buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf ·...
Post on 24-Oct-2019
46 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BIL 3/2018
Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Pulau Pinang ,Paras 55, KOMTAR,
10000,Penang,Pulau Pinang, Malaysia
Gotong Royong EKSA
Lawatan YBM
BuletinRencahMutiara
KURSUS KREATIVITI DAN ETIKA DI TEMPAT KERJA
Pada 2 & 3 Julai 2018 (Isnin-Selasa), Bahagian Khidmat
Pengurusan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah
menganjurkan Kursus Kreativiti dan Etika di tempat kerja bertempat di
Dewan Kecemerlangan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Seberang
Perai Utara.
Penceramah merupakan Encik Mohd Shahrul Nizam bin Jaafar,
Penolong Perunding Latihan (P)3 dari INTAN Wilayah Utara.
Kursus ini telah dihadiri seramai 68 orang peserta yang terdiri
daripada semua gred jawatan di jabatan ini. Kursus Kreativiti dan Etika di
Tempat Kerja diadakan bagi membina cara berfikir yang kreatif demi
memastikan ianya dapat diaplikasikan dalam kerjaya kakitangan. Modul
yang diberikan adalah bersesuaian dengan tugas dan rutin harian
kakitangan sebagai penjawat awam.
Peserta bersemangat menunjukkan
kreativiti masing-masing.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Sesi latihan dalam kumpulan.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Melalui kursus ini para peserta dapat menguasai perkara berikut :
• Meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam tugas secara
kreatif.
• Mengurangkan kos masa yang memberi kesan kepada kos
operasi organisasi.
• Menjadikan tugas kakitangan lebih ringan dalam mengendalikan
rutin.
• Mengurangkan tahap kebosanan kesan daripada pengulangan
tugas.
• Menjadikan kerja sebagai deposit amal, dengan meningkatkan
sumbangan.
Peserta kursus ini juga menjadi sebagai agen transformasi dalam
membangunkan idea-idea kreatif yang akhirnya menjadi inovasi di Jabatan
dan organisasi. Selain itu, kursus ini juga membantu peserta bagi
memperbaharui sistem mereka bekerja mengikut keperluan untuk hari
esok.
BENGKEL INTEGRITI DAN MOTIVASI KERJA JPSPP
Pada 17 Julai 2018 (Selasa) Bahagian Khidmat Pengurusan,
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah
mengadakan satu Bengkel Integriti dan Motivasi Kerja bertempat
di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Seberang Perai
Selatan.
Ceramah telah disampaikan Oleh Encik Mohd Sufian bin Mohd
Shadzaly, Pegawai Psikologi Penjara Reman Pulau Pinang dan
telah dihadiri oleh 60 orang peserta.
Interaksi dua hala dapat meningkatkan keyakinan peserta.
Sesi Bergambar
Kenangan dengan
Encik Mohd Sufian
bin Mohd Shadzaly.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Diantara Objektif Bengkel Integriti dan Motivasi Kerja adalah :-
• Sebagai satu saluran dua hala, di mana pihak pekerja diberi
saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam
yang bernas menyuarakan pendapat, pandangan serta
menyumbang idea – idea demi kepentingan dan kebaikan
organisasi berkenaan;
• Mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia
juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara
pihak pengurusan dan pekerja;
• Dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk
berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif;
• Mengurangkan jurang perbezaan taraf jawatan dalam jabatan
Permainan dalam kumpulan
sangat menyeronokan.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BENGKEL PENGURUSAN, PENYERAGAMAN DAN PELUPUSAN FAIL
Pada 24 & 25 Julai 2018 (Selasa-Rabu) Bahagian Khidmat
Pengurusan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang
telah mengadakan Bengkel Pengurusan, Penyeragaman Dan
Pelupusan Fail bertempat di Dewan Seminar, Rumah Pam Nibong
Tebal, Jabatan Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang.
Bengkel selama 2 hari ini melibatkan seramai 60 orang peserta
mewakili bahagian dan 5 buah daerah di JPSPP. Bengkel ini telah
dibimbing oleh dua (2) orang penceramah daripada Jabatan Arkib
Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang iaitu Encik Roslan bin bin
Mohd Rodzi (Penolong Pengarah Arkib) dan Encik Nazrim Syah bin
Nazeri (Penolong Pegawai Arkib).
memberi tumpuan
penuh.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Sesi latihan dalam kumpulan
sedang berlangsung.
Selain itu bengkel ini juga diharapkan dapat memantapkan pemahaman
dan kemahiran peserta tentang tatacara pelupusan fail dan rekod rasmi
kerajaan, memberi pendedahan tatacara pengisian borang pelupusan
rekod, memastikan setiap bahagian dan JPS Daerah melaksanakan
pelupusan rekod dengan betul dan sistematik mengikut Jadual Pelupusan
Rekod dan memantapkan keupayaan para peserta dalam
mengklasifikasikan kumpulan rekod yang boleh dilupuskan.
