borang pengesahan status tesis’ · 46, jalan mentimun dua, taman sri perang, _____ ... d surat...
Post on 10-Feb-2020
10 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16(Pin.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN, DI DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURLIA BINTI MOHAMAD No. Matriks BP060099 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, ______________________________ 81900 Kota Tinggi Nama Penyelia Tarikh: ___________________ Tarikh: ________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Pendidikan”
Tandatangan
Nama Penyelia 1
Tarikh
: ……………………………………..
: DR. HAMDAN BIN SAID
: 7 NOVEMBER 2008
i
PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-
SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR
NURLIA BINTI MOHAMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahaan Ijazah Sarjana Muda
(Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOVEMBER 2008
ii
”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
: ……………………………………..
: NURLIA BINTI MOHAMAD
: 7 NOVEMBER 2008
iii
Dedikasi
Bismilahhirrahmanirrahim
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam. Selawat dan
salam ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W Buat ayah yang dihormati,
Ampun dan maaf dariku kerana tidak dapat memberi perhatian sewajarnya semasa
aku dalam pengajian. Inilah hadiah dariku untukmu yang sejak dulu ingin melihat aku
berjaya hingga ke menara gading.
Buat suami tercinta,
Doa, dorongan yang terus menerus darimu serta kesabaranmu memberi kekuatan
kepadaku untuk meneruskan perjuangan ini dan inilah kejayaan untuk dikongsi bersama.
Buat anak-anakku,
Doa, dorongan dan bantuan dari kalian adalah azimat kejayaanku.
Alhamdulillah.
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam buat junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.
Ingin saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana beradanya saya di sini
merupakan satu anugerah Allah dan kenangan terindah dalam hidup saya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penasihat penyelidikan, Dr. Hamdan bin Said yang sentiasa sabar dalam menghulurkan
bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana Muda
ini. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui dan membalas jasa-jasanya yang sangat
besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi,
rakan-rakan Guru Besar dan guru-guru dari sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Kota
Tinggi yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada para pensyarah, rakan-rakan guru di
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang serta rakan seperjuangan kerana anda semualah yang
telah memberi saya kekuatan untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Insyallah jasa
dan kebaikan kalian akan saya kenang sepanjang perjalanan hidup ini.
Sekian. Wassalam
v
ABSTRAK
Kajian diskritif ini bertujuan untuk meninjau penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah
kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di
sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah; dan
mengenalpasti implikasi amalan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme guru
dari segi peningkatan kualiti pengajaran, perkukuhan hubungan profesionalisme,
perkongsian pengalaman dan pengetahuan, dan bantuan kepada guru dalam proses
pengajaran. Sampel kajian melibatkan 321 orang guru dari sekolah-sekolah kebangsaan
di daerah Kota Tinggi Johor. Soal selidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu
digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan
hasil analisis dilaporkan dalam bentuk statistik diskriptif. Kebolehpercayaan instrumen
menggunakan Alpha Cronbach ialah 0.914 bagi bahagian B dan 0.889 bagi Bahagian C.
Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang positif
terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalan
penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan
pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari segi
kualiti guru, perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya penyeliaan
pengajaran ini didapati kurang berkesan dalam memperkukuhkan hubungan
profesionalisme antara penyelia dan guru.
