bencana alam - faktor kecuaian manusia

Post on 12-Jun-2015

8.861 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Persembahan kumpulan pelajar tingkatan 6 sekolah tinggi kluang

TRANSCRIPT

Antara faktor berlakunya bencana alam adalah disebabkan kecuaian

manusia sendiri.Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini.

BENCANA ALAM

Kumpulan 1• GAN PUOH YOON (K)• ANG SE YEN• NURFIDIANA BT RAMLI• AHMAD FAEQ B. ROHAIZAD• FAIZUL BIN MAT YAZID• SITI AISYAH BT RAMLI

Jenis-Jenis Bencana Alam• Tanah Runtuh

• Banjir Kilat• Pemanasan Global• Angin Ribut/Tornado• Tsunami• Kemarau• Letusan Gunung Berapi• Gempa Bumi• Kebakaran Liar/Kebakaran Hutan

Gambar-Gambar

Bencana Alam atau

Bencana Manusia?

Kecuaian manusia sendiri telah menjadi salahsatu sebab menyebabkan berlakunya bencanabumi. Secara tidak langsung, manusia telahmelakukan sesuatu yang memusnahkan bumiyang tercinta kita. Kecuaian manusia adalahseperti yang berikut.

Proses Pembandaran

• Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan.

• Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit.

• Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.

• Aktiviti-aktiviti seperti ini telah menyebabkan berlakunya banjir dan tanah runtuh.

• Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah.

• Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung.

• Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku. Pada masa yang sama, tanah runtuh juga akan berlaku.

Hakisan Sungai• Aktiviti manusia yang suka membuang

sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.

• Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak.

• Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

Pemusnahan Hutan• Manusia telah menjanlankan aktiviti

penebangan hutan secara tidak terancang.

• Hal ini menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan.

• Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai.

• Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak.

• Pada masa ini, limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

• Selain itu, kekurangan tumbuhan-tumbuhan juga akan menyebabkan keseimbangan ekosistem terjejas.

• Hal ini akan menyebabakan cuaca menjadi semakin panas dan kemarau serta pemanasan global akan berlaku.

• Pada masa yang sama, iklim yang melampau tinggi juga akan mendorong berlakunya kebakaran liar atau kebakaran hutan.

Sistem Peparitan Tidak Terancang

• Kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek telah menyebabkan pengaliran air tidak lancar.

• Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit.

• Dengan ini, banjir kilat akan berlaku.

Kemsimpulan

Kesimpulannya, kecuaian manusiasendiri telah menyebabkan berlakunyabencana alam. Manusia haruslah memainkan peranan dalam menjaga bumi yang tercinta ini.Sebelum bertindak, manusia patutlah berfikir dahulu,jangan melakukan sesuatu

yang akan memusnahkan bumi kita.

TamatDisediakan oleh:ANG SE YENFAIZUL BIN MAT YAZID

top related