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah bagi melaksanakan urusan
sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan
rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan mengaplikasi
proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan
yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia
Encik Nazrim Syah bin Nazeri
sedang memberi penerangan.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BAHAGIAN KORPORAT
MESYUARAT RUNDINGAN ANTARABANGSA
THE 33rd MALAYSIA – THAILAND JOINT
EVALUATION TEAM (JET) ON RIVER GOLOK
MOUTH IMPROVEMENT PROJECT DAN THE 36th
MALAYSIA – THAILAND JOINT TECHNICAL
WORKING GROUP (JTWG) ON GOLOK RIVER
MOUTH IMPROVEMENT PROJECT
Pada 4 hingga 6 Julai 2018 (Rabu hingga Jumaat), bertempat di Bilik
Mesyuarat, JPS Pulau Pinang, Tingkat 55, KOMTAR telah berlangsung
Mesyuarat Rundingan Antarabangsa The 33rd Malaysia – Thailand Joint
Evaluation Team (JET) on River Golok Mouth Improvement Project dan The
36th Malaysia – Thailand Joint Technical Working Group (JTWG) on Golok
River Mounth Improvement Project. Ahli mesyuarat terdiri daripada Pegawai
Bahagian Pengurusan Zon Pantai dan Pengurusan Lembangan Sungai, JPS
Malaysia dan juga Deligasi Thailand.
Pada hari Pertama iaitu 5 Julai 2019, Mesyuarat Rundingan Antarabangsa
The 33rd Malaysia – Thailand Joint Evaluation Team (JET) on River Golok
Mouth Improvement Project diadakan.
Pada hari kedua iaitu 6 Julai 2018, The 36th Malaysia – Thailand Joint
Technical Working Group (JTWG) on Golok River Mounth Improvement
Project.
Bagi meraikan semua ahli mesyuarat, JPS Pulau Pinang telah membawa
kesemua ahli mesyuarat melawat ke Bukit Bendera, iaitu salah satu mercu
tanda Negeri Pulau Pinang.
Sawadeekap...... Selamat
Datang ke Negeri Pulau Pinang
PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
(KIK) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Pada 23 Julai 2018 (Isnin), bertempat
di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR.
Pertandingan Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Pulau
Pinang yang telah disertai oleh
Kumpulan Trigona Trap, JPS Daerah
Seberang Perai Tengah, mewakili JPS
Pulau Pinang.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh
Timbalan Setiausaha (Pengurusan),
YBhg Dato’ Haji Ghazali bin
Derahman.
Majlis perasmian KIK Peringkat
Negeri Pulau Pinang
Wakil Kumpulan Trigona Trap
menerima sijil penyertaan daripada
YBhg Dato’ Hj Ghazali
Puan CC memberi penerangan
mengenai produk Trigona Trap
BAHAGIAN KORPORAT
BAHAGIAN KORPORAT
KURSUS JURUAUDIT DALAMAN DAN TAKLIMAT
KESEDARAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
(EKSA) JPS PULAU PINANG
Pada 1 Ogos 2018 (Rabu), bertempat di Pusat Kecemerlangan JPS
Daerah Seberang Perai Utara.
Kursus berkenaan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua
pegawai dan kakitangan JPS Pulau Pinang mengenai EKSA dan juga
pendedahan kepada Juruaudit Dalaman EKSA.
BAHAGIAN KORPORAT
GOTONG ROYONG PERDANA EKOSISTEM
KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JPS PULAU
PINANG
Pada 14 Ogos 2018 (Selasa), melibatkan semua Zon JPS Pulau
Pinang iaitu Zon KOMTAR, Zon DTL, Zon DBD, Zon SPU, Zon SPT dan
Zon SPS secara serentak.
Matlamat utama gotong rotong perdana ini adalah untuk Sisih, Sapu
dan Susun dimana 3 elemen tersebut adalah antara 5 teras utama
EKSA iaitu Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa Amal. Gotong
royong ini mendapat sambutan di semua zon.
GOTONG ROYONG PERDANA ZON DBD
Sesi taklimat
Bersama Tuan Jurutera Daerah
GOTONG ROYONG PERDANA ZON DTL
GOTONG ROYONG PERDANA ZON SPS
Taklimat dulu..........
Hangpa susun jangan tak
susun.......Tuan JD, sapu sendiri
ye...........
Sefie dulu.......... Bungkus jangan tak
bungkus....... Ikat tepi..........Kita kerja over time........
BAHAGIAN KORPORAT
GOTONG ROYONG PERDANA ZON SPT
Kemas jangan tak kemas..........Say hai........bye.......