vi
ABSTRACT
A descriptive study was conducted to explore the supervision of instruction at national
primary schools in Kota Tinggi, Johor. In particular this study aims to identify the
teachers’ perception towards supervision of instruction that has been implemented at
schools; identify the practice of supervision of instruction carried out at school; and
identify the implication supervision of instruction towards teachers’ professionalism with
regard to enhancing the quality of teaching, consolidating professional relationship,
knowledge and experience sharing, and assisting the teachers in the teaching process. A
total of 321 teachers from the national primary schools in the district of Kota Tinggi
participated in the study. A modified questionnaire from previous study was used as
instrument. The data were analyzed using SPSS and were reported in the form of
descriptive statistic. The reliability of the instrument using Alpha Cronbach is 0.914 for
Section B and 0.889 for Section C. The findings of the study showed that teachers had
positive perception towards supervision of instruction carried out school; the practice of
supervision of instruction was high; and the supervision of instruction practiced at
schools was effective in enhancing the teacher professionalism with regard to the quality
of teachers, sharing of knowledge and experience among teachers, and assisting teachers
in the learning and teaching process. Nevertheless, supervision of instruction was found
to be less effective in consolidating relationship between supervisor and teacher.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Skop Kajian 9
viii
1.9 Definasi istilah 9
1.9.1 Amalan 9
1.9.2 Tanggapan 9
1.9.3 Penyeliaan pengajaran 10
1.10 Kesimpulan 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Definisi Penyeliaan Pengajaran 12
2.3 Tujuan Penyeliaan 13
2.4 Peranan Guru Besar Dalam Penyeliaan
Pengajaran dan Pembelajaran 16
2.5 Perkaitan Antara Penyeliaan Pengajaran Dan
Peningkatan Kualiti Pengajaran 20
2.6 Halangan-halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Besar
Dalam Menjalankan Tugas Penyeliaaan
Pengajaran dan Pembelajaran 24
2.7 Pandangan Guru Terhadap Penyeliaan 25
2.8 Keberkesanan Penyeliaan 28
2.9 Penyeliaan Klinikal 29
2.10 Kesimpulan 31
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Populasi dan Persampelan 33
3.4 Instrumen Kajian 34
3.4.1 Bahagian A : Latarbelakang Responden 34
3.4.2 Bahagian B : Tanggapan Guru Terhadap
Penyeliaan dan Amalan Penyeliaan 34
3.4.3 Bahagian C : Keberkesanan Penyeliaan
Pengajaran 36
3.5 Kajian Rintis 37
3.6 Penganalisisan Data 37
3.7 Prosedur Kajian 38
3.8 Penutup 39
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 40
4.2 Latarbelakang Responden
4.2.1 Jantina dan Bangsa Responden Kajian 41
4.2.2 Kelulusan Akademik Tertinggi 42
4.2.3 Pengalaman Mengajar 43
4.2.4 Kekerapan Responden Kajian di Selia
Sepanjang Perkhidmatan 43
4.3 Dapatan Kajian 44
x
4.3.1 Persoalan Kajian 1 44
4.3.2 Persoalan Kajian 2 47
4.3.3 Persoalan Kajian 3 51
4.4 Rumusan Dapatan 58
BAB 5 PERBINCANGAN , RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Rumusan 61
5.3 Perbincangan 63
5.3.1 Tanggapan Guru-guru Terhadap Penyeliaan
Pengajaran Yang Dilaksanakan Di dalam Kelas 63
5.3.2 Amalan Penyeliaan Pengajaran Yang
Dijalankan Di Sekolah 65
5.3.3 Keberkesanan Amalan Penyeliaan Pengajaran
Terhadap Profesionalisme Guru
a) Meningkatkan Kualiti Pengajaran Guru 67
b) Memperkukuh Hubungan Profesional Antara
Penyelia dan Guru 69
c) Berkongsi Pengetahuan dan Pengalaman
Antara Penyelia dan Guru 70
d) Membantu Guru Dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran 71
5.4 Cadangan 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.6 Kesimpulan 75
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Item Dari Aspek Tanggapan Guru
Terhadap Penyeliaan Pengajaran 35
3.2 Taburan Item Dari Aspek Amalan Guru Terhadap
Penyeliaan Pengajaran 36
3.3 Taburan Item Dari Aspek Kajian Keberkesanan
Penyeliaan Pengajaran 36
3.4 Analisis Min Skor 38
4.1 Latarbelakang Responden Mengikut Kaum
Dan Jantina 42
4.2 Kelulusan Akademik Responden Kajian 43
4.3 Pengalaman Mengajar Responden Kajian 43
4.4 Taburan Kekerapan Responden Kajian Diselia Sepanjang
Perkhidmatan 44
4.5 Taburan Kekerapan Tanggapan Guru-guru Terhadap
Penyeliaan
i) Keperluan atau Kepentingan Penyeliaan 45
4.6 Taburan Kekerapan Tanggapan Guru-guru Terhadap
Penyeliaan
ii) Penyeliaan Sebagai Satu Penilaian 46
4.7 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Yang
Dijalankan Di Sekolah
i) Keperluan atau Kepentingan 48
4.8 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Yang
Dijalankan Di Sekolah
xii
ii) Penyeliaan Sebagai Aktiviti Rutin 50
4.9 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dapat
Meningkatkan Profesionalisme Guru
i) Meningkatkan Kualiti Pengajaran Guru 52
4.10 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dapat
Meningkatkan Profesionalisme Guru
i) Memperkukuhkan Hubungan Profesionalisme 53
4.11 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dapat
Meningkatkan Profesionalisme Guru
iii) Berkongsi Pengalaman dan Pengetahuan 55
4.12 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dapat
Meningkatkan Profesionalisme Guru
iv) Membantu Guru Dalam Proses Pengajaran 57
4.13 Rumusan Keseluruhan Analisis 59
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 80
B Surat Kebenaran daripada Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 86
C Surat Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran
Negeri Johor 87
D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88
E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah
Daerah Kota Tinggi 90
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang
berkesan. Peranan yang dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi
menjadikan sekolah mereka sebuah institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan
keupayaan mereka menggembeling seluruh tenaga guru dan pelajar diyakini
matlamat menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang akan tercapai. Tumpuan
pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan
akademik akan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan
pembelajaran mereka dengan lebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan
pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usaha untuk menjadikan sekolah sebagai
sebuah pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan
penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar.
