bilik darjah kbsm

Post on 20-Jun-2015

206 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DEFINISI-Bilik darjah KBSM merujuk kepada susunan bilik darjah bagi Peringkat Sekolah Menengah selaras dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. -Pada lazimnya kaedah penyusunannya adalah dalam bentuk berkumpulan.-Mula diperkenalkan sejak tahun 1988

TUJUAN- Untuk mengembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu supaya menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (falsafah pendidikan kebangsaan)

- Menggalakkan murid yang aktif serta kerap berinteraksi antara meja dan kerusi murid yang lain.

MEJA GURUMEJA GURU

PAPAN TULIS

SUDUT ILMU

SUDUT BACAAN

ALMARI/LOKER TONG SAMPAH

MEJA GURUMEJA GURU

PAPAN TULIS

SUDUT ILMU

SUDUT BACAAN

ALMARI/LOKER Tong Sampah

CIRI-CIRI BILIK DARJAH KBSM1) Ciri Fizikal:Susun atur berkumpulanSaiz ukuran bilik darjah biasanya mampu

menampung sehingga 40 orang pelajar dan berukuran kira-kira 7X9 meter.

Ruang pembelajaran yang selesa, luas dan kondusif, dipenuhi ABM, hasil projek individu dan berkumpulan

.

2) Ciri sosialKomunikasi yang aktif antara murid dan

murid dan murid dan guru.Interaksi sosial berlaku secara menyeluruh

merangkumi interpersonal, kumpulan kecil dan besar ketika P&P.

Guru yang dapat menyelenggara sosiometri iaitu teknik perhubungan antara individu dalam satu kumpulan dalam bilik darjah KBSM dapat membentuk suasana bilik darjah yang harmonis

3) Ciri EmosiWujudnya variasi emosi pelajar dalam bilik

darjah KBSM. Contohnya ada murid yang riang, aktif dan ada yang pasif dan sentiasa senyap.

Emosi pelajar dalam bilik darjah KBSM banyak bergantung pada guru dari segi sikap, harapan, teknik kawalan yang positif serta gaya kepimpinan mereka.

KELEBIHAN1)Fizikal- Kerusi dan meja disusun mengikut kumpulan.- Tidak terlalu padat dan kosong. Disusun

secara sistematik dan ruang kerja guru yang selesa.

- Kelas dilengkapi dengan peralatan asas Lazimnya, Peralatan lebih canggih berbanding KBSR.

- Suasana kelas yang kondusif. Pameran hasil kerja murid serta ABM dapat diperlihatkan

- Ruang-ruang pembelajaran yang disediakan memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

- 2) EMOSI- Pelajar tidak duduk bersendirian. Pelajar

dapat berkongsi cerita, maklumat dan masalah peribadi dengan rakan sebelahnya.

- Memungkinkan eksplorasi intelektual yang optima untuk murid-muridnya dalam bilik darjah

3) SOSIAL1) Interaksi antara guru dengan murid sangat

baik2) Aktiviti murid dalam keadaan aktif3) Memudahkan guru membantu murid yang

lemah dalam pelajaran, berkongsi sumber serta idea-idea.

KEKURANGAN BILIK DARJAH KBSM- Disiplin mungkin sukar dikawal Contohnya: Pelajar bising di dalam kelas- Pelajar yang duduk di belakang biasanya

kurang memberi tumpuan ketika P&P jika guru tidak memantau mereka

- Murid yang lemah/malas kadangkala cenderung meniru rakan di sebelah

- Dari aspek sosial pengasingan pelajar secara berkumpulan memungkinkan wujudnya sikap berprasangka, berpuak-puak dan konfrontasi di antara kumpulan

KESIMPULANBilik darjah KBSM menggalakkan pembelajaran

secara aktif kerana proses interaksi di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar berjalan dengan sangat baik.

Walaubagaimanapun, ianya mempunyai kekurangan dari aspek pengawalan disiplin dan memerlukan pemantauan yang lebih dari guru. Tidak 100% pelajar akan menumpukan perhatian semasa P&P dijalankan.

Justeru, peranan guru kelas dari aspek susun atur dan kepimpinan serta AJK kelas amat penting bagi memastikan kelas dalam keadaan kondusif.

top related