borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦“saya akui karya ini adalah hasil kerja saya...
Post on 15-Sep-2019
24 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16(Pin.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HUBUNGAN PROSES KOMUNIKASI GURU BESAR DENGAN
TAHAP KEPUASAN KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH TUMPAT, KELANTAN.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SAIDI BIN SULAIMAN No. Matriks BP060105 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh _________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Lot 359, Kg. Anal, DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL B. YASIN Jal Besar, 16210 Tumpat, Kelantan Nama Penyelia Tarikh: 24 NOVEMBER 2008
Tarikh: _____________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
HUBUNGAN PROSES KOMUNIKASI GURU BESAR DENGAN TAHAP
KEPUASAN KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH
TUMPAT, KELANTAN.
SAIDI BIN SULAIMAN
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pengurusan Pendidikan)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOVEMBER 2008
i
PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .......................................... Nama Penuh : SAIDI BIN SULAIMAN Tarikh :
24 NOVEMBER 2008
ii
PENGESAHAN “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan ( Pengurusan Pendidikan ).”
Tandatangan : .......................................... Nama Penuh : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN Tarikh :
24 NOVEMBER 2008
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah, izin, rahmat
dan kurniaNya maka Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan mengikut masa yang telah
ditetapkan.
Istimewa buat:
Isteri tersayang
SAUZIAH MD NOR Terima kasih tidak terhingga atas segala pengorbanan dan kesabaran dalam
menguruskan rumahtangga serta anak-anak sepanjang tempoh pengajian Julai 2006
hingga Mei 2009
Anak-anak tersayang
HANIS HARTINI
HALWA AMALINA
FAKHRUL HAKIMI
FAIZ AKRAM
IZZAT ASYRAF
IRFAN FARHAN
wassalam
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sepenuh
kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah, izin, rahmat dan kurniaNya maka
Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Dr. M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang
telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat, buah fikiran serta bimbingan hingga
membolehkan projek ini dilaksanakan dengan jayanya.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada isteri tersayang dan anak-
anak atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh pengajian Julai 2006 hingga Mei
2009. Pengorbanan dan doa restu untuk kejayaan amat dihargai dan disanjung tinggi.
Penghargaan dan terima kasih ini juga saya tujukan kepada Dr. Yusof Bin Boon
Penyelaras Program Khas Pensiswazahan Guru Besar ( PKPGB ), UTM diatas
perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan. Seterusnya pengkaji juga ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn Hj Ab Rahman
Bin Mohamad ( GB SK Padang Mandol ), En Khairul Anwar Bin Jamaludin ( GB SK
Pasir Pekan ) dan En Jusoh Bin Seman (GB SK Tumpat) serta guru-guru sekolah-
sekolah berkenaan yang memberikan kerjasama, panduan dan tunjuk ajar sepanjang soal
selidik projek ini.
Di kesempatan ini juga, setinggi terima saya ucapkan kepada para pensyarah,
rakan-rakan seperjuangan, guru-guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Kubor 1 dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
membantu dan memberikan kerjasama dalam menyiapkan projek ini. Semoga segala
jasa dan pengorbanan anda semua akan diberkati oleh Allah jua hendaknya.
v
ABSTRAK Kajian yang telah dilaksanakan bertujuan untuk meninjau hubungan proses komunikasi guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah Daerah Tumpat, Kelantan. Seramai 86 orang responden telah memberikan maklumbalas kepada Soal Selidik yang mengandungi tiga bahagian berkaitan maklumat peribadi, proses komunikasi guru besar dan kepuasan kerja guru. Data terkumpul dianalisis dengan Statistik Deskriptif dan Inferensi Ujian Korelasi Pearson untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan menggunakan perisian ”Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS Version 12.0). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach keseluruhan proses komunikasi yang diperolehi ialah 0.851 manakala nilai Alpha Cronbach bagi setiap dimensi yang dikaji ialah 0.785 (proses komunikasi menurun), 0.771 (proses komunikasi menaik) dan 0.797 (proses komunikasi mendatar). Dapatan kajian menunjukkan proses komunikasi menurun adalah proses komunikasi yang sering digunakan oleh Guru Besar dengan nilai min 4.00. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan korelasi yang signifikan di antara proses-proses komunikasi (menurun, menegak dan mendatar) dengan keseluruhan kepuasan kerja. Walaubagaimanapun terdapat hubungan korelasi yang signifikan di antara proses komunikasi menurun dengan aspek kepuasan kerja (rakan sekerja) tetapi lemah iaitu -0.244 pada aras signifikan 0.024. Juga terdapat hubungan korelasi yang signifikan di antara proses komunikasi menurun dengan aspek kepuasan kerja (rakan sekerja) yang lemah iaitu -0.280 pada aras signifikan 0.009. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa seramai 98.84 peratus responden berada pada tahap sederhana manakala hanya 1.16 peratus responden sahaja berada pada tahap tinggi bagi keseluruhan tahap kepuasan kerja. Kajian lanjutan perlu dijalankan bertujuan untuk meningkatkan proses komunikasi berkesan dan kepuasan kerja yang tinggi dimana beberapa cadangan telah disarankan.