Clear water dont sangka
ada boya..........
Koyak jangan tak
koyak.......
BAHAGIAN KORPORAT
GOTONG ROYONG PERDANA ZON SPU
GOTONG ROYONG PERDANA ZON KOMTAR
Baca doa dulu..........
Tuan JD, dok buat apa tu..........Sesi susun strategi gotong royong..........
Tuan PPSN bagi amanat gotong
royong..........
Sape punya barang lani........Kasi susun dulu.......
Kemas elok-elok ye BOSSS...
BAHAGIAN KORPORAT
MAJLIS KORBAN PERDANA JPS PULAU PINANG
Pada 23 Ogos 2018 (Khamis), Berlangsung di perkarangan JPS
Daerah Seberang Perai Tengah, Majlis Korban Perdana JPS
Pulau Pinang.
Sebanyak lima (5) ekor lembu telah
dikorbankan dan daging korban
diagaih-agihkan kepada semua yang
terlibat menjayakan majlis dan juga
disedekahkan kepada orang miskin.
Majlis tersebut diketuai oleh Tuan
Pengarah JPS Pulau Pinang, En Mohd
Azmin bin Hussin dengan dijayakan
oleh semua Ketua Bahagian dan juga
Jurutera Daerah.
Majlis tersebut juga dibuat
secara bergotong royong
oleh kakitangan JPS
Pulau Pinang.
Majlis berlangsung
dengan meriah dan
dihadiri oleh jabatan dan
agensi yang berhanpiran
dengan pejabat JPS
Seberang Perai Tengah.
Tuan PPSN, dok buat ape
tu..........
Tuan PPSN main masak-
masak..........
Isteri PPSN membawang
BAHAGIAN KORPORAT
Tukang bersiang daging
HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 61 TAHUN
31 Ogos 2018 (Jumaat), Sambutan Hari
Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang,
telah diadakan di Padang Kota Lama,
Georgetown.
Kontijen JPS Pulau Pinang menyertai
perbarisan dengan seramai 60 orang Pegawai
dan Kakitangan dari semua daerah yang di
Ketuai oleh En Khairul Aidil bin Nordin,
Penolong Pengarah (Mekanikal & Elektrikal).
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA
#sayangiMalaysiaku
Penyeri sepanduk..........
Merdeka....Merdeka....Merdeka.........
BAHAGIAN KORPORAT
BAHAGIAN KORPORAT
LAWATAN KERJA YB MENTERI AIR, TANAH DAN
SUMBER ASLI (KATS)
Pada 4 September 2018 (Selasa), JPS Negeri Pulau Pinang telah
menerima kunjungan dari YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri KATS.
YB Menteri memulakan lawatan dengan membuat kunjungan hormat ke
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Sesi kunjungan hormat oleh YB
Menteri disertai oleh Setiausaha dan Pegawai dari Kementerian Air, Tanah
dan Sumber Asli, YBhg Dato’ Ir. Dr. Hj Md Nasir bin Md. Noh, Ketua
Pengarah JPS Malaysia, Pegawai-pegawai dari JPS Malaysia dan En Mohd
Azmin bin Hussin, Pengarah JPS Pulau Pinang.
Semasa sesi kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,
YB Menteri telah disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan
Chow Kon Yeow, YB Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan
Negeri Pulau Pinang dan juga pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Pulau Pinang. Sesi tersebut berlangsung hampir 30 minit.
BAHAGIAN KORPORAT
Mesyuarat Sedang Berlangsung
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN (JPPP), JPS PULAU PINANG BIL 4/2018
Pada 13 September 2018 (Khamis), Bilik Mesyuarat Jabatan Pertanian
Negeri Pulau Pinang, Cherok Tok Kun.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memantau perkembangan prestasi
projek-projek pembangunan dan juga prestasi kewangan yang
dibelanjakan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Pulau Pinang
dan ahli mesyuarat terdiri daripada semuga Ketua Bahagian dan
Jurutera-jurutera Daerah.
BAHAGIAN KORPORAT
GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA
Pada 25 September 2018 (Selasa), bertempat di Pejabat Hidrologi
Negeri, JPS Daerah Seberang Perai Utara, telah berlangsung
program gotong royong memasak bubur asyura.
Program ini diilhamkan oleh Tuan Pengarah JPS Pulau Pinang
sempena bulan Islam 10 Muharam.
Saja dok mai mengacau......
Selagi tak tebalik kuali, selagi
tu kita kacauuu......
BAHAGIAN KORPORAT
HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN
JPS PULAU PINANG
Antara booth pameran oleh JPS Daerah dan Syarikat produk
yang berkaitan dengan pengairan yang menyertai Hari Inovasi
dan Kecemerlangan JPS Pulau Pinang.
Kami menang banyak wei.........
