bayi genius akhir zaman akad jual beli - ipn...
Post on 06-Mar-2019
289 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
1
AKAD JUAL BELI :
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
2
PRAKATA
Sudah lebih tiga tahun saya berkongsi ilmu dan pengalaman dengan
masyarakat Islam berkaitan menghafal al-Quran pada bayi mengguna
pakai kaedah DarwishDarwisya. Selama jangkamasa itu, beribu peseta
diseluruh negara menghadiri seminar yang saya namakan ‘Seminar Asas
Menghafal Al Quran Dari Bayi’. Syukur Alhamdulillah dari maklumbalas
yang saya terima,perkongsian pengalaman dan ilmu ini mendapat kata
baik dan sokongan dari para Alumni.
Perkara yang dibentang dan dihidangkan adalah dari pengalaman saya
mendidik Darwisya dan Darwish menghafal al-Quran bermula dari bayi.
Saya kongsikan pengalaman berpandukan Islam dan ilmiah. Kaedah dan
gayacara yang wujud darinya saya pergunakan didalam membina minda
dan kebolehan bakat mereka. Juga, saya selalu menyarankan
mustahaknya penjagaan yang baik oleh ibu diperingkat hamil lagi untuk
melahirkan bayi dan sejurusnya anak yang boleh dibentukdidik
menghafal al-Quran.
Soroton daripada saranan ini, banyak maklumbalas saya terima yang
bertanyakan akan kaedah penjagaan khusus semasa kehamilan. Saya
terpanggil dengan soalan ini dan Alhamdulillah dengan izinNya maka
terbitlah buku ini yang menjawab persoalan tersebut.
Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan masyarakat Melayu kita
kurang membaca, lebih-lebih lagi jika subjek yang dibaca agak berat dan
teknikal. Keadaan ini lebih mencabar jika melibatkan rujukan dan
analisis serta bereksperimentasi atau mengamalkan ilmu tersebut untuk
melihat keberhasilannya.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
3
Oleh itu, saya berusaha mengumpul dan menyediakan ilmu untuk
pembaca semua agar memudahkan penghayatan bahawa diperingkat
kehamilan lagi janin perlu dijaga mesra untuk melahirkan Bayi Genius.
Semua wanita mempunyai pilihan untuk melahir dan mewujudkan Bayi
Genius. Yang diperlukan adalah ilmu pengetahuan dan gayacara serta
kaedah yang boleh diterima pakai.
Seperti kaedah DarwishDarwisya, asas yang saya tonjolkan adalah
perkongsian pengalaman saya sendiri. Saya telah melaluinya dan
mencapai hasil yang menggalakkan. Syukur Alhamdulillah, dengan
berkat rahmatNya, Allah s.w.t. telah membuka hati dan minda saya juga
tentang kaedah menjaga diri dan janin semasa didalam kandungan
dengan baik. Dan saya terpanggil untuk berkongsi ilmu dan pengalaman
yang dikurniakan ini didalam buku Bayi Genius Akhir Zaman dengan
anda.
Saya gabungkan pengalaman yang saya ada berdasarkan Islam dengan
penyelidikan ilmiah terutamanya dalam bidang sains embrio dan
psikologi. Pengalaman ini juga merangkumi pemakanan dan
tumbesaran otak. Ilmu penyelidikan Barat saya sulamkan bersama.
Buku ini bukan buku ilmiah. Buku ini bukan disusunkan untuk kertas kaji
selidik bagi mendapatkan Phd. Buku ini adalah perkongsian pengalaman
saya sendiri. Jika terdapat ada apa apa kekurangan, dan pandangan,
saya sanjungi maklumbalas dan teguran yang boleh disalurkan terus
kepada saya di linakarim2@gmail.com. Yang kurang itu dari saya
manusia biasa. Yang sempurna dan yang terbaik hanya dari Allah s.w.t.
Sama-sama kita memanjatkan doa memohon agar Allah s.w.t.
membantu dan merestui usaha kita hambaNya bagi melahirkan Bayi
Genius dan anak anak fasih dan cintakan al-Quran. Amiiin
Wassallam.
Lina Karim
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
4
KANDUNGAN
3 Pengenalan
13 Senario Akhir Zaman
22 Hanya Ibubapa Terpilih
34 Menarik Hidayah Allah s.w.t
39 Menarik Anugerah & Rahmat Allah s.w.t.
49 Hormon Oxytoxin dan Cortisol
57 Paradigma Semasa dan Kesannya Terhadap Kandungan
67 Pendidikan Janin Dalam Kandungan
78 Kalimah Yang Menggetarkan
85 Pemakanan
101 Gelombang Alpha dan Theta
115 Gangguan Jin , Iblis dan Syaitan
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
5
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah segala pujian bagi Allah s.w.t dengan
limpah kurniaNya buku ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Terima kasih juga kepada suami tercinta yang sangat memahami
diri dan niat saya untuk berkongsi dengan masyarakat akan
pengalaman dan pengetahuan saya dalam bidang ini. Beliau
sentiasa memberi dorongan, sokongan dan semangat serta
pendapat hingga buku ini dapat dihasilkan. Terima kasih kerana
mengizinkan isterimu bercerita sedikit dari kisah rumahtangga
kita berkongsi pengalaman sebagai pengajaran yang diharapkan
dapat memberi manfaat kepada mereka. Terima kasih juga
kepada anak-anak tersayang, Darwish dan Darwisya, yang
‘dipaksa’ untuk memahami mamanya yang asyik melekat di
hadapan komputer untuk menaip. Maafkan mama kerana
mencuri sedikit masa daripada kalian untuk menyiapkan buku ini.
Saya telah mencuba sebaik mungkin mencurahkan pengalaman
dan pengetahuan yang ada untuk dikongsikan dengan anda
sekalian. Jika ada kekhilafan dan kekurangan, itu adalah dari saya
dan maaf dipinta. Segala kebaikan dan kesempurnaan pula
adalah datang dari Allah s.w.t. Selamat Membaca
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
6
PENGENALAN
.
KISAH SAYA
Bukan mudah untuk saya mendapatkan 2 cahaya mata yang ada
ini. Saya menunggu selama 7 tahun!. Sebagai anak yang sulung
dalam keluarga, tentu sahaja perasaan itu meluap-luap setiap kali
adik-beradik dan sahabat andai yang sudah berkahwin
menambah cahaya mata dalam keluarga mereka. Dahulu saya
fikir perasaan itulah yang menyebabkan saya berselisih pendapat
dengan suami dalam banyak perkara. Yang menjadi lebih teruk
bila perselisihan ini melibatkan keluarga pula. Hampir sahaja
rasanya perkahwinan saya diambang kemusnahan. Rupa rupanya
Allah s.w.t. mengajar saya satu ilmuNya dengan pengalaman
tersebut. Seorang Ustaz, kawan baik suami saya memaklumkan
kepada kami bahawa saya telah disihir oleh seorang lelaki untuk
kami bercerai. Saya tidak percaya pada mulanya bila diberitahu.
.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
7
Saya bukanlah jenis yang mempercayai secara terus akan perkara
ini pada waktu itu. Mungkin kerana pendidikan saya yang dari
sekolah hinggalah ke peringkat Universiti pengkhususan dalam
bidang sains, maka saya mahukan bukti fizikal yang boleh dilihat
dengan mata menyebabkan saya sukar untuk mempercayai ia
berlaku pada diri saya. Lebih lagi saya mempunyai sindrom ‘Ia
hanya berlaku pada orang lain dan tidak akan berlaku pada diri
saya’ menyukarkan lagi untuk saya mempercayainya. Sebagai
menjaga hati suami, saya mengikutnya untuk berjumpa Ustaz
dari Pusat Perubatan Islam yang agak terkenal di Malaysia ini. Di
dalam sesi ‘perubatan’ yang dilakukan, saya melihat Ustaz
‘berbual’ dengan jin dan bertanya soalan kenapa dan mengapa
mereka merasok dan ‘mengawal’ diri saya. Apa tujuannya dan
atas arahan siapa?. Semuanya terjawab dan usaha ‘pembersihan’
dilakukan. ‘Pergaduhan’ dan ‘pembunuhan’ jin berlaku dengan
bersenjatakan ayat suci al-Quran. Ia memang diluar kemampuan
akal untuk difikirkan. Tetapi itulah pengalaman saya. Ustaz
tersebut mengingatkan saya bahawa walaupun ketika itu ianya
dirasakan selesai, sihir yang baru boleh didatangkan semula.
Maka, kuatkanlah amalan diri saya sendiri. Memang benar
kejadian itu berulang lagi. Bayangkan berapa kalilah mahu kita
berulang untuk berubat jika diri sendiri tidak kuat? Orang yang
menyihir tidak pernah penat kerana mungkin kemahuan yang
kuat.
Kejadian itu sungguh menyedarkan bahawa saya sangat alpa.
Saya sebenarnya orang yang jahil. Orang yang lalai. Orang yang
leka. Rugi diri. Kurang sekali saya mengingati Dia. Kurang sekali
saya mengingati hidup ini hanya sementara. Saya dengan dunia
saya yang mempunyai pandangan yang dangkal. Saya adalah
seorang yang lupa akan musuh-musuh manusia. Musuh yang
tidak boleh dilawan dengan hanya kekuatan akal tetapi perlu
dengan kekuatan hati yang penuh beriman pada Allah s.w.t. Dari
situlah bermula titik tolak saya menghampiriNya. Saya tidak lagi
menginginkan apa yang saya inginkan sebelum ini. Saya sudah
redha dengan ketentuan Allah s.w.t. jika Dia menentukan saya
tidak punya zuriat yang datang dari rahim saya ini.
Sudah sebulan berlalu dari masa saya menemui ustaz yang
menolong menyelesaikan masalah sihir dengan izin Allah s.w.t.
Sudah sebulan juga saya seolah melalui hidup di ‘dunia baru’
yang lebih tenang. Sesuatu yang tidak pernah saya rasakan
sebelum ini. Paling menggembirakan, saya menemui doktor dan
mengesahkan saya hamil!
Suatu keajaiban! Allah s.w.t. menghadiahkan saya zuriat setelah
30 hari saya menyerahkan diri kepadaNya. Ini adalah bayi yang
saya tunggu tunggu dengan segala usaha yang melelahkan
sebelum ini. Apa sahaja yang membolehkan kami mendapat
zuriat, segalanya kami cuba. Namun Allah s.w.t. tidak
mengizinkan sehinggalah saya menyerahkan diri kapadaNya.
Bagi saya, ia adalah takdir yang seterusnya menentukan
perjalanan anak saya ke tahap ini. Permulaan yang penuh
kesedaran kepadaNya menyebabkan saya sangat berhati-hati
semasa dalam tempoh kehamilan itu. Rasa syukur yang tinggi
menyebabkan saya mahu melakukan apa sahaja untukNya. Saya
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
8
sedar bahawa apa sahaja boleh berlaku pada kandungan dan
tidak semestinya semua kehamilan itu akan berakhir dengan
kelahiran seorang bayi yang dinantikan itu. Maka pergantungan
yang kuat dan tinggi terhadap Allah s.w.t. yang tidak pernah
saya lakukan dalam hidup, saya lakukan dengan taksub ketika itu.
Jika diperhatikan, tidak semua ibu hamil mempunyai emosi yang
sama dalam mengharungi kehamilan. Ada yang merungut
dengan kehamilan yang menambah satu lagi mulut untuk disuap
dalam keluarga, ada yang ‘biasalah adat orang berkahwin
mestilah mengandung dan dapat anak’, ada yang kehamilan itu
sesuatu yang sangat dinantikan dan sebagainya. Keadaan ini
memberi impak pada perasaan bayi. Samaada mereka ini
dimahukan, tidak diperlukan, kedatangan mereka itu
menyusahkan atau menggembirakan, semuanya akan memberi
kesan kepada bayi. Fikiran yang tercetus dalam minda kita akan
mengeluarkan gelombang elektrik antara neuron. Isyarat (signal)
yang terjadi akan sampai pada bayi dalam kandungan pada kadar
yang sangat cepat.
Berbalik kepada diri saya, setelah kawan saya mengetahui saya
mengandung, mereka menghadiahkan sebuah set CD lagu
Mozart untuk diperdengarkan kepada kandungan saya. Saya
berada dalam lingkungan kawan yang agak moden dan mereka
tidak tahu akan perubahan kerohanian yang berlaku pada diri
saya. Saya masih kelihatan seperti biasa pada mereka. Lagu
Mozart tersebut tidak pernah sekali pun saya buka setakat saya
menulis ini. Ia masih tersimpan dengan baik. Telinga saya sudah
tidak boleh menerima lagu. Saya lebih suka mendengar al-Quran
ketika kemana-mana memandu kereta. Selalu juga saya
menangis ketika mendengar alunan al-Quran dan saya tidak tahu
sebabnya. Maka saya mengingati ayat apa yang saya tangiskan
itu, bila sampai dirumah saya akan mencari terjemahannya. Saya
tidak tahu kenapa saya menangis mendengar kerana tidak faham
apa yang dibacakan tetapi bila balik saya merujuk semula ianya
adalah tempat yang layak untuk ditangisi. Janganlah kita
memandang rendah melihat orang menghafal al-Quran tanpa
tahu maksudnya kerana dengan kehendak Allah s.w.t. tanpa tahu
itu juga boleh menyentuh hati untuk mengeluarkan air mata.
Satu sifat saya adalah saya lebih suka duduk berseorangan dari
keluar bersama kawan. Ya, sebenarnya, saya lebih suka
bersendirian dan tidak gemar berkawan samada dialam nyata
atau dialam maya (internet). Walaupun zaman saya, emel dan
facebook telah pun wujud, saya memilih untuk menyendiri
dengan erti kata yang sebenar. Lebih suka duduk dirumah dari
bersidai di tepi tepi pagar atau di tembok rumah mahupun
bertandang ke rumah jiran. Ia bukanlah satu perkara yang saya
gemari kecuali ada urusan yang penting dan mustahak. Saya
mempunyai kawan yang boleh dikatakan setiap minggu ada
‘womens day out’ dimana mereka berkumpul dan berbual santai
bersama-sama, samada dirumah atau di café. Mereka tidaklah
melakukan apa-apa yang salah, namun dibelakang minda saya,
ianya adalah suatu yang membuang masa. Benar, ia boleh
menjalinkan ukhuwah sesama wanita Muslim yang lain. Namun ia
akan mengundang pelbagai masalah lain. Jika berjumpa dirumah
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
9
masing-masing akan menjadi fitrah mata wanita yang mahu
melihat perhiasan dan cara hias menyebabkan kita tidak senang
duduk selagi tidak boleh melihat seluruh rumah. Jika hiasan
mereka lebih baik daripada kita, kita akan terpesona dan teringin
untuk memiliki yang serupa. Jika perhiasan mereka kurang baik
pula, akan timbul rasa bangga dalam diri kita. Ia akan
menimbulkan rasa membanding dan berbanding dengan diri kita
sendiri. Lihat sahaja ditempat kerja sewaktu kita keluar makan
tengahari bersama kawan-kawan, waktu itulah cerita
rumahtangga akan keluar bagi mereka yang sudah berkahwin. Si
A akan berkata, suaminya orang yang sangat mudah dan tak
cerewet; pergi ke pejabat dengan baju yang digosok sendiri,
makan apa yang ada dan kadang-kadang suaminya yang
memasak sendiri. Yang B pula komplen menggosok bertimbun-
timbun setiap cuti hujung minggu. Suami dia tidak mahu makan
diluar. Hanya mahu makan masakan isteri. Ini menyebabkan dia
memuji suami si A. Berjumpa dengan kawan-kawan diluar waktu
pejabat bukan seperti berjumpa di bilik mesyuarat dimana kita
tahu minit dan objektif yang perlu dibincangkan sepanjang
mesyuarat. Kita akan diingatkan jika apa yang dibincangkan lari
dari fokus dimana ianya jarang berlaku jika kita sudah biasa
dengan dunia korporat. Diluar, wanita akan berjumpa tanpa ada
apa-apa agenda untuk dibincangkan sebelum berjumpa. Terserah
pada arah angin untuk membawa perbincangan ke mana pada
hari tersebut. Ia mungkin boleh membawa kepada mengumpat
dan fitnah yang diluar kawalan kita. Jika kita cuba bagaimanapun
untuk menjaga diri daripada mengumpat, akhirnya kita akan
terjebak juga dalam fitnah dan umpatan sebagai pendengar
kepadanya.
.
Maka sebab itu saya sering mengelak jika diajak hingga akhirnya
saya digugurkan dari senarai ‘kumpulan’ mereka.
Hidup saya yang biasa berseorangan jika tiada suami disisi,
menyebabkan rasa keseorangan itu lebih manis setelah
mengenal Allah s.w.t. dengan erti kata yang sebenar.
Saya bukanlah orang yang beruntung mempunyai latar belakang
keluarga yang kuat agama. Tiada seorang pun hafiz atau hafizah
dalam lingkungan saudara mara saya setakat ini. Suami pula
seorang yang berketurunan Cina. Ibunya seorang mualaf Cina.
Nenek saya seorang buta huruf tidak tahu membaca apa-apa
tulisan termasuk al-Quran. Kami bukanlah pasangan yang ideal
untuk melahirkan hafiz atau hafizah mengikut kacamata
manusia. Genetik kami tiada yang tersangkut kearah itu.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
10
Saya telah membaca buku “10 bintang’ sebuah buku dari
Indonesia yang menceritakan tentang pasangan suami isteri yang
berjaya mendidik 10 orang anak mereka menjadi hafiz/hafizah.
MasyaAllah, memang sangat sesuai penceritaan takdir mereka
seperti itu kerana mereka sendiri datang dari keluarga yang kuat
perjuangan dan pegangan agamanya. Begitulah ceritanya bagi
mereka yang digelar ilmuan hebat dizaman kegemilangan Islam
dahulu. Mereka datang dari keluarga yang kuat agamanya. Jauh
sekali jika dibandingkan diri saya yang baru sahaja belajar untuk
menghampirNya.
Namun saya berpegang kuat bahawa… ‘Jangan berpandangan
dangkal atau pendek. Pandanglah sejauh yang mampu. Kita
adalah berketurunan nabi-nabi. Kita adalah keturunan orang-
orang yang soleh. Semua kita adalah dari bapa dan ibu yang
sama. Adam dan Hawa. Genetik mereka berdua ada dalam diri
kita. Maka jangan berdalih dengan keturunan dan genetik’.
Saya masih ingat pada hari raya tahun 2011 ketika perjumpaan
dengan saudara mara saya di Kuala Lumpur, salah seorang dari
saudara kami, memang kami kenali sangat berminat mengkaji
tentang keturunan keluarga besar kami ini. Dia telah merantau
hingga ke tanah seberang mencari susur galur kami yang ramai.
Akhirnya pada tahun itu kami diberitahu bahawa keturunan ke 7
sebelum kami adalah seorang wali yang agak dikenali di
Indonesia. Dia selalu datang berdakwah di Tanah Melayu dan bila
tiba di Kuala Selangor dengan kapalnya, dia akan disambut oleh
orang disitu dengan majlis besar besaran. Kemudian dia
menyebarkan ilmunya setiap hari dan setiap malam pada orang
kampung. Begitulah ceritanya. Tetapi bagaimana pula nenek
saya yang lebih dekat dengan keturunan ke 7 buta huruf?; tidak
boleh membaca al Quran, jika benar dia juga berketurunan sama?
Jawapannya, berbalik kepada ibunya yang tidak mengajarnya.
Bapanya memang berilmu tinggi, tetapi ibunya pula adalah
tidak. Maka, nenek saya, iaitu anaknya tidaklah mempunyai
keistimewaan menjadi orang yang bijak dan berilmu saperti
bapanya hingga dia seorang yang buta huruf sehingga ke akhir
hayatnya. Ini menunjukkan ilmu itu bukanlah boleh
diperturunkan ‘hanya’ disebabkan dengan keistimewaan darjat
kewalian; tetapi, ilmu itu akan turun dengan usaha kita sebagai
ibubapa untuk menurunkannya kepada anak kita. Saya ingatkan
lagi sekali, bahawa setakat ini, tiada saudara mara saya samada
dekat atau jauh yang bergelar hafiz atau hafizah. Alasan ini tidak
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
11
sekali-kali menghalang saya untuk memulakannya dengan zuriat
dari rahim saya ini. InsyaAllah saya akan pastikan anak cucu
keturunan saya antara mereka yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk
menjadi umatNya yang mithali selagi diri ini bernafas. Itulah jihad
yang mampu saya lakukan untuk membuktikan cinta saya
kepadaNya. Saya pasti anda yang membaca ini juga adalah dari
keturunan yang pernah dikagumi kealimannya. Cuma, anda
tidak tahu tentangnya kerana tiada siapa mengkajinya. Paling
jauh keturunan yang ke 7 sebelum anda. Sejahat mana kita, ada
roh kenabian yang tersembunyi didalam diri yang pernah dimiliki
pada keturunan sebelumnya. Semoga para alim ulama keluarga
kita terdahulu yang telah pergi tersenyum melihat keturunan
mereka yang semakin menyimpang ini, kembali ke pangkal jalan
dengan usaha kita yang sedikit ini.
Ada yang lebih memeranjatkan lagi bila berbincang tentang
keturunan!. Percayakah anda, kita adalah keturunan bersusur
galurkan dari Nabi Ibrahim a.s? Nabi Ibrahim a.s. yang berumur
sangat panjang dan jauh berjalan berdakwah, telah sampai ke
negeri Champa dan berkahwin dengan seorang wanita Champa
bernama Qanturah. Kisah Qanturah ini dicatit dalam kitab asli
Injil. Mereka dikurniakan beberapa orang anak dan akhirnya
menjadi keturunan yang bertebaran di Timur peta dunia
sekarang ini. Isteri Nabi Ibrahim, Hajar dan Sarah masing-masing
melahirkan seorang Nabi. Diberitakan olih Nabi Muhammad
s.a.w.. Qanturah juga melahirkan keturunan hebat hebat.. yang
akan bersama umat Nabi Muhammad akan datang, membentok
bangsa Timur bagi menjulang kebangkitan Islam kembali..
Wallahualam.
Cerita ini mungkin akan mengundang banyak kontroversinya.
Saya percaya ada juga yang akan membidas.. Kesimpulan yang
ingin saya sampaikan adalah… apa yang akan terjadi pada masa
hadapan tidaklah dalam genggaman kita. Tetapi apa yang terjadi
pada masa lalu adalah fakta. Percayalah bahawa setiap kita
mempunyai potensi menjadi umat soleh/solehah. Kita bolih
melahirkan anak yang soleh/solehah. Kita bolih mewujudkan
keluarga yang alim dan tinggi ilmu mentaati Allah s.w.t.. Saya
percaya akan genetik ini ada pada setiap diri kita. Cuma ia
terpendam tanpa sesiapa yang mencari gali didalam diri mereka.
Ibarat cerita seekor helang yang mengeram telurnya di atas
tanah tinggi; pada suatu hari berlaku gempa bumi menyebabkan
telor itu bergolek ke lembah dan dijumpai oleh seekor ibu ayam.
Ibu ayam itu menyangka telur itu mungkin kepunyaannya yang
terkeluar dari tempat eraman kerana gegaran tadi. Dia berusaha
meletakkan balik telur burung helang itu bersama telur ayamnya
yang lain dan mengeramkannya. Bila tiba masa menetas,
keluarlah seekor anak helang bersama anak anak ayam.. Mereka
membesar bersama. Setiap kali anak ayam dan anak helang ini
melihat burung helang berterbangan di awan biru, mereka selalu
berkata sesama mereka, ‘betapa seronoknya dan betapa
bebasnya jika kita dapat terbang tinggi seperti itu!’ Begitulah
mereka sehinggalah semuanya mencapai dewasa. Ya, helang
tersebut membesar dengan kekaguman pada spesisnya sendiri
yang terbang bebas diangkasa. Dia dibumi terus mengangankan
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
12
bolih terbang bebas tanpa sedikit pun berusaha untuk
mencubanya. .Paradigma dan ‘ mental block’ mengabusi potensi
sebenar. .
Kita tak mahu jadi helang yang berfikiran ayam. Kita adalah
manusia terpilih. Berusahalah untuk terbang seperti helang yang
genetiknya difitrahkan Allah s.w.t. bolih melayari bayu terbang
tinggi bebas diangkasa. Lakukan peralihan paradigm.
Mengapa tajuk saya Bayi Genius Akhir Zaman?
Perkataan genius bermaksud sangat pintar atau kepintaran yang
luar biasa. Luar biasa? Apa yang luar biasanya pada anak-anak
saya hingga saya layak untuk menulis buku ini dengan tajuk ini?
Sebenarnya itu adalah anggapan orang luar terhadap anak saya.
Mereka melihat anak saya genius apabila anak saya boleh
mengenal huruf pada umur 1 tahun, membaca dan menghafal Al
Quran pada umur 3 tahun sehingga mendapat sijil hafazan 30
surah pada umur 3 tahun itu juga. Dilanjutkan dengan hafazan
surah panjang pada umur 4 tahun dan seterusnya setakat buku ini
ditulis, Darwisya berumur 6 tahun telah menghafal 4 Juzuk Al
Quran dan Darwish yang berumur 5 tahun telah menghafal lebih
tiga Juzuk Al Quran setakat ini
.
Mereka juga boleh bertutur dan membaca dengan lancar dalam 2
bahasa pada umur 5-6 tahun iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu. Penguasaan bahasa ketiga iaitu Bahasa Arab adalah
sederhana dan masih sedang belajar bahasa tersebut dari
seorang guru Timur Tengah. Dalam bidang matematik pula, anak
sulung saya pernah memenangi Top 40 Award dari 2000 peserta
didalam pertandingan International Mental Arithmetic
Competition pada umur 6 tahun yang diadakan pada tahun 2012
yang lepas. Darwisya mempelajarinya cuma 3 bulan sahaja
mengalahkan mereka yang telah bertahun mempelajarinya.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
13
Adakah anak saya dikira genius atas sebab-sebab ini? Mungkin
bagi tangapan orang luar.Tetapi, bagi saya genius adalah lebih
dari itu. Ia adalah apabila seseorang itu diberi hikmah oleh Allah
s.w.t. yang Maha Bijaksana dalam hidupnya. Genius seperti
Luqmanul Hakim dan anaknya.
Contohnya, saya mengatakan anak saya genius apabila saya
memujuk Darwish untuk berhenti bersolat kerana kasihan
melihat dia menangis keletihan berdiri terlalu lama semasa solat
tarawih yang panjang dan melenguhkan. Ketika itu umurnya baru
menginjak 4 tahun. Bagi saya solat wajib pun tidak diwajibkan
lagi untuknya, apa lagi solat sunat. Namun dia berkeras untuk
menghabiskannya. Inilah genius bagi saya. Sesuatu yang tidak
saya ajarkan padanya. Malah saya pula yang mahu
membantutkannya. Namun dia membuat pilihannya itu atas
hikmah yang Allah s.w.t. berikan padanya. Itulah genius pada
saya. Luarbiasa! Dia akan ke surau setiap hari dalam Ramadhan
tanpa pernah meninggalkan sehari pun kecuali ada beberapa hari
kerana sakit.
Darwisya pula saya katakan Genius kerana ketika umurnya
hampir 4 tahun di sekolah tadika, guru tadikanya menyuruh
semua kanak-kanak dikelas membuat bulatan dan memegang
tangan rakan, dia tak mahu dan menangis. Gurunya musykil dan
bertanya. Darwisya menjawab ‘I don’t want to hold boy’s hand,
haram’. Sebelum itu tidak pernah saya memberi ceramah
tentang bersentuhan dengan bukan mahram pada anak saya
yang baru berumur 4 tahun adalah haram. Ia adalah satu yang
tidak saya ajarkan. Dia menangis kerana Allah telah memberinya
hikmah untuk melakukan perkara yang betul dari umur yang
muda. Itu adalah genius!
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
14
Banyak yang berlaku dan tidak terhitung nikmat Allah s.w.t.
keatas anak-anak saya. Saya percaya itu adalah ‘hadiah’ dari
Allah s.w.t. yang saya raih pada umur mereka sangat muda
kerana benar-benar menjaga diri ketika hamil. Disinilah saya
ingin berkongsi pengalaman saya melalui tempoh kehamilan,
amalan saya dan juga ilmu yang saya timba dari pembacaan dan
pencarian yang menyebabkan saya mengamalkannya untuk diri
saya sendiri. Ia bukanlah sesuatu yang tetap, tetapi ia adalah
rangka untuk kita berfikir apa pengisian yang perlu untuk
merangsang janin dan apa tindakan dan pemikiran kita yang akan
memberi kesan kepada janin. Setiap apa ibu hamil rasai, alami
dan lalui dalam tempoh kehamilan itu, akan memberi kesan
kepada paras Adrenalin, Encephalins dan Endorphins yang pada
penghujungnya akan memberi kesan kepada otak janin yang
sedang dalam pembinaan. Ianya akan memberi kesan kepada
synapse pada otak bayi. Kehamilan dan apa yang berlaku
didalam tubuh kita dengan bayi yang membesar adalah seperti
sebuah misteri yang masih tidak dapat disingkap oleh manusia.
Penjagaan semasa hamil benar benar akan mempengaruhi
pentumbesaran otak bayi.
Genius bagi saya adalah mereka yang terdorong untuk
melakukan kebaikkan dengan sendirinya tanpa perlu di beritahu
atau dileter. Atau lebih tepat dikatakan … mendapat hikmah dan
keberkatan Allah s.w.t..
Ya, semua bayi mempunyai kepintaran luar biasa jika siibu tahu
bahawa mereka sebenarnya memegang anugerah yang
menunggu masa untuk dikeluarkan dari diri anak mereka. Tetapi
untuk melahirkan BAYI GENIUS , para ibu amat perlu
menitikberatkan penjagaan teliti dan rapi penuh insaf dan
tawadhuk sepanjang jangka kehamilan terhadap Pencipta ia itu
Allah s.w.t..
InsyaAllah ilmu yang kita cari dan perolihi, kita amalkannya
dengan penuh tawakkal, menjana kekuhan iman yang dirahmati
dan diberkati Allah s..w.t. yang dapat melahirkan BAYI GENIUS
AKHIR ZAMAN. Amiiin.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
15
BAB 1 SENARIO AKHIR ZAMAN
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
16
Karya penulisan saya ini saya persembahkan kepada junjungan
kita Nabi Muhammad s.a.w, yang telah memperingatkan
segenap umatNya akan kejahatan iblis dan Dajjal di akhir zaman
ini.
Baginda s.a.w. bersabda :
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah di muka
bumi ini sejak Allah s.w.t. menciptakan Adam a.s dan
keturunannya, yang lebih dahsyat dari Dajjal. Dan Allah s.w.t.
tidak mengutuskan seorang rasul atau nabi kecuali untuk
memperingatkan umatnya dari kemunculan Dajjal.
Aku adalah nabi terakhir, dan kamu sekalian adalah umat terakhir
pula. Dajjal pasti keluar dari kalangan kamu sekalian. Jika ia keluar
sedang aku ada diantara kamu, maka aku akan mengalahkannya
dengan hujjah dan kemampuanku. Jika ia keluar setelah aku tiada,
maka setiap orang menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk
mengalahkan musuhnya. Allah adalah penggantiku bagi setiap
Muslim”.
(Dari sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh seorang
sahabat agung, Abu Umamah r.a. Hadis ini dikeluarkan juga oleh
Ibnu Majah dalam ‘Musnad’nya. Ia menilai hadis ini sahih. Juga
Ibnu Khuzaimah dan al Hakim keduanya mengeluarkan hadis
tersebut)
Rasululllah s.a.w. amat bimbang dengan keadaan manusia
keseluruhannya hingga baginda dalam hadis ini tidak memanggil
dengan nama khusus seperti ‘Wahai segenap umat Islam’ atau
‘Wahai orang-orang mukmin’ atau ‘Wahai orang-orang yang
beriman’. Baginda menggunakan perkataan ‘sekalian manusia’.
Namun, perkara yang menakutkan, kebimbangan baginda ini
sedikit sekali berada dihati umat Islam pada hari ini. Ramai yang
tidak merasa ada apa-apa perlu dibimbangkan. Ini kerana hidup
telah terlampau keduniaan. Semoga kita pula adalah antara
orang yang tahu dan bersama merasai kebimbangan dengan
baginda.
Masa seperti pedang, jika kamu tidak pantas
meninggalkannya, ia akan memancung kamu.
Pepatah Arab
Seorang sahabat saya pernah beranalogi.. hidup ini bagai
sekeping rekod piring hitam. Permulaannya rekod dimainkan,
pusingan adalah besar dan lambat kerana garis diameter yang
besar tetapi semakin lama ianya makin mengecil menyebabkan
untuk membuat satu pusingan semakin cepat dan menuju ke
lubang tengah.
Kalau kita lihat manusia zaman dahulu yang ada peninggalan
zahirnya hingga sekarang, contoh kubur Nabi Daud a.s., Nabi
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
17
Ishak a.s., Nabi Musa a.s. jika dilihat panjang kuburannya adalah
dalam 12 kaki – 15 kaki panjang.
.
Makam nabi Daud di Israel
Bayangkan ketinggian mereka ketika hidup. Direkodkan hayat
mereka juga panjang hingga ada yang mencecah ribuan tahun.
