bicara pengembangan 4 download images...bisnes seiring dengan perubahan landskap pasaran bagi...
Post on 26-Dec-2019
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Bahagian PengembanganPertanian & Industri Asas Tani,Jabatan Pertanian Malaysia
Diselaraskan olehi :-
PENGEMBANGANPENGEMBANGANBicaraBicara
BIL : 1(2014)
Tajuk Keluaran Ini
Sidang Redaksi
Keperluan dan ProsesMembudayakan MindaBisnes Di Kalangan Petanioleh : Dato’ Wan Darman binWan Abdullah
PenaungDato’ Mustafa Kamal bin Baharuddin
Ketua Pengarah Pertanian
PenasihatDato‘ Sabtu bin Slamat
Timbalan Ketua Pengarah Pertanian(Pembangunan)
EditorDato’ Wan Darman bin
Wan Abdullah
Sub-EditorPn. Nooridah binti Ahmad
En Hashim bin Hassan
GrafikEn. Mohd Farid bin Umar
Keperluan dan ProsesMembudayakan Minda Bisnes
Di Kalangan Petani
Keperluan dan ProsesMembudayakan Minda Bisnes
Di Kalangan Petanilobalisasi, liberalisasi dan urbanisasi telah mengakibat perubahan dramatik ke atas landskap perdagangan pertanian dunia dan ia amat
mempengaruhi daya saing industri pertanian negara. Ekoran daripada fenomena itu petani perlu bersedia untuk mengintensifikasi corak pengeluaran dan pada masa yang sama perlu mempelbagaikan bidang usaha agar dapat terus mampu mengekalkan tahap berdayasaing bagi meningkatkan keuntungan perusahaan dan memperbaiki tahap kesejahteraan hidup.
Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kemahiran teknikal pengurusan tanaman pastinya tidak mencukupi. Untuk terus berdaya saing dan mampu merebut peluang baru, petani perlu bersedia untuk mencorakkan operasi bisnes seiring dengan perubahan landskap pasaran bagi meningkatkan kecekapan, keuntungan dan pendapatan. Keuntungan operasi ladang pula dipengaruhi secara terus oleh kecekapan produksi, permintaan pasaran, harga pasaran, pesaing, teknologi, kredit, pembekal input, kos input dan jumlah yang digunakan sendiri. Justeru itu, petani harus bijak untuk melihat bagaimana matriks ini mempengaruhi tahap keuntungan operasi masing-masing.
Komited Menerajui Perubahan
G
Keinginan untuk meningkatkan pendapatan dengan mengambil peluang pasaran memerlukan pemantapan keupayaan dalam membuat keputusan bisnes serta mampu bersaing dalam persekitaran pasaran yang kompetatif. Inisiatif berteraskan pasaran ini memerlukan petani yang cekal untuk bersaing dan perlu mempunyai kemahiran pengurusan ladang yang tinggi. Pengetahuan dan kemahiran pengurusan bisnes telah menjadi prasyarat asas dalam mengharungi persekitaran perniagaan yang semakin mencabar. Kemahiran dalam pengurusan ladang memberikan kelebihan kepada petani untuk membuatkan keputusan yang tepat mengikut keupayaan masing dalam aspek modal
biaya, tenaga buruh dan tahap risiko yang boleh diserap.
Kemahiran dan keupayaan petani boleh ditingkatkan melalui proses pembelajaran dan praktis. Proses pembelajaran ini harus berlaku di ladang petani dan ia perlu dilakukan secara teori dan praktikal. Peningkatan pengetahuan, perubahan sikap, peningkatan kemahiran dikalangan petani adalah prasyarat asas dalam usaha untuk mengkomersilkan operasi perladangan mereka. Usaha ini boleh berlaku secara kolektif dan dimulakan dengan petani yang mempunyai keinginan untuk memajukan diri dan dibimbing oleh agen pengembangan. Proses pembelajaran akan meliputi kitaran proses bisnes bermula dengan mengdiagnos persekitaran dan merancang pelan sehingga kepada pelaksanaan, penilaian dan perancangan semula. Realisasi pelan melibatkan proses pengaturan pengeluaran, pemasaran, pemantauan dan pengaturan semula jajaran pelan. Adalah menjadi tanggungjawab Agen Pengembangan untuk membina dan memupuk minda bisnes di kalangan golongan sasar agar keupayaan mereka terus ditingkatkan. Proses membina keupayaan diri golongan sasar boleh dirumuskan seperti di bawah.
lobalisasi, liberalisasi dan urbanisasi telah mengakibat perubahan dramatik ke atas landskap perdagangan pertanian dunia dan ia amat

Agen Pengembangan: Fasilitator dan Agen
Perubahan
Sesi Pembelajaran:
Fasilitator kepada Petani Petani kepada Petani
Petani: Kemahiran
keusahawanan dan pengurusan bisnes
meningkat
Outcome: Keuntungan dan
pendapatan meningkat
Kajian dan Maklumat Pasaran
Pengetahuan, kemahiran dan sikap mengurus pasaran
Maklumat Pengeluaran dan
Produktiviti
Pengetahuan, kemahiran dan sikap
mengurus pengeluaran
FAKTA SEPINTAS LALUKita Perlukan Keluaran Lebih dari Sumber yang SedikitPengeluaran pertanian perlu ditingkatkan secara lestari dengan menggunakan sumber asli yang terhad• Permintaan terus meningkat: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan dunia memerlukan tambahan 30% lebih air dan 50% lebih tenaga menjelang 2030; dan menjelang 2050 kita memerlukan 70% lebih makanan.
Sumber Asli Alam Semakin BerkurangPengeluaran pertanian perlu memenuhi peningkatan permintaan kepada makanan, bahan makanan ternakan dan tenaga tanpa mengabaikan tanggungjawab melindungi sumber asli alam.• Perluasan kawasan pertanian: meningkatnya beban tanggungjawab untuk menjaga kelestarian alam sekitar• Urbanisasi terus berkembang: diunjurkan lebih tiga (3) billion penduduk dunia akan tinggal di bandar; penempatan bandar terus berkembang dan tanah pertanian semakin menguncup menjelang 2050.• Peningkatan permintaan kepada sumber air: sebanyak 70% daripada bekalan air tawar adalah untuk pertanian.
Faktor Memacu Permintaan Terhadap BijirinPermintaan terus meningkat ekoran pertumbuhan penduduk dunia dan perkembangan pesat kekayaan ekonomi dalam pasaran baru muncul• Pertumbuhan penduduk terus berkembang: diunjurkan penduduk dunia bertambah melebihi sembilan (9) billion menjelang 2050, pertambahan lebih dua (2) billion berbanding sekarang• Perubahan cara makan: permintaan kepada daging dan produk tenusu terus bertambah terutama di pasaran baru muncul
Sumber:Syngenta (2012) Rajah 1 : Proses pembelajaran bagi memupuk minda bisnes di kalangan petani
top related