vi
ABSTRACT The purpose of this study was to determine the relationship between headmasters coomunication process and their teachers satisfaction level in the district of Tumpat, Kelantan. The questionare used in this study was constructed from Katz and Kahn (1978) conception of communication process, which is divided into (1) downward (2) upward (3) horizontal communication. The data collected was analyzed for Descriptive Statistic and Pearson Correlation Test to determine the relationship between the variables using Statistical Packages For Social Sciences (SPSS Version 12.0) software. The value of Cronbach Alpha for the whole Communication Process was 0.851, whereas for every dimension studied was 0.785 (downward communication), 0.771 (upward communication) and 0.797 (horizontal communication). The findings showed that horizontal communication process often used by headmaster with the mean value 4.00. The findings also showed that there was no significance relationship between communication process and the teacher’s work satisfaction. A further study should be done aiming to enhance the effective communication process and a high working satisfaction whereby a few suggestions has been made.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN i
PENGESAHAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii - xiii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Hipotesis Kajian 11
viii
BAB 1 PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definisi Konsep Kajian 13
1.9.1 Proses Komunikasi 13
1.9.1.1 Proses Komunikasi Menurun 14
1.9.1.2 Proses Komunikasi Menegak 15
1.9.1.3 Proses Komunikasi Mendatar 15
1.9.2 Kepuasan Kerja 16
1.9.2.1 Pekerjaan 17
1.9.2.2 Gaji 17
1.9.2.3 Kenaikan Pangkat 17
1.9.2.4 Penyelia dan Penyeliaan 18
1.9.2.5 Rakan Sekerja 18
1.9.3 Guru Besar 19
1.9.4 Guru 19
1.10 Kesimpulan 20
BAHAGIAN DUA
BAB 2 TINJAUAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 21
2.2 Kajian Tempatan 22
2.3 Kajian Luar Negeri 23
2.4 Pendekatan Teori 25
2.4.1 Proses Komunikasi Menurun 25
2.4.2 Proses Komunikasi Menegak 26
2.4.3 Proses Komunikasi Mendatar 26
2.4.4 Teori Kepuasan Kerja 27
ix
BAB 2 TINJAUAN PENULISAN MUKA SURAT
2.4.4.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow 28
2.5 Kesimpulan 29
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Populasi dan Sampel 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.4.1 Bahagian A: Demografi Responden 33
3.4.2 Bahagian B: Soalan Proses Komunikasi 33
3.4.3 Bahagian C: Soalan Kepuasan Kerja 34
3.5 Prosedur Mengumpul Data Kajian 36
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 36
3.6.1 Pengumpulan Data Primer 36
3.6.2 Pengumpulan Data Sekunder 37
3.7 Penganalisaan Data 37
3.7.1 Penentuan Tahap Proses Komunikasi 38
Dan Tahap Kepuasan Kerja
3.7.2 Perhubungan Proses Komunikasi Dengan
Kepuasan Kerja 38
3.8 Kajian Rintis 39
3.9 Kesimpulan 39
x
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 DAPATAN KAJIAN MUKA SURAT
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data 41
4.2.1 Analisis Bahagian A: Kebolehpercayaan
Instrumen Kajian 41
4.2.2 Analisis Bahagian B: Ciri-ciri Demografi 42
Responden
4.2.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 43
4.2.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 44
4.2.2.4 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 44
4.2.2.5 Taburan Responden Mengikut
Tahap Pendidikan 45
4.2.2.6 Taburan Responden Mengikut
Status Perkahwinan 45
4.2.2.7 Taburan Responden Mengikut
Pendapatan 46
4.2.3 Analisis Bahagian C: Proses-proses
Komunikasi 46
4.2.3.1 Proses Komunikasi Menurun 47
4.2.3.2 Proses Komunikasi Menegak 48
4.2.3.3 Proses Komunikasi Mendatar 49
4.2.3.4 Analisa Skor Min Proses-proses 51
Komunikasi
4.2.4 Analisis Bahagian D: Kepuasan Kerja 51
4.2.4.1 Aspek Pekerjaan Sekarang 52
4.2.4.2 Aspek Gaji 53
xi
BAB 4 DAPATAN KAJIAN MUKA SURAT
4.2.4.3 Aspek Peluang Naik Pangkat 54
4.2.4.4 Aspek Penyelia dan Penyeliaan 55
4.2.4.5 Aspek Rakan Sekerja 57
4.2.4.6 Analisis Skor Min Keseluruhan
Kepuasan Kerja 58
4.2.5 Analisis Bahagian E: Hubungan Proses
Komunikasi Dengan Kepuasan 59
4.2.5.1 Analisis Hubungan Proses Komunikasi
Menurun dengan Keseluruhan
Kepuasan Kerja 59
4.2.5.2 Analisis Hubungan Proses Komunikasi
Menegak dengan Keseluruhan
Kepuasan Kerja 60
4.2.5.3 Analisis Hubungan Proses Komunikasi
Mendatar dengan Keseluruhan
Kepuasan Kerja 60
4.2.5.4 Analisis Hubungan Proses Komunikasi
Menurun dengan Aspek Kepuasan Kerja:
Pekerjaan Sekarang, Gaji, Peluang Naik
Pangkat, Penyelia Dan Penyeliaan dan
Rakan Sekerja 61
4.2.5.5 Analisis Hubungan Proses Komunikasi
Menegak dengan Aspek Kepuasan Kerja:
Pekerjaan Sekarang, Gaji, Peluang Naik
Pangkat, Penyelia Dan Penyeliaan dan
Rakan Sekerja 62
xii
BAB 4 DAPATAN KAJIAN MUKA SURAT
4.2.5.6 Analisis Hubungan Proses Komunikasi
Mendatar dengan Aspek Kepuasan Kerja:
Pekerjaan Sekarang, Gaji, Peluang Naik
Pangkat, Penyelia Dan Penyeliaan dan
Rakan Sekerja 63
4.3 Kesimpulan 64
BAHAGIAN LIMA
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 66
5.2.1 Dapatan Kajian 67
5.2.2 Rumusan dan Perbincangan Persoalan Kajian 1 68
5.2.3 Rumusan dan Perbincangan Persoalan Kajian 2 73
5.2.4 Rumusan dan Perbincangan Persoalan Kajian 3 79
5.3 Cadangan 81
5.4 Cadangan Lanjutan 82
5.5 Kesimpulan 84
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN 85
LAMPIRAN
SOAL SELIDIK
SURAT EPRD
KEPUTUSAN ANALISIS
xiii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK
JADUAL
3.1 Petikan Jadual Krejcie, R.V & Morgan, D.W bagi menentukan kadar jumlah
sampel daripada populasi (Krejcie, R.V & Morgan, D.W Determining sample
size For Research Education and Psychological Measurement, 1970, 30, 607
– 610).