Namun sekarang manusia semakin mengecil dan jangkahayat
kita semakin pendek. Jika ada yang lebih dari 100 tahun maka
ianya masuklah rekod dunia sekarang. Bukankah ianya bagai
piring hitam yang sedang bergerak menuju ke lubang tengah?
Oleh kerana putaran semakin pendek dan semakin pantas, maka
kehidupan semakin cepat kelihatan perbezaan dari semalam ke
hari ini. Setiap zaman yang berdekatan, contohnya zaman kita
dan anak-anak kita terlampau banyak perbezaannya. Saya masih
ingat dizaman saya, bila mula ke sekolah pada tahun 80an, kami
benar-benar tidak pernah memegang apa yang kanak-kanak
dizaman ini pegang. Tidak tahu apa itu komputer, laptop, ipad,
ipod, handphone, psp dan sebagainya yang semakin hari semakin
canggih. Saya mula melihat komputer ketika disekolah
menengah di lab sekolah. Kini zaman telah berubah. Bayi baru
lahir sudah dihiburkan dengan gadget-gadget canggih ini
disekeliling mereka.
Memang teknologi ini datang dan diwujudkan Allah s.w.t.untuk
kita dizaman ini. Dunia semakin pendek umurnya. Dengan
teknologi ini, Allah memberi ‘tanda’ dan ‘peluang’ kepada
manusia untuk memperbuat sebanyak mana pahala atau
sebanyak mana dosa sepantas yang mungkin kerana waktuNya
semakin singkat. Jika dulu dosa boleh dilakukan jika seseorang itu
mula melangkah keluar rumah. Kini didalam rumah, disebuah
bilik kecil yang gelap juga boleh melakukan dosa dengan adanya
sambungan internet dan alatnya. Itulah zaman anak-anak kita.
Zaman yang penuh misteri yang tidak dapat dibayangkan dahulu
tetapi pernah diberitakan oleh Rasulullah s.a.w.
Membesarkan anak di zaman generasi yang semakin merudum
dengan masalah sosial ini bukanlah satu perkara yang boleh
diambil mudah. Sudah lupus zaman dimana ibu pergi ke sawah
bendang, bapa pergi ke laut dan anak akan jadi baik-baik sahaja
dirumah. Hasil usaha tanpa jemu syaitan dan iblis, masyarakat
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
18
hari ini berada dalam keadaan semakin tenat. Sebagai contoh
dalam hal maksiat perzinaan, mengikut statistik dari tahun 2006
hingga 2010, anak luar nikah dari pasangan yang beragama Islam
meningkat dari 13,545 (2006) kepada 17,490 (2010). Statistik ini
meningkat dari tahun ke tahun tanpa menunjukkan sebarang
petanda ia akan menurun setakat buku ini ditulis.
Inilah statistik kejayaan iblis dan syaitan yang semakin kuat
berusaha bila memikirkan masa mereka juga semakin pendek
untuk mendapatkan seberapa ramai lagi manusia yang mungkin
tujuannya untuk mereka ‘banggakan’ di hadapan Allah s.w.t. di
neraka akhirat nanti sebelum waktu dunia ini ditamatkanNya.
Memang kita tahu mereka adalah musuh nyata kita, anak-anak
kita dan seluruh umat manusia. Tetapi kita sentiasa terlupa
tentang kewujudan mereka bersama dendam kesumat yang
terpendam lama. Mungkin kerana mata kasar kita yang tidak
dapat melihat mereka. Ditambah pula dengan kealpaan dengan
dunia yang hiruk pikuk dan kehidupan yang padat. Sayang sekali
manusia lupa tujuan mereka dihidupkan didunia. Sumpah
keramat iblis dan syaitan ini tercatit didalam al-Quran yang
diturunkan untuk mengingatkan kita dan mengambil pengajaran
darinya.
Firman Allah dala (Surah Isra 62-64) :
Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang
Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku
hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan
zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya) (62).Allah s.w.t.
berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau
rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka,
maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua,
sebagai balasan yang cukup (63)."Dan desak serta pujuklah sesiapa
yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah
penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki
untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka
dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan
janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang
dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata"
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
19
Kita cuma beringat akan kewujudan mereka bila sudah berada
dalam ketakutan yang gelap di tengah lebuhraya yang
menaikkan bulu roma atau bila anak kesayangan menerima
gangguan. Juga apabila anak menangis tidak henti-henti setiap
maghrib atau tengah malam kerana diganggu mereka ini. Sayang
sekali ibubapa tidak melihat gangguan mereka sebenarnya lebih
dahsyat dari hanya menyebabkan bulu roma yang naik atau bayi
kita menangis dimalam hari didunia ini.
Sama-samalah kita menjiwai akan ‘permusuhan’ ini supaya kita
berhati-hati dalam mengorak segala tindakan. Selalulah beringat
akan kewujudan kita yang bernama manusia ini adalah
kewujudan yang didendami dan dicemburui oleh makhluk yang
bernama iblis dan syaitan. Ikrar sumpah mereka adalah perang
terhadap keturunan Adam hingga ke hari kiamat. Bukan satu
perkara mainan jika musuh itu dengan kurang ajarnya berani
bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan umat manusia.
Ditakdirkan umur mereka dipanjangkan Allah s.w.t.. Mereka
telah lama membuat kajian terhadap kelemahan manusia dari
zaman berzaman dan menggunakan maklumat ini dalam gerak
kerja menyesatkan manusia. Jalan kerja mereka sangat
bersistematik. Lihat sahaja statistik yang saya kongsikan.
Bermula dari saat pertama bayi dilahirkan keluar dari rahim ibu,
tentera iblis telah menunggu untuk mencucuk bayi manusia yang
baru lahir. Bermula dari situ mereka akan berusaha untuk
memalingkan keturunan Adam daripada ketaatan dan menghiasi
setiap kemaksiatan dengan keindahan dan kenikmatan. Iblis
bertungkus lumus bekerja bagi memastikan anak-anak Adam
terus terpedaya dan terperangkap dalam jerat mereka.
Firman Allah dalam Surah Ibrahim [22] :
Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu:
Sesungguhnya Allah s.w.t.telah menjanjikan kamu dengan janji
yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri
janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan
kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak
kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka
janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri.
Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat
menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah
kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku
denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang
meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang
tidak terperi sakitnya.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
20
Adanya dunia mereka mempunyai tentera yang berjalan kaki,
yang berkuda dan ada yang bergerak sepantas kilat dan
sebagainya, semuanya terlatih dengan ilmu yang mereka
kumpulkan mengenai manusia, dimanakah kelemahan dan
kekuatan manusia itu melalui pengalaman mereka berjuta-juta
tahun lamanya.
Sudah kita ketahui musuh kita dan anak-anak kita. Maka, sebagai
manusia yang berakal, sudah tentulah perancangan perlu
dirangka. Ini penting bagi memastikan umat Islam bangkit
semula secara bersama dalam melindungi diri dan memerangi
gejala akhir zaman yang dijangkakan semakin dahsyat setiap
detik berlalu. Semoga karya saya ini akan menyumbang sedikit
sebanyak tentang bagaimana dan seawal manakah persediaan
itu boleh dilakukan pada diri kita dan bakal zuriat kita. Anak kita
adalah generasi penerus selepas kita yang akan kita tinggalkan
kemudian untuk berdepan dengan ujian-ujian akhir zaman itu.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hampir tiba suatu
zaman apabila pelbagai bangsa dari dunia ini berkumpul
mengerumuni kamu seperti orang kelaparan mengerumuni
makanan”
Lantas para sahabat bertanya: “ Adakah situasi ini disebabkan
kerana jumlah kami sedikit ketika itu?’
Baginda menjawab: ”Kamu ramai, tetapi keadaan kamu seperti
buih di lautan dan Allah s.w.t.pasti akan mencabut perasaan gerun
terhadap kamu daripada musuh-musuh Islam serta Allah s.w.t.
akan melontarkan kedalam hati-hati kamu penyakit wahn”
Para sahabat bertanya lagi:”Apakah penyakit wahn tersebut wahai
Rasulullah?’
Baginda menjelaskan: Penyakit wahn ialah kamu terlalu cintakan
dunia dan sangat takut mati”
(Riwayat Ahmad)
Realiti hari ini memang jumlah umat Islam amat ramai diseluruh
pelosok bumi samada di dibenua Asia, Afrika, Eropah mahupun
Amerika. Virus wahn ini banyak merebak ke hati orang Islam.
Tidak dinafikan ada yang mempunyai antibodi yang kuat dan
bertahan. Namun ianya tidak banyak berbanding dengan yang
terkena virus ini. Liberisma yang menjajah Minda dan Jiwa
manusia zaman ini. Inilah masa untuk memulakan perubahan.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
21
Jangan pandang terlampau jauh dan terlampau besar kerana ia
akan kelihatan sukar untuk diubah. Pandanglah yang paling
hampir dan yang paling mudah untuk diubah iaitu diri kita dan
keluarga kita. Jika semua umat Islam memandang begitu,
InsyaAllah akan terjadilah keajaiban pada kedudukan Islam
dimata dunia di generasi yang akan datang.
Kita perlu ada suatu ‘ master mind’ untuk merangsang wanita-
wanita zaman ini melahirkan generasi baru dan mendidik
generasi yang sedia ada bagi dimanfaatkan dalam pembinaan
ummah yang akan datang yang kuat dan berwibawa. Kaum bapa
pula perlu memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya dalam
usaha kearah ini bagi merealisasikan kebangkitan Islam akhir
zaman.
Ilmu menyelamatkan kita dari segala macam tipu daya iblis dan
syaitan. Ilmu juga menjadi seseorang dengan hasil berbeza
dengan orang yang tidak berilmu dalam samada usaha
perniagaan, kerjaya dan sebagainya termasuklah dalam hal
mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Orang yang
berilmu akan mengetahui bahawa anak GENIUS dan BERIMAN
itu terbentuk 9 bulan sebelum ia dilahirkan. Dengan ilmu, mereka
mengerti bagaimana untuk mendidik janin yang berada didalam
rahim mereka dan meneruskannya selepas bayi itu keluar nanti.
Ilmu mendidik janin perlu ada pada setiap wanita Muslim
sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam rumah tangga lagi. Ia
adalah sumber bangkitnya satu bangsa atau kaum yang akan
datang. Dari seorang wanitalah dunia ini akan dipenuhi oleh
generasi yang akan menentukan kejayaan suatu kaum dimasa
yang akan datang dengan izinNya.
Segala apa boleh terjadi ketika bayi didalam rahim dengan
kehendakNya samada yang baik atau yang tidak. Berdoa dan
berusahalah sedaya upaya bagi kita mendapat berkatNya
melahirkan BAYI GENIUS.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
22
Ilmu mendidik janin perlu ada pada setiap wanita muslim
sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam rumah tangga lagi. Ia
adalah sumber bangkitnya satu bangsa atau kaum yang akan
datang.
Kalau dilihat buku ini ianya lebih menekankan kepada ibu yang
hamil daripada bapa kepada bayi dalam kandungan tersebut.
Sama dengan pendekatan Islam yang mengutamakan wanita
yang bergelar ibu untuk dihormati sebelum bapa, dengan
mengingatkan kita pengorbanan dan kesusahan ibu melalui
kehamilan, kelahiran dan penyusuan anak. Rasulullah s.a.w juga
menekankan perhatian, penghormatan dan kebajikan yang wajib
diberikan kepada ibu sebanyak 3 kali mendahului bapa.
Mengandung memerlukan persedian dan kekuatan dari aspek
fizikal, emosi kognitif dan spiritual siibu. Ia akan mempengaruhi
kehamilan dan janin yang terkandung didalamnya. Dalam banyak
senarai keperluan melahirkan anak yang bijak, yang paling utama
adalah kesediaan emosi dan psikologi siibu. Ia sangat banyak
mempengaruni kehamilan dan perkembangan janin. Sekalipun
pada zahirnya kesihatan fizikal tidak terjejas, namun bebanan
yang ditanggung oleh emosi dan perasaan siibu lebih terkesan
dan ianya sering diabaikan dalam mendidik janin.
Dari pengamatan, pembacaan dan pengalaman, saya rumuskan
keperluan ibu yang hamil untuk menerapkan 6 faktor yang saya
panggil faktor C.E.R.M.I.NTM . Cermin adalah singkatan untuk:
Cita-cita, Emosi, Rangsangan, Makanan, Imaginasi dan Nilai
Luaran.
C.E.R.M.I.NTM menyediakan kondisi terbaik bagi perkembangan
bayi genius dan beriman. Janin dalam kandungan belajar dari kita
melalui pelbagai cara. C.E.R.M.I.NTM ini akan memudahkan
ibubapa mengingat apakah faktor yang perlu diambil berat dan
diperhatikan sepanjang tempoh kehamilan.
Bertepatan dengan pepatah kita yang mengatakan Ibubapa
adalah cermin kepada anak-anak. Mereka akan meniru perlakuan
kita. Ada pakar motivasi berkata, jika baik tingkah laku ibu bapa,
maka perlakuan baiklah yang si kecil pamerkan dan begitu juga
sebaliknya.
Memang fitrah anak yang akan mengikut ibubapa. Seorang guru
tadika pernah bercerita kapada saya yang didalam kelas
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
23
tadikanya ada beberapa kanak-kanak yang suka menggunakan
perkataan buruk, kesat dan tidak baik kepada kawan mereka
yang lain. Bila disiasat, beliau mendapati ibubapa kepada anak-
anak ini selalu bertengkar dan kerap menggunakan perkataan-
perkataan tersebut. Mungkin kerana marah, mereka terlupa
yang anak mereka memerhatikan dan kemudian melakonkan dan
menyebutnya semula didepan orang lain. Apa yang dilakukan
oleh anak tidak boleh disorok, kesannya tetap datang dari
ibubapa yang mendidiknya. Mereka adalah cermin bagi orang
luar melihat siapa diri kita atau keperibadian kita yang sebenar.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
24
BAB 2 HANYA IBUBAPA TERPILIH
BAB 3 MENARIK HIDAYAH ALLAH
BAB 4 MENARIK ANUGERAH & RAHMAT ALLAH
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
25
Allah s.w.t. menjadikan Malaysia dan beberapa buah
negara Muslim lain terlindung dari peperangan dan kesannya.
Jika kita lihat apa yang berlaku di negara dalam peperangan atau
yang telah tamat peperangan, keadaan mereka adalah penuh
derita dan sengsara. Kesan dari peperangan zaman kini adalah
berbeza dari kesan peperangan zaman dahulu. Jika dahulu,
selepas peperangan, manusia akan sibuk membina infrastruktur
negara mereka semula. Tetapi peperangan zaman sekarang
ianya lebih dari itu. Penghidupan baru sudah menjadi tidak
serupa seperti sebelumnya. Zuriat yang dilahirkan mempunyai
banyak kekurangan. Bukan sahaja merujuk kepada kekurangan
makanan berzat dan berkhasiat, malah kekurangan dari segi
fizikal dan mental kerana terdedah dengan segala bahan kimia
akibat dari pelbagai senjata buatan kafir laknatullah keatas
mereka.
Dimata dunia, mungkin kelihatan Amerika sudah selesai menjatuhkan bom di Iraq. Tetapi pada realitinya di sana ia masih berperang dengan apa yang telah di ’tanam’ oleh Amerika untuk memastikan keturunan Islam seterusnya rosak. Mereka tahu generasi baru dari keturunan ini akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk membalas terhadap apa yang mereka lakukan. Kita lihat akibat yang terjadi kini iaitu kelahiran generasi baru di Iraq yang mempunyai kecacatan jelas yang sangat tinggi. Senjata yang diharamkan untuk negara lain menggunakannya telah digunakan oleh Amerika sendiri seperti penggunaan Uranium dan Fosforus. Kesannya, ada yang dilahirkan dengan dua kepala, ada yang dengan hanya satu mata, lahir dengan pelbagai tumor, masalah sistem saraf yang kompleks, pelbagai kecacatan muka dan badan serta kecacatan kelahiran lain, penyakit misteri serta kadar kanser yang naik mendadak. Inilah yang terjadi kepada negara Muslim yang telah diserang mereka.
Di Semenanjung Gaza pula, dilaporkan 90% sumber bekalan air mereka didapati tercemar dengan kandungan racun tanaman yang tinggi. Air merupakan barang kawalan serta senjata rejim Israel. Gaza sendiri tidak mampu untuk memproses sumber air sehingga kini. Ibu-ibu hamil yang tiada pilihan lain terpaksa meminum air ini dan mengharap supaya air tersebut tidak mendatangkan mudarat kepada dirinya serta bayi dalam kandungan. Di Syria pula, ramai kanak-kanak bergelimpangan didalam satu bangunan mati bagai ikan dicampak ke darat tercungap-cungap menghembuskan nafas terakhir mereka setelah diracun dengan gas beracun. Kanak-kanak sangat terancam disana. Bagi mereka, membunuh dan mencacatkan kanak-kanak samalah dengan membunuh dan mencacatkan
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
26
masa depan keseluruhan agama dan bangsa kanak-kanak tersebut.
Dengan apa yang terjadi di timur tengah sana, maka layaklah untuk saya katakan bahawa kita adalah ibubapa terpilih. Apa yang berlaku disana, mempunyai hubungkaitnya dengan kita disini. Kekurangan yang ada disana, Allah s.w.t. sengaja letakkan kelebihannya disini untuk menguji manusia. Berjihadlah dengan semangat dan harapan untuk melahirkan generasi akan datang yang dapat meneruskan kesinambungan agama dan bangsa.
Kita berada disini dengan segalanya lengkap sempurna untuk melahirkan generasi yang genius, bijak luar biasa, bersedia untuk menjadi KHALIFAH AKHIR ZAMAN. Anak-anak kita adalah bakal pemimpin akan datang yang sudah tentu ditugaskan untuk membawa perubahan dizaman mereka kelak. Apa yang kurang adalah kesedaran ibubapa di negara kita dan usaha diri kita sendiri untuk menyedari hakikat ini. Ibarat sudah terpilih tetapi tidak mahu mendaftar diri. Mereka yang sedar akan menjadikan usaha membentuk dan mendidik anak yang diamanahkan ini sebagai satu jihad kepada Allah.
Mulakan pendidikan generasi baru yang berada di tangan kita ini dengan al-Quran. InsyaAllah kecerdasan minda atau ‘kegeniusan’ mereka akan terserlah dengan ilmu-ilmu lain yang akan mengikut dibelakang dengan mudah apabila mereka berjaya menguasai ilmu al-Quran tersebut. Ramai yang tidak dapat membayangkan bagaimanakah anak mereka dapat menghafal al-Quran yang kita sendiri tidak faham akan maksudnya, tebalnya dan banyaknya.. MasyaAllah!
Whether you think you can or cannot,
Either way you are right
Pilihan Ditangan
Ada yang menyatakan tidak semua mampu dan layak untuk
menjadi penghafal al-Quran atau mendapat anak yang
menghafal al-Quran. Ia adalah tersurat dan tersirat dalam takdir
Allah s.w.t.. Hanya mereka yang terpilih sahaja akan
mendapatnya. Bagai intan terpilih… Hanya ibubapa terpilih
dengan anak yang terpilih akan mendapatkannya.
Jika kita benar cintakan Allah s.w.t., salah satu syarat cintaNya
adalah sentiasa berbaik sangka padaNya. Dengan sifat Allah
s.w.t. yang Maha Adil dan Maha Pemurah, kita sebagai
hambaNya, tiada boleh memastikan sesuatu perkara itu sebagai
satu ketetapan untuk kita tanpa sebarang usaha untuk
mendapatkan yang terbaik.
Bersangka baik hanya ada pada manusia yang bersikap positif.
Allah s.w.t. mengajar kita untuk menjadi manusia yang sentiasa
positif. Ini akan menjadikan kita proaktif, sentiasa bersemangat
untuk berusaha supaya diri menjadi yang dipilih Allah s.w.t. bagi
mendapatkan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.
Izinkan saya bawa kisah saya dahulu. Selepas artikel anak saya
keluar di akhbar-akhbar tempatan, maka ramailah yang
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
27
berbincang tentang anak saya. Anak anak saya telah diberi
liputan dimuka depan olih Harian Metro dengan tajuk Kanak-
Kanak 3 Tahun Hafaz al-Quran. Menteri Besar Perak turut
bersama diliputan akhbar tersebut. Peluang unik yang saya rasa
tidak ramai ibu-ibu lain dapat rasakan adalah mendengar orang
lain memberi pandangan tentang anak kita tanpa mereka tahu
bahawa kanak-kanak yang mereka bincangkan itu adalah anak
kita. Bagi saya, itulah pendapat yang jujur dari pandangan
mereka kerana tidak mengenal dengan sebenar ibubapanya.
Begini rupanya manusia, mereka cerita tentang perkara yang
mereka tidak tahu. Nasib baik cerita ini tidak merbahaya.
Didalam cerita ini, mereka yang tidak mengenal menganggap
bahawa ibu kepada anak saya itu adalah sealim-alim manusia
(dalam bayangan mereka), ustazah atau hafizah yang telah
menghafal al-Quran, sedangkan saya adalah ibu biasa-biasa yang
tidaklah sehebat mana. Yang menjadikan anak saya hebat adalah
bukan siapa saya tetapi adalah kerana impian dan usaha saya
yang sangat nekad yang telah dirancang dengan teliti dari awal,
dari sebelum mereka dilahirkan kedunia ini lagi.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Dan kitab (al-Quran) yang kami wahyukan kepadamu (wahai
Muhammad) ialah yang benar yang tetap mengesahkan kitab-kitab
yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya, Allah s.w.t. Maha
Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian
hambaNya, lagi Maha Melihat dan Maha Memerhati. Kemudian
kami wariskan kitab itu kepada orang yang Kami pilih daripada
kalangan hamba-hamba kami.”
Surah Fatir 35;31-32)
Perhatikan ayat tersebut. Allah s.w.t. melihat dan memerhati
hambaNya. Dia Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya
apa yang kita impikan, fikirkan, mahukan dan usahakan. Al-
Quran akan diwariskan kepada hambaNya yang dilihat
mahukannya secara bersungguh-sungguh. Begitu juga dengan
ilmuNya yang lain. Maka marilah kita berusaha untuk menjadikan
diri kita dan anak-anak kita pilihan Allah s.w.t. dari kalangan
hamba-hambaNya yang lain.
Saya adalah seorang yang memahami kepentingan ilmu dalam
membesarkan anak-anak. Samada Ilmu Akhirat atau Ilmu Dunia,
kedua duanya sama penting untuk saya berikan kapada anak
anak saya. Tetapi dalam memilih yang mana dahulu, saya
dahulukan Ilmu Akhirat. Imam Shafie pernah berkata..
"Jika kamu ingin berjaya di akhirat hendaklah dengan ILMU.
Jika kamu ingin berjaya di dunia hendaklah dengan ILMU.
Jika kamu ingin berjaya di kedua-duanya hendaklah dengan
ILMU."
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
28
Mana yang patut didulukan untuk anak kita? Ilmu dunia atau ilmu
akhirat?
Menurut Imam Al Ghazali, perlulah di mulakan ilmu al-Quran
dahulu kerana ia akan membentuk ilmu naqli yang akan
membentuk diri seseorang menjadi hamba Allah s.w.t. yang baik.
Kemudian baharulah ilmu aqli (sains, matematik, ekonomi, dll)
untuk seseorang itu menjadi khalifah yang boleh memimpin diri
sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Maka kesimpulannya,
Islam memang sangat menggalakkan umatnya menuntut kedua-
dua ilmu untuk mereka berjaya di dunia dan di akhirat tetapi
utamakanlah ilmu akhirat. Itulah kaedah yang dipelihara orang
Islam zaman dahulu hingga ramai ilmuan Islam yang bijak dan
terkenal yang tercatit dalam sejarah dilahirkan dengan cara
begini.
Seorang penceramah agama yang menjadi penceramah tetap di
sebuah penjara menyatakan dia pernah bertanya dengan pihak
pengurusan penjara tentang peratusan banduan Melayu Islam
yang menghuni penjara tersebut.
Banduan yang berlatar belakangkan keluarga yang mengambil
endah tak endah hal agama dan dia bersekolah biasa - 95%
Banduan yang berlatar belakangkan keluarga mementingkan
didikan agama atau/dan telah bersekolah agama - 5%
Dan 5% inilah yang dicanang-canang kenapa ada didikan agama
sama sahaja perangainya dengan yang tidak ada didikan agama
menyebabkan orang memandang sinis kepada yang mempunyai
latar belakang agama. Bak kata orang dahulu, sebab nila setitik,
rosak susu sebelanga. Peralihan perhatian daripada perkara
pokok menyebabkan kita lupa akan masalah akar umbi yang
besar yang terletak pada 95% tanpa didikan agama
menyebabkan masyarakat kita menjadi semakin tenat.
Dan dalam 5% yang mempunyai didikan agama ini, berapa
peratuskah adalah hafiz al-Quran? Jawapannya.....TIADA!
Siapa yang tidak kagum mendengar fakta ini? Allah s.w.t. Maha
Pemelihara. Bukan sahaja para penghafal al-Quran ini dipelihara
di akhirat, dia juga di pelihara di alam kuburnya. Dan selepas
mengetahui fakta ini, saya harap tidak keterlaluan untuk saya
katakan bahawa mereka juga (hafiz/hafizah) dipelihara mula di
dunianya lagi. Semoga yang sudah menjadi hafiz/hafizah terus
memelihara kalimah-kalimah Allah s.w.t. dengan niat hanya
kerana Allah s.w.t. supaya mereka akan terus dipelihara.
Bagaimana untuk menjadi ibubapa yang terpilih :
Tidak dinafikan bahawa anak-anak yang bermasalah datang dari
keluarga yang bermasalah. Kanak-kanak disekolah yang selalu
bertengkar, memukul secara fizikal (membuli), mengeluarkan
kata-kata kesat dan biadap datang dari keluarga yang
ibubapanya begitu juga.
Anak-anak yang berjaya lahir dari ibu bapa dan keluarga yang
bahagia.Suasana harmoni penuh dengan kasih sayang, sentiasa
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
29
memberi kata-kata semangat dan pegangan serta amalan agama
yang kukuh akan memberi kesetabilan emosi kapada anak anak.
Tidak mungkin seorang ibu boleh memberi semangat kepada
anaknya sedangkan hidupnya sendiri kusut dengan masalah ?
Semuanya bermula dari kita suami isteri sebagai ibu bapa.
Jadikanlah diri ibubapa terpilih untuk mendapatkan anak yang
gembira mengejar ilmu dan berjaya dunia akhirat.
Menjadi Ibubapa Terpilih
1. Berkasih sayang dengan menzahirkannya dengan kata-
kata dan perbuatan.
2. Tidak cemburu buta, hormat menghormati.
3. Sedar akan syaitan amat cemburu rumahtangga bahagia.
4. Jaga perkataan dan lidah. Mudah meminta maaf jika
tersalah.
5. Berbincang arah tuju anak sebelum anak dilahirkan
6. Banyak bersedekah
7. Banyak berselawat
8. Pantang mengalah dalam mujahadah
Saya ingin membawa kisah Sultan Muhammad Al Fateh dimana
ibunya menanam impian yang tinggi sebelum anak itu dilahirkan
lagi.Ibunya nekad dan mempunyai semangat yang tinggi untuk
anaknya berjaya menghafal al-Quran. Dia sanggup
membenarkan batang tubuh anaknya itu dipukul oleh orang lain
(guru al-Quran anaknya). Bayangkan manusia dizaman ini yang
akan melatah jika anak mereka dipukul oleh guru sekolah
berbanding dengan anak seorang raja yang dipukul oleh gurunya
dengan pengetahuan ibu dan bapanya. Keras dan nekad hati
ibunya ini menyebabkan terbentuk anaknya sebegitu rupa.
Anaknya itulah yang berjaya membuka Kota Konstantinopal yang
telah menjadi sesuatu yang mustahil untuk orang Islam
sebelumnya pada umur yang begitu muda iaitu 23 tahun.
Itulah takdir Allah s.w.t. jika kita mempunyai cita-cita dan berusaha kearah mencapainya. Ajaibnya seorang bayi yang yang cuma bayi biasa tetapi dibesarkan oleh ibubapa yang bercita-cita besar, tabah dan SABAR dalam mendidik anaknya. Umurnya belasan tahun sudah menguasai 6 bahasa dengan kepakaran bidang ketenteraan, sains dan matematik. Genius! Seorang bayi biasa menjadi genius kerana didikan awalnya adalah al-Quran.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
30
Marilah kita ikuti jejak langkah Ibu Sultan Muhammad Al Fateh.. mulakan didikan anak dengan al-Quran. ITULAH RAHSIA ANAKNYA MENJADI PENAKLUK DUNIA! Bukanlah maksud saya untuk semua kita menjadi penakluk dunia. Namun, cukuplah menakluk nafsu dan diri sendiri dahulu daripada dikuasai syaitan dan dajjal akhir zaman. Nafsulah yang menjadi raja bagi remaja zaman sekarang. Mungkin sebab itulah kita masih menjadi agama yang dianiaya agama lain. Kita belum berjaya membentuk masyarakat yang mahu menakluk nafsu untuk tunduk kepada yang hak. Kejayaan itu bermula dengan kita menakluk diri sendiri. Dan untuk melakukannya kita perlu sentiasa beringat akan hari akhirat. Yakinlah, jika kita kejar akhirat, dunia akan datang mendapatkan kita.. InsyaAllah. Benar ibu yang akan mengandung dan melahirkan anak penerus generasi seterusnya. Ibu yang perlu mendidik janin kerana janin itu berada didalam rahim ibu dan bukan bapa. Banyak yang perlu dilakukan oleh ibu berbanding dengan bapa. Maka kaum bapa perlulah memberi sokongan, kefahaman, kegembiraan dan curahan kasih sayang pada isterimu yang sedang hamil. Wahai bapa yang terpilih.. Banyakkan ibadah Siyam.. berpuasa Qiyam.. solat sunat di tengah malam Banyak zikir dan kurang bercakap (perkara yang tidak berfaedah)
Ikutilah cerita Nabi Zakaria ketika dia mendapat berita doanya untuk mendapat zuriat dimakbulkan Allah s.w.t. :
Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”
Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira dengan kelahiran seorang putera bernama Yahya. Seorang nabi yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah s.w.t., menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
31
Suami isteri elakkan 5 sifat yang boleh menyebabkan kita tidak layak menjadi yang terpilih seperti dibawah :
5 Sifat-sifat yang menjadikan seseorang itu
ibubapa yang TIDAK TERPILIH 1. Terlalu cintakan dunia
2. Terlalu cintakan kekayaan
3. Terlalu cintakan pengaruh
4. Terlalu cintakan wang dan kedekut
5. Angkuh
1. Terlalu cintakan dunia
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Mencintai dunia itu adalah pokok
segala kesalahan”
Dunia yang dimaksudkan disini adalah dunia yang hanya
dilalui untuk memuaskan hawa nafsu dan syahwat tanpa
berfikir sedikitpun dunia ini adalah untuk akhirat. Mereka
ini tidak akan terfikir untuk mengajar anak mereka akan
apa-apa tentang akhirat. Sebaliknya akan memastikan
anak mereka dengan ilmu-ilmu dunia yang mereka rasa
akan memberi kekayaan dan kesenangan di masa depan.
Secara terperinci dunia ini dijelaskan dalam surah Ali
Imran : “Dijadikan pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu : wanita, anak, harta
yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang
ternak dan sawah ladang; dan disisi Allah s.w.t.lah tempat
kembali yang baik (syurga)”
2. Terlalu cintakan kekayaan
Secara fitrah manusia memang mencintai kehidupan
yang senang dan mewah. Bagaimanapun jika keterlaluan
mengejarnya ia akan menjadikan seseorang itu cenderung
melakukan kemaksiatan, seperti rasuah, menipu,
menindas dan sebagainya. Manusia mampu
melakukannya tanpa had! Jadilah darah daging akan hasil
darinya untuk anak isteri yang memustahilkan didikan
kearah agama.
3. Terlalu cintakan wang – kedekut
Kerana terlalu cintakan kekayaan timbul sifat kedekut.
Harta yang diperolehi sangat sukar untuk dibelanjakan
kepada yang memerlukan. Mereka lebih senang untuk
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
32
menyimpannya sehingga tidak mendatangkan
manfaatnya melainkan untuk diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Orang yang dermawan itu dekat
dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga
tetapi jauh dari neraka. Manakala orang yang kikir itu jauh
dari Allah s.w.t., jauh dari manusia sekalian . jauh dari
syurga tetapi dekat dengan neraka. Orang yang JAHIL yang
dermawan lebih Allah cintai dari orang ALIM yang kikir.
Ingatlah penyakit yang paling parah sekali ialah kikir”.
Bagaimana orang jauh dari Allah s.w.t.ini akan menjadi
orang pilihan Allah s.w.t.pula?
4. Terlalu cintakan pengaruh
Terlalu cintakan pengaruh boleh membawa kemusnahan
yang lebih besar berbanding sifat terlalu cintakan
kekayaan. Sifat mahu membina status diri dalam
pemikiran orang lain agar mereka dipandang tinggi
dengan pelbagai ciri kesempurnaan sehingga
membolehkannya mempengaruhi orang lain.
Sifat ini bukan sahaja membawa kemusnahan kepada
dirinya kerana tidak boleh dikritik, juga mengheret
mereka dipengaruhi ke lembah kehancuran.
5. Angkuh
Perasaan angkuh timbul bila seseorang merasa dirinya
bernilai lebih tinggi dan lebih hebat dari orang lain.
