis Khatam Al-Quran yang
melibatkan semua warga kerja MOC yang telah diadakan pada 24 Mei 2019
bersamaan 19 Ramadhan 1440H.
Semoga program yang telah
diadakan ini dapat memberi keinsafan, meningkatkan ketakwaan kita kepada
Allah dan memberi manfaat di samping dapat mengeratkan ukhuwah yang
telah terjalin.
Pengisian Ramadhan …
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukakanlah pintu-pintu syurga, ditutuplah
pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
Persediaan
untuk Majlis
Pemilihan Ahli
Majlis Optik
Malaysia pada
7/1/2020
top related