borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. manakala faktor ibu bapa dan...
Post on 19-May-2019
222 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasiberkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MINAT PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN .BAHASA ARAB. KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH UGAMA (A) MAAHAD MUHAMMADI (P), KOTA BHARU KELANTAN.
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya ASMA HANIM BINTI MOKHTAR ____________________________________________________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM /Sarjana Doktor Falsafah ) * ini disimpan di Perpustakaan Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 1188, Jalan Pengkalan Chepa, Sayed Mahussain Sayed Ahmad 15400 Kota Bharu, Kelantan. Nama Penyelia Tarikh : _________13/3/2004_____ Tarikh :______13/3/2004________
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)".
Tandatangan : ...........................................................
Nama Penyelia : Ustaz Sayed Mahussain Sayed Ahmad
Tarikh : 13/3/2004
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MINAT PELAJAR TERHADAP MATA
PELAJARAN .BAHASA ARAB. KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH UGAMA (A)
MAAHAD MUHAMMADI (P), KOTA BHARU KELANTAN.
ASMA HANIM BINTI MOKHTAR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ...........................................................
Nama Penulis : Asma Hanim Mokhtar
Tarikh : 13/3/2004
iii
DEDIKASI
Kupanjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat Illahi
Dengan limpah izinnya, rahmatnya, hidayah dan inayahnya
Maka selesailah laporan PSM ini hingga bertemu titik penghujungnya
Khas buat,
Umi dan abah,
Yang telah mendidik ku menjadi manusia berguna
‘syukran jazilan’ yang tidak terhingga atas segala pengorbanan
Adik-adik yang disayangi,
Mohd Hazmin dan Nazira Hanim
Yang sedang menempuh cabaran untuk melengkapkan diri
Untuk menjadi manusia berguna....tabahlah menghadapi onak dan duri
Teman-teman seperjuangan,
Idea dan sumbangan kalian....jasa kalian....pengorbanan kalian
Akan kuabadikan...wallahu a’lam...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya
telah berjaya menyiapkan Projek Sarjana Muda saya ini.
Ucapan penghargaan khas kepada penyelia projek sarjana muda saya yang
dihormati Ustaz Sayed Mahussain Sayed Ahmad. Terima kasih di atas segala dorongan
dan kerjasama yang diberikan. Segala jasa baik dan ilmu yang dicurahkan akan sentiasa
dikenang.
Segunung penghargaan juga saya ucapkan buat Pengetua, staf-staf dan pelajar-
pelajar S.M. Ugama (A) Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu di atas kerjasama yang
telah diberikan untuk melengkapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih dan juga ingatan mesra saya buat sahabat-sahabat dan
rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam usaha melengkapkan kajian ilmiah ini.
Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan
projek ini.
Sekian.
Asma Hanim Binti Mokhtar
Universiti Teknologi Malaysia
v
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini adalah mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi
minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab. Tujuan kajian ini dikaji adalah untuk
melihat dan mengkaji setiap faktor yang dipilih iaitu faktor diri, keluarga, guru dan
rakan sebaya dalam mempengaruhi tahap minat pelajar tingkatan 6 atas di Sekolah
Menengah Ugama (A) Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu. Selain itu, kajian ini turut
mengkaji faktor yang paling dominan yang mempengaruhi minat sekaligus melihat
tahap minat yang dimiliki oleh responden. Jumlah sampel ialah seramai 45 orang. Data-
data dianalisis dengan menggunakan program di dalam SPSS (Statistical Package For
Social Science 10.0) iaitu kekerapan, peratusan dan min. Dapatan mendapati bahawa
faktor diri dan guru mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap minat dengan min
sebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya
mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor diri
menampakkan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi minat. Selain itu, tahap
minat responden terhadap mata pelajaran bahasa Arab adalah di tahap sederhana.