Dalam pengurusan kurikulum, penyeliaan adalah penting dalam memantau
keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Penyeliaan oleh pihak pengurusan
sekolah amat perlu dalam memastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan.
Penyeliaan akan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran dan
merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta dapat
memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada.
Menurut Aminuddin (2005), penyeliaan oleh guru besar dapat membantu guru
meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya
lagi, dengan penyeliaan, guru besar dapat melihat dengan lebih dekat lagi apa yang
2
sebenarnya berlaku dalam bilik darjah agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-
amalan yang baik dapat dikukuhkan.
Dalam menjalankan penyeliaan di bilik darjah, guru besar perlu mempunyai
pengetahuan yang cukup serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran. Guru
besar juga harus mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalah-
masalah pedagogi yang timbul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah untuk membaiki
kelemahan yang dikesaninya. Justeru, guru juga perlu mempunyai kebolehan untuk
berkomunikasi agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk mengubah cara
dan sikap dalam menjalankan tugas. Menurut Asnah (1993), gaya guru besar
berinteraksi dalam penyeliaan mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas
terutamanya selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan dan cara arahan,
penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya.
Interaksi yang baik sudah tentu dapat mengelakkan wujud pertembungan antara guru
dan guru besar dan ini sudah tentu akan mewujudkan ketidak sefahaman haluan.
Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar
dan mendidik pelajar secara serius sehingga pelajar tersebut dapat menguasai
kemahiran atau ilmu yang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat
membantu pelajar memperkembangkan intelek, sosial dan personal dengan baik.
Setiap guru mesti merancang pengajarannya supaya tersusun dan berfokus.
Pemilihan tajuk dan isi pelajaran mestilah sesuai supaya dapat disampaikan kepada
murid dengan berkesan. Objektif pengajarannya guru mesti mudah difahami dan
jelas hala tuju yang hendak dicapai. Di samping itu, guru tersebut perlu menentukan
bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik bagi mewujudkan
rangsangan kepada murid untuk belajar.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Sekolah berkesan adalah hasil dari pengurusan yang cemerlang. Usaha untuk
menjadikan sekolah berkesan atau sekolah cemerlang merupakan cabaran yang perlu
dilalui oleh setiap pengetua dan guru besar. Bagi mewujudkan sekolah berkesan,
peranan yang dimainkan oleh guru besar sebagai pemimpin kurikulum atau
pemimpin pengajaran adalah merupakan faktor penting. Menurut Duke (1993),
kepimpinan pengajaran mestilah terlibat dalam dua bidang aktiviti yang saling
berkaitan antara satu dengan lain iaitu :
i. usaha guru untuk menjadikan pengajaran mereka berkesan dan
ii. keupayaan guru besar secara berterusan memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran guru sentiasa mempunyai standard dan kualiti yang baik.
Oleh itu, sebagai pemimpin kurikulum, guru besar perlu menilai dan
menyelia pengajaran guru bagi memastikan semua guru telah melaksanakan aktiviti
yang dinyatakan dengan cara yang terbaik dan sentiasa berusaha meningkatkan
prestasi pengajaran dan pembelajaran mereka dari semasa ke semasa.
Pada kebiasaannya, budaya sekolah yang menitikberatkan aspek
kecemerlangan akan menjadikan proses penyeliaan sebagai satu aspek penting di
sekolah berkenaan. Penyeliaan juga merupakan tanggungjawab pihak guru besar
sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 KP
(BS)8591/Jld.11(77) bertarikh 11 November 1987, iaitu menjadikan pemantauan
sebagai sebahagian tugas harian bagi memastikan pengajaran guru berada dalam
keadaan yang baik dan mempunyai standard serta kualiti yang tinggi.
