blaus
Post on 19-Jun-2015
22.903 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Menjahit Blaus Blaus
A. POLA BAJU BLAUS Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Labuh baju
Lakarkan garisan labuh baju di atas kertas kuning.
Ukuran hendaklah dibuat dari tanda A ke B.
Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lebar bahu
Lakarkan garisan lebar bahu dari A ke C. Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Menanda Paras Dada
Lakarkan garisan keliling dada dari A ke D.
Ukuran A ke D = ¼ ukuran dada.
Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Paras Pinggang
Lakarkan garisan paras pinggang dari A ke E.
Ukuran ini merupakan ukuran dari bahu ke pinggang.
1/23
Menjahit Blaus Blaus
Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Paras Pinggul
Lakarkan garisan pinggul dari E ke F.
Tips: Standard ukuran garisan pinggul ialah 8 inci.
Lazimnya, ukuran ini dilebihkan sekurang-kurangnya 1 inci bagi wanita yang telah melahirkan anak.
Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lebar Dada
Lakarkan garisan lebar dada dari D ke G.
Ukuran D ke G = ¼ ukuran dada + ¾ inci.
Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lubang Lengan
Lakarkan garisan pola dari C ke J.
Dari C, turunkan 1 inci dan labelkan K..
Tandakan garisan tengah di antara K dan J
dan labelkan L.
Dari L, masukkan ½ inci dan labelkan M.
Dari G, turunkan ½ inci dan labelkan N.
Kemudian, lakarkan garisan dari K, M, dan N dengan menggunakan sesiku untuk mendapatkan garisan lubang lengan.
2/23
Menjahit Blaus Blaus
Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lubang Leher
Dari A, turunkan ½ inci dan labelkan O.
Dari A, jarakkan 1/6 leher dan labelkan P.
Lakarkan garisan lengkung dari P ke O dengan menggunakan sesiku.
Selepas itu, lakarkan garis lurus dari P ke K.
Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lebar Pinggul
Lakarkan garisan lebar
pinggul dari F ke H.
Ukuran F ke H = ¼ ukuran pinggul + ½ inci.
Lakarkan garisan lurus
dari N, H dan I.
Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Bentuk Pinggang
Labelkan Q seperti yang ditunjukkan.
Dari Q, masukkan 1 inci dan labelkan R.
Lakarkan bentuk bahagian pinggang dari N, R dan ke H dengan menggunakan pembentuk.
3/23
Menjahit Blaus Blaus
Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Kaki Baju
Dari I, naikkan ½ inci dan
labelkan S.
Lakarkan garisan kaki baju dengan menggunakanpembentuk seperti yang ditunjukkan.
Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Kaki Baju Lakarkan garisan lurus dari bahagian badan belakang baju terus ke bahagian hadapan badan baju seperti berikut:
garisan lurus dari A ke 1; garisan lurus dari D ke-2; garisan lurus dari E ke 3; garisan lurus dari E ke 4; garisan lurus dari B ke 5.
4/23
Menjahit Blaus Blaus
Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Bahagian Bahu, Dada dan Pinggul Bahagian Bahu
Lakarkan garisan lurus dari 1 ke 6. Ukuran 1 ke 6 = ½ ukuran lebar
bahu. Bahagian Dada Lakarkan garisan lurus dari 2 ke 7.
Ukuran 2 ke 7 = ¼kuran dada + 1
inci. Bahagian Pinggul Lakarkan garisan lurus dari 4 ke 8.
Ukuran 4 ke 8 = ¼ ukuran pinggul + ¼ inci.
Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Lubang Lengan
Lakarkan garisan lurus dari 6 ke 9. Dari 6, turunkan 1 inci dan labelkan
10. Tandakan garisan tengah di antara
9 dan 10 dan labelkan 11. Dari 11, masukkan ¾ inci dan
labelkan 12. Dari 7, turunkan ½ inci dan
labelkan 13.
Lakarkan bentuk lubang lengan dari 10, 12 dan 13 dengan menggunakan sesiku.
5/23
Menjahit Blaus Blaus
Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Lubang Leher
Garisan 1 ke 14 = 1/6 ukuran leher.
Garisan 1 ke 15 = 1/6 ukuran leher
+ 1 inci.
Garisan 15 ke 17 = 1/6 ukuran leher.
Dari 17, naikkan 1 ¼ inci dan
labelkan18.
Lakarkan garisan lurus dari 18 ke 15.
Lakarkan bentuk lubang leher dari
14 ke 15 dengan menggunakan sesiku.
Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju- Pinggang, Pinggul dan Selisih Butang
Pinggang dan Pinggul Lakarkan garisan lurus dari 13 ke
8 dan terus ke kaki baju. Tandakan titik tengah 13 ke 8 dan labelkan 19.
Dari 19, masukkan 1 inci dan
labelkan 20.
Lakarkan bentuk pinggang dari 13 ke 20 dan terus ke 8 dengan pembentuk.
Dari 18, naikkan ½ inci dan
labelkan 21.
6/23
Menjahit Blaus Blaus
Bahagian Selisih Butang Dari 1, keluarkan ¾ inci dan labelkan 22.
Dari 5, keluarkan ¾ inci dan labelkan 23.
Lakarkan garis lurus dari 22 ke 23.
Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Basi Lipatan
Dari 22, keluarkan 3 inci dan labelkan 24.
Dari 23, keluarkan 3 inci
dan labelkan 26.
Lakarkan garis lurus dari 24 ke 26.
Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Labuh Baju
Dari 23 turunkan ¾ inci dan
labelkan 25 Dari 26, turunkan ¾ inci dan
labelkan 27.
Lakarkan garisan berbentuk dari 21 ke 26 dan 27 dengan menggunakan pembentuk.
Lakarkan garis lurus dari 25
ke 23 dan dari 27 ke 26.
7/23
Menjahit Blaus Blaus
Merajah Pola Bahagian Lengan Pendek
Lakarkan garians lurus dari A ke B.
Garisan AB = Garisan KJ.
(ukuran bahagian belakang baju)
Lakarkan garisan lurus dari
A ke C mengikut ukuran labuh lengan.
Dari A ke D = 1/8 ukuran dada.
Dari C ke E = ½ ukuran bukaan tangan.
Garisan DF = AB
Lakarkan garisan lurus dari A ke F.
Bahagi 3 garisan A ke F dan labelkan F, G dan H.
Dari G, keluarkan 1 inci dan labelkan I.
Dari H, keluarkan ¾ inci dan labelkan J.
Lakarkan bentuk lengan bahagian
belakang dari A, I, J dan ke F.
Dari J, masukkan ¼ inci dan labelkan K.
Lakarkan bentuk lengan
bahagian hadapan dari I, K dan ke F.
8/23
Menjahit Blaus Blaus
Merajah Pola Bahagian Kolar – Kolar Sport/Hawaii Lebar Kolar
Ukuran A ke B = 3 inci. Panjang Kolar
Ukuran A ke C = ½ ukuran leher.
Ukuran AB = Ukuran CD.
Dari B, naikkan ¼ inci dan
labelkan E.
Dari D, naikkan ¼ inci dan labelkan F.
Dari C, keluarkan ½ inci dan labelkan G.
Lakarkan garisan berbentuk dari F ke H, ukurannya 1/6 leher.
Lakarkan garisan berbentuk dari E ke H.
Lakarkan garisan lurus dari F ke G.
Dari F ke I, ukurannya 2 inci.
Dari I, turunkan ¼ inci dan labelkan J.
Lakarkan garisan berbentuk dari D ke J.
Merajah Pola Bahagian Kolar Kontinental - Kepok Lebar Kepok
Ukuran A ke B = 1¼ inci.
Ukuran AB = Ukuran CD. Panjang Kepok
Ukuran A ke C = 1/6 ukuran leher
Ukuran AC = Ukuran BD.
Dari C, keluarkan 1 inci dan labelkan E.
Ukuran C ke E = Ukuran D ke F
Dari C, turunkan ½ inci dan labelkan G.
9/23
Menjahit Blaus Blaus
Ukuran C ke G = Ukuran D ke H
Dengan menggunakan pembentuk, lakarkan garisan berbentuk:
dari A ke G; dari B ke H, dan terus ke J; dari E ke I = 1/6 ukuran leher inci + 1 inci.
Dari J, masukkan ¼ inci dan labelkan K. Merajah Pola Bahagian Kolar Kontinental - Kolar
Dari B, naikkan ½ inci dan labelkan L.
Lakarkan garis lurus dari L ke M.
Ukuran LM = Ukuran BD = ½ ukuran leher.
Lakarkan garis lurus dari L ke N.
Ukuran LN = 1½ inci.
Lakarkan garis lurus dari N ke O.
Ukuran NO = Ukuran LM
Dari O, keluarkan ½ inci dan labelkan P.
