bilik darjah

Post on 31-Jul-2015

447 Views

Category:

Education

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Cara mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

HOH RUI VOONLEE AI CHYI

LOW HUI SEET (K6)

Apakah anda faham tentang persekitaran bilik darjah mesra

budaya?

Pengenalan

• Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa.

• Manakala, perkataan mesra itu melibatkan hubungan dalam kalangan manusia.

• Persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat semata-mata, sebaliknya ia turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan.

• Dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan yang positif sewaktu berlangsungnya proses P&P.

Cara-cara mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Fizikal Sosioemosi Guru

1. Pengurusan Persekitaran Fizikal

Kebersihan, Pencahayaan dan Pengudaraan

• Kebersihan fizikal akan mempengaruhi kebersihan mental dan jiwa manusia.

• Sebagai seorang guru, patutlah sentiasa memupuk budaya menjaga kebersihan dalam kalangan muridnya dengan menyediakan jadual bertugas harian.

• Dengan wujudnya ruang dan persekitaran yang bersih, barulah murid dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif.

• Selain kebersihan bilik darjah, sistem pencahayaan dan pengudaraan di bilik darjah juga perlu diawasi.

• Tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar dalam bilik darjah.

• Keadaan cahaya dan udara bilik darjah yang baik dapat membangkitkan semangat belajar dan membawa keselesaan kepada murid semasa proses P&P dijalankan.

• Oleh itu, tingkap-tingkap di bilik darjah yang tidak mempunyai pendingin hawa hendaklah dibuka.

• Keadaan ini akan mengelakkan sebarang jangkitan penyakit dan menjadikan murid berada dalam keadaan sihat dan selesa untuk mengikuti P&P.

Susunan kerusi dan meja murid

• Memastikan susunan kerusi dan meja kemas dan tidak menggangu penglihatan murid.

• Penyusunan kerusi-meja perlu memudahkan interaksi antara murid dengan murid, dan guru dengan murid.

Hiasan bilik darjah

• Murid perlu diberi kebebasan menghias bilik darjah di bawah bimbingan guru.

• Senario ini akan memupuk rasa tanggungjawab, daya kreativiti dalam kalangan murid.

• Tambahan pula, kebebasan tersebut juga akan menyebabkan murid berasa mereka dipercayai dan dihargai.

• Antara kebebasan yang boleh diberikan kepada murid antaranya adalah seperti yang berikut:

1. Menyediakan sendiri jadual bertugas.2. Menghias meja guru dengan alas meja dan

jambangan bunga.3. Mengecat bilik darjah.4. Menggantung langsir yang sesuai dengan

suasana bilik darjah sebagai ruang pembelajaran.

2. Pengurusan Persekitaran Sosioemosi

Pengurusan persekitaran sosioemosi

• Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.

• Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada dalam kelas.

• Emosi murid yang stabil membolehkan murid mengikut aliran PdP tanpa kehilangan identiti.

• Hubungan positif antara guru dan murid haruslah dibina terlebih dahulu.

• Guru mestilah mesra dan mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid.

• Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P.

• Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan orang lain.

3. Guru

Guru• Guru menjadi role-model yang terbaik untuk

dijadikan teladan yang baik, menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.

• Guru mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-muridnya dengan ikhlas

• Guru perlu mengetahui latar belakang dan personaliti murid.

• Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.

• Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.

• Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

• Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.

• Bersikap adil dan memberi layanan yang sama • Sekiranya murid melakukan kesalahan,

tindakan yang sewajar dan setimpal dengan kesalahan perlu dilaksanakan tanpa driskriminasi ras.

• Guru akan seronok untuk mengajar apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik.

• Guru-guru juga akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru.

Sekian terima kasih =)

top related