big_kkerja gtog royong.doc
Post on 10-Feb-2018
232 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
1/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
SK KUALA BESUT II
KERTAS KERJA
PROGRAM GOTONG ROYONG 2013
Pendahuluan
Sekolah akan mengadakan program gotong royong 2013 .Murid bersama-sama guru
dan AJK PIBG akan membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman
dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan SK uala Besut II
1.0 Objektif
1.1 Merapatkan silaturrahim di antara guru ,murid dan AJK PIBG SK Kuala Besut II
1.2 Memberi peluang kepada murid murid bekerjasama dengan guru-guru dan AJK
PIBG dengan lebih optimum.
1.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin
keselamatan murid-murid sewaktu belajar.
2.0 2.0 Kumpulan SasaranSemua warga SK Kuala Besut II, murid-murid tahap 2 dan guru-guru.
3.0 3.0 Rasional Menjayakan Program
3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah.
3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa,
bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.
4.0 4.0 Justifikasi
Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan pekerja menyediakan suasana
yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke
sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
2/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
5.0 5.0 Lokasi Cadangan
Kawasan sekolah SK Kuala Besut II
6.0 6.0 Tarikh Perlaksanaan
20 September 2013 (Jumaat)
7.0 7.0 Struktur Organisasi
Pengerusi : Pn. Hjjh Fauziah bt Mohd Yusuff
Naib Pengerusi : Tn Hj Harun bin Saleh
En. Mohd Nor bin Jusoh
Pn Hjh Hazizian bt Mohd Zain
Setiausaha : En Wan Mohd Zailani bin Wan Ishak
Bendahari : Pn Azizah bt Hanafi
Ahli Jawatankuasa :
1. Pn Azirah bt Abd Rahman
2. En. Mohd Noor bin Hussain
3. YM Tuan Roslin bin Tuan Lah4. Pn. Jorafida bt Mohd Zin
8.0 8.0 Tentatif Program :
MASA AKTIVITI
07.30 pagi Berkumpul di Tapak Perhimpunan
07.40 pagi Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi
08.00 pagi Gotong Royong bermula
10:30 pagi Berkemas/membersihkan alatan/diri10.45 pagi Rehat
11.05 pagi Jamuan
12.05 tengahari Bersihkan kelas
9.0 9.0 Penutup
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
3/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
Program Gotong Royong Perdana adalah sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan
dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak
terutama dari murid-murid dan guru-guru srta PIBG Kuala Besut II. Semoga
rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan
"Sekolahku, rumahku".
Disediakan Oleh; Disahkan Oleh,
.
(WAN MOHD ZAILANI BIN WAN ISHAK)
Setiausaha Program 3K
Sk Kuala Besut II
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
4/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
10.0 8.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN
Sumber kewangan adalah daripada peruntukan ko-kurikulum iaitu sebanyakRM 60
11.0 9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN MAKANAN DAN PERALATAN
Perkara Kuantiti/Anggaran Harga
JumlahPerbelanjaan
Baldi kecil 3 biji X RM 3.50 RM 10.50
Span / tuala kecil 6 X RM 1.00 RM 6.00
Sardin 4 tin X RM 5.00 RM 20.00
Roti 4 bungkus X RM 3.35 RM 13.40
Timun 2 kg X RM 1.00 RM 2.00
Gula 2 kg X RM 2.50 RM 5.00
Teh 1 bungkus X RM 3.10 RM 3.10
JUMLAH BESAR RM 60.00
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
5/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
LAMPIRAN 1: LOKASI TERLIBAT
BIL KAWASAN BUTIRAN CATATAN
1 A KAWASAN KANTIN
2 B KAWASAN TEMPAT LETAK BASIKAL
3 C KAWASAN PONDOK PENGAWAL
4 E KAWASAN BELAKANG BILIK DISIPLIN/KELAS
6AF /STOR SUKAN/MAKMAL SAINS
5 F KAWASAN PADANG DAN SEKELILING PAGAR
6 G KAWASAN BELAKANG/TEPI PRA SEKZAMRUD/D
7 H DEPAN KEDAI BUKU SEKOLAH/TAMAN
BURUNG, DEPAN BILIK GURU PEREMPUAN8 I TEMPAT LETAK KERETA GURU BLOK A/TAMAN
BAHASA MELAYU
9 TAMAN BUMI HIJAU,BBILIK KH
10 J GELANGGANG TERBUKA DAN SEKELILING
PAGAR
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
6/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
GAMBAR GOTONG-ROYONG
Aktiviti di Taman ICT (cd yang telah siap digantung pada pokok)
Membuat batas tanaman di Taman Herba
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
7/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
Aktiviti di sekitar Taman Orkid(kiri) dan Taman Bahasa Malaysia(kanan)
Aktiviti di kawasan Pra Sekolah
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
8/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
Golongan bapa membuat jalan baru untuk laluan para ibu bapa / penjaga
Jalan yang telah siap
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
9/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
Berehat sebentar (saya memakai baju biru)
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
10/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
BIG 4 - LAPORAN & REFLEKSI
12.0 LAPORAN AKTIVITI
Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil gabungan daripada beberapa aktiviti
yang terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan perlu melalui beberapa
peringkat iaitu sebelum program dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas
program BIG dijalankan. Proses untuk menjayakan sesuatu program seperti ini akan
mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga
kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
Peringkat yang pertama adalah berkaitan dengan segala aktiviti yang dilakukan
sebelum program ini dilaksanakan. Pada peringkat ini, kami telah diberikan taklimat
untuk menjalankan program BIG yang disampaikan oleh pensyarah bertanggungjawab
dan Ketua Jabatan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kehadiran semua pelajar diambil
termasuklah kumpulan kami yang mengambil opsyen Pendidikan Khas. Taklimat
diberikan adalah mengikut sukatan dan kurikulum yang telah disediakan oleh pihak
Bahagian Pendidikan Guru bagi semester keempat ini, yang merupakan Program
perkhemahan dan anak angkat.