Lakarkan garisan berbentuk dari L ke D.
B. MENGGUNTING FABRIK
Menggunting Fabrik Baju Blaus
Hadapan dan Belakang Badan Baju 1. Bentangkan fabrik dan lipat dua memanjang.
2. Susun pola bahagian hadapan dan belakang baju di atas fabrik yang telah dilipat. 3. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti. 4. Tambah basi jahitan dan basi lipatan. 5. Gunting fabrik mengikut pola.
10/23
Menjahit Blaus Blaus
Lengan Pendek 1. Lebihan fabrik daripada bahagian
badan baju dilipat dua mengikut ukuran lebar lengan.
2. Susun atur pola bahagian lengan di
atas fabrik dan sematkan dengan jarum peniti.
3. Tambah basi jahitan dan lipatan. 4. Gunting fabrik mengikut pola. Lengan Panjang
1. Susun atur pola bahagian lengan di atas fabrik sematkan dengan jarum peniti.
2. Tambah basi jahitan dan lipatan.
3. Gunting fabrik mengikut pola.
4. Gunting interlining keras untuk
mansit dengan basi jahitan ½ inci.
Kolar Sport (Tiada Kepok) 1. Tambah basi jahitan sebanyak ½ inci di sekeliling kolar. 2. Gunting fabrik mengikut bentuk kolar. Hasilkan dua keping fabrik kolar. Kolar Kontinental (Tambah Kepok) 1. Tambah basi jahitan sebanyak ½ inci di sekeliling kolar. 2. Gunting fabrik mengikut bentuk kolar. 3. Gunting fabrik untuk menghasilkian dua keping fabrik kepok.
11/23
Menjahit Blaus Blaus
C. MENANDA BASI JAHITAN Menanda Bahagian Hadapan dan Belakang Baju 1. Tandakan basi jahitan dan basi
lipatan bahagian bawah kaki baju sebanyak 1¼ inci dengan menggunakan kapur.
2. Tandakan tengah bahagian leher
dengan mengguntingnya sedikit (snap).
Menanda Lengan
1. Tandakan basi jahitan di bahagian keliling lengan dan basi lipatan di hujung
lengan baju.
2. Lengan yang siap ditanda.
12/23
Menjahit Blaus Blaus
D. MENJAHIT Mengosok Lipatan Belahan Bahagian Hadapan Kiri dan Kanan 1. Lipat bahagian lipatan belahan kiri ke dalam dan gosok. 2. Lipat bahagian lipatan belahan kanan ke dalam dan gosok. Menyediakan Kolar Sport/Hawaii 1. Letakkan kain interlining lembut bergam yang telah digunting di atas fabrik dan gosok. 2. Gunting fabrik mengikut bentuk kolar dan basi lipatan. (Rujuki diagram yang dipaparkan). 3. Calitkan gam kanji di atas lipatan. Lipat basi lipatan di atas kain keras bergam dan gosok. Menjahit Kolar Sport/Hawaii 1. Jahit mesin selebar ¼ inci ke atas basi lipatan tadi. 2. Gunting basi jahitan. 3. Letakkan bahagian luar fabrik kolar kedua di bawah bahagian luar fabrik kolar
pertama. 4. Jahit mesin di sekeliling kain interlining. (Pastikan jahit keluar sedikit daripada kain
interlining).
5. Gunting basi jahitan selebar ¼ inci.
6. Snap bahagian kolar yang
melengkung.
7. Terbalikkan kolar dan gosok untuk kekemasan.
13/23
Menjahit Blaus Blaus
Menyediakan Kolar Kontinental 1. Letakkan kain interlining keras bergam di atas fabrik kolar pertama dan gosok. 2. Letakkan bahagian luar fabrik kedua di atas bahagian luar fabrik pertama.
Menjahit Kolar Kontinental 1. Jahit keliling kolar seperti yang ditunjukkan. 2. Gunting bahagian basi jahitan dan tinggalkan basi jahitan sebanyak kurang daripada ¼ inci. 3. Gunting sedikit (snap) pada bahagian basi jahitan yang berbentuk di tepi dan di
atasnya. 4. Terbalikkan kolar ke bahagian luar dan gosok. 5. Jahit keliling kolar sebanyak ¼ inci atau satu tapak zip. 6. Jahit jelujur kasar bahagian basi jahitan di kolar.
Menyediakan Kepok 1. Letakkan kain interlining keras bergam di atas fabrik kepok pertama dan gosok.