vi
ABSTRACT
This study is about the factor of influencing students’ interest in Arabic
Language subject. The factors are personal, parents, teachers and peers. Respondent of
this study are consisting of 45 Form upper 6 students in Sekolah Menengah Ugama (A)
Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu. The objective is to study each factor which is
influencing respondent’s interest. The study also determine the level of interest on
Arabic Language subject among the respondent and analyzed the last objective which is
to indicate the most dominant factor in influencing the interest. The data had been
analyzed using Statistical Package For Social Science 10.0 (SPSS) subprograms such as
frequencies, percentage and means. The result of the study shows that personal and
teachers factor are influencing interest in high level with mean 3.92 and 3.69. Hence,
parents and peers influencing the interest moderately among the respondent. The result
indicated that personal factor is the most dominant factor influencing the interest. The
study also concluded that most of the respondents have moderate level of interest on
Arabic Language.
vii
SENARAI SINGKATAN
PIBG - Persatuan IbuBapa dan Guru
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Penilaian Malaysia
STPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STS - Sangat tidak setuju
TS - Tidak setuju
KS - Kurang setuju
S - Setuju
SS - Sangat setuju
SPSS - Statistical Package For Social Science
YIK - Yayasan Islam Kelantan
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Senarai Singkatan vii
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 7
ix
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Faktor 10
1.8.2 Dorongan 10
1.8.3 Minat 10
BAHAGIAN DUA
BAB 2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 11
2.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Arab 12
2.3 Minat Mempengaruhi Penguasaan Pembelajaran 13
2.4 Faktor-Faktor Yang Mendorong Minat 15
2.4.1 Diri Sendiri 16
2.4.2 Latar Belakang Keluarga 17
2.4.3 Guru 18
2.4.4 Rakan Sebaya 21
2.5 Kesimpulan 23
x
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT
3.1 Pendahuluan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Lokasi Kajian 27
3.4 Sampel Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 27
3.5.1 Bahagian A 28
3.5.2 Bahagian B 28
3.5.3 Bahagian C 29
3.6 Analisis Data 30
3.7 Jangkamasa Kajian 32
3.8 Penutup 33
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 ANALISIS DATA MUKA SURAT
4.1 Pendahuluan 34
4.2 Analisis Demografi Responden 35
4.3 Analisis Item-Item Faktor Diri Dalam
Mempengaruhi Minat 39
xi
4.4 Analisis Item-Item Faktor Keluarga Dalam
Mempengaruhi Minat 42
4.5 Analisis Item-Item Faktor Guru Dalam
Mempengaruhi Minat 45
4.6 Analisis Item-Item Faktor Rakan Sebaya Dalam
Mempengaruhi Minat 48
4.7 Analisis Faktor Yang Paling Dominan Dalam
Mempengaruhi Minat 51
4.8 Analisis Tahap Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Bahasa Arab 52
4.9 Kesimpulan 53
BAHAGIAN LIMA
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN MUKA SURAT
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Perbincangan Dan Rumusan Dapatan Kajian 55
5.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Di Kalangan
Para Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab 55
5.4 Faktor Yang Paling Dominan Dalam Mempengaruhi Minat
Para Pelajar Mata Pelajaran Bahasa Arab 57
5.5 Tahap Minat Para Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa
Arab 58
5.6 Cadangan 59
xii
5.6.1 Cadangan Kepada Pihak Ibu Bapa 59
5.6.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah Dan Guru 60
5.6.3 Cadangan Kepada Pelajar 61
5.7 Cadangan Kepada Kajian Akan Datang 62
5.8 Rumusan Dan Kesimpulan 63
Senarai Rujukan 64
xiii
BAHAGIAN ENAM
LAMPIRAN MUKA SURAT
Lampiran A
Contoh Borang Soal Selidik 66
Lampiran B
Contoh surat kebenaran menjalankan kajian di sekolah 71