3.2 Taburan item-item kepuasan kerja (berdasarkan JDI) mengikut kenyataan
positif dan negatif
3.3 Nilai Crobach Alpha
3.4 Hubungan Skor Min dan Tahap Proses Komunikasi dan Kepuasan Kerja
3.5 Klasifikasi kekuatan korelasi (Mohd Najib Ghafar 1999)
4.1 Nilai Alpha Cronbach (kebolehpercayaan) instrumen kajian bagi proses
komunikasi
4.2 Nilai Alpha Cronbach (kebolehpercayaan) instrumen kajian bagi kepuasan
kerja
4.3 Taburan responden mengikut jantina
4.4 Taburan responden mengikut umur
4.5 Taburan responden mengikut bangsa
4.6 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar
4.7 Taburan responden mengikut tahap pendidikan
4.8 Taburan responden mengikut status perkahwinan
4.9 Taburan responden mengikut pendapatan
4.10 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek komunikasi menurun
4.11 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek komunikasi menegak
4.12 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek komunikasi mendatar
xiv
NO. TAJUK
JADUAL
4.13 Analisa skor min keseluruhan proses-proses komunikasi
4.14 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek pekerjaan sekarang
4.15 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek gaji
4.16 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek peluang naik pangkat
4.17 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek penyelia dan penyeliaan
4.18 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek aspek rakan sekerja
4.19 Analisa skor min aspek kepuasan kerja
4.29 Analisa hubungan proses komunikasi menurun dengan keseluruhan kepuasan
kerja
4.30 Analisa hubungan proses komunikasi menegak dengan keseluruhan kepuasan
kerja
4.31 Analisa hubungan proses komunikasi mendatar dengan keseluruhan kepuasan
kerja
4.32 Analisis hubungan proses komunikasi menurun dengan aspek kepuasan
kerja: pekerjaan sekarang, gaji, peluang naik pangkat, penyelia dan
penyeliaan dan rakan sekerja
4.33 Analisis hubungan proses komunikasi menegak dengan aspek kepuasan
kerja: pekerjaan sekarang, gaji, peluang naik pangkat, penyelia dan
penyeliaan dan rakan sekerja
4.34 Analisis hubungan proses komunikasi mendatar dengan aspek kepuasan
kerja: pekerjaan sekarang, gaji, peluang naik pangkat, penyelia dan
penyeliaan dan rakan sekerja
xv
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK
RAJAH
2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow
xvi
SENARAI SINGKATAN
STPM Singkatan bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Peperiksaan ini dikendalikan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Tingkatan 6 sahaja yang perlu mendudukki penilaian ini
SPM Singkatan bagi Sijil Pelajaran Malaysia. Peperiksaan ini dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Tingkatan 5 sahaja yang perlu mendudukki penilaian ini
PMR Singkatan bagi Penilaian Menengah Rendah. Peperiksaan ini dikendalikan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Tingkatan 3 sahaja yang perlu mendudukki penilaian ini
JDI Singkatan bagi Job Descreptive Index
SPSS Singkatan Statistical Packages For The Social Sciences
r Singkatan bagi pekali korelasi
p Singkatan bagi paras signifikan
KBSR Singkatan bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Manusia sentiasa berkomunikasi di antara satu sama lain di dalam kehidupan
sehariannya. Manusia dicipta oleh Allah Subha Nahu Wata’ala dengan mempunyai
banyak kelebihan dan di antara keunikannya ialah keupayaan mereka berinteraksi dan
berkomunikasi antara satu sama lain dengan cara mereka sendiri samada secara lisan
atau bukan lisan. Komunikasi membolehkan manusia menuju ke arah penyelesaian
konflik dan berharmoni. Justeru itu, manusia dapat menjalankan proses kehidupan
bermasyarakat dengan lebih bermakna lagi. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa
komunikasi mempunyai fungsi yang sangat penting dalam kehidupan manusia.
2
Komunikasi berasal dari perkataan Latin ’communiatus’ yang bermaksud
berkongsi sesuatu sementara istilah dalam Bahasa Inggeris pula ialah ’communication’
yang bermaksud perhubungan. Seseorang yang sedang berkomunikasi, membawa
maksud dia sedang membina persamaan dengan orang yang dihubunginya.
Di peringkat awal, manusia hanya berkomunikasi secara terus antara satu sama
lain, secara berdepan, kemudian menggunakan isyarat asap serta khidmat burung terlatih
untuk menghantar surat. Perkembangan teknologi komunikasi hari ini begitu pesat
hinggalah seperti apa yang kita lihat pada hari ini. Apabila Alexander Graham Bell
mencipta sistem telefon buat pertama kali, manusia boleh berkomunikasi melalui talian,
tanpa melihat antara satu sama lain malah pada suatu jarak pemisahan yang jauh. Hari
ini kita boleh berkomunikasi secara tanpa talian, menggunakan telefon mudah alih,
malah manusia boleh berkomunikasi pada jarak yang sangat jauh sebagaimana
angkasawan yang berada di angkasa lepas.
Komunikasi merupakan satu-satunya elemen yang penting dalam proses
berinteraksi antara satu sama lain bagi memenuhi hasrat, kepuasan dan prestasi kerja di
antara kedua-dua belah pihak yang terlibat. Apabila seseorang individu melakukan
sesuatu tugas, beliau akan melakukannya dengan bersungguh agar memberi kepuasan
kepadanya samada dari segi hasil kerja atau ganjaran yang akan diterima. Beliau akan
merasa begitu seronok, gembira apabila hasil kerjanya mencapai matlamat yang
diimpikan dan merasa puas.
Seseorang pekerja juga sentiasa menilai tentang hasil kerjanya. Adakah ianya
telah memberikan kepuasan kepada dirinya malah yang paling penting kepada
majikannya. Kepuasan kerja adalah salah satu faktor penting yang mempengaruhi
produktiviti. Ketidakpuasan hati pekerja membawa akibat buruk kepada organisasi
dimana organisasi berkenaan akan menghadapi masalah misalnya dari segi kekerapan
3
pertukaran pekerja, mogok untuk mendapat tuntutan seperti kenaikan gaji, bonus dan
elaun, penurunan produktiviti dan pelbagai perkara lain.
Kepuasan kerja merupakan suatu aspek penting yang mempengaruhi prestasi
kerja dan produktiviti dalam sesebuah organisasi (Gruneberg, 1981). Guru-guru yang
sentiasa berada pada tahap kepuasan kerja yang tinggi, memilikki iltizam dan komitmen
yang tinggi terhadap tugas serta sentiasa aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, bakal melahirkan anak murid yang sempurna dan cemerlang, Insya Allah.
Komunikasi yang berkesan akan tercapai apabila mesej yang ingin disampaikan
diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima seperti yang dikehendaki oleh orang
yang bercakap (Ee Ah Meng, 1994). Seorang Guru Besar perlu berkomunikasi dengan
guru serta kakitangan malah dengan murid serta ibu bapa mereka dalam memastikan
supaya proses pendidikan berlangsung sebagaimana yang telah ditetapkan dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Oleh yang demikian, penambahbaikan proses komunikasi
Guru-guru Besar sekolah rendah adalah sangat penting untuk memastikan
kecemerlangan di dalam pendidikan. Adalah menjadi sesuatu yang sangat penting bagi
seseorang Guru Besar untuk memperbaiki kualiti komunikasinya. Guru Besar, sebagai
tunggak kepada sesebuah sekolah tidak boleh lari dari menghadapi cabaran alaf baru
yang akan menyaksikan perubahan-perubahan sosial, ekonomi, politik dan teknologi
yang canggih. Semua perubahan ini membawa pengaruh yang besar dalam hala tuju
pendidikan. Guru-guru Besar tidak seharusnya ketinggalan dari arus perdana di mana
kaedah berkomunikasi dan ciri-ciri kepimpinan semasa yang telah jauh berubah. Sudah
sampai masanya untuk mereka memperbaiki diri di dalam bidang kepimpinan dan
komunikasi.