2. Calitkan gam kanji di atas basi lipatan fabrik, lipat basi lipatan ke kain interlining keras bergam dan gosok.
14/23
Menjahit Blaus Blaus
3. Jahit bahagian kepok yang telah dilipat dengan jarak ¼ inci. 4. Gunting lebihan fabrik untuk menghasilkan basi jahitan selebar ¼ inci pada
bahagian atas. 5. Lipat dua dan gunting sedikit (snap) di fabrik basi jahitan kepok sebagai tanda
tengah. Mencantumkan Kepok dengan Kolar 1. Lipat kedua kolar yang telah siap dan buat tanda tengah dengan menggunting
sedikit (snap). 2. Letakkan kepok di atas kolar dan temukan kedua-dua tanda tengah kepok dan kilar.
Pastikan bahagian hadapan kolar dan kepok ditemukan. 3. Letakkan fabrik kepok kedua di bahagian belakang kolar. Jahit mesin dari tengah hingga ke tepi kiri. 4. Gunting basi jahitan selebar ¼ inci di keliling kepok dan snap bahagian kepok yang
melengkung. 5. Terbalikkan kepok pertama dan kedua. Kemudian, gosok. 6. Tindih bahagian atas kepok dari kiri ke kanan untuk kemasan selebar ¼ inci atau
satu tapak mesin. Mencantum Bahagian Badan - Bahu Kiri dan Kanan 1. Temukan bahagian luar hadapan dan
luar belakang fabrik bahagian bahu. 2. Jahit kedua-dua bahu kiri dan kanan
ini.
15/23
Menjahit Blaus Blaus
3. Gosok kelim bahagian dalam dan luar bahu. Mencantum Kolar Kontinental ke Leher 1. Tanda basi jahitan ¼ inci pada fabrik. 2. Lipat 2 keruk lubang leher dan snap di bahagian tengah. 3. Acukan kolar pada leher baju untuk menyamakan kolar dan lubang leher. 4. Samakan kolar di bahagian lipatan hadapan baju dan semat dengan jarum peniti.
Kemudian, jahit dari kiri ke kanan. 5. Snap basi jahitan keliling lubang leher dan masukkan basi jahitan ke dalam kepok. 6. Tindih di atas kepok bahagian tepi sepanjang leher dan keliling kepok. 7. Gosok dan kemaskan kolar yang telah dijahit. Mencantum Kolar Sport ke Leher 1. Tanda basi jahitan ¼ inci pada fabrik. 2. Lipat 2 keruk lubang leher dan snap di bahagian tengah.
3. Acukan kolar pada leher baju untuk menyamakan kedudukan tengah bahagian
belakang leher dengan bahagian belakang kolar. 4. Sematkan dengan jarum peniti.
16/23
Menjahit Blaus Blaus
5. Letak dan samakan kolar di tanda selisih butang, iaitu ¾ inci ke dalam dari lipatan
belahan hadapan. Pastikan kolar diletak di bahagian lua baju. Sematkan dengan jarum peniti.
6. Buat di kedua-dua belahan
hadapan.
7. Jahit dari kiri ke kanan.
8. Gunting bahagian selilsih butang di garisan leher di kedua-dua bahagian.
9. Snap basi jahitan di keliling lubang leher. 10. Masukkan basi jahitan leher ke dalam bahagian kolar. 11. Tindih di atas kolar bahagian tepi sepnajang leher. 12. Gosok dan kemaskan kolar yang telah siap dijahit. Jahit di bahagian tepi lipatan sebelah kiri baju bahagian hadapan terus kolar dan akan berakhir di bahagian tepi lipatan sebelah kanan baju. Jarak jahitan dari tepi baju ialah ¼ inci atau selebar satu tapak mesin. Mencantum Lengan Pendek 1. Temukan fabrik bahagian lengan hadapan dan belakang. Pastikan fabrik bahagian luar yang ditemukan. 2. Jahit dari bahagin lubang lengan hingga ke hujung lengan. 3. Buka kelim dan gosok kedua-dua belah kiri dan kanan. Gosok juga bahagian lipatan
hujung lengan.
17/23
Menjahit Blaus Blaus
Mencantum Lubang Lengan Pendek
1. Lipat dua bahagian lubang lengan dan tandakan bahagian tengah bahu dengan membuat snap.
2. Temukan bahagian lengan dengan bahagian badan baju. Pastikan fabrik
bahagian luar yang ditemukan.