Selepas taklimat diberikan, kami telah mengadakan perbincangan bersama bagi
memilih lalu menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan program perkhemahan
dan anak angkat ini (senarai ahli jawatankuasa boleh telah dikemukakan di muka surat
sebelum ini). Sebanyak 14 jawatankuasa telah ditubuhkan dimana semua pelajar kelas
PK/PJ 02 terlibat dan mesyuarat pertama telah diadakan yang mana tugas-tugas Ahli
Jawatankuasa telah diterangkan oleh setiausaha. Selepas mendapat taklimat dan
penerangan tentang tugasan masing-masing, pelajar-pelajar telah bergerak dimana
sebahagian pelajar terlibat untuk merancang aktiviti, tentukan tarikh manakala
sebahagian yang lain pula menyediakan alatan dan ada yang menyediakan bahan-
bahan untuk aktiviti program. Antara aktiviti yang telah dicadangkan ialah latihan dalam
kumpulan, adik angkat, sukaneka, gotong royong bersama penduduk kampung dan
tazkirah yang dirangkumkan atas satu nama iaitu Semarak kasih. Bagi jawatankuasa
http://kejesookasooki.blogspot.com/2010/11/laporan-aktiviti-program-bina-insan.htmlhttp://kejesookasooki.blogspot.com/2010/11/laporan-aktiviti-program-bina-insan.html -
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
11/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
induk pula, mereka telah ditugasan untuk menyiapkan kertas kerja untuk diluluskan oleh
pihak pentadbiran yang mencakupi hal-hal jadual aktiviti, kewangan dan permohonan
menggunakan kenderaan bas Institut. Seminggu sebelum tarikh program, mesyuarat
susulan diadakan bagi membincangkan tentang perkembangan setiap ahli
jawatankuasa dan melakukan persiapan terakhir.
Peringkat kedua pula merupakan perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti semasa
program dijalankan dan selepas kertas kerja mendapat kelulusan daripada bahagian
pentadbiran. Pada hari pertama (5/8/2009), kami bertolak ke lokasi akitiviti program
Semarak kasih ini iaitu Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah pada jam 8.30 pagi yang
turut disertai oleh mentor kesayangan kami, Pn Harlina Bt Haji Ishak. Setelah tiba di
lokasi, kami melakukan persediaan bagi aktiviti pendaftaran adik angkat dan aktivitiIce-breaking. Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan kami sebagai fasilitator,
abang dan juga kakak angkat kepada peserta program adik angkat ini. Manakala pada
sebelah malam pula, selepas pengurusan diri aktiviti Latihan dalam Kumpulan telah
dijalankan. Pada waktu ini, kami sebagai abang dan kakak angkat akan membantu adik
angkat masing-masing dengan memberi bimbingan berdasarkan lembaran kerja
akademik yang telah diberikan mahupun kerja-kerja sekolah yang telah diberikan oleh
guru semasa disekolah. Ini merupakan alternatif kepada murid yang lemah sebelum
mereka menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Pada hari kedua pula (6/8/2009), kami telah melakukan aktiviti seterusnya iaitu
senaman pagi bersama penduduk-penduduk kampung selama dua jam bermula pukul
7.00 pagi. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan bergotong royong bersama penduduk-
penduduk kampung. Kumpulan kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan utama
untuk melakukan aktiviti ini. satu kumpulan dikehendaki membersihkan kawasan masjid
dan yang selebihnya membersihkan balai raya Felda Teloi Timur termasuklah saya.