Komunikasi yang berkesan akan dapat mengubah cara seseorang berfikir, tindak
tanduknya atau kelakuan seseorang (Kathleen S Venderber & Rudolph F. Venderber,
1977). Hubungan mesra antara Guru Besar dan guru boleh melahirkan guru yang
4
berpuashati dengan tugas dan urusan sekolah. Tidak dinafikan pihak pengurusan
mengakui bahawa kakitangan bawahan adalah aset organisasi yang paling penting,
namun mereka kurang mengambil kira pendapat dan perasaan orang bawahan tentang
bagaimana organisasi berfungsi dan bagaimana ia boleh diperbaiki. Justeru, kajian
tentang hubungan proses komunikasi Guru Besar dengan tahap kepuasan kerja guru
menjadi sangat penting dan Insya Allah akan memberi menafaat kepada mereka.
1.2 Latarbelakang Masalah
Manusia berkomunikasi dengan tujuan untuk mewujudkan suatu suasana di mana
maklumat dari satu pihak yang hendak disampaikan kepada satu pihak yang lain
dikongsi bersama di antara mereka yang sedang berkomunikasi. Komunikasi dua hala
berlaku apabila penghantar dan penerima mesej dapat bertukar idea atau berinteraksi
secara langsung, iaitu selepas yang bercakap berhenti bercakap, pendengar boleh terus
memberikan reaksinya terhadap apa yang telah diperkatakan dan begitulah seterusnya.
Komunikasi memberikan pengaruh dan kesan yang mendalam kepada kehidupan
manusia kerana fungsi komunikasi adalah sebagai media untuk menyebarkan maklumat
daripada seorang individu kepada seorang individu yang lain.
Komunikasi adalah proses berterusan bertujuan untuk memberi maklumat,
menjalin hubungan, memujuk, menghibur dan perbincangan untuk menguruskan
kehidupan. Proses Komunikasi adalah sangat penting dalam proses pengurusan
organisasi yang berkesan dan dapat meningkatkan kerjasama dalam kumpulan ke arah
mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh sesebuah oganisasi. Proses komunikasi
yang berkesan membolehkan pertukaran buah fikiran dan mesej terlaksana dan yang
paling penting ialah berlakunya penyelarasan dan pengawalan dapat dilaksanakan
dengan efektif dan seterusnya mencapai matlamat organisasi. Komunikasi adalah salah
satu faktor yang saling berkait rapat untuk menghasikan pentadbiran yang cemerlang
5
dan mantap. Sekolah yang mempunyai saluran dan proses komunikasi yang licin akan
membolehkannya berjalan dengan teratur, lancar dan mantap. Komunikasi dua hala yang
efektif ini juga boleh menghasilkan kepuasan dan prestasi kerja yang baik di kalangan
pekerja.
Hari ini, melalui penggunaan alat telekomunikasi moden, segala perubahan dan
perkembangan semasa di seluruh dunia tersebar begitu cepat sekali. Perkembangan
teknologi masa kini telah menyebabkan banyak perubahan, kemajuan serta mewujudkan
dimensi-dimensi baru yang berkaitan dengan ciri-ciri sesuatu pekerjaan. Alat teknologi
komunikasi yang digunakan secara meluas ini menyebabkan kerja manusia
dipermudahkan. Situasi ini menyebabkan sesuatu kerja dapat dipercepatkan dan
seterusnya kerja manusia menjadi lebih khusus dan menjurus ke arah matlamat yang
telah ditetapkan. Walaubagaimanapun situasi ini menimbulkan pelbagai masalah yang
diwujudkan oleh manusia mengakibatkan pihak pengurusan berusaha untuk
mengenalpasti punca-punca serta mencari penyelesaian di sebaliknya yang dihasilkan
oleh seorang pekerja. Proses komunikasi yang efektif antara golongan atasan dan
pekerja bawahan membolehkan semua pihak memperolehi maklum balas antara satu
sama lain. Hasil komunikasi dua hala yang efektif ini juga boleh menghasilkan kepuasan
dan prestasi kerja yang baik di kalangan pekerja.
Menurut kajian, terdapat perhubungan yang signifikan antara komunikasi dan
kepuasan dan prestasi kerja para pekerja. Keberkesanan komunikasi adalah tidak secara
menyeluruh tetapi tertumpu kepada aspek komunikasi dengan penyelia dan golongan
atasan dan pekerja bawahan sahaja. St. John (1983), mengatakan di dalam mana-mana
organisasi, apabila berlaku kegagalan komunikasi, ia adalah merupakan masalah biasa.
Ini adalah kerana perbezaan pengalaman, latarbelakang penyelia dan pekerja serta
perbezaan persepsi di antara kedua-dua pihak. Masalah berkaitan komunikasi di dalam
organisasi sering menjadi perkara yang selalu diperkatakan. Menurut Koehler (1981),
kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat organisasi bergantung terutamanya kepada
bagaimana maklumat atau mesej dikongsi bersama di kalangan anggota organisasi.
6
Masalah komunikasi antara Guru Besar dengan Penolong Kanan serta guru
penolong di sesebuah sekolah seringkali berlaku dan mengakibatkan perselisihan faham
di antara mereka yang terlibat dan seterusnya menimbulkan suasana rasa ketidakpuasan
bekerja. Ini menimbulkan kesan kepada perjalanan dan pengurusan sekolah. Justeru,
perhatian yang lebih serius perlu diberikan dari aspek proses-proses komunikasi Guru
Besar agar ia menghasilkan suasana dimana guru mempunyai tahap kepuasan kerja yang
tinggi.
1.3 Pernyataan Masalah
Di dalam sesebuah organisasi, adalah menjadi suatu kebiasaan apabila berlaku
masalah dalam mengamalkan komunikasi yang berkesan dan cekap antara pihak atasan
dengan pekerja bawahan. Ini disebabkan pihak atasan biasanya tidak mengambil tahu
tentang aspek keperluan dan kehendak pekerjanya. Adalah menjadi kebiasaan apabila
pekerja bawahan cuba melahirkan perasaan dan pendapat mereka terhadap organisasi..