Lampiran C
Contoh surat memberikan kerjasama dan bantuan daripada fakulti
Pendidikan 73
Lampiran D
Keputusan peperiksaan STPM tahun 1999 hingga 2001 74
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1 Jadual 3.1 : Skala Likert 29
2 Jadual 3.2 : Skala Likert 30
3 Jadual 3.3 : Tahap Minat Pelajar 31
4 Jadual 3.4 : Jangka masa kajian 32
5 Jadual 4.1 : Taburan Responden Berdasarkan
Umur
35
6 Jadual 4.2 : Taburan Responden Berdasarkan
Tempat Tinggal
36
7 Jadual 4.3 : Keputusan Peperiksaan PMR
Responden
36
8 Jadual 4.4 : Keputusan Peperiksaan SPM
Responden
37
9 Jadual 4.5 : Taburan Responden Berdasarkan
Jumlah Pendapatan
38
10 Jadual 4.6 : Skor Berkaitan Faktor Diri Dalam
Mempengaruhi Minat
39
11 Jadual 4.7 : Analisis Item-Item Faktor Keluarga
Dalam Mempengaruhi Minat
42
12 Jadual 4.8 : Analisis Item-Item Faktor Guru
Dalam Mempengaruhi Minat
45
13 Jadual 4.9 : Analisis Berkaitan Faktor Rakan
Sebaya Dalam Mempengaruhi Minat
48
14 Jadual 4.10 : Analisis Faktor Yang Paling
Dominan Dalam Mempengaruhi Minat
51
15 Jadual 4.11 : Analisis Tahap Minat Para Pelajar
Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab
52
xv
SENARAI GRAF
NO GRAF TAJUK MUKA SURAT
1 Graf 4.1 : Peratus Taburan Tempat Tinggal
Responden
36
2 Graf 4.2 : Peratusan Pendapatan Keluarga Responden 38
3 Graf 4.3 : Peratusan Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Minat
52
4 Graf 4.4 : Peratus Tahap Minat Responden Terhadap
Mata Pelajaran Bahasa Arab.
53
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan bagi bangsa Arab khususnya dan bukan
arab umumnya, terutama sekali di kalangan umat Islam seperti di Arab Saudi, Mesir,
Maghribi, Sudan, Yaman dan sebagainya. Ia adalah juga merupakan bahasa al-Quran,
seperti firman Allah :
“al-quran adalah dalam bahasa Arab yang terang” (Surah al-Nahl:103)
Menurut Kamil Hj. Che Soh (1990), hadis merupakan sumber hukum kedua
dalam Islam. Sebagaimana al-quran, hadis juga dipertuturkan oleh junjungan kita nabi
Muhammad dalam bahasa Arab. Ini kerana Rasulullah berasal dari kaum Quraisy.
Baginda merupakan seorang yang ummi dan tidak belajar bahasa lain selain bahasa
2
Arab. Oleh itu bahasa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan
menggunakan bahasa Arab untuk menyampaikan syiar Islam. Perkara ini dijelaskan oleh
Allah dalam firmanNya:
“Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya. Supaya
ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka” (Surah Ibrahim:4)
Menurut tafsir Ibn Kathir, dalam penyampaian dakwah islamiah, bahasa yang
disampaikan haruslah mengikut masyarakat tempat Rasul diutuskan. Bahasa itu masih
mempunyai erti yang lebih luas lagi. Bukan sekadar soal abjad, huruf atau kata-kata
semata-mata.
Selain itu juga bahasa Arab merupakan bahasa ahli syurga. Abu Zuhri
menegaskan bahawa “bahasa penghuni syurga adalah bahasa Arab manakala bahasa
penghuni neraka ialah bahasa Hindia”. Diriwayatkan pula dari Umar bahawa dia berkata
“hendaklah kamu memahami bahasa Arab” (Mohd Najib, 1997)
Kepentingan bahasa Arab kepada bangsa bukan Arab ialah saluran penting untuk
mereka memahami ajaran Islam yang sebenar. Imam Shafi’i pernah menegaskan :
“sesungguhnya mempelajari bahasa Arab adalah wajib sekiranya dengan
mempelajarinya memungkinkan ia memahami ajaran agamanya”.(Ahmad Kilani, 2001)
3
Penguasaan bahasa ini amat diperlukan oleh masyarakat Islam sekurang-
kurangnya untuk memahami isi kandungan al-quran yang meliputi hukum, prinsip,
akhlak dan adab dalam Islam.
Selain itu, bahasa Arab ialah bahasa yang digunakan dalam ibadat solat. Setiap
penganut Islam yang ingin sembahyang mesti menggunakan bahasa al-quran.
Kedudukan bahasa Arab setanding dengan bahasa-bahasa utama di dunia kerana
bilangan mereka yang menggunakan bahasa Arab agak ramai. Ia menjadi bahasa utama
di 22 buah negara arab dan menjadi bahasa kedua di kebanyakan negara umat islam.
