buku panduan tawaran pismp
Post on 21-Jun-2015
187 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2010
Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah berjaya ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang mengambil masa 5 ½ tahun iaitu 1 ½ tahun Kursus Persediaan dan 4 tahun pengajian ijazah di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sebagai calon IPG, anda tertakluk kepada peraturan Institut Pendidikan Guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang menjalani kursus. Jika anda menerima tawaran berkursus, anda terlebih dahulu dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Sehubungan dengan itu, Buku Panduan Tawaran ini disediakan sebagai panduan untuk anda mengambil tindakan sewajarnya setelah menerima tawaran. 1. PENERIMAAN TAWARAN KURSUS Jika anda menerima tawaran kursus sila ambil tindakan berikut:
1.1 Lengkapkan Borang Penerimaan Tawaran Kursus dalam dua (2) salinan
(a) Satu salinan Borang Penerimaan Tawaran Kursus hendaklah
dikirimkan segera kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3, Blok E13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya (u.p: Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
(b) Satu salinan lagi hendaklah dikirimkan segera kepada
Pengarah Institut di mana anda ditempatkan. Pihak institut akan mengirimkan kepada anda maklumat dan panduan untuk melapor diri apabila menerima Borang Penerimaan Tawaran daripada anda.
1.2 (a) Borang Perjanjian Pendidikan Guru (lima salinan) akan
diserahkan kepada anda semasa anda melaporkan diri. Pihak institut akan memberikan keterangan lanjut bagi melengkapkan borang perjanjian tersebut.
(b) Surat tawaran berkursus yang asal akan diserahkan
kepada pihak institut di mana anda ditempatkan. Jika anda menerima surat tawaran tersebut daripada pihak institut, sediakan lima salinan fotostat surat tawaran tersebut yang telah disahkan.
2
(c) Ketika melapor diri, bawa bersama lima keping setem hasil yang bernilai RM10.00 tiap-tiap satu untuk urusan borang perjanjian berkenaan. Urusan mematikan setem akan dilakukan oleh pihak institut berkenaan.
1.3 Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor.
(a) Anda hendaklah melengkapkan surat KP(BPG)9115/ 900/2/3/Jld.2 dan Borang Am 402. Kedua-dua dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan atau Swasta untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Dapatkan Borang Am 402 (Borang Pemeriksaan Doktor untuk Perlantikan ke Perkhidmatan Kerajaan) daripada IPG di mana anda akan ditempatkan.
(b) Sila pastikan keputusan pemeriksaan doktor (keratan Borang
Am 402) tersebut mengandungi keputusan pemeriksaan x-ray dada dan paru-paru juga alamat lengkap hospital atau klinik di mana anda menjalani pemeriksaan tersebut.
(c) Keputusan pemeriksaan doktor tersebut hendaklah
diserahkan kepada pensyarah bertugas ketika melapor diri. Anda perlu menyediakan dua (2) salinan fotostat keputusan pemeriksaan doktor yang telah disahkan untuk kegunaan institut berkenaan.
(d) Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan doktor
serta x-ray adalah tanggungan anda sendiri.
PERINGATAN 1. Anda tidak boleh didaftarkan secara rasmi sekiranya anda
gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk keputusan x-ray kepada pihak di mana anda ditempatkan.
2. Sekiranya anda mengalami kesuntukan masa untuk
mendapatkan pemeriksaan doktor di tempat tinggal anda dan keputusan pemeriksaan tersebut tidak sempat disiapkan sebelum melapor diri, anda bolehlah membawa bersama surat KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2 dan Borang Am 402 semasa melapor diri untuk mendapatkan pemeriksaan doktor di bandar yang berhampiran dengan institut berkenaan. Anda diberi tempoh tidak lebih daripada 30 hari dari tarikh anda melapor diri untuk mendapatkan dan menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk x-ray kepada pihak institut.
3
3. Tawaran berkursus akan terbatal dengan sendirinya jika
anda memberi maklumat palsu mengenai kesihatan anda
sebagaimana yang dikehendaki. Sila rujuk surat tawaran yang anda terima.
1 .4 Pendaftaran
(a) Calon mesti melapor diri pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran berkursus.
(b) Calon dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar.
Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan.
(c) Semasa melapor diri di institut, calon dikehendaki mengemukakan dokumen asal dan salinan yang disahkan kepada pensyarah bertugas untuk semakan dan pengesahan;
(i) surat tawaran berkursus (surat tawaran sementara)
yang dimuat turun dari internet (ii) sijil kelahiran (iii) sijil berhenti sekolah (iv) kad pengenalan yang menunjukkan taraf
warganegara Malaysia (v) sijil peperiksaan SPM atau slip peperiksaan untuk
tahun ambilan ( vi) dokumen/sijil-sijil yang berkaitan
Calon tidak boleh didaftarkan sebagai pelatih di institut sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen ASAL.