Seharusnya sebarang maklumat daripada peringkat bawahan dapat disalurkan ke
peringkat atasan menerusi saluran yang sepatutnya. Setiap peringkat pengurusan
seharusnya memainkan peranan masing-masing supaya maklumat yang telah dicetuskan
akan sampai ke sasaran. Media komunikasi adalah sangat penting sebagai saluran untuk
menyampaikan maklumat terutama bagi organisasi yang menjalankan operasi yang besar
dan kompleks. Media komunikasi juga dapat menghubungkan antara jabatan dengan
jabatan, penyelia operasi dengan pengarah jabatan dan pekerja bawahan dengan penyelia
untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja mereka.
Pengurusan pendidikan di Malaysia adalah mengikut sistem pentadbiran
berpusat, di mana ia terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Persekutuan
(pusat), Negeri, Daerah dan Sekolah. Semua peringkat yang berkaitan dengan
pentadbiran, pengurusan dan dasar pendidikan di sekolah malah segala keputusan adalah
7
dikawal dan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemudiannya ia
diperturunkan ke Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan akhirnya ke
sekolah-sekolah. Sekolah hanyalah berfungsi sebagai perantara untuk menyampaikan
segala dasar dan matlamat Kementerian Pelajaran kepada pihak guru-guru. Dalam
mempastikan segalanya berjalan dengan sempurna dan licin serta mencapai matlamat
yang dijangkakan, komunikasi dianggap sebagai kaedah terbaik dalam menyalurkan
maklumat yang dikehendaki. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kepada semua
Guru Besar untuk memberikan perkhidmatan serta menyampaikan maklumat dengan
kaedah terbaik dan efisien.
Kedudukan Guru Besar sebagai titik perhubungan antara kelompok manusia
dalam sistem sekolah. Terdapat pertalian antara jawatan Guru Besar dengan setiap
komponen manusia daalam sistem sekolah. Menurut Al-Ramaiah (1999), pertalian Guru
Besar dengan guru ialah penerimaan kepimpinan orang bawahan terhadap ketuanya,
pertalian Guru Besar dengan murid ialah berkaitan dengan kepimpinan pengajaran.
Selain itu, sebagai organisasi berhierarki yang bergerak dari atas ke bawah, wujud
pertalian Guru Besar dengan Pegawai pelajaran Daerah serta Pegawai Pelajaran Negeri.
Sementara sebagai organisasi yang berkhidmat kepada pelanggan, sekolah mempunyai
pertalian dengan ibu bapa kerana sekolah berkidmat kepada anak-anak mereka.
Menurut Khan (1972), kepuasan kerja adalah melibatkan interaksi antara
majikan dan pekerjanya. Individu yang mempunyai kepuasan kerja yang tinggi
mempunyai sikap yang positif terhadap pekerjaan yang dilakukannya, manakala
individu yang tidak berpuas hati dengan kerja mempunyai sikap yang sebaliknya.
Sementara Gruneberg (1981), menyatakan bahawa dengan mengenalpasti faktor-faktor
yang memberikan kepuasan kerja, ianya akan dapat membantu mewujudkan kehidupan
yang sempurna dan tenteram kepada individu berkenaan.
Dalam pada itu, Baron dan Greenberg (1990) menyatakan terdapat tiga punca
utama yang mempengaruhi kepuasan kerja guru iaitu polisi dan prosedur pentadbiran di
8
sekolah serta pemberian pengiktirafan kepada guru iaitu pengagihan tugas khas dan
tanggungjawab. Disamping itu kepelbagaian kerja dan persekitaran sosial kerja
(perhubungan persahabatan dengan rakan sekerja) juga mempengaruhi kepuasan kerja.
Masalah kelemahan proses komunikasi dalam menguruskan sekolah yang
berstatus tinggi atau sekolah-sekolah primier sering diperdebatkan. Justeru masalah
tahap kepuasan kerja guru-guru dilihat sangat perlu diberi perhatian bagi membolehkan
mereka melaksanakan tugas-tugas seharian yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka, disamping itu dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran masa akibat
daripada fenomena ketidakpuasan kerja ini.
Sejauhmanakah proses-proses komunikasi yang dipraktikkan oleh Guru-guru
Besar dapat memuaskan hati para guru sekolah, sehingga para guru dapat mencapai
kepuasan yang maksima dan meningkatkan dalam prestasi kerjanya. Ini adalah kerana
Proses komunikasi Guru Besar yang lazim diamalkan sudah tentu dapat menggambarkan
mutu perkhidmatan yang diberikan serta keperibadiannya. Proses komunikasi yang
diamalkan menjadi teras kepada corak pengurusannya. Imej sekolah mungkin terjejas
sekiranya Proses komunikasi yang digunakan oleh mereka tidak melambangkan
perkhidmatan yang mesra dan berkualiti.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk:
a) Mengenalpasti proses-proses komunikasi (menurun, menegak dan mendatar) yang
digunakan oleh Guru-guru Besar di tiga buah sekolah rendah daerah Tumpat,
Kelantan
b) Mengenalpasti tahap kepuasan kerja (pekerjaan sekarang, gaji, peluang kenaikan
pangkat, penyelia dan penyeliaan serta rakan sekerja) di kalangan guru-guru di tiga
buah sekolah rendah daerah Tumpat, Kelantan.
9
c) Mengenalpasti hubungan antara proses-proses komunikasi Guru Besar dengan
kepuasan kerja guru-guru di tiga buah sekolah rendah daerah Tumpat, Kelantan.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif di atas, persoalan kajian telah dibentuk
sebagaimana berikut:
a) Apakah tahap proses-proses komunikasi (menurun, menegak dan mendatar) yang
digunakan oleh Guru-guru Besar di tiga buah sekolah rendah daerah Tumpat,
Kelantan.
b) Apakah tahap kepuasan kerja (pekerjaan sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat,
penyelia dan penyeliaan serta rakan sekerja) di kalangan guru-guru di tiga buah
sekolah rendah daerah Tumpat, Kelantan.
c) Apakah hubungan antara proses-proses komunikasi Guru Besar dengan kepuasan
kerja guru-guru di tiga buah sekolah rendah daerah Tumpat, Kelantan.
1.6 Kepentingan Kajian
Proses Komunikasi ternyata sangat penting dalam pengurusan organisasi yang
berkesan serta dapat meningkatkan kerjasama dalam kumpulan ke arah mencapai
matlamat yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Proses komunikasi yang
berkesan membolehkan pertukaran buah fikiran dan mesej terlaksana dan yang paling
penting ia mengizinkan penyelarasan dan pengawalan dapat dilaksanakan dengan efektif
dan seterusnya mencapai matlamat organisasi..