Kedudukan ini menunjukkan bahawa terdapat 1/7 daripada negara-negara di seluruh
dunia menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka. (Ahmad Kilani, 2001)
Bermula tahun 1950- an, orang-orang Eropah mula memperkembangkan
pengajaran bahasa Arab di negara mereka di atas muslihat-muslihat tertentu. Antaranya
ialah untuk menghalang perhubungan secara langsung antara umat Islam. Selain itu
negara-negara Eropah menawarkan pembelajaran bahasa Arab sebagai satu cara untuk
menarik pemimpin umat islam di negara-negara yang mereka jajahi supaya melanjutkan
pengajian mereka di Eropah. Dengan ini sikap dan cara hidup umat islam dapat mereka
bentuk mengikut budaya dan tamadun Barat yang membelakangkan agama, tetapi
mengutamakan kehidupan dunia dan hidup yang berfoya-foya (Ahmad Kilani, 2001)
Selain itu pembelajaran bahasa Arab mula berkembang di sekolah kebangsaan
dan mula diajar dengan lebih sistematik melalui sistem pengajaran pondok pada abad
ke-19. Pembelajarannya berterusan sehingga ke hari ini melalui sistem persekolahan
sama ada yang ditadbir secara langsung oleh Kementerian Pendidikan atau yang ditadbir
oleh rakyat dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.(Sazliena Hamzah, 2002)
4
Sebagai umat Islam yang berpegang kepada dua sumber utama iaitu al-quran dan
al-sunnah,menjadi suatu keperluan kepada umat Islam kerana kedua-dua sumber
tersebut adalah berbahasa Arab sepenuhnya sebagaimana firman Allah :
“sesungguhnya Kami menjadikan al-quran dalam bahasa arab supaya kamu
memahaminya” (surah al-zukhruf:3)
Berdasarkan ayat di atas, menurut tafsir fi zilalil quran, Allah menjadikan al-
quran dalam bahasa arab supaya umat Islam memahami ajaran yang disampaikan.
Menurutnya lagi, penekanan al-quran dalam bahasa Arab adalah supaya ianya jelas dan
mudah difahami oleh seluruh penduduk yang melalui mereka ajaran dapat
disebarluaskan antara satu sama lain. Di samping itu, al-quran adalah wahyu Allah yang
dijadikan dalam bentuk lafaz bahasa Arab untuk membawa risalah Islam dan pemilihan
ini dibuat berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kerana Allah mengetahui
bangsa Arab dan bahasa Arab itu mempunyai kelayakan untuk membawa dan
memindahkan risalah ini dan Allah juga mengetahui di mana dan pada siapa hendak
diletakkan risalahNya. Allah juga berfirman :
“ sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-quran dengan berbahasa
Arab, agar kamu memahaminya ” (surah Yusuf :2)
Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah kepada kita bahawa untuk memahami isi
kandungan al-quran dan hadis, kita perlu mempelajari bahasa Arab. Selain untuk
memahami kedua-dua sumber itu, terdapat pelbagai cara bagi umat Islam untuk
menambah ilmu pengetahun dalam bidang agama antaranya melalui pembacaan kitab-
5
kitab hasil karya ulama terdahulu. Menurut Ahmad Kilani (2001), antara tujuan
mempelajari bahasa Arab adalah untuk meneroka ilmu pengetahuan melalui pembacaan
buku-buku agama yang ditulis dalam bahasa Arab sebagaimana yang diketahui kitab-
kitab mu’tabar hasil karya tokoh-tokoh ilmuan Islam pada masa dahulu adalah dalam
bahasa Arab.
Mohamad Kamil Hj.Che Soh (1990) menyatakan bahawa Imam al-Ghazali telah
menjelaskan susunan ilmu menurut susunan Islam sebagaimana berikut:
1. Al-Quran dan ilmu-ilmu agama
2. Ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nahu, makhraj huruf, lafaz dan
sebagainya
3. Ilmu-ilmu fardhu kifayah
4. Ilmu-ilmu budaya
Kedudukan yang disusun oleh Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan
betapa pentingnya bahasa Arab dalam Islam. Bahasa Arab merupakan sesuatu
yang mesti dijaga dan dipelihara oleh setiap umat Islam. Adalah tidak sempurna
Islam andainya tanpa pengetahuan bahasa Arab yang boleh membawa kepada
ketidaksempurnaan di dalam amal ibadat yang diwajibkan kepada kita.