Penyeliaan kurikulum terhadap guru bertujuan untuk meningkatkan
perkembangan profesionalisme guru dan bukan bertujuan mencari kelemahan
mereka. Menurut Glickman et.al.(2003), penyeliaan bolehlah menjadi satu aktiviti
yang kolaboratif dan bukan bersifat hierarki, membantu dan bukan menilai,
menyokong dan bukan mendenda. Disamping itu juga penyeliaan kurikulum ini
bertujuan untuk memperbaiki atau memajukan lagi kualiti pengajaran serta
memperbaiki kelemahan para guru. Pembelajaran dan perkembangan guru secara
berterusan adalah satu unsur yang penting dalam proses perubahan pendidikan dan
4
penambahbaikan pengajaran (Fullan, 1991; Fullan dan Hargreaves, 1996). Hasil
pembelajaran pelajar yang baik tidak boleh dicapai tanpa keterampilan guru dalam
bidang kurikulum dan pengajaran. Guru sebagai ’street level bureaucrat’ yang
melaksanakan pengajaran di peringkat bilik darjah memang menentukan kejayaan
ataupun kegagalan mana-mana inovasi ataupun reformasi pengajaran (Lipsky,
1980). Oleh itu, pembelajaran guru haruslah dianggap sebagai satu elemen penting
dalam proses penambahbaikan pengajaran. Untuk berbuat demikian, adalah
menjadi tanggungjawab guru besar, sebagai pemimpin pengajaran menjalankan
penyeliaan kurikulum atau pencerapan bercorak klinikal, memberi bimbingan dan
sokongan membina sama ada secara formal atau tidak formal. Penyelia sebagai
pemimpin pengajaran juga adalah bertanggungjawab untuk memantapkan lagi
proses penyeliaan sebagai satu jalan untuk memperkembangkan lagi daya
keterampilan guru (Blase and Blase, 1999).
Secara khususnya, staf profesional seperti guru diamanahkan untuk
menjalankan tugas, aktiviti dan tanggungjawab yang telah dirancang dan ditetapkan.
Menurut Asnah (1995), jika guru-guru tidak diselia dan melakukan kesilapan tanpa
menyedarinya, maka kebiasaan melakukannya akan terbentuk. Kebiasaan ini akan
menjadi sebati dan dianggap betul dan baik. Lama kelamaannya staf berkenaan akan
berasa sukar untuk membuat perubahan walaupun perubahan diperlukan. Oleh sebab
itu, dengan melakukan proses penyeliaan, staf dapat dibimbing, dibantu supaya lebih
imaginatif, kreatif dan inovatif untuk perkembangan kendiri sekali gus ke arah
peningkatan mutu pencapaiannya.
Banyak diperkatakan tentang perlunya penyeliaan pengajaran dijalankan oleh
guru besar untuk peningkatan prestasi murid. Al Ramaiah (1999) menyatakan
penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing para
guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi
berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar (2000) pula menyatakan bahawa
penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir kerana penyeliaan adalah sebahagian
dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang
profesional pengurusan.
5
Terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha pengetua menjalankan
penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Ini termasuklah faktor
pengetua itu sendiri, faktor sikap guru dan murid. Ismail Abu Talib (1986)
menyatakan halangan-halangan tersebut terdiri daripada 3 faktor utama iaitu
kekangan masa dan beban tugas, perhubungan guru besar dengan staf yang diselia
dan kurangnya kemahiran dan keyakinan guru besar dalam menjalankan penyeliaan
pengajaran-pembelajaran. Jikalau pun penyeliaan telah dilaksanakan oleh guru
besar mengikut masa yang dijadualkan, timbul juga persoalan berkenaan dengan
keberkesanan penyeliaan berkenaan terhadap profesionalisme guru dan seterusnya
impak penyeliaan kepada prestasi murid. Apakah pandangan guru terhadap
penyeliaan yang dilakukan oleh sekolah?