BAHAGIAN KORPORAT
AUDIT PEMANTAUAN DAN NAIKTARAF MS
ISO 9001:2015 OLEH SIRIM QAS
INTERNATIONAL SDN. BHD
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
Pelaksanaan Audit Pemantauan Dan Menaiktaraf ( Surveillance &
Upgrading ) oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd. Mulai 5 hingga7
September 2018 (Rabu-Jumaat) dibilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang
tingkat 55 Komtar.
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
Audit Pemantauan dan Menaiktaraf telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah En. Ir Shari Bin Abdullah
Perlaksanaan audit ini bertujuan
memperbaharui persijilan yang akan
tamat tempoh pada 14 Sep 2018 dan
seterusnya menaiktarafkan MS ISO
9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015.
Juru Audit memeriksa dan menilai
dokumen,data,rekod dan borang
mengikut standard MS ISO 9001:2015
yang baru
Juru Audit menemuduga kakitangan
BSAH mengenai hal-hal berkaitan
ISO. Juru Audit juga berpuas hati
dengan komitmen serta kefahaman
pihak pengurusan dan kakitangan
BSAH PP terhadap pelaksanaan dan
kepentingan Sistem Pengurusan
Kualiti (SPK).
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
Juru Audit telah memilih
lawatan tapak ke Stesen
RHN Sg.Muda Ladang
Victoria dan Stesen Kolam
Bersih,bagi menyaksikan
sendiri keadaan stesen yang
diselenggara dengan baik
oleh kakitangan BSAH .
Proses-proses kerja utama
dan sokongan serta kawalan
terhadap Pengurusan Risiko
dan Peluang Pengupayaan
yang dibangunkan juga
dilaporkan baik serta
terkawal. Secara umumnya,
pelaksanaan SPK di BSAH
PP adalah selari dengan
keperluan Standard MS ISO
9001:2015.
-melawat stesen RHN
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
Audit telah dikendalikan oleh juruaudit terlatih dari pelbagai unit dan
bahagian.
Juru Audit juga mencadangkan kepada SIRIM agar penyambungan dan
naik taraf pensijilan ISO 9001:2015 diberi BSAH PP selepas tiada
sebarang ketakakuran (NCR) direkodkan.
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
TARIKH 4-6 JULAI 2018 .BERTEMPAT DI
PUSAT LATIHAN RISDA (RISTEC)
LOT. 3073, BAGAN PINANG, BATU 4,
JALAN PANTAI,
71050 BAGAN PINANG,
PORT DICKSON.
.DI RASMIKAN OLEH
PENGARAH,
JPS NEGERI SEMBILAN.
IR. ROZMAN B. MOHAMAD
KURSUS PERSEDIAAN MENGHADAPI
BANJIR
( SCHOOL OF HIDROLOGY )
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
Kursus ini telah dianjurkan oleh, bahagian sumber air dan hidrologi, jps
negeri sembilan darul khusus. Peserta kursus adalah pegawai- pegawai
hidrologi negeri, penolong jurutera, pra dan pemandu bahagian sumber air
dan hidrologi seluruh malaysia termasuk sabah dan Sarawak bilangan
peserta kursus seramai 60 orang. Bagi BSAH Pulau Pinang, kursus
tersebut diwakili oleh Pegawai Hidrologi Negeri Pn Norfaizah Bt Saaidin dan
Penolong Jurutera BSAH En.Mohd Shukri Bin Zakaria.Seorang pembantu
awam En.Abd Rahim Bin Hashim dan seorang pemandu En.Shubri Bin
Mohamed.
Tujuan kursus memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan yang
baru serta sebagai medan bertukar-tukar pengalaman dengan pegawai-
pegawai yang telah lama berkhidmat. latihan didalam kelas dan kerja amali
di lapangan ( stesen sukat luah sg. linggi @ kg. mantau. dikendalikan oleh
penceramah-penceramah yang amat berpengalaman luas dalam bidang
hidrologi.
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
Projek Pembinaan Dan Menaiktaraf Stesen Rangkaian
Hidrologi Nasional (RHN) Serta Kerja-Kerja Yang
Berkaitan Di Negeri Perlis,Kedah,Pulau
Pinang,Perak,Selangor,Negeri Sembilan Dan Melaka.
Pada 19 hingga 20 September 2018(rabu-khamis). Pihak Seksyen
Peralatan Hidrologi (SPH) JPS MALAYSIA telah mengadakan sesi
lawatan untuk mengenal pasti tapak stesen dan skop kerja bagi projek
pembinaan dan menaiktaraf stesen rangkaian Hidrologi Nasional
(RHN) serta kerja-kerja yang Berkaitan di Negeri Perlis,Kedah,Pulau
Pinang,Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Melaka.
