bulan penghayatan ad-deen filemasyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah...
Post on 11-Oct-2019
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Disediakan oleh
Dr. Wan Noor Hazlina Wan Jusoh
Pensyarah Kanan ACIS UiTMCTKD
EDISI OGOS 2018 BIL. 8/2018
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SURA HUJUNG, 23000
QALAM
Penasihat
Dr. Azarudin Awang
Editor
Nor Adila Mohd Noor
Sidang Redaksi
Ruhaizah Abd. Ghani
Che Norzila Sulong
Bulan Penghayatan Ad-Deen
HUTANG Dari Perspektif Islam
HUTANG DARI PERSPEKTIF
ISLAM
PENDAHULUAN
Gara-gara ingin mengejar kemewahan dan kesempurnaan hidup, manusia
sanggup berhutang. Inilah senario yang biasa berlaku dalam masyarakat kita
pada hari ini. Golongan ini berpegang kepada prinsip gaya hidup mewah
meskipun hutang keliling pinggang. Punca utama mereka berhutang adalah
untuk bermegah-megah kepada rakan-rakan dan menunjuk-nunjuk kepada
orang ramai yang dia memiliki harta yang lebih daripada orang lain. Tidak
dinafikan, ada juga golongan yang berhutang kerana betul-betul memerlukan
wang bagi menyelesaikan perbelanjaan harian keluarga yang seakan-akan
tiada penghujungnya.
Justeru, hutang sememangnya adalah suatu keperluan biasa bagi ke-
banyakan manusia, termasuklah umat Islam. Walau bagaimanapun, fakta
membuktikan bahawa memperbanyakkan hutang tanpa sebab yang mu-
nasabah adalah kurang digalakkan menurut pandangan Islam. Maka,
sewajarnya kita menjauhi hutang semampu boleh. Punca utama seseorang
itu berada dalam kemelut hutang adalah kurang ilmu tentang pengurusan
kewangan termasuklah cara-cara untuk menguruskan hutang.
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN HUTANG
Kamus Dewan mendefinisikan ‘hutang’ sebagai wang dan lain-lain yang
dipinjam daripada orang lain. Hutang dalam bahasa Arab ialah dayn yang
bermaksud sebarang liabiliti (tanggungan) sama ada dalam bentuk wang
atau sebagainya. Walau bagaimanapun, skop perbincangan dalam penu-
lisan ini adalah berkisar tentang liabiliti dalam bentuk wang sahaja iaitu yang
melibatkan transaksi antara dua pihak, yang satu menyerahkan wangnya kepa-
da yang lain secara sukarela untuk dikembalikan kepadanya oleh pihak kedua
dalam kadar yang sama.
Dalam Islam berhutang adalah harus. Ini bersandarkan dalil berikut:
يا أيها الذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل مسمى فاكتبوه
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang (yang diberi tempoh) hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu”. - Al Baqarah (2):282
Di dalam ayat di atas, Allah S.W.T telah menerangkan dengan jelas peraturan
di dalam urusan hutang piutang khususnya ketika mana Allah memerintahkan
supaya kita membuat perjanjian bertulis agar kita tidak lalai untuk men-
jelaskannya di kemudian hari. Dengan adanya peraturan tersebut dalam
transaksi hutang, sekali gus ia menunjukkan keharusan amalan berhutang itu
sendiri.
Walaupun berhutang adalah sesuatu yang diharuskan, Islam tidak meng-
galakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama
sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. Fenomena yang
menimbulkan kerisauan dalam masyarakat hari ini ialah wujudnya sikap sege-
lintir anggota masyarakat yang membenarkan tabiat berhutang menguasai ke-
hidupan mereka sehingga membawa kemudaratan bukan sahaja kepada diri
sendiri malah ahli keluarga.