Perasaan ini akan membuatkan dia berasa gembira dan
memandang rendah terhadap orang lain. Sifat buruk ini
boleh timbul dari perasaan bangga dengan keturunan,
kecantikan diri, kekuatan tubuh, ketinggian ilmu dan
sebagainya. Perasaan inilah yang membuahkan
perbuatan mengumpat dan memfitnah orang lain bagi
mencapai matlamat. Akhirat sudah tidak diendahkan lagi.
Walau bagaimanapun jika seseorang merasakan dirinya
hebat dan ada orang lain yang lebih hebat darinya maka
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
33
dia tidak dianggap angkuh. Begitu juga jika dia
menganggap orang lain keji dan dia juga sama keji atau
lebih keji lagi, maka ia tidak berada dalam definasi
angkuh.
Banyak perkara yang kadang-kadang kita lakukan tanpa
kita sedar bahawa ia adalah perkara-perkara diatas. Jika
terjadi begitu, segeralah beristighfar dan solat taubat.
Fokus pada matlamat
Ya Allah jadikan aku seorang ibu yang dianugerahkan anak yang
menghafal al-Quran Mu , bijak dan berjaya di dunia dan akhirat,
Berudarakan DUNIA
Bernafaskan AKHIRAT
Mendidik anak kearah hari akhirat adalah satu JIHAD. Tidak
semua ibubapa yang mampu untuk berkorban sesuatu yang tidak
kelihatan di mata mereka. Terlalu sayangkan anak untuk sesuatu
yang tidak pasti berbanding dengan sesuatu yang dirasakan
ketetapan rezeki manusia di dunia membezakan seorang Muslim
dengan Muslim yang lain. Telah Allah s.w.t. sebutkan didalam al
Quran bahawa anak adalah satu ujian untuk kita
Kita perlu sedar bahawa membesarkan anak menjadi insan kamil
adalah perjalanan yang panjang dan bukanlah satu kejayaan yang
boleh berlaku semalaman. Usaha yang kecil dikumpulkan dari
semasa ke semasa, insyaAllah akan menjadikan kejayaan yang
besar di kemudian hari. Usahakanlah dengan perancangan yang
teliti kearah itu.
“Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang dari kamu
melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan baik,
sempurna dan teliti”
(Riwayat al Baihaqi)
Kuat disiplin diri
Disiplin dan yakin adalah dua perkara yang saling berkaitan. Ia
adalah dua perkara yang perlu berjalan seiring. Ada yang yakin
tetapi tidak berdisiplin kerana rasa malas sentiasa ada dalam diri
untuk berusaha. Orang yang seperti ini hanya dapat melihat
orang lain berjaya mendidik anak mereka dan melihat diri sendiri
dikemudian hari dalam keadaan sesal. Kita perlulah yakin dan
dalam masa yang sama berusaha dan berdisiplin dalam
melakukan langkah-langkah kecil yang telah disusun
sebelumnya. Bagaimana kita boleh tidak mahu mempunyai anak
yang ada kekebalan sendiri dan tidak mudah terpengaruh oleh
godaan dan hasutan musuh atau orang keliling? Semua
mahukannya. Tetapi yang membezakan yang mana yang akan
mendapatkannya adalah usaha. Kita mempunyai jadual
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
34
kehidupan yang tersendiri. Berhenti dan rombak semula jadual
untuk menyelitkan usaha tersebut.
Jadikan diri contoh terbaik
Kita adalah guru pertama dalam hidup anak kita. Anak belajar
dengan melihat diri kita. Kita adalah C.E.R.M.I.NTM mereka.
Mereka akan meniru apa yang kita lakukan. Mereka belajar
dengan melihat apa yang kita lakukan lebih berkesan dari belajar
dengan mendengar leteran dari kita tentang apa yang patut
mereka lakukan..
Namun untuk janin dalam rahim, mereka ‘merasa’ dari sebelum
kita melakukan tindakan hinggalah kesan daripada tindakan
tersebut. Mereka bersama dengan kita dan belajar dari cara
proses kita berfikir untuk mencapai keputusan melakukan
sesuatu perkara hinggalah rasa kepuasan melakukan perkara
tersebut. Semuanya dirasai oleh bayi dalam janin.
Inilah yang akan kita bincangkan. Setiap kelahiran dan kejadian,
ada sebab dan kesannya. Untuk mendapatkan seorang bayi yang
genius, proses 9 bulan itu bukan hanya boleh berlalu dengan
kosong sahaja. Ia perlu diberi pengisian.
Carta dibawah ini adalah ringkasan apa yang diperlukan untuk
para ibu hamil atau yang bakal hamil selusuri setiap satunya. Ia
saya ringkaskan dengan akronim - C.E.R.M.I.NTM . Saya akan
kupaskan satu persatu-satu mengikut bab yang berkaitan
dengannya.InsyaAllah.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
35
CITA –CITA
Hanya ibubapa yang terpilih yang meletakkan cita-cita masa
depan anaknya sebelum anak itu lahir lagi.
Setiap kehamilan perlulah ada rasa diperlukan dan dialu-alukan
kedatangannya didunia. Kita telah menambah satu lagi umat
Nabi Muhammad s.a.w. yang tercinta dan semoga dia adalah
yang akan berbakti kepada dunia Islam dewasa nanti. Itulah
dinamakan cita-cita. Impian ibu komited mahu anaknya menjadi
seorang hafiz-hafizah yang akan kemudiannya mekar menjadi
seorang yang pakar dalam bidang yang diminatinya nanti. Sama
seperti ilmuan Islam di waktu zaman kegemilangan Islam dahulu.
Itulah cita-cita. Cita-cita kita biar kekal dari sebelum anak itu lahir
hinggalah mereka sudah dilahirkan nanti. Cita-cita awal ini akan
meletakkan hala tuju usaha kita ketika mereka masih kecil lagi.
Mithalanya, ramai ibubapa yang menyediakan banyak
kelengkapan bayi sebelum bayi itu dilahirkan lagi. Dengan
meletakkan cita-cita, belian kelengkapan itu akan terarah kearah
cita-cita yang kita letakkan itu.
Jika kita mahu dia menjadi seorang pemandu F1 sudah tentu
mainan semasa bayinya adalah kereta-kereta lumba mini. Jika
kita mahu dia menjadi seorang pemuzik, sudah tentulah mainan
alatan muzik yang kita berikan kepadanya. Begitu juga jika cita-
cita kita ingin menjadikan anak kita seorang hafiz atau hafizah.
Kita akan membeli CD al-Quran, Flashcard Hijaiyah dan pelbagai
lagi. Tanpa sedar kitalah sebenarnya yang bertanggungjawab
akan masa depan anak kita itu nanti. Jadilah ibubapa yang
terpilih. Ibubapa yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk mendidik
hambaNya yang diturunkan melalui kita memelihara kalamNya
dan berbakti kepadaNya.
Cita cita (misi) saya untuk anak anak adalah menjadikan mereka
MUSLIM PROFESSIONAL didunia demi akhirat. Visi saya
komited mahukan mereka dipilih Allah s.w.t. ke Syurga.( agar
kami sebagai ibubapa dapat ‘menumpang’ mereka di ‘SANA’.)
C.E.R.M.I.NTM pula adalah strategi (arah tuju strategik)
memungkinkan saya mencapai objektif ini.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
36
BAB 2 HANYA IBUBAPA TERPILIH
BAB 3 MENARIK HIDAYAH ALLAH
BAB 4 MENARIK ANUGERAH & RAHMAT ALLAH
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
37
Setiap dari kita mempunyai masa silam yang hanya diri kita
sahaja mengetahuinya selain dari Allah s.w.t. yang Maha
Memerhati. Dosa kita kepada manusia lain termasuk suami,
ibubapa dan keluarga serta dosa kita kepada Allah akan bertapak
dalam diri dan ditanggung oleh kita selagi ia tidak diselesaikan.
Dosa ini akan membahang panas kepada bayi yang suci dalam
kandungan. Kita ingin seorang anak yang bertaraf ‘wali’
sedangkan diri kita bertaraf pendosa? Dosa ini juga boleh
menjadi penghalang kepada doa-doa yang kita panjatkan untuk
diri kita dan anak yang kita kandungkan.
Saya amat sarankan ibu-ibu hamil untuk melakukan Solat Sunat
Taubat. Bertaubat dengan rasa sebenar-benar sesal. Ingatkanlah
kembali dosa-dosa itu dan biarkanlah airmata berderai menyesali
kejahilan kita dalam penyesalan. Air mata ini akan menjadi
penghalang kepada api neraka. Air mata ini mencuci dosa-dosa
tersebut. Air mata ini akan membawa kepada ketenangan yang
tidak pernah dirasa sebelum ini. Pengaduan khusus antara kita
dengan Allah yang Maha Pengampun.
Memohon keampunan ini akan membersihkan hati dan sedar
dengan ketidak sempurnaan diri. Secara tidak langsung kita
menyandarkan diri pada yang lebih berkuasa dan timbul rasa
cinta kepadaNya dan nekad untuk memperbaiki diri. Selalulah
dengan ucapan ‘Astaghfirullah’ dalam kehidupan harian kita.
Inilah dia ubat untuk penyakit riak ujub dan pelbagai penyakit
hati yang lain. Dari sinilah kesannya akan dialami juga oleh bayi.
Perubahan kearah kebaikan diri kita akan mengajar bayi suka
kearah kebaikkan juga nanti.
Keampunan dari Allah s.w.t. juga dikatakan magnet menarik
rezeki. Perlu diingat, ia bukan sahaja berkuasa untuk menarik
rezeki namun ia juga mampu menarik hidayah Allah s.w.t..
Ia adalah pembuka kepada ketenangan, keceriaan dan
kebahagiaan - punca kepada keluarga sakinah. Keluarga sakinah
adalah mudah disebut tetapi sukar dicapai. Ia berkaitan dengan
disiplin suami isteri untuk menjaga hubungan dengan Allah dan
hubungan kemesraan antara satu sama lain
Menurut Hasan Al Basri
“Yang dimaksudkan dengan taubat itu iailah sesal dengan hati,
istighfar dengan lidah, meninggalkan perbuatan tersebut dengan
anggota badan dan berazam tidak mengulanginya”.
InsyaAllah apa yang kita lakukan ini akan melahirkan anak yang
pemaaf dan mudah meminta maaf jika melakukan kesilapan.
Alhamdulillah Allah s.w.t telah membuka dan melembut hati kita
untuk bertaubat. Tinggalkan perbuatan-perbuatan yang
mendatangkan dosa dan istiqamah dalam mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t..
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
38
HARTA YANG HARAM
Dalam usaha membersihkan diri dari dosa, cuba fikirkan juga
samada kita mempunya hutang wang contohnya dengan teman
sepejabat kita dahulu atau harta orang lain yang berada didalam
genggaman kita. Samada wang atau harta yang diamanahkan
kepada kita tetapi tidak kita sampaikan kepada tuannya. Yang
lebih serius adalah harta anak yatim yang tidak diberikan kepada
warisnya, harta pusaka yang diambil secara tidak betul atau wang
dan barang yang diambil hasil amalan rasuah. Ini semua adalah
sangat merbahaya kerana antara sebab melahirkan anak yang
mudah menerima ilmu dan mendengar kata adalah dengan
memberikan apa yang akan menjadi darah dagingnya
bersumberkan dari sumber HALAL yang hakiki.
Satu perkara yang ramai terlepas pandang mengambil hak orang
lain semasa menjalankan perniagaan. Ingatkan kembali samada
ada atau tidak kita mencampurkan barangan yang berkualiti baik
dengan yang tidak berkualiti baik untuk mendapatkan untung
yang lebih dahulu.
Harta yang haram juga boleh didapati dari pekerjaan yang haram
contohnya dari syarikat yang mengajar pekerjanya menipu
pelanggan untuk mendapatkan pembelian, pekerjaan yang tidak
diakui syarak contohnya yang melibatkan riba, mengurangkan
timbangan ketika berjual dan sebagainya.
Kita perlu membersihkan harta-harta ini. Jika tidak, ia akan
bercampur aduk dan akan terus digunakan untuk pembelian
makan dan minum kita dan keluarga juga bayi dalam kandungan.
Kita tidak mahu bayi memakan makanan haram sejak dia dari
dalam kandungan lagi. Jangan biarkan harta dari sumber yang
haram menjadi darah daging kita sekeluarga.
Rasulullah s.a.w memberi ancaman neraka kepada mereka yang
makan dari harta yang haram. Sabda baginda s.a.w :
“Setiap jasad yang tumbuh dari benda yang haram, maka neraka
adalah tempat yang paling layak untuknya”
Jadi, sekiranya masih ada dalam simpanan kita harta-harta yang
haram segeralah bersihkannya mengikut nasihat Imam al Ghazali
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
39
Membersihkan harta yang haram
mengikut Imam Al Ghazali
1. Memisahkan harta haram itu dan kembalikan
kepada pemilik atau warisnya
2. Membelanjakan harta yang haram dengan betul
1. Memisahkan harta haram itu dan kembalikan kepada
pemilik atau warisnya
Jika harta itu telah bercampur aduk atau tidak dapat
dipisahkan, buatlah anggaran jumlah harta yang haram
dan pisahkan dengan yang halal. Berlaku jujur dengan
perkiraan tersebut. Biar berlebih jangan berkurang.
Simpanlah harta yang diyakini halal dan kembalikan
harta-harta yang bukan milik kita.
2. Membelanjakan harta yang haram dengan betul
Jika harta haram tersebut ada pemiliknya, maka
serahkanlah kepadanya. Jika pemiliknya telah meninggal
dunia, kembalikan kepada warisnya.
Jikalau kita tidak tahu pemilik harta tersebut, samada dia
masih hidup atau mati, sedekahkan kepada golongan
yang memerlukan seperti fakir miskin dengan niat
pahalanya adalah untuk si pemilik harta tersebut. Tetapi
kita perlulah berusaha mencari pemiliknya, jika gagal,
barulah disedekahkan.
Kisah saya dahulu
Semasa saya mengandungkan anak sulung dahulu, saya
teringat akan hutang saya yang berusia 10 tahun
sebelumnya. Ketika itu saya masik belajar di Universiti
dan berhutang dengan kawan saya itu kerana ingin
menyiapkan satu projek. Maklumlah duduk jauh dari
keluarga dan segan untuk meminta keluarga menghantar
wang kerana tahu akan kesusahan keluarga ketika itu.
Sukarnya mencari kawan yang 10 tahun terpisah
menyebabkan saya mengambil jalan kedua iaitu
sedekahkan duit tersebut kepada rumah anak-anak yatim
dengan niat pahala sedekah itu adalah untuknya. Namun
beberapa tahun kemudian saya menjumpai beliau dan
Alhamdulillah saya telah selesaikannya. Maka pahala tadi
akan kembali kepada saya semula.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
40
Kisah Umar Ibn Abdul Aziz
Pada zaman Umar Abdul Aziz, ada orang yang ingin memberinya
hadiah, tetapi pemerintah Islam itu menolaknya. Maka orang
yang memberikan hadiah itu berkata ’Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w.pun menerima hadiah’.
Umar Abd Aziz menjawab, katanya, ’Hadiah pada zaman
Rasulullah s.a.w adalah sebenar-benar hadiah, tetapi pada zaman
ini, hadiah sudah menjadi rasuah.”
Dalam satu lagi kisah lain, seorang amil bernama Ibn al Lutbiyyah
dimarahi oleh oleh Rasulullah s.a.w. kerana sebaik pulang dari
zakat, dia membawa harta dan berkata: “Ini untuk kamu, dan ini
pula mereka hadiahkan kepadaku.”
Mendengar kata-kata Ibn al Lutbiyyah itu, Nabi s.a.w. marah
lantas bersabda : “Cuba kamu duduk dirumah ibubapa kamu sambil
menunggu, adakah kamu akan diberi hadiah atau tidak?”
Yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w. ialah Ibnu al Luthbiyya
mendapat hadiah itu kerana tugasnya sebagai amil dan Ibnu al
Lutbiyyah tidak berhak menerimanya.
Berpandukan daripada kisah-kisah ini, kita juga perlu berhati-hati
apabila menerima hadiah jika ia dilarang syarak.
KESAN YANG HARAM
Tidak Makbul Doa
Rasulullah s.a.w. bersabda “ Seorang lelaki bermusafir sehingga
rambutnya kusut dan mukanya berdebu. Ia menadah tangan dan
berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya
haram, pakaiannya haram dan mulutnya diisi dengan benda yang
haram . Bagaimanakah doanya akan diperkenankan oleh Allah?
(Riwayat Muslim)
Ancaman api neraka
Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang dagingnya membesar
dengan perkara haram, maka neraka lebih layak buatnya.
(Riwayat Tarmizi)
Ibadah ditolak Allah
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang bersolat
dengan memakai pakaian yang harganya 10 dirham tetapi satu
dirham yang dibayar itu daripada sumber yang haram, Allah tidak
akan menerima solatnya.”
(Riwayat Ahmad)
Sabda Rasulullah s.a.w., “Dan sesungguhnya Allah Suci dan tidak
akan menerima kecuali yang benar-benar suci”
(Riwayat Muslim)
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
41
BAB 2 HANYA IBUBAPA TERPILIH
BAB 3 MENARIK HIDAYAH ALLAH
BAB 4 MENARIK ANUGERAH & RAHMAT ALLAH
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
42
Di bab ini kita masuk ke bahagian Emosi. Emosi adalah
kepunyaan peribadi setiap manusia. Kebanyakkan manusia
menyalahkan manusia lain akan kekacauan emosi mereka namun
sebenarnya merekalah yang berkuasa mengemudi emosi
tersebut samada untuk berasa sedih, marah, terhina, gembira,
ceria dan sebagainya. Emosi ibu memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan otak bayi kerana apa yang ibu
sedang alami akan mempengaruhi bahan kimia yang dikeluarkan
oleh badan ibu tersebut. Malangnya kebanyakkan ibu yang
sedang hamil selalu menyatakan mereka lebih berasa sensitif
dengan orang sekeliling sedangkan waktu hamil inilah kita tidak
perlu terlalu sensitif demi bayi yang dikandungkannya.
Marilah kita selidiki siapa disebalik setiap emosi yang kacau bilau
kerana ilmu ini menyelamatkan kita dari segala macam tipu daya.
Tidak akan sama dengan orang yang berilmu dengan orang yang
tidak berilmu. Dalam hidup manusia yang singkat,Allah
s.w.t.Pencipta kesemua makhluk telah memberikan kita ilmu dan
peringatan untuk melindung dan memerangi iblis dan syaitan ini.
Iblis ini dengan halus boleh membuka 99 pintu kebaikan dan
kemudian pada pengakhirannya dia membuka satu pintu
keburukan yang akan membungkus semua 99 kebaikkan itu.
Kelicikan mereka ini boleh diatasi dengan ilmu yang Allah s.w.t.
sediakan untuk kita timba.
Contohnya apabila dua manusia mendirikan rumah tangga,
nikahnya dua insan ini membuat iblis dan syaitan menangis
sesedih-sedihnya kerana kecewa dengan perkahwinan yang
mendapat rahmat, berkat dan rezeki dari Allah s.w.t.,
menyempurnakan kehendak agama, menjauhi zina dan
sebagainya.
Tetapi iblis dan syaitan bukan jenis berputus asa. Mereka akan
berusaha supaya berpisah pasangan suami isteri ini. Syaitan akan
bekerja keras dalam rumah tangga supaya permusuhan dan
kemarahan antara suami dan isteri, antara ibubapa dan anaknya,
antara adik dan abangnya. Pendek kata ianya adalah untuk
menjadikan keluarga porak peranda kerana jika institusi
kekeluargaan gagal, maka institusi masyarakat juga akan gagal.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
43
Jika institusi masyarakat gagal, maka institusi seterusnya iaitu
negara dan agama juga akan gagal. Hanya mereka yang sabar
dan berilmu sahaja akan tahu tipu muslihat mereka. Lihat sahaja
kadar perceraian orang muslim dinegara kita yang semakin
meningkat.
Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Dalam satu statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia di akhbar Harian Metro, kadar perceraian di
Malaysia semakin meningkat dari tahun demi tahun. Statistik ini
amat membimbangkan kerana jumlah perceraian secara
puratanya bagi tempoh sehari ialah 56 penceraian berbanding
359 perkahwinan yang berlangsung. Menurut Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kadar
perceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku
dalam tempoh setiap 15 minit.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir r.a yang
menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan.
Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya. Orang bawahan
yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang
menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang
daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan
itu.’ Lalu Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi
yang besar.”
Nabi s.a.w melanjutkan, “Lalu datanglah seorang daripada
mereka dan berkata, “Aku mengikuti manusia sehingga aku tidak
meninggalkan mereka melainkan aku telah berhasil memisahkan
seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis memanggilnya agar dia
dijadikan dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah
adalah usaha yang telah engkau lakukan.” (Hadis Sahih riwayat
Muslim no. 2813)
Maka antara portfolio atau tugasan yang mereka gemari adalah
berusaha untuk memisahkan suami isteri. Berkasih sayanglah
sesama suami isteri. Jangan ambil mudah kerana sudah
berkahwin. Berusahalah memberi dan menerima kebahagiaan
dengan menambah ilmu didada tentang alam rumah tangga.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
44
InsyaAllah resepi rumahtangga yang aman dan bahagia akan
melahirkan anak yang ceria dan mudah dijaga.
Meraih nikmat dan menagih rahmat
Pernah lihat orang kaya yang resah gelisah dan orang miskin
yang senang hati dan gembira? Nikmat hidup itu bergantung
kepada apa yang kita mahukan dengan apa yang kita dapat.
Kehampaan terjadi apabila apa yang kita dapat adalah lebih
rendah dari apa yang kita impikan. Inilah yang akan membawa
rungutan dan ketidakpuasan.
Pandanglah apa yang kita ada yang selama ini kita tidak pernah
endahkannya. Kadang-kadang kita bagai anak kecil yang tidak
pernah melihat apa yang dia ada kerana terlalu asyik meminta
apa yang tidak ada. Panjatkan rasa syukur. Ia akan membawa
ketenangan dan kebahagiaan.
Ciptalah ketenangan dan kebahagian dalam rumah, dimana
wujudnya suasana mahabbah dan keberkatan didalamnya.
Lindungi diri kita dan ahli keluarga kita daripada bahaya yang
boleh dilihat dan juga tidak boleh dilihat seperti gangguan jin,
syaitan dan iblis termasuk sihir.
Menarik rahmat Allah
1. Jadikan rumah tempat berkasih sayang kerana Allah
2. Jadikan rumah tempat adanya solat sunat selain solat 5
waktu
3. Terangi rumah dengan bacaan al-Quran
4. Serikan rumah dengan memberi salam
5. Jadikan rumah khazanah ilmu
6. Jadikan rumah tempat berzikir
7. Jadikan rumah tempat bertaubat dan bukan tempat
melakukan dosa
8. Jadikan rumah yang meraikan dan menjamu tetamu
9. Elakkan gambar patung atau anjing didalam rumah
1. Jadikan rumah tempat berkasih sayang kerana Allah
s.w.t.
Jadikan rumah bukan sekadar tempat untuk hidup bersama
tetapi untuk BERCINTA BERSAMA. Antara suami isteri segala
kata-kata kasih sayang dan sentuhan dan hatta dengan
pandangan mata sahaja pun sudah mengeluarkan manfaat.
Sabda Nabi s.a.w : “Sesungguhnya apabila seorang suami
memandang isterinya dengan rasa kasih sayang dan isterinya juga
memandang suaminya dengan rasa kasih sayang maka Allah akan
memandang kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan
apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka keluar
dosa-dosa mereka dari celah-celah jari mereka
(Riwayat Abu Sai’d)
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
45
Pupuk cinta dengan belaian dan sentuhan. Menurut Dato’ Dr
Fadzilah Kamsah, suami disyorkan untuk memeluk isterinya
sekurang-kurangnya 10 saat setiap hari. Hikmahnya ia akan
memanjangkan umur kita dan pasangan dalam anggaran 5 tahun
serta prestasi kerja dan kehidupan akan meningkat. Berdasarkan
kajian pakar psikologi di Jerman berkenaan kuasa sentuhan,
tubuh manusia akan mengeluarkan hormone endorphin yang
baik untuk kesihatan tubuh. Ia mempunyai kesan positif daripada
sudut saintifik dan kesihatan. Sentuhan, pelukan dan gurauan
mesra bersama pasangan juga merupakan sunnah Nabi s.a.w.
Para suami perlu rajin memuji, membelai dan menolong isteri
dalam kerja-kerja rumah apalagi sewaktu siisteri sedang hamil.
Rasulullah s.a.w. merupakan tauladan terbaik kepada semua
kaum lelaki. Baginda rajin membantu isteri dirumah, menjahit
pakaiannya sendiri dan sering memuji dan membelai isterinya
dengan ungkapan kata-kata yang manis dan baik. Jangan
terkejut jika diberitakan adakalanya baginda akan mandi
bersama sama dengan isteri mencedok air dari bekas yang sama.
Baginda turut meminum dari gelas yang sama dengan isterinya.
Bahkan baginda meletakkan bibirnya betul-betul ditempat
isterinya minum. Sifat romantiknya benar lahir dari hati dan
bukan diada-adakan. Baginda utusan Allah s.w.t.membuktikan
kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya hidup
bersama, tetapi bercinta bersama.
2. Jadikan rumah tempat adanya solat sunat selain solat 5
waktu
Ibu hamil digalakkan untuk mendirikan solat dirumah
melainkan untuk menghadiri majlis ilmu di Masjid.
Firman Allah: “Jadikanlah rumah-rumahmu sebagai kiblat dan
dirikanlah solat serta berilah khabar gembira untuk orang-orang
yang beriman (Yunus : 87)
Ada ibu hamil yang dilanda sindrom ‘malas’ ketika hamil tetapi
sebelumnya dia memang seorang yang tidak pernah
meninggalkan solat. Lawanlah rasa ini dengan
memperbanyakkan solat sunat sebagai balas dendam.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
46
3. Terangi rumah dengan bacaan Al Quran
Allah s.w.t. melebarkan rahmatNya kepada keluarga yang
menjadikan rumah terang benderang dengan cahaya bacaan al
quran.
“Sesungguhnya rumah itu akan terasa luas bagi penghuninya, akan
didatangi malaikat, dijauhi syaitan dan akan membanjir pula
kebajikan kedalamnya jika dibacakan Al Quran didalamnya.
Sebaliknya rumah itu akan terasa sempit bagi penghuninya, akan
dijauhi malaikat dan akan didatangi syaitan serta tidak akan banya
kebaikkan didalamnya jika tidak dibacakan al Quran.
(Hadis riwayat ad Darimi)
Adalah sebaik-baiknya bacaan al-Quran itu dibacakan oleh kita
sendiri atau suami. Tetapi terkadang jika ini tidak dapat
dilakukan, gunakanlah kemudahan teknologi. Pemain cakera
padat al-Quran juga boleh dipasangkan untuk diperdengarkan
disetiap penjuru rumah siang atau malam.
Tahukah kita pengamal perubatan Islam boleh melihat sesebuah
rumah itu dengan cara lain? Saya pernah melihat scanning yang
dijalankan oleh pengamal perubatan Islam dimana mereka
menerangkan keadaan rumah yang mereka lihat. Ada rumah bagi
pandangan saya cantik dan megah, tetapi pada mereka rumah itu
seperti hutan rimba, sempit dan berkecamuk dengan tumbuhan
dan gayutan binatang liar. Ada rumah di mata saya biasa sahaja,
tetapi mereka melihatnya rumah tersebut mempunyai cahaya
yang terang datang dari arah dalam ke luar. Bila diselidiki rumah
yang megah cantik itu telah dihantar sihir dengan penghuninya
bukan orang yang rajin solat apalagi untuk membaca al-Quran.
Rumah yang bercahaya itu pula adalah tinggal seorang yang rajin
qiamulail dan tidak pernah tinggal dengan bacaan al-Quran.
Pengamal perubatan yang melakukan scanning itu tidak pernah
kenal kedua-dua penghuni dan apa aktiviti mereka setiap hari
sebelumnya. Namun saya mengenali mereka yang berbeza cara
hidup.
4. Serikan rumah dengan memberi salam
Jin bernama Dasim akan duduk di pintu rumah kita. Jika tidak
memberi salam ketika masuk rumah, Dassim akan bertindak
agar berlaku keruntuhan rumahtanggan (suami isteri mudah
panas baran, isteri suka meminta cerai dan pelbagai bentuk
masalah lagi .
Nabi s.a.w. menyuruh kita memberi salam Assalamualaikum
warahmutallah .. dan bukan sekadar assalamulaikum sahaja
(mendoakan kesejahteraan) apabila memasuki rumah
walaupun tiada siapa didalamnya. Ini akan membawa
keberkatan kedalam rumah tersebut dan menambahkan
kesejahteraan rumah tangga.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
47
Sekalipun didalam rumah tiada penghuni, kita turut
digalakkan untuk memberi salam kerana ada penghuni lain
yang kita tidak Nampak hadhir didalamnya.
Sabda Nabi s.a.w apabila seseorang lelaki masuk kedalam
rumahnya terus menyebut nama Allah s.w.t., dan begitu juga
ketika makan, maka syaitan berkata, ’Maka tidak ada tempat
tinggal dan tidak ada tempat makan untuk kita” (riwayat
muslim)
5. Jadikan rumah khazanah ilmu
Dapatkan pelbagai buku ilmiah untuk dijadikan mini
library didalam rumah. Banyak perkara seorang wanita
perlu pelajari untuk melengkapkan diri menjadi ibu
mithali. Ilmu yang bernas dan mendalam melengkapkan
peranan ibu saperti perbidalan ‘tangan yang menghayun
buaian bolih menggegar dunia’. Kita adalah apa yang kita
fikirkan. Ilmu yang dapat diraih dari bacaan pasti akan
merangsang fikiran. Jika buku atau majalah yang berada
dirumah kita cuma novel-novel, majalah hiburan, mistik
dan perkara-perkara lagha maka laghalah kita dan bayi
dalam kandungan itu nanti. Tabiat suka membaca ketika
hamil akan menjadikan anak kita suka membelek buku
ketika masih kecil lagi. Lengkap dan hiaskan satu ruang
rumah dengan buku yang bermanfaat. Dapatkan lebih
banyak ilmu keagamaan, keibubapaan, pendidikan anak,
motivasi diri dan sebagainya. Sudah berlalu zaman
membaca URTV , Mangga dan majalah yang tidak
mendatangkan hasil. Jadikanlah diri ghairah dengan ilmu
bermanfaat.
Nabi s.a.w. bersabda
.”Sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk
para penuntut ilmu kerana suka dengan apa yang dia
tuntut.” (riwayat Tarmizi).
6. Jadikan rumah tempat berzikir
Zikir adalah ingatan kepada Allah s.w.t.. Biasakanlah
berzikir dan berselawat ketika melakukan kerja rumah.
Contoh: berzikir sambil membasuh pinggan atau
mengemop lantai. Ia mengelakkan kita dari mengeluh,
berangan atau berfikiran kosong. Hiasan rumah pula lebih
berarti jika dapat mengingatkan kita kepada kebesaran
Allah dan ciptaanNya. Contoh: pemandangan air terjun
yang indah dan sebagainya.
Ada wanita yang agak tinggi keinginan nafsu seksnya
pada waktu-waktu tertentu ketika kehamilan. Ini adalah
kerana perubahan hormon yang berlaku didalam tubuh.
Masalahnya adalah jika wanita tersebut melayan nafsunya
dengan mula berangan-angan. Muncullah nafsu gelap
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
48
yang diciptanya sendiri. Perkara ini akan berlanjutan dan
akan memberi kesan yang berat kepada bayi. Apa yang
kita fikirkan (termasuk hanya angan-angan sekali pun)
akan memberi kesan kepada bayi nanti. Saya
nasihatkan sesiapa yang sedang hamil mengamalkan zikir
untuk menghalang fikiran melayang dikawal syaitan. Juga
kita perlu:
- Fikir semula matlamat, cita-cita dan impian diri untuk
bayi dalam kandungan.
- Pasakkan keyakinan bahawa Allah s.w.t. Maha Melihat
dan Maha Mengetahui apa yang ada didalam hati dan
fikiran
- Sedarkan diri bahawa malaikat sentiasa bersama kita
mencatat segalanya tentang kita.
- Rapatkan diri dengan ahli keluarga dan teman-teman
yang solehah.
Apa yang kita fikirkan (termasuk hanya angan-angan
sekali pun) akan memberi kesan kepada bayi nanti.
7. Jadikan rumah tempat bertaubat dan ibadat
bukan tempat maksiat
Setiap manusia terdorong untuk melakukan dosa apabila
melangkah keluar rumah. Contoh: dosa memandang
lelaki atau wanita bukan mahram yang diluar kawalan
kita. Yang menjadi masalah jika seseorang yang bukan
muhrim itu dipandang untuk kali kedua dan seterusnya
kerana kecantikkan atau daya tarikannya. Itu adalah satu
dosa yang ramai kita lakukan tanpa sedar. Menurut satu
hadis s.a.w sebaik-baik orang berdosa adalah orang yang
segera bertaubat. Segera kita bertaubat dengan ucapan
astaghfirullah. Bila dirumah, lanjutkan dengan solat
taubat.