Komunikasi berupaya untuk mengawal tingkahlaku ahli-ahli dalam beberapa
cara kerana organisasi mempunyai kuasa hierarki, peraturan dan tatacara yang perlu
dipenuhi oleh subordinat. Seseorang pekerja perlu sentiasa tahu dan merujuk kepada
10
senarai tugas atau dasar yang telah ditetapkan oleh organisasi setiap masa. Ini penting
terutamanya apabila dia perlu berhubung dengan ketuanya.
Melalui komunikasi, ahli-ahli organisasi dapat berinteraksi antara satu sama lain
terutamanya bagi ahli-ahli baru organisasi itu. Proses interaksi sosial berlaku melalui
pertubuhan kelab, atau persatuan di mana komunikasi menjadi media utama bagi
menghubungkan mereka semua. Perasaan kekitaan akan dapat menghubungkan mereka
semua. Perasaan kekitaan akan dapat memupuk semangat bekerja dan saling membantu
di kalangan ahli-ahli organisasi dan secara tidak langsung melahirkan satu strategi ke
arah peningkatan kecekepan dan keberkesanan kerja.
Kebanyakkan organisasi mempunyai pelbagai objektif formal untuk dicapai.
Matlamat organisasi ini dibentuk melalui perahan idea dan perbincangan di kalangan
ahli organisasi. Setelah mendapat kata sepakat, maka perancangan itu akan diterima
sebagai matlamat organisasi. Dari sinilah komunikasi berfungsi dalam perancangan
matlamat organisasi tersebut.
Dalam pengurusan pendidikan, maklum balas guru adalah sangat penting bagi
pihak pengurusan, kerana melalui maklumat ini mereka dapat meneliti kekurangan serta
salah faham dalam pentadbirannya. Hasil penyesuaian antara kedua-dua pihak juga
boleh menghasilkan kepuasan kerja di kalangan guru-guru.
Berdasarkan permasalahan-permasalahan yang telah ditinjau di atas, kajian yang
akan dijalankan adalah untuk meninjau proses-proses komunikasi Guru Besar serta
menilai sejauh mana para guru berpuas hati terhadap kerja yang mereka lakukan
sekarang dan seterusnya mengenalpasti faktor-faktor kepuasan kerja yang mereka
perlukan untuk mencapai tahap kepuasan bekerja yang optimum. Maklumat yang
dikumpulkan dari segi proses komunikasi Guru Besar dan ciri kepuasan kerja boleh
membantu Guru Besar dalam mengenalpasti dimanakah kekuatan dan kelemahan proses
komunikasi yang telah beliau gunakan untuk membaiki proses komunikasinya dan
11
merancang tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah kepuasan kerja di
kalangan guru-guru dan seterusnya berusaha meningkatkan kepuasan kerja disamping
mengurangkan masalah yang wujud sebelum ini.
Guru Besar seharusnya menyedari tentang kepentingan hubungan yang mesra
antara guru-guru dengan Guru Besar bakal melahirkan guru yang berpuashati dengan
tugas dan urusan sekolah. Walaupun pihak pengurusan mengakui bahawa kakitangan
bawahan adalah aset organisasi yang paling penting, namun mereka kurang mengambil
kira pendapat dan perasaan orang bawahan tentang bagaimana organisasi berfungsi dan
bagaimana ia boleh diperbaiki. Justeru, kajian tentang hubungan di antara proses
komunikasi Guru Besar dengan kepuasan kerja guru menjadi sangat penting dan Insya
Allah akan memberi menafaat kepada mereka.
1.7 Hipotesis Kajian
Hipotesis-hipotesis yang hendak diuji melalui kajian ini adalah:
Ho1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara proses komunikasi menurun
dengan kepuasan kerja
Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara proses komunikasi menegak
dengan kepuasan kerja
Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara proses komunikasi mendatar
dengan kepuasan kerja
12
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini adalah bersifat tinjauan dan telah dijalankan di tiga buah sekolah
rendah dalam daerah Tumpat, Kelantan yang terdiri dari sekolah-sekolah berikut:
a) Sekolah Kebangsaan Padang Mandol
b) Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan
c) Sekolah Kebangsaan Tumpat
Kajian ini melibatkan semua guru-guru lelaki dan perempuan yang sedang
berkhidmat di sekolah-sekolah berkenaan sahaja dan bertujuan untuk membuat
generalisasi di antara sekolah-sekolah tersebut sahaja. Oleh itu, dapatan daripada kajian
ini tidak boleh digunakan terhadap guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah lain.
Kajian ini akan dijalankan hanya untuk mengenalpasti proses-proses komunikasi
Guru Besar (menurun, menegak dan mendatar) sebagai pembolehubah bebas dan
hubungannya dengan kepuasan kerja guru (pekerjaan itu sendiri, gaji, kenaikan pangkat,
penyeliaan dan hubungan dengan rakan sekerja) sebagai pemboleh ubah bersandar.
Kajian ini menggunakan instrumen proses-proses komunikasi yang telah
dibentuk oleh penyelidik dibawah bimbingan dan tunjukajar Penyelia Projek: Dr. M. Al-
Muz-Zammil Bin Mohd Yassin berdasarkan pernyataan-pernyataan berkenaan proses-
proses komunikasi iaitu komunikasi menurun (downward communication), komunikasi
menegak (upward communication) dan komunikasi mendatar (horizontal
communication) oleh Katz dan Kahn (1978). Sementara instrumen Kepuasan Kerja para
guru yang diukur dengan menggunakan ”Job Descriptive Index” (JDI) yang telah
dibentuk oleh Smith Kendall dan Hulin (1969) dan diubahsuaikan oleh Harjit Singh
(1993).
Dapatan daripada kajian ini adalah sangat bergantung kepada respon yang
diberikan oleh responden. Pengkaji sangat-sangat mengharapkan serta menaruh harapan
13
yang tinggi kepada responden agar respon yang diberikan adalah secara jujur, ikhlas dan
berterus terang. Ini adalah kerana para responden menggunakan persepsi dan daya
ingatan mereka tentang sesuatu perkara yang dikaji. Responden diberi jaminan bahawa
respon yang mereka berikan adalah sekadar untuk tujuan kajian ini sahaja semua
maklumat adalah rahsia.