(Mohamad Kamil Hj.Che Soh, 1990)
6
Selain itu Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan umat baginda
mempelajari bahasa asing sebagai suatu kemaslahatan kepada mereka sendiri. Ini
jelas berdasarkan sabda baginda:
من تعلم لغة قوم أمن مكرهم“sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu bangsa, maka dia terselamat
daripada tipu daya mereka”
Jelaslah di sini bahawa kita seharusnya mempelajari bahasa asing khususnya
bahasa Arab untuk mengelakkan tipu daya daripada bangsa lain.
Justeru itu sistem pendidikan sekarang amat memberi galakan dan
penekanan terhadap mata pelajaran bahasa Arab di sekolah.
1.2 Latar belakang Masalah
Sekolah Menengah Ugama (A) Maahad Muhammadi (P) merupakan salah
sebuah sekolah separuh harian yang terkenal di Kelantan di bawah pentadbiran
Yayasan Islam Kelantan (YIK). Seperti yang sedia maklum, di setiap sekolah agama,
semua pelajarnya diwajibkan mempelajari mata pelajaran bahasa Arab. Mereka mula
didedahkan mata pelajaran ini sejak di tingkatan satu dan akan terus mempelajarinya
sehingga tamat pengajian. Selain itu mereka juga wajib mengambil mata pelajaran
tersebut dalam PMR, SPM dan STPM.
Permasalahan yang timbul di sini ialah setiap pelajar mempunyai kemampuan
yang berbeza dalam penguasaan bahasa Arab. Kemungkinan terdapat beberapa faktor
7
yang mempengaruhi pelajar di sekolah ini dalam menguasai mata pelajaran tersebut.
Faktor minat terhadap sesuatu mata pelajaran akan membantu seseorang pelajar untuk
mencapai keputusan yang cemerlang. Justeru itu, minat akan mendorong seseorang
pelajar lebih bersungguh-sungguh dalam menguasai sesuatu mata pelajaran. Menurut
Abu Zahari (1987), minat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
sesuatu proses pembelajaran dan ia amat mempengaruhi pencapaian seseorang dalam
pelajaran itu sendiri.
Di samping itu kesungguhan pelajar dalam menguasai mata pelajaran ini
mungkin disebabkan keterpaksaan mereka ekoran daripada desakan ibu bapa yang ingin
anak mereka belajar di sekolah agama. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang
mempengaruhi mereka dalam menguasai mata pelajaran bahasa Arab. Contohnya latar
belakang keluarga yang sudah mendalami bahasa Arab atau mungkin didorong oleh
pengaruh guru yang mengajar serta pengaruh rakan sebaya.
1.3 Pernyataan Masalah
Sejak kebelakangan ini keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) khususnya bagi mata pelajaran bahasa Arab di sekolah ini agak merosot dan
menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hal ini dikesan melalui perangkaan
pencapaian mata pelajaran bahasa Arab dalam keputusan peperiksaan STPM dari tahun
1999 hingga 2001 sekolah yang dikaji. Berdasarkan analisis tersebut, didapati keputusan
STPM bagi tahun 1999 ialah sebanyak 96.61%, diikuti tahun 2000 sebanyak 88.71%
dan tahun 2001 sebanyak 75%. Ini kemungkinan disebabkan beberapa faktor yang
mempengaruhi minat di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran tersebut..
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi minat
pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab.
1.4.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong minat pelajar
terhadap mata pelajaran bahasa Arab.
1.4.2 Mengenalpasti faktor yang paling dominan dalam mendorong
minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab.
1.4.3 Mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran
bahasa Arab
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian ini, persoalan kajian tersebut adalah seperti berikut:
1.5.1 Apakah faktor-faktor yang mendorong minat pelajar terhadap mata
pelajaran bahasa Arab?
1.5.2 Apakah faktor yang paling dominan dalam mendorong minat pelajar
terhadap mata pelajaran bahasa Arab?
1.5.3 Bagaimanakah tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab?
top related