Zaman sekarang, dosa itu bukan lagi menunggu kita
melangkah keluar rumah, ia juga boleh dilakukan di dalam
rumah dengan zaman internet dan smartphone ini. Maka
hati-hatilah dengan penggunaan internet terutama
facebook dan web tanpa batasan. Jangan melakukan
fitnah dan umpatan sewenang-wenangnya. Juga hati-hati
dengan dosa mata melihat segala macam bahan yang
diharamkan apabila melayari web. Sentiasa ingat, jangan
jadikan rumah untuk kita mendidik bakal anak kita yang
suci sebagai tempat melakukan dosa.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
49
8. Jadikan rumah meraikan dan menjamu tetamu
Raikan dan jamu tetamu yang datang dengan apa yang
kita ada walaupun dengan segelas air sahaja.
Nabi s.a.w. bersabda “Apabila masuk tetamu pada satu
rumah, maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan
apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-
doasa keluarga itu” (Riwayat Dailami)
9. Elakkan gambar patung atau anjing dirumah
Tanpa suasana ingat kepada Allah, rumah mungkin dihias
dengan gambar-gambar yang melalaikan atau berunsur maksiat.
Nabi s.a.w. bersabda:
“Malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang didalamnya
terdapat anjing dan juga tidak memasuki rumah yang didalamnya
terdapat gambar (patung)”.
(Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah)
Cipta tenaga positif didalam rumah tempat kita beristirehat
bersama bayi dalam kandungan. Tenaga positif yang kita bina
akan menarik tenaga positif yang lain ke rumah kita dan
seterusnya akan memanfaatkan diri kita dan bayi.
Hargai diri kita dengan melindunginya dari angan-angan dan
sebarang yang tidak berfaedah. Pilih satu zikir yang anda suka
dan amalkannya setiap kali ada masa yang terluang. Zikir adalah
seperti tali yang dipintal menuju kepada Allah. Ia mengeratkan
kita kepada Allah s.w.t.. Mengukuhkan doa agar mudah
dimakbulkan.
Bagi amalan saya sendiri, saya mengamalkan zikir dibawah 100
kali setiap hari. Sebelum saya hamil hinggalah hari ini saya
mengamalkan zikir ini tak lekang dari bibir sepanjang hari:
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
50
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala puji bagi Allah
Aku memohon ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia yang Awal dan Dia yang Akhir
Dia yang Zahir Dia yang Batin
Yang Menghidupkan dan yang Mematikan
Dia yang hidup tanpa Mati
Padanya segala kebaikkan
Dan Dia Berkuasa atas sesuatu
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
51
BAB 5 HORMON OXYTICIN DAN CORTISOL
BAB 6 PARADIGMA SEMASA DAN KESANNYA TERHADAP
KANDUNGAN
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
52
Mengikut statistik, daripada 28 juta penduduk di negara ini, 1.4
juta menghadapi depresi atau kemurungan. Wanita lebih ramai
menghadapinya disebabkan beberapa perkaitan biologi tubuh
iaitu perubahan hormon seperti kitaran haid, kehamilan,
kelahiran dan putus haid.
Kemurungan ini akan mengubah fokus kepada untuk mengeluh,
sedih tidak menentu dan tekanan. Kemurungan atau tekanan ini
adalah penyakit biological yang menghasilkan simptom
biological (biologi tubuh) dan juga psikologikal.
Simptom kemurungan
Kurang tumpuan dan fokus
Kurang yakin diri
Hilang semangat
Sering rasa bersalah
Berasa masa depan tidak menentu
Tidur yang terganggu
Hilang selera makan atau mentempiaskan kemurungan
dengan banyak makan
Sudah tentunya semua ini akan mengganggu janin dalam
kandungan dengan memberi kesan yang negatif. Ubah dengan
mendekati diri kapada Allah s.w.t. memohon kesabaran dan
ketenangan jiwa dan minda.
“Hiburkanlah hati kamu, kerana apabila hati lelah, hati kamu
cenderung menjadi buta”
Saidina Ali
Jangan diminta pada Allah hidup yang mudah tetapi
mintalah HATI YANG TABAH.
Firman Allah dalam surah al Mulk
“Dijadikan mati dan hidup untuk kamu untuk menguji siapakah
antara kamu yang terbaik”
Anda juga bolih menerima pakai nasihat pakar psikologi. Kata
ahli psikologi, manusia bila ditimpa masalah, perlukan seseorang
yang mereka percayai untuk mendengar masalah dan rintihan
mereka. Mereka memerlukan orang yang dipercayai ini seperti
mana manusia memerlukan kepada udara dan makanan. Mereka
akan merasa lega ‘relief dan release’ setelah meluahkan
walaupun masalah tersebut belum lagi diselesaikan. Mereka itu
perlu didengar. Selalunya seseorang yang kita rasa yang paling
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
53
mencinta kita, dialah yang akan kita datangi yang perlu banyak
dan kerap mendengar keluhan masalah kita. Masalah yang perlu
diawasi ialah kebocoran rahsia yang diluahkan. Bolihkah kita
pasti individu tersebut bolih menyimpan rahsia? Mungkin
individu itu juga akan bosan dengan rintihan luahan kita.
Para ahli psikologi juga mencadangkan kita menulis masalah kita
itu diatas kertas. Didalam sebuah buku yang ditulis oleh Dale
Carnegie berkata, ceritakanlah masalah kita itu dengan menulis
diatas kertas. Selepas menulis, kita akan rasa separuh dari
masalah tersebut sudah selesai. Kemudian 30 hari selepas kita
menulis, ambil kertas tersebut semula dan bacanya kembali dan
pasti kita akan berkata dalam diri.. “masalah ini tidaklah sesusah
yang disangka pada waktu aku menulisnya dulu”.
Pada saya tiada siapa yang lebih terbaik dari Allah s.w.t.. Kita
yang beragama Islam punya Allah s.w.t.. Allah s.w.t. sentiasa
mendengar. Allah As Sami’ - Maha Mendengar. Allah s.w.t. tidak
pernah jemu mendengar hambaNya mengadu kepadanya. Jika
kita terlupa untuk mengadu dan bercakap dengannya dia akan
datangkan ujian. Ujian datang kerana Allah hendak
memperkenalkan diriNya. Hendak kita selalu ingat Dia yang
paling berkuasa melakukan apa sahaja. Ujian ini adalah
pendidikan. Terimalah dengan berlapang dada.
All the time we are giving others the opportunity to make us
happy and a lot of time they failed us. Give yourself the gift to
make yourself happy. Hug and kiss yourself.
Anonymous
Semua manusia mempunyai masalah tetapi janganlah kita terlalu
tenggelam dengan masalah itu sehingga buta melihat peluang.
Anak didalam rahim itu hanya mempunyai masa yang sangat
cepat berlalu. Tanpa kita sedar, akan tiba waktu untuk
melahirkan. Samada masalah dan tekanan itu sudah berlalu atau
belum berlalu, bayi itu tetap akan dilahirkan. Jangan jadikan
masalah kita itu membawa masalah lain yang lebih panjang.
Berhenti melihat masalah dan mula melihat peluang. Anak itu
akan memberi pelbagai nikmat yang membahagiakan jika kita
ambil peluang meraikannya dari dalam kandungan lagi.
Jika mahu, jadikan bayi dalam rahim kita sebagai kawan baik kita.
Berkongsilah masalah itu dengannya dan katakanlah kita tidak
tergugat dengan masalah itu kerana kita punya Allah dan kita ada
dia.
Bercakap tentang ini, sesuatu yang menarik untuk dikongsikan
adalah adanya kes ibu-ibu yang boleh berkomunikasi secara
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
54
telepathy dengan bayi yang bakal dilahirkan. Telepathy adalah
komunikasi tanpa batas dan tanpa menggunakan kata-kata
seperti biasa. Untuk pengetahuan, secara semulajadinya semua
bayi mempunyai kuasa telepathy yang kuat. Menurut sains,
kesemua bayi lahir dengan pembukaan otak kanan yang
berfungsi penuh dan otak kiri yang masih tidur. Otak kanan ini
yang digunakan oleh pengguna telepathy untuk berkomunikasi
jarak jauh.
Kuasa telepathy ini secara amnya memang ada pada sesiapa
sahaja. Cuma kita tidak mengendahkan untuk memahirkannya
secara serius. Tanpa sedar setiap orang pernah mengalaminya
sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Contohnya
seseorang ibu yang merasakan ada yang tidak kena pada hari itu
jika sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada anaknya.
Seorang anak yang tidak berada didepannya dapat dirasainya
inikan pula anak itu masih dalam kandungan rahimnya.
Saya galakkan untuk ibu-ibu percaya bahawa bayi dalam
kandungan benar-benar mendengar apa yang ingin kita katakan
padanya untuk memotivasikan diri untuk hanya mengeluarkan
gelombang pemikiran yang baik sepanjang tempoh kehamilan.
Komunikasi pra kelahiran ini lebih efektif, lebih kekal dan mudah
untuk dilakukan dalam mendidik bayi kerana mereka masih
dalam keadaan ‘menerima sahaja’. Mereka juga berada didalam
tubuh dan sangat dekat dengan diri dan roh kita berbanding jika
mereka sudah lahir dan berada diluar tubuh.
Ibu-ibu hamil perlu mengelak daripada menjebakkan diri
daripada tekanan yang melampau. Sifat-sifat yang memberi
tekanan contohnya sifat cemburu, dengki, perasaan berlumba-
lumba untuk menunjuk-nunjuk menyebabkan tekanan kepada
bayi.
OXYTOCIN
Satu kajian yang telah direkodkan oleh para saintis tentang otak
tikus-tikus yang diberi tekanan dan kasih sayang yang berbeza
adalah seperti berikut. “Otak tikus yang telah dijaga dengan baik,
dibelai oleh ibu-ibu mereka yang tidak stress menunjukkan
manfaat sepanjang hayat. Tikus makmal ini menunjukkan
kebimbangan yang kurang, belajar dengan lebih baik, lebih cepat
menyesuaikan diri dan lebih tahan kepada tekanan daripada tikus
yang tiada kasih sayang ibu dan hanya dijaga untuk dibuat kajian.
Kumpulan tikus pertama mempunyai hormon tekanan kurang,
lebih reseptor yang menggalakkan pembelajaran dan
menunjukkan kebimbangan kurang dalam keadaan takut
(Panksepp, 2012). Dalam erti kata lain, haiwan yang mendapat
belaian ibu adalah lebih berdaya tahan dan kurang terkejut
dengan liku-liku hidup yang memberi tekanan.
Oxytocin dan vasopressin adalah hormon yang membantu
mengawal ingatan dan kognitif di dalam otak. Dari kajian Ahern
and Young (2009) mendapati bahawa ibu bapa yang bijak yang
bekerjasama dalam memupuk dan membentuk otak bayi dari
dalam kandungan hingga tahun-tahun awal kehidupan anak
mereka, memberi kesan mendalam kepada pengeluaran bahan
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
55
kimia didalam otak anak mereka, terutama hormon oxytocin dan
corticotrophin.
Kita boleh mengandaikan bahawa kecenderungan yang tidak
baik pada kanak-kanak seperti suka memberontak dan
mengamuk berlaku apabila ibu bapa kurang memberi kasih
sayang dari rahim hinggalah mereka dilahirkan. Selalunya ia
terjadi jika kehamilan itu tidak dikehendaki. Contohnya mungkin
mereka sudah mempunyai ramai anak dan tidak mahu
menambah lagi anggota baru ke dalam keluarga.
Oxytocin, hormon kasih sayang, merangsang pelepasan utusan
kimia yang dipanggil "atrial natriuretic peptida" oleh sel-sel
dalam otot jantung. Dalam erti kata lain, oxytocin memberikan
kesan yang baik pada jantung! Molekul Oxytocin adalah ‘molekul
cinta dan kasih sayang’, neurotransmitter yang membuatkan kita
berasa hangat dan tenang, baik dan berguna kepada orang lain,
bijak menjalinkan ukhuwwah dan menyambung silaturrahim
(kemahiran bersosial).
Sentuhan kulit yang maksima akan merembeskan oxytocin pada
kedua-duanya terutama bayi
Salah satu cara untuk mengeluarkan oxytocin pada bayi dalam
kandungan adalah dengan selalu mengusapnya dari luar perut
kita. Semakin dia membesar semakin kuat usapan dirasakan oleh
bayi kerana makin kurang halangan antara kulit perut kita
dengan bayi didalamnya.
Sentuhan kulit yang berbentuk belaian seperti ini merangsang
pembebasan oxytocin
Oxytocin ini dikeluarkan oleh hipotalamus dan kelenjar pituitari di
dalam otak dan diedarkan dan diterima oleh reseptor dalam
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
56
badan., Tetapi jika reseptor oxytocin dalam badan adalah kurang,
ia sukar merebakkannya ke kawasan sekitarnya. Inilah yang kita
mahu bangunkan dalam tubuh janin – membina sebanyak
mungkin reseptor-reseptor tersebut didalam tubuhnya. Reseptor
ini boleh diwujudkan dengan melakukan usapan/belaian lembut.
Sel-sel reseptor oxytocin wujud bukan sahaja dalam rahim,
serviks dan payudara, tetapi juga di kawasan-kawasan otak,
jantung, usus, plasenta dan lapisan dalam kantung amnion
sekitar bayi. Para saintis di Institut Penyelidikan Perubatan Max
Planck baru sahaja mendapati bahawa terdapat laluan atau
sambungan saraf di dalam otak yang mengangkut oxytocin dari
satu bahagian ke bahagian yang lain didalam otak.
Seorang ibu bertanggungjawab menjaga proses pengangkutan
oxytocin pada bayi didalam kandungannya dengan menjaga
semua aspek kemanusian dan kerohanian dalam kehidupan
sehari-hari. Apakah perkara lain yang boleh mencetuskan
bilangan neuron yang optimum untuk oxytocin janin dalam
kandungan? InsyaAllah buku ini akan memberi semua aspek yang
perlu dititik beratkan dalam hidup kita bukan sahaja sebagai ibu
yang sedang hamil malah sebagai manusia muslim tidak kira
lelaki atau wanita.
Seperti yang kita ketahui, otak mempunyai keupayaan
berkembang pesat pada tempoh sensitif tertentu. Ibu yang
memang sudah mempunyai kehadiran oxytocin dalam badan
pada paras yang tinggi mampu untuk memberikan oxytocin ini
kepada bayi mereka samada dari dalaman atau rangsangan
luaran. Rangsangan luaran dengan cinta hanya mampu diberi
kepada bayi jika seorang ibu itu penuh dengan rasa cinta juga.
Nasihat bagi sang suami, semasa isteri kita sedang mengandung,
janganlah ambil kesempatan dan buat hal. Curahkanlah tumpuan
dan sepenuh kasih dan sayang anda pada isteri dengan perbuatan
dan kata-kata. Ianya akan memberi kesan kepada zuriat
keturunan anda. Bagi wanita yang sedang hamil pula, rasa cinta
tertinggi yang boleh dihadiahkan kepada bayi kita untuk
mengeluarkan oxytocin ini adalah rasa cinta kita kepada Allah.
Satu lagi penemuan kebaikan kesan oxytocin pada wanita hamil
adalah ia dapat bertindak untuk memudahkan kelahiran.
Diperhatikan bahawa reseptor oxyticin dalam wanita yang
berlainan mempunyai tahap densiti oxytocin dengan paras
berlainan. Maka para suami yang prihatin, belain kasih sayang
anda akan memudahkan proses kelahiran anak olih isteri anda.
Wanita hamil jangan terlalu memikirkan perkara yang
menggusarkan. Bak kata seorang penulis buku, “Don’t Sweat
Over The Small Stuff”. Tekanan akan membunuh oxyticin ini dan
akan mengeluarkan cortisol pula yang tidak baik untuk tubuh dan
kandungan.
.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
57
Wabak penyakit jiwa sedang melanda manusia di seluruh dunia. Berbagai usaha telah dibuat untuk mengatasi wabak ini, tetapi semuanya gagal. Ubat paling laris dalam pasaran ialah ubat bersangkut dengan penyakit jiwa, terutama sekali Prosac, ubat untuk melawan kesedihan (depression).Nampaknya tidak ada harapan untuk mengatasi wabak ini melainkan manusia kembali kepada Al Quran."
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam
dan Dakwah negeri Kelantan
Ustaz Hassan Mohamood (2006)
Mereka yang tidak meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada
Allah s.w.t., tidak redha pada qadha dan qadarnya akan
mempunyai cara yang berbeza dalam menerima tekanan.
Mahatma Ghandi pernah berkata, ‘Jika Tidak Ada Kepercayaan
Kepada Tuhan, Sudah Lama Saya Jadi Gila’. Terlalu larut dalam
tekanan, akan membantutkan sel-sel reseptor dan juga
penghasilan penghasilan oxytocin. Ia akan meningkatan tahap
kortisol atau catecholamines dalam sistem tubuh.
The Oxytocin Molecule
Pembenihan, kehamilan, kelahiran, tempoh baru lahir dan awal
tahun kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang paling
kritikal dalam pembentukan potensi kanak-kanak yang luarbiasa.
Perbuatan yang merangsang pembebasan oxytocin adalah
sentuhan, pandangan mata, sentuhan kulit, pergerakan,
senyuman, makan minum, bermain, kebaikan, empati dan
kerohanian. Barulah kita tahu kenapa dalam Islam, senyum itu
adalah satu sedekah. Ia memberi kesan kepada oxytocin kepada
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
58
orang yang menerima senyuman itu. Perbuatan untuk
merangsang oxytocin ini pula agak terhad dan sedikit sukar jika
bayi masih dalam kandungan. Tetapi, ia bolih dilakukan dengan
penyampaian kasih sayang dalam bentuk telepathy yang
menggunakan emosi dan (gelombang otak) fikiran kepada bayi
selain dari usapan dan kata-kata baik yang diucapkan dari luar
perut.
CORTISOL
Dalam satu persidangan yang di jalankan bersama Federation of
Damanhur, Italian Obstetrics Association for International
Cultural Relations (AIORCE), seorang pembentang, Dr Giancarlo
Fiorucci menyatakan secara terperinci menjelaskan bagaimana
keadaan emosi dan fikiran sewaktu seorang wanita itu
mengandung memberi kesan kepada janin yang semakin
membesar dalam dirinya. Beliau berkata, kita tidak boleh
memisahkan sistem badan dengan 'PNEI' atau Psycho-Neuro-
Endocrinological-Imunologi. Badan perlu wujud dalam keadaan
keseimbangan dan apabila ia mengalami ketidakseimbangan,
kita mengalami penyakit, termasuk tekanan dan kemurungan.
Satu keadaan ketidakseimbangan atau penyakit yang
berpanjangan kepada wanita hamil memberi kesan kepada neuro
endokrin dan sistem hormone mereka. Hormon dan neuro-kimia
yang terkesan ini kemudian akan menyerap ke plasenta dan
memberi kesan kepada bayi dan menjejaskan proses
perkemabangan yang sedang berjalan pada bayi khususnya
hormon tekanan iaitu kortisol. Jika ia berlaku dalam waktu yang
panjang, kortisol dalam darah melemahkan sistem imun, boleh
membawa kepada kerosakan sel otak dan boleh menjejaskan
paksi fungsi hormon dalam bayi, yang membawa kepada kesan
sepanjang hayat kepada bayi tersebut. Ia mungkin bukan
menyebabkan kerosakkan otak yang teruk, tetapi ia boleh
menyebabkan kelembapan otak dalam semua perkara termasuk
pelajaran dan pendidikan bayi tersebut. Kesan yang lainnya juga
mungkin akan menyebabkan bayi selalu jatuh sakit atau lebih
teruk jika bayi tersebut mendapat kedua-dua kesan sekali gus
iaitu lembap dalam pelajaran dan selalu jatuh sakit. Nauzubillah.
Semoga para ibu mengambil peringatan bahawa diri mereka
adalah pilihan Allah untuk membawa satu nyawa dari syurga ke
dunia. Maka jagalah amanah itu sebaik mungkin dan janganlah
mengambil perkara kecil dan remeh untuk menjadikan diri
mereka keluar dari keseimbangan kehidupan. Allah s.w.t. mahu
menguji kita. Sebagai seorang yang terpilih, kita perlu pandai
mengurus takdir itu. Jom kita reset minda dan berlapang dada.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
59
Juga jauhkan diri dari berkawan dengan orang yang rosak akhlak
dan jiwanya. Berkawan dengan orang yang sentiasa positif dan
memberi motivasi untuk berjaya dan mendekatkan diri kita
dengan Allah s.w.t., mereka akan membuat kita rasa gembira
dan ceria. InsyaAllah.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
60
BAB 5 HORMON OXYTICIN DAN CORTISOL
BAB 6 PARADIGMA SEMASA DAN KESANNYA TERHADAP
KANDUNGAN
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
61
Dalam bab ini kita akan membincangkan tentang 2 unsur yang
saling kait mengait antara satu sama lain iaitu Emosi dan Nilai Luaran dalam C.E.R.M.I.NTM
Ya Allah engkaulah pemilik hati ini dan engkaulah pelindung
kepada hati ini.. Aku mahu akhir kembaliku kepadamu dengan
hati yang sempurna dan baik. Hati adalah tempat jatuh
“pandangan” Allah s.w.t..
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kami disisi
Allah ialah orang yang paling bertakwa” (Surah Al Hujurat 49:13)
Rasulullah s.a.w. turut menegaskan, mafhumnya: ”Sesungguhnya
Allah tidak melihat (menilai) jasad kamu mahupun harta kamu..
Allah melihat hati kamu” (riwayat al Tabarani)
Emosi banyak dikawal oleh hati. Hati yang marah akan
menghasilkan emosi yang gementar. Emosi yang penuh dengan
gelombang marah, akan mempercepatkan kadar pernafasan,
melajukan degupan jantung dan menaikkan tekanan darah.
Hasilnya muka yang merah menahan nafsu amarah ini dan jika
tidak dapat dibendung, mulut akan mengeluarkan perkataan
tidak elok dan lebih teruk lagi, anggota tubuh akan melakukan
sesuatu yang tidak baik keatas orang atau benda berdekatan
dalam keadaan marah ini. Hati adalah RAJA kepada badan. Maka
selayaknya kita mendapatkan raja yang baik untuk memerintah
rakyatnya (anggota tubuh) didalam diri kita.
Hati itu bersifat dolak balik. Simpang siurnya terlalu licik. Ini
adalah kerana tarikan dua gravity:
1. Graviti mulia - pintalan para malaikat
2. Graviti hina - tiupan para syaitan
Hati adalah pemerintah kepada seluruh anggota badan.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Rasa
“hendak” itu letaknya di hati. “ Apakah mereka tidak
berjalan berjalan pada permukaan bumi lalu menjadikan
hati-hati mereka berfikir dengannya, atau telinga
mereka mendengar dengannya? Maka sesungguhnya
bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang
buta ialah hati mereka yang berada di dada: (al Hajj. 46)
Dalam ayat diatas di sebut ‘Qalb’ dalam bahasa Arab jika
diterjemahkan dengan sebenar bermaksud ‘jantung’
adalah bertugas untuk berfikir! Para saintis sebelum ini
berpendapat aktiviti berfiir hanya dilakukan oleh otak,
bukan organ lain khususnya jantung. Di mana jantung
adalah untuk mengepam darah ke seluruh badan sahaja.
Namun al Quran menegaskan bahawa berfikir yang
mendalam secara renungan dilakukan oleh hati.
Para psikoanalisis berasa sungguh kagum dengan
penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
62
yang bersambung dengan sel memori otak, akan tetapi
aktiviti berfikir pada hakikatnya berpusat di jantung.
Para saintins menemui sejenis sel dalam jantung manusia
yang dikenali sebagai ganglia cells yang mempunyai
memori lebih kuat daripada sel otak. Sel ini berfungsi
seperti kapasiti memori sebuah computer yang
menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak.
Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu sama
lain membentuk apa yang disifatkan oleh para
pengkajinya sebagai brain cell in the heart. Rangkaian sel
ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan
menerusi edaran darah.
Penemuaan ini merungkaikan bahawa darah manusia
turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang
dicetuskan oleh sel ganglia tersebut. Kajian juga turut
memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung
saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang
sangat kompleks, tindakbalas kimia, asid amino dan
gelombang elektrik.
Seorang professor Universiti of Hawaii yang bernama Paul
Peasall turut mengkaji aspek psikoanalisis berkaitan
dengan pemindahan jantung untuk menguatkan lagi
penemuan sel memori dalam jantung manusia. Dalam kes
yang direkodkan Professor tersebut, seorang lelaki yang
gemar menggubah muzik telah terbunuh dalam satu
kemalangan jalanraya; lalu jantungnya dipindahkan
kepada seorang wanita yang sama baya dengannya.
Secara tiba-tiba wanita tersebut menjadi kreatif
menggubah lagu. Lebih menyayat hati, lagu yang
terbengkalai oleh lelaki penderma jantung tersebut
disiapkan secara berasingan oleh wanita penerima
jantung tersebut.
Apabila ibu lelaki itu mendengar lagu yang dimainkan oleh
wanita tersebut, dia tiba-tiba menangis kesayuan kerana lagu itu
pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.
Apakah yang boleh disimpulkan oleh penemuan ini bagi ibu-ibu
hamil? Hati atau jantung adalah tempat titik kecerdasan yang
sama pentingnya dengan otak. Kedua-duanya perlu dijaga
kerana ia membawa memori tertentu didalam darah kita yang
akan disalurkan kepada bayi didalam rahim yang kita
kandungkan. Jika adanya pertembungan antara sains dan Islam,
yakinlah dengan Islam kerana kadang-kadang apa yang kita ikuti
itu cuma belum di buktikan atau dijumpai lagi. Berbanding
dengan pengetahuan sains sebelum ini dimana manusia
berpendapat hanya otak yang melakukan kerja untuk berfikir,
kini hati juga boleh berfikir dan fikirannya itu lebih kuat dari otak
kerana ia akan membawanya kedalam setiap titik darah didalam
tubuh.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
63
Ulama sufi pernah menyatakan sesiapa yang tidak mendapat
syurga dihati ketika didunia, maka sukar untuknya untuk
mendapat syurga di akhirat. Syurga dihati yang dimaksudkan
adalah ketenangan.
Syaitan akan memperalatkan dunia untuk mengganggu manusia
yang melalui jalan mujahadah. Ia menakut-nakutkan dengan
pelbagai kebimbangan dan ketakutan seperti kemiskinan,
kehinaan, kesusahan serta kerugian sekiranya manusia
menempuhnya.
Mendidik anak untuk menjadi genius al-Quran serta ilmu dunia
yang lainnya adalah satu mujahadah. Mujahadah itu berasal dari
perkataan jihad. Ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan
penuh kegigihan dan tenaga. Untuk para wanita, sahutlah seruan
jihad ini. Marilah kita bermujahadah bersama.
Syaitan akan memperalatkan dunia untuk mengganggu manusia
yang melalui jalan mujahadah. Ia menakut-nakutkan dengan
pelbagai kebimbangan dan ketakutan seperti kemiskinan,
kehinaan, kesusahan serta kerugian sekiranya manusia
menempuhnya.
Racun Hati
Hati mempunyai racun yang boleh menjadikan ia sakit. Racun
hati boleh disebabkan oleh tiga perkara:
1. Lidah
2. Mata
3. Perut
Lidah merupakan angota badan yang paling baik dan paling
buruk sekali bergantung bagaimana kita menggunakannya.
Gerakan lisan adalah gerakan yang paling ringan tetapi berat
timbangannya. Ia boleh mendatangkan mudarat seperti
permusuhan, kebencian, pembunuhan dan sebagainya dan ia
juga boleh mendatangkan manfaat. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jangan banyak berkata-kata selain zikrullah kerana ia membuat
hatimu menjadi keras dan orang yang terhindar dari Allah adalah
orang yang memiliki hati yang keras”
Langkah mengelakkannya :
Gunakan lidah untuk mengucap perkara yang baik sahaja
Tidak menyakit hati kawan atau jiran
Selalu bertasbih kepada Allah
Selalu membaca Al Quran
Elakkan mengumpat, memfitnah dan mencaci
Menjaga kesihatan mulut, gusi dan gigi
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
64
Racun daripada Mata
Dari mata turun ke hati. Berlebihan melihat sesuatu bolih
menimbulkan angan-angan yang akhirnya merosakkan kesucian
jiwa. “Pandangan mata kamu merupakan anak panah yang
beracun daripada anak panah iblis”
Lelaki dan wanita adalah sangat perlu untuk menjaga pandangan
dari terkena panahan iblis ini dan jatuh hati dengan yang bukan
mahram. Lebih-lebih lagi wanita hamil. Sekali sudah terkena,
hilanglah fokus untuk mendidik janin dalam kandungan.
Berapa ramai antara kita bila menonton TV bersiri dan kemudian
tidak boleh tidak, mesti menontonnya di setiap episod
seterusnya. Kita jadi resah jika tidak mengetahui episod
seterusnya. Kita menggunakan mata kita untuk memandang
bukan mahram berkali-kali menjadi jatuh dosa. Banyak
memandang kurniaan Allah dan mengucapkan zikir sebagai
kagum dengan ciptaanNya.
Langkah mengelakkannya :
Elak daripada pandangan yang haram
Segera tersedar jika mendapat panahan syaitan untuk
memandang kearah yang bukan mahram
Jaga kesihatan mata
Jangan melihat hiburan atau perkara yang lagha
Pandang al-Quran
Racun daripada Perut
Banyak makan boleh mengumpul perlbagai masalah di dalam
perut. Banyak makan juga membuat kita lebih cenderung untuk
rasa mengantuk hingga menyebabkan banyak tidur akibat terlalu
kenyang.
Langkah untuk mengelakkannya:
Menjaga kesihatan perut (tempat bermula segala
penyakit)
Banyak berpuasa
Pilih makanan yang halal
Manjaga adab makan dan minum
Makan makanan yang berkualiti
Banyakkan meminum air kosong
Bersedekah makanan kepada jiran
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
65
Empat sebab punca HATI menjadi keras :
1. Perut yang terlampau kenyang
2. Berkawan dengan orang yang jahat dan rosak akhlak
3. Melupai dan memandang remeh terhadap dosa-dosa
kecil dan dosa-dosa yang lalu
4. Panjang angan-angan
Dari empat sebab punca hati menjadi keras diatas, saya ingin
memberi perhatian tentang no. 2. Iaitu – Berkawan dengan
orang yang jahat dan rosak akhlak. Ia adalah ‘Nilai Luaran’
dalam C.E.R.M.I.N.TM yang sepatutnya dibincang di bab akhir.
Namun saya ingin alihkannya disini kerana kaitan Nilai ini dan
kesannya kepada hati kita, iaitu topik yang kita sedang
bincangkan ini.
Menurut seorang penyelidik, Robert Moss, "Kanak-kanak dalam
kandungan berkomunikasi bukan sahaja dengan ibu, tetapi juga
dengan orang-orang yang diterima oleh ibu mereka sebagai
‘selamat dan boleh didekati’ atau ‘bahaya dan perlu dijauhi’
dalam persekitaran ibu mereka itu sepanjang kehamilan”. Maka
hati-hati dalam memilih mereka dalam pergaulan kita sehari-hari.
Mereka ini memberi peranan sebagai pencetus kepada mesej
yang akan disampaikan oleh otak kita kepada bayi dalam
memilih orang yang bagaimanakah yang patut dihampiri bila
mereka membesar kelak. Kita perlu ada penapisan yang jelas
yang kita katakan kepada diri kita sendiri dan bayi dalam
membuat pemilihan. Ini bukan sahaja akan memberi manfaat
kepada ibu tetapi juga dalam mendidik bayi membentuk jiwa
mereka yang cinta untuk menghampiri orang-orang soleh-
solehah dan menjauhi orang yang sebaliknya.
Ikut pepatah bahasa Inggeris. “Birds of the same feather
flock together.” Maksudnya jika berkawan dengan orang yang
suka ke surau dan masjid, kita akan terikut kerana ajakan dan
cerita mereka untuk kesana; tetapi jika berkawan dengan orang
yang suka mengumpat dan memfitnah lama kelamaan kita juga
akan jadi pakar dalam mengumpat dan memfitnah seperti
mereka.
Sufyan Astsaury berkata,
“Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka,
dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka,
dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah
seperti mereka pula.”
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
66
Dengan itu, wanita hamil berhati-hatilah dalam memilih nilai
luaran atau orang luar untuk bersama atau untuk dijadikan
teman. Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah
seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi.
Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada
anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang
besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar,
atau mendapat bau busuk.”
Telah bersabdanya Rasulullah s.a.w. sebagaimana yg
diriwayatkan oleh Al-Tirmizi yang bermaksud,
“Seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka
hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan
teman.”
Dalam kitab al-Hikam ada menyebut,
Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya yang tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis lain yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”
Rakan ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui.
Sejujurnya bukan senang untuk mencari kawan yang baik.
Memilihlah jika kita mahu bersahabat kerana Allah. Allah s.w.t
berfirman dalam az Zukhruf, ayat 67 yang bermaksud
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi
musush kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang yang
persahabatannya berdasarkan iman dan soleh”.
Justeru itu kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik
kepada rakan kita dan berharap mereka juga begitu.