Lawatan Tapak Ke Pusat Pertanian Cerok Tok Kun, Ibu Bekalan
Sungai Kulim, Sg.Simpang Empat, Ladang Batu Kawan, Bagan
Buaya, Kolam Takungan Bukit Panchor dan Kampung Seronok.
Pegawai SeksyenPeralatan HidrologiEn.Mohd Sabrie,En
Fauziy dan En Izwantelah ditugaskan
untuk menjalankanlawatan tersebut
Bergambar kenangan bersama staff BSAH PP
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
HARI KARNIVAL SUKAN JABATAN PENGAIRAN DAN
SALIRAN NEGERI PULAU PINANG
Kelab Sukan Dan Kebajikan telah menganjurkan Karnival
Sukan JPS Pulau Pinang yang telah diadakan pada 13 Julai
2018 hingga 15 Julai 2018. Hari karnival sukan ini telah
diadakan di pelbagai lokasi mengikut acara sukan yang
dipertandingankan. Terdapat 13 acara yang telah dianjurkan
seperti futsal, ten-pin boling, sepak takraw, dart, badminton,
merentas desa, bola tampar, snooker, ping pong, dam aji,
karom dan golf.
Tujuan utama hari karnival sukan ini diadakan adalah
untuk memilih para peserta untuk mewakili JPS Pulau Pinang
di dalam Program Kecemerlangan dan Kecergasan Hari
Karnival Sukan JPS Malaysia. Dengan bantuan pengurus-
pengurus yang dilantik, hari karnival sukan ini telah berjalan
dengan lancarnya
Pelari merentas desa warm up
dulu sebelum berlari
Pertandingan badminton
antara JPS DaerahYeah !!! Kami menang
Jangan kata pak cik tak kuat lari !!!
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
Pertandingan bola tampar dan futsal di antara JPS Daerah
Pertandingan sepak takraw di antara JPS Daerah
Sakan abang tu punya tenung bola !!! Yeah !!! dapat hadiah saya juara
Tahniah kepada mereka yang berjaya terpilih di dalam
sukan masing-masing yang dipertandingkan di peringkat JPS
Malaysia yang diadakan pada Ogos 2018. Semangat
kesukanan di kalangan warga JPS Pulau Pinang amatlah
memberansangkan.
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KETUA
KONTIJEN PASUKAN JPS PULAU PINANG
SEMPENA PROGRAM KECEMERLANGAN DAN
KECERGASAN HARI KARNIVAL SUKAN KALI KE 15,
JPS MALAYSIA TAHUN 2018
Pada 15hb Ogos 2018, satu Majlis Penyerahan Bendera
Kepada Ketua Kontijen Pasukan JPS Pulau Pinang Sempena Program
Kecemerlangan Dan Kecergasan Hari Karnival Sukan Kali Ke 15, JPS
Malaysia. Majlis tersebut diadakan di Pusat Kecemerlangan JPS
Seberang Perai Utara. Ir Saari Bin Abdullah telah
dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Kontijen pasukan JPS Pulau
Pinang. Semasa majlis tersebut, Mohd Azmin Bin Hussin,
Ucapan amanat oleh
Pengarah
Penyampaian pakaian sukan
kepada peserta
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
Semua peserta bersama Pengarah
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
Yang Dipertua Kelab Sukan Dan
Kebajikan JPS Pulau Pinang telah
menyampaikan ucapan amanat dan
kata-kata semangat kepada semua
peserta kontijen yang menyertai sukan
temasya tersebut. Di samping itu juga,
semua peserta diberikan pakaian sukan
iaitu track suit, t-shirt dan topi.
Penyerahan bendera oleh
Pengarah kepada Ketua
Kontijen
PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN
HARI KARNIVAL SUKAN KALI KE 15, JPS MALAYSIA
TAHUN 2018
Penyampaian cenderahati
kepada Ketua Kontijen
Pada tahun 2018, JPS
Malaysia dan JPS Selangor selaku
tuan rumah telah menganjurkan
Program Kecemerlangan dan
Kecergasan Hari Karnival Sukan Kali
Ke 15, JPS Malaysia pada 17 hingga
19 Ogos 2018 (Jumaat hingga Ahad)
bertempat di UiTM Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. JPS Pulau
Pinang dianggotai seramai 120 orang
peserta dan diketuai oleh Ketua
Kontijen, Ir Saari Bin Abdullah,
Timbalan Pengairan Dan Saliran yang
merangkap Naib Dipertua Kelab
Sukan & Kebajikan JPS Pulau
Pinang.
Pasukan Ten-Pin Boling Wanita JPS Pulau Pinang
Manakala acara Pertandingan Ten-Pin Boling Berpasukan
Lelaki Dan Wanita telah diadakan pada 11 Ogos 2018 (Sabtu)
bertempat di Ampang Superbowl, Metro Kajang. Pertandingan Golf
Individu dan Berpasukan telah diadakan pada 12 Ogos 2018
(Ahad) bertempat di Kota Seriemas Golf & Country Club, Negeri
Sembilan.