Senario ini menyebabkan tabiat berhutang semakin menular dalam
masyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah
malah turut membabitkan golongan di peringkat pertengahan, berpendapatan
tinggi dan profesional sama ada kakitangan kerajaan, swasta atau bekerja
sendiri. Rasullulah s.a.w. juga pernah bersabda bahawa tabiat berhutang harus
diperangi sebagaimana memerangi amalan kekufuran:
. " أعوذ بالله من الكفر والدين " عن أبي سعيد، عن النبي صلى اهلل عليه وسلم قال . " نعم " فقال رجل تعدل الدين بالكفر قال
Maksudnya: Abu Said al-Khudriyy meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku memohon perlin-dungan daripada Allah daripada perbuatan kufur dan hu-tang. Seorang lelaki bertanya kepada Baginda, adakah kamu samakan kekufuran dengan hutang wahai Rasul-lullah? Baginda menjawab: Ya". (Sunan al-Nasa’i)
Bahkan kita dianjurkan untuk sentiasa memohon perlindungan da-
ripada bebanan dan cengkaman hutang sebagaimana sabda Nabi
s.a.w. di bawah:
اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن، " كان النبي صلى اهلل عليه وسلم يقول " والعجز والكسل، والجبن والبخل، وضلع الدين، وغلبة الرجال
Maksudnya: Bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: "Ya Al-lah, aku mohon perlindunganMu daripada perasaan sedih dan gelisah, kelemahan dan kemalasan, sifat pengecut dan kedekut, cengkaman hutang dan penindasan orang" (Sahih Bukhari)
ETIKA BERHUTANG DALAM ISLAM
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, bahawa berhutang adalah diha-
ruskan dalam Islam. Justeru, terdapat beberapa etika yang perlu dipenuhi
bagi memastikan tidak berlaku pertikaian antara pemiutang dan penghutang
di kemudian hari serta mampu mengeluarkan penghutang dari terus berge-
lumang dengan hutang.
1. Hutang tidak boleh mendatangkan keuntungan kepada si pemiutang
Dalam Islam, hutang yang diberikan perlulah dibayar dalam jumlah yang sa-
ma, melainkan si penghutang dengan rela hati membayar lebih pada saat
pembayaran dibuat sebagai tanda terima kasih dan ia tidak dijanjikan ketika
akad hutang dibuat. Ini kerana, setiap hutang yang membawa keuntungan
hukumnya adalah riba, sebagaimana disebut dalam sebuah hadis:
.
KESIMPULAN
Islam menganjurkan umatnya agar bijak menguruskan kehidupan temasuk da-
lam aspek pengurusan kewangan. Meskipun Islam mengharuskan umatnya
berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak
sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan
terdesak atau sangat memerlukan. Tabiat gemar berhutang wajar dihindari
kerana kesannya mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kegeli-
sahan, kerisauan dan tertekan sehingga menjejaskan kerukunan institusi
kekeluargaan serta merenggangkan hubungan persaudaraan dan per-
sahabatan. Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara berseder-
hana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas daya
usaha masing-masing.
RUJUKAN
Kamus Dewan, (3rd ed.). Kuala Lumpur: Kuala Lumpur.
Rohani, M. S. (2009). Ke Mana Wang Anda? Petaling Jaya, Selangor: Galeri
Ilmu.
Zaharuddin, A. R. (2008). Wang, Anda dan Islam - Halal dan Haram dalam
Kewangan dan Perbankan: True Wealth Sdn Bhd.
Sunnah.com, (2018). https://sunnah.com/
كل قرض جر نفعا فهو الربا
Maksudnya: “ Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjam maka ia adalah riba”
Setiap hutang yang membawa keuntungan hukumnya adalah riba dan ia sememangnya diharamkan dalam Islam yang jelas dinyatakan dalam al Quran:
وأحل الله البيع وحرم الربا
Maksudnya: “… Dan Allah telah menghalalkan jual beli da mengha-ramkan riba…” – Al-Baqarah (2): 275
Ini kerana, hutang adalah untuk mengurangkan beban dan bukan mem-
bebankan si penghutang.
2. Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis
Hutang yang dibuat perlu ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak
khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing-masing un-
tuk membayar kembali hutang tersebut dan merekodkan pembayaran yang
dibuat bagi mengelakkan berlakunya penipuan, salah faham atau permusuhan
di kemudian hari. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 282:
يا أيها الذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل مسمى فاكتبوه
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menu-liskannya.” (Al Baqarah: 282)
3. Berniat dan berazam untuk melangsaikan hutang
Si penghutang perlulah berniat dan berazam untuk melang-saikan hutang dengan segera. Hutang perlu dibayar sama ada sedikit atau banyak, secara
beransur-ansur atau sekali gus. Si penghutang perlulah menunjukkan usaha
untuk membayarnya dan bukan sebaliknya dengan berdiam diri atau melarikan
diri dari pemiutang. Bahkan penghutang yang mempunyai niat untuk tidak ma-
hu membayar hutang dilaknat oleh Allah s.w.t. dengan dibangkitkan bertemu
dengan Allah s.w.t. pada hari pembalasan nanti sebagai seorang pencuri:
" أيما رجل يدين دينا وهو مجمع أن ال يوفيه إياه لقي الله سارقا " قال
“Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hu-tangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang pencu-ri.” (Sunan Ibnu Majah)
4. Membayar hutang dengan segera
Walaupun si pemiutang telah memberi tempoh yang tertentu, si penghutang
perlulah sedaya upaya untuk melunaskan hutang tersebut dengan segera apa-
bila berkemampuan. Ini bagi memastikan kita bebas dari cengkaman hutang
dan dosa tidak membayar hutang. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda:
" يغفر للشهيد كل ذنب إال الدين " قال
“Diampuni semua dosa bagi orang yang mati syahid, kecuali jika ia mempunyai hutang.” (Sahih Muslim)
Dengan itu, hutang perlulah jika berhutang bayarlah dengan segera (jika berke-
mampuan). Jangan ditunggu sehingga ditagih dan diminta dahulu, tapi jadilah
orang yang menepati waktu dalam berhutang.
" خياركم محاسنكم قضاء " وقال
Maksudnya: “Sebaik-baik orang antara kamu adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang.”(Sahih Muslim)
Amalan menunda-nunda membayar hutang boleh disamakan dengan
perbuatan orang yang zalim dan menindas. Walaupun si pemiutang adalah
orang yang kaya-raya, hutangnya wajib dibayar. Malahan, tanpa kita tahu si
pemiutang juga memerlukan wang tersebut.
. " مطل الغني ظلم " قال رسول الله صلى اهلل عليه وسلم
“Menunda-nunda (pembayaran hutang) bagi orang yang mampu adalah suatu kezaliman.” (Sahih Bukhari)
5. Jangan berjanji dan menipu untuk membayar hutang
Sekiranya tidak mampu untuk menunaikan hutang dalam masa tertentu, jan-
ganlah kita berjanji, kerana ia akan menghampakan si pemiutang. Sabda Nabi
s.a.w.:
" إنه من غرم حدث فكذب ووعد فأخلف "
“Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari...” (Sunan al Nasa’i)
6. Doakan si pemiutang
Doakanlah kebaikan si pemiutang sebagai hadiah dan balasan kerana mem-
bantu dalam memberikan hutang kepada kita. Nabi s.a.w. bersabda:
"د كافأتموهق ومن أتى إليكم معروفا فكافئوه فإن لم تجدوا ما تكافئونه فادعوا له حتى تعلموا أن"
Maksud: “Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat mem-balas kebaikannya itu, maka berdoalah untuknya hingga engkau menganggap bahawa engkau benar-benar telah membalas ke-baikannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Jika masih ada hutang berbaki, berdoalah kepada Allah SWT agar di-
jauhkan daripada belenggu hutang dan berusahalah untuk terlepas daripada
cengkaman hutang-hutang itu. Sabda Nabi s.a.w.:
" نفس المؤمن معلقة بدينه حتى يقضى عنه "
Maksudnya: “Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya dibayarkan.” – (Jami’ Al Tirmizi)
top related