1.9 Definisi Konsep Kajian
Melalui kajian ini, dua konsep utama ditekankan iaitu proses komunikasi dan
kepuasan kerja. Definisi istilah berhubung dengan istilah spesifik yang berkaitan dengan
kajian yang hendak dijalankan adalah penting di mana tujuannya ialah untuk
mengelakkan pembaca memahami kajian dari persepsi yang berbeza sebagaimana yang
dikehendaki atau dimaksudkan dalam sesuatu kajian.
1.9.1 Proses Komunikasi
Proses komunikasi adalah sesuatu yang berterusan, dinamik dan tidak dapat
dihentikan serta dianggap sebagai proses pemindahan lambang-lambang yang dapat
difahami secara bererti. Menurut Berlo (1960), komunikasi adalah satu proses dimana
manusia menyampaikan serta menerima maklumat. Ianya tidak sahaja pada masa
sekarang tetapi ditentukan juga oleh kejadian yang berlaku pada masa lampau dan akan
datang.
Komunikasi adalah suatu usaha untuk menyalurkan maklumat, ide dan sikap
seseorang kepada seseorang yang lain. Komunikasi di anggap sebagai pertukaran ide,
pendapat, maklumat dan hubungan yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara
personel atau tidak personel melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai
matlamat organisasi. Empat unsur yang penting dari definisi tersebut.
14
a) Tujuan melakukan komunikasi mesti ditetapkan sebelum proses komunikasi
dilakukan
b) Pertukaran objek komunikasi dari unsur sumber komunikasi dengan penerimaan
mesti berlaku
c) Objek atau isi kandungan komunikasi seperti ide, pendapat, maklumat akan
membina hubungan
d) Cara penghantaran atau penyampaian komunikasi
Bagi tujuan kajian ini, proses-proses komunikasi adalah merujuk kepada proses
komunikasi jenis menurun, menegak dan mendatar sebagaimana yang dinyatakan oleh
Katz & Kahn (1978)
1.9.1.1 Proses Komunikasi Menurun
Proses komunikasi menurun adalah merupakan proses komunikasi yang bermula
daripada pihak atasan (pentadbir) kepada para pekerja (anggota bawahan) secara
berhierarki atau proses komunikasi yang berlaku dari individu berkedudukan lebih tinggi
pangkatnya (pihak atasan - pengurusan) kepada individu yang berkedudukan lebih
rendah pangkatnya (pihak bawahan - pekerja) atau dengan kata lain merupakan
pengaliran komunikasi dari pihak atasan kepada kakitangan bawahan organisasi. Ia
merupakan alat pengurusan penting dalam memastikan prestasi kakitangan untuk
mencapai tugas organisasi dan peranannya adalah: menghantar arahan ke peringkat
bawahan dalam hierarki organisasi
a) Memberikan arahan kerja atau tugas kepada kakitangan organisasi
b) Menyampaikan maklumat-maklumat mengenai rasional kerja atau tugas.
c) Memberi maklum balas kepada pekerja-pekerja berkaitan pencapaian mereka.
d) Maklumat berkaitan ciri-ciri yang perlu dipupuk dalam diri individu bagi
mencapai matlamat organisasi.
e) Maklumat berkaitan prosedur dan amalan sesuatu organisasi
15
1.9.1.2 Proses Komunikasi Menegak
Proses komunikasi menegak melibatkan proses komunikasi dari pihak bawahan
(pekerja) kepada pihak atasan (pengurusan). Proses komunikasi dari pihak bawahan
kepada pihak pengurusan adalah berhubung dengan beberapa perkara iaitu: a) memberikan maklumat balas kepada pengurus tentang misi dan masalah
organisasi berserta maklumat tentang operasi harian yang diperlukan dalam
membantu pihak atasan membuat keputusan
b) merupakan sumber utama bagi pihak pengurusan mendapatkan maklumbalas
dalam menentukan keberkesanan komunikasi ke bawah
c) mengurangkan tekanan kepada kakitangan dengan membolehkan kakitangan
bawahan untuk berkongsi maklumat relevan kepada majikan serta polisi-polisi
dan praktis-praktis organisasi
d) menggalakkan penglibatan kakitangan dan ini seterusnya meningkatkan
perpaduan sesama ahli organisasi
1.9.1.3 Proses Komunikasi Mendatar (Horizontal)
Proses komunikasi mendatar adalah merujuk kepada proses komunikasi di
kalangan para pekerja atau individu dari kategori atau aras (hierarki) yang sama. Proses
komunikasi mendatar adalah berfungsi sebagaimana berikut:
a) Memudahkan koordinasi kerja dengan membolehkan kakitangan organisasi
membina hubungan interpersonel yang efektif melalui pembangunan kontrak
yang tersirat
b) Membuka laluan untuk perkongsian maklumat organisasi yang relevan sesama
kakitangan
c) Merupakan saluran komunikasi formal untuk penyelesaian masalah dan
pengurusan konflik di antara rakan sekerja
d) Membolehkan rakan sekerja memberikan sokongan sesama mereka dan ini
membantu mempertingkatkan moral kakitangan
16
1.9.2 Kepuasan Kerja
Kepuasan kerja boleh digambarkan sebagai satu sikap yang baik atau orientasi
yang baik seseorang pekerja itu terhadap kerja yang dilakukannya, kepuasan kerja boleh
merangkumi pelbagai aspek yang mempengaruhi seseorang itu untuk mendapat
kepuasan dalam melakukan kerjanya.
Menurut Kamus Pelajar (1997), kepuasan kerja ialah berasa lega (senang atau
gembira) kerana sudah merasa secukup-cukupnya atau sudah memperolehi apa-apa yang
dihajati hasil daripada melakukan sesuatu.
Kepuasan kerja adalah tindak balas emosi seseorang individu samada ia
mempunyai perasaan yang positif atau perasaan yang negatif terhadap kerja yang
dilakukan (Locke, 1976).
Menurut Blum dan Naylor (1968), kepuasaan kerja boleh dilihat kepada
berbagai-bagai sikap yang dipegang oleh pekerja terhadap pekerjaannya. Sikap ini
adalah berkaitan dengan beberapa aspek lain seperti gaji, penyeliaan, kenaikan pangkat
dan beberapa faktor lagi.
Kepuasan kerja boleh mendatangkan kesan kepada kedua-dua pihak iaitu
organisasi dan individu pekerja. Kesan kepuasan kerja bolehlah dihubungkaitkan dengan
peningkatan produktiviti dan peningkatan dalam kualiti produk juga kerja seseorang
pekerja itu.