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN
HARI KARNIVAL SUKAN KALI KE 15, JPS MALAYSIA
TAHUN 2018
Sesi Raptai Untuk Perbarisan Kontijen Pasukan JPS Negeri
JPS Pulau Pinang telah menyertai 21 acara yang terdiri
daripada golf individu, ten-pin boling berpasukan lelaki & wanita,
futsal, tarik tali, sepak takraw, dart lelaki, dart wanita, merentas
desa lelaki terbuka, merentas desa veteran terbuka, merentas
desa wanita terbuka, bola tampar lelaki, bola tampar wanita,
snooker individu, snooker beregu, ping pong individu, ping pong
berpasukan, karom lelaki berpasukan, karom wanita berpasukan,
badminton dan dam aji
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
Semasa malam perbarisan pasukan JPS Negeri
PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN
HARI KARNIVAL SUKAN KALI KE 15, JPS MALAYSIA
TAHUN 2018
Pasukan Dam Aji Pasukan Bola Tampar Lelaki
Pencapaian JPS Pulau Pinang telah
menduduki tempat ke 6 daripada 16
pasukan yang menyertai. Prestasi
pencapaian yang dimenangi oleh JPS
Pulau Pinang adalah seperti berikut :-
1. Dart Wanita – Johan
2. Snooker Beregu – Johan
3. Karom Berpasukan Lelaki – Gangsa
4. Dam Aji – Gangsa
5. Merentas Desa Veteren Terbuka – Ke 5
6. Ten-Pin Boling Lelaki Individu – Ke 4 Kami Juara !!!
Tahniah Pasukan Dam Aji
Dapat Gangsa !!!Tahniah Pasukan Karom Dapat Gangsa !!!
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
PPSN menerima Piala Pusingan !!!
Pasukan Snooker Johan !!!
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
JPS PULAU PINANG TURUT SERTA DALAM MAJLIS
MAKAN MALAM MAKSAK KERAJAAN NEGERI
PULAU PINANG
Pada 4 September 2018, MAKSAK Kerajaan Negeri Pulau
Pinang telah menganjurkan makan malam MAKSAK dan JPS
Pulau Pinang yang merupakan ahli jawatankuasa MAKSAK
Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut dijemput hadir pada majlis
tersebut. Majlis tersebut diadakan di Hotel Ixora, Seberang Perai
Tengah, Pulau Pinang yang disempurnakan pembukaannya oleh
Tuan Yang Terutama TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul
Rahman bin Haji Abbas yang hadir ditemani oleh isterinya.
Ucapan aluan oleh Dato Seri SUK
Warga JPS Pulau Pinang yang turut
hadir
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
Turut hadir mantan Pengarah JPS Pulau
Pinang, Dato' Ir Kapt (B) Haji Anuar Bin
Haji Yahya
Alhamdulillah rezeki menang cabutan
bertuah Grand Prize
Majlis makan malam itu adalah bertujuan untuk menjana pendapatan
MAKSAK dan di samping dapat mengeratkan hubungan ukhuwah
sesama agensi, jabatan dan pihak-pihak penyumbang yang terdiri
daripada kalangan golongan-golongan korporat. Pada majlis itu juga
dijemput mantan Pengarah JPS Pulau Pinang, Dato' Ir Kapt (B) Haji
Anuar Bin Haji Yahya bersama isteri.
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
GOTONG-ROYONG PERDANA UNTUK
EKOSISTEM KONDUSOF SEKTOR AWAM(EKSA)
Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut telah
diadakan pada 14 Ogos 2018 (Selasa) bertempat di Tingkat 29, Komtar.
Antara tujuan Gotong-Royong ini diadakan adalah bagi mewujudkan
kawasan persekitaran kerja yang bersih dan selamat untuk digunakan.
sebelum aktiviti gotong-royong dimulakan Gotong-Royong di Unit
Pembangunan Tanah(OSC)
Gotong-Royong Di Unit
Pentadbiran (Bahagian Stor)
DAERAH TIMUR LAUT
PROGRAM LAWATAN KERJA OLEH YAB MENTERI AIR,
TANAH DAN SUMBER ASLI KE PULAU PINANG
Program Lawatan Kerja oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli iaitu YB
Dr, Xavier Jayakumar telah dadakan di Pusat Informasi Sungai Pinang pada
4 September 2018 (Selasa)
Antara tujuan lawatan kerja tersebut adalah untuk melihat perkembangan
Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang Fasa 3 yang akan
memberi manfaat kepada kira-kira 150,000.00 penduduk di kawasan
perlindungan banjir seluas 300 hektar.