PERINGATAN Tawaran bagi mengikuti kursus ini adalah tidak sah bagi calon yang didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan masih belum melepasi tempoh 60 hari bersalin atau ditimpa kemalangan/sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan/beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya semasa menerima tawaran ini. Penangguhan kursus adalah tidak dibenarkan dalam kes-kes di atas. Calon bolehlah memohon semula mengikuti kursus ini pada tahun berikutnya jika memenuhi syarat.
2. PENOLAKAN TAWARAN KURSUS
2.1 Jika anda menolak tawaran berkursus, sila ambil tindakan berikut:
(a) Lengkapkan Borang Penolakan Tawaran Kursus dalam dua (2) salinan;
(b) kembalikan dengan segera satu salinan Borang Penolakan
Tawaran Kursus bersama-sama bahan telah diterima kepada Bahagian Pendidikan Guru; dan
4
(c) kirimkan dengan segera satu salinan lagi ke institut berkenaan.
3. PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN Sebagai pelajar (mengikut Perjanjian Pendidikan Guru) anda:
(a) Adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan peperiksaan dan penilaian yang dikuatkuasa mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550);
(b) mesti menjalani penilaian dan menduduki peperiksaan serta lulus
setiap komponen kursus pengajian dan program latihan yang ditetapkan;
(c) layak menduduki jika kehadiran anda 100% bagi setiap komponen
kursus iaitu akademik, praktikum (jika berkenaan), aktiviti luar kurikulum dan semua aktiviti yang dijadualkan oleh institut. Anda juga mesti lulus semua kerja kursus; dan
(d) lulus peperiksaan apabila anda lulus semua kaedah penilaian bagi
setiap mata pelajaran pada setiap semester/peringkat.
4. STRUKTUR KURIKULUM Pelatih akan diberi penerangan tentang struktur kurikulum semasa
berada di Institut Pendidikan Guru. 5. DISIPLIN DAN PERJANJIAN
1.1 Sebagai pelajar institut, anda adalah tertakluk kepada Akta 174 iaitu Akta Institut-Institut Pelajaran (Tatatertib 1976) yang telah mula dilaksanakan mulai Januari 1998. Oleh itu, seseorang pelatih yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan oleh pihak berkuasa tatatertib, boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali seperti berikut:
(a) Amaran; (b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;
(c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau
kesemua kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;
(d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di
institusi selama tempoh yang ditentukan;
(e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi;
5
(f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama
tempoh yang ditentukan; dan
(g) pembuangan daripada institusi.
6. PERTUKARAN BIDANG PENGAJIAN (PENGKHUSUSAN) DAN
PUSAT BERKURSUS Adalah diingatkan bahawa pertukaran bidang pengajian (pengkhususan)
dan pusat berkursus tidak dibenarkan kerana:
(a) Tawaran dibuat berdasarkan pengkhususan yang dipohon;
(b) penempatan dibuat berdasarkan institut tertentu yang ada menawarkan pengkhususan tersebut; dan
(c) kekosongan tempat terdapat di institut perguruan tertentu sahaja. Oleh yang demikian anda hendaklah mempertimbangkan sebaik-baiknya masalah yang dihadapi (jika ada) seperti masalah peribadi yang memerlukan perhatian sebelum membuat keputusan menerima tawaran ini.
7. ELAUN Anda akan diberi elaun semasa berkursus. Bagaimanapun anda
dinasihatkan membawa bersama wang untuk keperluan asas yang mencukupi sementara menunggu pembayaran elaun. Elaun anda hanya dibayar setelah anda didaftarkan sepenuhnya sebagai pelatih institut (mengemukakan semua dokumen ASAL, laporan pemeriksaan doktor, salinan surat tawaran dan borang perjanjian yang telah disempurnakan).
8. PENGINAPAN
(a) Anda dimestikan tinggal di asrama sekiranya penginapan semasa berkursus disediakan oleh institut.
(b) Anda dikehendaki mematuhi semua arahan/peraturan penginapan
yang dikeluarkan oleh pihak institut sama ada anda menginap di asrama atau di luar asrama.
6
9. PELANGGARAN DAN PENAMATAN PERJANJIAN
(a) Semasa berkursus anda sebagai pelajar diwajibkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Pengarah institut berkenaan. Sekiranya pelajar melakukan pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di bawah perjanjian ini, anda (pelajar) akan diberhentikan daripada mengikuti kursus seperti yang tersebut dalam Fasal 5 Perjanjian Pendidikan Guru dan anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh kerajaan atau seperti yang tercatat dalam Perjanjian Pendidikan Guru.
(b) Sekiranya anda (pelajar) didapati telah mengemukakan maklumat
palsu untuk mendapatkan tempat berkursus, tawaran berkursus ini akan dibatalkan dan anda akan diberhentikan daripada mengikuti kursus, atau jika kesalahan ini terbukti selepas anda menamatkan kursus dan sedang berkhidmat anda akan dipecat dan ijazah anda akan ditarik balik. Anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti yang tersebut dalam Fasal 5 Perjanjian Pendidikan Guru.