Penyakit berkawan jika tidak kerana Allah s.w.t. akan
menimbulkan penyakit-penyakit yang akan menular kepada
penyakit hati dan menghitamkannya.. lebih parah iaitu penyakit
mengumpat.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
67
Menurut Imam al Ghazali perkara yang menyebabkan manusia
suka mengumpat antaranya:
1. Untuk memuaskan hati
2. Pergaulan yang tidak sihat
3. Menunjuk-nunjuk kelebihan, kemegahan dan
keistimewaan diri
4. Hasad, dengki dan Iri hati
5. Menghadiri majlis gelak ketawa
6. Sifat takabur dan bongkak
1. Untuk memuaskan hati
Kerana marah, cemburu dan dengki maka disebut-sebut orang
yang dimarah itu mengumpat untuk memuaskan hatinya.
Jiwanya sudah tidak dikendalikan oleh jiwa agama. Menurut
Imam al Ghazali, kedengkian yang menyebabkan dendam
kesumat dan kemarahan itulah pendorong perbuatan
mengumpat.
2. Pergaulan yang tidak sihat
Kerana tidak mahu digelar ‘anti sosial’ maka kita terus
mendengar sesi mengumpat orang yang dimarah oleh
sahabat kita. Tanpa sedar kita pula menunjukkan rasa simpati
dan terjebaklah dalam dosa mengumpat tanpa mengetahui
apa cerita yang sebenarnya.
3. Menunjuk-nunjuk kelebihan, kemegahan dan
keistimewaan diri
Orang yang sombong dan angkuh akan merendahkan orang
lain dengan mengadakan satu ‘story board’ (penceritaan)
supaya orang lain percaya bahawa merekalah yang baik dan
berkelebihan.
4. Hasad dan Iri hati
Apabila perasaan ini bersarang dalam hati , timbul rasa tidak
senang bila orang lain pula dipuji, disanjung atau dimuliakan.
Hati yang penuh hasad dan dengki akan mendorong
seseorang melihat kelebihan dan kelemahan diri tetapi
sebaliknya sangat berminat dengan melihat kekurangan dan
kesilapan orang lain untuk diwar-warkan kepada orang ramai.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
68
Sabda Rasulullah s.a.w. “ Sesungguhnya, hasad dengki akan
menghapuskan serta membinasakan segala kebajikan dan
kebaikan yang dilakukan seumpama api yang membakar dan
menghanguskan kayu” Riwayat Abu Daud)
5. Menghadiri majlis gelak ketawa
Majlis seperti ini akan mendorong seseorang cuba sedaya upaya
menimbulkan gelak tawa orang lain hingga tanpa sedar telah
menggunakan keaiban orang lain bagi menjadi popular di mata
orang ramai.
6. Sifat takabur dan bongkak
Sifat ini dan sifat sifat negative seumpamanya adalah sifat yang
diusahakan oleh syaitan yang sentiasa kreatif menghasut dan
menggoda manusia supaya mengingkari Allah s.w.t.
Perkara ini akan menyebabkan hati yang tidak akan pernah puas,
sentiasa sakit hati dengan orang lain dan akhirnya akan
menyebabkan tekanan dan kemurungan pada diri sendiri. Bila diri
berada dalam tekanan dan kemurungan, mustahil seorang wanita
itu akan memikirkan kesejahteraan bayi dalam kandungannya.
Sudah tentunya semua ini akan mengganggu janin dalam
kandungan dengan memberi kesan yang negatif. Ubah dengan
melakukan perkara dibawah :
1. Dekatkan diri kepada Allah s.w.t.
2. Carilah kawan yang solehah. Kawan mempunyai sifat
yang mudah “menular”. Jika kita dikelilingi orang yang
memiliki cara pandangan yang positif, bersemangat dan
optimis, maka kita juga akan memiliki kecenderungan
untuk meniru sifat tersebut. Selalulah berada dalam
lingkungan mereka yang memberi manfaat dunia akhirat.
3. Berhenti menumpukan perhatian hidup anda pada
sesuatu yang bukan milik anda. Pandang dengan penuh
kesyukuran apa yang anda miliki. Contoh: kesihatan yang
baik, suami yang bertanggung jawab dan keluarga
tersayang.
4. Visualisasikan apa yang anda impikan.. hidup yang
tenang, rumah tangga yang sakinah dan mawaddah,
bahagia dengan anak yang didik dengan usaha sendiri
yang bijak dan terkehadapan.
Saya teringat akan kata-kata Robert T. Kiyosaki dalam memilih
kawan. Menurutnya, pemilihan kawan adalah penting jika
seseorang ingin kaya dan berjaya. Bila kita fokus ke satu usaha,
secara automatik kita mempunyai aura untuk menarik kawan-
kawan yang sama fokus dengan kita.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
69
"If you want to be rich, choose your friends carefully. It's important to be friends with the right people. Many people will find that, as they get richer, the friendships that they had before also change. If you're rich, it's harder to be friends with people who are adverse to money, business and investing. It's simply a matter of different focuses in life.” (Robert T. Kiyosaki)
Walau bagaimanapun, untuk mencari kawan yang mendekatkan
diri kita kepada Allah s.w.t. tidak semudah mencari kawan
ketawa.. Syaitan akan cuba untuk memesongkan kita dengan
mendatangkan kawan-kawan yang akan melarikan fokus itu.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
70
BAB 7 PENDIDIKAN JANIN DALAM KANDUNGAN
BAB 8 KALIMAH YANG MENGGETARKAN
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
71
Dalam bab ini kita akan membincangkan tentang unsur
rangsangan dalam C.E.R.M.I.NTM
Perjalanan mendidik adalah perjalanan yang memerlukan hati yang mujahadah.
Seandainya tidak terpahat iman dihati, nescaya terasa beban menjalankan semua ini.
Seandainya tidak menggunung harapan kepada permata hati menjadi generasi soleh dan solehah, nescaya kita tidak sanggup menjalani hari-hari yang penuh dengan pelbagai tugasan tanpa gaji atau upah.
Seandainya bukan kerana meraih redha Ilahi, nescaya kita akan mensia-siakan peluang berbakti kepada suami
Seandainya tiada bidadari syurga yang akan cemburu kepada isteri yang solehah, nescaya tidaklah seorang wanita itu bersusah payah
Kita tahu bahawa janin dalam kandungan menerima ‘physical impressions’ melalui respon emosi dan fizikal ibu yang mengandungkannya. Bab ini akan menguraikan apa yang kita boleh lakukan untuk memaksimakan dan memperkuatkan deria lihat, bunyi, rasa, sentuh dan tindakbalas keseluruhan semasa bayi kita masih dalam kandungan.
Dalam Islam, pendidikan pralahir ini bermula sebelum awal proses nuthfah (pembentukan janin). Ertinya, seorang yang menginginkan seorang anak yang pintar, cerdas dan berkeperibadian baik, ia harus mempersiapkan mencari pemilik rahim (wanita yang ingin dikahwini) yang mempunyai kriteria yang sebegitu.
Kemudian proses seterusnya adalah melakukan hubungan biologi secara sah dan baik. Mulakan persetubuhan dengan doa kepada Allah swt. agar tidak diganggu oleh jin, iblis dan syaitan. Atau sekurang-kurangnya dengan membaca ta’awuz sebelum melakukakannya. Tidak melakukan doa boleh mendatangkan kecacatan fizikal atau mental. (Boleh rujuk bab terakhir tentang ini)
Setelah mendapat tahu akan kehamilan, ibu disarankan perkuatkan ibadah kapada Allah dengan mengerjakan lebih amalan dari lazim wajibnya. Juga jaga kesihatan dengan lebih rapi. Mustahaknya berusaha mendapatkan ketenangan jiwa dan kedamaian hati. Saperti dianjurkan , para suami perlu lebih memahami dan memberi sokongan emosi dan motivasi kapada isteri.
Dimasa yang sama, ibu sudah tahu mustahaknya stimulasi keatas janin. Kajian sains menunjukkan bahawa janin yang diberi stimulasi yang dicadangkan akan mempunyai IQ yang lebih tinggi dari kanak-kanak lain setelah mereka dilahirkan nanti. Satu perkara yang kita perlu ingat, ibu yang mempunyai spiritual yang tenang akan mempunyai emosi yang stabil dan bahagia. Ibu-ibu inilah yang mampu memberi stimulasi secara kerap dan hasilnya akan jadi memberangsangkan. Ibu yang stress dengan kehidupan peribadinya, kacau bilau dengan segala tindak tanduknya,
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
72
memberi kesan negatif pada orang sekelilingnya (baik secara kesan fizikal atau psikologi), mana mungkin punya masa dan kemampuan untuk menstimulasi anak dalam kandungan mereka. Maka sebelum membaca bahagian ini, saya meminta ibu hamil benar-benar memahami bab-bab sebelum ini untuk memahami setiap tindakan ibu itu akan mempunyai tindakbalas yang akan dikesan dan diterima oleh bayi.
Rasulullah s.a.w. pernah mengisyaratkan tentang bahaya kepada bayi yang ibunya tidak menjaga unsur lain ini seperti dalam sabdanya:
a“Anak yang celaka adalah anak yang telah mendapatkan
kesempitan di masa dalam perut ibunya.”
(HR Imam Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud)
Merangsang dan mendidik bayi didalam rahim bukan hanya dengan usapan dan belaian lembut diperut sambil bercakap-cakap dengan bayi. Ada juga menggunakan lampu suluh (torch light) dan menyalakannya untuk merangsang bayi untuk bergerak.
Perbuatan ini tentulah ada memberi kesan tetapi ia tidak boleh menandingi kesan yang lebih besar yang diperolehi oleh ibu yang mempraktikkan ketenangan rohani dan kestabilan emosi sepanjang kehamilan seperti yang kita bincangkan sebelum ini. Janin dapat bereaksi terhadap berbagai rangsangan yang datang
dari luar atau dalam tubuh ibu. Segala sesuatu yang dilihat dan didengar dan difikirkan samada perasaan suka, marah, sedih dan senang, semuanya memberi pengaruh dalam perkembangan janin.
Adakah anak dalam kandungan benar-benar dapat belajar mula dari dalam kandungan lagi? Dr F. Rene Van de Carr, M.D. menyatakan bayi dalam janin boleh belajar namun tidak sama dengan cara bayi dan kanak-kanak yang telah dilahirkan belajar.
Adakah janin boleh belajar? Mengikut pemerhatian, janin boleh belajar tetapi pengajarannya perlulah lebih kepada pelajaran yang sangat asas. Ketika kita suami isteri mengajarkan kata-kata awal kepada bayi dalam kandungannya, ia hanya mendengarkan bunyinya sambil mengalami sensasi tertentu. Misalnya, tatkala Ibu menyebut perkataan ‘Alhamdulillah’ dengan jelas dan mengusap bayi. Anak dalam kandungan mendengar Al-ham-du-lil-lah dan pada saat yang sama si ibu mengusap perutnya. Kombinasi bunyi dan sensasi ini memberi kesempatan bagi anak dalam kandungan untuk belajar memahami hubungan tentang bunyi dan sensasi pada peringkat pengenalan.
Beberapa penelitian yang dilakukan oleh para ilmuwan dalam bidang perkembangan pralahir menunjukan bahawa selama berada dalam rahim, anak dapat belajar, merasa, dan mengetahui perbezaan antara gelap dan terang. Pada ketika kandungan itu telah berusia lima bulan atau 20 minggu, kemampuan anak dalam kandungan untuk merasakan stimuli luaran telah berkembang dengan cukup baik sehingga proses pendidikan dan belajar dapat mula dilakukan.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
73
Sebuah kajian dari F. Rene Van de Carr, M.D. dan Marc Lehrer, Ph.D. The American Association of The Advancement of Science pada tahun 1996 telah merangkum hasil penelitian sejumlah ilmuwan dalam bidang stimulasi pralahir dan bayi sebagai berikut:
1. Dr. Craig dari University of Alabama menunjukkan bahwa program-program stimulasi awal meningkatkan kecerdasan pada kanak-kanak yang diteliti dari masa bayi hingga usia 15 tahun. Anak-anak tersebut mencapai kecerdasan 15% hingga 30% lebih tinggi dari kanak-kanak yang tidak menerima stimulasi.
2. Dr. Marion Cleves Diamond dari University of California, Berkley, AS melakukan eksperimen bertahun-tahun dan mendapati hasil yang sama berulang-ulang bahawa tikus yang diberi stimulasi tidak hanya mengalami percambahan sel otak lebih banyak dan daerah kortikal otak yang lebih tebal, tetapi juga lebih cerdas dan lebih berketerampilan dan pandai bersosial dengan tikus-tikus lain.
Selain itu, menurut F. Rene Van de Carr, The Prenatal Enrichment Unit di Hua Chiew General Hospital, di Bangkok Thailand, yang dipimpin Dr. C. Panthuraamphorn, telah melakukan penelitian yang sama terhadap bayi pralahir, dan hasilnya disimpulkan bahawa bayi yang diberi stimulasi pralahir cepat bercakap, dan selalunya tersenyum secara spontan. Mampu menoleh ke arah suara ibu atau bapanya lebih awal dan pada peringkat kanak-kanak dia boleh bersosial lebih dengan lebih yakin dan cepat.
F. Rene Van de Carr, M.D., dkk.. telah 22 tahun melakukan penelitian ini.. Menurut pandangannya, penelitian tersebut menunjukkan:
1. Ada suatu titik masa penting dalam perkembangan bayi iaitu sekitar usia lima bulan sebelum dilahirkan dan berlanjut hingga dua tahun ketika stimulasi otak dan latihan-latihan intelektual dapat meningkatkan kemampuan bayi.
2. Stimulasi pralahir dapat membantu mengembangkan orientasi dan keberkesanan bayi dalam mengatasi dunia luar setelah ia dilahirkan.
3. Bayi yang mendapatkan stimulasi pralahir dapat mengawal gerakan anggota tubuh mereka lebih awal. Mereka lebih cepat mengguling, merangkak, berjalan dan sebagainya.
4. Maklumbalas dari ibubapa yang mempunyai lebih dari satu anak menyatakan bayi yang diberikan rangsangan adalah kurang meragam, lebih tenang dan kerap meminta untuk bermain bersama ibubapa mereka.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
74
DERIA DENGAR JANIN
Kita tahu alam manusia terjadi dari alam roh. Roh akan ditiupkan dalam kandungan ketika ianya berusia 5 bulan. Menurut pakar, telinga janin sudah terbentuk ketika ia berusia 5 bulan dalam kandungan. Inilah masa untuk mendidik asas deria dengar janin. Ia selesai pembentukannya pada minggu ke 24
Deria dengar ini dibantu oleh air ketuban yang merupakan penghantar bunyi yang baik. Janin akan mulai mendengar bunyi aliran darah melalui plasenta, bunyi denyutan jantung dan bunyi udara dalam usus. Selain itu janin akan bereaksi terhadap suara-suara keras. Suara keras boleh membuat janin terkejut atau terasa melompat didalam rahim. Ibu hamil tidak digalakkan untuk pergi ke tempat bising dan hingar bingar. Janin mempunyai pendengaran yang cukup tajam dan sensitif. Telinga mereka masih baru dan tidak tercemar dengan bunyi bising kehidupan seharian sebelumnya. Masih suci dari apa-apa dosa pendengaran. Perdengarkanlah ayat al-Quran untuk mendidik pendengaran telinga mereka supaya bila mereka lahir dan dewasa nanti, alunan al-Quranlah yang dicari-cari untuk ketenangan setenang bayi.
Kisah saya dalam pendidikan deria dengar :
Saya masih ingat ketika saya berkongsi berita dengan rakan saya bahawa saya ketika itu hamil. Dia berjumpa saya keesokkan harinya dan menghadiahkan satu set CD Mozart. Beliau berkata anak saya akan menjadi seorang yang bijak kerana telah dibuktikan oleh pakar bahawa muzik Mozart akan merangsang genius pada bayi dalam kandungan. Ketika itu saya hamilkan anak sulung. Sebagai penuntut dalam bidang sains, jika bercakap
tentang hasil kajian tentulah kita akan percaya. Namun hati saya tidak terbuka untuk mendengarnya. Percaya atau tidak, CD tersebut masih didalam plastik! Sehingga kini, terlalu banyak buku hamil yang saya lihat samada ditulis oleh saudara Muslim atau bukan Muslim, yang menyatakan muzik ini sangat baik untuk bayi. Biarlah anak orang lain pandai kerana muzik itu. Sepanjang kehamilan saya, saya berhenti mendengar radio. Walaupun coletah DJ yang bercakap tentang motivasi atau agama sekalipun. Saya hanya mahu mendengar al-Quran. Kadang-kadang saya menangis mendengar al-Quran ketika sedang memandu ke tempat kerja atau kemana-mana; yang peliknya saya tidak tahu kenapa saya menangis kerana maksud al Quran itu bukanlah saya fahami. Sampai dirumah, saya rujuk ayat yang membuat saya menangis dan ianya adalah ayat yang patut ditangisi oleh manusia! Dengan keajaiban ini siapakah yang sanggup meninggalkan mendengar al-Quran itu dan beralih mendengar muzik? Tentulah kawan saya berkecil hati jika dia tahu akan hadiahnya tidak dimanfaatkan olih saya. Allah telah memberkati saya untuk mendidik anak saya sejak mereka berada dalam kandungan dengan al-Quran.
Saya akui saya kurang membaca al-Quran kerana terlalu sibuk dengan kerjaya saya ketika itu . Bila tiba dirumah, tubuh sudah keletihan. Tetapi saya tetap meminati alunan al-Quran. Dari dalam kereta berulang alik ke tempat kerja yang mengambil perjalanan yang panjang hinggalah dirumah. Alunan al-Quran surah-surah ibu mengandung dan surah pilihan akan saya pasangkan dari saat saya tiba dirumah hinggalah saya tertidur dengan sendirinya dibilik tidur. Jika alunan al-Quran itu terhenti, saya akan terbangun dan melihat apa masalah radio/pemain CD tersebut, membetulkannya dan kemudian tidur semula. Bangun
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
75
pagi, alunan itu masih berada disitu menyambut saya bangun dari tidur. Begitulah kehidupan saya ketika mengandungkan anak-anak saya dahulu. Jika seperti itu sahaja pun telah memberi kesan kepada anak yang dikandung dalam pengajaran al-Quran, apa lagi jika saya dahulu mempunyai kesempatan untuk membaca al-Quran itu setiap hari. Tentulah hasilnya akan lebih hebat lagi. Tiada apa yang perlu dikesalkan walaupun terlalu banyak benda yang ingin saya lakukan sepatutnya tetapi tidak dapat saya lakukan ketika itu kerana keterbatasan tertentu. Bagi mereka yang boleh melakukannya, saya mencemburui anda! Lakukanlah..
Tentang alunan al-Quran pula, kita mempunyai rasa yang berbeza antara satu sama lain. Terdapat berbagai pilihan Qari dan cara bacaan yang kita boleh download dari internet atau
membeli CD mereka di pasaran. Saya cadangkan dalam membuat pemilihan qari yang mana satu untuk diperdengarkan sepanjang tempoh kehamilan, pilihannya dibuat oleh siibu. Ini kerana apa yang ibu hamil pilih sebenarnya adalah kesukaan bayi itu juga. Boleh jadi setelah bayi tersebut lahir, ibunya akan terasa yang sebenarnya dia menyukai qari lain dan bukan yang itu. Biarkan sahaja kita mengikuti kemahuan dan pilihan janin sebelumnya.
Latihan didikan mendengar al-Quran dari kecil ini akan membiasakan mereka untuk rasa senang mendengar al-Quran. Jika mereka telah lahir dan kita hentikan bacaan al-Quran ini, bila-bila masa mereka menangis nanti, perdengarkanlah bacaan yang mereka selalu dengar didalam perut dahulu. InsyaAllah mereka akan terdiam. Itulah yang terjadi pada kanak-kanak Iran yang menghafal al-Quran pada umur 3 tahun yang yang terkenal di video youtube satu ketika dahulu. Ibunya berhenti membaca surah al-Kahfi kerana dalam keadaan nifas. Dia menangis tidak mahu tidur walaupun sudah waktu tidur, sehinggalah dia mendengar surah al-Kahfi dibacakan kepadanya. Dia akan berhenti menangis dan mendengarnya hingga tertidur. Dari manakah terbitnya perbuatan ini? Ia adalah latihan dari dalam perut ibunya yang tidak membaca surah lain selain surah al-Kahfi sepanjang kehamilan.
Didalam perut yang serba gelap, tiada apa yang janin boleh lihat. Dengan telinga yang telah dihidangkan ayat al-Quran semenjak janin mula terbentuk, maka itulah yang akan menjadi ingatan dan memorinya ketika lahir nanti. Ingatan ini adalah ingatan yang luarbiasa kerana ia bermula dari asas permulaan pembinaan otak mereka. Ia sudah menjadi asas memori yang melibatkan pendengaran seterusnya dikemudian hari
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
76
DERIA SENTUH JANIN
Deria sentuh berkembang sebelum minggu ke 8. Ketika janin bergerak dan telapak tangan atau kakinya nampak pada perut ibu, sentuhlah dia. Berikan sentuhan dengan perasaan kasih sayang kepadanya, sehingga ia merasakan kelembutan, rasa cinta dan kasih sayang itu. Rasa cinta dan kasih sayang ini akan memberi ketenangan pada janin kita dan mengeluarkan banyak reseptor oxytocin.
DERIA RASA JANIN
Deria rasa janin akan mula terbentuk pada minggu ke 13-15. Ini adalah masa untuk mendidik janin asas deria rasa mereka. Pada usia ini janin dapat merasakan rasa pahit atau manis. Jika, cairan ketuban yang dia rasakan disukainya, dia akan menelannya. Jika air ketuban yang dia rasakan itu tidak disukainya janin akan mengeluarkannya dan berhenti mengambilnya.
Bagi ibu-ibu hamil, saya ingatkan sekali lagi, didiklah bayi kita dengan rasa-rasa yang menyihatkan mereka. Biasakan dari kehamilan untuk kurang mengambil bahan yang akan meletak asas rasa kepada bayi. Makanan manis yang diambil oleh ibu akan memberi latihan kepada anak untuk suka kepada makanan yang manis-manis. Gula akan membahayakan kesihatan mereka kelak dan melambatkan pembelajaran berpunca dari masalah hyperaktif. (Sila rujuk Bab Makanan didalam buku ini) Penyakit moden semakin awal menyerang mereka diusia muda sekarang ini.
Kisah saya dalam pendidikan deria rasa :
Saya memang mengamalkan pengambilan minyak ikan dalam kapsul gelatin dari sebelum kehamilan hinggalah hamil dan menyusukan bayi. Satu hari saya mengeluarkan minyak ikan dari botol dan tiba-tiba telefon berbunyi. Anak saya Darwisya yang baru saja tahu merangkak, mengambil minyak ikan itu dan mengunyahnya sehingga gelatinnya hancur. Saya tidak pernah makan secara hancur. Saya menelanya dengan air. Minyak ikan ini berbau hanyir jika terpecah dari gelatinnya dan bau hanyir ini akan kekal dimulutnya hingga ke petang!. Ia adalah satu kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku dan sepatutnya saya lebih berhati-hati jika melibatkan ubat berdekatan dengan kanak-kanak. Namun apa yang saya ingin kongsikan disini adalah kemampuannya untuk memakan minyak ikan dengan mengunyah dan mahukannya lagi kerana dari janin lagi saya telah meletakkan asas rasa minyak ikan itu padanya. Saya sendiri tidak lalu dan tidak akan mahu untuk melakukannya begitu.
DERIA BAU JANIN
Deria bau akan terbentuk pada usia kehamilan 11 - 15 minggu. Ketika deria bau terbentuk, janin dapat mencium bau air ketuban yang baunya mirip seperti ibunya. Apabila bayi dilahirkan, ia akan mengenali siapa ibunya berdasar dari deria bau ini.
DERIA LIHAT JANIN
Dari awal kehamilan hingga usia ke 26 minggu, mata bayi akan selalu tertutup untuk membentuk retina. Meskipun demikian, retina janin pada usia kehamilan 16 minggu sudah dapat melihat pancaran sinar cahaya dari luar. Dia tahu ibunya kini berada
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
77
dalam bilik yang gelap gelita atau berada diluar rumah yang terang benderang dengan cahaya matahari.
Pada usia kehamilan ke 27 minggu, janin mulai membuka matanya dan melihat sekelilingnya untuk pertama kalin. Mata janin kini lebih ‘advance’. Dia kini sudah boleh membezakan samada ibunya berada dibawah sinar matahari atau sinar lampu. Selain itu, otak janin akan bereaksi terhadap kelip-kelip cahaya. Disinilah kita boleh bermain lampu suluh dengan mereka. Caranya, pasangkankan lampu suluh kearah bayi dirahim sambil berkata sesuatu pada janin. Kemudian, matikan lampu sambil berkata sesuatu pada janin. Sampai satu ketika, janin akan bergerak sebagai reaksi kapada suluhan lampu itu.
Lampu suluh juga digunakan oleh pakar untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai kandungan songsang pada minggu terakhir kehamilan. Lampu ini akan di tujukan ke pangkal rahim bagi memandu bayi pergi kearah cahaya suluhan. Secara semulajadinya, kepala bayi akan menuju kearah terangan lampu suluh tersebut yang berada dipangkal rahim dan membetulkan kedudukan sedia untuk dilahirkan.
Ibu-ibu hamil dinasihatkan untuk elakkan berada diluar rumah menerima cahaya merah waktu maghrib kerana warna dan cahaya waktu itu adalah tidak baik untuk penglihatan bayi.
Wanita diamanahkan oleh Allah s.w.t. untuk:
1. Mengandung 2. Mendidik 3. Melahirkan
Bukan mudah untuk mengandung 9 bulan membawa perut yang makin membesar untuk kesana kemari. Apa lagi melahirkan bayi dimana kesakitannya merupakan kesakitan yang teramat sangat mengatasi kesakitan biasa. Ini belum lagi amanah mendidik yang digalas bersama dengan kaum bapa tetapi banyak yang diberatkan kepada wanita sejak zaman dahulu lagi.
Namun Allah s.w.t. itu Maha Adil. Sheikh Mutawalli Sha’rawi menghuraikan wanita yang melahirkan anak akan gugur segala dosa jika ia dilalui dengan kesabaran dan keimanan yang tinggi
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
78
kepada Allah s.w.t.. Keimanan adalah kepercayaan yang dimanifestasikan dengan perbuatan. Ibu yang solehah dengan ibu yang tidak, tetap akan mengandung dan melahirkan bayi walau apa jua keadaannya. Tetapi anak anak yang dilahirkan pasti berbeza arah kecenderungan mereka.
Kebiasaan yang diperhatikan pada kaum wanita zaman ini, kita berkahwin kebanyakkannya pada umur lewat 20an. Kita sibuk berkerjaya dan menstabilkan kewangan keluarga hingga terlalai daripada tanggungjawab mendidik anak-anak.Kita terlupa masa beredar dengan sangat cepat. Tanpa sedar, bayi yang disambut riang di hospital sekarang sudah pun akan kesekolah. Begitu juga waktu hamil. Masa berlalu dengan begitu pantas dan tanpa sedar kita telah tiba kepada waktu untuk melahirkan. Maka berkorbanlah untuk masa-masa yang berlalu pantas ini yang akan menentukan arah tuju jangka panjang bayi yang akan kita lahirkan nanti. InsyaAllah ia akan menjadi satu pengorbanan yang sangat-sangat berbalor.
Ikutilah sunnah dan amal makruf nahi munkar dari awal dalam mendidik janin dalam kandungan. Kerap bercakap dengan bayi. Pedulikan jika orang kebetulan terlihat kita melakukannya, mungkin orang berfikir kita bercakap dengan diri sendiri tetapi sebenarnya kita sedang berkomunikasi dengan bayi kita sambil melakukannya dan nyatakan bahawa kita ingin menunjukkan kepada mereka akan perbuatan yang baik dari perbuatan yang jahat.
Contoh: jika kita marah pada seseorang, kita kata pada bayi kita.. “Mula-mula mama rasa marah. Tapi mungkin dia buat begitu kerana dia tidak tahu. Mari kita sama-sama beristighfar ya baby.”
Kita sudahpun mengajar anak untuk bersangka baik dan kembali mengingat Allah s.w.t.. Cara kita berfikir dan membuat keputusan akan mendidik bayi dengan mudah untuk melakukan yang sama nanti. Maka hati-hatilah dalam membuat apa-apa tindakan.
Saya cadangkan untuk ibu hamil bukan sahaja menumpukan bacaan kepada bacaan yang menjurus kepada kehamilan malah bacaan untuk menjalani kehidupan Islami. Banyak buku-buku tersebut berada di pasaran. Tidak perlulah saya menghuraikannyan disini kesemuanya. Cukup hanya beberapa contoh berikut:
1. Pendidikan Adab Makan
Disiplin makan perlu diterapkan semenjak bayi dalam kandungan lagi. Cara dan adab kita makan akan mempengaruhi janin. Ikutilah cara Rasulullah iaitu:
i.) Benar benar mensyukuri makanan yang direzekikan tiap kali ianya di hadapan mata
ii.) Berdoa sebelum makan iii.) Mengambil suapan kecil dan tidak gelojoh apabila
memasukkan makanan iv.) Makanan dikunyah dengan baik sebelum ditelan v.) Makan dengan cermat dan jika ada makanan yang
terjatuh diluar pinggan, digalakkan untuk mengambil makanan tersebut sekiranya masih elok dan tidak kotor.
Apabila salah seorang daripada kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya,
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
79
hendaklah dia membersihkan apa yang kotor daripadanya lalu memakannya, dan janganlah dia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.” (silsilah al-Ahadith al Sahihah no 1404)
2. Pendidikan Adab Minum
i) Minum dengan 3 kali nafas diluar gelas ii) Meneguk minuman dengan lembut, secara
perlahan-lahan dan tidak gopoh iii) Hikmah minum 3 kali nafas akan menghilangkan
dahaga dan iv) Jangan menghembus nafas pada minuman.
Hembusan udara ini akan memengeluarkan CO2 iaitu Kacbon Dioksida, yang apabila bercampur dengan air H2O akan membentuk H2CO3 iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu berasid.
v) menyihatkan perut dan kandungan. vi) Jika meminum dengan satu nafas boleh
menyebabkan sakit dada. vii) Jangan minum berdiri kecuali air zam-zam yang
perlu diminum berdiri dan mengadap kiblat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
”Jangan sekali-kali kamu minum sambil berdiri. Sesiapa yang lupa hendaklah dia memuntahkan”.
3. Pendidikan Tidur Harian
Waktu tidur juga akan memberi pengaruh kepada janin. Jika ibu selalu tidur siang menyebabkan payah tidur awal diwaktu malam akan kerap terlepas waktu subuh; ia akan memberi kesan kepada bayi yang akan dilahirkan nanti. Kesannya dapat dilihat bila mereka sudah mahu disekolahkan ke tadika atau dihantar ke taska nanti. Ibubapa akan mendapati anak yang sudah dibiasakan dengan ritma tubuh ketika hamil yang selalu rehat dan tidak mahu bangun pagi akan menjadi malas sewaktu pagi serta menjadi sangat liat untuk dibangunkan . Tidur itu dibolehkan tetapi hendaklah kerana Allah. Contohnya tidur siang kerana mahu bangun tahajjud dimalam hari. Bangun pula jika boleh, sebelum subuh. Anak akan diajar dari rahim melalui ‘body clock’ kita yang seragam dan konsisten. Ia akan membina sistem ‘body clock’ mereka sendiri berdasarkan apa yang mereka pelajari dari dalam rahim sebelumnya. Tidur pula biarlah mempunyai disiplin saperti nasihat berikut:
1. Sebelum tidur, berwuduk seperti ingin bersolat.
2. Tidur pada bahu sebelah kanan. Ia akan tekanan pada jantung dan organ lain yang berada disebelah kiri.
3. Membaca surah pendinding sebelum tidur (3 qul)
4. Membaca doa 5. Tidur setelah solat Isyak 6. Bangun sebelum mengurangkan subuh 7. Mengamalkan zikir sehingga tertidur.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
80
Bangun awal pagi banyak kelebihannya pada kesihatan. Udara pada waktu subuh akan memberi manfaat pada sel-sel tubuh manusia yang memboleh tubuh menjadi “kebal” terhadap beberapa jenis penyakit.
Selain itu juga, Allah s.w.t. akan memberikan limpahan rezeki kepada hamba-hambanya yang bangun pada awal pagi untuk menunaikan solat subuh. Subuh adalah waktu dimana malaikat turun ke bumi untuk mengagih-agihkan rezeki.
Anak akan diajar dari rahim melalui ‘body clock’ kita yang seragam dan konsisten setiap hari. Ia akan membina sistem ‘body clock’ mereka sendiri berdasarkan apa yang mereka pelajari dari dalam rahim sebelumnya.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
81
BAB 7 PENDIDIKAN JANIN DALAM KANDUNGAN
BAB 8 KALIMAH YANG MENGGETARKAN
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
82
Kita adalah sebahagian daripada alam semesta, jisim tenaga
kosmik yang berhubung dengan pencipta sekalian alam, Allah
s.w.t. yang Maha Esa. Dikeliling kita adalah satu dunia getaran
dan gelombang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Allah berfirman bahawa setiap makhluk dilangit dan dibumi
bertasbih kepadaNya. Makhluk-makhluk yang tidak terkira
banyaknya di alam semesta ini menyebut nama Allah s.w.t.
dengan cara masing-masing. Secara fitrahnya, sifat-sifat Allah
s.w.t. ada tersimpan didalam hati setiap manusia. Dengan izin
Allah s.w.t., apabila kita membaca al Quran atau menyebut 99
nama Allah s.w.t., perbuatan ini menggerakkan semua sifat Allah
s.w.t. yang tersimpan dalam hati dengan pelbagai kombinasi dan
menggetarkannya ke seluruh tubuh termasuk kandungan
dalam rahim.