3. Kedudukan lengan mestilah sepadan dengan keruk lubang lengan di badan.
4. Kelim bahagian lengan hendaklah dimasukkan ¼ inci ke bahagian hadapan baju.
5. Sematkan dengan peniti bahagian keliling lubang lengan.
6. Jahit keliling lubang lengan di kedua-dua kiri dan kanan.
Mencantum Lubang Lengan Panjang
7. Lipat dua bahagian lubang lengan dan tandakan bahagian tengah bahu dengan membuat snap.
8. Temukan bahagian lengan dengan bahagian badan baju. Pastikan fabrik
bahagian luar yang ditemukan. 9. Kedudukan lengan mestilah sepadan dengan keruk lubang lengan di badan.
10. Kelim bahagian lengan hendaklah dimasukkan ¼ inci ke bahagian hadapan
baju.
11. Sematkan dengan peniti bahagian keliling lubang lengan.
12. Jahit keliling lubang lengan di kedua-dua kiri dan kanan.
18/23
Menjahit Blaus Blaus
Membuat Kaf
1. Letakkan kain keras bergam di atas bahagian dalam fabrik dan gosok. 2. Lipatkan basi jahitan ke atas kain keras bergam. 3. Jahit bahagian basi jahitan yang telah dilipat tadi dengan jarak ¼ inci dari tepi
atau selebar satu tapak mesin. 4. Letakkan fabrik kain keras bergam ini di atas satu lagi fabrik kaf yang telah
digunting. Pastikan bahagian luar kedua-dua fabrik bertemu.
5. Jahit keliling kaf mengikut kain keras bergam yang telah ditemukan.
6. Terbalikkan kaf ke bahagian luar dan gosok dan tandakan basi jahitan pada
fabrik kaf.
Mencantum Kaf ke Lengan
1. Temukan fabrik mansit bahagian depan dan belakang lengan. 2. Ukur dan tanda 4 inci dari garisan basi jahitan hujung lengan untuk belahan kaf.
19/23
Menjahit Blaus Blaus
3. Jahit dari tanda belahan kaf hingga ke lubang lengan. Buka kelim dan gosok. 4. Jahit jelujur mesin di basi jahitan hujung lengan di bahagian belahan kaf sebanyak
dua baris. 5. Tarik jelujur mesin ini untuk menghasilkan kedut. 6. Tanda di keliling bukaan tangan di kaf yang telah disiapkan tadi dan letak bahagian
hujung lengan yang telah dikedutkan pada tanda tersebut. 7. Jahit dari hujung kiri ke kanan dan keliling kaf tersebut. Mengemaskan Hujung Lengan dan Kaki Baju
1. Gosokkan bahagian basi lipatan bawah kaki baju.
2. Jelujur tangan basi lipatan tersebut. 3. Jelujur tangan keliling hujung lengan. 4. Jahit silang pangkah bahagian bawah
kaki baju dan hujung keliling lengan. Menanda Kedudukan Butang dan Lubang Butang Kolar Sport 1. Dari garisan lapel, turunkan ½ inci untuk tanda butang pertama.
20/23
Menjahit Blaus Blaus
2. Ukur 6 inci dari kaki baju dan tandakan untuk butang kedua.
3. Ukur jarak di antara butang pertama dan kedua. 4. Bahagikan ukuran jarak tersebut kepada 4 untuk menentukan kedudukan butang
dan lubang butang ketiga, keempat dan kelima.
21/23
Menjahit Blaus Blaus
5. Jahit butang dan lubang butang di bahagian belahan hadapan yang telah ditanda.
Menjahit Kedudukan Butang dan Lubang Butang – Kontinental
1. Butang pertama terletak pada kepuk.
2. Dari butang pertama, turunkan 3 inci untuk butang kedua.
3. Dari bawah kaki baju, naikkan 6 inci untuk butang ketiga.
22/23
Menjahit Blaus Blaus
4. Ambil ukuran jarak dari butang kedua hingga ketiga.
5. Bahagikan ukuran jarak ini kepada 4 untuk menentukan kedudukan butang dan lubang butang ketiga, keempat, kelima dan keenam.
6. Jahit butang dan lubang butang di hadapan belahan hadapan yang telah ditanda.
Menanda Butang dan Lubang Butang – Kaf
1. Lubang butang terletak pada hujung belahan. 2. Kedudukan butang adalah di bahagian
1 inci lebihan kaf tersebut.
3. Jahit butang dan lubang butang.
23/23
top related