Sebagai kesimpulannya, kepuasan kerja adalah sikap yang ditunjukkan serta
dimiliki oleh guru-guru hasil daripada menikmati kemudahan-kemudahan di dalam
organisasi dimana tempat dia bertugas yang berkaitan dengan pekerjaan itu sendiri, gaji,
peluang kenaikan pangkat, penyelia dan penyeliaan serta hubungan dengan rakan sekerja
yang mana setiap satunya akan dijelaskan seperti berikut:
17
1.9.2.1 Pekerjaan
Menurut Kamus Pelajar (1997) pekerjaan membawa maksud sesuatu yang
dilakukan oleh seseorang untuk mencari nafkah atau pencarian. Pekerjaan adalah aktiviti
yang dilakukan oleh pekerja berdasarkan kontrak perkhidmatan (contract of service)
iaitu perjanjian semasa dan pekerja pula menerima tawaran perkhidmatan. Menurut Mc
Gregor (1960), pekerjaan itu merupakan satu aktiviti atau tingkah laku yang dibuat oleh
individu dalam memenuhi kehidupan sehariannya. Ia mengambil kira perasaan yang
dialami oleh pekerja semasa menjalankan tugas sama ada ia menimbulkan rasa
keseronokan atau sebaliknya. Ia juga dilihat sebagai sejauh mana kerja yang dilakukan
dapat meningkatkan daya kreativiti seorang pekerja.
1.9.2.2 Gaji
Menurut Kamus Pelajar (1997) gaji membawa maksud wang sebagai upah
bekerja yang dibayarkan dalam tempoh yang tetap. Dalam kajian ini, penyelidik
mendefinisikan gaji sebagai upah yang diperolehi oleh guru-guru pada setiap bulan
mengikut kategori dan tangga gaji masing-masing. Walaubagaimanapun, gaji dalam
konteks kajian ini bukanlah semata-mata jumlah wang yang diterima tetapi lebih kepada
bagaimana penerimaan responden terhadap jumlah wang yang diterima. Responden
perlu memberi respon, adakah gaji yang diterima mampu untuk memberikan sumbangan
dalam mengharungi hidup masa kini.
1.9.2.3 Kenaikan Pangkat
Kenaikan pangkat merupakan kemajuan dalam sesebuah organisasi yang
melibatkan pertambahan ataupun peningkatan dari segi tanggungjawab, gaji, taraf sosial
serta kuasa seseorang. Menurut Kamus Pelajar (1988), kenaikan pangkat bererti
seseorang itu mendapat pangkat yang lebih tinggi daripada dahulu.
18
1.9.2.4 Penyelia dan Penyeliaan
Penyelia adalah golongan pekerja yang terpenting dalam sesebuah organisasi.
Penyelia merupakan orang yang bertanggungjawab memastikan perjalanan atau
kelancaran sesebuah organisasi serta memastikan kejayaan sesebuah organisasi tersebut.
Penyelia memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi kerana tugas mereka
adalah sebagai penghubung atau perantaraan kepada barisan pemimpin tertinggi dengan
pihak pekerja bawahan.
Menurut Kamus Pelajar (1997), penyeliaan membawa maksud perbuatan atau hal
menyelia atau pengawasan. Penyeliaan adalah bermaksud aktiviti yang memastikan
objektif organisasi dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan
berpandukan kepada dasar yang telah dibentuk oleh pihak pengurusan. Penyeliaan
merupakan hubungan interpersonal yang berlaku di antara pengurusan peringkat pertama
(line leader) atau tertinggi (pengarah) sama ada berbentuk nasihat, arahan atau
pertolongan. Hubungan itu tidak terhad kepada hubungan formal sahaja malah yang
berbentuk tidak formal (Likert Fleishman 1984).
Ianya melihat kepada sifat-sifat dalam diri penyelia itu sendiri sama ada beliau
mempunyai sifat-sifat positif atau negatif berdasarkan tanggapan atau pandangan
responden. Disamping itu juga keupayaan dan kemahiran penyelia juga turut diambil
kira.
1.9.2.5 Rakan Sekerja
Menurut Smith (1994), rakan sekerja boleh diertikan sebagai satu sistem yang di
dalamnya terdiri daripada beberapa individu yang mengenali antara sama lain dan
menerima individu lain dalam satu kumpulan memainkan peranan yang berbeza dalam
organisasi tersebut dan mereka bercakap, bekerja serta bermain bersama-sama. Kesemua
individu tadi bersama-sma berganding bahu untuk mmenuhi matlamat organisasi
19
Rakan sekerja juga membawa maksud sekumpulan pekerja yang bekerja
bersama-sama, mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama atau hampir sama.
Menurut Kamus Dewan, rakan sekerja bermaksud orang yang dikenal rapat atau kawan
yang bekerja pada tempat yang sama.
Dalam konteks kajian ini, rakan sekerja membawa maksud seseorang yang
bekerjasama dengan guru-guru yang lain dalam suasana dan persekitaran kerja yang
sama. Mereka terdiri daripada pentadbir, guru-guru serta kakitangan sokongan sekolah.
1.9.3 Guru Besar
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) mendefinisikan Guru Besar sebagai ketua
guru yang mengetuai sesebuah sekolah. Guru Besar adalah jawatan tertinggi di sekolah
rendah yang dibantu oleh tiga orang Penolong Kanan serta seorang Penyelia Petang bagi
sekolah dua sesi.
1.9.4 Guru
Merujuk Kamus Pelajar (1997) guru bermaksud orang yang kerjanya mengajar,
pengajar atau pendidik sementara Kamus Dewan (1992) pula memberikan maksud guru
sebagai seorang pendidik atau pengasuh yang berkhidmat di sesebuah sekolah serta
memberi didikan kepada semua pelajar. Mereka mengajar secara langsung atau tidak
langsung.
Dalam kajian ini, guru-guru yang dimaksudkan ialah semua guru tetapi tidak
termasuk guru-guru pelatih serta pentadbir iaitu Guru Besar, Penolong Kanan serta
Penyelia Petang.
20
1.10 Kesimpulan
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara proses-proses komunikasi
Guru Besar dengan kepuasan kerja guru-guru di tiga buah sekolah rendah daerah
Tumpat, Kelantan. Kajian dijalankan untuk menguji pernyataan di atas bahawa proses
komunikasi mempunyai hubungan dengan kejayaan sesebuah organisasi. Dengan
merujuk kepada kepentingan kajian ini, pengkaji mengharapkan dapatan yang akan
dirumuskan kelak boleh membantu pihak pentadbir dan pengurusan sekolah sehingga
para guru dapat mencapai kepuasan yang maksima dan meningkatkan prestasi kerjanya.
top related