Bahasa Arab atau Bahasa al-Quran adalah bahasa yang unik. Ada
setengah pakar bahasa memanggilnya bahasa Dhod kerana
perkataan dhodnya yang pelik – perlu menyengetkan lidah
samada kekiri atau kanan untuk menyebutnya. (Sila rujuk guru
tajwid untuk sebutan yang betul). Termasuklah sebutan-sebutan
Arab yang lain yang agak unik cara keluar makhrajnya daripada
bahasa lain yang jika dibandingkan ianya lebih mudah dan
mendatar.
Secara fitrahnya, sifat-sifat Allah s.w.t. ada tersimpan didalam
hati setiap manusia. Dengan izin Allah s.w.t., bila kita membaca
al Quran atau menyebut 99 nama Allah s.w.t., perbuatan ini
menggerakkan semua sifat Allah s.w.t. yang tersimpan dalam
hati dengan pelbagai kombinasi dan menggetarkannya ke
seluruh tubuh termasuk kandungan dalam rahim.
Ayat al-Quran memberi kesan yang hebat yang boleh membuka
(hijab) yang ada pada hati dan mengeluarkan satu atau lebih
tenaganya. Mampu menyembuhkan penyakit dengan cara yang
luar biasa. Contoh perkataan Laillahillallah. Bunyi (i) bergerak ke
arah bertentangan. Naik ke rongga hidung dan bergetar. Ini
merangsang sistem endokrin di kelenjar pineal gland dalam otak
yang diketahui bahagian yang sensitif kepada cahaya. Tubuh kita
kemudiannya akan menerima satu kejutan yang halus (ethereal)
yang bergerak menyampaikan maklumat ke seluruh badan.
Kejadian ini sama seperti apa yang terjadi apabila cahaya
matahari menghantar kejutan kepada ‘pusat pertumbuhan’ biji
benih yang berada di tanah. Biji benih ini akan terbuka dan
menumbuhkan akar. Demikian pula pelbagai ‘pusat’ dalam badan
manusia yang dikawal oleh alunan bunyi getaran yang harmoni
dengan getaran alam semesta.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
83
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang disebut
nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan
kepada Tuhan mereka jualah mereka bertawakkal”
Surah an anfal :2
Menyebut kalam Allah s.w.t., bukan sahaja akan mendapat
pahala, malah kesan kepada tubuh kita dan anak dalam
kandungan dapat dirasai bersama. Satu lagi perkara, ia juga
berkuasa mengubah molekul air di luar, apalagi molekul cecair
darah dalam tubuh orang yang mengucapkannya.
Solat adalah satu contoh mudah perbuatan yang diikuti dengan
zikir yang akan menggetarkan vibrasi sel tubuh. Jika kita
perhatikan disurau-surau awam, ada dua cara wanita bersolat.
Satu yang mulutnya diam tidak bergerak. Dan yang satu lagi,
mulutnya kumat kamit membaca walaupun kita tidak mendengar
apa yang dibaca. Al-Fatihah merupakan rukun qauli yang wajib
dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang
betul. Kekuatannya sekadar didengar seperti bisikan ke telinga
sendiri sahaja. Allah Maha Pengasih. Dia bukan memberatkan
hukum-hukum solat untuk membebankan manusia, tetapi untuk
memberi dan terus memberi yang terbaik kepada hambaNya.
Getaran yang akan membuka hijab pusat hati manusia. Cuma
hambaNya yang tidak mengetahui.
Al-Fatihah merupakan rukun qauli yang wajib dilafazkan
100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
Kekuatannya sekadar didengar seperti bisikan ke telinga
sendiri sahaja. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati,ia
boleh membatalkan solat. Allah Maha Pengasih. Dia bukan
memberatkan hukum-hukum solat untuk membebankan
manusia, tetapi untuk memberi dan terus memberi yang
terbaik kepada hambaNya. Getaran yang akan membuka
hijab pusat hati pada manusia. Cuma hambaNya yang tidak
mengetahui.
Perkataan solat dalam Bahasa Arab bererti doa, memohon
keampunan, kasih sayang dan rahmat Allah.
Tanpa mengerjakan solat, tidak ada sesiapa yang dapat menuju
kepada Allah s.w.t. kerana :
1. Solat itu adalah tangga menuju Allah s.w.t.. Satu mikraj
kepada Allah s.w.t.… naik kepada Allah s.w.t.
2. Solat itu adalah satu amanat yang diletakkan kepada
manusia oleh Allah s.w.t.
3. Solat adalah satu cara perhubungan rahsia antara hamba
dengan TuhanNya.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
84
4. Solat 5 waktu, masing-masing telah ditentukan waktunya
menurut peredaran matahari dan planet. Dengan
menghadap ke arah kiblat, kita dihadapkan dengan
sempurna dan berharmoni dengan putaran tabi’i alam
raya ini. Timbalah ilmu untuk mendapatkan solat yang
sempurna yang merangkumi aspek perkataan, perbuatan
dan kejiwaan.
Semoga solat kita adalah solat berjiwa, yang mempunyai roh,
yang boleh menaikkan makam kita. Ia bukan solat kosong, solat
kerana terpaksa atau kerana sekadar satu rutin yang tidak
mempunyai kesan apa-apa pada jiwa. Kedua-duanya adalah
berbeza bagai langit dan bumi dan kesannya kepada tubuh dan
janin juga adalah berbeza.
Cubalah solat diawal waktu kerana pergerakan yang sederhana
dan tetap adalah penting untuk ibu hamil merehatkan tubuh
pada tempoh yang dipantau seperti ini. Bagi wanita yang
bekerjaya contohnya, duduk untuk tempoh yang panjang di
pejabat akan melambatkan metabolisme. Solat yang sekejap ini
akan meningkatkan tahap sejenis bahan kimia 'feel good’ dalam
tubuh. Ia juga melancarkan peredaran darah dan meningkatkan
metabolisme kita.
SOLAT MALAM
Pada putaran siang dan malam kita, ada satu waktu yang amat
ajaib dalam kehidupan makhluk dibumi. Waktu yang menjadi
pilihan tuhan untuk bertamu kepada hambaNya. Waktu itu,
sekiranya ada manusia yang bangun, membersihkan diri dan
sujud kepada Pencipta, martabatnya telah diangkat lebih tinggi
berbanding manusia lain.
Saat seorang hamba pergi kepada Penciptanya dengan penuh
susah payah melawan hati yang ingin menetap di katil yang
empuk, sebenarnya ia membuka jendela cintaNya. Waktu
Tahajjud adalah waktu sepertiga malam yang menyaksikan para
insan dialam mimpi. Kala itu, alam suram dengan cahaya bintang
dan bulan. Waktu dimana dunia beristirehat. Waktu beginilah,
apabila dahi mencecah sejadah, aura tawadduk seorang hamba
kepada Penciptanya bergelombang kuat. Solat terasa khusyuk
tanpa diganggu urusan dunia yang mencengkam pada siang hari.
Tiada bunyi kebisingan manusia atau kenderaan yang
mengacau.. Yang mungkin ada adalah bunyi dari alam semulajadi
bersama suara kita bercakap-cakap dengan Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Setiap dua pertiga malam terakhir, Allah
turun ke langit dunia sambil berseru,’Hamba-Ku yang malam ini
menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat
tahajjud, Aku berasa malu padanya sekiranya Aku tidak
mengampunkan dosanya, mengabulkan doanya dan memberikan
apa yang mereka minta. Solat sunat yang utama selepas solat
fardhu adalah solat tahajjud”
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
85
RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT
Dalam solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali
SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung.
Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary
mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh
dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada
di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke
otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan
bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara
normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk
mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi
jawapan bahawa darah akan mengalir ke setiap inci ke otak
manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud
seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila
perkara ini berlaku, maka otak dapat bekalan darah dan oksigen
yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis
masalah penyakit manusia.
Sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara
seorang hamba kepada Allah s.w.t. Antara manfaat sujud dari
segi perubatan secara amnya adalah :
1. Melegakan sistem pernafasan
2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
3. Bernafas ketika sujud pula akan : Membetulkan buah
pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
4. Membetulkan bahagian peranakkan yang jatuh
(prolapsed uterus/fallen bond womb)
5. Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita dalam haid
6. Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
7. Mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau
limpa
8. Kedudukan sujud adalah kedudukan paling baik untuk
berehat dan mengimbangi bahagian belakang tubuh.
9. Meringankan bahagian pelviks
10. Bagi wanita hamil, gerakan otot itu menjadikan buah
dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan
bayi.
11. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima
pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut,
akan terhindar penyakit ‘apoplexia rupture of blood
vessels’.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
86
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH s.w.t.)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR
(HAMBA KEPADA ALLAH s.w.)
Sujud merehatkan dan membetulkan tulang belakang yang
menyokong bahagian yang paling penting dalam badan wanita
iaitu tulang mangkuk pelvis dan rahim yang memelihara bayi.
Tulang belakang, otot dan ligamen perlu lembut tetapi fleksibel
dan kuat. Tidak tegang dan kejang kerana ia akan menghantar
rasa tegang dan kejang ini kepada rahim. Sendi pinggul sama
mendapat manfaat daripada pengukuhan dan regangan solat dan
sujud ini dan menyediakan badan untuk menanggung berat bayi
dalam kandungan yang semakin besar. Solat juga menguatkan
minda dengan merehatkan seseorang sebelum menyambung
kehidupan menghabiskan hari seterusnya.
Untuk wanita yang sedang hamil, jangan bersegera untuk
mengangkat kepala dari posisi sujud ini ketika solat.
Sujudlah lebih lama terutama pada sujud terakhir setiap
solat kita.
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:
“Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung
dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan
memperbanyakkan sujud.”
“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh
tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah
mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa
(kesalahan) darimu”
(HR Muslim)
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
87
KISAH UBAT JIWA YANG GELISAH
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah
seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu
Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah
ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram,
jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak
nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang
menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-
Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan
hatimu kepada Allah. .
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana,
engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat
sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu. .
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian
diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk.
Selesai membaca, dia mendapati hati jiwanya aman dan
bertambah tenteram. Fikirannya tenang dan kegelisahannya
hilang.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang
disampaikan sahabat Rasulullah itu.
.
Seorang tokoh sufi , Abu Laith al Samarqandi pernah
menyatakan bahawa terdapat 3 jenis manusia apabila dia
bersolat/ berdoa, ianya tidak akan dimakbulkan oleh Allah
s.w.t.
1. Orang yang memakan makanan haram
2. Orang yang banyak memburukkan orang lain dalam
kehidupan mereka (mengumpat)
3. Orang yang dalam hatinya wujud hasad dan dengki
Kita perlulah menjaga akan hal ini jika kita benar-benar ingin
merasai kehebatan kuasa solat dan makbul doa dalam hidup kita.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
88
BAB 9 PEMAKANAN
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
89
Untuk bab ini, kita akan menyentuh tentang apa sahaja yang
dimasukkan melalui mulut (makan dan minum) dan juga hidung
(udara).
Setiap makanan yang baik, segar dan tanpa mengandungi bahan
tambah, perisa, pelazat dan sebagainya dapat memberi kesan
kepada peribadi dan perilaku manusia
(Kitab al Muqaddimah oleh Ibn Khaldun)
Imam al Ghazali pula menyatakan kesan makanan halal kepada
kanak-kanak sejak lahir menjadikan mental anak-anak sihat,
bijak, cergas dan seterusnya menjadikan anak-anak itu mudah
menerima kebaikkan.
Menjaga makanan yang baik ini juga dikira satu ibadah. Satu
pekerjaan yang mendapat pahala dan memberi kebaikkan
kepada diri sendiri. Kita perlu memastikan makanan itu adalah
halal dan bersih dari unsur yang merosakkan walau apa jua
keadaan diri kita terutama ketika hamil. Apa maksud saya
dengan bersih dari unsur yang merosakkan? Makanan di zaman
sekarang ini banyaknya yang telah dicampur dengan ‘racun’ yang
telah bertukar nama. Banyak bahan bahan (ingredients) yang
tidak tercapai akal digunakan sebagai salah satu bahan penting
bagi pengusaha memproses bahan makanan terutamanya
didalam makanan siap. Bahan bahan ini digunakan dengan
meluas pada hari ini. Inilah yang akan dikumpul oleh tubuh. Bagi
ibu mengandung pula, ini akan dihantar kepada bayi.
Selain dari itu, kehalalan makanan juga perlu dititik beratkan.
Ada yang berkata, kenapa orang kafir makan makanan yang
tidak halal tetapi mereka tetap bijak? Orang Islam bersusah-
susah menjaga kehalalan makanan tetap tidak kemana?
Jawapannya, makanan yang haram bukan menjadikan seseorang
itu bodoh. Makanan haram itu mendorong kepada syahwat yang
lebih liar. Sukar untuk terdorong kepada melakukan kebaikkan
dalam agama termasuklah untuk bersolat dan menghafal al
Quran. Mereka tidak perlu bersolat atau membaca al-Quran
maka tidak kelihatanlah kesan makanan haram itu kepada
mereka.
Wanita perlu menyediakan tubuh yang sihat sebelum kehamilan.
Kesihatan yang baik dapat mengelakkan berlakunya ‘krisis
pembersihan’ sistem badan bagi mengeluarkan bahan-bahan
bertoksin yang terkumpul. Jika kesihatan dan dijaga ketika
hamil, wanita hamil akan mengalami loya, pening dan muntah.
Krisis ini selalunya berlaku pada awal kehamilan dan tidak semua
wanita mengalaminya. Bila tubuh mengalami krisis, selalunya
wanita akan kurang selera makan dan ini akan memberi kesan
kepada bayi bagi pertumbuhan otaknya dengan baik jika zat
sudah terhad kuantitinya. Amalan sebelum hamil juga adalah
sama pentingnya. Saya mengamalkan spirulina organik beberapa
tahun sebelum hamil. Ia adalah multivitamin semulajadi yang
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
90
selamat dari bahan kimia (pilih yang organik), tidak seperti
didalam multivitamin sintetik yang banyak di pasaran. Ia juga
berfungsi melakukan proses detoksifikasi harian. Alhamdulillah
saya tidak mengalami masalah krisis tubuh ini yang juga
dipanggil ‘morning sickness’ untuk kedua-dua anak saya. Sangat
mudah mengandungkan kedua mereka tanpa sebarang alahan
atau masalah mengidam dan lain-lain kerana semuanya sudah
cukup apa yang diperlukan oleh bayi dari tubuh saya. Syukur
Alhamdulillah. Saya tidak mengambil obimin atau apa-apa
vitamin tambahan yang dicadangkan oleh doktor.
Wanita sangat penting menjaga kesihatan tubuh. Kata ibu saya,
wanita cepat tua berbanding lelaki. Maka anak perempuan telah
dibiasakan menjaga kesihatan diri sebelum berkahwin lagi. Apa
yang saya lihat, rakan rakan saya yang lain, akan hanyut dalam
dunia yang menyibukkan hingga terlupa untuk memikirkan
kesejahteraan tubuh dan jiwa sendiri. Kami sudah dibiasakan
meminum minuman tidak berais hingga bila sudah berkahwin
pun saya terbawa-bawa akan praktis ini. Walaupun peti ais
dirumah adalah lebih tinggi dan lebih lebar dari diri saya, tidak
ada air sejuk yang disejukkan didalamnya.
KESAN GULA KEPADA JANIN
Sebenarnya ada banyak buku hamil di kedai buku diluar sana
yang bercakap tentang makanan yang baik ketika hamil. Dalam
buku saya, saya lebih berminat untuk menerangkan apa yang
tidak baik. Saya mahu menyedarkan wanita hamil tabii
pemakanan yang tidak baik dalam jangka masa panjang dan
terlalu banyak tidak baik untuk kesihatan diri dan kandungan.
Tujuan makanan bukan hanya untuk mengenyangkan perut kita
tetapi juga untuk memelihara kesihatan.
Persediaan diri sebelum mengandung adalah penting bagi wanita
yang mahu hamil. Ini termasuklah tubuh badan, minda dan
semangat seseorang wanita itu. Bilangan wanita dinegara maju
yang sedang mencuba untuk mendapat zuriat tetapi belum
berjaya semakin meningkat. Sebaliknya, wanita di negara-negara
dunia ketiga (miskin dan mundur) hamil terlalu mudah namun
berisiko dalam membesarkan anak dengan kekurangan zat
makanan dan kemiskinan. Belum lagi tekanan setiap hari
kehidupan bandar, pencemaran udara, fluorida dan klorin dalam
air minuman dengan kerjaya yang memberi tekanan setiap hari.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
91
Pakar pemakanan terkenal, Dr William Coda Martin melabelkan gula sebagai ‘racun putih’ pada tahun 1957. Menurutnya gula
akan ‘melahap’ vitamin dan garam mineral yang sangat berharga daripada tubuh manusia semasa proses metabolisme tubuh.
Mari kita rujuk makanan tempatan negara kita yang banyak
menggunakan gula. Makanan ruji kita adalah nasi iaitu beras
yang telah diproses bersih dari sekamnya hingga kurangnya
jumlah fiber berbanding dengan beras asli yang cuma dibuang
sekam. Kanjinya juga adalah tinggi. Kanji akan bertukar menjadi
gula. Jika kita banyak menggunakan tenaga, ia akan dibakar
tetapi jika tidak, ia akan bertukar kepada sel lemak didalam
tubuh kita. Jika boleh gunakan beras yang kurang kanji. Namun
elakkan beras yang telah direbus yang terdapat di pasaraya
kerana ia telah hilang kebanyakkan zat-zatnya. Kita juga banyak
tidak sedar tentang kehadiran gula pada kuih muih, biskut-biskut
dan berbagai minuman 3 dalam 1 atau minuman berkarbonit
(gas). Saya menghindarkan diri dari semua makanan dan
minuman ini ketika saya mengandung. Pengambilan makanan
yang tidak terkawal seperti yang saya sebutkan ini akan
menjadikan kandungan cenderung untuk menjadi seorang yang
hiperaktif. Mereka tidak boleh duduk diam ketika mereka disuruh
duduk diam contohnya ketika kita mahu mengajar mereka dalam
apa-apa sesi belajar. Penjagaan makanan jika dapat dijaga ketika
hamil, ia akan mendidik deria rasa bayi untuk menelan rasa yang
telah dibiasakan ketika mengenal makanan nanti. Anak ini akan
dapat mendisiplin diri dengan mudah dalam menjaga makanan
harian mereka. Gula boleh menjadi racun dalam badan. Maksud
saya, dalam jangka masa panjang ia meracuni kita dan membawa
kepada penyakit di kemudian hari seperti kencing manis dan
penyakit jantung. Ia juga menyebabkan seriawan dan masalah
penghadaman. Juga jika belum lagi melahirkan, ia akan
memburukkan lagi kemandulan.
Gula adalah tergolong dalam karbohidrat. Gula yang kita sering
gunakan adalah sukrosa yang diproses padat berupa kristal putih.
Gula sukrosa ini telah dibuang zatnya. Gula jenis ini tidak
mempunyai sebarang zat dan khasiat. Ia cuma untuk memberi
rasa yang menipu otak. Ia adalah bahan yang tidak langsung
diperlukan oleh tubuh kita. Ia tidak mempunyai sebarang zat
protein, vitamin mahupun mineral yang mampu memberi
manfaat kepada tubuh.
Gula semulajadi adalah gula buah yang dikenali sebagai fruktosa
yang terdapat dalam buah-buahan atau sayuran. Ia juga terdapat
dalam madu asli.
Kandungan gula yang tinggi dalam darah juga menyebabkan ia
menjadi tempat yang sangat sesuai untuk pembiakan bakteria,
virus dan juga pertumbuhan sel-sel kanser.
Sebenarnya badan kita tidak memerlukan gula terproses ini
kerana tubuh boleh menukar banyak sumber makanan yang lain
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
92
kepada glukosa apabila memerlukan tenaga. Antaranya seperti
nasi, daging, buah, kentang dan lain-lain.
Bagi mereka yang ingin mengelak dari gula terproses dengan mengambil gula tiruan juga adalah sama bahayanya. Saya tahu ada ramai yang agak terbiasa dengan segalanya manis dan akan rasa segalanya tidak kena jika makanan dan minumannya tidak manis. Cubalah berperingkat-peringkat untuk membiasakan diri sedikit demi sedikit hingga satu masa anda tidak memerlukan gula bermula dengan minuman sekurang-kurangnya. Kajian sains terbaru yang dilaporkan dalam jurnal perubatan ‘Neuroscience’, pada 2008 mendapati gula mempunyai sifat seperti bahan ‘ketagihan’. Ini menyebabkan penggunanya amat susah meninggalkan pengambilan gula setiap hari. Usahakanlah hingga kita boleh meminum air tanpa gula. Minum air kosong adalah yang terbaik. Baik untuk kesihatan dan jimat wang.
Setelah kita mengawal pengambilan gula, barulah kita boleh berfikir tentang pengambilan makanan berkhasiat untuk diri dan bayi dalam kandungan.
Jaga pemakanan kita supaya tidak mengambil kalori terlalu tinggi. Kalori berlebihan dan gaya hidup yang kurang sihat adalah formula penyakit yang pasti. Elakkan gula. Kurangkan kalori.
MAKANAN LAIN YANG PERLU DIELAKKAN
1. Organ Dalaman Haiwan
Kita di ajar hati adalah sumber zat besi yang boleh menambah darah terutama kanak-kanak pucat kerana kekurangan darah. Doktor akan menasihatkan pesakit yang mempunyai kekurangan darah untuk memakan hati. Adakah kita tahu apakah fungsi hati?
Fungsi hati adalah :
a) Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia
b) Menyingkir hormon-hormon berlebihan
Bukan sahaja hati, malah semua organ dalaman manusia dan haiwan seperti paru, limpa, pedal dan sebagainya dijadikan untuk pembersihan tubuh. Bagi ibu-ibu yang mengamalkan cod liver oil diharap dapat berhenti dari mengamalkannya pada diri sendiri atau pada anak-anak. Tidak setitis pun cod liver oil saya berikan pada anak saya sehingga hari ini. Ia diwar-warkan sebagai makanan tambahan bagi mencerdaskan otak anak. Saya lihat
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
93
ramai ibubapa zaman sekarang memberikannya kepada anak mereka kerana sudah terpengaruh dengan iklan tentangnya.
Organ dalaman saperti hati, tujuannya adalah membersihkan tetapi dia sendiri belum tentu bersih. Kita boleh ambil analogi loji kumbahan najis. Loji membersihkan kumbahan. Kumbahan adalah tidak bersih. Najis berbau dan membahayakan kesihatan.
2. Racun Tanaman, Antibiotik dan Hormon
Ayam atau daging yang dijual di pasar dan pasaraya secara umumnya telah disuntik dengan segala macam hormon dan antibiotic pembesaran dan tambah berat.
Beras yang kita makan setiap hari, sayuran dan buahan banyak yang disembur dengan pelbagai jenis racun serangga dan kulat. Satu racun tidak boleh membunuh semua perosak tanaman. Sebab itu pelbagai jenis semburan racun diperlukan untuk satu jenis tanaman. Para petani menggunakan racun untuk memastikan tanaman mereka sihat bagi mengeluarkan hasil yang banyak dan dijual untuk menraih keuntungan.
Sedikit usaha yang kita boleh lakukan adalah dengan merendamkan sayuran 30 minit dan bilas. Rendaman ini diharap dapat melarutkan racunnya kedalam air. Memasaknya tidak akan membunuh racun ini. Racun adalah bukan benda hidup yang boleh dibunuh. Ianya adalah bahan kimia! Jika ia boleh membunuh serangga kecil dengan kuantiti yang sedikit, maka ia boleh membunuh manusia dalam kuantiti yang terkumpulkan.
Bagi saya, dapur dirumah dan orang yang memasak perlu selalu berselawat dan berzikir. Jika tidak mampu untuk selalu beringat, dengarkanlah bacaan ayat al-Quran dari pemain CD sambil menyediakan makanan. Seperti yang telah dibuktikan oleh sains, ayat al-Quran dan tutur kata yang baik boleh menukarkan bentuk molekul air kepada struktur molekul yang cantik. InsyaAllah semoga ia juga mampu menukarkan yang bahaya kepada selamat. Cucilah makanan yang hendak dimasak sambil berselawat.
Pewarna, Perasa dan Perisa Tiruan dan lain-lain
Elakkan segala makanan yang mempunyai pewarna, perasa tiruan dan penambah perisa.
Elakkan makanan yang terlalu manis (kandungan gula tinggi), terlalu masam (jeruk masam), atau masin (makanan ringan)
Elakkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi contohnya kulit dan lemak ayam atau lembu dan sebagainya.
Elakkan memakan kepala ikan (bahagian kepala bahagian yang paling dekat dengan organ penapis kotoron-insang). Ikan membusuk dan mereput dari kepala
Elakkan minuman bergas (carbonated)
Elakkan minuman berkafein yang kerap saperti kopi dan kola.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
94
KEUTAMAAN AMALAN KURMA KETIKA HAMIL
Ketika hamil pula saya kerap mengamalkan air kurma merah. Ia
diajarkan oleh seorang rakan saya berbangsa Cina. Kurma merah
ini akan dicampurkan dengan kurma madu, buah longan kering
dan sedikit gula batu (gula tidak terproses). Saya meminumnya
sekali sekala sebelum hamil tetapi ketika hamil ianya diambil
secara agak kerap malah hampir setiap hari.
Bila difikirkan kembali, kenapa orang Cina mengambil inisiatif untuk mengolah kurma ini kepada minuman supaya ia boleh diamalkan dengan mudah. Sedangkan orang Melayu baru sahaja hendak mengamalkannya kerana baru tahu akan kebaikkannya walaupun saranan Rasulullah s.a.w. ini telah ada lebih 1400 tahun dahulu!.
Ramai yang berfikir hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya.
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Nabi s.a.w bersabda:
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s diperintahkan untuk memakan buah kurma sebelum dia melahirkan dan dengan kuasa Allah, anaknya kemudian boleh bertutur ketika masih bayi. Ini adalah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Isa a.s. Orang kebanyakkan pula mendapati bahawa anak mereka lebih awal bercakap jika mengamalkan pengambilan kurma.
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Kita tahu darah yang sihat dapat membawa oksigen dengan baik ke seluruh tubuh termasuk kepada otak bayi.
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Apa lagi untuk bayi dalam kandungan.
Amat bertepatan dan mujarrab para ibu mengamalkan memakan kurma tersebut.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
95
MAKANAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERKEMBANGAN OTAK JANIN
Vitamin B
Semut-semut atau kebas setelah duduk adalah biasa jika duduk
terlalu lama. Kita dinasihatkan untuk tidak terlalu lama duduk
dalam posisi yang sama seperti mengadap komputer. Perlu ada
gerakan-gerakan ringan. Jika kita jenis yang mudah mendapat
keadaan semut-semut dan kebas ini walalupun duduk pada masa
yang tidak terlalu lama berbanding orang lain, itu bermakna
tubuh kita telah mengalami gangguan saraf dan aliran darah
yang kurang lancar yang berpunca dari kekurangan Vitamin B1,
B6, B12. Pengambilan vitamin vitamin ini dengan senaman
pendek yang berkala dapat menyelesaikan masalah ini. Perlu
diketahui, sebarang isyarat dari tubuh memberi tanda bahawa
ianya kekurangan atau kelebihan sesuatu. Vitamin B dinamakan
vitamin untuk otak. Jika kita mempunyai masalah
kekurangannya yang menyebabkan rasa semut-semut itu, ini
bermakna tubuh meminta kita memperbaiki keperluan aliran
darah yang kurang mempunyai kemampuan membawa oksigen
keseluruhan tubuh. Keadaan ini adalah tidak baik untuk bayi.
Dapatkan vitamin B yang lengkap dan amalkannya 3 bulan
sebelum mengandung jika boleh. Ini lebih baik dari hanya
mengambil salah satu vitamin dalam kumpulan B iaitu asid folik
yang dikatakan untuk menolong melindungi bayi dalam
kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya
(kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Jika diambil secara
lengkap, ia boleh digunakan untuk sistem saraf dan juga
keperluan otak bayi sekali.
Minyak Ikan
Selain itu amalan saya juga adalah mengambil suplemen minyak
ikan yang tertulis ‘Molecularly Distilled’ setiap hari. Ini adalah
amalan saya sebelum mengandung dan apalagi ketika
mengandung. Ia sudah rutin dan tidak pernah ditinggalkan
sehinggalah anak saya lahir dan disusukan. InsyaAllah komponen
DHA dan AHA dalam badan semasa mereka didalam rahim dan
juga dalam air susu kita semasa mereka telah dilahirkan adalah
mencukupi untuk pertumbuhan otak yang optimum. Komponen
DHA dan AHA adalah antara komponen yang diperlukan bagi
pertumbuhan otak bayi.
Iodin
Iodin juga adalah satu unsur penting untuk otak. Iodin adalah unsur kimia untuk pengeluaran hormon tiroid yang mengawal pertumbuhan dan metabolisme. Diet kekurangan iodin akan meningkatkan risiko pembangunan otak yang terbantut pada kanak-kanak (cretinism), masalah kelembapan pelajaran pada kanak-kanak, kolesterol tinggi, kelesuan, keletihan, kemurungan, berat badan, dan bengkak kelenjar tiroid di leher. Perlu diingat bahawa jika iodin yang terlalu tinggi juga tidak baik. Semuanya perlu seimbang. Namun bila kita lihat pemakanan kita di Malaysia, kandungan iodin adalah sedikit kurang dari yang bagus untuk perkembangan otak bayi. Antara makanan yang
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
96
mempunyai iodin yang tinggi secara semulajadi adalah rumpai laut atau seaweed. Ia banyak terdapat di pasaraya. Sebelum dan semasa mengandung saya memang suka akan memakan rumpai laut. Ia menjadi satu perkara yang saya akan beli jika keluar membeli belah . Iodin juga memang terkandung dalam suplemen spirulina yang saya amalkan sebelum mengandung hinggalah ketika mengandung. Ia vitamin dan mineral yang terkandung secara semulajadi dan dalam bentuk ‘bio-available’.
Perlu diingatkan bahawa ketika mengandung adalah bukannya waktu sesuai untuk diet. Walaubagaimana pun ia juga bukanlah alasan untuk kita makan sesuka hati hingga berat badan naik mendadak-dadak. Pemakanan yang baik adalah sangat penting ketika mengandung, Elakkan makanan yang telah anda ketahui akan memberi alergi kepada diri anda kerana ia akan membahayakan bayi. Jaga kalori didalam pemakanan anda. Makanan lain yang bagus untuk diamalkan Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. Saya pernah melihat susu almond yang telah dikotakkan dipasaran tetapi setakat ini ianya tidak halal. Kismis
Kismis memang telah dikenali oleh orang kita akan kebaikkannya. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”
Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam al-Quran: 'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26) Madu Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
97
Habbatus Sauda Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.." 7) Buah Tin Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1). Sabda Rasulullah s.a.w. Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti
KEPENTINGAN PENGAMBILAN AIR
YANG MENCUKUPI KETIKA HAMIL
Adakah ketika mengandung anda selalu letih? Ataupun sakit
kepala diwaktu tengahari? Jika ya, itu bermakna tubuh kita
kurang air. Selalunya wanita mengambil panadol atau ponstan
sebagai jalan penyelesaian jika tidak mengandung tetapi jika
dalam keadaan mengandung, amalan ini mesti kita elakkan.
Memasukkan ubatan kimia adalah tidak digalakkan ketika hamil.
Maka dengan itu cara penyelesaian yang alami dan semulajadi
adalah berubat dengan air. Manusia melalui masa sembilan bulan
berada disatu tempat berisikan air, iaitu saat dia masih berbentuk
janin didalam rahim. 75% berat bayi dalam kandungan adalah air
dan peratus ini akan berkurang hingga 60% ketika dia meningkat
dewasa.
Kekurangan air pada ibu mengandung boleh menyebabkan
keletihan minda yang cepat dari biasa, pelupa dan kurang daya
tumpuan. Jika ini berlaku pada siibu, apa pula yang akan berlaku
pada anak dalam kandungan? Maka saya sarankan ibu-ibu yang
mengandung untuk sentiasa membawa air kemana-mana
mereka berada supaya bila melihat air tersebut, ia seolah
peringatan untuk mereka mengambil dan meminumnya selalu
apabila terlihat sahaja botol itu.
Air adalah nikmat Allah yang diberikan kepada umat manusia.
Firman Allah s.w.t.:
“Dan tidaklah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai
bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya
bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara
keduanya? Dan kami jadikan AIR, tiap-tiap benda yang hidup?
Mengapa mereka tidak mahu beriman?
(Surah al anbiya’ :30)
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
98
Air adalah unsur utama penciptaan – Air, Api, Udara dan Tanah.
Air adalah titik yang tidak pernah berhenti beroperasi dalam
tubuh kita. Ketika ia masuk ke dalam tubuh, ia membawa muatan
oksigen dan unsur-unsur makanan keseluruh tubuh. Ketika ia
keluar, ia membawa keluar toksik dan racun tersebut keluar
tubuh.
