bukti penyebaran bahasa austronesia

Post on 25-Oct-2015

35 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

bukti penyebara bahasa

TRANSCRIPT

Bukti Penyebaran Bahasa Austronesia

Bukti Arkeologi

Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan penyebaran Bahasa Austronesia ke Asia

Tenggara. Pada 4000 hingga 3000 BC zaman Neolitik telah bermula dengan pesat di Taiwan.

Menurut Tsang terdapat banyak tinggalan arkeologi dari Taiwan yang dibawa oleh

sekumpulan kecil dari selatan China menuju dan menyeberangi Formosa dan Fujian ke

Taiwan. Antara tinggalan tersebut adalah berbentuk artifak iaitu beliung batu berasah dan

mata tombak batu.

Seawal 4000 hingga 3000 BC zaman Neolitik di Taiwan telah bermula. Penutur

Bahasa Austronesia dikatakan telah tersebar pada zaman Logam dan juga zaman Neolitik.

Sebelum kemunculan zaman Neolitik, di Pulau Taiwan hanya memiliki tinggalan arkeologi

yang sedikit dan yang paling terkenal adalah tembikar berhias gores dan tera tali.

Bukti Linguistik

Terdapat persamaan dalam perbendaharaan kata pada tahap Proto – Melayu

Polynesia.1 Dalam bahasa Polynesia terdapat suatu entiti bahasa yang memiliki satu

protobahasa yang sama. Namun begitu, semakin tersebar luas bahasa itu, semakin berbeza

protobahasa tersebut. Namun begitu, bahasa tersebut tetap bahasa yang berasal daripada asal

usul yang sama.

Menurut Blust, istilah seperti keladi, pisang dan sagu menunjukkan bahawa penutur

bahasa Austronesia ini semakin meninggalkan kawasan yang sesuai untuk penanaman padi

iaitu kawasan sub – tropika seperti di Taiwan. Perubahan cuaca dan iklim menyebabkan

penutur bahasa Austronesia ini berhijrah daripada Taiwan ke Filipina dan kawasan lain di

sekitar Asia Tenggara.

Terdapat bekalan sagu yang banyak di pendalaman Borneo dan perkara ini telah

menarik minat penutur bahasa Austronesia dari Taiwan ini untuk berhijrah ke Borneo.

Perkara ini telah berjaya menarik minat mereka untuk memburu dan bercucuk tanam di situ.

Hal ini menyebabkan telah wujud istilah yang baharu yang menunjukkan bahawa mereka

1 Peter Bellwood, 2000, Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta, PT Gramedia. Pustaka Utama, Hlm.147

semakin jauh daripada kegiatan pertanian seperti yang diamalkan oleh mereka semasa di

Taiwan dahulu.

top related