KAM/ra:Buku Panduan Tawaran PISMP Jun 2010/SD/KAM
7
KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2(A)
BORANG PENERIMAAN TAWARAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2010
ARAHAN: 1. Jika menerima tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam
dua (2) salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institut Perguruan berkenaan.
2. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang
berkenaan. …………………………………………….. No.K.P ………………………………………………. (Nama penuh dengan huruf besar) Jantina ………………………………………………. Alamat surat menyurat: : ……………………………………………… Kursus ditawarkan ……………………………….. ……………………………………………… Di Institut ……………………............................ ……………………………………………… …………………………………………….............. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3, Blok E 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya (u.p: Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar) Tuan, Penerimaan Tawaran untuk Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2010 di Institut Pendidikan Guru Merujuk surat KP(BPG)9115/........................... ( ) mengenai perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa saya menerima tawaran untuk mengikuti kursus yang tersebut dalam surat tawaran berkenaan. 2. Saya telah mengirimkan borang kedua kepada Pengarah institut berkenaan. Sekian. Terima kasih. Yang benar, …………………………………………… ………………………… Tandatangan Tarikh
KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2(B)
BORANG PENOLAKAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2010
ARAHAN: 1. Jika menolak tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam dua (2) salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institut Perguruan berkenaan.
2. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang
berkenaan. …………………………………………….. No.K.P ………………………………………………. (Nama penuh dengan huruf besar) Jantina ………………………………………………. Alamat surat menyurat: : ……………………………………………… Kursus ditawarkan ……………………………….. ……………………………………………… Di Institut ……………………............................ ……………………………………………… …………………………………………….............. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3, Blok E 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya (u.p: Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar) Tuan, Penolakan Tawaran untuk Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2010 di Institut Pendidikan Guru Merujuk surat KP(BPG)9115/........................... ( ) mengenai perkara di atas, dukacita dimaklumkan bahawa saya menolak tawaran tersebut kerana ..................................... . ............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................. 2. Saya telah mengirimkan borang kedua kepada Pengarah institut berkenaan. Sekian. Terima kasih. Yang benar, …………………………………………… ………………………… Tandatangan Tarikh
KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2(D)
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 2 - 6, BLOK E 13 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel : 03-88841000 62604 PUTRAJAYA Fax : 03-88841320
Ruj. Kami: KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2( 49 )
Tarikh :
Penguasa Hospital/Pegawai Perubatan
Hospital/Klinik ……………………………
……………………………………………..
……………………………………………..
Tuan/Puan, PEMERIKSAAN DOKTOR UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (KPLSPM) AMBILAN JUN 2010 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU Sukacita dimaklumkan bahawa Encik/Puan/Cik …………………………………………………..
No. Kad Pengenalan ……………………………………….. telah ditawarkan untuk mengikuti
kursus di atas dan akan melaporkan diri pada …………………………………………. di Institut
……………………………………………………………………………………………………………..
2. Untuk makluman, bidang kursus yang akan diikuti di institut merangkumi :
a) Akademik; b) Gerak kerja kokurikulum (persatuan, unit beruniform, sukan dan
permainan serta aktiviti luar yang lasak); dan c) Praktikum.
3. Oleh itu, sila buat pemeriksaan ke atas beliau (pemeriksaan hendaklah termasuk x-ray dada dan paru-paru) dan berikan keputusannya seberapa segera yang mungkin dengan menggunakan Borang Am 402 – Pin. 4/87 yang disertakan. 4. Sehubungan dengan itu juga dimaklumkan bahawa segala perbelanjaan pemeriksaan doktor dan x-ray adalah tanggungjawab pelajar berkenaan. Kerjasama tuan/puan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Pengarah Bahagian Pendidikan Guru b.p.Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2(C)
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 2 - 6, BLOK E 13 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel : 03-88841000 62604 PUTRAJAYA Fax : 03-88841320
Ruj. Kami : KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2( )
SURAT AKUAN
Saya ……………………………………………… No. KP ……………………………………
dengan ini memberi kuasa kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mendapatkan sebarang maklumat mengenai keputusan peperiksaan atau laporan
mengenai diri saya dari institusi pengajian di mana saya ditempatkan sepanjang
tempoh pengajian.
Tandatangan Saksi _______________________ _______________________ (Nama Pelatih) (Nama Pensyarah/Tutor) Tarikh :
PANDUAN TAWARAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2010
BIL.
KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
10.
Penerimaan Tawaran Kursus Penolakan Tawaran Kursus Peperiksaan dan Penilaian Struktur Kurikulum Disiplin dan Perjanjian Pertukaran Bidang Pengajian (Pengkhususan) dan Pusat Berkursus Elaun Penginapan Pelanggaran dan Penamatan Perjanjian Borang‐Borang (i) Borang Penerimaan Tawaran (ii) Borang Penolakan Tawaran (iii) Surat akuan (iv) Borang Pemeriksaan Doktor
2 ‐ 4
4 ‐ 5 5 5
5 – 6 6 6 6 7
top related