Kita digalakkan meminum air pada pagi hari sejurus bangun tidur
dimana perut masih kosong. Kekosongan ini menyebabkan air
yang masuk boleh terus menyerap dan membawa oksigen
dengan cepat dan menyalurkannya ke dalam darah untuk dibawa
keseluruh tubuh terutama otak.
Untuk perkembangan otak bayi yang baik, ibu perlulah menjaga
pengambilan air segar yang mencukupi bagi memastikan oksigen
yang cukup untuk diberikan pada tubuh kita dan kemudian
disalurkan kepada bayi.
Air membentuk 85% darah manusia dan 82% buah pinggang,
75% otot, 74% sel otak, 69% sel hati dan 22% sel tulang. Minum
bukan sahaja satu-satunya cara untuk memperolehi air bagi
tubuh manusia. Air juga boleh didapati pada makanan terutama
buah-buahan dan sayuran yang kadang-kadang 80% kandungan
buah adalah air.
Dr Fredoun Backman Gelidg menyatakan kekurangan air dalam
tubuh boleh membawa kepada penyakit seperti asma
(bronchitis), demam panas, susah tidur (insomnia), kencing
manis, tekanan darah tinggi atau rendah, serta pembekuan
dibeberapa bahagian organ. Saya kerap juga mendengar wanita
hamil yang mengadu mereka mengidap penyakit kencing manis
atau darah tinggi HANYA ketika mengandung. Selepas
melahirkan, penyakit ini tiada. Ini adalah petanda yang diberikan
oleh tubuh wanita hamil akan kekurangan sesuatu yang
diperlukan ketika mengandung dan perlu diingat bahawa 74% sel
otak kita dan bayi adalah air!.
Air yang terbaik untuk tubuh adalah air yang bersifat alkali
kerana ia boleh meneutralkan keasidan atau zat asam yang
beracun dalam tubuh. Ia tidak berwarna, tidak berbau, tidak
memiliki rasa dan boleh digunakan untuk minum atau berwuduk.
Bukan air kordel, bergas, teh tarik, kopi dan sebagainya. Air paip
yang telah dimasak juga selalunya bersifat alkali. Jika kita ingin
lebih baik, air paip tersebut boleh ditapis sebelum dimasak atau
untuk terus diminum. Air paip mengandungi unsur mineral yang
bukan organik - florida, klorin dan sebagainya yang dicampurkan
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
99
untuk menjaga air dari tercemar. Unsur ini tidak diperlukan oleh
tubuh. Dikatakan berkemungkinan mengambilnya secara
berpanjangan akan menyebabkan kesan negatif pada tubuh.
AIR YANG DIBACAKAN DENGAN BACAAN AL-QURAN
Air minuman harian kita sebaiknya biarlah ia didedahkan dengan
ayat al-Quran sebelum diminum. Saya memang mengamalkan
air minuman untuk seisi keluarga didedahkan dengan bacaan al
Quran dari pemain cakera CD (jika anda boleh membacanya
sendiri lebih bagus) akan surah-surah pilihan sebelum ianya
diminum dengan Bismillah. Air yang telah bertukar bentuk
molekul dan mempunyai kuasa penyembuhan ini (ayat al-Quran)
sudah tentu memberi kesan kepada sesiapa yang meminumnya
termasuk ibu dan anak dalam kandungan yang menerima air
tersebut dari ibunya.
Untuk melakukan dedahan ayat al-Quran ini, jangan dibuat pada
waktu malam tanpa perhatian sesiapa dan kita sendiri pula ingin
masuk tidur. Dalam satu hadis, Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu
anhuma berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Bila hari telah senja laranglah anak-anak keluar rumah, kerana
ketika itu syaitan berkeliaran. Dan bila sudah masuk sebahagian
waktu malam maka biarkanlah mereka. Tutuplah pintu dan sebut
nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang
tertutup (dengan menyebut nama Allah). Tutup semua kendi kalian
dengan menyebut nama Allah dan tutuplah bejana kalian dengan
menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu
di atasnya, dan padamkan lentera kalian (ketika hendak tidur).”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim]
AIR ZAM-ZAM
Jika anda seorang yang berkemampuan untuk mendapatkan air
zam-zam, maka itulah air yang terbaik. Ilmu pengetahuan moden
telah membuktikan bahawa air zam-zam adalah air yang berbeza
dengan semua jenis air didunia. Agak melucukan bila saya pernah
membaca sebuah iklan produk air yang dibotolkan yang
menyatakan air keluaran mereka adalah sama karakternya
dengan air zam-zam. Ia tidak akan boleh sama. Allah telah
meletakkan tanda-tanda kekuasaan dan mukjizatNya pada air
zam-zam. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah
s.a.w. :
Sebaik-baiknya air dimuka bumi ini adalah air zam-zam.
Didalamnya terdapat unsur makanan dan penawar bagi penyakit.”
Lagi sabda Rasulullah s.a.w berkenaan air zam-zam :
“Air zam-zam boleh diminum dengan tujuan apa pun. Jika kamu
meminumnya untuk kesembuhan, maka Allah Taala akan
menyembuhkanmu. Jika kamu minum untuk mendapat
kekenyangan, maka Allah Taala akan mengenyangkanmu. Jika
kamu minum untuk menghilangkan rasa dahaga, maka Allah Taala
akan menghilangkan hausmu. Air zam-zam itu adalah lesung pipi
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
100
Jibrail a.s. dan pemberian minum Allah Taala kepada Nabi Ismail
a.s.”
Saya cadangkan semua ibu-ibu Muslim mendapatkan air zam-
zam ini sekurang-kurangnya sekali dalam sepanjang tempoh 9
bulan kehamilan mereka. Untuk sekali itu, minum sepuasnya
dengan niat dan doa kita untuk anak dalam kandungan. Air yang
penuh mukjizat ini akan sampai kepada bayi kemudiannya. Ia
telah pun mendapat sentuhan mukjizat dari Allah sebelum ia
dilahirkan lagi.
UDARA DAN BAUAN
Bauan dari udara adalah merupakan makanan bagi jiwa. Udara
yang segar dari hutan dengan air terjun memberi rasa nyaman
dan ianya berlainan dari udara yang penuh habuk seperti dikota.
Ini adalah kerana kawasan berhampiran air terjun dan dalam
hutan dipenuhi ion negative semulajadi. Pergeseran antara
molekul air yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan melepaskan
cas elektrostatik lalu memenuhkan hutan dengan ion negatif.
Inilah sebanya mengapa kita berasa bertenaga dan nyaman bila
berada di kawasan sebegitu. Disarankan untuk kita selalu
membuka tingkap rumah setiap selepas subuh dan setiap kali
selepas hujan bagi mendapatkan udara segar dan ion negatif ini
memenuhi ruang rumah. Terkongkong dalam bilik tertutup
walaupun dengan memasang alat penghawa dingin adalah tidak
baik untuk kesihatan.
Kesan Ion Negatif terhadap Badan Manusia
Bahan-bahan pencemaran yang terapung di udara seperti habuk
dan kuman semuanya mengandungi ion positif.
2% hingga 3% udara yang disedut akan menjadi bahan berbahaya
termasuk toksin daripada pencemaran seperti klorin, asap, dan
sebagainya. Radikal bebas boleh menyebabkan kita berdebar dan
mengurangkan kebolehan semulajadi kita untuk sembuh
daripada penyakit. Disebabkan kekurangan elektron dalam
strukturnya, radikal bebas menjadi sangat tidak stabil.
Sebaliknya, ion negatif mempunyai lebih elektron yang
membolehkan ia meneutralkan radikal bebas dengan
mendermakan elektronnya. Ini akan mengubah radikal bebas tadi
menjadi bahan yang tidak berbahaya.
Wanita hamil bukan sahaja perlu peka apa yang mereka makan
dan minum malah apa yang mereka hidu juga. Mereka
memerlukan udara segar dan bebas habuk terutamanya asap
rokok. Bagi suami yang merokok, jangan fikir anda merokok di
luar rumah dan balik berjumpa isteri ianya adalah selamat.
Mengikut kajian, bau rokok yang melekat dibaju, rambut dan
kulit suami yang merokok diluar itu juga mampu memberi
kemudaratan. Wanita hamil amat dilarang merokok.
Membahayakan bayi.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
101
Ada orang berkata deria bau ada kaitan dengan daya ingatan.
Misalnya ketika seseorang berjalan disuatu lorong dan kemudian
terbau gulai yang sedang dimasak. Bau itu menghantar mesej ke
otaknya untuk mengingatkan kembali gulai yang dirasanya
minggu, bulan atau tahun lepas. Tubuh dipengaruhi dengan bau-
bau ini dengan pelbagai cara. Apabila hidung menerima bau
masakan, maklumat itu dihantar ke anggota dalam badan,
bahawa masakan sedang disediakan. Kelenjar liur, perut, pundi-
pundi hempedu, hati, kelenjar thyroid dan lain-lain kelenjar
endokrin semuanya menyambut bau itu dengan caranya masing-
masing. Bau ini akan mempengaruhi badan untuk membantu
proses pencernaan. Apabila kita ke meja makan hanya beberapa
saat sebelum makan tanpa menerima bau-bauan semasa
penyedian, mereka telah hilang peringkat awal pencernaan yang
penting. Sebenarnya proses pencernaan bermula bila minda kita
telah berfikir tentang makanan itu.
Sains ‘aromatherapy’ mencapai penyembuhan secara
menggunakan bau berdasarkan deria hidu. Minyak bunga yang
tulin boleh digunakan untuk membunuh kuman di tempat yang
luka. Setiap bunga ada rohnya. Nabi Sulaiman a.s. adalah orang
yang mula-mula mengetahui sifat penyembuhan (zat) yang ada
pada herba dan bunga-bungaan ini. Zat bunga ini boleh
dikeluarkan dengan menekan bunga itu hingga keluar minyak
dari kelopak atau dengan menyuling (distill) air melalui kelopak
bunga. Campuran alcohol pada zat bunga akan membunuh zat
bunga tersebut.
Wangian adalah makanan roh dan roh akan menguatkan jasad.
Wangian dapat menggembirakan hati, mentenangkan jiwa serta
merangsang minda
Baginda s.a.w mempunyai bau tubuh yang wangi dan segar
secara semulajadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di
dunia. Dalam sebuah hadis sahih riwayat al Bukhari dan Muslim
daripada Anas r.a. maksudnya : “Aku tidak pernah menghidu
wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi
daripada bau Rasulullah s.a.w.”
Bauan yang wangi amat disukai oleh para malaikat manakala
syaitan amat membencinya. Roh yang baik akan menyukai bau
yang wangi dan begitulah sebaliknya. Bunga mawar mempunyai
zat yang paling baik dan selalu digunakan oleh para sufi untuk
tujuan perubatan. Untuk kita menggunakannya, secara
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
102
praktikalnya bolehlah mendapatkan satu set aromatherapy
essential oil – aromatherapy oil dan burner untuk dipanaskan
didalam bilik. Pastikan ianya 100% pati bunga asli untuk
mendapat manfaat roh dari bunga itu bertemu dengan roh anda.
Semasa saya hamil dahulu, saya sangat menggemari bauan dari
pati bunga lavender, rosemary dan mawar.
Penggunaan Haruman Tiruan dirumah
Ramai wanita suka akan haruman dan kerana itu ada yang setia membeli pelbagai haruman tiruan moden yang mudah setiap kali keluar ke pasaraya. Satu perkara yang ramai tidak tahu adalah pengharum ruangan tiruan ini mengandung bahan kimia berbahaya seperti phthalates, asetaldehida, toluena stirena, chlorbenzene, paradichchlorobenzene, formaldehyde dan benzene seperti dilansir greendivamom.
Pengharum ruangan juga memancarkan ‘volatile organic compound’ atau VOC seperti bahan didalam cat dinding rumah kita. Dalam Material Safety Data Sheet (MSDS), mereka mengakui bahwa bernafas pada ruangan dengan konsentrasi tinggi wap VOC terlalu tinggi boleh menyebabkan:
1. Sakit kepala 2. Gelisah 3. Gementar 4. Sesak Nafas 5. Mual
Penelitian yang dilakukan oleh National Resource Defense Council dan dari University of California, University of Washington dan Environmental Protection Agency pada tahun 2006 memperingatkan bahawa phthalates dapat menyebabkan ketidakseimbangan hormon, kelahiran cacat dan masalah reproduksi.
Maka dinasihatkan bagi mereka yang suka wangian, beralihlah kepada wangian aromatherapy yang wangi dan memberi zat kesembuhan manusia berbanding dengan wangian yang membunuh ini.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
103
BAB 10 GELOMBANG ALPHA DAN THETA
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
104
Apabila kita mempunyai impian/imaginasi untuk anak yang
bakal kita lahirkan dan selalu berfikir tentangnya setiap hari
dengan penuh perasaan kasih sayang, ia akan memberi tenaga
kepada imaginasi itu untuk berkembang. Apa sahaja yang kita
fikirkan secara berterusan pada hari ini akan menjadi reality di
masa depan dengan izin Allah. Ia bagai satu benih yang di baja
dan disiram hari ini yang akan menjadi pokok yang besar dan
berbuah pada masa akan datang.
The Only Thing that can GROW is the thing
you give energy to!
Pakar penyelidik otak berkata, otak kita memproses 60,000
fikiran setiap hari. Tugas emosi adalah untuk membantu memilih
yang mana satu perlu diberi keutamaannya dan curahan
tumpuan. Yang terpilih itulah yang akan menjadi realiti jika diberi
tumpuan secara berterusan.
Emosi dalam kajian NLP dan hipnoterapi adalah suatu tenaga
(energy) yang bergerak. Apabila kita berfikir dalam kerangka
positif dan negatif, maka secara automatik ia akan
menggerakkan satu arus tenaga yang besar dalam diri kita dan ia
mempengaruhi pembentukan karektor peribadi seseorang
sekaligus dizahirkan melalui tindakan. Contoh, emosi orang yang
menunaikan solat 5 waktu dalam keadaan positif berbanding
dengan negative tidak sama hasilnya pada tubuh dan jiwa
walaupun kedua-duanya sudah bersolat.
Mengenali Gelombang Otak
Alpha, Beta, Theta, Delta dan Gamma
Adakah kita tahu bahawa otak kita mempunyai lima frekuensi
gelombang dan ia memberi kesan kepada cara kita berfikir dan
juga mendidik janin bagaimana untuk berfikir? Kebanyakkan
daripada kita memberi tumpuan kepada emosi dalam usaha
untuk menjadi lebih tenang dan bahagia tanpa sedar bahawa
gelombang otak dan minda bawah sedar juga memainkan
peranan yang penting dalam usaha ini.
Mengetahui tentangnya adalah penting untuk kita melakukan
perkara yang betul bagi mencapai frekuensi yang kita inginkan.
Gelombang Beta, Alpha, Theta, Delta dan Gamma diukur dalam
kitaran sesaat (Hz). Ia mempunyai ciri-ciri unik yang mewakili
tahap tertentu aktiviti otak.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
105
GELOMBANG FREKUENSI OTAK
1) Gelombang Beta (14-40Hz) – Gelombang Sedar
Gelombang otak Beta dikaitkan dengan kesedaran normal,
kecerdasan, logik dan pemikiran kritikal.
Walaupun gelombang otak Beta adalah penting untuk berfungsi
dengan berkesan sepanjang hari, mereka juga boleh
diterjemahkan kepada tekanan, kebimbangan dan keresahan.
Orang yang berada dalam gelombang Beta suka menkritik dan
kuat memberi pendapat secara spontan dan pantas. Akhirnya
mereka kebanyakkannya akan mendapat tekanan dan masalah
kesihatan yang pelbagai disebabkan stress tak terkawal.
2) Alpha (7.5-14Hz) - Gelombang Relaksasi Mendalam
Gelombang otak Alpha hadir bila kita berada dalam keadaan
tenang. Biasanya apabila mata ditutup atau apabila fikiran
mampu untuk mencipta angan-angan indah. Ia adalah masa yang
optimum bagi memprogramkan minda untuk kejayaan dan juga
dapat meningkatkan imaginasi, visualisasi, ingatan,
pembelajaran dan penumpuan.
Gelombang Alpha ini juga merupakan pintu masuk ke minda
bawah sedar. Tenaga gelombang ini akan bertukar menjadi
tenaga bunyi (suara) yang akan menggerakkan hati kita. Dengan
kekerapan melakukannya, suara ini menjadi lebih jelas dan lebih
mendalam serta lebih dekat dengan kita. Kira-kira ukuran 7.5Hz.
Ibu dan bayi dalam kandungannya juga akan terkesan dengan
gelombang Alpha ini . Gelombang ini akan menenangkan siibu
dan degupan jantungnya juga. Bunyi degupan jantung ibu yang
tenang ini akan memberi irama yang sangat menenangkan
secara psikologi pada anak dalam kandungan. Ini akan
merangsangkan pertumbuhan otak janin yang harmoni.
3) Theta (4-7.5Hz) – Gelombang Cahaya dan Tidur Bermimpi
Gelombang otak theta hadir semasa tidur. Ia termasuklah tidur
yang mengalami mimpi.
Dikatakan bahawa jika ketika kita berada di gelombang Alpha,
kita dalam keadaan berhubung dengan Allah s.w.t.,
mengagungkan kebesaranNya Pencipta alam semesta kemudian
tanpa sedar kita terjatuh ke gelombang Theta, iaitu tertidur.
Sambungan rohani yang akan bersatu dengan alam semesta
akan terjadi. Alam akan
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
106
membuka lorong untuk anda dengan izinNya. Apa yang
diimpikan dapat divisualisasikan dengan terang, inspirasi menjadi
lebih besar, kreativiti yang mendalam dan wawasan yang luar
biasa. Tidak seperti gelombang otak yang lain yang agak kacau,
Gelombang Theta adalah suara senyap.
4) Delta (0.5 4Hz) - Gelombang Tidur Lena Tanpa Mimpi
Gelombang tidur yang sangat lena tanpa mimpi.
Tidur dalam gelombang ini adalah penting untuk proses
pemulihan . Ia dikaitkan dengan penyembuhan yang mendalam
dan juga pertumbuhan semula. Tidak mempunyai tidur yang
cukup mendalam untuk ke gelombang ini adalah memudaratkan.
Sebab itu orang yang tidur-tidur ayam, hanya tidur sebentar
kemudian bangun kemudian tidur semula dan bangun semula,
jika ini berlaku hingga pagi, mereka merasakan tubuh mereka
sangat letih kerana proses penyembuhan itu tidak berlaku.
5) Gamma (atas 40Hz)
Gelombang ini baru saja ditemui. Walaupun sedikit yang
diketahui tentangnya, kajian awal menunjukkan gelombang
Gamma dikaitkan dengan pemprosesan maklumat peringkat
tinggi.
SOLAT DAN GELOMBANG OTAK
Otak setiap orang adalah unik. Walaupun kita dikatakan
mempunyai kuasa untuk mengawalnya, tidak semua orang boleh
melakukannya. Contoh ketika solat. Solat menggabungkan
fikiran (gelombang otak), perasaan dan tindakan. Tidak semua
melakukanya mendapat hasil yang sama. Seorang yang
menunaikan solat kerana terpaksa atau kerana sudah rutin
adalah berlainan hasilnya dengan seorang yang solat kerana
rindukan rasa bersama Allah s.w.t.. Bagi orang lain pula, solat
adalah ketenangan. Ini akan menjurus kepada konsentrasi yang
mendalam ketika menunaikan solat..
Berapa ramai yang berkata bahawa ketika solatlah otak mereka
melayang berfikir pelbagai benda hingga selepas solat,
bermacam-macam idea terhasil. Jika tidak solat tiada pula
terlintas untuk berfikir tentang perkara tersebut. Sedangkan
waktu solat adalah waktu dimana pernafasan harus tenang,
fikiran perlu fokus untuk penyerahan sepenuhnya kepada Allah.
Waktu untuk kita mengingatkan mati dan hari akhirat.
Solat Yang Kacau Pada Gelombang Beta
Solat pada gelombang beta adalah solat yang selalunya
membuatkan seseorang tidak khusyuk. Pada gelombang ini
mereka berfikir secara rasional dan kacau berfikir tentang yang
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
107
logik. Tidak ternampak atau terfikir benda yang tidak kelihatan.
Tidak ternampak hari akhirat, hari kematian, malaikat pencatit
amal dan sebagainya. Solat dengan gelombang ini akan
menyebabkan fikiran kita merewang berfikir apa yang logik
seperti assignment tidak siap, sidaian tidak diangkat, ikan beku
dalam peti ais tidak dikeluarkan dan bermacam lagi untuk wanita.
Sabar hati, sabar nafsu, sabar tangan, sabar kaki, sabar akal…
berilah tumpuan kamu kepada Allah s.w.t.
Solat adalah perkara yang sangat dipandang mulia oleh Allah
s.w.t. dari ambil wuduk hinggalah selesai solat. Adakah kita
mampu konsisten memberikan 20 minit masa kita ini untuk Allah
swt?
Adakah kita menikmati dan benar-benar menghayati solat itu
seperti orang alim ulama atau kita jenis yang teringat pelbagai
perkara ketika waktu solat.
Solat yang khusyuk adalah solat pada gelombang Alpha
Diparas alpha seseorang dapat berhubung dengan minda bawah
sedar dengan aktif. Pada ketika ini minda dikatakan dalam
keadaan tenang, santai dan rehat. Pada gelombang ini, kita
mampu berfikir apa yang tidak kelihatan. Apa yang kita sebutkan
dan doakan masuk ke minda bawah sedar dan ia membentuk
memori jangka panjang disitu. Memberi kesan yang mendalam
pada diri.
Solat pada gelombang lain yang disebutkan diatas, boleh saja
dibayangkan solat tersebut melalui ciri-ciri pengaruh gelombang
tersebut pada kita. Cukup sahaja kita menyentuh tentang solat di
gelombang beta dan alpha.
Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a.
mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal,
rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)
Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat
sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang
mendirikannya.
Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah
mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan
solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Gelombang alpha adalah gelombang yang merehatkan otak.
Gelombang ini akan memberi tenaga baru kepada perkara yang
lama. Solusi baru pada masalah lama. Menimbulkan idea dan
pelbagai lagi. Maka cubalah untuk mencapai solat seperti
mereka. Solat khusyuk ini adalah satu meditasi sempurna bagi
orang Islam. Lazimnya kita berehat dengan membaca surat
khabar, komik, menonton televisyen dan sebagainya. Ini adalah
bentuk kerehatan biasa tanpa kuasa merehatkan keseluruhan
unsur rohani yang melibatkan penurunan frekuensi gelombang
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
108
otak dalam keadaan meditasi. Semakin banyak kita bersolat
maka semakin sihat tubuh badan.
Solat yang sempurna akan mengeluarkan aura positif yang
tersendiri. Ia ibarat cahaya seri yang keluar dari tubuh dan wajah.
Ia juga akan mempengaruhi kehidupan seharian dalam keadaan
yang positif juga. Berbeza dari orang yang negatif, yang
mempunyai ‘angin’ atau mengikut ‘mood’nya sendiri.
Untuk mencapai ke tahap khusyuk, ianya perlu ilmu dan latihan
serba sedikit. Semoga pengetahuan tentang gelombang otak ini
membantu kenapa kita tidak boleh khusyuk dan membantu
mencapai kekhusyukkan.
Mengapa Amalan Malam Hari Mempunyai Kelebihan
Berbanding Siang
Jika terbangun ditengah malam yang sepi, cuba lihat ke langit
dan alam di luar sana dan rasakanlah kehebatan ciptaan Allah
s.w.t. di waktu ini. Ianya pasti berbeza jika kita melihat benda
yang sama pada siang hari. Bunyian kacau bilau seperti disiang
hari sudah tiada dan kita dibenarkan mendengar suara
semulajadi dari alam. Alam ini seolah mengeluarkan satu bunyi
yang unik yang menenangkan. Bunyian ini memberi kita
ketenangan dan membawa otak kita ke gelombang Alpha. Sebab
itu ada alim ulama yang menyarankan kita untuk memandang ke
luar dan melihat ke langit sebelum melakukan solat tahajjud,
hajat dan sebagainya. Saya percaya ia kerana alam itu sendiri
sedang mengeluarkan Gelombang Alphanya untuk diserap oleh
mereka yang mahu menyahut saranan beribadah ditengah
malam.
1. Doa malam lebih dimakbulkan
Sejujurnya pada waktu malam yang hening menyebabkan
suasana ketika memanjatkan doa itu lebih terkesan dihati,
kita lebih fokus, timbul perasaan syahdu menyebabkan
pengharapan kita untuk keredhaannya menjadi tinggi.
Solat malam adalah istimewa martabatnya kerana ia
adalah solat yang pastinya tidak akan di ketahui oleh
orang lain. Tidak ada riak kerana semua orang dalam
keadaan tidur.
Sabdu Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya pada setiap
malam ada satu saat yang mana seorang muslim berada
pada saat itu lalu ia memohon sesuatu yang baik dari
urusan dunia dan akhirat melainkan akan ditunaikan Allah
permohonannya”
2. Pahalanya berganda
Nabi s.a.w. pula, apabila ditanya. ”Apakah solat lain yang
afdal selain daripada solat fardhu?” Baginda menjawab,
“Bersolat pada waktu tengah malam”.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
109
3. Tutur kata lebih berkesan
Orang yang mengamalkan solat malam akan lebih
berkesan tutur katanya.Ibu-ibu yang mempunyai anak
yang degil, amalkan solat malam. InsyaAllah anak lebih
mendengar kata. Apalagi untuk ibu-ibu yang hamil
mengamalkan latihan komunikasi dengan anak dalam
kandungan dengan selalu bercakap dengannya selepas
bertahajjud..
SUKAR UNTUK BANGUN SOLAT MALAM
Adakah satu masaalah untuk bangun malam bagi bersolat?
Sebenarnya bukanlah sukar. Jika kita ingat kembali sewaktu ingin
mengambil peperiksaan semasa kita bersekolah atau di universiti
dulu, bangun tengah malam terutama musim peperiksaan. Untuk
mereka peminat bola pula, bangun malam untuk menonton piala
bola sepak tidak mempunyai masalah.
Katakan pada hati bahawa kita mahu memulakan solat malam
setiap hari. InsyaAllah dengan berniat itu pun sudah mendapat
pahala. Cuba amalkan selama 40 hari dan ia akan jadi satu
perkara rutin kerana badan kita akan merakamnya sebagai
‘muscle memory’ didalam tubuh. Bahan kimia tertentu akan
dikeluarkan untuk membentuk muscle memory ini. Seperti yang
kita tahu, apa yang berlaku dalam tubuh ibu, juga akan
mempunyai kesan kepada bayi. Muscle memory ini akan juga
masuk kepada bayi. Jika anda seorang yang mudah bangun awal
pagi, bayi anda akan juga begitu nanti.
Memang banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk seseorang
bangun daripada tidur yang nyenyak, mengambil wuduk dan
beribadah semata-mata kerana Allah s.w.t. di malam hari.
Sebenarnya ini banyak bergantung kepada keimanan seseorang.
Jika tinggi iman seseorang tentulah kita tidak akan terasa berat
melaksanakannya.
Pakar berpendapat untuk melakukan sesuatu rutin baru, kita
hendaklah konsisten melakukannya tanpa henti selama 40 hari.
40 hari ini akan membentuk ‘Muscle Memory’ dalam diri kita dan
secara tidak langsung ia juga akan membentuk ‘baby’s memory’
(ingatan dan pengalaman) bayi dalam kandungan kita nanti.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
110
Tip Mudah Bangun Malam Imam Ghazali
Ada yang tahu kelebihan memohon pada waktu
malam tetapi sangat susah untuk memulakan amalan
ini. Bagi wanita yang tidak pernah melakukannya, jika
anda kini sedang hamil, cubalah lakukannya sekurang-
kurangnya 3 kali solat malam sepanjang 9 bulan
kehamilan itu. Korbankan rasa mengantuk itu untuk
beberapa rakaat memohon akan keselamatan,
kebijaksanaan dan lain-lain demi anak dalam
kandungan itu. Sebagai panduan sebelum
melakukannya, supaya tidak berat, dibawah adalah tip
Mudah Bangun Malam Imam Ghazali:
1. Elakkan makan terlalu banyak hingga membuat anda
terlalu mengantuk, badan menjadi berat dan malas
untuk bangun beribadat diwaktu malam.
2. Amalkan tidur siang kira-kira 20 minit sebelum zuhur
atau sejurus selepas zuhur.
3. Masuk tidur malam selepas selepas Isyak seperti
disarankan oleh Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w. itu tidak menyukai perbuatan tidur sebelum
isyak dan berbual-bual selepasnya”
Ini kerana berbual-bual selepas Isyak berkemungkinan
akan melewatkan tidur, dan menyebabkan sukar
untuk bangun malam, malah mungkin terlepas untuk
solat subuh!
4. Memahami kelebihan beribadat diwaktu malam.
Dengan itu akan timbul keinginan mendapatkan
pahala lebih dan mencapai tingkatan syurga yang
lebih tinggi.
5. Tingkatkan kecintaan kepada Allah dan bersihkan hati
dari dosa-dosa kecil dan besar. Ini kerana dosa-dosa
yang dilakukan disiang hari akan memberatkan kita
untuk bangun malam beribadat kepada Allah s.w.t.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
111
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sepatutnya kamu hendaklah
mebiasakan diri bangun ditengah malam kerana yang
demikian itu adalah amalan yang biasa dilakukan oleh
orang-orang soleh sebelum kamu, ia juga satu cara untuk
mendekatkan diri kepada tuhan, menebus segala
kesalahan, menjauhkan diri daripada dosa dan
menyingkirkan penyakit dari tubuh badan”
TEMPOH MASA TIDUR YANG CUKUP
Ada pendapat mengatakan seorang perlu tidur malam antara
enam hingga lapan jam sehari . Namun pendapat ini ditolak oleh
para saintis Barat, antaranya Dr. Ray Meddis, seorang professor
di Jabatan Sains dan Kemanusian, Universiti Teknologi England
yang menyatakan manusia hanya perlu tidur malam TIGA JAM
sahaja.
Saya bukan menyarankan kita semua untuk mengurangkan
waktu tidur kita daripada tempoh biasa kepada hanya 3 jam
sahaja. Saya cuma ingin menyampaikan bahawa tidaklah terjejas
kesihatan kita kerana kurang tidur jika seseorang itu bangun
malam untuk bersolat sebentar.
Dari segi posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang
akan menekan dan menyesakkan tulang punggung. Tidur secara
menelangkup pula menganggu pernafasan. Mengiring ke kiri
akan menghimpit jantung kerana jantung terletak di kiri tubuh,
sehingga peredaran darah terganggu dan ini secara tidak
langsung akan mengurangi aliran darah dan oksigen ke otak.
Kesan daripada ini juga akan menyebabkan mimpi sedih atau
buruk.Posisi tidur yang terbaik adalah mengiring ke kanan seperti
yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w..
Perlu kita ketahui dan ingat, sehubungan dengan fenomena tidur
ini, iaitu jika terdapat suatu keinginan dan niat didalam fikiran
sebelum tidur, maka hal-hal tersebut akan meresap didalam alam
bawah sedar kita sepanjang malam tanpa disedari, dan akan
mempengaruhi fikiran dan tindakan bila dalam keadaan sedar
nanti. Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam
keadaan menangis, maka pada umumnya ketika anak itu bangun,
dia akan menangis lagi. Jadi emosi sebelum tidur akan
mempengurhi apa yang kita alami dalam mimpi.
Rasulullah s.a.w. menggesa umatnya untuk membaca dan
merenungkan ayat-ayat al-Quran, iaitu ayatul kursi, dan 3 surah
terakhir (3 Qul) daripada al-Quran serta berzikir hingga kita tidur.
Ramai yang meletakkan fokus amalan ini kepada ayat pendiding
diri dari syaitan sahaja. Sebenarnya ia lebih dari itu. Ayat-ayat
tersebut lebih kepada bicara mengenai keagungan dan
keindahan sifat tuhan. Merenungi sifat-sifat ini akan membantu
kita dalam proses pembersihan rohani dan reset minda bawah
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
112
sedar supaya memikirkan tentangnya hingga dibawa ke alam
tidur. Ini akan meningkatkan keimanan kita dan seterusnya
meningkat tindakan kita terarah kearah itu.
MIMPI
Mimpi dari Gelombang Alpha yang terarah kepada Allah s.w.t.
hingga frekuensi terjatuh ke Gelombang Theta (4-7.5Hz)
Mimpi adalah resapan dari kehidupan seharian samada dari
kenangan indah atau sedih yang lama telah terpendam. Ia
merupakan fenomena universal dimana hampir semua orang
pernah bermimpi.
Sepanjang sejarah manusia, ada mimpi yang merupakan
diilhamkan oleh Allah s.w.t. kepada para Rasul dan nabiNya serta
raja-raja atau pemimpin. Mimpi para nabi dan kekasih Allah s.w.t.
adalah mimpi yang merupakan wahyu dari Nya yang benar dan
sakral.
Ada juga sebahagian mimpi yang berasal dari syaitan dan ia akan
menyesatkan atau menakutkan manusia.
Selain itu ada pula mimpi yang mungkin disebabkan oleh
masalah fizikal atau psikologi seperti gangguan emosi atau
gangguan perut dan pundi kencing.