YB Dr Xavier Jayakumar bersama Pengarah
JPS Pulau Pinang (Mohd Azmin bin Hussin)
melihat pelan Projek RTB Sungai Pinang
Fasa 3
Sesi pembentangan RTB Sungai
Pinang Fasa 3 disampaikan oleh
Jurutera Projek RTB Sungai Pinang,
Puan Hanizan binti Mukhtar
YB Menteri bergambar kenangan
bersama Pengarah JPS Pulau Pinang
dan Pegawai-Pegawai Kanan JPS
DAERAH TIMUR LAUT
MAJLIS PECAH TANAH PROJEK TEBATAN
BANJIR SUNGAI JELUTONG DIVERSION
Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Sungai Jelutong Diversion(Bawah
Tanah) telah diadakan pada 3 Julai 2018 (Selasa) di Tapak Projek Perumahan
Dutamas Permai Sdn Bhd, Jalan Medan Tengku, Jelutong Pulau Pinang.
Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut adalah YB Zairil Khir Johari,
EXCO Kerja Raya, Utiliti Dan Tebatan Banjir, YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L
Rajaji Ahli Parlimen Jelutong, YB. Lim Siew Khim ADUN SG Pinang, Pengarah
JPS Pulau Pinang Mohd Azmin Bin Hussin.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Zairil Khir Johari, Exco Kerja Raya,
Utiliti Dan Tebatan Banjir.
Ucapan aluan oleh Pengarah JPS
Pulau Pinang, Mohd Azmin bin
Hussin
Tetamu kehormat yang hadir pada
Majlis Pecah Tanah
DAERAH TIMUR LAUT
Majlis Pecah Tanah dirasmikan oleh YB Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Tebatan
Banjir, YB Zairil Khir Johari
DAERAH TIMUR LAUTDAERAH TIMUR LAUT
PROGRAM PELAN TINDAKAN INOVASI
PERINGKAT JPS DAERAH TIMUR LAUT
Program Pelan Tindakan Inovasi Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) Daerah Timur Laut telah diadakan pada 28 Ogos 2018 (Selasa)
bertempat di Dewan Mesyuarat S18, Lebuh Macallum
Antara tujuan program Pelan Tindakan Inovasi ini diadakan adalah bagi
mencari idea-idea yang berinovatif dan juga kreatif.
Program Pelan Tindakan Inovasi Peringkat JPS Daerah Timur Laut
disampaikan oleh Penolong Jurutera Kanan JPS Daerah Timur Laut, Puan
Nurjulia binti Azami.
Program Pelan Tindakan Inovasi
disampaikan oleh Penolong Jurutera Kanan
JPS Daerah Timur Laut, Puan Nurjulia Binti
Azami
Peserta yang hadir untuk
Program Pelan Tindakan
Inovasi
DAERAH TIMUR LAUTDAERAH TIMUR LAUT
Peserta bergambar kenangan bersama hasil lakaran idea kreatif masing-masing
DAERAH TIMUR LAUT
KURSUS MOTIVASI PEKERJA CEMERLANG
Pada 9 OGOS 2018 pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari telah diadakan
Kursus Motivasi Pekerja Cemerlang anjuran JPS DBD. Penceramah yang
dijemput adalah Encik Mohd Supian Bin Mohd Shadzaly Pegawai Psikologi
Penjara Reman Pulau Pinang. Kursus ini diadakan bagi memupuk
semangat dan motivasi kepada pekerja supaya bekerja dengan lebih
cemerlang dan berdedikasi..
DAERAH BARAT DAYA
DAERAH BARAT DAYA
MAJLIS BACAAN YAASIN DAN CERAMAH AGAMA
Pada 28 SEPTEMBER 2018 pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah
hari telah diadakan Majlis Yaasin dan Ceramah Agama anjuran
JPSDBD. Ceramah jemputan Ustaz Hj Mohd Lukmanul Hakim Bin
Mokhtar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan
Hal Ehwal Islam Pulau Pinang. Majlis ini diadakan bagi
menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pekerja.
DAERAH BARAT DAYA
GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JPS PULAU PINANG
Pada 14 Ogos 2018,bermula jam 8.00 pagi JPS Seberang Perai
Selatan bersama JPS Pulau Pinang telah mengadakan Gotong
Royong Perdana EKSA JPS Pulau Pinang. Program Gotong-royong
ini diketuai Jurutera Daerah JPS SPS ,En. Mohd Fadhil bin Ahmad
dan Kakitangan Pejabat.
Program ini bertujuan bagi persekitaran kebersihan ditempat
kerja dan menyemarakkan aktiviti kreatif dan menwujudkan
persekitaran yang kondusif bagi meningkatkan mutu kerja yang
berkualiti didalam pejabat JPS SPS.
