bahan kemasan
Post on 06-Jun-2015
4.514 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BAHAN KEMASAN
MOHD ALI BIN JEMALIINSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
BAHAN-BAHAN KEMASAN
Kertas Pasir Penyumbat
Syelek Varnis Cat
Minyak
Wax
Lekar
KERTAS KACA
Kertas kaca merupakan langkah pertama kearah kemasan terakhir yang baik
Ia merupakan bahan pelelas yang dilekatkan pada kertas Bahan pelelas boleh terdiri daripada garnet, aluminium oksida atau silikon
karbida. Sesetengah kertas kaca adalah kalis air Kertas kaca haruslah sentiasa tajam dan sekiranya telah dipenuhi dengan
habuk kayu, perlu dibersihkan dengan berus, pemampat udara atau cecair-pembersih kertas kaca
Keberkesanan kertas kaca boleh ditingkatkan melalui penggunaan bongkah yang betul
Bongkah berukuran 50mm x 100mm dan lebih kurang 25mm tebal yang sempurna rata permukaannya adalah sangat sesuai, kemudian dibalut dengan kertas pasir kalis air 400 grit padanya.
Gunakan air untuk sentuhan terakhir yang mana bukan sahaja bertujuan sebagai pelincir, tetapi juga untuk meningkatkan kehalusan
PENYUMBAT
Menyumbat rongga-rongga adalah langkah kedua bagi membuat kemasan Bagi membolehkan penyumbat tidak kelihatan nyata, ia mestilah disumbat
dengan baik dan kekal ke dalam rongga Penyumbat adalah serbuk mineral yang dicampur dengan pembawa dan
pengikat. Ia boleh jadi pasir, silika, serbuk talkum ataupun campuran daripada pembawa ; minyak, alkohol atau air dan pengikat ; gam, varnis, syelek atau aspaltum
Secara teorinya, apabila kayu disumbat, pembawa akan menyejat dan meninggalkan serbuk di dalam rongga. Tanpa pengikat, serbuk itu hanyalah serbuk. Maka, pengikat akan mengikat ia pada kayu
Untuk rongga yang kecil, penyumbat boleh terdiri daripada cecair Penyumbat datang dalam pelbagai warna pilihan yang boleh dipadankan
dengan warna kayu. Jika kayu itu telah dicelupkan, pilih warna penyumbat yang sama dengan
warna pencelup
KEMASAN LILIN (WAX)
Biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu lilin keras (carnauba dan ceresine), sederhana (lilin lebah) dan lembut (parafin)
Kemasan lilin dilakukan dengan cara mencairkan lilin dalam turpentin dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dimasukkan ke dalam ira kayu
Kemudian, permukaannya dikilatkan dengan menggunakan kain lembut Jika warna diperlukan, perwarna dilarutkan di dalam turpentin sebelum
dibancuh dengan lilin atau mengacaukan serbuk perwarna dalam cairan lilin Kerja-kerja hendaklahdibuat jauh daripada api kerana turpentin tang digunakan
sebagai pelkarut itu sangat mudah terbakar
CAT MINYAK / CAT LICAU
Cat minyak adalah jenis cat yang digunakan bagi tujuan kemasan kayu Ia mengandungi perwarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi
kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan Dalam proses mengecat, biasanya 3 lapisan cat diperlukan iaitu lapisan
asas, lapisan alas dan lapisan kemasan Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah
sebagai perwarna. Cat lapisan alas mengandungi minyak linseed, plumbum putih dan minyak pengering yang bermutu. Cat lapisan kemasan pula mengandungi minyak varnis, perwarna dan pelarut yang sesuai seperti turpentin
Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur
SYELEK
Syelek merupakan resin asli yang dihasilkan dari serangga bernama lac bugs yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara
Resin syelek larut di dalam alkohol - methylated spirit Cara mengilat kayu dengan syelek juga dipanggil French Polishing Ia boleh dilakukan dengan cara semburan atau sapuan dengan menggunakan
berus Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk
digunakan ataupun dibeli secarabancuh-siap Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca. Jika ia
disimpan di dalam tin, warnanya akan menjadi gelap
VARNIS
Varnis minyak mengandungi resin asli (Congo, Manila, Kauri) atau resin tiruan (phendics, alkyds) yang dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dengan pelarut seperti turpentin dan spirit supaya mudah digunakan secara sapuan atau semburan
Varnis khas digunakan pada kayu. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu, ia sangat sesuai digunakan pada kayu yang akan diletakkan di luar
Biasanya, proses pengeringannya mengambil masa sehingga 12 jam, tetapi terdapat juga varnis yang boleh kering dalam masa kurang dari 4 jam
LEKAR
Lekar mengandungi resin yang terdiri daripada polyurethene, alkyd, urea dan lain-lain lagi yang akan mengeras melalui tindakbalas kimia dengan bahan pengeras (catalyst)
Ada beberapa jenis lekar yang berupa lutsinar, berwarna pudar dan licin yang boleh digunakan untuk kemasan dalam dan luar
Apabila telah disapu atau disembur, ia akan mengering dengan cepat dan menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak dan bersifat merintang bahan kimia, pelarut, api dan sebagainya
Lekar boleh dilarutkan dengan thinner Lekar yang biasa digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose)
yang merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering
MINYAK
Cara tradisionalnya adalah dengan menggunakan minyak linseed Samada yang telah didihkan atau yang mentah, ia boleh digunakan dan mesti
dihangatkan lebih kurang 15 minit Perlu juga dicampurkan dengan turpentin dengan nisbah 1:8 bagi
mempercepatkan proses pengeringan Minyak tersebut hendaklah disapu dengan menggunakan kain yang bersih, dan
kemudiannya dibiarkan kering sekurang-kurangnya sehari, digosok lagi dengan kertas pasir yang paling halus, dibuangkan habuk-habuk dan disapu dengan sekali lagi
Biasanya, minyak Danish adalah lebih pekat dan tidak kering sehingga berkilat walaupun permukaan kayu tersebut telah diminyakkan dengan banyak
Ia berdasarkan kepada minyak sayuran dan resin sintetik bagi menghasilkan pengeringan yang cepat
top related