Sabda Rasululluah s.a.w “Mimpi ada tiga : Mimpi daripada Allah
(mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi yang buruk), dan
mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia
bermimpi”
Dalam hadis lain menyebut :
Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada
syaitan. Maka ketika salah seorang daripada kamu mendapat
mimpi buruk, meludahlah kearah kiri tiga kali, kemudian minta
perlindungan daripada Allah, maka mimpinya itu tidak akan
mengkhuatirkan
(Hadis riwayat muslim)
Selepas Nabi Muhammad s.a.w diutuskan, tidak ada lagi Rasul
yang diutuskan Allah s.w.t.. Namun demikian, Allah s.w.t masih
menurunkan beberapa sifat kenabian, iaitu mimpi benar.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Telah selesai masa-masa kenabian, namun masih ada beberapa
khabar gembira (iaitu melalui mimpi yang benar)
Dalam hadis yang lain menyatakan :
“Mimpi yang benar merupakan satu bahagian dari empat puluh
enam cabang kenabian”
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
113
Kisah saya dengan mimpi benar
Pengalaman saya mengalami mimpi benar juga boleh dikatakan ada beberapa darinya. Semasa baru saja saya tahu saya mengandungkan anak kedua, saya bermimpi saya akan dikurniakan anak lelaki. Alhamdulillah ianya benar anak lelaki yang saya dan suami namakan Darwish Adrian.
Kemudian seperti yang saya catatkan di blog saya pada hari Ahad Nov 1, 2009 di www.darwishndarwisya.blogspot.com, saya pernah bermimpi anak lelaki saya itu (dalam keadaan dewasa) berada di tengah tengah 2 kumpulan orang Arab (di Mesir) menuju untuk menyerang satu sama lain. Saya jadi cemas kerana saya takut jika perkelahian mereka menyebabkan anak saya cedera. Bak kata orang dahulu, 2 kumpulan gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah. Saya lihat anak saya seolah-olah cuba bercakap dengan mereka dan mereka mendengar percakapan anak saya. Saya tidak pasti apa maksud mimpi ini, tetapi ia mungkin bermaksud anak saya menghafal al-Quran kerana percakapan yang pasti keluar dari mulutnya didalam mimpi tersebut tentulah secara logiknya dalam Bahasa Arab. Al-Quran itu adalah dalam bahasa Arab. Hanya Allah yang tahu akan maknanya. Wallahua’lam.
Mimpi kedua ini berlaku pada pertengahan 2007 dimana Mesir dalam keadaan aman damai, dan selepas 7 tahun berlalu, pada 2013 berlakulah apa yang kita lihat sekarang dimana 2 kumpulan di Mesir berbalah dan berbunuhan.
Mimpi ketiga adalah mimpi yang paling signifikan bagi saya.
MasyaAllah! Saya mahu semua orang percaya bahawa jika kita
menjaga tidur kita dalam selalu mengingat diriNya, Allah s.w.t.
akan memberi pelbagai yang lain termasuk keselamatan. Saya
bermimpi anak saya akan dilahirkan dalam keadaan sempurna,
sihat tubuh badan dan cukup segala sifat. Mimpi ini jelas dan saya
tidak nampak signifikannya mimpi itu ketika itu. Beberapa hari
kemudian, doktor menghubungi saya dan mengatakan melalui
ujian-ujian yang dilakukan, kandungan kedua saya didapati
mengalami ‘down syndrome’!. Mereka memanggil saya untuk
sesi kaunseling. Mereka mencadangkan untuk menghantar air
ketuban saya ke Singapura bagi ujian lanjut yang lebih tepat.
Tetapi prosedur perlu dilakukan keatas saya untuk mengambil air
ketuban tersebut dari rahim. Saya tersenyum bila mendengar
keputusan ujian down syndrome dan cadangan dari sesi
kaunseling tersebut. Mimpi saya adalah mimpi benar. Allah telah
berjanji kepada saya. Saya yakin apa yang saya kandungkan
ketika itu adalah seperti apa yang telah dijanjikan kepada saya
seperti didalam mimpi. Tidak lebih dan tidak kurang. Saya
menolak semua keputusan dan saya sedikit pun tidak terusik
dengan berita itu. Saya mahu kandungan saya terus menerima
emosi tenang saya ketika dia berada didalam rahim saya.
Ketenangan, yakin dan tawakkal hanya kepada Allah s.w.t.dan
tidak kepada mana-mana manusia walaupun dia bergelar doktor.
Alhamdulillah, tiba waktunya, lahirlah bayi kedua saya, seorang
bayi lelaki yang bijak, cukup sifat, sangat keletah, keras
kemahuan dan telah pun menghafal lebih 3 juzuk al Quran pada
umur 5 tahun. Anak inilah yang doktor cadangkan salah satu
optionnya ‘digugurkan’. Syaitan gagal sebelum anak saya
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
114
dilahirkan lagi. Semoga Allah s.w.t. sentiasa melindungi kedua-
dua anak saya ini dan juga semua anak orang Islam di dunia ini.
Saya teringat kata kata dalam ucapan terakhir Dr Mursi, Presiden
Mesir sebelum digulingkan tentera. Antaranya :
Saya mahu mempertahankan nyawa kamu
Saya mahu mempertahankan nyawa anak-anak lelaki
Anak lelaki kita akan membesar selepas kita
Saya mahu mempertahankan nyawa anak perempuan
Mereka akan menjadi ibu kepada Masa Hadapan
Yang akan mengajar anak-anak mereka.
Jangan terima kezaliman dan jangan tunduk dengan sogokan
Jangan tunduk kepada kerendahan, kepada agama mereka
Jika harga untuk kesahihan itu adalah darah saya sendiri
Maka saya bersedia untuk berkorban.. sangat murah!
Itulah ucapannya yang terakhir.
Ketika saya hampir menyiapkan buku ini, di Syria dan di Mesir,
terdapat ramai kanak-kanak yang telah dibunuh dengan gas
beracun. Sungguh menyayat hati apabila melihat video yang
sempat dirakam mereka akan kanak-kanak yang bergelimpangan
disana sini menghabiskan nyawa mereka bagai ikan menggelepar
didarat hingga hilang nyawa. Saya menyeru kepada wanita,
janganlah kita terlalu sibuk hingga tidak sedar akan hakikat ini
yang anak-anak kita ini adalah masa hadapan Islam.
Penyelidikan Dr Janov tentang Wanita Hamil mengikut Amalan
Perubatan Ayurveda Buddha Tibet
Perlu diingat bahawa janin (foetus) dalam kandungan sama
mengalami turun naik perasaan dan emosi siibu. Ia juga
memproses stimuli dan rangsangan dari kelilingnya. Hingga
tahun 1950, ramai yang berpendapat bahawa janin terlindung
dari segala sakit atau merasa dan menerima maklumat sensori
kerana plasenta dikatakan menjadi pelindung dari hentakan dan
kesakitan kepada bayi. Pendapat ini berterusan sehingga saintis
mengkaji sejenis ubat bernama Thalidomide. Ahli dalam bidang
psikologi, Dr Arthur Janov, menyatakan hampir semua pesakit
yang pernah menerima ubat tersebut menunjukkan kemerosotan
deria rasa dan tahap kemerosoton ini bergantung kepada seawal
mana mereka mendapatkannya. Dr Arthur Janov mempunyai
perspektif bahawa trauma dan kerosakkan yang besar akan
berlaku pada kondisi janin yang paling kecil dan lemah (awal
kehamilan).
Wanita Buddha Tibet, mempunyai khazanah penerangan
terperinci dalam teks Perubatan Ayurveda mereka yang
mengamalkan unsur-unsur spiritual serta elemen-elemen fizikal
yang memerlukan siibu berada dalam keadaan yang rohani,
jasmani dan mental yang baik. Ibu mesti mempunyai kitaran haid
yang tetap dan tenaga dalaman tubuh yang baik. Wanita dalam
budaya ini sering mempunyai impian dan imaginasi mengenai
bayi mereka SEBELUM diri mereka hamil!. Masyarakat ini juga
menghormati dan menjaga wanita hamil mereka dengan penuh
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
115
kasih sayang. Ini membantu mereka untuk kekal tenang dan
dengan itu memberi bayi dalam kandungan dengan hormon dan
neuro chemicals secara semulajadi yang baik dalam kadar yang
betul untuk pertumbuhan janin dan perkembangan otak.
Penyelidikan Dr Janov, mendapati bahawa pengaruh epigenetik
dan bahan kimia dalam tubuh manusia selari dengan
pemahaman embriologi dalam perubatan purba Tibet ini. Bagi
mereka, penjagaan ketika kehamilan adalah peluang untuk
memastikan fizikal, psikologi, emosi dan kesihatan rohani bakal
bayi adalah stabil selepas dilahirkan nanti.
Bagaimanakah cara mereka untuk menstabilkan emosi dan
rohani mereka ketika hamil ini? Jawapannya ada menjalankan
latihan meditasi. Meditasi membolihkan mereka mencapai ke
gelombang alpha ini dengan mengambil waktu yang singkat
sahaja. Untuk mencapai keperingkat ini, mereka menjalankan
latihan selama 3-5 tahun. ‘Practice makes perfect’.
Mereka juga memastikan keadaan sebelum hamil bebas dari
beban penyakit. Adakah kita membawa beban penyakit lama
sebelum hamil? Adakah suami kita merokok? Jika ya, kita akan
mempunyai dua kali ganda bahaya dari perokok. Ini adalah beban
penyakit. Stress yang terlalu tinggi ditempat kerja juga adalah
beban penyakit yang akan memberi kesan kepada pembangunan
saraf dan psikologi yang sihat pada bayi menurut teks mereka.
Kesimpulan yang saya ingin simpulkan dalam artikel ini adalah,
mereka berlatih (bermeditasi) dan untuk kesempurnaan mereka
mengambil masa 3-5 tahun untuk mencapainya.
Solat adalah lebih dari meditasi. Islam mewajibkan umatnya
bersolat. Kita disarankan khusyuk penuh tawadduk semasa
mengerjakan solat. Islam juga menganjurkan solat didirikan dari
semasa kita kecil lagi; tetapi, tidak khusyuk-khusyuk kita kerana
tidak mendalami ilmu dan mendirikan solat tanpa pengetahuan
mendalam visi dan misi solat itu.
Semoga selepas ini, wanita yang hamil terutamanya, cuba fokus
untuk khusyuk atau mencari cara atau ilmu untuk khusyuk setiap
kali solat. Lakukan untuk bayi tercinta harapan bangsa dan
agama dan ‘ insuran’ kita dialam baqa’ nanti.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
116
BAB 11 GANGGUAN IBLIS, JIN DAN SYAITAN
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
117
Topik ini jarang-jarang dibincangkan dalam tajuk kehamilan
kerana ia bukan topik yang sedap didengar apabila hamil. Ramai
menganggapkan ianya seperti tidak wujud. Sedangkan itulah
yang perlu diutamakan kerana makhluk ini adalah musuh utama
semua umat manusia termasuk kita dan anak didalam kandungan
kita.
Saya ingin menyentuh bab ini kerana ia juga melibatkan masalah
wanita hamil. Bagi wanita yang mahu hamil tetapi beberapa kali
mengalami keguguran, juga wanita yang mahu hamil tetapi sukar
hamil, mereka ini perlu menyiasat pertahanan diri sendiri dari
makhluk-makhluk ini. Jin dan syaitan ada yang ditugas untuk
menahan kehamilan umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan
menduduki rahim mereka. Ini termasuk juga wanita yang
mengalami kandungan ghaib. Ada beberapa kes dimana wanita
yang hamil yang telah disahkan hamil, dipertengahan semester
kehamilan, kandungan mereka hilang.
Kewujudan makhluk ini dengan gangguan mereka keatas
manusia memang tidak boleh dinafikan. Walaubagaimanapun,
kita jangan terlalu mudah untuk menyimpulkan setiap kejadian
itu adalah dari perbuatan mereka tanpa usul periksa dahulu.
Menurut Ustaz Sharhan Safie, salah seorang pengamal perubatan
terkenal dinegara kita, masalah yang disebutkan diatas boleh
berpunca dari salah satu sebab berikut:
i) Perbuatan sihir
ii) Jin suka atau jatuh cinta dengan wanita berkenaan
Banyak tanda-tanda jin sudah jatuh cinta kepada seseorang tanpa
disedari. Tanda-tanda ini juga boleh terjadi dalam tidur mahupun
ketika jaga. Antara tanda yang boleh dikenal pasti adalah terdapat
kesan lebam di anggota badan sebaik bangun dari tidur. Kesan
lebam ini mungkin dari gigitan syaitan.
Selain itu bermimpi binatang-binatang seperti kucing, anjing,
serigala, tikus dan sebagainya. Jika bermimpi dipatuk ular,
bukanlah seperti yang diperkatakan oleh orang-orang tua yang
bermaksud ada orang mahu menyunting. Tetapi itu petanda
kemungkinan sihir telah masuk ke dalam jasad.
Apabila seseorang itu jatuh dari tempat tinggi juga adalah
petanda syaitan sudah mula mendekati dirinya. Ada pula
sesetengah wanita yang sering kali melihat budak kecil. Bagi
mereka yang bermimpi seperti ini perlu berjaga-jaga. Apatah lagi
jika bermimpi budak kecil yang menyusu dengan mereka dan
mereka makin sayangkannya. Seringkali mimpi-mimpi seperti ini
tidak diambil berat oleh kita kerana kita sentiasa memikirkan
mimpi-mimpi tersebut hanyalah mainan tidur.
Wanita yang telah dicintai oleh jin atau disihir semasa jaga atau
tidur mereka, akan mula membenci pasangan mereka. Ada sahaja
perkara yang tidak kena pada pandangannya. Syaitan sudah
masuk ketubuhnya dan secara langsung menyebabkan perasaan
benci yang selalu mencetuskan pergaduhan antara mereka.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
118
Perkara kecil menjadi besar apabila syaitan sudah menguasai diri.
Pengakhirnya berlakulah perceraian, perkara halal yang dibenci
Allah.
Menurut Sheikh Wahid Abdul Salam bali dalam bukunya As
Sarimu ‘I-Battar at Tassaddi li’s Saharati I’-Asurar membahagikan
gangguan makhluk halus ini kepada dua bahagian:
i) Gangguan sihir ketika tidur
ii) Gangguan sihir ketika jaga
i) Gangguan ketika tidur
Syaitan masuk kedalam mimpi dan melakukan gangguan
dengan memberi mimpi ngeri dan tidak menyenangkan.
Gangguan tidur menyebabkan seseorang itu tidak boleh
berfikir dengan tenang, mudah marah dan terganggu kerana
dia telah kehilangan satu nikmat Allah yang tidak ada
gantinya iaitu tidur.Tidur merupakan proses mengembalikan
ketenangan dalam diri disamping meredakan pelbagai
penyakit dan masalah. Jika seorang wanita hamil mempunyai
gangguan tidur, ini bererti dia juga akan menghadapi
gangguan rohani dan jasmani kemudiannya. Janin atau bayi
nya juga tergangu.
Gangguan juga boleh terjadi ketika seseorang itu hampir tidur
lena. Ketika itu ia didatangkan dengan gangguan yang berupa
kejutan. Selain daripada tanda-tanda ini, orang yang terkena
sihir juga ada kalanya dapat melihat makhluk halus dengan
kehendak Allah s.w.t. biarpun pada kebiasaannya manusia
tidak dijadikan Allah s.w.t. berupaya melihat jin.
Digalakkan untuk memagar diri dengan membaca ayatul
kursi, 3 qul dan membaca doa sebelum tidur. Lebih afdal jika
berwuduk didalam tidur.
i) Gangguan ketika jaga
Gangguan ketika jaga adalah melibatkan sihir daripada
manusia yang sanggup syirik kepada Allah kerana menurut
nafsu marah atau dendam kepada kita.
Sihir boleh menyebabkan berlakunya derita sakit dengan izin
Allah s.w.t. pada mana-mana tubuh ataupun mengubah hati
untuk menjadi suka/cinta kepada seseorang yang bukan
sepatutnya. Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 102:
“.. dalam pada itu, ada yang mempelajari ilmu sihir daripada
Harut dan Marut, dengannya boleh menceraikan suami dan
isteri”
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
119
Gangguan syaitan yang menahan kehamilan
Bagi mereka yang mempunyai datang bulan yang panjang,
lebih dari 14 hari, ia bukan lagi disebut darah haid. Ia dipanggil
darah istihadhah. Jika keadaan ini berlarutan, sukarlah untuk
mendapat waktu subur dan hamil.
Menurut Rasulullah s.a.w, kejadian ini adalah disebabkan
goyangan syaitan. Sabdanya :
‘Sesungguhnya yang demikian itu disebabkan pembuluh darah.
Sebab syaitan mengalir ke dalam diri Adam menurut aliran
darahnya. Jika pembuluh darah itu regang sehingga menjadi
lebar, maka darahnya mengalir disana. Sementara syaitan
dapat berbuat terhadap pembuluh darah itu dan ia juga
mempunyai perlakuan khusus terhadap pembuluh darah ini dari
pembuluh darah yang lain. Kerana itu para tukang sihir juga
dapat bertindak dengan menggunakan darah wanita. Mereka
memanfaatkannya hasil dari goyangan syaitan’.
Daripada hadis ini, syaitan mempunyai ‘perlakuan khusus’
terhadap pembuluh darah di bahagian rahim wanita. Tidak
semestinya mereka menghalang kehamilan dengan
mengeluarkan darah istidhah. Mereka juga boleh
menghalang kehamilan tanpa mengeluarkannya juga.
Gangguan Syaitan dan Kecacatan
Berdoa sebelum melakukan persetubuhan. Perkara ini kurang difahami oleh masyarakat kita kerana mungkin terlalu memikirkan persetubuhan itu adalah satu perkara yang melibatkan nafsu. Sedangkan persetubuhan suami isteri itu adalah satu ibadah dan penting memulakannya dengan doa atau sekurang-kurangnya membaca taawuz dalam hati. Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dan dia tidak menyebut nama Allah s.w.t., maka mereka akan didatangi syaitan dan bersetubuh bersamanya. Syaitan mampu menimbulkan kecacatan terutama kecacatan jantina. Khunsa adalah mereka yang dilahirkan dengan 2 jantina dari sejak bayi (mempunyai kedua-dua jenis kemaluan sejak lahir). Ia berbeza dari gay atau lesbian atau apa nama yang seangkatan dengannya. Mereka yang songsang ini dilahirkan dengan kesempurnaan jantina lelaki atau perempuan; tetapi ketika dewasa, mereka menjurus menyukai mereka yang sama jantina dengan mereka.
Ibnu Abbas r.a berkata :
“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya didalam keadaan haid, ia
didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan
mengandungkan khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak
jin”
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
120
Gangguan syaitan yang bukan dari sihir
Namun perlu diingatkan bahawa gangguan dari No. (i) iaitu
gangguan ketika tidur, tidak semestinya datang dari sihir.
Ada juga faktor lain yang memungkin gangguan ini yang
perlu dipertimbangkan seperti tekanan emosi ataupun
psikologi. Ia juga boleh ditimbulkan kerana kita menonton
cerita seram atau ngeri. Walaupun ia tidak datang secara
langsung dari syaitan yang menguruskan sihir, namun ia tetap
disebabkan kalahnya diri kita dengan syaitan sehingga
menjadi lemah kebergantungan kepada Allah s.w.t. dan
terjebak dalam perangkap ‘emosi dan psikologi’. Manusia
yang seluruh jiwanya diserahkan kepada Allah s.w.t., tidak
akan dapat dimiliki atau dihambakan oleh makhluk lain
termasuk manusia. Hebatnya gangguan untuk wanita hamil
sehingga kadang-kadang kita dengar hanya ketika mereka
hamil sahaja, gangguan hidup itu datang pelbagai. Dengan
kata lainnya, hamil sahaja, suami buat hal. Bagi wanita yang
rasa begitu, anggaplah bahawa iblis dan syaitan tidak mahu
janin didalam kandungan mempunyai tempoh pembesaran
yang aman dan tenang kerana ini akan melahirkan umat Nabi
Muhammad s.a.w yang bijak dan baik. Lembutkan hati dan
banyak mengalah dan bersabar jika api kecil cuba ditiupkan
oleh syaitan kedalam rumah tangga. Sentiasa basahkan bibir
dengan berzikir kepada Allah s.w.t. Istighfar dapat
membersihkan hati yang diselaputi amarah syaitan dan
hasilnya segala permohonan doa kita kepada Allah s.w.t
mudah terkabul kerana usaha kita yang ingin sentiasa dekat
denganNya.
Manusia yang seluruh jiwanya diserahkan kepada Allah
s.w.t., tidak akan dapat dimiliki atau dihambakan oleh
makhluk lain termasuk manusia.
Jadikanlah diri kita sebagai air kepada api itu jika suami tidak
boleh bertindak demikian. Syaitan sangat licik dalam
menggegarkan rumah tangga. Terbaru dengan dunia
teknologi yang semakin canggih, dengan kemajuan facebook
twitter dan smartphone, kerja mereka menjadi semakin
mudah. Mengikut kajian, terdapat peningkatan dalam
perceraian yang disebabkan oleh medium teknologi.
Gangguan makhluk halus ini adalah pelbagai untuk wanita.
Mereka boleh jatuh cinta kepada wanita dan menghalang
perkahwinan wanita yang dicintainya itu. Jika mereka jatuh
cinta ketika wanita itu sudah berkahwin, mereka akan
menghalang wanita itu daripada hamil. Jika mereka tidak
jatuh cinta tetapi mahu mengambil bayi wanita itu, mereka
mengambil bayi yang dijangkakan lahir itu. Mungkin anda
adalah salah seorang yang pernah mendengar cerita terakhir
itu dimana wanita yang hamil tiba-tiba perutnya kempis dan
bila diperiksa di klinik dengan mesin imbasan, doktor
mengesahkan bahawa kandungannya tiada. Sedangkan di
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
121
klinik yang sama, rekod imbasan dan pemeriksaan bulanan
sebelumnya ada dalam simpanan mereka.
Menurut perawat perubatan Islam, Ustaz Sharhan Safie, dari
pengalaman beliau merawat pesakit yang mengalami
‘tragedi’ ini, kebiasaannya adalah terdiri dari wanita yang
lemah dalam amalan ibadatnya selain tidak menutup aurat
mereka.
Apabila wanita mendedahkan aurat mereka, syaitan semakin
galak untuk menghasut kaum lelaki dengan menimbulkan
nafsu. Disebabkan nafsu juga manusia berubah menjadi
binatang yang memakan keturunan sendiri kerana digoda
oleh syaitan. Namun sebaliknya martabat manusia menjadi
lebih tinggi dari malaikat jika manusia mampu menangkis
segala hasutan dan godaan syaitan.
Cinta Ilahi Menjana Cinta Suami Isteri
Syaitan dan Iblis mempunyai matlamat untuk
menyesatkan manusia melalui godaannya. Namun ia sukar
dilaksanakan sekiranya manusia itu seorang yang berilmu
dan beramal dengan ikhlas. Kasih dan sayang akan
pasangannya kerana Allah s.w.t..
“Allah s.w.t. meninggikan darjat orang yang beriman dan orang
diberi ilmu pengetahuan (dalam kalangan kamu) dengan
beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam
PengetahuanNya tentang apa-apa kamu lakukan”
(Surah al Mujadalah 58:11)
Mudah bagi syaitan untuk menyesatkan orang yang tidak
berilmu dan menjerumuskan mereka ke dalam neraka.
Sabda Rasulullah s.a.w : “Seseorang yang berilmu lebih berat
bagi syaitan daripada 1000 orang ahli ibadah.” (Riwayat
Tarmizi)
Kisah Iblis Tewas Di Tangan Orang Yang Berilmu
Ibn Abi al Dunya meriwayatkan dari pada Ali bin ‘Asim
daripada sebajagian penduduk Basrah , beliau berkata :
“Ada seorang yang berilmu berkawan dengan ahli ibadah.
Syaitan berkata kepada iblis: Aku tidak mampu memisahkan
kedua-dua orang ini.’
Iblis berkata: ‘Serahkan mereka kepada ku’
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
122
Iblis menunggu dijalan yang dilalui oleh ahli ibadah itu. Ketika
ahli ibadah itu mendekati , iblis menjelma sebagai seorang
lelaki tua yang kelihatan soleh kerana mempunyai bekas
sujud diantara kedua matanya.
Iblis berkata kepadanya:’Ada sesuatu yang sudah lama
kusimpan dan ingin kutanyakan kepada tuan.’
Ahli ibadah berkata: ‘Tanyalah.. Jika aku dapat menjawab,
maka aku akan menjawabnya.’
Iblis bertanya: ‘Adakah Allah mampu menjadikan langit, bumi
gunung pepohon dan air didalam satu telur tanpa perlu
menambah atau mengurang sedikit pun daripada ukuran ini?’
Ahli ibadah tersebut terdiam. Lalu iblis berkata: ’Pergilah’
Kemudian, iblis memandang teman-temannya dan
berkata:’Aku telah mampu merosakkan dan menjadikannya
orang yang ragu-ragu terhadap Allah.’
Selepas itu, iblis duduk dijalan yang biasa oleh orang yang
berilmu. Ketika orang berilmu itu mendekati , iblis
menghampirinya dan berkata;’Sesungguhnya sudah lama aku
memendamkan sesuatu yang aku ingin tanyakan kepadamu.”
Orang berilmu itu menjawab:’Tanyalah. Jika aku boleh
menjawab, maka aku akan menjawabnya.”
Iblis mengulang pertanyaannya sebagaimana yang ditanya
kepada ahli ibadah tadi. Orang yang berilmu itu menjawab:
‘Ya, Boleh’. Iblis tidak berpuas hati, lalu bertanya lagi:’Tanpa
menambah sedikitpun daripada ukuran ini?
‘Ya.’ Jawab orang berilmu tersebut lalu membacakan surah
Yassin ayat 82 yang bermaksud: Sesungguhnya, keadaan
kekuasaannya apabila dia menghendaki adanya sesuatu,
hanyalah dia berfirman ‘Jadilah engkau!’ Maka ia akan terus
berlaku.’
Iblis berkata kepada temannya:’Lebih baik tinggalkan orang
seperti itu’.
Orang berilmu mempunyai iman yang kukuh, ikhlas dan tegas
dalam mempertahankan kebenaran serta amalannya.
Berbeza dengan orang jahil yang sentiasa berada dalam
keraguan, maka mereka mudah diperdaya oleh syaitan. (Luqt
al Marjan fi Ahkam al Jan oleh Imam Suyuti)
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
123
Cara mengelak diri dari hasutan jin, iblis dan syaitan:
Pastikan Menjaga Solat
Hidupkan budaya membaca Al Quran
Amalkan zikir jika ada waktu kosong sendirian
Pastikan pulang ke rumah sebelum waktu
maghrib. Sebab waktu maghriblah waktu jin dan
syaitan berkeliaran. Pastikan sebelumnya kita
tutup tingkap dengan menyebut nama Allah.
Tidur dalam keadaan berwuduk
Sebelum tidur membaca 3 qul dan ayatul kursi
Elakkan angan-angan yang khayal dan panjang.
Angan-angan yang panjang boleh
menenggalamkan kita ke dasar yang jauh. Tanpa
sedar ianya mengheret diri sehingga melupakan
Allah s.w.t. Syaitan menggunakan angan-angan
sebagai senjata bagi membinasakan manusia.
Contoh dalam surah Yusuf, Zulaikha yang disebut
sebagai Imraatul Aziz, adalah seorang wanita kaya
dengan suami yang berpangkat tinggi. Kerana
banyaknya masa dan kurangnya aktiviti
kerohanian seperti zikir maka nafsunya bergejolak.
Tidak dapat menahan perasaan walaupun sudah
berusaha menahan dengan akal. Sedangkan nafsu
itu hanya boleh dikawal dengan IMAN.
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
124
PENUTUP
Benih yang baik Campaklah kemana jua Ketandusan kemarau La Nina Mahupun dibadai Lautan Pasifik Terdampar dipulau manapun jua Pasti akan menjadi pepohon Yang akan membesar dan berbuah Menyambung kitaran hidup spesisnya
Hidup ini 50% ‘ nurture’ dan 50% ‘nature’. Baka (genetic) yang baik mewujudkan zuriat yang subur, sihat dan berjaya. Dibentuk dengan usaha yang gigih penuh keimanan, insyaAllah akan lahirlah Bayi Genius Akhir Zaman.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda: "Wanita dinikahi karena empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.” (Hadis Riwayat Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Adalah beruntung jika menjaga dan mendapatkan kesemuanya agar dapat melahirkan zuriat yang menentukan kesinambungan umat Islam dan berjaya mengembangkan lagi agama Allah s.w.t.
Ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Allah s.w.t.. Kita berusaha dan Allah menentukan. USAHA! Tanpa usaha bagaimana mahu
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
125
mengharap Allah s.w.t. menentukan takdir terbaik kepada kita? Allah s.w.t. akan menolong mereka yang menolong diri mereka sendiri. Diharapkan buku Bayi Genius Akhir Zaman ini dapat memberi anda asas pemikiran yang dijadikan langkah permulaan melahirkan umat Rasullullah s.a.w yang berjaya.
Kehamilan adalah satu anugerah yang membahagiakan tetapi mencabar. Dijangkamasa inilah terbentuknya janin melalui proses yang ajaib ciptaan Allah s.w.t. Rahim ibu (bukan bapa) adalah tempat yang selesa dan selamat untuk janin melalui proses tumbesaran. Atau sebaliknya.
Yang membuat ibu hamil adalah BAPA.. Tetapi yang hamil adalah IBU. Oleh itu saya sarankan agar ibu memainkan peranan utama didalam tumbesaran janin yang anda kandung. Bagi kaum bapa pula, jangan abaikan tugasan anda sebagai ‘suami yang bertanggungjawab’ menentukan ibu kapada zuriat anda sentiasa dikasihi, disayangi dan berasa saperti bidadari syurga. Kalau mampu, hadiahkan gelang emas sampai penuh menutup lengan. Mahal?. Berapa harga atau nilai isteri sarat mengandung, menanggung kelemahan demi kelemahan setiap hari zuriat anda itu semakin membesar dalam rahimnya. Sarat selama lebih sembilan bulan. Berapa harga anak yang akan dihadiahkan isteri pada nilaian anda sebagai suami?
Penjagaan dan pembelaan (caring and development) bermula dari ibu yang sihat, bahagia dan beriman. Pemakanan yang berkhasiat untuk anda dan janin amat penting dikawal dan diawasi. Anda adalah apa yang anda makan. Janin anda adalah apa yang anda makan. Kesihatan fizikal ibu amat penting untuk janin membesar dengan sihat penuh sifat. Makanan kebiasaan kita sehari-hari tidak mencukupi menepati zat yang diperlukan
ibu dan janin. Ibu mengandung dan janin dikandung memerlukan makanan yang seimbang menepati perubahan dan keperluan pertukaran biologi yang terjadi. Rujuk kapada nasihat pakar. Jangan dengar bulat bulat nasihat jiran sebelah atau mengikut tanpa periksa jamu ratus yang disyorkan. Selidik dan pastikan pemakanan tambahan tidak memudaratkan anda dan kandungan. Saya teringat ibu saya yang mengamalkan tonik cap gajah yang agak terkenal ketika zamannya dahulu. Dia tidak tahu bahawa dia sedang hamil. Bila dia tahu, di hentikan pengambilannya. Malangnya ia agak terlambat. Kandungan disahkan mati dan semasa ia dikeluarkan keadaannya seperti buah anggur yang tiada langsung kelihatan seperti seorang bayi. Hati-hati dengan ubatan, jamu, tonic, minuman tenaga dan apa sahaja ketika mengandung.
Janin anda adalah anda.! Ketenangan dan kedamaian hati, jiwa dan emosi membolehkan janin anda kelak menjadi insan yang stabil dan berkeyakinan. Elakkan stress. Dunia stress anda sebagai isteri, ibu dan mana yang berkerjaya akan bertambah. Apa tekanan pun jua, pandai pandai anda mengendalikannya. Jangan sampai stress mengganggu gugat janin didalam kandungan.
Jangan abaikan kesihatan spiritual. Islam adalah terbaik untuk mencapai tahap mental yang mantap. Gangguan makhluk lain dan manusia dajjal dapat dihindarkan dengan kuasa Allah s.w.t. Ketika hamil inilah, anda sepatutnya lebih mendekaki Allah s.w.t.. Bersyukur, berdoa dan mengerjakan ibadah saperti solat, puasa, berzikir dan membaca al-Quran amat bertepatan untuk mencapai kestabilan emosi. Percayalah, kandungan anda dapat merasa, mendengar dan mendapat manafaat dari keimanan
BAYI GENIUS AKHIR ZAMAN
126
anda. Yang paling mujarab, Allah s.w.t. akan memberkati dan melindungi anda dan kandungan. Insya’Allah.
Akhir kata ‘Bayi Genius’ lahir dari IBUBAPA yang punya ilmu tentangnya. Semuanya bermula dari ibubapa. Tanpa ilmu pengetahuan yang mendalam, daya usaha untuk mengamalkan yang terbaik, tidak akan wujud dan terbentuknya tabii penuh keimanan yang kukuh. Hanya dengan ILMU AMAL IMAN yang berpandukan Islam akan wujudnya Bayi Genius Akhir Zaman.
Website: http://www.bayigenius.islamicparentingnetwork.net Blog : http://blog.islamicparentingnetwork.net/wp
FB: https://www.facebook.com/islamicparentingnetwork.net
top related