bil kategori latihan jenis aktiviti kaedah...

Post on 06-Feb-2018

235 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BIL KATEGORI LATIHAN JENIS AKTIVITI KAEDAH PENGIRAAN

1

LATIHAN

Definisi:

Aktiviti latihan dikira yang dijalankan secara

bersemuka dan berterusan anjuran jabatan,

bahagian atau agensi luar di dalam dan luar

Negara.

Kursus

Seminar

Konvensyen

Bengkel/Workshop

Forum

Simposium

Kolokium

Lawatan Rasmi/ Korporat/ Sambil Belajar

Klinik Kaunseling

Aktiviti latihan yang dijalankan selama 6 jam

secara berterusan sebagai satu hari mengikut

latihan.

2

SESI PEMBELAJARAN:

Definisi:

Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran

secara bersemuka yang tempohnya kurang 6

jam, anjuran jabatan, bahgian dan agensi luar;

dan Jumlah hari yang boleh diambil kira terhad

kepada 5 hari

(30 jam) sahaja setahun.

Sesi Pembelajaran PTK

Sesi Pembelajaran peringkat Kementerian/Jabatan/Bahagian/Cawangan

dan Seksyen

Sesi Perkongsian ilmu di peringkat Kementerian/ Jabatan, Bahagian,

Cawangan dan Seksyen

Program "Executive Talk" anjuran INTAN atau program yang seumpamanya

Perhimpunan Bulanan Peringkat Kementerian/ Jabatan, bahagian dan

Cawangan

Program Penerapan Nilai-nilai Murni dan Ceramah-ceramah khas pada

bulan Ramadhan

Program Sambutan yang mengandungi ucapan/ceramah/forum

Pertemuan mentor dan mentee

Sesi perbincangan /perkongsian idea Pengurusan Tertinggi /

Pembentangan Kertas Kerja di Seminar, Konvensyen, Simposium, atau

Persidangan

Sesi Kaunseling

Menyampaikan ceramah di dalam Kursus / Bengkel

Modul yang pertama kali dibentangkan atas tajuk yang sama saja diambil

kira

Kehadiran 6 jam yang dikumpulkan melalui

beberapa jenis aktiviti “Sesi Pembelajaran” dikira

bersamaan dengan 1 hari mengikut latihan.

Bagi pertemuan mentor dan mentee serta sesi

perbincangan/ perkongsian idea dengan

pengurusan tertinggi (pegawai di peringkat

Timbalan Pengarah/ Timbalan Setiausaha

Bahagian hingga Ketua Setiausaha), catatan

perbincanagn mestilah dibuat di dalam sebuah

buku catatan.

Satu Perhimpunan Bulanan peringkat

kementerian/ jabatan bersamaan dengan 1 jam;

dan

Satu Perhimpunan Bulanan peringkat bahagian/

cawangan bersamaan 30 minit.

3

PEMBELAJARAN KENDIRI:

Definisi:

Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar

atas daya usaha sendiri;

Pembelajaran melibatkan Secara bersemuka dan

Tidak bersemuka

(on-line); dan

Terhad maksimum 3 hari setahun, iaitu bersamaan

dengan 3 pembentangan setahun.

Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) -

www.epsa.intan.my

Penggunaan portal e-pembelajaran yang diiktiraf oleh Jabatan/kerajaan

Pembacaan buku-buku ilmiah dalam (Buku biasa / bentuk fizikal atau e-

book)

Pembacaan Jurnal Ilmiah / Laporan / Kajian dan bahan-bahan ilmiah lain

secara fizikal atau maya.

Bahan bacaan perlu dibentangkan. Satu sesi

pembentangan perlu diadakan di peringkat

Kementerian /

Jabatan/Bahagian/Cawangan/Seksyen.

Seorang pegawai sekurang-kurangnya peringkat

Ketua Penolong Setiausaha/ Ketua Penolong

Pengarah perlu hadir sebagai penyelia.

Satu pembentangan diiktiraf sebagai 1 hari

mengikuti latihan.

Pegawai/kakitangan yang mengikuti kursus yang

ditawarkan oleh EPSA adalah tertakluk kepada

peraturan yang ditetapkan bagi setiap modul

Pegawai/kakitangan yang telah mengikuti kursus

dengan jayanya akan diiktiraf menghadiri kursus

tertakluk kepada pihak penganjur (INTAN).

LAMPIRAN A

* Sumber Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005 (Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam)

top related