Aktiviti ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan pada dua jam
berikutnya kami hanya melakukan pengurusan diri. Pada sebelah petang iaitu dari jam
2.30 hingga 6.00, persiapan dilakukan untuk aktiviti sukaneka bersama murid-murid dan
pihak waris dan aktiviti malam kami pada hari itu diisi dengan majlis bacaan yaasin
bersama penduduk kampung dan sedikit tazkirah berkenaan kecemerlangan hidup
didunia dan akhirat khusus buat murid-murid tersebut. Pada jam 9.30 hingga 10.30
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
12/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
pula, dilakukan aktiviti latihan dalam kumpulan yang menekankan cara untuk membina
keyakinan diri.
Hari terakhir kami (7/8/2009) sekali lagi dimulakan dengan aktiviti senaman pagi
bersama penduduk kampung di dewan Felda Teloi Timur selama satu jam bermula
pada pukul 7.00pagi. seterusnya, pada jam 9.00 pagi, telah diadakan ceramah motivasi
untuk murid-murid merangkap adik-adik angkat kami. Ceramah telah diberikan oleh
seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Darulaman dari Jabatan
Bimbingan Dan Kaunseling iaitu En Rosli B. Ahmad. Selepas tamat sesi ceramah
motivasi, program kami ditutup oleh wakil Pengerusi Felda Teloi Timur beserta jamuan
kecil.
Peringkat seterusnya ialah melakukan perkara yang berkaitan selepas program
selesai dilaksanakan. Antaranya ialah mengemas dewan yang telah digunakan untuk
melakukan sebahagian besar aktiviti program bersama murid-murid dan majlis penutup.
Setelah pulang ke Institut pada jam 5.00 petang, kami memulangkan semula alatan
kepada pihak stor Institut sebagai tugas terakhir. Selain itu, pada peringkat ini juga kami
diminta menyediakan laporan dan dokumentasi berhubung segala aktiviti yang telah
dijalankan sepanjang BIG siri keempat tahun 2009.
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
13/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
13.0 REFLEKSI INDIVIDU
Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat
beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan
dalam program Semarak Kasih ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan
penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan
hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir
program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata
pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling
bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan
mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian
yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani.
Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami
dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah
mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini
sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-
urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak
pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut.
Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi penduduk Felda
Teloi Timur itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa
bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini
berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan
yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan untuk
aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini. Contohnya
semasa aktiviti senaman pagi dan gotong royong yang sekaligus mengeratkan
hubungan di antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi merancang
program Bina Insan Guru di tempat tersebut.
Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang
menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai.
Pertama dari segi cuaca, sepanjang tiga hari dua malam berada disana iklim cuaca
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
14/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
tidak begitu menentu. Tetapi apa yang sudah tentu, hujan akan turun dalam pada
sebelah pagi mahupun malam dalam satu hari. Walaupun dewan telah disediakan
namun, proses kedatangan murid-murid merangkap adik angkat kami turut terganggu.
Mereka terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti baru dapat hadir ke dewan dan ini
secara tidak langsung telah menjejaskan kelicinan perjalanan program yang telah
dirancang.
Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Sepanjang tiga hari, dua malam kami
berada disana masa kami bersama adik-adik angkat tidak banyak. Kami hanya dapat
berjumpa dengan mereka selepas mereka pulang dari sekolah dan juga pada sebelah
malam. Kebanyakan masa kami juga telah dibahagikan untuk program dan aktiviti yang
lain.
Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah
pada masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya
mungkin apabila menjalani Bina Insan Guru siri keempat, pastikan tarikh yang dipilih
tidak bertemu dengan hari persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini
dilakukan pada waktu cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika
pemilihan terikh dilakukan dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat
aktiviti yang memerlukan kawasan luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan
program yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
-
7/22/2019 BIG_KKERJA GTOG ROYONG.doc
15/15
Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II2013
14.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui
sepanjang tempoh tiga hari dua malam kita perlu mempunyai perancangan yang rapi
bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post-
mortem supaya program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian.
jadikan pengalaman orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam
membuat pertimbangan bijak untuk menghadapi masalah yang mendatang.
Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup bersama
masyarakat dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong
royong, aktiviti bacaan yaasin dan lain-lain kerana ia dapat membantu para guru
apabila dihantar mengajar kelak. Setiap latarbelakang komuniti dalam sesebuah
masyarakat adalah berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke tempat
orang. Jadi, melalui program seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba
mengadaptasi dengan komuniti dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial
seperti berkomunikasi.
Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru haruslah
mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat kerana guruberperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan disekolah.
Tugas guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada
generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi kurikulum,
agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti
kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.
top related