Pada dasarnya, keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan
pengurusan sekolah yang sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti
dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Menurut Wan Mohd. Zahid
(1993), keberkesanan sesebuah sekolah dapat diukur daripada proses
pelaksanaannya dan bukan bergantung kepada dapatan kajian semata-mata. Lantas,
peningkatan kecemerlangan, sahsiah dan profesionalisme kerja guru perlu diberi
perhatian oleh pihak pengurusan sekolah melalui amalan penyeliaan kurikulum di
sekolah. Persoalannya apakah pelaksanaan penyeliaan adalah seperti mana yang
dicanangkan? Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan di atas.
Daerah Kota Tinggi terbahagi kepada empat zon pendidikan iaitu zon
Bandar, zon Air tawar, zon Pengerang dan zon Sedili. Terdapat 75 buah sekolah
rendah di daerah ini yang terdiri daripada 56 buah sekolah kebangsaan, 11 buah
sekolah jenis kebangsaan Cina dan 7 buah sekolah kebangsaan Tamil. Statistik guru
sekolah rendah yang diperolehi dari Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi
menunjukkan terdapat seramai 1676 orang guru yang terdiri daripada 592 orang
guru lelaki dan 1084 orang guru perempuan. Daripada jumlah ini 553 orang adalah
guru-guru lelaki yang bertugas di sekolah-sekolah kebangsaan manakala 908 adalah
guru-guru perempuan yang membawa jumlah keseluruhan guru yang bertugas di
sekolah-sekolah kebangsaan ialah 1461 orang. Guru-guru ini bukan sahaja terdiri
daripada guru-guru yang telah disahkan jawatan tetapi juga terdapat guru-guru
sandaran tidak terlatih di daerah ini terutamanya di kawasan luar bandar dan
6
pedalaman khususnya bagi matapelajaran-matapelajaran kritikal seperti Bahasa
Inggeris dan Sains. Kehadiran guru-guru sandaran terlatih dan tidak terlatih ini,
sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pengajaran guru-guru tersebut dan
pembelajaran murid-murid yang terlibat. Di sinilah pentingnya peranan pemimpin
kurikulum di sekolah. Kepimpinan mereka harus merangkumi aspek-aspek seperti
mengambil inisiatif, membantu dalam hal menentukan matlamat, memberi stimulasi
dan membantu menyalurkan bakat ataupun potensi manusia, menyokong guru
semasa perubahan berlaku dan membimbing dalam kegiatan komitmen kumpulan.
Mereka juga harus bertindak sebagai penyelia yang dapat meningkatkan
pembelajaran guru.
1.3 Pernyataan Masalah
Ketidakfahaman tentang proses dan konsep penyeliaan akan menyebabkan
penyeliaan diberikan tanggapan yang negatif oleh guru-guru dan dilihat sebagai
helah untuk mencari salah. Jika ini berlaku maka peranan guru besar sebagai
pemimpin pengajaran juga diragui dan dipersoalkan. Kekeliruan ini ditambah lagi
berikutan ada guru besar yang mendelegasikan fungsi menyelia kepada guru
penolong kanan yang juga diragui kemahiran dan kebolehan mereka di dalam
penyeliaan pengajaran. Berikutan dengan tindakan konsep dan amalan penyeliaan
sudah tergelincir dari konsep asasnya.
Kajian ini bertujuan untuk melihat tanggapan guru terhadap penyeliaan
pengajaran dan amalan pelaksanaan penyeliaan dalam kalangan guru di sekolah-
sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini juga turut meninjau
keberkesanan penyeliaan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan
profesionalisme guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan di Kota Tinggi, Johor.
7
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :
i) Mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran
yang dilaksanakan di sekolah.
ii) Mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan
di sekolah.
iii) Mengenalpasti keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap
tahap profesionalisme guru.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan berikut :
i) Apakah tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang
dilaksanakan di sekolah?
ii) Apakah amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah?
iii) Apakah amalan penyeliaan pengajaran di sekolah dapat
meningkatkan profesionalisme guru?
.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan seterusnya menjadi
panduan kepada guru dan guru besar sekolah.
i. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru
besar dalam mengadaptasikan fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar.
ii. Kajian diharap dapat dijadikan panduan untuk guru-guru memahami proses
penyeliaan pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepada guru besar dan
pengetua. Dengan cara sedemikian diharapkan dapat mengikis tanggapan-
tanggapan negatif terhadap penyeliaan yang dilakukan oleh guru besar. Di
samping itu, memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara guru besar
dan guru.
iii. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh guru besar untuk
melaksanakan penyeliaan pengajaran ke arah pengurusan sekolah berkesan
top related