belanjawan modal reviu

Post on 07-May-2017

222 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Belanjawan Modal 0195411872

Syarikat Lahmar sedang membuat pertimbangan untuk projek yang melibatkan pelaburan RM2 400 000 selama 8 tahun

atas sebuah mesin. Pada akhir tahun ke lapan, projek ini akan ditamatkan dan mesin ini tidak mempunyai baki sisa.

Projek ini menjanjikan pulangan setiap tahun seperti berikut:

Hasil jualan RM3 000 000

Tolak: kos berubah RM1 800 000

Margin caruman RM1 200 000

Tolak: Kos tetap

Belanja iklan, gaji dan lain-lain RM700 000

Susut nilai RM300 000

Jumlah kos tetap RM1 000 000

Untung bersih RM 200 000

Kadar diskaun syarikat ialah 12%

Dikehendaki:

1. Hitungkan aliran tunai bersih setahun daripada pelaburan projek ini.

2. Hitungkan nilai kini bersih projek. Berikan cadangan sama ada terima atau tidak pelaburan ini berasaskan NKB.

3. Hitungkan Tempoh Bayar Balik (TBB) projek di atas.

Cadangan

1. Aliran tunai bersih setahun

Hasil jualan RM3 000 000

Tolak: kos berubah RM1 800 000

Margin caruman RM1 200 000

Tolak: Kos tetap

Belanja iklan, gaji dan lain-lain RM 700 000

Untung bersih setahun RM 500 000

Nota: susut nilai bukan aliran tunai bersih maka amaun susut nilai diambil keluar daripada pengiraan aliran tunai

bersih

2. Memandangkan aliran tunai bersih yang sama bagi setiap tahun, maka penggunaan nilai kini anuiti boleh diguna

Dalam pengiraan NKB

Butiran Tahun Aliran Tunai Bersih Kadar Diskaun (12%) Nilai Kini (RM)

Pelaburan atas mesin 0 RM (2 400 000) 1.000 (2 400 000)

Aliran tunai masuk bersih 1-8 RM 500 000 4.968 2 484 000

Nilai kini bersih 484 000

3. Tempoh Bayar Balik = Pelaburan atas mesin = RM2 400 000 = 4.8 tahun

Aliran tunai masuk tahunan RM 500 000

top related