Kerja kemas dan Sisih sedang dilaksanakan.
Perbincangan dan Penerangan oleh Jurutera Daerah.
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
JPS MALAYSIA
Pada 19-20 September 2018, JPS Malaysia Telah mengadakan satu
Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif JPS Malaysia ( KIK ) bagi
Tahun 2018, penyertaan pertandingan telah disertai seramai 22
Kumpulan dari seluruh daerah bagi setiap negeri.
Bagi JPS Pulau Pinang, Kumpulan D’Selatan diketua oleh
Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan, En. Mohd Fadhil bin Ahmad
dan 9 ahli kumpulan yang lain mewakili JPS Pulau Pinang dalam
pertandingan tersebut dengan Projek inovasinya iaitu U-ban (Struktur
Penahan tebing dan Limpahan Banjir menggunakan Struktur U-drain).
Harapan utama Kumpulan bukan sekadar penyertaan
pertandingan tetapi perkongsian idea bersama diantara jabatan dan
boleh digunapakai bagi mengatasi masalah ditapak dan aduan rakyat.
Sesi Bergambar semasa Perasmian dan Permulaan Perbentangan.
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Perbentangan Projek KIK.
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Sesi Bergambar semasa Perasmian dan Permulaan Perbentangan.
PROGRAM LATIHAN PENGURUSAN BENCANA
BANJIR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Pada 26 Julai 2018,Pejabat Daerah dan Tanah Seberan Perai
Selatan telah mengadakan satu Program Latihan Pengurusan Bencana
Banjir Daerah Seberang Perai Selatan diketuai Pegawai Daerah, Tuan
Yazman Bin Yahya ,diwakili Yb Kawasan ,agensi-agensi berkaitan dan
kakitangan JPS SPS.
Perasmian Program dan Keadaan Dewan tempat
berkumpul.
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Teknik bantu penyelamat dan Pengambilan Mangsa Banjir
mengunakan Bot.
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Program ini bertujuan bagi persediaan kepada agensi yang terlibat
dan masyarakat setempat sebagi simulasi atau kebarangkalian
berlaku banjir. Disamping itu, program ini turut memupuk minat
kepada masyarakat bagu memberi pendedahan kepada semua
kaedah berkumpul dan teknik menyelamat semasa berlaku banjir.
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA JPS SPT
13 JULAI 2018: Gotong royong diadakan Pejabat JPS SPT bagimembersihkan pejabat. Semua kakitangan yang bertugas di dalampejabat adalah diwajibkan terlibat. Kakitangan yang bekerja di luarpejabat juga ada datang membantu bagi melancarkan lagi program ini.
Kerja-kerja pengumpulan dan pembersihan telah dijalankan oleh kakitangan JPS SPT di perkarangan Pejabat JPS SPT. Pengumpulankertas-kertas dan kotak-kotak yang boleh dikitar semula akan dijual.
DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
CERAMAH AGAMA OLEH USTAZ
MOHAMMAD YAACOB YUSRA
Ceramah Agama oleh Ustaz Mohammad Yacob Yusra telah diadakan
pada hari jumaat 21 September 2018 di Pusat Kecemerlangan JPS SPU.
Ceramah ini telah dihadiri oleh kakitangan JPS SPU dan daerah-daerah
lain. Penyampaian yang sungguh mantap ini amat berkesan di hati sesiapa
yang mendengarnya.
Ceramah ini adalah sebahagian dari acara keagamaan yang sering
diadakan di JPS SPU.
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
PROGRAM FRIENDS OF RIVER
Program Friends Of River ini adalah anjuran Indah Water bersama MPSP,
JPS SPU dan penduduk Taman Bertam. Ianya telah diadakan pada 21
Julai 2018. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Phee Boon Poh,
Adun Sg Puyu.
Pada hari tersebut telah diadakan gotong rotong membersihkan sungai
dan menanam pokok Di sekitar sezab sungai. Sungai Lahar Endin telah
diambil oleh Indah Water sebagai ‘sungai angkat’.
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Bersama Gotong-royong
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
TAKLIMAT SISTEM PENGAIRAN DAN
PERJUMPAAN DENGAN JURUTERA DAERAH
Pada 12 Julai 2018 JPS SPU telah mengadakan Program Taklimat sistem
pengairan dan perjumpaan dengan Jurutera Daerah. Ianya dihadiri oleh
seluruh kakitangan JPS SPU. Taklimat dan perjumpaan yang ini bertujuan
mengingatkan kakitangan
dengan tugas masing-masing disamping mengeratkan lagi silatulrahim
diantara satu sama lain. Pada hari ini juga diadakan sambutan Hariraya Aidil
Fitri JPS SPU
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Peserta khusyuk mendengar taklimat
Acara potong kek persaraan dan kek harijadi
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
top related